4 draf garis panduan-ict

6
DRAF GARIS PANDUAN PENULISAN AMALAN TERBAIK PENGINTERGRASIAN PERSEKITARAN MAYA Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak akan mengadakan Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintergrasian Persekitaran Maya Negeri Perak Tahun 2014. Sehubungan dengan itu BTPN Perak mempelawa semua warga pendidikan Negeri Perak untuk menghantar hasil penulisan berdasarkan syarat- syarat berikut: 1. Hasil penulisan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu dan panjangnya sekitar 1000 hingga 5000 patah perkataan (4-6 halaman kertas A4). Bagi rencana amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris hendaklah ditulis dalam Bahasa Inggeris. 2. Rencana boleh dihasilkan secara individu atau berkumpulan tidak melebihi empat (4) orang sekumpulan. 3. Rencana mestilah hasil karya asli penulis, tidak diciplak, diubah suai, diterjemah atau pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada dalam bentuk cetakan atau elektronik. 4. Tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensitif atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan atau budaya di Malaysia. 5. BTPN Perak berhak untuk menerbitkan rencana yang terpilih, membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu ke atas rencana yang berkenaan. 6. Rencana yang dihantar kepada BTPN Perak tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain. 7. Gambar, gambar rajah, foto dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan rencana, hendaklah dinyatakan sumber rujukannya. (Sebaik-baiknya dilukis atau gambar foto diambil sendiri). 8. Karya hendaklah bertaip (komputer) menggunakan huruf jenis ARIAL bersaiz 12, jarak antara baris ialah satu setengah langkau (1.5 spacing) dan margin 1.5 inci. 9. Penulisan hendaklah dihantar dalam format fail .doc atau .docx kepada: [email protected] 10. Tarikh akhir penghantaran rencana ialah pada 20 September 2014. 11. Hanya rencana yang mencapai tahap penilaian akan diterbitkan. 12. Penulis rencana akan menerima sijil penghargaan. 13. Maklumat lanjut sila hubungi : Encik Nazarkhan bin Abdullah Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak No. Telefon : 05 - 292 4955 (samb. 115) / 013 - 442 5553 KONSEP PENDOKUMENTASIAN AMALAN TERBAIK

Upload: nnarizah

Post on 16-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

draf

TRANSCRIPT

DRAF GARIS PANDUAN PENULISAN AMALAN TERBAIK PENGINTERGRASIAN PERSEKITARAN MAYA

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak akan mengadakan Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintergrasian Persekitaran Maya Negeri Perak Tahun 2014. Sehubungan dengan itu BTPN Perak mempelawa semua warga pendidikan Negeri Perak untuk menghantar hasil penulisan berdasarkan syarat-syarat berikut:

1. Hasil penulisan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu dan panjangnya sekitar 1000 hingga 5000 patah perkataan (4-6 halaman kertas A4). Bagi rencana amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris hendaklah ditulis dalam Bahasa Inggeris.

2. Rencana boleh dihasilkan secara individu atau berkumpulan tidak melebihi empat (4) orang sekumpulan.

3. Rencana mestilah hasil karya asli penulis, tidak diciplak, diubah suai, diterjemah atau pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada dalam bentuk cetakan atau elektronik.

4. Tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensitif atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan atau budaya di Malaysia.

5. BTPN Perak berhak untuk menerbitkan rencana yang terpilih, membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu ke atas rencana yang berkenaan.

6. Rencana yang dihantar kepada BTPN Perak tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain.

7. Gambar, gambar rajah, foto dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan rencana, hendaklah dinyatakan sumber rujukannya. (Sebaik-baiknya dilukis atau gambar foto diambil sendiri).

8. Karya hendaklah bertaip (komputer) menggunakan huruf jenis ARIAL bersaiz 12, jarak antara baris ialah satu setengah langkau (1.5 spacing) dan margin 1.5 inci.

