document2

2
Dalam buku yang ditulis oleh Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad iaitu Buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu telah mendefinisikan pendekatan komunikatif sebagai pendekatan yang berlandaskan pemikiran bahawa kemampuan penggunaan bahasa dalam komunikasi merupakan tujuan yang harus dicapai untuk pembelajaran bahasa. Pendekatan komunikatif menerapkan konsep kompetensi yang membezakan komponen bahasa menjadi dua bahagian, iaitu kompetensi dan performansi atau tunjuk kerja. Selain itu, dalam buku tersebut juga telah disenaraikan ciri-ciri bagi pendekatan komunikatif. Brumfit dan Finocchiaro (1997) membicarakan 22 ciri pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa. Antaranya ialah makna merupakan aspek terpenting, percakapan harus berpusat di sekitar fungsi komunikatif dan tidak dihafal secara normal. Kontekstualisasi merupakan aspek penerokaan utama dalam mencerap ilmu, belajar bahasa membawa maksud berkomunikasi, komunikasi efektif dianjurkan, latih tubi dibolehkan tetapi tidak boleh membebankan, ucapan yang dapat difahami dijadikan keutamaan, setiap alat bantu pengajaran diaplikasikan dengan mantap, keupayaan untuk berkomunikasi boleh didorong sejak awal, penggunaan bahasa yang berkesan akan diberikan penekanan, terjemahan digunakan dalam pengajaran jika perlu, membaca dan menulis dimulakan lebih awal, sistem bahasa dipelajari melalui aktiviti berkomunikasi, komunikasi komunikatif merupakan tujuan asas, variasi linguistik merupakan konsep utama dalam

Upload: aisyah-nazifah

Post on 01-Sep-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

part 2

TRANSCRIPT

Dalam buku yang ditulis oleh Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad iaitu Buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu telah mendefinisikan pendekatan komunikatif sebagai pendekatan yang berlandaskan pemikiran bahawa kemampuan penggunaan bahasa dalam komunikasi merupakan tujuan yang harus dicapai untuk pembelajaran bahasa. Pendekatan komunikatif menerapkan konsep kompetensi yang membezakan komponen bahasa menjadi dua bahagian, iaitu kompetensi dan performansi atau tunjuk kerja.Selain itu, dalam buku tersebut juga telah disenaraikan ciri-ciri bagi pendekatan komunikatif. Brumfit dan Finocchiaro (1997) membicarakan 22 ciri pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa. Antaranya ialah makna merupakan aspek terpenting, percakapan harus berpusat di sekitar fungsi komunikatif dan tidak dihafal secara normal. Kontekstualisasi merupakan aspek penerokaan utama dalam mencerap ilmu, belajar bahasa membawa maksud berkomunikasi, komunikasi efektif dianjurkan, latih tubi dibolehkan tetapi tidak boleh membebankan, ucapan yang dapat difahami dijadikan keutamaan, setiap alat bantu pengajaran diaplikasikan dengan mantap, keupayaan untuk berkomunikasi boleh didorong sejak awal, penggunaan bahasa yang berkesan akan diberikan penekanan, terjemahan digunakan dalam pengajaran jika perlu, membaca dan menulis dimulakan lebih awal, sistem bahasa dipelajari melalui aktiviti berkomunikasi, komunikasi komunikatif merupakan tujuan asas, variasi linguistik merupakan konsep utama dalam pengajaran, urutan pengajaran ditentukan berdasarkan pertimbangan isi, fungsi atau makna untuk meneguhkan minat murid, guru mendorong murid supaya bersama-sama dengannya untuk menggunakan bahasa, bahasa dicipta oleh murid melalui cuba jaya, kefasihan bahasa merupakan fokus utama selain ketepatan yang dinilai dalam konteks bukan abstrak, murid digalakkan berinteraksi dengan orang lain melalui kelompok atau pasangan, sama ada secara lisan atau penulisan, guru tidak boleh meramalkan apakah bahasa yang akan digunakan oleh murid dan motivasi instrinsik murid akan timbul melalui minatnya terhadap hal-hal yang dikomunikasikan.Dalam proses pengajaran komunikatif pula, guru bahasa memainkan peranan penting ke arah pelaksanaan pelbagai aktiviti untuk membentuk murid dalam kumpulan komunikasi yang aktif dan responsif. Hal ini demikian kerana kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat