23124612topik9apresiasimuzik

15
PENGENALAN Tahukah anda, kedudukan Malaysia yang strategik antara penyebab Malaysia kaya dengan sumber-sumber kesenian? Boleh dikatakan setiap negeri di Malaysia mempunyai genre muzik yang tersendiri dan unik. Walaupun mempunyai pengaruh dari luar seperti Barat, Timur Tengah dan Timur, ianya telah diasimilasi dengan budaya setempat dan mempunyai karektor yang tersendiri. Topik ini akan memberi tumpuan kepada muzik persembahan dondang sayang, dikir barat dan kuda kepang. DONDANG SAYANG Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dondang sayang? Dondang sayang memberi maksud Ânyanyian kasihÊ. Dondang adalah berasal daripada perkataan ÂdendangÊ iaitu nyanyian dan ÊsayangÊ memberi maksud ÂkasihÊ. Ada juga memberikan maksud Âlagu kasihÊ. Dondang sayang sangat popular di negeri Melaka. 9.1 Apresiasi Muzik Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan latar belakang dan ciri-ciri muzik dondang sayang, dikir barat dan kuda kepang; 2. Mengenal pasti klasifikasi alat-alat muzik dalam persembahan dondang sayang, dikir barat dan kuda kepang; dan 3. Membuat ciptaan bagi pergerakan/tarian kuda kepang, mencipta lirik bagi persembahan dikir barat dan dondang sayang. T T o o p p i i k k 9 9 HASIL PEMBELAJARAN

Upload: adamsukri

Post on 20-Oct-2015

75 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Tahukah anda, kedudukan Malaysia yang strategik antara penyebab Malaysia kaya dengan sumber-sumber kesenian? Boleh dikatakan setiap negeri di Malaysia mempunyai genre muzik yang tersendiri dan unik. Walaupun mempunyai pengaruh dari luar seperti Barat, Timur Tengah dan Timur, ianya telah diasimilasi dengan budaya setempat dan mempunyai karektor yang tersendiri. Topik ini akan memberi tumpuan kepada muzik persembahan dondang sayang, dikir barat dan kuda kepang.

    DONDANG SAYANG

    Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dondang sayang? Dondang sayang memberi maksud nyanyian kasih. Dondang adalah berasal daripada perkataan dendang iaitu nyanyian dan sayang memberi maksud kasih. Ada juga memberikan maksud lagu kasih. Dondang sayang sangat popular di negeri Melaka.

    9.1

    Apresiasi Muzik

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan latar belakang dan ciri-ciri muzik dondang sayang, dikir barat dan kuda kepang;

    2. Mengenal pasti klasifikasi alat-alat muzik dalam persembahan dondang sayang, dikir barat dan kuda kepang; dan

    3. Membuat ciptaan bagi pergerakan/tarian kuda kepang, mencipta lirik bagi persembahan dikir barat dan dondang sayang.

    TTooppiikk

    99 HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK ! 139

    Madulara (1984) memberi definisi dondang sayang sebagai nyanyian kasih yang amat berseni dan lembut. Ianya sesuatu yang mengasyikkan yang lahir dari lubuk hati dan perasaan mampu memberi kesan yang mendalam. Ia juga mempunyai keindahan yang mendalam. Kesepaduan antara muzik iringan, melodi, pantun dan suara tidak boleh dipisah-pisahkan. Andainya salah satu hilang, maka timbullah sesuatu yang hambar. Menurut Tan Sooi Beng (1997), ada dua teori sejarah asal usul dondang sayang. Pertama dondang sayang dipercayai berasal dari Penyengat, Riau, Indonesia dan kedua berasal dari Melaka iaitu zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka pada abad kelima belas. Dondang sayang diminati oleh kesemua masyarakat yang ada di negeri Melaka ketika itu termasuklah Melayu, Baba Nyonya, komuniti India dan Portugis. Pada zaman dahulu telah ada beberapa kumpulan masyarakat yang membentuk kumpulan dondang sayang seperti dondang sayang Melaka, dondang sayang Tanjung Surat, dondang sayang Temasik dan dondang sayang Baba dan Nyonya. Dondang sayang telah berkembang ke Pulau Pinang. Perkembangan ini telah menampakkan perbezaan dari segi persembahkan nyanyian dan gaya lenggok penyampaian melodinya walaupun menggunakan pantun yang sama. Nyanyian dondang sayang Tanjung Surat dan Temasik mempunyai perbezaan dengan dodang sayang Melaka dari segi lenggok melodinya. Dondang sayang Melaka menggunakan sebutan rendah dan berakhir dengan kelembutan suara yang lunak dan beralun jika dibandingkan dengan dondang sayang Temasik dan Tanjung Surat yang menggunakan suara pertengahan dan kadang-kadang tinggi diikuti oleh nyanyian dan pantun. Secara umumnya, persembahan dondang sayang, dianggotai oleh dua penyanyi iaitu seorang yang mendendangkan pantun empat kerat dan seorang lagi menjawab. Nyanyian lagu dondang sayang diiringi seorang penggesek biola, dua pemuzik bermain rebana dan seorang lagi bermain gong. Jika diteliti, ensembel ini menyerupai ensembel ronggeng atau tari menari, maka lagu-lagu asli, inang dan joget dimainkan pada waktu selingan.

