29 april 2018 13 syaaban 1439h bil. 90/2018 sesi ii & iiiprof. sr. omar juga menjadi pakar rujuk...

19
INFO TERKINI KONVO 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & III KONVOKESYEN KE-60 KERJASAMA ERAT UTM−KERAJAAN JOHOR PEMANGKIN PEMBANGUNAN TIGA PERKARA ASAS UNTUK MENGUASAI ILMU DALAM ERA INDUSTRI 4.0 IBU DAN ANAK SAMA HEBAT, PENERIMA IJAZAH SARJANA PROFESOR KYOSUKE NAGATA DIANUGERAHKAN IJAZAH KEHORMAT DOKTOR PENDIDIKAN TINGGI ALUMNI EMAS UTM TERIMA GELARAN PROFESOR EMERITUS

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

I N F O T E R K I N I

KONVO29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & III

KONVOKESYEN KE-60

KERJASAMA ERAT UTM−KERAJAAN JOHORPEMANGKIN PEMBANGUNAN

TIGA PERKARA ASAS UNTUK MENGUASAI ILMU DALAM ERA INDUSTRI 4.0

IBU DAN ANAK SAMA HEBAT, PENERIMA

IJAZAH SARJANA

PROFESOR KYOSUKE NAGATA DIANUGERAHKANIJAZAH KEHORMAT DOKTOR PENDIDIKAN TINGGI

ALUMNI EMAS UTM TERIMA GELARAN PROFESOR

EMERITUS

Page 2: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

STAT

ISTI

K G

RA

DU

AN

MA

JLIS

KO

NVO

KES

YEN

UTM

Page 3: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

KERJASAMA ERATUTM−KERAJAAN JOHORPEMANGKIN PEMBANGUNAN Johor Bahru, 28 April – Kerjasama erat yang

terjalin antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Kerajaan Negeri Johor bagi menjayakan strategi ‘Gagasan Johor Berkemajuan: Menjayakan Dekad Baharu Johor’, telah membuka peluang yang besar kepada graduan UTM dan staf akademik serta pentadbiran dalam menyumbang kepada kemajuan Negeri Johor. “UTM boleh berusaha melahirkan sumber manusia di Johor yang berkemahiran, profesional dan berpengetahuan tinggi.” Para graduan pula, wajar merebut peluang ini dan menyahut cabaran untuk menceburi bidang keusahawanan yang terbuka luas di Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR)”, titah DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor Universiti Teknologi Malaysia semasa majlis Konvokesyen UTM kali ke-60. Dalam titah yang sama, Tuanku Canselor juga menyeru warga akademik di UTM agar mengambil dan memanfaatkan peluang kerjasama ini, baik dalam bentuk khidmat perundingan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan dan pembangunan (T&D) mahupun penerbitan. UTM memang sudah terkenal dengan keunggulan dalam bidang Sains dan Teknologi tidak harus ketinggalan merebut peluang ini lebih-lebih lagi dengan testimoni pengiktirafan terkini daripada QS World University Rankings di mana UTM berada di tempat ke-53 dalam Faculty Engineering and Technology. DYMM Tuanku Canselor turut menasihatkan, “Kita menggalakkan semua pihak termasuk mahasiswa dan graduan UTM supaya meningkatkan keupayaan penguasaan bahasa Inggeris dalam mempersiapkan diri untuk memasuki pasaran pekerjaan oleh sebab bahasa Inggeris adalah bahasa perantara dunia perniagaan, teknologi dan pendidikan (“the language of business, technology and academia”)”. Sebelum mengakhiri titah, baginda selaku Canselor turut berazam untuk meneruskan perjuangan dalam membantu para pelajar UTM melalui inisiatif-inisiatif dana dan program, seperti Because We Care Chancellor’s Fund, Chancellor’s English Language Club, Sembang Santai dan lain-lain.

