4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)

11
CIRI-CIRI KAUNSELOR YANG EFEKTIF Dr Sapora Sipon Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) PENGENALAN Keperluan mempunyai ciri-ciri efektif adalah sangat perlu bagi seorang kaunselor. Banyak faktor yang menyumbang kepada ciri-ciri efektif seorang kaunselor. Bab ini akan membincangkan ciri-ciri efektif kaunselor mengikut pandangan beberapa penulis. CIRI-CIRI KAUNSELOR YANG EFEKTIF Corey (2001) menjelaskan kaunselor yang efektif perlu mempunyai cirri-ciri seperti di bawah; Mempunyai kesedaran kendiri Kaunselor sepatutnya berterusan membentuk kesedaran nilai dan perasaan untuk terus berkembang Mempunyai minat Kaunselor yang efektif menunjukkan minat dengan perkara-perkara yang berlaku dan juga pengetahuan mengenai budaya lain Pengetahuan dan kemahiran Dalam usaha menjadi kaunselor yang efektif, kaunselor perlu bersedia untuk mengaplikasikan teori psikologikal dan latihan dalam diri mereka. Kaunselor mesti mengintegrasi kecekapan pelbagai budaya yang ada dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran. Gibson and Mitchell (2003) menjelaskan keberkesanan seorang kaunselor dan kaunseling bergantung kepada beberapa faktor termasuk Personaliti dan latar belakang kaunselor

Upload: herney-aqilah-kay

Post on 12-May-2015

6.017 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)

CIRI-CIRI KAUNSELOR YANGEFEKTIF

Dr Sapora SiponUniversiti Sains Islam Malaysia(USIM)

PENGENALAN

Keperluan mempunyai ciri-ciri efektif adalah sangat perlu bagi seorang kaunselor. Banyak faktor yang menyumbang kepada ciri-ciri efektif seorang kaunselor. Bab ini akan membincangkan ciri-ciri efektif kaunselor mengikut pandangan beberapa penulis.

CIRI-CIRI KAUNSELOR YANG EFEKTIF

Corey (2001) menjelaskan kaunselor yang efektif perlu mempunyai cirri-ciri seperti di bawah;

Mempunyai kesedaran kendiri

Kaunselor sepatutnya berterusan membentuk kesedaran nilai dan perasaan untuk terus berkembang

Mempunyai minatKaunselor yang efektif menunjukkan minat dengan perkara-perkara yang berlaku dan juga pengetahuan mengenai budaya lain

Pengetahuan dan kemahiranDalam usaha menjadi kaunselor yang efektif, kaunselor perlu bersedia untuk mengaplikasikan teori psikologikal dan latihan dalam diri mereka. Kaunselor mesti mengintegrasi kecekapan pelbagai budaya yang ada dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran.

Gibson and Mitchell (2003) menjelaskan keberkesanan seorang kaunselor dan kaunseling bergantung kepada beberapa faktor termasuk

• Personaliti dan latar belakang kaunselor

personaliti kounseler-empati. duduk dalam situasinya
manusia dan masalah1. cepat bertindak dan lambat bertindak - tergesa-gesa mahu hasil yg cepat tnpa berfikir-manusia lemah dari segi kesabaran dan pengawsalan2.tidak memiliki maklumat yg releven, lengkap atau menyeluruh- manusia cenderung utk memikir atau menyatakan tentang sesuatu tanpa mencari maklumat yg lengkap3. terlalu mementingkan diri sendiri dan mengenepikan hasrat org lain -manusia meentingkan cita2, keperluan atau haknya sahaja, maka wujudlah jurang konflik diantaranya4. terlalu melihat keluar
9. memiliki nilai dan matlamatygnegative atau tidak sesuai10. x thu atau berupaya membuat pilihan
Page 2: 4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)

• Pendidikan formal yang diterima oleh kaunselor• Kebolehan kaunselor untuk melibatkan diri dengan aktiviti

kaunseling yang bersifat profesional seperti pendidikan berterusan, penyeliaan dan perundingan.

Sementara itu, Patterson & Welfel (2000) menjelaskan ciri-ciri kaunselor yang efektif sebagai mempunyai kestabilan, bersifat harmoni dan mempunyai tujuan. Personaliti kaunselor adalah penting selain daripada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran ataupun teknik (Cavanagh, 1990). Pendidikan sahaja tidak mampu untuk mengubah ciri-ciri individu.

Seorang kaunselor yang efektif akan berkembang sebagai seorang individu dan membantu individu lain untuk berkembang. Dengan erti kata lain, kaunselor yang efektif adalah sensitif kepada diri mereka dan orang lain. Kaunselor yang efektif juga memantau sikap diri, mendengar, bertanya dan meneroka perbezaan budaya dan etnik dalam cara yang terbuka dan positif (Ford, Harris, & Schurger, 1993).

Zainal Abidin Ahmad dan Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004) menggariskan ciri-ciri kaunselor yang efektif seperti di bawah,

• Kepercayaan bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga• Kepercayaan bahawa kliennya berkeupayaan untuk berubah• Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efektif

berfungsi.• Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk

membantu individu yang terbatas perfungsiannya• Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses

interpersonal• Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.

Cormier dan Cormier (1998) menyenaraikan ciri-ciri kaunselor yang efektif seperti berikut iaitu;

• Mempunyai keupayaan intelek. -keinginan dan kebolehan untuk belajar dan juga bersifat kreatif.

• Bertenaga.

kebolehan untuk bersifat aktif dalam sesi dan mengekalkan tenaga yang ada.

• Bersifat fleksibel.

Page 3: 4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)

keupayaan untuk mengubah suai keadaan untuk memenuhi keperluan klien.

• Bersifat menyokong

keupayaan memberi galakan kepada klien dalam mebuat keputusan.

• Perasaan ingin membantu

keinginan untuk bekerja di pihak klien dalam cara yang konstruktif yang membawa kepada sikap tidak bergantung.

• Kesedaran diri

pengetahuan tentang diri sendiri termasuk sikap, nilai, perasaan dan juga keupayaan unutk mengenal pasti faktor-faktor yang berkaitan

Cottle (1973) menjelaskan kaunselor adalah individu di mana latar belakang profesional dalam bidang sains tingkah laku telah menyediakan dirinya untuk membantu klien dalam membuat pemilihan mengenai perkembangan kerjaya dan kehidupan peribadi yang diperlukan untuk tingkah laku yang efektif dalam masyarakat sekarang.

Pengetahuan mengenai psikologi perkembangan, teori pembelajaran, perkembangan personaliti, sosiologi, seting pendidikan, perkembangan kerjaya dan penilaian digunakan dalam usaha membantu klien mengenal pasti, menyusun serta membincangkan bahan-bahan yang berkaitan dengan pemilihan klien. Kaunselor juga berupaya untuk berfungsi dengan klien dari pelbagai sosioekonomi, etnik, agama dan kumpulan budaya.

Di samping itu, kaunselor juga mempercayai bahawa beliau mempunyai keupayaan untuk membantu klien memodifikasikan tingkah laku. Pada waktu yang sama, kaunselor mengggunakan segala sumber dalam agensinya dalam komuniti untuk menyediakan segala bantuan kepada kliennya.

Dalam membincangkan mengenai kualiti kaunselor yang efektif, Foster (1996) dan Guy (1987) menyenaraikan ciri-ciri seperti di bawah iaitu;

• bersifat ingin tahu • berkebolehan untuk mendengar• selesa dengan perbualan• bersifat empati dan memahami

menerima tanpa syaraat
Page 4: 4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)

• mempunyai celik akal emosi• intropeksi• kebolehan untuk ketawa

Rogers (1942) berpendapat kaunselor perlu mempunyai ciri seperti berikut,

• bersifat sensitif kepada perhubungan manusia• bersikap objektif • menghargai, menghormati individu serta mempunyai keupayaan

dan kesediaan untuk menerima klien.• memberi kebebasan kepada klien mencari jalan penyelesaian

sendiri• memahami diri sendiri dan juga limitasi emosi dan kekurangan• mengetahui tingkah laku manusia

