37tips

15
www.sifufbads.com 1

Upload: shafiq-nezat

Post on 13-May-2017

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 37Tips

www.sifufbads.com

1

Page 2: 37Tips

www.sifufbads.com

2

Makluman

Terima kasih kerana anda telah mendownload ebook bertajuk 37 Tips Tingkatkan Jualan Melalui

Facebook ini dari sifufbads.com. Ebook ini percuma, tapi sifufbads tidak menjanjikan apa-apa jaminan

hasil selepas anda gunakan panduan ini. Pihak sifufbads juga tidak bertanggungjawab dengan apa-apa

yang terjadi selepas anda gunakan tips ini. Ini adalah perkongsian biasa yang telah digunapakai oleh

sifufbads dan juga pelajar-pelajar sifufbads dalam meningkatkan jualan produk di facebook. Ianya

meliputi pelbagai jenis produk, pelbagai harga, pelbagai audiens.

Insyallah, dengan perkongsian tips-tips ringkas ini, ianya dapat membantu anda untuk tingkatkan jualan

lebih dari biasa. Tiada ilmu, kita cari ilmu! Ada ilmu kita amalkan. Bila kita amalkan, amalkan sehingga

menjadi. Panduan ini disebarkan/diberikan di atas kesedaran mengembangkan ilmu pemasaran internet

kepada masyarakat.

Pihak sifufbads juga ingin memaklumkan bahawa Facebook sentiasa berubah. Jadi, dinasihatkan anda

supaya sentiasa alertdengan perubahan-perubahan FB yang mana ianya akan mempengaruhi akan

keberkesanan pemasaran anda di FB. Cuba dapatkan ilmu-ilmu terkini dari sifufbads samada dari

seminar, di fanpage mahupun blog sifufbads.

Untuk dapatkan info-info terkini, cara terkini tentang ilmu FB ads Marketing, sifufbads sarankan anda

mendaftar untuk:

1) Like fanpage kami di https://www.facebook.com/sifufesbukads

2) Ikuti tips-tips di blog www.sifufbads.com dan anda disarankan juga daftar nama dan emel di

web tersebut untuk terima emel tips-tips FB Ads Marketing PERCUMA terus ke emel anda.

Sekian.

JaMaL

Sifufbads Sdn Bhd

www.sifufbads.com

FB: Sifu FB Ads

Page 3: 37Tips

www.sifufbads.com

3

Siapa Sifufbads

Nama penuhnya, Jamaluddin Bin Bahari.Nama glemer, JaMaL. Berumur 32 tahun (pada tahun ebook ni

ditulis), berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Mula melibatkan diri dalam perniagaan

internet hasil dari pendedahan oleh Dr Irfan Khairi sejak 2008 lagi.

Pada mulanya beliau menjalankan perniagaan Internet secara sambilan di mana beliau membahagikan

masa sebagai seorang jurutera awam di siang hari dan menjalankan perniagaan ebook selepas tamat

waktu perkhidmatan sektor awam.

Sejak April 2010, JaMaL telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan Internet dengan lebih

serius.Keputusan ini dibuat setelah beliau mendapati pendapatan sambilan yang diperolehi adalah

konsisten dan jauh lebih tinggi dari gaji penjawat awam yang diterimanya setiap bulan.

JaMaL mula terlibat dalam dunia perniagaan Internet sebagai usahawan produk digital, usahawan

produk fizikal, pemasar affiliate, dan juga blogger.Beliau dikenali oleh penggiat industri perniagaan

Internet di Malaysia sebagai ‘pengajar’ sejak tahun 2009 lagi. Selain itu, beliau juga sering menghasilkan

panduan-panduan perniagaan dan pemasaran Internet yang sering dijadikan rujukan usahawan-

usahawan lain.