Page 4: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

TIGA PERKARA ASASUNTUK MENGUASAI ILMU DALAM ERA INDUSTRI 4.0

Johor Bahru, 28 April – Setiap orang khususnya graduan UTM harus bijak menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran era Industri 4.0. Yang Berbahagia Datuk Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam ucapannya sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-60, berpesan agar graduan UTM menanamkan tiga perkara penting dalam diri masing-masing, iaitu pertama, menggunakan ilmu dengan sebaik mungkin bagi menjana kesejahteraan untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Sesungguhnya, ilmu yang dimiliki boleh membawa kepada kebaikan tetapi jika disalah guna boleh membawa kepada keburukan. Kedua, graduan disarankan untuk terus menimba ilmu kerana pembelajaran sepanjang hayat merupakan suatu keperluan untuk sentiasa meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi selaras dengan realiti baru abad ke-21 yang memerlukan keupayaan adaptabiliti dalam mengharungi cabaran masa kini. Ketiga, beliau menyarankan agar para graduan sentiasa tidak lupa untuk mensyukuri segala apa yang diperoleh terutamanya ilmu yang dimiliki. Rasa syukur ini dimanifestasikan dalam setiap tindakan, contohnya tidak bersifat mementingkan diri sebaliknya sentiasa mengambil berat kepentingan umum.

Seterusnya Datuk Naib Canselor menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku Canselor di atas keperihatinan DYMM Tuanku Canselor yang amat mendalam dan berterusan terhadap kebajikan dan pembangunan pelajar universiti. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga akademik dan pengurusan profesional dan pelaksana UTM, khidmat bakti mereka sangat penting bagi membina satu ekosistem yang kondusif bagi melahirkan bakat berkualiti mahupun hasil penyelidikan. Tidak ketinggalan Datuk Naib Canselor berpesan kepada graduan “Kami juga mengalu-alukan sumbangan saudara saudari dalam pelbagai bentuk termasuklah Tabung Endowmen dan Tabung Wakaf UTM untuk dimanfaatkan kepada mahasiswa yang memerlukan”. Berdasarkan rekod, sehingga kini UTM menerima sumbangan lebih RM3 juta daripada para alumni menjadikan keseluruhan Endowmen berjumlah RM87.8 juta.

Page 5: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan
Page 6: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

PROFESOR KYOSUKE NAGATADIANUGERAHKANIJAZAH KEHORMAT DOKTOR PENDIDIKAN TINGGI

JOHOR BAHRU, 28 April – Sempena Majlis Konvokesyen ke-60, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Tinggi kepada Profesor Kyosuke Nagata, Presiden Universiti Tsukuba, Jepun. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor Universiti Teknologi Malaysia.

“Pengurniaan ini merupakan bukti hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan Jepun”, merupakan antara intipati ucapan balas Profesor Kyosuke Nagata, selain menceritakan tentang hubungan persahabatan yang baik antara Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Tsukuba dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Profesor Kyosuke Nagata juga turut berpesan kepada para graduan agar menggunakan ilmu yang dipelajari demi kebaikan sejagat terutamanya dalam menangani isu-isu global. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar semua graduan menghargai segala pengorbanan dan jasa ibu bapa yang telah mereka curahkan demi kejayaan mereka pada hari ini.

Profesor Kyosuke Nagata dilahirkan di Tokyo pada 14 Oktober

Page 7: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

1953. Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Sains Farmasi (1976), Sarjana Sains Farmasi (1978), dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Farmakologi (1981) yang kesemuanya diperoleh dari Universiti Tokyo. Memiliki kepakaran dalam perkembangan penyelidikan dan bidang akademik khususnya berkenaan bidang Biologi Virologi dan Molekul, telah melayakkan beliau dilantik sebagai Profesor Madya di Sekolah Biosains dan Bioteknologi, Institut Teknologi Tokyo (1991-1999); Profesor di Institut Sains Perubatan Asas, Universiti Tsukuba (2001-2003); Profesor di Sekolah Graduan Sains Tsunami Komprehensif, Universiti Tsukuba (2004-2009); Penasihat Khas kepada Presiden, Universiti Tsukuba (2010-2012), serta Profesor di Fakulti Perubatan, Universiti Tsukuba pada tahun 2011. Beliau juga menerima pengiktirafan daripada Universiti Slavonic Rusia-Tajik (RTSU), Tajikistan pada tahun 2015 melalui penganugerahan Doktor Kehormat.

