28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu

23
TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU  1 Topik 1 Pengenalan Kesusasteraan Melayu HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefnisikan istilah kesusasteraan; 2. Menyenaraikan ungsi-ungsi kesusasteraan; 3. Menyatakan pengaruh-pengaruh yang terdapat dalam Kesusasteraan Melayu; dan 4. Menyatakan ciri-ciri utama Kesusasteraan Melayu. PENGENALAN Sudah pasti anda akan terhibur apabila mendengar lagu yang merdu dan indah  bahasanya. Anda pasti tersentak apabila menonton aksi mendebarkan di dalam flem atau drama. Anda akan menangis apabila membaca kisah sedih di dalam novel. Anda akan berasa marah apabila watak jahat di dalam cerpen yang anda  baca berlaku zalim sesama ma nusia. Tahukah anda bahawa lirik lagu, skrip flem, drama, dan novel itu tergolong di dalam karya sastera? Topik ini akan perjelaskan tentang kesusasteraan secara mendalam.

Upload: syazwani-kasturi-idadeen

Post on 02-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 1/23

TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU   1

Topik 

1PengenalanKesusasteraanMelayu

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefnisikan istilah kesusasteraan;

2. Menyenaraikan ungsi-ungsi kesusasteraan;

3. Menyatakan pengaruh-pengaruh yang terdapat dalam KesusasteraanMelayu; dan

4. Menyatakan ciri-ciri utama Kesusasteraan Melayu.

PENGENALAN

Sudah pasti anda akan terhibur apabila mendengar lagu yang merdu dan indah bahasanya. Anda pasti tersentak apabila menonton aksi mendebarkan di dalamflem atau drama. Anda akan menangis apabila membaca kisah sedih di dalamnovel. Anda akan berasa marah apabila watak jahat di dalam cerpen yang anda

 baca berlaku zalim sesama manusia.

Tahukah anda bahawa lirik lagu, skrip flem, drama, dan novel itu tergolong didalam karya sastera? Topik ini akan perjelaskan tentang kesusasteraan secaramendalam.

Page 2: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 2/23

2    TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

1.1 DEFINISI KESUSASTERAAN

Terdapat pelbagai defnisi yang diberikan untuk memberi makna kepada kata‘kesusasteraan’. Hashim Awang menyimpulkan erti kesusasteraan sebagaiciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Namun demikian, untukmengelakkan kekusutan, maksud perkataan itu diberi berdasarkan etimologi.Etimologi bermakna kajian asal usul bahasa. Kesusasteraan berasal daripada

cantuman kata ‘su’ dan ‘sastra’ dalam bahasa Sanskrit. Kemudian diberi apitan‘ke...an’ untuk membentuk kata nama. Makna-maknanya adalah seperti yang

 berikut:

su  = baik, indah, cantik, seni, dan berguna.

sastra = karya (lisan/bertulis) atau buku.

susastra = karya yang indah dan berguna.

kesusasteraan = semua bentuk karya bernilai seni dan berguna.

Berdasarkan huraian-huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa

kesusasteraan merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasadan ia ditujukan kepada khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karyayang bertulis atau penonton drama. Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan Melayumerujuk kepada karya-karya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Rajah 1.1: Karya-karya sastera

AKTIVITI 1.1

Pernahkah anda terfkir, bagaimanakah keadaannya dunia tanpa lagu,flem, drama dan novel? Adakah karya sastera memberi kesan kepada

perkembangan diri anda. Bincangkan.

AKTIVITI 1.2

Berdasarkan pernyataan di atas, dengan perkataan anda sendiri, jelaskan apayang di maksudkan dengan kesusasteraan.

Page 3: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 3/23

TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU   3

1.2   FUNGSI KESUSASTERAAN

Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk bacaanpembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap-melengkapi. Apa jua karya yang tidak mendapat sambutan pembaca dianggaptidak berjaya. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa kumpulan sasaransesebuah karya ialah khalayak. Sehubungan itu, pengarang menetapkan tujuansebelum menulis. Di sinilah bermulanya penelitian tentang peranan dan fungsikesusasteraan kepada khalayak. Namun begitu, fungsi itu dilihat dari dua sudut,iaitu fungsi sastera kepada khalayak dan fungsi sastera kepada pengarang.

Rajah 1.2: Tatapan hasil karya-karya sastera

Ditinjau daripada sudut pertama, peranan dan ungsi sastera kepada khalayakatau pembaca adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengajar, mendidik,dan menghibur. Mengajar atau disebut juga didaktik ialah satu prosesmenyampaikan pengetahuan. Dengan ilmu yang dipelajari dan diahami,manusia mengetahui apa-apa yang mereka tidak ketahui. Pengetahuan tidak

 bererti jika tidak diamalkan. Pada peringkat ini, pendidikan memainkanperanannya. Mendidik bermaksud menjaga dan melatih. Penjagaan dan latihan

akan mewujudkan kebiasaan, berkembang menjadi adat, membentuk siat(keperibadian), melahirkan kemahuan dan akhirnya menggerakkan perbuatanselaras dengan perkara yang dididik.

Seperti melalui cerita Nakhoda Tanggang, khalayak diajar supaya tidakmenderhaka kepada ibu kerana perbuatan itu dilaknati Allah. Kesannya amatmengerikan. Si Tanggang menjadi batu. Pengetahuan tentang perkara ini akantinggal menjadi ‘gajah putih’ seandainya tidak dipraktikkan atau diyakini. 