JaMaL @ sifufbads mula fokus pada

pembelajaran/kajian/eksperimen tentang Facebook Ads

Marketing secara khusus bermula pada tahun 2011

lagi.Beliau menghabiskan puluhan ribu ringgit bagi tujuan

tersebut.Beliau juga mula mengajar pelajarnya FB Ads

Marketing bermula 2011 sehingga lah sekarang. Lebih 50

ribu orang telah mempelajari ilmu FB Ads Marketing dari

beliau dari blog, fanpage, dari emel.

Beliau juga telah hasilkan beberapa panduan dalam bentuk

ebook, video yang mengajar ilmu FB Ads Marketing.Selain

itu, banyak seminar-seminar dan juga program-program

Training FB Ads Marketing yang telah dianjurkan di bawah

syarikat beliau, sifufbads sdn bhd.

Page 4: 37Tips

www.sifufbads.com

4

37 Tips Tingkatkan Jualan Melalui Facebook

TIPS-TIPS MEMBUAT IKLAN FB ADS

TIPS #1 : FOKUS BINA FANS, BUKANNYA TRAFIK

Tahukah anda, menjual kepada fans adalah lebih mudah berbanding menjual kepada non-fans.

Kenapa ? Ini mereka yang telah LIKE page anda, iaitu fans anda, lebih mengenali anda dan

produk anda berbanding mereka yang masih belum jadi fans (non-fans). Untuk menjual lebih

mudah kepada mereka, anda perlu konsisten dalam membina relationship, engagement dan

sentiasa tingkatkan kredibiliti/kepercayaan mereka terhadap page anda.Anda bagaimana? Dah

mula kumpulkan fans yang relevan dengan page anda? Jika belum, anda boleh mulakan

membina fans anda menggunakan FB Ads, Like marketing. Apabila jumlah fans page anda

melebihi 5000, adalah mudah untuk membina iklan yang menyasarkan fans anda sendiri.

TIPS #2 : GUNAKAN GAMBAR YANG RELEVAN, MEMUKAU

Dalam FB Marketing, gambar atau imej memainkan peranan besar untuk menarik perhatian

audiens dan seterusnya mampu membuatkan mereka berminat atau berniat untuk membeli.

Jika anda seorang penjual baju kurung, cuba gunakan gambar model menggayakan baju kurung

tersebut. Jika jual produk kencantikan muka, anda boleh gunakan gambar testimonial

pengguna. Jika anda jual ubat kuat ?Gunakan gambar produk (jangan gambar yang bukan-

bukan ye).Jual t-shirt?Mungkin anda boleh gunakan gambar model memakai t-shirt.Extra tips –

Gunakan gambar yang mampu memainkan emosi prospek! Emosi prospek mudah ‘dicuit’

dengan menggunakan gambar yang mempersembahkan unsur-unsur adjektif seperti “cantik,

mudah, cepat, murah, jimat, lain dari lain, ekslusif dll.

TIPS #3 :GUNA PERKATAAN-PERKATAAN YANG MAHAL PADA IKLAN

Di Facebook terlampau banyak iklan. Mungkin kita akan tenggelam jika mesej pemasaran kita

kurang berkesan. Nak beriklan di Facebook perlumengandungi mesej pemasaran yang

gagah.Antaranya guna perkataan-perkataan yang mahal pada iklan. Penggunaan perkataan

Page 5: 37Tips

www.sifufbads.com

5

yang akanmembuatkan orang klik pada iklan kita, sebagai contoh, PERCUMA, TERKINI, BARU,

MUDAH, BONUS, CEPAT adalah perkataan yang mahal dan menarik minat untuk orang klik.

TIPS #4 : FAHAMI SIAPA BAKAL PELANGGAN KITA

Tak kenal, maka tak dapat pembeli lah! Jadi, cuba kenali pelanggan anda sebaiknya. Kenali

maklumat demografi mereka (umur, jantina, pekerjaan, status family dll) , di mana mereka, apa

yang mereka suka, apa yang mereka buat, apa masalah mereka, apa situasi mereka, apa

mereka inginkan dan sebagainya. Semakin anda mengenali mereka, semakin mudah anda

menjual kepada mereka.Setuju ?

