34539

7
TUGASAN _________________________________________________________________________________ HBPS3203 BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEMESTER SEPTEMBER 2015 ____________________________________________________________________ ______________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan. 4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online . Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri. 7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 2hb – 15hb November 2015. Serahan selepas 15hb November 2015 TIDAK akan diterima. 1

Upload: sueriehoneywassnie-mrswesley

Post on 05-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assigmnt lagi

TRANSCRIPT

Page 1: 34539

TUGASAN_________________________________________________________________________________

HBPS3203BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER SEPTEMBER 2015__________________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti . jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.

4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.

7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran.

8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 2hb – 15hb November 2015. Serahan selepas 15hb November 2015 TIDAK akan diterima.

9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrar’s Announcement di myVLE).

11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.

1

Page 2: 34539

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Bil. Kadar Pertindihan Potongan Markah

1. 0 – 30 02. 30.01 – 50 53. 50.01 – 70 104. 70.01 - 100 100

2

Page 3: 34539

SOALAN TUGASAN

Nani seorang kanak-kanak TADIKA yang berumur enam tahun. Seorang yang pendiam,

tidak mempunyai ramai rakan dan lebih suka menyendiri. Menurut guru kelasnya dia

hadir ke TADIKA setiap hari persekolahan dan boleh mengikuti pembelajaran.

Nani gemar mendengar cerita yang disampaikan oleh gurunya dan kerap mengambil buku

cerita yang telah dibacakan kepadanya.

(a) Berdasarkan pembelajaran anda, bagaimana dan apakah aktiviti perkembangan bahasa

yang boleh dirancang untuk membantu Nani mengatasi sikapnya supaya ceria seperti

kanak-kanak lain.

(b) Pada pandangan anda sejauh manakah keluarga terdekat dan komuniti boleh

dilibatkan dari segi perkembangan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

untuk mengatasi sikap Nani ini supaya terdapat kesinambungan pembelajaran dari

TADIKAnya.

[Jumlah: 40 markah]

3

Page 4: 34539

Rubrik Tugasan

HBPS3203 BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKSEMESTER SEPTEMBER 2015

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4Pengenalan 1.5 Pengenalan tidak

berkaitan atau tiada pengenalan.

Pengenalan yang umum dan lemah mengenai perkembangan bahasa dalam pendidikan prasekolah.

Pengenalan yang sederhana mengenai bahasa dalam pendidikan prasekolah.

Pengenalan yang baik dan jelas mengenai perkembangan bahasa dalam pendidikan prasekolah.

Pengenalan yang amat baik dan jelas. Penerangan mengenai perkembangan bahasa dalam pendidikan prasekolah berkaitan dengan huraian seterusnya.

6

Isi Kandungan dan Perbincangan(a) aktiviti perkembangan bahasa untuk mengubah sikap Nani

3Tiada perbincangan atau perkaitan dengan tugasan.

Perbincangan yang terlalu umum dan kurang berfokus pada perancangan aktiviti perkembangan bahasa di kelas.

Perbincangan agak baik dan aktiviti pembelajaran perkembangan bahasa menyentuh kehendak bahagian.

Membincangkan tiga aktiviti pembelajaran bahasa kanak-kanak yang dapat mengubah sikap Nani di dalam kelas.

Membincangkan dan menyentuh secara terperinci empat dan lebih kepentingan aktiviti pembelajaran perkembangan bahasa untuk mengubah sikap Nani di dalam kelas.

12

Isi Kandungan dan Perbincangan(b) penglibatan keluarga terdekat dan komuniti dalam

3Tiada perbincangan atau perkaitan dengan tugasan.

Keluarga dan komuniti dilibatkan dalam kesinambungan pembelajaran perkembangan bahasa tetapi tidak

Terdapat huraian berkaitan penglibatan keluarga terdekat dan komuniti untuk menjawab bahagian tetapi perbincangan tidak tersusun, tidak

Terdapat satu contoh aktiviti penglibatan keluarga terdekat dan komuniti untuk membantu kesinambungan pembelajaran dari

Dua contoh aktiviti sesuai dan menarik tentang penglibatan keluarga terdekat dan komuniti untuk kesinambungan pembelajaran Nani.

12

Page 5: 34539

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4pembelajaran perkembangan bahasa Nani

menepati kehendak tugasan.

menarik dan tidak kreatif.

TADIKA.

Penulisan yang baik dan menjawab kehendak tugasan.

Penulisan yang tersusun, menarik serta menjawab kehendak tugasan dengan jelas.

Organisasi Penulisan

1.5Penulisan tidak menepati format. Tiada rujukan dan lampiran bergambar.

Keseluruhan penulisan kurang menarik dan kurang menepati format.

Terdapat hanya satu sumber rujukan. Lampiran bergambar tidak berkaitan dengan kehendak tugasan.

Penulisan yang baik, mengikut format tetapi huraian kurang menarik dan tidak teratur.

Terdapat dua sumber rujukan yang berkaitan. Dilampirkan aktiviti bergambar yang mencukupi tetapi kurang sesuai dengan umur kanak-kanak.

Cadangan aktiviti dikaitkan secara sederhana semasa penulisan.

Penulisan yang baik, mengikut format dan relevan dengan kehendak penulisan.

Terdapat tiga sumber rujukan yang berkaitan. Penulisan aktiviti pembelajaran bahasa yang kreatif, jelas dan sesuai dengan umur kanak-kanak. Lampiran bergambar yang sesuai.

Cadangan aktiviti dikaitkan dengan baik dan jelas.

Penulisan yang amat baik, mengikut format dan relevan dengan kehendak penulisan.

Terdapat empat dan lebih sumber rujukan yang berkaitan. Aktiviti pembelajaran perkembangan bahasa yang kreatif, mencukupi dan sesuai dengan umur kanak-kanak.

Lampiran bergambar mempunyai keterangan, jelas dan menarik.

6

Page 6: 34539

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4Kesimpulan 1 Tiada kesimpulan

atau tidak berkaitan dengan penulisan.

Kesimpulan yang umum. Tidak menjawab persoalan tugasan.

Kesimpulan yang boleh diterima dan menjawab persoalan secara sederhana.

Kesimpulan yang menjawab persoalan tugasan dengan baik. Memberi pendapat pada aktiviti-aktiviti bahasa yang telah dijalankan.

Kesimpulan yang kukuh dan menjawab persoalan tugasan dengan amat jelas dan menyeluruh. Memberi pendapat yang bernas.

4

JUMLAH MARKAH 40