4 kerangka submodul 2 radas sains.doc

9
KERANGKA SUBMODUL 2 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA SUBMODUL 2 Tajuk PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH DASAR MBMMBI 2015 Topik PENGENALAN KEPADA RADAS, BAHAN, PERATURAN DAN KESELAMATAN DALAM BILIK SAINS Masa 2 Jam Personel Penceramah A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Mengenalpasti jenis dan kegunaan radas sains. 2. Melakar jenis radas sains dengan betul. 3. Menyenaraikan peraturan dan keselamatan Bilik Sains B. Kandungan Pengajaran 1. Pengenalan radas sains dan fungsinya. 2. Melakar beberapa jenis radas sains seperti bikar, tabung didih, tabung uji, kaki retort, tungku kaki tiga dan penunu Bunsen. 3. Peranan guru dalam memastikan peraturan dan keselamatan Bilik Sains dikuasai dan dipatuhi. Aktiviti : a. Slaid Power Point b. Membuat lakaran

Upload: asniza-manap

Post on 06-Dec-2015

255 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4 Kerangka SUBMODUL 2 RADAS SAINS.doc

KERANGKA SUBMODUL 2 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERANGKA SUBMODUL 2

TajukPROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS

SEKOLAH RENDAH DI BAWAH DASAR MBMMBI 2015

TopikPENGENALAN KEPADA RADAS, BAHAN, PERATURAN DAN KESELAMATAN

DALAM BILIK SAINS

Masa 2 Jam

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Mengenalpasti jenis dan kegunaan radas sains.

2. Melakar jenis radas sains dengan betul.

3. Menyenaraikan peraturan dan keselamatan Bilik Sains

B. Kandungan Pengajaran

1. Pengenalan radas sains dan fungsinya.

2. Melakar beberapa jenis radas sains seperti bikar, tabung didih, tabung uji, kaki retort, tungku kaki

tiga dan penunu Bunsen.

3. Peranan guru dalam memastikan peraturan dan keselamatan Bilik Sains dikuasai dan dipatuhi.

Aktiviti :

a. Slaid Power Point

b. Membuat lakaran

C. Kaedah / strategi

Kandungan Strategi/proses Masa Peranan Bahan

Page 2: 4 Kerangka SUBMODUL 2 RADAS SAINS.doc

KERANGKA SUBMODUL 2 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Pengenalan

Penceramah menayangkan slaid PowerPoint

Pemerhatian keatas lakaran radas

Menamakan dan menyatakan kegunaan lakaran radas sains itu.

Peserta lain memberi respon terhadap jawapan.

15minit

Peserta membuat pemerhatian.

Peserta menamakan dan menyatakan kegunaan radas sains secara individu.

Peserta dipilih secara rawak untuk menyatakan dapatan di atas

Slaid PowerPoint

Perbincangan Melakarkan dan menamakan 5 jenis radas sains yang terdapat dalam Bilik Sains.

Menyatakan kegunaan radas sains tersebut.

Tayangan slaid radas-radas sains

45 minit

Peserta melakukan aktiviti secara individu.

Peserta membuat pembentangan.

Peserta lain memberi respon.

Peserta membanding hasil lakaran dengan radas sebenar.

Kertas A4

MenyenaraikanPeraturan Bilik Sains.

Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan.

Tayangan slaid

45 minit

Peserta melakukan aktiviti secara individu.

Peserta membanding peraturan dan langkah keselamatan

Page 3: 4 Kerangka SUBMODUL 2 RADAS SAINS.doc

KERANGKA SUBMODUL 2 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

dengan yang sebenar.

Rumusan / Refleksi Peserta membuat refleksi

15minit

D. Bahan Kursus

1. Nota

2. Slaid Power point

3. Kertas A4

E. Alatan/ Radas/ Bahan

1. Komputer riba

2. Projektor LCD

3. Papan putih

F. Penilaian

1. Ujian Pra dan pasca

2. Dapatan berdasarkan tayangan video

G. Rumusan / Refleksi

NOTA BILIK SAINS

Konsep Bilik Sains

Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana PdP Sains Sekolah Rendah dijalankan.

Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk menjalankan aktiviti PdP Sains seperti

Page 4: 4 Kerangka SUBMODUL 2 RADAS SAINS.doc

KERANGKA SUBMODUL 2 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

eksperimen, demonstrasi dan kerja projek. Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjah

biasa.

Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah Bilik Sains ialah kerusi meja yang

sesuai, kabinet, punca bekalan air, punca kuasa elektrik dan peralatan sains seperti

yang disenaraikan untuk mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku Peralatan

Pengajaran dan Pembelajaran Sains Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kegunaan Bilik Sains

Bilik Sains merupakan satu daripada tempat PdP Sains. Aktiviti PdP hendaklah

dilaksanakan supaya kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya. Pendekatan

ini bagi membolehkan PdP berpusatkan murid dapat direalisasikan dan

konsep murid membuat, guru membimbing dapat dilaksanakan. Guru perlu membuat

perancangan bagi menambahkan bilangan peralatan dan bahan untuk membolehkan setiap

murid berkesempatan berinteraksi dengan peralatan dan bahan.

