35520650-pp.ppt

63
IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR. PENGANTAR PENDIDIKAN (TERAS) 3 PPISMP PJ/BI/BM

Upload: ketupatpulut

Post on 13-Aug-2015

52 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ppt

TRANSCRIPT

Page 1: 35520650-PP.ppt

IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,

80350 JOHOR BAHRU, JOHOR.

PENGANTAR PENDIDIKAN (TERAS)

3 PPISMP PJ/BI/BM

Page 2: 35520650-PP.ppt

NORHIDAYU BT. ABD. RAZAK 900628-02-5742

013-7462946 [email protected]

SAENG FIDEELEA UKCHUKPHAN 900423-02-5378

013-7928890 [email protected]

DISEDIAKAN OLEH:

Page 3: 35520650-PP.ppt

KONSEP FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

BAB 2

Page 4: 35520650-PP.ppt

KANDUNGAN

2.1 Konsep Falsafah2.2 Falsafah Pendidikan Barat2.3 Falsafah Pendidikan Timur2.4 Falsafah Pendidikan Islam2.5 Perbandingan Mazhab-mazhab Falsafah

dengan Falsafah Pendidikan di Malaysia

Page 5: 35520650-PP.ppt

2.1 KONSEP FALSAFAH

Falsafah Asal daripada 2 perkataan Yunani iaitu philos

(mencintai) dan sophia (kebijaksanaan).

Disimpulkan, falsafah ialah perihal mencintai kebijaksanaan.

Page 6: 35520650-PP.ppt

Tugas-tugas ahli falsafah.

Menilai kehidupan dan pengalaman manusia dengan cara menganalisis dan memberi interprestasi, kemudian mencari rumusan yang boleh membawa taksiran secara keseluruhan terhadap ilmu dan kebenaran yang berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman manusia.

Penemuan dan rumusan ahli falsafah akan menjadi pedoman kepada orang untuk mencari kehidupan yang sempurna.

Page 7: 35520650-PP.ppt

Teori-teori Falsafah

Russell Diertikan sebagai sesuatu fahaman/pengertian

di antara teologi dan sains.

Teologi – falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

Sains – falsafah perusaha menggunakan taakulan dan logik untuk membuktikan fahamannya.

Page 8: 35520650-PP.ppt

E. D. Miller

Dalam bukunya, Questions That Matter(1984), falsafah ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting.

Falsafah pendidikan – satu usaha berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Page 9: 35520650-PP.ppt

• Sharifah Alwiah Alsagoff

– Bukunya Falsafah Pendidikan (1984), falsafah diertikan;• Pertimbangan asas dan andaian mengenai

pertimbangan terhadap perkara yang penting.• Mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai.• Falsafah cenderung mengumpulkan rumusannya

kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran.

• Pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan.

• Sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logikal mengenai asas-asas pemikiran atas semua aktiviti manusia khususnya dalam bidang sains, seni, agama dan pendidikan.

Page 10: 35520650-PP.ppt

2.2 FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Terbahagi kepada 2 : falsafah pendidikan tradisional-Perenialisme-Essensialisme falsafah pendidikan moden-Progresivisme-Rekonstruktivisme-Eksistensialisme

Page 11: 35520650-PP.ppt

2.2.1 Perenialisme

Dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato(427-347 SM) dan Aristotle(384-322 SM).

Dipelopori oleh R. M. Hutchins(1899-1977), Mortimer J. Alder(1802-?) dari AS dan Jacques Maritain(1882-1973) dari Perancis.

Oleh kerana pengaruh materialisme, pragmatisme, dan fahaman sains, nilai moral dan rasional manusia semakin merosot.

Page 12: 35520650-PP.ppt

Ahli parenialisme berpendapat melalui pembacaan tulisan-tulisan cendiakawan zaman lampau, pelajar dapat bersemuka secara tidak langsung dengan pemikiran mereka dan mempelajari cara memikir seperti mereka.

Mereka berpendapat bahawa pendidikan kemanusiaan, termasuk agama, ialah mata pelajaran yang penting dan hendaklah dipelajari terlebih dahulu daripada pendidikan sains.