9. Penulisan hendaklah dihantar dalam format fail .doc atau .docx kepada:

[email protected]

10. Tarikh akhir penghantaran rencana ialah pada 20 September 2014.

11. Hanya rencana yang mencapai tahap penilaian akan diterbitkan.

12. Penulis rencana akan menerima sijil penghargaan.

13. Maklumat lanjut sila hubungi :

Encik Nazarkhan bin AbdullahPegawai Teknologi PendidikanBahagian Teknologi Pendidikan Negeri PerakNo. Telefon : 05 - 292 4955 (samb. 115) / 013 - 442 5553

KONSEP PENDOKUMENTASIAN AMALAN TERBAIK PENGINTEGRASIAN PERSEKITARAN MAYA

TUJUAN

1.Kertas ini bertujuan menerangkan konsep pendokumentasian amalan terbaik pengintegrasian persekitaran maya dalam pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran.

LATAR BELAKANG

2.Pendokumentasian amalan terbaik pengintegrasian persekitaran maya adalah merangkumi amalan Pengurusan dan Pentadbiran oleh pentadbir sekolah merangkumi bidang-bidang seperti bidang pengurusan sekolah, hal ehwal murid, kokurikulum dan koakademik.

3.Pendokumentasian amalan terbaik pengintegrasian persekitaran maya ini juga merangkumi amalan Pembelajaran dan Pengajaran oleh guru merangkumi bidang-bidang seperti bidang bahasa, Sains dan Matematik, ICT, pengkomputeran, kemanusiaan, teknik dan vokasional.

OBJEKTIF

4.Pendokumensian pengintegrasian persekitaran maya ini bertujuan untuk membudayakan kaedah pembelajaran abad ke 21 di sekolah-sekolah yang meliputi konsep :

i.Pembelajaran di mana-mana dan pada bila-bila masa ii.Penglibatan guru, pelajar dan ibu bapa iii.Komunikasi dalam masa sebenar (real-time) iv.Perkongsian kandungan dan sumber pengajaran dan pembelajaran v.Penghasilan kandungan yang menggalakan penglibatan pelajarvi.Menggalakkan kreativiti dan inovasi di dalam bilik darjah

5.Mengumpulkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bentuk penulisan untuk dikongsi dan dijadikan rujukan untuk meningkatkan kompetensi penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi.

6.Menyebarkan pendokumentasian penulisan amalan terbaik boleh meningkatkan penggunaan dan pengintegrasian dan pengintegrasian persekitaran maya secara meluas dalam pendidikan.

ASAS PERTIMBANGAN

7.BTPN Perak sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan. Dapatan pemantauan yang dijalankan oleh BTPN Perak menunjukkan warga pendidikan Negeri Perak mempunyai kreativiti tersendiri dalam pengurusan dan pentadbiran serta proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru terdapat amalan terbaik yang terhasil daripada pengetahuan, kemahiran dan pengalaman guru-guru.

8.Pendokumentasian amalan terbaik ini dapat dijadikan bahan rujukan dan panduan oleh semua guru-guru bagi membantu mereka sama ada dengan mengaplikasi amalan yang sama atau memperoleh idea bagi merancang dan melaksanakan aktiviti pengintegrasian persekitaran maya.

CADANGAN PELAKSANAAN

9.Pendokumentasian amalan terbaik akan dihasilkan dalam dua bentuk iaitu cetakan dan rakaman video yang akan diedarkan ke semua sekolah Negeri Perak.

KESIMPULAN

10.Pendokumentasian amalan terbaik ini merupakan satu wadah bagi warga pendidikan seluruh Negeri Perak untuk membuat rujukan dan membantu mereka merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengintegrasikan persekitaran maya.

11.Pendokumentasian ini dapat menarik minat warga pendidikan Negeri Perak untuk turut berkongsi amalan pengintegrasian mereka yang memberi kesan positif terhadap pengurusan dan pentadbiran serta proses pengajaran dan pembelajaran.