Profesor Kyosuke Nagata aktif melibatkan diri dalam pelbagai persatuan akademik dan profesional serta memainkan peranan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah di Institut Penyelidikan Amerika Syarikat-Jepun (2017-kini); Persatuan Universiti Nasional Jepun (2014 sehingga kini); Ahli Majlis Pengkhususan Universiti dan Juridikal Sekolah, Kementerian Pendidikan, MEXT (2017); Anggota Sementara Majlis Sains dan Teknologi, MEXT (2017); Pengerusi

Jawatankuasa Pusat Majlis Pendidikan Jepun, MEXT (2015 sehingga kini) serta Ahli Majlis Kebudayaan, MEXT (2017).

Berkat keazamannya yang kuat telah memberi sumbangan yang amat signifikan kepada pembangunan dua hala antara Malaysia dan Jepun khususnya dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Program Campus in Campus (CIC) merupakan Program Ijazah Sarjana Bersama yang julung kalinya dirintis oleh beliau melalui Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun atau Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), sebuah program perkongsian sumber penyelidikan antara sesebuah universiti tanpa halangan peringkat nasional.

Selain itu, beliau turut terlibat dalam penubuhan Konsortium Penyelidikan Lanjutan Malaysia-Jepun (MJARC) dengan berlandaskan tiga teras aktiviti penyelidikan, iaitu projek pengurusan sisa pepejal Sub-Kritikal (SCW) di UTM Kampus Pagoh, Kesediaan dan Pencegahan Bencana Pusat (DPPC), dan Projek Microalgae di Pusat Penyelidikan Algal-Biomas (AlBio), dan juga di MJIIT, UTM Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, beliau turut mengilhamkan kerjasama yang erat dalam bidang pendidikan dan akademik. Melalui Joint Master Program (JMDP), iaitu sebuah program kerjasama antara Universiti Tsukuba, Jepun dengan MJIIT, UTM yang menumpukan aspek pendidikan persekitaran sebagai fokus utama.

Page 8: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

Johor Bahru, 28 April – Dua orang alumni emas UTM melakar sejarah sempena Majlis Konvokesyen ke- 60 UTM apabila kedua-duanya dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus. Kedua-dua tokoh yang dimaksudkan ialah Dato’ Dr. Ahmad Darus dan Profesor Sr. Omar Munir. Penganugerahan gelaran ini adalah pengiktirafan akademik tertinggi yang diberikan oleh universiti sebagai menghargai jasa, sumbangan serta pencapaian tokoh akademik yang banyak menyumbangkan bakti dalam bidang keilmuannya di peringkat lokal mahupun global.

Pengurniaan gelaran Profesor Emeritus kepada kedua-dua tokoh yang disempurnakan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris Shah, selaku Tuanku Canselor UTM ini membuktikan alumni UTM terdiri daripada kalangan insan yang hebat dan banyak menyumbang kepada negara. Kedua-dua penerima anugerah ini pernah mendapat pendidikan tinggi awal di Maktab Teknik, Kuala Lumpur, dengan masing-masing dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dan Ukur Bahan.

Dato’ Dr. Ahmad Darus, anak jati Perlis dilahirkan pada 9 Oktober 1952. Mendapat pendidikan awal di Arau, Perlis, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Teknik, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pengajiannya di Scotland. Berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Voltan Tinggi dari University of Strathclyde, Gloslow, beliau memulakan kerjayanya bersama UTM pada November 1974. Kini beliau masih menyambung baktinya di UTM walaupun telah berkhidmat selama 36 tahun. Sepanjang berkhidmat di UTM, pelbagai kejayaan telah berjaya ditempa, antaranya menjadikan Fakulti Kejuruteraan Elektrik sebagai fakulti premier pengeluar graduan pilihan industri bagi syarikat multinasional di samping kehebatan pasukan Roboconnya di peringkat kebangsaan.