Rajah 1.3: Batu si TanggangSumber: http://blog-misteri.blogspot.com/2008/04/si-tanggang.html

Page 4: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 4/23

4    TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Demikianlah pentingnya pendidikan untuk menangani pelbagai masalah sosial.Orang yang tidak terdidiklah yang cenderung melakukan perbuatan salah. Disamping mengajar dan mendidik, karya sastera juga berungsi untuk memberihiburan. Menghibur bertujuan untuk menenangkan atau menggirangkan hati.

Oleh sebab itu, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan memberipengetahuan, menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani dan dipraktikkandalam kehidupan seharian, memberi ketenangan, dan merehatkan fkiran setelahpenat bekerja, serta memberi kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni.

Ditinjau daripada sudut yang kedua pula, usaha para pengarang menghasilkanpelbagai karya boleh dianggap sebagai perbuatan yang luar biasa. Sebagaimanusia yang peka, sudah tentulah seseorang pengarang itu berkarya untukmemenuhi tuntutan tertentu. Pada hakikatnya, pengarang menjadikan karyanya

sebagai alat untuk mendapatkan kepuasan serta keseronokan, memperbaikidan menajamkan pemikirannya, berbakti kepada masyarakat dan menyarakehidupannya.

1.3   CIRI DAN PENGARUH DALAMKESUSASTERAAN MELAYU

Kepelbagaian karya di dalam Kesusasteraan Melayu menampakkan perbezaandaripada segi bentuk dan isi. Berdasarkan aspek-aspek tersebut, kita bolehmenyusur galurkannya melalui pembahagian yang mampu menjelaskankedudukan atau kategori sesebuah karya dari dahulu hingga kini.

Bentuk sastera yang tertua bagi semua bangsa di dunia ialah sastera lisan. Sastera bentuk ini dilahirkan di dalam kalangan rakyat yang belum mengenal tulisan.Oleh sebab itu, sastera jenis ini disebut juga sastera rakyat. Sastera lisan terbahagikepada dua kumpulan, iaitu:

(a) Prosa : Karya yang terhasil di dalam bentuk karangan.

(b) Puisi : Karangan berangkap.

AKTIVITI 1.3

1. Huraikan fungsi karya kesusasteraan kepada khalayak yang telahanda pelajari.

2. Pada pendapat anda, mengapakah pengarang bersusah payahmenghasilkan sesebuah karya?

Page 5: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 5/23

TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU   5

Di samping itu, setiap kategori mempunyai genre atau genre-genre serta

subgenre yang tersendiri. Genre bermaksud bentuk karya. Kesemua hal akandibincangkan secara berperingkat-peringkat.

Agama Islam dikatakan sampai ke Alam Melayu pada abad pertama Hijrah.Agama Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadapperkembangan bahasa, kesusasteraan, dan kebudayaan Melayu. Salah satudaripadanya ialah pengenalan huru-huru Arab kepada penganut-penganutagama Islam di rantau ini dengan tujuan menjadikannya abjad baru di dalampenulisan berbahasa Melayu. Oleh sebab itu, sistem tulisan yang teratur di dalam

 bahasa Melayu wujud setelah kedatangan Islam.

Rajah 1.4: Sastera lisan

Setiap satunya boleh dipecahkan kepada dua kategori, iaitu :

Rajah 1.5: Kategori prosa/puisi

AKTIVITI 1.4

Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan naratif dan bukannaratif? Berikan tiga contoh dan bincangkan perbezaan antara jawapananda dengan rakan sekelas anda untuk mendapatkan variasi pendapat.

Page 6: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 6/23

6    TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Sistem tulisan tersebut telah memasukkan beberapa huru lain yang disesuaikandengan bunyi atau sebutan Melayu. Sistem tulisan itu disebut Tulisan Jawi.Pada masa yang sama, perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan

 banyak. Hal ini terjadi kerana kata-kata daripada bahasa Arab diambil untukmemberi pengertian kepada sesuatu yang baru ditemui disamping terusmengekalkan perbendaharaan kata daripada bahasa Sanskrit.

Dengan wujudnya sistem tulisan bermulalah tradisi tulisan di Alam Melayu. Ia bermula dengan penulisan yang berbentuk bukan kreati, iaitu penulisan kitab-kitab bercorak agama yang membicarakan mengenai fkah, tasir Al-Qur’an,tauhid dan sebagainya. Setelah itu diikuti dengan penulisan kreati. Bidang ini

 bermula dengan munculnya  Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Yusof, Hikayat Nabi Musa, dan hikayat-hikayat lain seumpamanya.Hikayat Nabi-nabi itu berdasarkan kepada kisah-kisah tentang diri mereka yang

terdapat di dalam Al-Qur’an. Kisah-kisah itu kemudiannya dicampuradukkandengan unsur-unsur fksyen. Anda harus ingat bahawa hikayat-hikayatini sebenarnya merupakan saduran atau terjemahan daripada karya-karya

 berbahasa Arab. Khazanah Kesusasteraan Melayu Tradisional bertambah danterus berkembang sejak itu dengan kemasukan cerita-cerita tentang pahlawan-pahlawan Islam yang berbentuk legenda di dalam bahasa Parsi.

Hingga saat ini kita telah melihat dengan jelas dua aktor luar yangmempengaruhi penghasilan karya dalam bahasa Melayu, iaitu pengaruhanimisme yang terlihat di dalam mitos dan legenda. Satu lagi ialah pengaruh

Arab-Parsi. Harus diingat bahawa orang-orang Melayu memeluk Islam ketikamereka berpegang kepada kepercayaan animisme. Golongan bangsawan padamasa itu menganuti agama Hindu. Sebagai golongan yang tertinggi di dalamhierarki sosial ia dikelilingi oleh pendeta-pendeta yang pandai dalam tulisannagari dan pallava.