FORMAT PENULISAN

1.0JUDUL PENGURUSAN PAPAN NOTIS ONE STOP CENTER SMK GERIK

2.0NAMA PENULISPN. NARIZAH BINTI MOHD ROZALI

3.0NAMA SEKOLAHSMK GERIK, JALAN KUALA KENDERONG, 33300 GERIK, PERAK

4.0ABSTRAK

Pembudayaan penggunaan Papan Notis One stop center SMK Gerik di wujudkan bertujuan bagi memudahkan pengurusan sekolah. Ia adalah perkara paling asas yang diwujudkan dalam mentransformasikan budaya ICT di sekolah. Dashboard ini di bangunkan menggunakan elemen site yang sedia ada pada frog vle. Ia menjadi tempat di mana kesemua maklumat dan bahan yang perlu dikongsikan dengan semua guru dimuat naik dan disimpan pada satu tempat. Selain itu, ia juga menjadi tempat di mana segala takwim aktiviti tahunan bagi setiap unit di paparkan seperti Takwim HEM, Takwim Kokurikulum, dan juga Takwim Pendidikan Khas. Bagi memudahkan sebaran maklumat, satu kolum Notis panggilan mesyuarat dan juga taklimat dari para pentadbir juga disediakan disini bagi memudahkan guru membuat rujukan. Satu lagi fungsi yang diletakkan pada papan notis ini ialah Booking Calendar. Ia digunakan oleh guru untuk melakukan tempahan bilik-bilik khas dan juga makmal. Penggunaan Papan Notis one stop center ini sebenarnya masih dalam fasa percubaan dan masih perlu ditambahbaik dari masa ke masa. Kesimpulannya, Papan Notis One Stop Center ini diharap dapat membantu melancarkan sebaran maklumat dan pentadbiran di sekolah ini pada masa akan datang.

5.0ISU/ CABARAN/ REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALUIsu proses penyampaian kepada pelangganPenyebaran maklumat adalah satu Permasalah timbul apabila kaedah penyebaran bahan dan maklumat kepada semua guru kurang jelas dan agak lambat. Kadang-kadang pertindihan arahan yang disampaikan melalui komunikasi mulut ke mulut menyebabkan berlaku kekeliruan dengan arahan yang sebenar.

Dengan menggunakan Papan Notis ini, pentadbir perlu mengemaskini notis yang telah di keluarkan berdasarkan perkara tersebut. Ini dapat mengelakkan berlakunya pertindihan arahan.

6.KAEDAH/ APLIKASI/ PERISIAN/ PLATFORM YANG DIGUNAKANNyatakan kaedah, aplikasi dalam talian, perisian, platform atau media yang digunakan.

7.OBJEKTIFTuliskan objektif aktiviti dilakukan.

8.SASARANSasaran amalan terbaik

9.TINDAKANTindakan yang dilakukan untuk memastikan aktiviti berjaya dilaksanakan.

10.KOS (JIKA ADA)Kos untuk melaksanakan aktiviti.

11.IMPAK (KEJAYAAN)Kesan dan kejayaan yang diperolehi hasil daripada pelaksanaan aktiviti yang dirancang.

12.CADANGAN PENAMBAHBAIKANSyor untuk meningkatkan lagi kesan positif pelaksanaan aktiviti.

13.RUJUKANSenarai rujukan seperti dari buku teks, jurnal, bahan penyelidikan, laman web, akhbar dan artikel.

14.LAMPIRAN- Tangkapan skrin (screen shot) paparan VLE- Gambar-gambar aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

BORANG PENYERTAAN

1. JUDUL RENCANA :

2. BUTIRAN DIRI PENULIS

i.Nama Penuh :No. Kad Pengenalan:Gred DG:No. Telefon Bimbit:

ii.Nama Penuh :No. No. Kad Pengenalan:Gred DG:No. Telefon Bimbit:

iii.Nama Penuh :No. Kad Pengenalan:Gred DG:No. Telefon Bimbit:

iv.Nama Penuh :No. Kad Pengenalan:Gred DG:No. Telefon Bimbit:

v.Nama Sekolah :

vi.Alamat Sekolah:

vii.No. Telefon Sekolah:

viii.E-Mel (Ketua Kumpulan):

3. PENGAKUAN PENULIS

Dengan ini saya/ kami mengaku bahawa :

i. Semua butiran yang diberikan di atas adalah benar.

ii. Rencana yang dihantar adalah hasil saya sendiri, dan belum pernah disiarkan di mana-mana media penerbitan. Saya juga bersetuju mematuhi semua syarat yang dikenakan serta menerima segala keputusan pihak BTPN Perak berhubungan penerbitan rencana saya/ kami.