Beliau juga terlibat secara aktif dalam 45 jawatankuasa dan Task Force berkaitan dengan pembangunan, kemajuan dan kualiti entiti dan program akademik UTM, selain 25 jawatankuasa dan Task Force luar kampus dengan sebahagian besarnya menyaksikan beliau bertindak sebagai peneraju utama seperti Pengerusi Task Force Kajian Kemungkinan Projek Wafer Technology antara

ALUMNI EMAS UTMTERIMA GELARAN PROFESOR EMERITUS

Page 9: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

UTM, PKENJ dan Chartered Semiconductor Manufacturer Singapore (1996); Pengerusi Task Force Beban Akademik UTM (2010); Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman UTM (2015); dan Pengerusi Task Force Track Institutional Leadership (2017).

Dato’ Dr. Ahmad Darus turut memberi sumbangan terhadap kemajuan industri elektrik negara apabila terlibat dalam penyelidikan bersama Tenaga Nasional Research and Development (TNRD) mengenai keselamatan penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik melalui kerja-kerja penyelidikan kontrak dalam bidang sistem penebatan gas-termampat (GIS) Sulphur Hexaflouride. Selain itu, pelantikan beliau sebagai Ketua Kluster Kejuruteraan, Teknologi dan Alam Bina, Majlis Profesor Negara, Jabatan Perdana Menteri dari 2010 sehingga 2016 yang memperlihatkan banyak program advokasi awam telah dilaksanakan, seperti seminar kebersediaan Malaysia menggunakan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga, keselamatan tenaga, keselamatan pengangkutan awam, mitigasi banjir, dan isu perumahan negara. Hasil pelbagai kerja keras dan sumbangan ini, beliau telah dianugerahkan Darjah Setia Mahkota Perlis (S.M.P) pada tahun 2003 dan Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (D.P.S.J) pada tahun 2007.

Penerima anugerah yang sama ialah Profesor Sr. Omar Munir. Dilahirkan pada 2 Februari 1943, anak kelahiran Kg. Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan ini pula tidak kurang hebatnya dalam menyumbang bakti dengan kelas yang tersendiri. Selepas mendapat pendidikan awal dan menengah di negeri kelahirannya, beliau juga meneruskan pengajian tinggi awal di maktab Teknik Kuala Lumpur dalam jurusan Ukur Bahan. Beliau juga dianugerahkan Pingat Emas sebagai Pelajar Terbaik oleh Institution of Surveyors Malaysia (kini dikenal sebagai Royal Institution of Surveyors, Malaysia).

Berkelulusan sarjana dalam bidang Bangunan dari University of New South Wales, Sydney, Australia. Beliau memulakan kerjayanya di UTM sebagai Penolong Pensyarah ‘A’ di Jabatan Ukur Bahan pada (1972-1977) dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Ukur Bahan di Fakulti Alam Bina (1974-1977), Timbalan Dekan di Fakulti Alam Bina (1977-1978), dan Dekan Fakulti Alam Bina (1981-1983). Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan tertinggi di UTM, antaranya ialah Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran) UTM Kuala Lumpur (1983-1986), Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM Kuala Lumpur (1986-1987), Timbalan Naib Canselor UTM Skudai (1987-1988), dan Pengarah Pembangunan Mahasiswa (2001).

Sumbangan terbesar Profesor Sr. Omar sememangnya tidak dapat dinafikan sepanjang berkhidmat di UTM, antaranya adalah sebagai salah seorang pengasas penubuhan UTMSPACE yang menawarkan program akademik berkualiti untuk pembelajaran sepanjang hayat dan menyokong pembangunan modal insan secara berterusan di Malaysia. Beliau turut aktif dalam badan dan organisasi profesional seperti Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM) dan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), di mana beliau terlibat secara langsung dalam pembangunan polisi dan standard profesional Ukur Bahan di Malaysia.