Karya-karya berunsur Hindu yang ditulis oleh oleh para pendeta itu terperapdi istana. Rakyat jelata yang diletakkan di dalam kasta rendah menurut tradisiHindu itu (sebenarnya tidak pun menghayati ajaran agama tersebut) tidak bolehmerapati istana. Setelah Islam bertapak dan konsep persamaan hak dipraktikkan,seluruh bangsa Melayu mengetahui kewujudan karya-karya Hindu itu.

Pada hakikatnya, Kesusasteraan Melayu dapat berkembang pesat kerana adanyakecenderungan dan usaha-usaha pengembangan agama Islam menggunakansastera sebagai alat penyebarannya. Kegiatan-kegiatan seumpama itu telahmendorong sasterawan Islam menghasilkan roman-roman Islam untukmenggantikan epik-epik Hindu, iaitu  Mahabharata dan Ramayana, seperti yangditunjukkan di dalam Rajah 1.6 di bawah.

Page 7: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 7/23

TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU   7

Oleh hal demikian, selain cerita Nabi-nabi dan legenda Islam tadi, terdapat

 juga cerita tokoh-tokoh sebelum, semasa, dan selepas Nabi Muhammad s.a.w.Antaranya ialah Hikayat Firaun, Hikayat Tamim al-Dari, dan Hikayat Sultan Ibrahimbin Adham. Harus diingat bahawa pada masa itu juga transliterasi dan transkripsidibuat untuk membolehkan orang ramai membaca karya-karya Hindu sepertiHikayat Syahi Mardan dan Hikayat Berma Syahdan.

Apabila mendapati karya-karya itu tidak selari dengan tuntutan Islam, makapenyesuaian pun dibuat agar sejajar dengan ajaran Islam. Nama-nama dewaHindu seperti Visynu diganti dengan nama-nama Nabi dan malaikat. DewataMulia Raya ditukar menjadi Allah atau Tuhan yang Maha Esa. Kemudian watak-watak Hindu pula disesuaikan dengan watak bernama Islam hingga hasilnya

 bercampur aduk antara nama-nama Hindu dan Islam.

Di samping semua itu, anda harus ingat bahawa nama-nama hikayat seumpamaitu turut ditukar atau ditambah dengan nama Islam. Contoh-contohnya ialahHikayat Si Miskin asalnya Hikayat Marakarma dan Hikayat Ahmad Muhammadasalnya Hikayat Serangga Bayu. Kumpulan karya seperti itu disebut KesusasteraanZaman Peralihan atau Kesusasteraan Transisi atau Kesusasteraan Hindu-Islam.

Rajah 1.6: Mahabrata dan RamayanaSumber: http://www.exoticindiaart.com/book/details/IDF394/ &http://www.integraltradition.com/catalog/images/ramayana.jpg

Page 8: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 8/23

8    TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Berikut akan dijelaskan kewujudan Sastera Panji di Jawa. Kata ‘panji’ padaasalnya merupakan gelaran bagi golongan bangsawan yang berdarah raja. Walau bagaimanapun, gelaran tersebut kemudiannya digunakan di dalam cerita-ceritaroman Jawa bagi menunjukkan watak pahlawan yang gagah dan kacak sehinggadapat menawan hati wanita-wanita jelita.

Setelah sekian lama orang-orang Jawa mendengar cerita-cerita yang berunsurHindu di dalam bahasa Jawa kuno dan bahasa Sanskrit, mereka mulai jemu.Sungguhpun sudah ada karya bercorak Islam pada masa itu, orang-orang Jawatidak gemar membacanya. Oleh sebab itu, penglipur lara Jawa mencari jalanuntuk menghasilkan satu bentuk karya berunsur setempat. Di dalam pencarianitulah terhasil Sastera Panji.

Cerita-cerita dongeng Jawa yang selama ini tenggelam akibat taklukan sastera

saduran Hindu-Buddha, kini muncul kembali di dalam bentuk tersebut. Ceritaitu ditulis dalam bahasa Jawa Tengahan dan sangat popular di istana Raja-Raja Jawa Timur pada abad ke-13 hingga ke-15 Masihi. Walaupun cerita-cerita ituditulis oleh penulis Jawa, tetapi tidak dapat lari daripada pengaruh Hindu yangtelah bertapak sekian lama di Jawa. Unsur-unsur itu termasuklah pertapaan,dewa-dewa, mitos dan legenda.

Kerajaan Majapahit dikatakan bertanggungjawab menyebarkan sastera Jawake serata tempat, termasuk ke Tanah Melayu. Selain itu, kewujudan hubunganantara orang-orang Jawa dengan orang-orang Melayu juga menjadi penyebab

tersebarnya cerita-cerita panji ke luar Jawa. Ada pendapat yang mengatakan bahawa cerita-cerita panji berkembang ke Tanah Melayu di dalam bentuk lisanatau melalui wayang kulit dan bangsawan.

Ciri-ciri utama cerita panji yang membezakannya dengan genre-genre lain dapatdilihat melalui tiga aspek, iaitu:

(i) Tema dan Persoalan;

(ii) Struktur cerita (plot, latar dan watak);

(iii) Penerapan unsur-unsur Hindu;

Kerap dikatakan bahawa pengembaraan menjadi tema Sastera Panji. Tetapi, jika kita halusi plot cerita-cerita panji, kita akan menemui perkara pokok yangmenjadi penyebab kepada pengembaraan itu ialah pencarian. Wira keluarmengembara kerana kekasihnya yang pertama dibunuh orang. Pengembaraandilakukan untuk mencari ganti kekasih atau mencari ketenangan. Dalam ceritayang lain, wira mengembara untuk mencari kekasihnya yang menghilang ataudiculik musuh atau diarah meninggalkan istana oleh dewa-dewa.