    9.1.1 Ciri-ciri Muzik Dondang Sayang

    Keunikan lagu dondang sayang adalah terletak kepada bentuk melodinya. Kesemua lagu dondang sayang berasaskan satu melodi sahaja. Ia mempunyai bentuk atau form stropik di mana setiap stanza mempunyai tujuh baris vokal. Bentuk muzik adalah berasaskan struktur pantun empat kerat dengan ulangan beberapa baris pantun seperti berikut:

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK

    140

    Soal: Burung putih burung dara, Bersama dengan urung kedidi; Dari mana datang asmara, Menjadi idaman pemuda pemudi? Jawab: Pancing ikan pakai perahu, Bawa sebilah pisau belati; Kalau tuan hendak tahu, Dari mata turun ke hati. Soal: Banyak bunga tepi istana, Bunga melor bertandan-tandan; Cinta asmara kalau terkena, Apa jadi nasib badan? Jawab: Melaka tuan berpagar kota, Hujungnya sampai ke tepi laut; Kalau terkena asmara cinta, Akhirnya boleh membawa maut. Petikan dari Pantun Asmara karya Gustam Nagara 1954 Sumber: Mastuky, P., &Tan Sooi Beng. (1997). Jika anda perhatikan di atas, lagu dondang sayang dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian A yang dikaitkan dengan pembayang pantun dan bahagian B pula maksud pantun. Nyanyian dondang tetap tinggi mutunya melalui nyanyian dan pantunnya. Kecekapan pemantun/penyanyi memainkan perkataan bagi melahiran maksud yang baik dan bernas memberikan satu kepuasan menikmatinya. Mempunyai tema teks kasih sayang, budi, nasihat, jenaka dan sebagainya. Penggunaan kata-kata menarik seperti Ala Sayang, Ala Dendang, Ala Kawan, Cik Adik sering diguna pakai. Dalam sistem tonal, skala D major merupakan skala yang biasa digunakan. Walau bagaimanapun skala C major juga diguna pakai.

    DIKIR BARAT

    Sejak dari dulu hingga ke hari ini, dikir barat merupakan satu ensembel muzik yang sangat popular di negeri Kelantan. Dikir barat berkembang dari kampung-kampung Melayu di selatan Thai. Barat diambil daripada panggilan untuk negeri Siam atau selatan Thai oleh orang Kelantan manakala dikir pula adalah

    9.2

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK ! 141

    daripada perkataan zikir. Di selatan Thai, dikir barat dikenali sebagai dikir karut. Dikir karut ini merujuk kepada penyanyi utama dalam ensembel dikir barat yang dikenali sebagai tukang karut. Tukang karut mempunyai peranan yang penting dalam sesebuah kumpulan dikir barat. Seseorang tukang karut mempunyai kebolehan dan kecekapan dalam menyusun kata-kata sambil menyanyi. Dalam kumpulan dikir barat selain daripada tukang karut juga mempunyai seorang penyanyi utama yang dipanggil Juara atau lebih dikenali dengan Tok Joro (Tok Juara). Tok Juara berperanan sebagai pemimpin untuk mengendalikan kumpulan dikir barat. Tok Juara akan memimpin ahli-ahlinya yang dikenali sebagai Awak-Awak untuk mendendangkan lagu-lagu tertentu.