Weitz (1957) telah menjelaskan tiga tret yang dilihat perlu untuk keberkesanan kaunseling iaitu;

• rasa selamat• bersifat sensitif• mempunyai kapasiti untuk membezakan antara tingkah laku

objekitf dan simbolik dan pada masa yang sama memahami perhubungan

Menurut Stewart et al (1978), kecekapan profesional kaunselor boleh dibahagikan kepada beberapa komponen. Komponen-komponen tersebut adalah seperti berikut;

(i)Kaunselor seharusnya menghormati harga diri dan maruah diri klien tanpa mengambil kira tingkah laku, sikap, kepercayaan, bangsa, jantina, peringkat umur atau status sosio-ekonomi klien.

Sesungguhnya, kaunselor membantu klien yang mempunyai pelbagai persoalan dalam dirinya. Kaunselor haruslah berusaha membantu klien melihat masalahnya dari pelbagai perspektif dengan menunjukkan sikap hormat terhadap setiap klien tanpa prasangka dan prejudis supaya dapat berkembang untuk menghormati harga diri dan maruah diri klien.

Kaunselor haruslah berkemampuan untuk mengubah perasaan negatif beliau terhadap sesetengah klien supaya klien akan dihormati sebagai seorang individu yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan persoalan dalam hidupnya di samping menunjukkan

Page 5: 4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)

bahawa kaunseling adalah satu usaha dalam proses memberikan pertolongan.

Sesetengah kaunselor tidak menyedari dan menafikan sikap prejudis yang terdapat dalam dirinya yang berkemungkinan mendatangkan kesan-kesan sampingan dalam perhubungan kaunseling.

Sesorang kaunselor dikatakan mempunyai sikap prasangka dan prejudis terhadap kaunselor apabila beliau menunjukkan sikap kebosanan semasa sesi temuduga, tidak memberikan tumpuan perhatian kepada tingkah laku lisan dan bukan lisan klien, kurang bersemangat, kurang berminat, ketakutan untuk menghadapi klien dan jenis masalah tertentu atau memberikan respons yang berbentuk sindiran, stereotaip serta menunjukkan pelbagai ancaman langsung dan tidak langsung terhadap klien.

(ii) Kaunselor seharusnya berusaha mewujudkan satu perhubungan yang fasilitatif dengan klien.

Matlamat kaunseling membentuk perhubungan yang fasilitatif adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dan menghadapi persoalan hidup yang dihadapinya. Dengan demikian, kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan satu perhubungan yang fasilitatif dengan klien sejak dari sesi temuduga yang pertama lagi.

Dalam erti kata yang lain, kaunselor seharusnya membentuk satu persekitaran atmosfera yang dapat mendorong klien merasakan kebebasan untuk membincangkan persoalan-persoalan yang di bawa bersama secara terbuka, lebih yakin terhadap kaunselor, jujur terhadap dirinya sendiri dan juga terhadap diri kaunselor serta dapat memahami bahawa kaunselor secara ikhlasnya berhasrat untuk memberikan bantuan kepadanya. Dalam konteks ini, klien selalunya dikatakan mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk menjalankan sesi kaunseling.

Bagi sesetengah klien, perhubungan fasilitatif selalunya berkembang secara beransur-ansur melalui beberapa proses temuduga. Klien yang sedemikian biasanya tidak bermotivasi untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling tetapi telah dirujuk kepada kaunselor melalui guru, ibu bapa, majikan atau agensi kerajaan.

Klien ini berkemungkinan tidak sedar akan matlamat kaunseling malahan ada klien yang berasa takut terhadap proses kaunseling. Selain itu, terdapat juga klien yang tidak mempercayai atau kurang yakin terhadap kecekapan profesional seseorang kaunselor dalam perhubungan menolong.

Perhubungan kaunselor-klien yang fasilitatif ialah satu tanda kecemerlangan. Kecemerlangan ini dikaitkan dengan proses

Page 6: 4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)

pembelajaran yang telah berlaku dalam diri klien untuk menceritakan persoalan hidup yang dihadapinya dengan bebas.