Page 9: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 9/23

TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU   9

Oleh sebab itu, kunci kepada semua persoalan dalam cerita panji ialah pencarian.Persoalan-persoalan yang menyokong tema itu ialah pengembaraan, percintaan,penyamaran, dan peperangan. Rasa cinta mendorong wira mencari kekasihnya.Hal ini berlaku di dalam Hikayat Panji Semirang.

Raden Inu Kertapati mencari Raden Galoh Cendera Kirana yang meninggalkanistana. Raden Galoh meninggalkan istana kerana mencari kedamaian apabilaayah, ibu tiri, dan adik tirinya mewujudkan ketidakselesaan hidupnya di istana.Lantaran itu mereka pun mengembara. Raden Galoh menyamar sebagai lelakiuntuk mendapatkan kekuatan dan keyakinan diri. Ternyata bahawa kemahuanitu menjadi satu aspek pencarian secara tersirat. Wira berperang untuk mencarikemegahan dan kuasa. Wirawati berperang untuk mendapatkan pengiktirafan bahawa wanita juga perkasa dan boleh berdikari. Cerita digerakkan atas dasarpencarian. Dengan itu, persoalan utama Sastera Panji ialah pencarian.

Plot cerita panji dimulakan dengan pengenalan, diikuti dengan perkembangan,dan diakhiri dengan peleraian. Cerita-cerita panji berakhir dengan kegembiraan.Daripada segi latar, kita dapati cerita panji berlatarkan empat buah negeri, iaituDaha, Kuripan, Singasari, dan Gagelang. Tempat-tempat ini dikatakan pernahwujud di Jawa. Masyarakat zaman feudal di Jawa merupakan latar masyarakatdalam cerita panji.

Sebagai karya yang terhasil berdasarkan pemikiran dan budaya tradisi Jawa,Sastera Panji masih mengekalkan unsur-unsur Hinduisme dan mitos. Raja-raja

dikatakan berketurunan dewa-dewa daripada kayangan. Pertapaan merupakansebahagian daripada samadhi. Selain itu, dipaparkan penjelmaan yang seiringdengan inkarnasi di dalam ajaran Hindu.

Ciri terakhir yang hadir di dalam setiap cerita panji ialah pertukaran nama. Didalam Hikayat Dewa Asmara Jaya , Raden Inu menukar namanya sebanyak tujuhkali. Antaranya ialah Kuda Waneng Baya, Misa Kelana Sira Panji, dan AdipatiMacan Negara. Pertukaran nama tidak terhad kepada wira dan wirawati sahaja  malah berlaku juga kepada watak-watak pembantu. Harus diingat bahawapertukaran nama ialah amalan biasa dalam budaya Jawa.

Sastera Panji berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk memberi hiburandan pengajaran kepada khalayak. Sehubungan itu, di dalam karya-karya tersebutterselit amanat penting daripada pengarangnya. Antaranya ialah niat jahatpasti gagal dan janji mesti ditepati. Hikayat Dewa Asmara Jaya menceritakan niat jahat Raja Sochawindu. Dia marah apabila pinangannya ditolak lalu bertindakmenyerang Daha. Niat jahatnya tidak terlaksana kerana Raden Inu Kertapatimengalahkannya. Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma menceritakan balasan burukyang diterima oleh para ratu yang mungkir janji.

Page 10: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 10/23

10    TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Kita kembali semula kepada sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu.Selain Sastera Hikayat, Sastera Transisi, dan Sastera Panji, terdapat genre-genrelain di dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional yang berbentuk naratif. Genre-genre itu ialah Sastera Sejarah dan Sastera Epik. Kedua-duanya akan dihuraikandi dalam topik berikut. Begitu juga dengan perincian tentang Sastera Hikayat.Kesusasteraan Melayu Tradisional yang berbentuk prosa dan tergolong di dalamkategori bukan naratif terbahagi kepada empat genre, iaitu Sastera Kitab, SasteraUndang-Undang, Sastera Ketatanegaraan dan Sastera Sufi.

Sastera Kitab telah disentuh secara sepintas lalu sebelum ini. Hal-hal lain tentanggenre itu akan dibincangkan di dalam topik berikut. Begitu juga halnya dengantiga genre yang berikutinya. Harus diingat bahawa prosa naratif di dalamKesusasteraan Melayu Tradisional menjadi asas kepada genre novel dalamKesusasteraan Melayu Moden.

Takrif moden yang dipakai untuk modul ini ialah karya-karya yang tertulis pada tahun-tahun 1880-an dan sesudahnya. Tahap itu bermula dengan karya-karyahasilan Abdullah Munsyi. Pada tahun-tahun tersebut juga muncul bangsawanyang menjadi asas kepada drama moden di Malaysia. Bangsawan bermula diPulau Pinang, kemudian berkembang ke seluruh tanah air dan Indonesia.

Genre novel sebagai sastera bertulis yang bersifat kreatif di dalam KesusasteraanMelayu Moden muncul sejak tahun-tahun 1920-an apabila Syed Syeikh al-Hadimenghasilkan novel saduran Hikayat Faridah Hanum atau Hikayat Setia Asyik

kepada Masyuknya (1925-26). Ahmad Kotot menghasilkan Hikayat Percintaan KasihKemudaan atau Yazid Asyik dan Masyuk Akan Zamrud (1927). Ahmad Rasyid Talumenghasilkan Iakah Salmah? (1928).