    9.2.1 Ciri-ciri Muzik Dikir Barat

    Tekstur muzik dikir barat adalah polifoni. Polifoni merujuk kepada satu atau lebih daripada bahagian suara atau vokal dan alat-alat perkusi yang digunakan mengiringi nyanyian lagu-lagu yang dipersembahkan. Alat-alat perkusi atau gendangan seperti rebana, canang, tetawak dan marakas dimainkan untuk menghasilkan beberapa rentak tertentu manakala nyanyian terdiri daripada satu baris melodi yang dinyanyikan oleh tukang karut dan korus. Ada masa lapisan suara berlapis-lapis antara suara tukang karut dan penyanyi korus yang menghasilkan satu karektor yang menarik. Tema yang digunakan dalam lagu dikir barat berubah mengikut peredaran masa. Pada waktu dulu, persembahan dikir barat bertemakan kehidupan seharian penduduk tempatan. Ia diselang-seli dengan unsur-unsur jenaka dan kritikan sosial sesuai dengan fungsinya sebagai hiburan. Pada masa sekarang, tema-tema yang digunakan mengikut isu-isu terkini seperti dasar ekonomi, mesej politik, pendidikan, kritikan sosial dan sebagainya. Persembahan dikir barat dinyanyikan dalam dialek atau loghat Kelantan. Setiap kumpulan mempunyai ahli lebih kurang 30 orang yang terdiri pemain alat muzik, Tok Juara, Tukang Karut dan Awak-Awak.

    KUDA KEPANG

    Persembahan kuda kepang terkenal di Johor. Ia merupakan salah satu gabungan tarian dan muzik yang cenderung kepada bentuk ritual. Persembahan kuda kepang banyak menerima pengaruh dari Jawa. Pada asalnya, kuda kepang dikatakan sebuah persembahan tarian yang diiringi dengan muzik berbentuk

    9.3

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK

    142

    pemujaan. Setelah perkembangan agama Islam, persembahan kuda kepang berubah kepada hikayat sembilan pemuda Jawa yang menyebarkan syiar Islam di serata nusantara.

    Tarian kuda kepang dianggotai oleh sembilan penari yang menari sambil menunggang kuda yang diperbuat daripada bilahan dan sulaman buluh atau rotan dua dimensi (Rajah 9.1). Aksi setiap penari akan menonjolkan semula bagaimana kisah kebangkitan serta perjuangan awal yang terpaksa dihadapi oleh pejuang Islam dalam peringkat awal sehinggalah mereka berjaya dalam menyebarkan syiar Islam ini.

    Rajah 9.1: Persembahan Kuda Kepang

    9.3.1 Ciri-ciri Muzik Kuda Kepang

    Dalam persembahan kuda kepang, unsur tarian ritual dengan pergerakan penari yang di luar pergerakan manusia biasa adalah satu tarikan yang ditunggu-tunggu oleh penonton. Kuda kepang atau kuda-kuda yang diperbuat daripada buluh yang dianyam menjadikan alat yang sangat dominan dengan permainan kuda kepang. Ada sesetengah kuda-kuda ini diperbuat daripada kulit lembu yang diletak bingkai rotan atau buluh dan diwarnakan dengan warna merah, putih dan kelabu. Selain itu, kuda-kuda tersebut mempunyai tali pecut atau cemeti yang diikat pada buluh bagi tujuan arahan kepada penari-penari untuk bergerak. Tarian yang digunakan dikenali dengan nama Lenggang Kiprah. Selain daripada itu, tarian kuda kepang yang kerap dipersembahkan dalam persembahan kuda kepang ialah Tarian Solo, Tarian Selendang dan Tarian Pucuk Rebung.

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK ! 143

    MENDENGAR MUZIK

    (a) Mengenal pasti unsur muzik yang terdapat dalam karya muzik yang terdapat dalam muzik dikir barat Dalam muzik dikir barat anda boleh mengenal pasti alat-alat muzik perkusi sama ada rebana, tetawak atau gong, maracas dan canang. Rebana memainkan pola irama yang berulang-ulang, kadangkala memainkan variasi bagi setiap pertukaran frasa lagu. Canang dan maracas memainkan detik lagu, manakala gong atau tetawak memainkan setiap detik pertama. Dari sudut vokal, ada tiga tunggak utama yang anda boleh kenal pasti dalam persembahan dikir barat: tukang karut, juara dan awak-awak. Tukang karut dan juara merupakan penyanyi utama, manakala awak-awak merupakan penyanyi bahagian korus.