TIPS #5: ORANG SUKA PERGI KE KEDAI YANG RAMAI ORANG

Katakan anda ingin makan ikan bakar di satu kawasan yang belum pernah anda pergi yang

mana terdapat lebih dari 10 restoran ikan bakar yang bersebelahan antara satu sama lain. Anda

pergi yang mana satu? Saya yakin anda pasti akan memilih restoran yang memiliki paling ramai

pelanggan bukan? Begitu juga di Facebook! Orang membeli dari fanpage yang paling ramai

pelanggan! Iaitu ramai fans, ramai komen! Jadi, tingkatkan jumlah fans anda dan tingkatkan

respons di fanpage anda!

TIPS #6 : MENJUAL PADA WAKTU ORANG BERDUIT

Jika nak menjual, jual lah pada ketika orang berduit.Iaitu waktu gaji masuk.Pada waktu ini,

memang lebih mudah menjual berbanding hari biasa. Kita boleh buat iklan tentang produk kita

kepada prospek ketika ini, ataupun anda boleh follow up semula mereka yang pernah berminat

dengan produk anda (orang yang komen dan juga yang PM). AMARAN: Jangan menjual di hari-

hari PERAYAAN! Ataupun sehari dua sebelum perayaan! Ini kerana prospek anda sedang berada

di ‘alam lain’ ketika itu! (mood raya)

TIPS #7 : ELAKKAN JAM 12AM – 9AM

Why? Why? Kenapa nak dielakkan masa ni? Mudah je jawapannya! Kan ini waktu tidur dan

waktu orang nak bergerak ke tempat kerja! Jika anda buat Facebook Ads pada ketika ini, agak

Page 6: 37Tips

www.sifufbads.com

6

sia-sia! Kenapa ? Jika audiens layari Facebook pada waktu ini, mereka layarinya menggunakan

smartphone mereka, di atas katil sambil berbaring! Satu kedudukan yang kurang sesuai untuk

membuat pembelian.Anda boleh kurangkan bajet iklan anda untuk perlahankan iklan anda,

ataupun pause iklan anda sepanjang tempoh ini.

TIPS #8 : JUAL MANFAAT, BUKANNYA PRODUK

Anda kena tahu, orang membeli disebabkan MANFAAT yang bakal mereka perolehi dari produk

yang dibeli. Orang membeli steam iron kerana dapat bantu mereka menggosok baju dengan

cepat, mudah dan selamat di pagi hari. Orang membeli produk pemutih wajah kerana mereka

ingin kelihatan cerah, cantik dan menawan. Kaum Adam membeli produk ‘ubat kuat’ kerana

mereka ingin nampak hebat di depan isteri mereka. Wanita Melayu membeli baju kurung di FB

kerana mereka ingin kelihatan cantik, menawan lagi tertawan. Beli aircond, bukan sebab

aircond tu cantik, canggih, tapi aircond tu boleh memberi kesejukan pada kita, tak panas! Orang

beli cermin mata anti silau sebab ianya dapat kurangkan silau.Orang beli Burger Bakar sebab

ianya nampak sedap, lazat berkrim.Anda pula bagaimana?Apa manfaat produk anda?

TIPS #9 : SUKA, KENAL, PERCAYA

Di Facebook, anda juga perlu gunakan konsep ini. Pertama, buatkan audiens suka dengan page

anda.Bagaimana nak buat orang sukakan page anda?Anda boleh gunakan gambar yang

menarik, yang lain dari lain, atau gunakan ayat-ayat yang memikat. Ini mampu buatkan audiens

sukakan page anda! Seterusnya, kenalkan diri anda kepada mereka.Tunjukkan siapakah anda di

sebalik fanpage anda.Anda boleh tunjukkan diri anda, ataupun syarikat anda. Letakkan nama,

alamat, website dan sebagainya yang mampu membantu buatkan orang mengenali anda. Dan

seterusnya buatkan mereka percaya dengan anda, dan juga produk yang

dijual.Bagaimana?Anda boleh gunakan testimonial, tunjukkan pengiktirafan terhadap produk

anda, mahupun endorsement dari mereka yang berpengaruh. Belum pernah cuba ? Cer cuba…