Pada tahun-tahun tersebut juga muncul genre cerpen di dalam KesusasteraanMelayu Moden. Genre ini dimulakan oleh Nor bin Ibrahim (Madrasi). Beliaumenulis cerpen yang berjudul Kecelakaan Pemalas. Cerpen tersebut disiarkan didalam majalah Pengasuh keluaran 4 Februari 1920. Bermula daripada sini terbitpula cerpen-cerpen lain di dalam majalah-majalah Panduan Guru, Penyuluh dan

 Majalah Guru. Kedua-dua genre itu terus berkembang hingga kini.

Seperti karya prosa dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional, karya berbentukpuisi juga terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu puisi naratif dan puisi bukannaratif. Setiap kumpulan mempunyai genre dan subgenre masing-masing.

Puisi naratif di dalam bahasa Melayu ialah syair. Genre tersebut dikatakan jenis puisi daripada Arab yang pertama dijumpai di Alam Melayu. Puisi yangdimaksudkan itu telah ditemui dalam bentuk tulisan Arab tetapi tidak samadengan syair yang dikenali di dalam Kesusasteraan Melayu pada masa ini.

Page 11: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 11/23

TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU   11

Sehubungan itu, para sarjana berpendapat bahawa syair-syair yang dihasilkanoleh Hamzah Fansuri merupakan karangan yang tertua dan muncul selepaskedatangan Islam ke Alam Melayu. Bentuk yang diasaskan oleh Hamzah Fansuriitulah yang menjadi ikutan kepada penghasilan syair-syair terkemudian. Selainsyair, pantun berkait juga ada kalanya dihasilkan dalam bentuk naratif.

Puisi Melayu Tradisional yang lain lahir melalui tradisi lisan dan tulisan.Pengucapan bahasa itu diolah mengikut pengalaman, peraturan, pengaruh, danpersekitaran. Oleh sebab itu, kita menemui Puisi Melayu Tradisional yang asli,iaitu pantun, teromba, talibun, dan peribahasa berangkap. Yang mengandungipengaruh Hindu ialah gurindam, rejang, seloka, dan mantera manakala yangmengandungi pengaruh Arab-Parsi ialah dikir atau zikir, endoi, rubai, nazam,masnawi, ghazal, dan qit’ah.

Bentuk genre-genre juga berbeza-beza. Ada yang terikat dan ada yang bebas.Rajah 1.7 di bawah menyatakan beberapa bentuk genre-genre yang terikat.

Rajah 1.7: Genre-genre yang terikat

Page 12: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 12/23

12    TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Walaupun demikian, pengelasan tersebut tidak bersifat rigid kerana di dalamsejarah perkembangan genre-genre tersebut mungkin berlaku pertindihanpengaruh akibat daripada sifat asasnya yang terdedah kepada tokok tambah,pengubahsuaian, penghilangan dan seumpamanya.

Rajah 1.8: Genre-genre yang bebas

Manakala Rajah 1.8 di bawah menyatakan beberapa bentuk genre-genre yang bebas atau tidak terikat.

Sebahagian yang lain disebut puisi tumpangan kerana menumpang padagenre-genre yang sedia ada. Puisi tumpangan terbahagi kepada dua, iaitu puisitumpangan warisan Melayu dan puisi tumpangan warisan Islam.

AKTIVITI 1.5

Kini anda telah pun didedahkan dengan pelbagai genre ciri dan pengaruhdalam Kesusasteraan Melayu. Bincangkan dengan ringkas bagaimana asalnyagenre-genre tersebut. Cuba fkirkan beberapa kemungkinan dan bincangkan bersama rakan anda.

Page 13: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 13/23

TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU   13

Peredaran masa, peningkatan intelek dan perubahan situasi menjadi pendorongutama kepada pembaharuan dalam lapangan penulisan sastera. Sultan IdrisTraining College (SITC) telah ditubuhkan pada tahun 1922 di Tanjong Malim,Perak. Pelatih-pelatih di maktab ini terdedah kepada pelbagai jenis bahan bacaanyang mempengaruhi pemikiran mereka.

Akibatnya, guru-guru keluaran maktab ini banyak meminati bidang penulisan.Antaranya ialah Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Harun Aminurrashid, danPunggok. Punggok atau nama sebenarnya Muhammad Yassin bin Maamor telahmemperkenalkan sajak di dalam Kesusasteraan Melayu Moden pada tahun1933. Genre ini segera mendapat tempat di hati penggiat sastera tanah air. Sajakmenjadi perisian tetap akhbar mingguan dan majalah.

Dalam tahun-tahun 1960-an dan 70-an, dunia sastera Melayu dikejutkan oleh

kehadiran ‘sajak kabur’ yang dipelopori oleh Noor S.I., A.S. Amin, dan M.Ghazali. Istilah tersebut timbul kerana khalayak menghadapi kesukaran untukmemahami sajak-sajak yang disiarkan. Hal ini berlaku kerana penyair-penyairketika itu menggunakan imej dan lambang yang terlalu  personal sifatnya. Parapenyair menyalahkan khalayak yang tidak gemar berfikir dan tidak ada inisiatifuntuk memahami karya mereka. Isu ini berakhir apabila orang-orang sasterasendiri mengambil inisiatif untuk mengulas dan mendidik khalayak memahamipuisi yang didakwa merumitkan itu.

