3refleksi

2
LAI SHANE YUEN PISMP PENGAJIAN CINA SEMESTER 3 AMBILAN JUN 2014 3.0 Refleksi 3.1 Refleksi oleh Lai Shane Yuen Sepanjang pelaksanaan tugasan yang diamanahkan, saya telah bersyukur kerana tempoh yang ditetapkan amat cukup bagi saya memikir serta menghasilkan idea-idea yang bernas berdasarkan penelitian maklumat-maklumat dari pelbagai sumber. Kerja kursus dibahagikan dengan 2 bahagian. Tugasan 1 yang melibatkan aktiviti kumpulan ini telah memberi impak positif kepada saya kerana rakan sekumpulan ini banyak meningkatkan daya saing saya dengan selalu membincangkan isi-isi untuk dimasukkan dalam penulisan kami. Saya juga mendapat tahu bahawa pentingnya persediaan individu sama ada dari segi academik atau psikologi sebelum menjalankan aktiviti berkumpulan untuk memastikan proses perbincangan yang lancar. Dengan membincangan percanggahan idea-idea sehinggakan kepada sebulat suara, proses ini memakan masa dan akal kami, akan tetapi keputusan yang kami hasilkan amat berbaloi. Ini juga memberi saya iktibar supaya pandai mengurus diri dan secara sosial dalam pelaksanaan tugasan. Tugasan 2 juga menyediakan saya untuk berfikir secara kritis dengan memahami isi yang dibaca, mengolah semula dengan gaya tersendiri serta dengan maklumat-maklumat yang boleh dipercayai. Ini juga memberangsangkan saya supaya tidak mengeluarkan pernyataan yang tanpa pengulasan pakar-pakar. Kemahiran ini sememangnya patut saya semai untuk penulisan tesis untuk pembelajaran yang lanjut. Kerja kursus ini yang bertema hubungan etnik dengan ekonomi negara. Ini amat penting bagi saya selaku siswa pendidikan untuk memahami perkembangan negara kerana sayalah yang berada di saf hadapan untuk mendidik anak-anak murid dengan ilmu pengetahuan serta

Upload: shane-yuen-lai

Post on 14-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refeksi

TRANSCRIPT

Page 1: 3Refleksi

LAI SHANE YUEN PISMP PENGAJIAN CINA SEMESTER 3 AMBILAN JUN 2014

3.0 Refleksi

3.1 Refleksi oleh Lai Shane Yuen

Sepanjang pelaksanaan tugasan yang diamanahkan, saya telah bersyukur kerana

tempoh yang ditetapkan amat cukup bagi saya memikir serta menghasilkan idea-idea yang

bernas berdasarkan penelitian maklumat-maklumat dari pelbagai sumber.

Kerja kursus dibahagikan dengan 2 bahagian. Tugasan 1 yang melibatkan aktiviti

kumpulan ini telah memberi impak positif kepada saya kerana rakan sekumpulan ini banyak

meningkatkan daya saing saya dengan selalu membincangkan isi-isi untuk dimasukkan dalam

penulisan kami. Saya juga mendapat tahu bahawa pentingnya persediaan individu sama ada

dari segi academik atau psikologi sebelum menjalankan aktiviti berkumpulan untuk memastikan

proses perbincangan yang lancar. Dengan membincangan percanggahan idea-idea

sehinggakan kepada sebulat suara, proses ini memakan masa dan akal kami, akan tetapi

keputusan yang kami hasilkan amat berbaloi. Ini juga memberi saya iktibar supaya pandai

mengurus diri dan secara sosial dalam pelaksanaan tugasan. Tugasan 2 juga menyediakan

saya untuk berfikir secara kritis dengan memahami isi yang dibaca, mengolah semula dengan

gaya tersendiri serta dengan maklumat-maklumat yang boleh dipercayai. Ini juga

memberangsangkan saya supaya tidak mengeluarkan pernyataan yang tanpa pengulasan

pakar-pakar. Kemahiran ini sememangnya patut saya semai untuk penulisan tesis untuk

pembelajaran yang lanjut.

Kerja kursus ini yang bertema hubungan etnik dengan ekonomi negara. Ini amat

penting bagi saya selaku siswa pendidikan untuk memahami perkembangan negara kerana

sayalah yang berada di saf hadapan untuk mendidik anak-anak murid dengan ilmu

pengetahuan serta pengalaman saya. Saya akan memastikan diri supaya menjadi guru yang

professional dengan mempamerkan ciri-ciri kuat ilmu seta semangat cinta akan negara. Saya

akan menjadi rol model terbaik bagi murid-murid memahami sejarah serta kronik

perkembangan sebelum merdeka dan selepas merdeka di negara kita. Ini juga adalah hasil

saya memahami Rancangan Malaysia ke-10 yang aspeknya juga tertumpu kepada menyusun

semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi. Saya

mempercayai status pendidikan dapat mengubah nasib seseorang dan juga status sesebuah

negara. Untuk bersaing dengan menjamin taraf hidup rakyat, saya memahami tanggungjawab

saya yang pikul untuk mendidik ahli masyarakat supaya kita sempurna dari aspek rohani,

intelek, jasmani dan perasaan cinta akan negara.