TIPS #10 :75% ORANG MEMBELI DISEBABKAN EMOSI

Pernah dengar fakta ini ? Ya, 75% pembelian dibuat disebabkan emosi! Sebagai contoh ‘awek’

saya, suka sangat membeli jubah di Facebook disebabkan teruja dengan fesyen, warna, dan ke-

eksklusif-annya.Pantang lihat jubah yang cantik-cantik, terus saja beliau membelinya. Dan

seorang student saya, berjaya menjual 1000 unit steam iron dalam masa 7 hari di Facebook

Page 7: 37Tips

www.sifufbads.com

7

dengan hanya menggunakan video demo sahaja! (buat FB ads). Anda boleh mainkan emosi

prospek untuk membeli dengan penggunaan gambar, video, ayat dan juga tawaran anda.

TIPS #11 : TINGKATKAN TRAFIK

Fanpage menarik, produk ada permintaan, gambar memukau, ayat menjual power belum

bermakna produk anda boleh senang-senang saja terjual! Anda perlu buat perkara paling

penting dalam pemasaran, iaitu ‘tarik trafik’, iaitu pelawat ke post di fanpage anda. Sedikit

trafik, sedikit lah potensi jualannya! Banyak trafik, banyaklah peotensi jualannya! Bagaimana

nak tarik trafik ?Apa lagi, gunakan lah FB Ads! (Contohnya - Saya kalau nak sales RM5k sehari,

saya kena dapatkan trafik sebanyak 1000 klik sehari. )

TIPS # 12 : KIRA CONVERSION RATE

Dari 100 pelawat yang klik post iklan anda, berapa ramai yang menjadi pembeli? Jika ada 1

pembeli dari 100 klik tadi, conversion rate iklan post anda 1%.Kira conversion rate iklan anda

setiap hari atau sebaik saja anda mencapai klik sebanyak 100 klik. Tak dapat conversion rate 1%

selepas 1 hari ataupun selepas 100 klik, anda perlu berbuat sesuatu. Mungkin boleh mencuba

audiens yang baru, ataupun gunakan gambar dan ayat iklan yang baru.

TIPS #13 : PRODUK YANG BANYAK MANFAAT, JANGAN JUAL SEMUA MANFAAT.

Selalu kita tengok mana-mana iklan pemasaran letakkan semua manfaat produk dalam iklan

mereka. Contohnya ada satu produk boleh ubat penyakit gout, kencing manis, darah tinggi, dan

macam-macam lagi, pendek kata kita selalu anggap produk ni ajaib boleh ubatkan semua

penyakit. Cuba ambil satu sahaja manfaat produk. Dalam hal ini saya ambil penyakit kencing

manis. Jadi saya boleh target iklan hanya kepada orang yang kencing manis sahaja.

Page 8: 37Tips

www.sifufbads.com

8

TEKNIK ‘ENGAGEMENT’ DENGAN PELANGGAN DAN BAKAL PELANGGAN

TIPS #14 : GUNA STRATEGI PEMASARAN MENGIKUT ISU SEMASA.

Contoh isu semasa, harga barang naik selepas pilihanraya. Buat satu post Facebook berkenaan

isu minyak naik dan bagi solusi macam mana produk anda boleh bagi bantu masalah kenaikan

minyak. Contohnya masa harga minyak naik mungkin ramai orang cadangkan untuk dapatkan

produk penjimat minyak. Kita boleh juga memberi solusi lain seperti memberi cadangan

dengan cara tingkatkan pendapatan seperti perniagaan internet (contohnya macam SifuFbAds

☺ ).

TIPS #15 : GUNA BALIK POST-POST FACEBOOK YANG MEMPUNYAI ‘ENGAGEMENT’ YANG

TINGGI.