Kita telah membicarakan empat aspek penting dalam ciri Kesusasteraan Melayu,

iaitu lisan, tulisan, kreatif dan bukan kreatif. Turut disentuh ialah sejarahdan pengaruh yang melatari sesuatu genre. Aspek kelima ialah estetika ataukeindahan. Keindahan di dalam puisi atau prosa hanya ditemui melalui penilaiandan penghayatan. Peranan ini dimainkan oleh kritikan. Kritikan merupakan satudaripada karya-karya bukan kreatif. Fungsinya adalah untuk memperlihatkankejayaan atau kegagalan sesebuah karya. Namun demikian, kita harus ingat bahawa persoalan yang berkaitan dengan estetika itu amat subjektif.

Oleh itu, tiada jawapan yang benar-benar tepat bagi menangani persoalan ini.Namun nilai estetik dapat ditonjolkan melalui permainan rentak, rima, diksi, dan bahasa-bahasa puitis (simile, metafora, simbol, personifikasi, dan sebagainya).

Dengan mengambil puisi sebagai contoh, keindahannya tidak bergantung 100%kepada diksi yang bersandar kepada bunyi, malah memerlukan kesatuan dankeharmonian pelbagai unsur.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Nyatakan pengaruh-pengaruh yang terdapat di dalam karya yang berbahasa Melayu.

2. Senaraikan ciri-ciri Kesusasteraan Hindu-Islam.

Page 14: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 14/23

14    TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

1.4 PEMBAHAGIAN GENRE DI DALAMKESUSASTERAAN MELAYU

1.4.1 Kesusasteraan Melayu Tradisional

Rajah 1.9 menghuraikan bahagian-bahagian dalam Kesusasteraan MelayuTradisional dengan lebih jelas.

Rajah 1.9: Kesusasteraan Melayu Tradisional

Page 15: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 15/23

TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU   15

Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

(i) Prosa

(ii) Puisi

Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama, iaitu:

(i) Narati 

(ii) Bukan Narati 

Prosa tradisional berbentuk narati terbahagi pula kepada dua jenis, iaitu:

(i) Narati Lisan

(ii) Narati Tulisan

Narati Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre, iaitu:

(i) Mitos

(ii) Legenda

(iii) Cerita Rakyat

Cerita Rakyat terbahagi kepada tiga subgenre, iaitu:

(i) Cerita Jenaka

(ii) Cerita Binatang

(iii) Cerita Dongeng

Cerita Dongeng ialah:

(i) Lipur Lara

(ii) Cerita Teladan Ada dua pengaruh di dalam Narati Tulisan, iaitu:

(i) Pengaruh Hindu

(ii) Pengaruh Islam

Pengaruh Hindu terdapat di dalam genre:

(i) Sastera Panji

Pengaruh Hindu-Islam terdapat di dalam genre:

(i) Sastera Transisi

Page 16: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 16/23

16    TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Pengaruh Islam mempengaruhi genre-genre yang berikut:

(i) Sastera Hikayat

(ii) Sastera Sejarah dan

(iii) Sastera Epik.

Sastera Epik ada dua subgenre, iaitu:

(i) Epik Kebangsaan

(ii) Epik Melayu-Islam

Genre-genre yang tergolong di dalam kategori Prosa Tulisan Bukan Narati ialah:

(i) Sastera Kitab

(ii) Sastera Ketatanegaraan

(iii) Sastera Undang-Undang

(iv) Sastera Suf

Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

(i) Puisi Narati 

(ii) Puisi Bukan Narati 

Di samping itu, genre-genre Puisi Melayu Tradisional dapat pula dikategorikankepada tiga kumpulan yang berasingan jika dilihat dari sudut asal usulnya, iaitu:

(i) Puisi Tradisional Warisan Melayu

(ii) Puisi Tradisional Warisan Islam

(iii) Puisi Tumpangan

Puisi Tumpangan juga terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

(i) Puisi Tumpangan Warisan Melayu

(ii) Puisi Tumpangan Warisan Islam

Rajah 1.10 menyatakan dua kategori puisi tumpangan dan contoh-contohnya.

Page 17: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 17/23

TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU   17

Teka-teki dan rejang menumpang pada bentuk syair dan pantun. Endoi pulamenumpang pada bentuk syair, nazam dan pantun. Puisi Tumpangan WarisanIslam semuanya menumpang pada bentuk syair atau nazam yang biasanya berbahasa Arab.

Satu lagi genre puisi di dalam bahasa Melayu ialah puisi sufi. Puisi jenis inimemaparkan idea-idea tasauf. Salah seorang penulis puisi jenis ini yang palingterkenal ialah Hamzah Fansuri.

1.4.2 Kesusasteraan Melayu Moden

Kesusasteraan Melayu Moden memiliki pelbagai genre. Walau bagaimanapun,pada peringkat ini kita akan berbicara tentang novel, cerpen, drama, sajak, biografi dan esei atau kritikan sahaja.

Rajah 1.11 memperjelaskan lagi genre-genre di dalam kesusasteraan melayumoden.

Rajah 1.10: Puisi tumpangan

Rajah 1.11: Kesusasteraan Melayu moden

Page 18: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 18/23

18    TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian dalamkehidupan yang diwarnai oleh pelbagai kejadian. Sesuatu kejadian yangdigambarkan melalui cerpen dianggap sebagai pokok yang menentukansegalanya. Kemungkinan-kemungkinan lain ditinggalkan begitu sahaja. Olehsebab itu, pengisahan yang diutarakan menjadi relatif pendek.

Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu watak sahaja,terutama watak penting yang menghadapi permasalahan hidup. Persoalan yangditimbulkan itu benar-benar bermakna, penting, dan dapat mengubah sikap,pemikiran watak-watak yang difokuskan.