Perhubungan yang fasilitatif boleh memperlihatkan peluang yang baik untuk melakukan perubahan yang membawa kepada perkembangan apabila klien diberikan peluang untuk mempelajari bahawa kaunselor adalah seorang yang cekap, boleh dipercayai dan menghormati diri klien sebagai seorang individu yang mempunyai harga dan maruah diri.

Perhubungan kaunseling yang fasilitatif dilihat oleh klien secara keseluruhan. Klien selalunya tidak akan melihat konsep empati, hormat, konkrit, mesra, tulen dan kongruen sebagai entiti yang berasingan di antara satu sama lain tetapi lebih kepada memperolehi satu gambaran secara keseluruhan supaya beliau lebih yakin dan percaya kepada diri kaunselor. Oleh itu, peneguhan terhadap perhubungan kaunselor-klien adalah bergantung kepada tingkah laku lisan dan bukan lisan kaunselor, kemahiran mendengar, postur badan, pergerakan tangan, ekspresi muka dan lain-lain.

Selain daripada itu, masa yang diperuntukkan dalam sesi kaunseling juga adalah satu penentu penting yang mendorong kepada proses penyesuaian dan perkembangan perhubungan yang fasilitatif di antara kaunselor dan klien.

Perhubungan yang fasilitatif kaunselor-klien biasanya memerlukan masa yang panjang untuk terbina. Ini berlaku khususnya terhadap klien yang suka memendamkan isi hatinya terutama sekali yang berkaitan isu-isu yang sensitif seperti isu seksual, bangsa, sosial, dadah atau alkohol. Klien yang sedemikian biasanya berasa sukar untuk mendedahkan perasaannya.

Kemahiran-kemahiran seperti bersifat empati, menunjukkan rasa hormat, bersifat konkrit, mesra, tulen dan kongruen wujud sebagai agen pendorong perhubungan yang fasilitatif antara kaunselor dengan klien. Ini berlaku apabila kaunselor menunjukkan kemahiran-kemahiran tersebut secara sintesis dan konsisten dalam bentuk satu keseluruhan yang dapat dilihat oleh klien dalam perhubungan menolong.

Konsep-konsep yang sedemikian merujuk kepada tumpuan perhatian yang tidak berbelah bagi terhadap tingkah laku lisan dan bukan lisan, kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan, pendengaran yang aktif, perasaan empati, boleh dipercayai, pemikiran yang objektif, kawalan kendiri terhadap tingkah laku dan emosi, kontak mata yang selesa, jarak sosial yang selesa, sambutan mesra terhadap klien, tidak bertingkah laku suka menunjuk-nunjuk serta bertingkah laku dalam keadaan yang relaks.

(iii) Kaunselor seharusnya sentiasa berusaha membantu klien untuk mengenal pasti dimensi-dimensi biologikal, persekitaran

Page 7: 4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)

dan psikologikal dari aspek kognitif, afektif dan tingkah laku klien.

Dalam kaunseling, klien membawa bersama pelbagai konflik yang disimpan dalam dirinya. Konflik-konflik ini wujud dalam bentuk integrasi yang unik di antara aspek biologikal, persekitaran dan psikologikal kerana sifatnya yang saling mempengaruhi di antara satu sama lain.

Kaunselor seharusnya mempunyai pengetahuan am yang luas untuk melihat dimensi-dimensi biologikal, persekitaran dan psikologikal yang terdapat dalam proses perkembangan klien. Pengetahuan ini akan dijadikan asas untuk membuat penilaian terhadap keunikan organisasi aspek-aspek tersebut dalam kehidupan klien.

Kaunselor haruslah sentiasa menambahkan pengetahuannya melalui proses pembelajaran daripada pemerhatian ke atas tingkah laku lisan dan bukan lisan, kognitif, afektif dan respons psikomotor daripada klien semasa sesi temuduga. Kaunselor juga boleh merujuk individu-individu yang signifikan di persekitaran klien.