Prof. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan silibus pendidikan Ukur Bahan yang pertama di Universitas Bung Hatta, Indonesia. Sebagai antara tokoh yang berpengalaman luas dalam bidangnya, beliau dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dalam pelaksanaan kajian dan cadangan reka bentuk dan keselamatan bangunan sekolah-sekolah di Malaysia. Sejak 2017, beliau dilantik sebagai proof reader bagi membantu Lembaga Jurukur Bahan Malaysia dalam penerbitan majalah QS LINK.

Page 10: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan
Page 11: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

ANAK JATI TERENGGANUPENERIMA ANUGERAH CANSELORMAJLIS KONVOKESYEN UTM KALI KE-60

Johor Bahru, 28 April – Pengurniaan Anugerah Canselor sempena Majlis Konvokesyen UTM kali ke-60 menyaksikan anak jati Terengganu, Siti Maisarah Aziz (27 tahun), sebagai penerima. Siswazah Doktor Falsafah dalam bidang Fizik ini tidak menyangka beliau mendapat pengiktirafan sebegini kerana buat pertama kalinya beliau menerima anugerah setelah berjaya menamatkan ketiga-tiga peringkat pendidikan tingginya di Universiti Teknologi Malaysia.

Berhasrat untuk menabur bakti sebagai pensyarah di negeri kelahirannya, membuatkan Siti Maisarah berusaha keras mengejar impian tersebut. Kejayaaan anak muda ini merupakan bukti semangatnya yang tidak mudah berputus asa dalam mengharungi cabaran selain mendapat sokongan dan dorongan yang kuat daripada kedua ibu bapanya.

Menurut Siti Maisarah, cabaran yang paling besar pernah dihadapinya adalah sewaktu menjalankan penyelidikan yang berakhir dengan kegagalan. Sampel eksperimen yang diusahakannya tidak menjadi seperti yang dirancang. Namun, itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berjuang.

Beliau yang pernah menimba pengalaman sebagai pensyarah kontrak selama setahun di Universiti Teknologi MARA, Pahang, berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat pasca doktoral di universiti luar negara dalam bidang yang sama.

Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik ini berharap dapat merealisasikan impiannya di samping membalas jasa ibu bapanya yang telah banyak berkorban selama ini.

Page 12: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

KECEKALAN MENEMPUH HALANGANPETUA GRADUAN CEMERLANG

Johor Bahru, 28 April – Umum mengetahui bahawa besar pengorbanan yang harus dilakukan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah. Ramai yang mencuba tetapi ramai jua yang kecundang di pertengahan jalan. Cabaran dari segi kewangan, masa dan tekanan adalah antara halangan yang terpaksa diharungi bagi individu yang mengimpikan kejayaan menggengam segulung ijazah doktor falsafah. Namun begitu, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat seorang graduan antarangsa, Imran Ullah, 36 tahun, penerima Anugerah Canselor bersempena dengan Majlis Konvokesyen UTM ke-60. Anugerah Canselor merupakan penghormatan yang diberikan oleh pihak universiti kepada siswazah Doktor Falsafah terbaik yang memenuhi kriteria dan syarat pemilihan yang telah ditetapkan.

Graduan yang berasal dari Pakistan ini telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Doktor Falsafah (Matematik) dalam tempoh kurang daripada tiga tahun. Sepanjang pengajiannya, beliau telah menjalankan kajian dalam bidang mekanik bendalir menggunakan permodelan matematik.

Beliau yang kini bertugas sebagai pensyarah di National University of Science and Technology Islamabad, Pakistan, mengakui pada awalnya menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang baharu. “Apabila kita meninggalkan tanah air, jauh dari keluarga dan sahabat handai, dan terpaksa mencuba makanan yang lain daripada apa selalu dihidangkan, boleh membuatkan seseorang tertekan. Namun, kita tidak seharusnya hilang fokus dan perlu cekal untuk berpegang pada tujuan asal, iaitu menamatkan pengajian secepat yang mungkin, lebih-lebih lagi dengan keadaan kewangan yang terhad.”

Page 13: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan
Page 14: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

IBU DAN ANAK SAMA HEBAT,

PENERIMA IJAZAH SARJANA

Johor Bahru, 28 April – Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-60 di Dewan Sultan Iskandar, hari ini menjadi kenangan manis buat seorang ibu bersama anak perempuannya apabila menjadi salah seorang penerima ijazah Sarjana.