Mungkin ada banyak post Facebook anda yang mempunyai komen dan like yang tinggi. Copy

dan paste balik post-post ini ke dalam ‘note pad’ simpan dalam laptop atau desktop kita.Bila

nak gunakan balik?Mungkin selepas 2-3 bulan kemudian, guna balik post ini.

TIPS #16 : ‘RESERVE’ 1 HARI KHAS TULIS BANYAK POST DAN SIMPAN DALAM NOTEPAD.

Pernah tak sampai satu masa kita tiada idea nak post apa kat Facebook Pages kita. Cuba

‘reserve’kan satu hari untuk tulis post Facebook 30-50 post dan simpan dalam ‘notepad’. Jadi

tak adalah masalah tiada idea nak tulis apa. Cuma buka balik notepad kita ‘copy’ dan ‘paste’

balik. Boleh juga terus jadualkan post kita melalui fungsi ‘schedule’ post di Facebook Pages.

TIPS #17 : UPDATE AKTIVITI SYARIKAT/PERNIAGAAN.

Nampakkan bahawa bisnes kita ‘hidup’. Update gambar ofis, gambar tengah membungkus,

gambar tengah pos, dan macam-macam lagi. Semua ini akan meyakinkan bahawa Facebook

Page kita adalah sebuah bisnes yang ‘serius’ bukan part time atau main-main. Ia akan

tingkatkan keyakinan orang untuk membeli walaupun anda hanya bisnes dari rumah.

Page 9: 37Tips

www.sifufbads.com

9

TIPS #18 : BUAT CONTEST, TAWARKAN HADIAH.

Guna duit dari hasil keuntungan produk, labur untuk hadiah untuk contest. Contest adalah

salah satu cara untuk Fan Facebook anda terus ‘keep in touch dengan anda. Melalui contest

juga boleh viralkan Facebook Pages anda untuk lebih banyak Fan. Contest membuatkan fans

kita dihargai, orang yang bukan fans pun teringin jadi fan kita.

Apabila iklan anda memberikan keuntungan, dengan conversion rate yang bagus, dengan ROI

(return on investment) yang bagus, kenapa anda tak tingkatkan bajet iklan? Sayang duit?

Dengan meningkatkan bajet iklan, ianya dapat bantu anda tingkatkan lagi jumlah trafik ke post

iklan anda, dan seterusnya mampu tingkatkan jualan dan keuntungan anda. Ada bran ?

TIPS CLOSING PELANGGAN

TIPS #19 : RESPON PELANGGAN DIIKUTI PERTANYAAN.

Lepas respon pelanggan akhiri ayat kita dengan pertanyaan juga. Contoh, bila pelanggan

bertanya tentang produk, akhiri dengan soalan seperti ‘tuan, nak beli berapa unit ye?’, ‘tuan

nak buat pembayaran melalui Maybank atau CIMB?’, galakkan pelanggan terus respon kepada

kita. Jawapan diikuti dengan soalan akan meningkatkan lagi potensi pelanggan untuk membeli.

TIPS #20 : LEBIH CEPAT ANDA RESPONS, LEBIH CEPAT MEREKA MEMBELI

Camne tu? Jika anda terima komen di post anda, ataupun terima PM (personal messages) di

inbox anda, sila respons sepantas yang boleh! Lebih-lebih lagi pada waktu ‘orang bekerja’ 9am –

4pm. Kenapa ?Jika mereka memberikan respons pada waktu ini, ianya memberi petanda

bahawa mereka memang berminat dengan produk anda.Dan pada ketika itu, mereka memang

sedang berada di page anda menunggu respons dari anda pula. Jangan tunggu sehari dua baru

nak respons :-)

TIPS #21 : PROSPEK TAKKAN MEMBELI SELAGI TIADA TEKANAN

Nak menjual kena tekan si prospek ke? Oh tidak! Tidak! Bukan begitu bos. Maksudnya di sini,

kita boleh gunakan ‘sense of urgency’ untuk memberi tekanan dalaman kepada prospek untuk

Page 10: 37Tips

www.sifufbads.com

10

BERTINDAK SEGERA! Bertindak untuk MEMBELI! Bagaimana?Anda boleh adakan jualan terhad

mungkin dari segi kuotanya, atau dari segi masa, iaitu bagi dengan meletakkan dateline untuk

prospek bertindak membeli. Sebagai contoh, anda boleh lihat contoh ini ‘ “ 5 UNIT LAGI -

BEDAK TANAKA, UNTUK YANG SUKAKAN KECANTIKAN”. AMARAN – pastikan tawaran anda

benar-benar wujud, bukannya trick semata-mata hanya bertujuan untuk menarik perhatian

prospek sahaja.

TIPS #22 : TAWARKAN PELANGGAN MEMBELI LEBIH DENGAN HARGA DISKAUN

Jika pelanggan setuju untuk beli dari kita satu unit, cuba tawarkan offer tak masuk akal seperti

harga diskaun “Kalau beli 3 unit kami bagi harga diskaun RMXXX, Nak tak?”. Atau beri BONUS

“Kalau beli 5 unit kami bagi buku panduan kuruskan badan dalam masa 7 hari”.

TIPS-TIPS AYAT JUALAN

TIPS #23 : STRATEGI “PRODUK HABIS TERJUAL”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa anda sangat yakin bahawa produk anda

akan dijual habis dan tidak akan bertahan lama dipasaran. Ramai orang akan terpengaruh

dengan keyakinan anda, malah anda boleh menambahkan keyakinan dengan menyatakan

anggaran jangka masa bila produk anda akan habis dijual.

Contoh ayat ; “Produk ini pasti akan habis terjual dalam masa seminggu sahaja…”

TIPS #24 “TIADA PEMASANGAN”

Anda hanya perlu nyatakan bahawa produk anda tidak memerlukan pemasangan apa – apa

perisian untuk menggunakannya. Ini disebabkan ramai yang tidak suka atau kurang mahir untuk

memasang perisian di komputer mereka kerana kadang kala memasang perisian merupakan

kerja yang rumit.

Contoh ayat : “Anda tidak perlu memasang apa – apa perisian untuk menggunakan produk

ini..”

Page 11: 37Tips

www.sifufbads.com

11

TIPS #25 : STRATEGI “UBAHSUAI”

Strategi ini membenarkan prospek anda mengubahsuai produk anda mengikut keperluan

mereka.Anda juga boleh menyatakan produk anda sangat mudah untuk disesuaikan dengan

keadaan semasa atau keperluan mereka.

Contoh ayat : “Produk ini boleh disesuaikan dengan apa jua keperluan anda dengan mudah..

TIPS #26 : STRATEGI “PENETAPAN”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka hanya akan membuat pelaburan

sekali sahaja tanpa perlu membayar yuran bulanan atau tahunan. Maknanya, anda membuat

penetapan bayaran hanyalah sekali sahaja. Jika mereka berminat, pastinya mereka akan

mendapatkan servis anda kerana ramai yang tidak suka membayar yuran secara berulang –

ulang setiap bulan.

Contoh ayat: “Dapatkan servis kami sekarang dan buat pelaburan sekali sahaja seumur hidup

tanpa perlu membayar yuran bulanan..”

TIPS #27 : STRATEGI “MEREKA MELAKUKANNYA”

Berikan prospek anda contoh yang spesifik tentang beberapa orang yang telah mendapat

faedah melalui produk anda.Anda boleh jadikan mereka sebagai sebuah kisah kejayaan para

pelanggan anda atau letakkannya sebagai faedah produk di ayat jualan anda.Letakkan juga

sebagai testimonial.

Contoh ayat: “Ali telah menjana RM1000 seminggu manakala John pula baru sahaja

memperoleh RM500 setelah dua hari mempraktikkan apa yang ditunjukkan dalam ebook

saya..”