Hal itu dapat dilihat pada watak Wak Da di dalam cerpen Kelapa Nan Sebatangkarya Shahnon Ahmad. Wak Da hidup di dalam serba kesusahan. Sewaktu

menyeberangi sungai melalui titi batang kelapa, Wak Da berhasrat mengakhiriderita dan kekecewaannya dengan membunuh diri. Namun demikian, setelahmendapat semangat baru dan keyakinan diri, Wak Da berjaya menyeberangisungai itu.

Cerpen biasanya disiarkan di dalam akhbar mingguan dan majalah. Sungguhpun begitu, atas inisiatif pihak-pihak tertentu, cerpen-cerpen pilihan dikumpul dandibukukan. Contohnya, kumpulan-kumpulan cerpen  Janji Sutinah selenggaraanRosnah Baharuddin dan Kelapa Nan Sebatang selenggaraan Ramli Isin dan RazakMamat.

 Novel ditakrikan sebagai cereka yang berbentuk prosa. Cereka yangdisampaikan itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah cerita yangdisampaikan itu terdiri atas:

(i) Plot yang kompleks;

(ii) Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya;

(iii) Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersiat pelbagai; dan

(iv) Suasana serta latar ceritanya beraneka.

 Cerpen juga dipanggil cerita pendek. Oleh sebab itu, sudah tentu ceritanyatidak panjang. Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjangpendeknya tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihatlantaran siatnya yang relati.

Hal-hal itu menyebabkan sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih panjangdaripada cerpen. Istilah ‘novel’ diambil daripada bahasa Inggeris. Perkataan ituasalnya daripada bahasa Itali ‘novella’ yang bererti satu benda kecil yang baru.

Page 19: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 19/23

TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU   19

Ciri-ciri utama drama ialah:

(i) Aksi;

(ii) Konik; dan

(iii) Persembahannya sekali jalan sahaja.

 Jenis-jenisnya ialah:

(i) Tragedi;

(ii) Komedi;

(iii) Tragi-komedi;

(iv) Opera;

(v) Pantomin; dan(vi) Bangsawan.

Tragedi mengandungi kisah sedih yang menimpa watak utama. Sekalipun watakitu cuba mengubah nasib malang tersebut dengan baik, tetapi dia tetap gagal.Contohnya Keris Laksamana Bentan oleh Shaharom Hussain. Drama berbentukkomedi mengisahkan telatah lucu watak-watak di dalamnya. Tujuannya untukmenghibur di samping menyindir penonton-penonton secara halus. ContohnyaCam Ni Cam Tu oleh Hasham.

Ada pula drama yang menggabungkan unsur tragedi dengan komedi. Drama jenis ini dinamakan tragi-komedi. Contohnya Anak Kerbau Mati Emak karya BidinSubari. Opera mementaskan sebuah cereka dengan iringan muzik, nyanyiandan lakonan. Cerita-cerita yang biasanya dipersembahkan ialah cerita daripadaKesusasteraan Melayu Tradisional seperti Siti Zubaidah Perang China dan Jula JuliBintang Tujuh.

Sesebuah drama dapat juga dipersembahkan tanpa dialog. Pelakon-pelakonnyahanya mempamerkan gerak laku dan memek muka bagi menunjukkan aksidan perasaan yang maksudnya diahami penonton. Drama jenis ini dinamakanpantomin dan ia sering dipersembahkan dalam majlis-majlis sambutan yang

 besar-besar seperti Maal Hijrah dan Hari Kebangsaan.

 Jenis drama yang terakhir ialah bangsawan yang merupakan pementasan yang bercorak tradisional dalam masyarakat Melayu. Bangsawan amat popularpada era sebelum Perang Dunia Kedua hingga selepasnya. Cerita-cerita yangdipersembahkan oleh kumpulan-kumpulan bangsawan ini diambil daripadakisah-kisah tentang raja-raja seperti Hikayat Indera Bangsawan.

Antara pengarang yang terkenal dengan karya berbentuk drama dan contohdrama mereka ialah:

Page 20: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 20/23

20    TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

(i) Mustaa Kamal Yassin – Atap Genting Atap Rumbia

(ii) Usman Awang – Tamu di Bukit Kenny

(iii) Noordin Hassan – Sirih Bertepuk Pinang Menari

(iv) Abdul Rahman Napiah – Pengadilan

 Biograf  bermaksud catatan hidup. Kata ‘biograf’ ialah cantuman kata ‘bio’ yang bererti hidup dan ‘graf’ yang bermaksud catatan. Dengan kata lain, biograf ialahcabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang. Tokohdi dalam karya biograf biasanya terdiri daripada pemimpin yang berjasa kepadamasyarakat. Contohnya Riwayat Hidup Tun Datu Mustafa yang ditulis oleh AbdullahHussain. Lawan kepada biograf ialah autobiograf, iaitu karya yang mencatattentang diri sendiri. Contohnya  Hikayat Abdullah yang ditulis oleh

Abdullah Munsyi.

 Esei/kritikan merupakan tulisan yang berdasarkan kenyataan yang benar-benarwujud. Tulisan jenis ini tidak mengandungi unsur khayalan. Pengarangnya akanmembentangkan persoalan kemanusiaan atau kehidupan yang dihayatinya secaraobjekti mahupun subjekti berasaskan niatnya. Di dalam konteks kesusasteraan,esei sastera membicarakan segala hal yang bersangkutan dengan karya,tokoh, dan isu-isu semasa.