Lim Wan Koon (53 tahun), yang bertugas sebagai guru di SMKJ Pei Hwa, Sungai Mati, Muar berasa sangat gembira kerana beliau bersama anaknya, Ler Shi Yun (27 tahun), masing-masing berjaya menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Pendidikan (Teknologi Pendidikan) dengan PNGK 3.76 dan 3.74. Beliau menganggap Sarjana yang diterima bersama anaknya itu sebagai satu keistimewaan kerana tidak ramai insan yang mampu mengecapi kenangan bersejarah seumpamanya.

“Saya mula melanjutkan pengajian selepas 10 hari kematian suami pada Mac 2016. Atas dorongan anak-anak saya memulakan pengajian sebagai pelajar kemasukan kedua pada April 2016. Sentiasa mengulang kaji dan buat tugasan dengan bersungguh-sungguh berpandukan rujukan yang sewajarnya serta sentiasa mencuba yang terbaik tanpa putus asa”, ujar Lim Wan Koon apabila ditanya tentang resepi kejayaan.

Pada ketika ini, Lim Wan Koon telah pun menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang yang sama, manakala anak perempuan beliau mengambil keputusan untuk berehat terlebih dahulu dan meneruskan kerjaya sebagai guru di SJK (C) Pei Eng, Tangkak, Muar.

Page 15: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

STATUS OKUBUKAN PENGHALANG CAPAI KEJAYAAN

Johor Bahru, 27 April – Status sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) bukanlah faktor penghalang bagi seseorang untuk mencapai kejayaan, namun sebaliknya mampu menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada mereka untuk meneruskan impian dan cita-cita.

Berkat kesabaran, dorongan, dan doa daripada ahli keluarga dan kawan-kawan, Wan Qatrunnada Wan Zabidi (29 tahun) graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) Program Pengajian Separuh Masa akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda disebabkan kehilangan upaya anggota kaki akibat kemalangan jalan raya pada November 2010.

Wan Qatrunnada Wan Zabidi, penerima Hadiah Khas UTMSPACE ini memulakan pengajian pada tahun 2012. Pada awalnya, beliau berasa ragu-ragu dan bimbang untuk meneruskan pengajian disebabkan kelainan upaya yang dialaminya serta khuatir dengan penerimaan rakan sekelas. Namun, dorongan dan sokongan ahli keluarga terutamanya ibu bapa telah memberi beliau semangat dan kekuatan untuk terus menimba ilmu. “Jangan fikir kekurangan diri itu sebagai alasan untuk kita berhenti mengejar cita-cita, tetapi jadikan ia sebagai kekuatan untuk terus maju ke hadapan”, katanya ketika mengakhiri perbualan.

Page 16: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

Johor Bahru, 27 April – Bukan mudah untuk seseorang mengimbangi waktu antara kerjaya dengan pelajaran pada satu-satu masa. Faktor tersebut sering menjadi punca bagi ramai anak muda yang enggan untuk melanjutkan pelajaran sambil bekerja. Hanya individu yang benar-benar komited dan fokus dalam pelajaran mampu mengharunginya.

Itulah kata-kata semangat yang dipegang oleh Chen Hui Ying, 23 tahun, penerima Anugerah Pelajar Cemerlang pada Majlis Anugerah Graduan Cemerlang UTM SPACE bersempena Majlis Konvokesyen UTM ke-60. Graduan yang berasal dari Ipoh, Perak ini telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam program Diploma Sains Komputer (Multimedia) dengan keputusan PNGK 3.83.