    (b) Mengenal pasti unsur muzik yang terdapat dalam karya muzik yang terdapat dalam muzik dondang sayang Biola merupakan alat yang sangat sinonim dengan persembahan dondang sayang. Persembahan dondang sayang akan dimulai dengan gesekan biola kemudian diikuti dengan pukulan rebana dan gong. Sesebuah kumpulan muzik dondang mempunyai lagu pengenalan yang dimainkan secara instrumental. Biola akan memainkan bahagian melodi. Setelah muzik pengenalan Dondang Sayang dimainkan, barulah penyanyi menyanyikannya mengikut tempo yang telah ditetapkan.

    (c) Mengenal pasti unsur muzik yang terdapat dalam karya muzik yang terdapat dalam muzik kuda kepang Angklung dimainkan dengan cara menggoyang dan menggoncang buluh dengan menggunakan tangan. Pelbagai saiz angklung digunakan dalam persembahan muzik kuda kepang. Saiz yang pelbagai ini akan menghasilkan warna ton yang menarik. Bagi buluh yang kecil, apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi nyaring, manakala buluh yang besar akan mengeluarkan bunyi bergema dan daripada kombinasi kedua-dua bunyi ini akan menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.

    9.4

    Jelaskan ciri-ciri muzik dalam persembahan dondang sayang.

    SEMAK KENDIRI 9.1

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK

    144

    Gong pula memberi penanda tempo, manakala gendang memainkan pola irama yang berulang-ulang bagi tujuan iringan untuk pergerakan penari. Paluan gendang juga berfungsi sebagai panduan bagi setiap frasa untuk ketua kumpulan yang memegang tali cemeti untuk paluan ke tanah.

    9.4.1 Klasifikasi Alat-alat Muzik Dikir Barat

    Alat-alat muzik yang digunakan dalam persembahan dikir barat paling minimanya menggunakan dua buah rebana dan tetawak sahaja. Peredaran zaman menyebabkan dikir barat mengalami perubahan dalam penggunaan alat-alat muzik yang mengiringi persembahan nyanyian. Alat muzik yang digunakan dalam dikir barat adalah seperti berikut (Rajah 9.2):

    (i) Sebuah Gong atau Tetawak Tetawak dibuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal,

    berbusut di tengah-tengah permukaannya. Picnya lebih tinggi daripada gong agung. Biasanya tetawak ini digantung dan dipalu busutnya.

    (ii) Dua Buah Rebana Rebana ini mempunyai satu muka berbentuk bulat dengan menggunakan

    belulang kambing dipasang pada badan dengan siratan tali rotan kepada cincin rotan di bawah rebana itu. Badan dibuat daripada kayu yang tidak dalam (5 inci ke 6 inci dalam). Belulang dikemaskan dengan menggunakan pancang kayu di antara cincin dan bahagian bawah badannya. Rebana Anak lebih kecil saiznya daripada Rebana Ibu.

    (iii) Sepasang Marakas Sepasang marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia biasanya dibuat daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemain memainkannya.

    (iv) Sepasang Canang Canang selalunya dimainkan oleh tok juara atau tukang karut ketika salah seorang daripada mereka sedang menyanyikan lagu terbabit. Sesetengah kumpulan dikir menggunakan 1 hingga 2 canang agar mendapatkan bunyi yang lebih harmoni.

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK ! 145

    Rajah 9.2: Alat muzik dikir barat

    9.4.2 Klasifikasi Alat-alat Muzik Dondang Sayang

    Pada masa kegemilangan Melaka, alat-alat muzik yang digunakan dalam mengiringi nyanyian adalah seperti berikut:

    (i) Sebuah biola;

    (ii) Dua buah rebana; dan

    (iii) Sebuah gong. Setelah pengaruh muzik Barat dan Timur, maka ensembel dondang sayang menggunakan alat-alat muzik tambahan seperti gitar, tamborin dan harmonium atau akordian (Rajah 9.3).