Peralatan Bilik Sains

Sekolah dibekalkan dengan peralatan asas melalui bekalan pusat. Selain daripada itu

penggantian peralatan atau bahan yang habis, pecah atau rosak dan pembelian

peralatan atau bahan tambahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa.

Pengurusan Stok

Penyediaan buku stok dan penyimpanan peralatan dan bahan sains di setengahsetengah

sekolah tidak mempunyai butiran seperti yang diperlukan dan ini

menimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini penyelenggaraan stok amat perlu bagi

menyelaras, menyemak, mengesan, mengemaskini dan memudahkan pentadbiran Bilik

Sains.

Penyenggaraan dan Penyimpanan

Terdapat banyak peralatan dan bahan sains yang mudah rosak. Penyenggaraan dan

penyimpanan yang kerap hendaklah dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinya perkara

ini. Maklumat yang tercatat dalam buku stok hendaklah menunjukkan keadaan sebenar

berhubung dengan penyenggaraan dan penyimpanan peralatan tersebut.

Page 5: 4 Kerangka SUBMODUL 2 RADAS SAINS.doc

KERANGKA SUBMODUL 2 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

Bahan kaca

Alat kaca yang kotor boleh dibersihkan dengan menggunakan alat dan bahan pencuci yang

sesuai. Alat kaca tidak boleh disimpan di tempat yang terlalu tinggi dan tidak dicampur aduk

dengan peralatan berat terutamanya daripada logam. Alat kaca yang besar disusun di

belakang dan yang kecil di depan.

Bahan Kimia

Di peringkat sekolah rendah, pada hakikatnya tidak ada bahan kimia yang dalam aktiviti

PdP ada dicadangkan penggunaan bahan kimia yang digunakan di rumah seperti cuka,

gula, garam dan sabun. Bahan-bahan ini pada prinsipnya tidak berbahaya atau membawa

kesan toksik. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa sebarang bahan kimia patut

diselenggarakan dan dikendalikan seperti mana yang sepatutnya dari segi penyimpanan,

penggunaan dan pelupusan. Dalam hal ini cuma cuka yang perlu diberi perhatian kerana ia

adalah sejenis asid lemah. Jika sekiranya cuka termasuk ke dalam mata, basuhkan segera

dengan air bersih.

Formalin adalah satu bahan yang berbahaya dan tidak digalakkan penggunaannya.

Sekiranya formalin digunakan untuk mengawet haiwan, sila berhati-hati ia berbahaya jika

terminum (ia boleh mengeraskan protein). Jika wapnya termasuk ke dalam mata dan

hidung, ia mengakibatkan rasa pedih dan tidak selesa. Jadi elakkan dari terminum, terhidu

dan termasuk ke dalam mata. Bahan ini hendaklah disimpan

di dalam botol yang sesuai dan dilabelkan.

Alat Optik

Alat optik seperti kanta, prisma dan bongkah kaca yang mudah tercalar oleh permukaan

yang kasar, eloklah disimpan dalam kepingan stairofom yang mempunyai ruang berbentuk

alat-alat optik tersebut. Binokular dan mikroskop perlu disimpan di tempat kering untuk

mengelakkan berkulat. Untuk tujuan ini binokular dan mikroskop bolehlah disimpan dalam

Page 6: 4 Kerangka SUBMODUL 2 RADAS SAINS.doc

KERANGKA SUBMODUL 2 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015

kotak bersama-sama dengan gel silika. Sebaik-baiknya gunakan gel silika biru yang boleh

menjadi merah jambu apabila kuasa penyerapannya berkurang. Kanta mata dan juga kanta

objektif perlulah dibersihkan menggunakan kertas silicon (kertas tisu atau kain boleh

mencalarkan permukaan kanta).

Alat Elektrik

Setiap Bilik Sains dibekalkan dengan sekurang-kurangnya dua punca kuasa (soket) untuk

kegunaan alat dan perkakas elektrik seperti cerek elektrik atau projektor. Penggunaan alat-

alat elektrik boleh menimbulkan kemalangan jika tidak mengikut peraturan atau tidak

diselenggarakan dengan sempurna. Berikut adalah beberapa langkah untuk mencegah

kemalangan:

pastikan murid tidak memasang suis dengan tangan yang basah

tutup suis apabila selesai menggunakan alat elektrik

soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah diganti

pastikan wayar disambung mengikut kod warna yang betul

pastikan wayar dan kabel bertebat

alat elektrik hanya boleh disambung pada soket tiga pin

jangan gunakan kabel yang terlalu panjang bagi alat elektrik

Page 7: 4 Kerangka SUBMODUL 2 RADAS SAINS.doc

KERANGKA SUBMODUL 2 SAINS SEKOLAH RENDAH - MBMMBI 2015