TIPS #28 : “TIDAK MEMPERCAYAI”

Nyatakan kepada prospek anda bahawa anda juga pada mulanya tidak mempercayai bahawa

produk anda memberikan hasil positif, sama seperti mereka yang kali pertama melihatnya. Ini

akan menghapuskan ketidakpercayaan mereka terhadap produk anda kerana anda sudahpun

menyatakannnya sebelum ini dan mereka mahu membuktikan yang anda tidak benar.

Page 12: 37Tips

www.sifufbads.com

12

Contoh ayat: “Saya juga tidak mempercayainya dahulu, sama seperti anda yang pertama kali

melihatnya sehinggalah akaun bank saya mula dipenuhi wang setiap hari..”

TIPS #29 : STRATEGI “PENDEKKAN WAKTU”

Katakan kepada prospek anda ianya mungkin mengambil masa berbulan – bulan untuk

mencapai matlamat mereka jika mereka melakukannya bersendirian.Ramai orang suka

menjimatkan masa dan gemar memilih idea yang memudahkan.

Contoh ayat: “Jika anda melakukannya seorang diri anda mungkin mengambil masa sehingga 6

bulan, namun produk saya mampu menjadikannya 6 hari sahaja..”

TIPS-TIPS TINGKATKAN KREDIBILITI

TIPS #30 : BUAT EBOOK PERCUMA

Ebook percuma biasanya kita biasanya kita tengok orang guna untuk produk digital.Ebook

percuma pun boleh guna untuk jual produk fizikal juga.Apa yang kita nak tulis dalam ebook

percuma? Boleh letak tips-tips, rahsia, kalau kita jual produk alatan memasak seperti

Pemanggang Ajaib, boleh compilekan resepi-resepi.boleh tulis fakta dan statistik dan macam-

macam lagi. Ebook percuma bertujuan untuk educate pelanggan dan bakal pelanggan yang

sebelum ini belum beli tapi perlukan info yang lebih tentang produk kita.

TIPS #31: SESEKALI TUNJUKKAN FEEDBACK NEGATIF DARI PELANGGAN

Biasalah tak semua produk yang kita jual itu ‘perfect’.Kadang kala ada juga kekurangan dalam

produk kita.‘Screen shot’ feedback negative dari pelanggan tentang kekurangan produk kita

dan beri penyelesaian.Contoh, ada pelanggan minta refund, penghantaran lambat, produk tak

berkesan. Kalau produk tak berkesan kita boleh bagitau mungkin produk ini tak sesuai dengan

dia tapi sesuai diguna orang lain. Di sini kita boleh kurangkan refund rate dan tingkatkan

kepercayaan bakal pelanggan untuk beli produk kita yang lain.

Page 13: 37Tips

www.sifufbads.com

13

TIPS #32 : SENTIASA UP TO DATE DENGAN FUNGSI TERKINI FACEBOOK

Facebook sentiasa berubah.Kalau dulu kita selalu marah-marah sebab banyak fungsi Facebook

selalu berubah tapi kita tetap guna sampai sekarang ye tak? Jadi nak tak nak kena sentiasa

bersedia untuk terima apa sahaja perubahan yang Facebook buat. Facebook sentiasa membuat

perubahan dan menambah fungsi agar pengguna Facebook terus guna Facebook dan juga para

pengiklan terus beriklan di Facebook. Jadi nak tak nak kena sentiasa update dan upgrade ilmu.

Sama ada melalui blog, berguru, beli ebook dan datang seminar. Untuk dapatkan update terkini

melalui pemasaran Facebook boleh belajar melalui laman web www.SifuFBAds.com

TIPS #33 : SIMPAN DATABASE PELANGGAN.