Berbekalkan diploma yang diperoleh, beliau yang kini bertugas sebagai guru bahasa di salah sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak di Ipoh, Perak sudah bersedia untuk mengorak langkah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah Sarjana Muda demi mengejar impian sebagai pakar forensik pada masa hadapan. Menurut beliau lagi, hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan begitu sahaja kerana impian yang ada dalam diri haruslah dijadikan realiti dengan berpegang pada prinsip “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

KOMITED DAN FOKUSRESEPI KEJAYAANGRADUAN CEMERLANG UTM-SPACE

Page 17: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan
Page 18: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

Apa Kata Mereka“Terima kasih UTM kerana telah menjadi

tempat yang mengajar saya erti kehidupan serta menjadikan diri saya lebih matang dan

berdikari #I amUTM #UTM awesome.”Pergi ke Cengal membeli nasi,

Berlaukkan ayam, sayurnya sawi,Tahniah kepada yang bergraduasi,

Curahlah baktimu kepada ibu pertiwi.

“UTM mempunyai ramai pensyarah yang berpengalaman dan mereka

sangat membantu sepanjang pengajian saya.”

I love UTM! The conducive facilities & environment provided by UTM

motivates our journey in successful way. Thank you so much UTM!

“Very good university. I am happy to study in this university because it is one of the top most university. Good environment & activities. The

education and teaching is good.”

Mohamad Azani Abd Kadir (28 tahun)

Doktor Falsafah Sains (Kimia)

Maziana Mazlan(42 tahun)

Sarjana Muda Senibina Landskap

Mohd Azrul Abdul Razak (30 tahun)

Doktor Falsafah Sains (Kimia)

Gorantla Dileep Kumar (India, 24 tahun)Sarjana Kejuruteraan

(Elektronik dan Telekomunikasi)

“Terima kasih UTM kerana menyediakan prasarana dan tenaga

pengajar yang terbaik untuk membentuk modal insan yang gemilang.

#I amUTM #UTM awesome.”

“Good Education University! Good Activities and Environment!”

“UTM is an excellent university that provides one of the best educational

system. As any institution, UTM has pros and cons; however the pros outweigh the cons. I consider myself lucky to have the

opportunity to study at UTM.”

“I love UTM because the atmosphere on campus was so welcoming that make me felt comfortable and peace. UTM

sanjungan bangsa!”

“UTM merupakan universitI terkemuka dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. Program pendidikan

yang terbaik dan memiliki kelengkapan pengajaran dan makmal yang lengkap

dan terkini.”

“Pengurusan yang baik.”

“Wonderful knowledgeable and experience lecturers. Every moment is

unforgivable. It’s a great memory.”

“UTM is perfect!”

Faisal Hussin (28 tahun)

Doktor Falsafah Sains (Kimia)

Vincent Yong Kai Loung (25 tahun)Sarjana Kejuruteraan (Elektronik dan

Telekomunikasi)

Saddam Hussein Ali Abo Sabah(Yemen, 30 tahun)

Doktor Falsafah (Kejuruteraan Awam)

Hasbullah Abd Rashid (33 tahun)Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Abd Basid Abd Rahman (41 tahun)

Sarjana Kejuruteraan (Mekanikal)

Muhammad Afiq Mahbob(22 tahun)

Diploma Pengurusan Harta Tanah

Kavitha a/p Meganathan (38 tahun)

Sarjana Muda Senibina Landskap

Seyedeh Nazanin Kardi (Iran, 32 tahun)

Doktor Falsafah (Biosains)

Page 19: 29 APRIL 2018 13 SYAABAN 1439H BIL. 90/2018 SESI II & IIIProf. Sr. Omar juga menjadi pakar rujuk bagi pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa apabila terlibat dalam pembangunan

PENAUNG:Dato’ Haji Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd. Rahman

SIDANG PENGARANG: Ungku Haliza Ungku Zahar (Ketua Editor), Roselaile Samah,

Salina Shamsuri, Nur Diyana Mohd. Ruzmi, Mohd Hafifi Jamal, Nur ‘Aina Osman, Sharil Amri Jamaludin

GRAFIK: Hafizah Mohamad Ahyah, Norizan Yaacob FOTO: Nor Azman Sukri, Mohd Hairy Zolkefle

LAMAN SESAWANG: Zuraida Abd. Ghani LOGISTIK: Suhaimi Ikhwan

http://web.utm.my/convocation/ facebook: Info Terkini Konvo UTM

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia