3 on 3 bs

Upload: saripuddin-mappiasi

Post on 10-Mar-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gkgk

TRANSCRIPT

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL 3 ON 3 BEACH SOCCERSEMPENA SUNDAY FAMILY RIDE 2016ANJURAN

MAJLIS BELIA SABAH

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan 3 ON 3 BEACH SOCCER

2. PENGANJUR

2.1 Majlis Belia Sabah3. PENYERTAAN

3.1 Terbuka hanya kepada semua orang awam yang berumur 15-40 Tahun.3.2 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan jersi yang bernombor.

3.3 Setiap pasukan hendaklah mendaftar 4 pemain sahaja untuk setiap pasukan.

3.4 Tiada Yuran Penyertaan.

3.5Penyertaan pemain dari berbilang-bilang kaum, bangsa dan agama adalah digalakkan.4. HADIAH

Hadiah adalah seperti berikut :

JOHAN - Wang Tunai RM150.00 + Hamper + SijilNAIB JOHAN - Wang Tunai RM100.00 + Hamper + SijilKETIGA BERSAMA - Wang Tunai RM80.00 + Hamper + Sijil5. TEMPOH PERLAWANAN

5.1 Separuh masa ialah 4 minit (keseluruhan 8 minit).

5.2 Tiada masa rehat diperuntukan.

6. FORMAT PERLAWANAN

6.1

6.

7. PERATURAN KHAS

7.1 Semua pemain tidak dibenarkan memasuki kawasan D semasa perlawanan sedang dijalankan. Jika ini

berlaku, maka sepakan penalty akan dihadiahkan oleh pengadil yang bertugas kepada kepada pasukan

lawannya.

7.2 Paras ketinggian semasa bola dimainkan adalah para paras pinggang sahaja. Mana-mana pemain yang

melakukan kesalahan tersebut, maka sepakan percuma akan diberi kepada pasukan lawannya.

7.3 Semua sepakan penalti diambil hanya dari tengah padang sahaja dan menggunakan atas kaki (tali kasut)

sahaja.

7.4 Masa diperuntukan untuk sepakan ke dalam, sepakan percuma dan sebagainya hanya 4 (empat) saat

sahaja.

8. TEMPAT/ JADUAL/ TARIKH

8.1 Tempat perlawanan ialah di PADANG MERDEKA.

8.2 Semua jadual yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengelola tidak boleh diubah, ditangguh atau diapaapakan

oleh pasukan yang bertanding akan tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak mengubah, menangguh

atau mengapa-apakan jadual atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.

8.3 Tarikh pertandingan ialah pada 12 Disember 2009 (Sabtu) hingga 13 Disember 2009 (Ahad).

9. TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN

9.1 Mana-mana pasukan tarik diri, maka pasukan tersebut dikira kalah.

9.2 Tempoh menunggu ialah 2 minit daripada masa yang ditetapkan/ dijadualkan dan mana-mana pasukan

yang melanggar peraturan ini akan dikira kalah.

9.3 Jika jumlah pemain kurang dari 2 orang dari mana-mana pasukan, maka pasukan tersebut dikira kalah.

10. KAWALAN PADANG DAN KELAKUAN

10.1 Semua pengurus pasukan dalam setiap pasukan adalah bertanggungjawab untuk menentukan kepada diri

sendiri dan penyokong mereka untuk berkelakuan baik sebelum dan selepas perlawanan dan jika manamana

pasukan yang didapati bergaduh akan disingkirkan dari menyertai kejohanan ini.

11. JAWATANKUASA TATATERTIB DAN RAYUAN

Jawatankuasa Tatatertib dan Rayuan akan terdiri daripada Jawatankuasa Pengelola itu sendiri.

12. BANTAHAN

12.1. Bantahan dan rayuan mestilah dihantar secara bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Rayuan 30

minit selepas perlawanan tamat besertakan dengan wang cagaran sebanyak RM100.00 dan wang tersebut

tidak akan dikembalikan walaupun bantahan dan rayuan tersebut berjaya atau sebaliknya.

12.2. Segala keputusan Jawatankuasa tersebut adalah muktamad.

12.3 Jawatankuasa ini tidak akan melayan apa-apa bantahan dan rayuan mengenai keputusan pengadil

perlawanan.

13. PENGADIL

13.1 Pengadil adalah lantikan dari Jawatankuasa Penganjur.

13.2 Pengadil berhak memberhentikan atau menangguhkan perlawanan atas sebab-sebab yang tidak boleh

dielakkan atas persetujuan Jawatankuasa Pengelola.

13.3 Segala keputusan pengadil dalam sesuatu perlawanan adalah muktamad.

14. BOLA/ TIANG GOL

14.1 Bola jenis Indoor Football akan digunakan untuk kejohanan ini.

14.2 Tiang gol bersaiz 2 kaki x 3 kaki panjang.

15. TARIKH TUTUP

15.1 Tarikh tutup ialah pada 09 Disember 2009, jam 3.00 petang.

15.2 Taklimat dan cabutan undi akan diadakan pada 11 Disember 2009 di Padang Merdeka, Kuching jam 5.30

petang.

15.3 Mana-mana Pengurus atau wakil pasukan yang berdaftar akan tetapi tidak dapat hadir, maka cabutan

pasukan tersebut akan diwakilkan kepada Jawatankuasa Penganjur untuk cabutan.

15.4 Pasukan yang telah lengkap mengisi borang, bolehlah menghantarkannya kepada :-

Jawatankuasa Penganjur Pentandingan Street Soccer 3 Sebelah

D/a Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

16. PERKARA AM

16.1 Sebarang perkara yang timbul dan tidak tercatat dalam undang-undang dan peraturan ini, Jawatankuasa

Pengelola berhak dan berkuasa membuat keputusan dan segala muktamad.

16.2 Setiap perlawanan tidak akan dijalankan sekiranya pengadil belum hadir.

16.3 Pihak pengajur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan yang menimpa mana-mana pemain yang

mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

SELAMAT BERTANDING DENGAN SEMANGAT KESUKANAN