3 pengenalan modul

4
i Program Kesihatan Sekolah PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH PENGENALAN Pendidikan berkualiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap serta nilai yang positif. Bagi membina pelajar yang bersemangat waja, mempunyai kemahiran menangani risiko, menjaga kesihatan diri dan mengamalkan cara hidup yang sihat, unsur Modul Kesihatan Sekolah (MKS) diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran di sekolah. Modul Program Kesihatan Sekolah ini juga dibuat bagi tujuan menyedarkan pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dari segala semua aspek. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Modul ini adalah panduan kepada pertubuhan dan orang awam yang berhasrat untuk melaksanakan program promosi kesihatan. Pertubuhan perlu mempunyai pengetahuan mengenai aspek promosi kesihatan dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti – aktiviti promosi kesihatan yang dilaksanakan.

Upload: muhamad-sufian

Post on 29-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3 Pengenalan Modul

iP r o g r a m K e s i h a t a n S e k o l a h

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PENGENALAN

Pendidikan berkualiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

berhasrat untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan

mempunyai sikap serta nilai yang positif. Bagi membina pelajar yang

bersemangat waja, mempunyai kemahiran menangani risiko, menjaga kesihatan

diri dan mengamalkan cara hidup yang sihat, unsur Modul Kesihatan Sekolah

(MKS) diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam

beberapa mata pelajaran di sekolah.

Modul Program Kesihatan Sekolah ini juga dibuat bagi tujuan menyedarkan

pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dari segala semua aspek.

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai

kesihatan. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup

sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin

dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan

sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat

tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah

amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat.

Modul ini adalah panduan kepada pertubuhan dan orang awam yang berhasrat

untuk melaksanakan program promosi kesihatan. Pertubuhan perlu mempunyai

pengetahuan mengenai aspek promosi kesihatan dalam merancang, melaksana

dan menilai aktiviti – aktiviti promosi kesihatan yang dilaksanakan.

Page 2: 3 Pengenalan Modul

iiP r o g r a m K e s i h a t a n S e k o l a h

PANDUAN KURSUS

PENGENALAN

QGK3023 (Program Kesihatan Sekolah) ialah kursus teras yang wajib diambil

oleh semua pelajar yang mengikuti program ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pendidikan Sekolah Rendah). Kursus ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Sukan

dan Kejurulatihan. Kursus bernilai tiga (3) jam kredit ini mendedahkan pelajar

tentang konsep perancangan Program Kesihatan di sekolah seterusnya

memahami dan menganalisis Program Kesihatan Sekolah.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan konsep perancangan Program Kesihatan Sekolah.

Penekanan diberi kepada kemahiran menganalisis program kesihatan dari aspek

perancangan, pengelolaan, perlaksanaan, bimbingan, penyelarasan koordinasi

dan penilaian.

HASIL PEMBELAJARAN

Hasil pembelajaran kursus ini ialah seperti berikut.

1. Menganalisis Program Kesihatan Sekolah dari segi konsep Pendidikan

Kesihatan, Promosi Kesihatan dan perancangan program (C4).

2. Mempelbagaikan kemahiran teknikal dalam perancangan program

promosi kesihatan sekolah berasaskan Teknologi Pendidikan dan ICT

(P3,TS3).

3. Mengamalkan tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkah laku

beretika (A3).

4. Mengamalkan komunikasi secara efektif dan boleh bekerja dalam satu

pasukan (C4).

Page 3: 3 Pengenalan Modul

iiiP r o g r a m K e s i h a t a n S e k o l a h

ISI KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini meliputi sebelas topik utama seperti yang tertera dalam halaman Isi

Kandungan modul ini. Topik sembilan hingga topik sebelas yang dibincangkan

dalam modul ini mempunyai kaitan di antara satu dengan yang lain. Justeru,

penerangan dan huraian mengenai pelaksanaan program kesihatan dalam topik

tersebut dibincangkan serentak dengan setiap topik dalam modul ini.

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

Terdapat sebelas unit pembelajaran yang terkandung dalam modul ini yang

ditulis oleh penulis modul yang tertentu. Setiap unit dalam modul ini menjelaskan

dan membincangkan topik dan sub topik yang relevan dengan kandungan

kursus. Setiap unit disusun secara berhierarki dan mengikut kepentingan

kandungan kursus. Hasil pembelajaran yang diharapkan daripada setiap unit

dinyatakan.

Selain fakta sebagai pencetus idea untuk difahami, dibincangkan dan dianalisis,

setiap unit dalam modul ini juga menyarankan beberapa aktiviti yang perlu

dilakukan oleh pelajar sebagai penggerak untuk kelangsungan proses

pembelajaran kursus ini. Penilaian Kendiri yang mengemukakan beberapa

soalan juga terdapat di setiap unit dalam modul ini bagi menguji penguasaan.

Pada akhir unit juga disertakan dengan jawapan dan maklum balas daripada

soalan-soalan dan latihan yang telah diberikan.

Walau bagaimanapun pembelajaran kursus ini adalah tidak terbatas kepada apa

yang terdapat di dalam modul ini sahaja. Sebaliknya, para pelajar juga perlu

membuat rujukan lanjut daripada buku-buku rujukan atau laman web yang

berkaitan dengan topik-topik yang dibincangkan bagi menambahkan lagi

khazanah ilmu yang dipelajari.

Page 4: 3 Pengenalan Modul

ivP r o g r a m K e s i h a t a n S e k o l a h

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksimengenainya.

Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yangdibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain.

Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Persembahan mikro dan makro pengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Tugasan yang perlu disempurnakan yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangkan.

Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.A