 

Sajak ialah puisi moden. Di Malaysia, pertumbuhan dan perkembangannyaterserlah selepas penyair terdedah dengan bacaan daripada luar samaada daripada Indonesia atau Barat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini,Punggok atau nama sebenarnya Muhammad Yassin Maamor menjadi peloporpuisi moden di Malaysia. Beliau dengan berani melemparkan sajaknya ketengah masyarakat. Sajaknya yang berjudul Di Tengah Segara termuat didalam Majalah Guru keluaran Disember 1933. Lihat petikannya:

Di dalam gelombang hambur-menghambur Kudengar seru sayup bahasaHatiku lebur bagaikan hancur 

Hendak kurenang beta tak bisa.

Kritikan bermaksud mempertimbangkan baik buruk sesebuah karya yang telahdisiarkan atau dibukukan. Mereka yang menceburi bidang ini dipanggil kritikus.Kritikus wajib mempunyai ilmu yang mapan untuk menangani sesebuah karya.Kedangkalan ilmu akan menyebabkan kritikan yang diutarakan itu tidak adildan saksama. Pada masa ini terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan olehpara pengkritik untuk menilai sesebuah karya sastera. Hal ini akan dibincangkankemudian.

Page 21: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 21/23

TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU   21

RUMUSAN

Kesusasteraan bermaksud semua hasil seni yang disampaikan melaluir

 bahasa dan berguna kepada khalayak.

Kesusasteraan memberi pengetahuan, menyemai nilai-nilai murni untukr

diteladani, memberi ketenangan dan merehatkan fkiran, dan memberikepuasan setelah menikmati keindahan karya seni.

Pengarang berkarya untuk mendapatkan keseronokan, menajamkanr

pemikirannya, berbakti kepada masyarakat, dan menyara kehidupannya.

Petikan di atas kelihatan seperti pantun kerana dapat dikesan rangkap danrima akhirnya. Sajak itu ditulis empat baris serangkap dan berima a-b-a-b.Kedua-duanya ialah ciri-ciri pantun. Walau bagaimanapun, puisi di atas telahmenyimpang daripada pantun dan syair kerana tidak ada pembayang, semuanyamaksud, dan rima akhirnya bukan a-a-a-a.

Dengan demikian, Punggok telah memperlihatkan kebebasan berkarya.Kebebasan itu bermaksud lari daripada puisi tradisional. Bertitik tolak darisinilah lahir sajak-sajak lain yang bebas daripada ikatan puisi tradisional danmenjadi satu genre Kesusasteraan Melayu Moden yang popular. Sajak telahdigunakan untuk:

(i) Menyampaikan pemikiran;

(ii) Meluahkan perasaan; dan

(iii) Menggambarkan sesuatu kejadian.

Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, sajak memenuhi ruang akhbardan majalah. Kesemuanya dihasilkan khusus untuk meluahkan perasaandan membangkitkan semangat juang menentang penjajahan. Selepas itu,sajak menjadi alat untuk mengisi kemerdekaan, membentuk pemikiran, ataumenggerakkan pembangunan. Antara penyair yang terkenal di tanah airsekarang ialah Usman Awang, Muhammad Haji Salleh, A. Ghaar Ibrahim, SitiZainon Ismail, A. Lati Mohidin, Kemala, dan T. Alias Taib.

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Apakah yang anda aham dengan genre berbentuk narati? Senaraikantiga contoh genre tersebut yang terdapat di dalam Kesusasteraan MelayuTradisional.

2. Huraikan secara ringkas, jenis-jenis drama di dalam Kesusasteraan MelayuModen.

Page 22: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 22/23

22    TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Lima aspek penting dalam ciri-ciri kesusasteraan ialah lisan, tulisan, kreati,r

 bukan kreati dan estetika.

Pengaruh-pengaruh yang melatari Kesusasteraan Melayu ialah animisme,r

Hindu, dan Islam.Genre-genre dalam Kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi dua, iaitur

prosa dan puisi.

Prosa Melayu tradisional ada yang narati dan bukan narati.r

Narati terbahagi dua, iaitu narati lisan dan narati tulisan.r

Tulisan Jawi digunakan untuk menulis karya sastera.r

Puisi Melayu tradisional terbahagi dua, iaitu puisi narati dan puisi bukanr

narati.

Puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua kategori, iaitu terikat danr

 bebas.

Syair ialah puisi narati.r

Pantun, gurindam, seloka, talibun, teromba dan peribahasa berangkap ialahr

puisi tradisional warisan Melayu.

Syair, nazam, rubai, masnawi, qit’ah, ghazal dan barzanji ialah puisir

tradisional warisan Islam.

Puisi Tumpangan Warisan Melayu ialah teka-teki, rejang dan endoi.r

Puisi Tumpangan Warisan Islam ialah zikir, selawat, hadrah dan dabus.r

Genre-genre prosa dalam Kesusasteraan Melayu Moden ialah novel, cerpen,r

drama, biograf, autobiograf, esei dan kritikan.

Genre puisi di dalam Kesusasteraan Melayu Moden ialah sajak.r

Bukan naratifEsei

EtimologiGenreInkarnasiKhalayakKomediKritikan

NaratifNovella

OperaPantomimSamadhiTragediTragi-komediTransisiTulisan Jawi

Page 23: 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

7/27/2019 28091049Topik1PengenalanKesusasteraanMelayu

http://slidepdf.com/reader/full/28091049topik1pengenalankesusasteraanmelayu 23/23

TOPIK 1 PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU   23

RUJUKAN

Harun Jaaar. (2002). Wacana kesusasteraan Melayu klasik . Tanjong Malim: PenerbitUniversiti Pendidikan Sultan Idris.

Hashim Awang. (1984). Teman pelajar kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Majlis Peperiksaan Malaysia. (1996). Warna sari sastera Melayu tradisional. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmah Bujang. (1994). Dari skrip ke pentas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.