248 graduan diraikan dalam konvokesyen akademi percukaian ... · pdf filepercukaian malaysia...

3
Muka surat 1 daripada 3 Kenyataan Media LHDNM, 24 Mei 2016 248 GRADUAN DIRAIKAN DALAM KONVOKESYEN AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA Bangi, 24 Mei 2016 Majlis Konvokesyen Ke-empat Akademi Percukaian Malaysia (APM) pada hari ini telah meraikan kejayaan 248 graduan menamatkan pengajian dalam bidang percukaian mereka. Seramai 224 graduan Diploma Lanjutan Percukaian Profesional dan 24 graduan Penyiasat Percukaian Bertauliah (Certified Tax Investigator) telah menerima Diploma dan Sijil masing-masing daripada YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM. Menurut Tan Sri Datuk Wira Dr. Mohd Shukor, kejayaan para graduan ini merupakan bukti pembudayaan belajar sepanjang hayat yang disemaikan di LHDNM terus subur dalam kalangan pegawainya. Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, setiap pelaksana polisi kerajaan hendaklah mampu menjadi pakar rujuk kepada rakyat yang memerlukan rujukan dan LHDNM tidak terkecuali bertanggungjawab menyediakan para pegawai yang benar-benar kompeten dalam usaha memenuhi tuntutan tersebut. Komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh Akademi Percukaian Malaysia dalam melahirkan modal insan kompeten, berintegriti dan profesional di LHDNM telah menyumbang kepada pemilihan LHDNM sebagai salah satu majikan terpilih di Malaysia dan sebagai penerima Anugerah HR Asia Best Companies To Work For in Asia 2015 pada 13 November 2015. Untuk siaran segera

Upload: dodiep

Post on 06-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 248 GRADUAN DIRAIKAN DALAM KONVOKESYEN AKADEMI PERCUKAIAN ... · PDF filePERCUKAIAN MALAYSIA Bangi, 24 Mei 2016 ... bukti pembudayaan belajar sepanjang hayat yang disemaikan di LHDNM

Muka surat 1 daripada 3

Kenyataan Media LHDNM, 24 Mei 2016

248 GRADUAN DIRAIKAN DALAM KONVOKESYEN AKADEMI

PERCUKAIAN MALAYSIA

Bangi, 24 Mei 2016 – Majlis Konvokesyen Ke-empat Akademi Percukaian Malaysia

(APM) pada hari ini telah meraikan kejayaan 248 graduan menamatkan pengajian

dalam bidang percukaian mereka. Seramai 224 graduan Diploma Lanjutan Percukaian

Profesional dan 24 graduan Penyiasat Percukaian Bertauliah (Certified Tax

Investigator) telah menerima Diploma dan Sijil masing-masing daripada YBhg. Tan Sri

Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM.

Menurut Tan Sri Datuk Wira Dr. Mohd Shukor, kejayaan para graduan ini merupakan

bukti pembudayaan belajar sepanjang hayat yang disemaikan di LHDNM terus subur

dalam kalangan pegawainya. Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik

kepada rakyat, setiap pelaksana polisi kerajaan hendaklah mampu menjadi pakar rujuk

kepada rakyat yang memerlukan rujukan dan LHDNM tidak terkecuali

bertanggungjawab menyediakan para pegawai yang benar-benar kompeten dalam

usaha memenuhi tuntutan tersebut.

Komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh Akademi Percukaian Malaysia dalam

melahirkan modal insan kompeten, berintegriti dan profesional di LHDNM telah

menyumbang kepada pemilihan LHDNM sebagai salah satu majikan terpilih di Malaysia

dan sebagai penerima Anugerah HR Asia Best Companies To Work For in Asia 2015

pada 13 November 2015.

Untuk siaran segera

Page 2: 248 GRADUAN DIRAIKAN DALAM KONVOKESYEN AKADEMI PERCUKAIAN ... · PDF filePERCUKAIAN MALAYSIA Bangi, 24 Mei 2016 ... bukti pembudayaan belajar sepanjang hayat yang disemaikan di LHDNM

Muka surat 2 daripada 3

Kenyataan Media LHDNM, 24 Mei 2016

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang terlibat secara langsung dalam ilmu

percukaian, Akademi Percukaian Malaysia telah menjalinkan banyak kerjasama dengan

institusi pendidikan dalam negara dan luar negara bagi melatih para pegawai LHDNM.

Antara kerjasama tersebut adalah Program Ijazah Sarjana Sains (Perakaunan

Antarabangsa) dengan Universiti Utara Malaysia dan Leiden Malaysia Executive

Program in International Tax Law dengan International Tax Centre, Leiden University,

Belanda.

Dalam majlis tersebut seramai 34 graduan menerima Anugerah Kecemerlangan

Akademik manakala, Pn. Norsiah Binti Taha daripada LHDNM Cawangan Kuching pula

telah menerima Anugerah CEO dan menerima ganjaran sebanyak RM 3,000 kerana

pencapaian cemerlang beliau.

Turut hadir menyempurnakan majlis ialah Puan Asriah Shaari, Pengarah Akademi

Percukaian Malaysia, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Pengarah-Pengarah

Jabatan / Negeri, Pengarah-Pengarah Pusat Latihan APM, Para Pensyarah APM dan

pegawai-pegawai kanan LHDNM.

Page 3: 248 GRADUAN DIRAIKAN DALAM KONVOKESYEN AKADEMI PERCUKAIAN ... · PDF filePERCUKAIAN MALAYSIA Bangi, 24 Mei 2016 ... bukti pembudayaan belajar sepanjang hayat yang disemaikan di LHDNM

Muka surat 3 daripada 3

Kenyataan Media LHDNM, 24 Mei 2016

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh: Masrun Bin Maslim |Customer Care Officer (Media) Bahagian Komunikasi Korporat & Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 03-8313 8888 samb. 21326 / 21371 | : 03-8313 7836 Pusat Panggilan : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

Tarikh : 24 Mei 2016