Dalam konteks ini, kaunselor akan membantu klien melihat ketiga-tiga dimensi tersebut supaya memperolehi satu pemahaman yang lebih sempurna terhadap faktor-faktor yang bertanggungjawab dalam persoalan klien. Oleh itu, model kaunseling yang lebih tepat dan bersesuaian dengan persoalan yang dibawa oleh klien dapatlah direka bentuk.

(iv).Keperluan peribadi kaunselor untuk menjalankan sesi kaunseling haruslah dikaji dari masa ke semasa untuk menentukan bahawa perhubungan kaunseling yang dibentuk dapat mendorong klien berkembang ke arah pencapaian matlamat.

Pada hakikatnya, terdapat kaunselor yang mendapat kepuasan daripada kebergantungan kliennya dalam perhubungan menolong sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Sesetengah kaunselor yang lain pula seolah-olah menceburkan diri dalam profesion kaunseling dengan tujuan utama untuk mendapatkan keuntungan atau mendapatkan prestij daripada kedudukannya dalam masyarakat. Di samping itu, sebahagian daripada kaunselor pula seolah-olah tidak memainkan peranannya sebagai kaunselor.

Dalam erti kata yang lain, proses memberikan bantuan kepada klien adalah berlaku secara tidak teraputik ataupun tidak menghiraukan persoalan yang dibawa oleh klien. Oleh yang demikian, penilaian terhadap motivasi kaunselor melaksanakan kaunseling haruslah sentiasa dikaji dari masa ke semasa supaya proses kaunseling dapat membantu klien berkembang ke arah pencapaian matlamat.

Page 8: 4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)

(v) Kaunselor seharusnya menjadi satu model sosial yang baik dalam profesion kaunseling.

Dalam konteks masyarakat, kaunselor dilihat sebagai model sosial yang baik. Ketidakcekapan seorang kaunselor selalunya akan digeneralisasikan secara keseluruhannya oleh sesetengah individu ke atas profesion kaunseling. Oleh itu, kaunselor sentiasa menerima kritikan daripada kebanyakan masyarakat walaupun mereka sering memberikan sumbangan yang penting dalam proses menolong klien melalui kaunseling. Kritikan ini telah membentuk stereotaip secara keseluruhannya terhadap profesion kaunseling. Oleh itu, kaunselor haruslah mengambil langkah-langkah positif untuk memperbaiki pencapaiannya supaya dapat mengurangkan kesilapan dan meningkatkan keberkesanan kaunseling.

(iv) Kaunselor seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas tentang proses kaunseling untuk menyediakan satu pendekatan yang bersesuaian dalam perhubungan menolong.

Kaunselor yang profesional berkemampuan membina perhubungan yang fasilitatif, membantu kliennya melihat perbezaan di antara dimensi-dimensi kognitif, afektif dan tingkah laku, malahan bermotivasi dalam proses memberikan bantuan. Walau bagaimanapun, sehingga kini kaunselor masih dikatakan gagal membantu kebanyakan klien mencapai matlamat dalam kaunseling.

Kaunselor yang sedemikian dikatakan kurang cekap dan kurang faham tentang keseluruhan proses kaunseling. Oleh yang demikian, kaunselor haruslah berlatih berulangkali supaya menjadi lebih profesional mengendalikan kaunseling secara teratur. Dalam erti kata yang lain, kaunselor secara relatifnya akan berasa lebih yakin dan tahu apa, bila dan bagaimana untuk melakukan pelbagai fungsi dalam proses kaunseling.

(vi) Kaunselor seharusnya sentiasa mempertingkatkan ilmu sepanjang kerjayanya.

Dewasa ini, banyak peluang telah disediakan untuk kaunselor meneruskan pembelajaran dalam bidang kaunseling terutamanya dalam bidang sains tingkah laku manusia. Salah satu pilihan dalam menambahkan kemahiran kaunseling adalah dengan mengkaji sesi temuduga yang telah dirakamkan. Penilaian terhadap setiap kes serta tingkah laku klien dan kaunselor sendiri akan menambahkan kecekapan kaunselor dalam menjalankan proses kaunseling.

Di samping itu, kaunselor haruslah merujuk kepada kaunselor yang lebih berpengalaman untuk membuat penilaian terhadap

Page 9: 4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)

kemahiran-kemahiran yang diaplikasikan dalam perhubungan menolong serta mendapatkan pandangannya sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini bertujuan supaya dapat mengurangkan risiko kesilapan dalam proses kaunseling.

Selain daripada itu, sesorang kaunselor haruslah mengetahui aspek-aspek budaya, nilai dan tingkah laku manusia melalui interaksi dengan pelbagai etnik yang berbeza-beza dalam masyarakat. Pengetahuan yang sedemikian merupakan satu cara yang terbaik untuk mengkaji dan mengubah sikap prasangka dan prejudis kaunselor terhadap klien yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Namun begitu, terdapat juga bengkel-bengkel dan penyelidikan sains tingkah laku manusia yang dapat membantu proses menambah pengetahuan dengan menjadi ahli dalam organisasi profesional.

Di samping itu, banyak kursus yang boleh memberikan peluang kepada kaunselor untuk melanjutkan pendidikan pada tahap yang lebih tinggi. Tambahan pula, terdapat pelbagai bahan yang boleh dimanfaatkan oleh kaunselor untuk meluaskan ilmu pengetahuan.

Patterson & Welfel (1994) menggariskan 5 prinsip-prinsip menjadi pembantu yang efektif iaitu;

Memahami tingkah laku manusia

Untuk menjadi seorang yang berkesan, kaunselor perlu memahami secara mendalam tingkah laku manusia dalam konteks sosial dan budayanya. Kaunselor juga mesti berupaya untuk menggunakan pemahaman tersebut untuk menangani permasalahan klien.

Perubahan diri klien

Tujuan utama sesi kaunseling adalah untuk membantu klien mencapai perubahan yang diinginkan.

Meningkatkan perhubungan

Kualiti perhubungan membantu adalah signifikan dalam menyediakan satu persekitaran perkembangan.

Satu proses yang berurutan

Kaunseling adalah satu proses yang berlaku secara berurutan.

Penerokaan kendiri dan konfrontasi

Page 10: 4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)

Proses kaunseling mengandungi penerokaan kendiri dan juga konfrontasi di pihak klien dan dibantu melalui interaksi antara klien dengan kaunselor.

RUMUSAN

Keperluan mempunyai ciri-ciri efektif adalah sangat perlu bagi seorang kaunselor. Banyak faktor yang menyumbang kepada ciri-ciri efektif seorang kaunselor. Bab ini telah membincangkan ciri-ciri efektif kaunselor mengikut pandangan beberapa penulis.

RUJUKAN

Cavanagh, M.E. (1990). The counseling experience. Prospect Heights,IL; Waveland.

Cottle, W.C. (1973). Beginning Counseling Practicum. Grune & Straton: New York & London.

Corey, G. (2001). Theory and practice of counseling and psychotherapy (6th ed.). Pacific Grove.CA: Brooks/Cole.

Cormier,W.H., & Cormier,L.S (1998). Interview strategies for helper (4th ed). Pacific Grove, CA Brooks/Cole.

Foster, S. (1996). Characteristics of an effective counselor. Counseling Today.

Gibson, R.L. & Mitchell, M.H. (2003). Introductuion to counseling and guidance. Upper Saddle River. New Jersey. Columbus Ohio.

Guy,J.D. (1987). The personal life of the psychotherapist. New York: Wiley.

Patterson,L.E., & Welfel, E.R. (1994). The counseling process (4th ed). Brooks/Cole Publishing Company. Pacific Grove: California.

Rogers, C.R. (1942). Counseling and Psychotherapy. Boston: Houghton Miffilin Company.

Stewart, N.R., Winborn, B.B., Burks, H.M., Johnson, R.R., & Englekes, J.R. (1978). Systematic Counseling. Prentice Hall, Inc. Englewood Cliffs, New Jersey.

Zainal Abidin Ahmad & Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004). Modul Bimbingan dan Kaunseling. Universiti Terbuka Malaysia

Page 11: 4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)

Weitz, H. (1957). Behaviour change through guidance. New York: Wiley.