Nak cari pelanggan baru memang susah. Manfaatkan pelanggan sedia ada.Bak kata orang

kampung saya, buyer always buyer always buyer.Sekali mereka jadi pelanggan kita, mereka

berpotensi membeli lagi dari kita (kalau servis kita bagus).Tapi jangan terus mempromosi

meng’khinzir’ buta.Bagikan sebab untuk kita untuk terus berhubung dengan mereka. Contoh

email atau sms mereka ucap selamat hari raya, selamat pagi, salam awal muharram. Terus

berhubung ‘keep in touch’ dengan para pelanggan sedia ada. Dalam pada masa yang sama

mungkin boleh tawarkan BONUS dan DISKAUN untuk ‘return customer’.

TIPS #34 : GUNA MEDIUM PEMASARAN SELAIN FACEBOOK SEBAGAI BACKUP

Amat berbahaya jika hanya guna 1 kaedah pemasaran melalui Facebook sahaja.Apa akan jadi

jika Facebook Page kita ditutup tanpa sebab. Akan menjejaskan sumber pendapatan kita.Jika

jualan di Facebook semakin mantap. Laburkan duit untuk pemasaran lain. Buat blog/website,

upah orang untuk pemasaran SEO dan rankingkan melalui Google. Bina pemasaran email untuk

kumpul database pelanggan. Jika produk fizikal boleh guna Mudah.my dan Lelong.my

TIPS #35 : CARI SEBAB UNTUK KITA TERUS BERHUBUNG DENGAN PELANGGAN

Dah lepas jual produk kepada pelanggan, jangan diam je.Cuba cari sebab untuk terus

berhubung dengan pelanggan kita. Contohnya selepas beberapa hari pelanggan guna produk

kita, tanyafeedback pelanggan yang guna produk kita. Kalau feedback bagus boleh jadi

testimoni. Selain dari itu, sekali sekala boleh bertanya khabar atau ucapkan selamat hari raya,

Page 14: 37Tips

www.sifufbads.com

14

tahun baru, Chinese new year, awal muharram kepada pelanggan (cara ini lebih mudah jika kita

guna autoresponder email marketing). Cara ini boleh meningkatkan potensi return customer.

TIPS #36: CARI PRODUK YANG MEMPUNYAI POTENSI PELANGGAN MEMBELI BERKALI-KALI.

Nak cari pelanggan baru agak mencabar bagi sesetengah orang.Tapi kalau kita mempunyai

produk yang mempunyai potensi pembelian berulang, kurang masalah untuk cari pelanggan

baru tapi tumpu kepada tingkatkan kualiti servis.Produk yang mempunyai potensi tempahan

berulang seperti produk kesihatan, makanan, tudung dan sebagainya.

Dan theIMPORTANT 2…..

Jual produk berpermintaan tinggi

+

Pantau ROI

TIPS 37: JUAL PRODUK YANG ADA PERMINTAAN

Salah satu sebab susah nak buat sales, sebab kita menjual produk yang tiada permintaan. Jika

nak jualan yang baik di FB, juallah produk yang ada permintaan.Bagaimana ? Lihatdi FB, ada tak

orang lain menjual produk seperti kita? Ataukita buat kajian carian 'keyword' di google. Sebagai

contoh ;jika anda ingin jual krim lebatkan rambut, cuba cari keyword"cara lebatkan rambut" di

google Trend. Di situ, anda akanketahui samada produk anda ada permintaan ataupun tidak.

Page 15: 37Tips

www.sifufbads.com

15

TIPS 38: PANTAU ROI

ROI tu apa? ROI adalah Return On Investment, iaitu berapa kali pulangan dari kos iklan yang

anda laburkan. Senang cerita, berapa anda keluarkan kos untuk iklan, dan berapa pula untung

yang anda dapat. Katakan anda berlanjakan RM100 untuk iklan FB Ads anda selama1

minggu.Dalam tempoh tersebut, anda perolehi jualan 50 unit dengan keuntungan seunit

RM100. Total untung - RM100 X 50 unit = RM5000.Jadi, selepas tolak kos iklan anda seminggu,

anda dapat pulangan sebanyak 49 kali ganda. (labur RM100, untung RM4900)

Sekian saja. Selamat beramal!