Page 13: 35520650-PP.ppt

2.2.2 EssensialismePandangan dipengaruhi oleh falsafah idealisme,

dan realisme.

Dipelopori oleh William C. Bagley (1874-1946) dari AS pada tahun 1938.

Penyokong-penyokong lain ialah Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel.

Selepas Rusia berjaya menghantar satelitnya ke angkasa lepas pada 1957, essensialism diutamakan sebagai pertimbangan asas dalam inovasi kurikulum sekolah

Page 14: 35520650-PP.ppt

James B. Conant (1893-1978) dan Hyman George Rickover (1900-?) berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna.

Guru memainkan peranan utama dalam pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara terus-menerus.

Page 15: 35520650-PP.ppt

Guru hendaklah mempunyai kelayakan akademik yang berpatutan, emosi stabil,dan juga memahami psikologi kanak-kanak dan remaja.

Ilmu diperolehi dengan berkesan bergantung kepada kerajinan dan tumpuan perhatian pelajar.

Ahli-ahli essensialisme menyarankan nilai-nilai masyarakat termasuk nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik, cendekiawan dan penulisan yang terkenal hendaklah diajar sepanjang peringkat persekolahan.

Page 16: 35520650-PP.ppt

Dalam bidang kurikulum, ahli-ahli essensialisme menyarankan kurikulum sekolah hendaklah dibentuk berdasarkan keperluan masyarakat ; bahan-bahan pelajaran hendakalah disediakan secara rapi dan logikal ; aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang secara sistematik dan mengikut sekuen yang sesuai ; dan kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkan secara rapi mengikut pencapaian pendidikan.

Page 17: 35520650-PP.ppt

2.2.3 Progresivisme

Dipelopori oleh Jean J. Rousseau (1712-1778 : Perancis), Heinrich Pestalozzi (bangsa Swiss : 1746-1827) dan Freidrich Froebel (bangsa Jerman : 1782-1852), semasa zaman reformasi di antara tahun 1712 hingga 1860.

Rousseau : kelahiran manusia adalah suci dan semulajadi seperti kain putih, dan coraknya pada masa depan adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekitarnya.

Page 18: 35520650-PP.ppt

Naturalisme merupakan teras falsafah pendidikan Rousseau.

Beliau menegaskan untuk membentuk manusia yang ideal, kita harus melaksanakan pendidkan bercorak naturalisme.

Mengikut kajian beliau, kedudukan orang dewasa dengan kanak-kanak adalah berlainan.

Oleh itu, di dalam aspek pendidikan, kedua-dua kumpulan mereka hendaklah dipandang berlainan.

Page 19: 35520650-PP.ppt

Pragmatisme dipelopori oleh John Dewey (1859-1952), William H. Kilpatrik (1871-1965), Boyd H. Bode (1873-1953) dan Harrold V. Rugg (1886-1960) dari AS.

Falsafah pragmatisme lahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan dapat diperolehi melalui cara perhubungan manusia dengan alam sekitarnya.

Sesuatu idea, prinsip atau fakta hanya boleh dikatakan benar dan bermakna apabila idea, prinsip dan fakta itu telah diuji secara objektif serta saintifik, dan membawa hasil yang memuaskan

Page 20: 35520650-PP.ppt

Pierce dan John Dewey berpendapat bahawa cara yang paling berkesan untuk memperolehi ilmu pengetahuan ialah menggunakan kaedah penyelesaian masalah.

Usaha mencari penyelesaian masalah lahir daripada keperluan dan minat.

Dengan penggunaan kaedah penyelesaian masalah pelajaran akan menjadi lebih mudah, lebih menarik dan lebih bermakna kerana pelajaran adalah dirancang mengikut keperluan dan minat pelajar.

Page 21: 35520650-PP.ppt

Aliran progresivisme pada 1930-an bertujuan menentang pendidikan tradisional.

Lantaran ini, John Dewey dan ahli-ahli progresivisme yang lain menyarankan progresivisme untuk menentang aliran perenialisme, khasnya mengkritik autoriti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru yang berkesan adalah guru yang membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui usaha diri sendiri.

Page 22: 35520650-PP.ppt

Dewey – pendidikan di sekolah merupakan sebahagian kehidupan harian pelajar.

Maka, sekolah bukan sahaja tempat mempengaruhi ilmu pengetahuan tetapi juga sesuatu tempat untuk pelajar bekerja dan hidup secara bermasyarakat.

Beliau menyarankan mata pelajaran seperti kemahiran hidup diperkenalkan dan dipelajari dengan kaedah praktik di dalam bengkel sekolah demi memupuk kemahiran daya cipta di kalangan pelajar.

Page 23: 35520650-PP.ppt

Ahli-ahli progresivisme menyokong penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif dalam aktiviti-aktiviti pendidikan.

Guru hendaklah menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan kaedah kerja praktik dan pengalaman sedia ada untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah.

Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah kajian sains, termasuk aplikasi prinsip ‘membuat sambil belajar’.

Page 24: 35520650-PP.ppt

2.2.4 Rekonstruktivisme

Pelapor utama ialah George S. Counts (1899-1974) dan Harold O. Rugg (1886-1960), penyokong pragmatisme John Dewey.

Ahli-ahli berpendapat adalah perlu untuk mengadakan falsafah ‘krisis’ seperti rekonstruktivisme untuk menyelamat kebudayaan masyarakat yang kian diancam dan menghadapi masalah keruntuhan.

Mula menjadi perhatian di dalam tahun 1950-an, apabila Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-?) menggabungkan teori progresivisme dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme.

Page 25: 35520650-PP.ppt

Teori progresivisme yang menyarankan kaedah penyelesaian masalah tidak mempunyai objektif dan nilainya, dan cara yang berkesan untuk mengkaji masalah sosial ialah teknik perbincangan, yang akan dapat mencapai matlamat penyelesaian masalah sosial, dan seterusnya membentuk masyarakat sosial yang harmoni dan sempurna.

Maka, teori rekonstruktivisme, di dalam usaha membina masyarakat baru, menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial manusia.

Page 26: 35520650-PP.ppt

Teori rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan penggunaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah.

Bahan-bahan pelajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu bagi mencapai matlamat pendidikan.

Mata pelajaran kemanusiaan hendaklah menjadi fokus utama dalam rancangan kurikulum sekolah, agar membentuk pelajar yang berperikemanusiaan, berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal.

Page 27: 35520650-PP.ppt

2.2.5 Eksistensialisme

Aliran berasaskan naturalisme Rousseau dan mazhab humanis.

Dipelopori oleh Carl Rogers (1902-1987), dengan mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan ilmu pengetahuan.

Ahli-ahli berpendapat pelajar tidak patut mengorbankan individualiti mereka untuk memperoleh ilmu pengetahuan.

Page 28: 35520650-PP.ppt

Maka, pembelajaran berkesan harus mempunyai makna kepada individu yang berkenaan.

Ahli-ahli menekankan kurikulum yang menjadi fokus utama hendaklah dipindahkan daripada perkara alam dunia kepada dunia personaliti.

Bermakna bahan pembelajaran, cara belajar,

kuantiti pembelajaran dan nilai-nilainya hendaklah ditentukan oleh pelajar sendiri.

Page 29: 35520650-PP.ppt

Permainan yang mempunyai unsur kreatif dan pendidikan seni mempunyai niali etika dan estetik yang tinggi, kerana kedu-duanya membongkar konflik di antara individualiti dengan alam persekitaran.

Maka, sekolah hendaklah menyediakan peluang untuk pelajar menemui kendiri diri dan memupuk kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri.

Banyak terdapat di sekolah-sekolah terbuka di AS, Taiwan, Jepun dan model Sekolah Summerhill di UK.

Page 30: 35520650-PP.ppt

2.3 FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Terbahagi kepada 3 aliran fahaman utama: Konfusianisme ( China)

Nasionalisme Internasionalisme (India)

Page 31: 35520650-PP.ppt

2.3.1 Konfusianisme

Berasas pemikiran Confucius (551-479 SM).

Pengikut-pengikut seperti Mengzi (372-289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dari negeri China.

Ramai tokoh-tokoh konfusianisme berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang beraklak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

Page 32: 35520650-PP.ppt

Ahli-ahli berpendapat bahawa pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat dan seterusnya mengekalkan kebudayaan masyarakat yang penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan.

Pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyarakat untuk menjadi manusia yang sempurna.

Pelajar hendaklah menghafal buku-buku yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh cendekiawan dari tamadun purba kala seperti Buku Syair, Buku Sejarah, Buku Elemen, Buku Upacara dan Buku Annals.

Page 33: 35520650-PP.ppt

Confucius, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang:

bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda taat dan cinta kepada pemerintah dan

negara.

Page 34: 35520650-PP.ppt

Mengakui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang berbeza.

Beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan individu.

Menggunakan strategi perbincangan untuk menyampaikan pelajaran.

Page 35: 35520650-PP.ppt

Dalam zaman Dinasti Sung, Chenghao (1032-1085), Chengyi (1033-1107), dan Zhuxi (1130-1200) memperkenalkan unsur rasionalisme dalam falsafah pendidikan konfusianisme.

Berpendapat, untuk peroleh ilmu yang sebenar , pelajar hendaklah menggabungkan pemikiran rasional dengan mentalnya.

Mereka menyarankan kaedah inkuiri untuk peroleh ilmu pengetahuan.

Menghuraikan tujuan pendidikan sebagai perkembangan kecerdasan individu, pembentukan individu bermoral tinggi dan berbudaya sempurna.

Page 36: 35520650-PP.ppt

Wang Shouren (1472-1528), ahli falsafah Dinasti Ming berpendapat ilmu intuitif adalah terkandung dalam jiwa mental setiap individu.

Beliau menentang penggunaan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu.

Pelajar hendaklah menggunakan ilmu intuitif yang berada dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam sekitar.

Menentang hukum dera dan mengurungkan kanak-kanak sebagai pendekatan pelajaran.

Page 37: 35520650-PP.ppt

Aliran konfusianisme menjadi falsafah pendidikan yang berpengaruh di dalam sistem pendidikan di China sehingga tahun 1911.

Sejak 1911, falsafah pendidikan Barat mula mempengaruhi sistem pendidikan China iaitu semasa Koumintang ambil alih tempat pemerintahan.

Terutama apabila Hushi (1891-1962), seorang pengikut Dewey, memperkenalkan idea-idea pragmatisme dan progresivisme dalam kurikulum sekolah negeri China.

Page 38: 35520650-PP.ppt

Beliau menyarankan kaedah induktif digunakan untuk mengkaji tatabahasa dan mengutarakan pendekatan “Berani membentuk hipotesis, berhati mencari bukti”.

Menyarankan persepaduan mata pelajaran kemanusiaan dengan sains supaya mengembangkan potensi individu secara berseluruh.

Page 39: 35520650-PP.ppt

2.3.2 Nasionalisme dan Internasionalisme.

Rabindranath Tagore (1861-1941, India) : mentafsirkan pendidikan sebagai proses

yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian, dengan penuh makna.

Pendidikan harus menjadi suatu proses yang berhidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia.

Page 40: 35520650-PP.ppt

Sharifah Alwiah Alsagoff menyenaraikan idea-idea penting yang terkandung dalam falsafah pendidikan Rabindranath Tagore untuk kesempurnaan manusia seperti berikut :

Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap, dan berkemahiran.

Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan cergas, berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas.

Page 41: 35520650-PP.ppt

Pendidikan kerohanian adalah bertujuan menyedarkan diri melalui simpati sepenuhnya iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling tinggi dan menembusi semua kehidupan dan ciptaan, dan kesedaran ialah ikatan yang menyatukan semua kehidupan, tumbuhan, haiwan dan manusia;

Pendidikan realistik ialah pendidikan yang tidak semata-mata terikat kepada buku dan dapat berhubung dengan hidup;

Pendidikan seharusnya hidup dan dinamik, bukan mekanikal dan tidak bermaya

Page 42: 35520650-PP.ppt

Pendidikan dalam perkara-perkara semulajadi adalah bertujuan membentuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun-tahun awal formatif.

Pendidikan untuk nasionalisme yang tulen adalah bertujuan menanamkan ideal-ideal dan tradisi negara; dan pendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan sejarah, geografi, kesusasteraan, dan keadaan serta keperluan negara pada masa kini; termasuklah masalah serta kesilapan dan pencapaian negara, kegagalan dan kejayaan;

Page 43: 35520650-PP.ppt

Pendidikan untuk internasionalisme adalah bertujuan memupuk perhubungan baik, persahabatan, dan keamanan di antara semua negara di dalam dunia; dan pendidkan ini harus berlandaskan pengetahuan yang tepat dan tidak berbelah bagi yang diperolehi dengan cara pengkajian dan perhubungan langsung dengan adat-istiadat dan tradisi, sejarah, dan kebudayaan orang-orang di negara lain;

Pendidikan untuk perkembangan individu adalah bertujuan membentuk kuasa dan sikap individu sepenuhnya; dan

Page 44: 35520650-PP.ppt

Pendidikan untuk perkhidmatan sosial dan kecekapan adalah bertujuan mengarahkan tenaga-tenaga dan kebolehan individu kepada kebajikan masyarakat dan negara, dan juga untuk membolehkan individu tersebut agar hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaik-baik dan menghormati di antara satu sama lain.

Page 45: 35520650-PP.ppt

2.4 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Berasaskan ajaran al-Quran.

Maka, kurikulum pendidikan Islam merujuk al-Quran sebagai pengajian utama, diikuti bahasa Arab sebagai media pengantar.

Pendidikan menurut Islam merupakan usaha-usaha membaiki diri supaya membentuk sifat-sifat kesempurnaan sebagai manusia beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan beramal ikhlas.

Page 46: 35520650-PP.ppt

Selain itu, kurikulum pendidikan merangkumi bidang pengajian kemanusiaan, termasuk psikologi, sosiologi, sejarah dan ekonomi serta bidang ilmu mengenai alam tabii atau alam semula jadi, seperti astronomi, biologi, botani dan sebagainya.

Pendidikan Islam menyepadukan pendidikan ilmu keduniaan dengan ilmu akhirat.

Dari pandangan tokoh-tokoh Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan.

Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antar potensi fizikal, intelek, dan rohani manusia.

Page 47: 35520650-PP.ppt

Mengikut Hassan Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam ialah:

Keesaan Tuhan (Tauhid) Kepercayaan pesuruh-pesuruhNya Kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-nabi; Manusia mempunyai potensi dalm perkembangan moral dan kerohanian; Setiap individu bertanggung jawab terhadap tindakan sendiri; Kehidupan keduniaan dan akhirat; dan Persamaan dan persaudaraan sejagat di antara umat Islam.

Page 48: 35520650-PP.ppt

Mohammad Qatb-pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi, dan rohani manusia ke thap kesempurnaan.

Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi-proses pendidikan sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam.

Amal al-Shaibani-pendidikan adalah digunakn untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Al-Ghazali-proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan horamt-menghormati.

Page 49: 35520650-PP.ppt

Al-Ghazali-proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan horamt-menghormati.

Hamka-pendidikan ialah proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap merendahkan diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.

Page 50: 35520650-PP.ppt

2.5 PERBANDINGAN MAZHAB-MAZHAB FALSAFAH DENGAN

FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIAFalsafah pendidikan di Malaysia boleh dihayati daripada

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan secara rasmi pada 1988.

Falsafah tersebut menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti percaya kepada Tuhan,berakhlak mulia,bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara.

Page 51: 35520650-PP.ppt

Program KBSR dan KBSM adalah dirancang untuk mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

Falsafah pendidikan di Malaysia mempunyai ciri sendiri jika dibandingkan tetapi mengandungi sebahagian unsur yang terdapat dalam falsafah lain.

Falsafah kebangsaan adalah lebih mirip falsafah pendidikan rekonstruktivisme. Kedua-dua menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat keharmonian dan kemakmuran.

Page 52: 35520650-PP.ppt

Falsafah pendidikan di Malaysia mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme.

Ciri –ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum bersepadu sekolah rendah dan mrenengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri-penemuan serat strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu.

Fungsi iaitu mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, demi memupuk insan yang harmonis dan seimbang juga terdapat dalam falsafah rekonstruktivisme, konfusianisme, nasionalisme, dan internasionalisme.

Page 53: 35520650-PP.ppt

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dihayati dalam falsafah pendidikan Islam iaitu perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Mengandungi unsur essensialisme kerana menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru.

Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa-falsafah pendidikan Malaysia sebenarnya dikenali sebagai eklektisisme, falsafah yang dicipta daripada falsafah yang sedia ada.

Page 54: 35520650-PP.ppt

SOALAN

1. Berikan 4 tafsiran falsafah yang diberikan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff.

2. Dalam Falsafah Pendidikan Barat, apakah 2 unsur-unsur falsafah tradisional yang utama dan 3 unsur falsafah aliran moden yang berpengaruh?

3. Namakan ahli-ahli falsafah yang banyak mempengaruhi falsafah parenialisme?

Page 55: 35520650-PP.ppt

4. Siapakah pelopor falsafah essensialisme dan penyokong-penyokongnya?

5. Apakah pendapat James B. Conant dan Hyman George Rickover mengenai falsafah pendidkan essensialisme?

6. Namakan asas falsafah progresivisme dan pelopor-pelopornya.

7. Apakah 3 aliran fahaman yang utama dalam Falsafah Pendidikan Timur?

8. Apakah perkara-perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam?

Page 56: 35520650-PP.ppt

9. Apakah ciri-ciri kurikulum Islam?10. Apakah yang dimaksudkan dengan falsafah

eklektisisme

Page 57: 35520650-PP.ppt

JAWAPAN1. Sharifah Alwiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah

Pendidikan (1984) memberi tafsiran falsafah sebagai :

a. Falsafah ialah pertimbangan adad dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting.

b. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai.

c. Falsafah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran.

d. Falsafah ialah pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan.

Page 58: 35520650-PP.ppt

2. Falsafah pendidikan tradisional: Perenialisme essensialismeFalsafah pendidkan moden :

Progresivisme Rekonstruktivisme Eksistensialisme

3. Plato, Aristotle , R. M. Hutchins, Mortimer J. Alder dan Jacques Maritain.

Page 59: 35520650-PP.ppt

4. Wolliam C. Bagley, Thomas Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel.

5. Fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan.menurut mereka, guru memainkan peranan yang utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperolehi keperluan dan kualiti hidup orang dewasa, agar mereka dapat berjaya dalam hidup dan masyarakat secara terus-menerus.

Page 60: 35520650-PP.ppt

6. Progresivisme berasas daripada falsafah naturalisme dan pragmatisme. Falsafah naturalisme dipelopori oleh Jean J. Rousseau, Heinrich Pestalozzi dan Freidrich Froebel. Falsafah pragmatisme pula dipelopori oleh John Dewey, William H. Kilpatrik, Boyd H. Bode dan Harold V. Rugg.

7. 3 aliran fahaman yang utama dalam Falsafah Pendidikan Timur adalah konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme, dan falsafah pendidikan Islam.

Page 61: 35520650-PP.ppt

8. Dasar Falsafah Pendidikan Islam : Keesaan Tuhan (tauhid) Kepercayaan pesuruh-pesuruhnya Kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan

dan Nabi-nabi. Manusia mempunyai potensi dalam

perkembangan moral dan kerohanian. Setiap individu bertanggungjawap terhadap

tindakan sendiri. Kehidupan keduniaan dan akhirat Persamaan dan persaudaraan sejagat di

antara semua umat Islam.

Page 62: 35520650-PP.ppt

9. Kurikulum Islam merujuk kepada al-Quran sebagai pengajian utama, dan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Ia merangkumi bidang pengajian kemanusiaan, termasuklah psikologi, sosiologi, sejarah dan ekonomi serta bidang ilmu mengenai alam tabii atau sains semulajadi, seperti astronomi, biologi, botani dan sebagainya.

10. Sesuatu falsafah yang dicipta daripada pelbagai falsafah yang sedia ada.

Page 63: 35520650-PP.ppt

TERIMA KASIH…

SEKIAN