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK

    146

    Rajah 9.3: Alat muzik dondang sayang

    9.4.3 Klasifikasi Alat-alat Muzik Kuda Kepang

    Ensembel kuda kepang dianggotai oleh tujuh pemuzik. Alatan muzik yang dimainkan adalah seperti berikut (Rajah 9.4):

    (i) Seorang pemain gendang/rebana;

    (ii) Seorang memalu gong;

    (iii) Seorang memainkan jidur;

    (iv) Seorang memainkan kenong; dan

    (v) Empat orang memainkan angklung. Kebiasaannya hanya gendang, kenong, gong dan jidur digunakan sepanjang persembahan. Angklung dimainkan pada lagu-lagu tertentu sahaja. Peralatan yang diperlukan untuk permainan kuda kepang ialah alat muzik yang terdiri daripada lima buah angklung.

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK ! 147

    Rajah 9.4: Alat muzik kuda kepang

    AKTIVITI MENCIPTA

    9.5.1 Mencipta Pergerakan untuk Mengiringi Muzik Kuda Kepang

    Muzik dimainkan untuk mengiringi pergerakan penari dalam persembahan kuda kepang. Pergerakan dalam persembahan kuda kepang dipanggil tarian. Penari akan menari dengan menunggang kuda dua dimensi dengan asas gerak kuda dengan iringan muzik. Seorang juru pandu atau ketua bahagian pergerakan/tarian akan memegang tali cemeti atau tali pemecut bagi tujuan

    9.5

    Pilih sebuah lagu yang popular. Anda dikehendaki membentuk sebuahkumpulan dikir barat antara 15 hingga 20 orang dan pemuzik lima orang.Lagu yang anda pilih ini hendaklah disampaikan dalam genre muzikdikir barat.

    AKTIVITI 9.1

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK

    148

    panduan pergerakan penari. Tali cemeti ini dipukul ke tanah pada setiap frasa muzik mengikut pola gendang. Pola gendang di hujung setiap frasa dipanggil keting. Ada sesetengah pendapat menyatakan bunyi tali cemeti yang dipukul pada tanah akan menghasilkan bunyi letupan serentak dengan paluan gendang akan menghasilkan satu kuasa magis yang mampu memberi kekuatan kepada penari kuda kepang untuk melakukan pergerakan yang luar biasa. Dia seakan dirasuk oleh kuasa. Bagi masyarakat Jawa, kerasukan ini dikenali sebagai naik isim. Antara perkara-perkara yang dianggap luar daripada kekuatan manusia biasa yang sering dilakukan oleh penari kuda kepang adalah mengupas kelapa dengan mulut, memamah kaca, memakan bunga dan melakukan aksi lompatan. Segala pergerakan yang bersifat magis ini akan dipulihkan dalam keadaan normal oleh ketua kumpulan mereka atau bomoh pemulih. Ada sesetengah kumpulan kuda kepang memanggil ketua kumpulan sebagai danyang.

    9.5.2 Mencipta Lirik dan Pergerakan untuk Mengiringi Muzik Dikir Barat

    Sebelum anda mencipta lirik untuk lagu dikir barat, anda perlu tahu tema yang akan digunakan dalam penulisan lirik. Keduanya, anda perlu mengambil kira jenis irama dikir yang anda akan nyanyikan. Ada tiga jenis irama dikir barat iaitu: (a) irama Asli;

    (b) irama Padang Pasir; dan

    (c) irama Hindustan.

    Cuba anda kaji lirik lagu di bawah ini.

    Eee wa ee wa bulan, Wau bulan teraju tiga. Minta maaf adik kakok sekalian, Kalau ada silap jangan simpan dalam dado. Tinggal kasih menolak sayang, Kalau panjang umur semula pula kita jumpo Ohhhh sama-sama paling belake Selamat tingga nok baliklah ambo.

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK ! 149

    Lirik ini menggunakan format yang bebas. Ada sesetengah lirik dicipta menggunakan gaya pantun empat kerat. Dua baris untuk pembayang maksud dan dua baris lagi untuk maksud pantun. Ia menggunakan rima akhir pada setiap frasa yang berulang. Bentuk pantun banyak digunakan oleh Tukang Karut yang berlawanan antara dua kumpulan berbeza. (Sila kaji lirik di bawah ini). Tukang Karut Kumpulan A:

    Assalam mualaikum, Selamat male adik kakak; Kirim salam ke orang kampong, Boleh kita berjumpa pulak. Tukang Karut Kumpulan B:

    Sampai pula giliran hamba, Molek sungguh demo dikir; Betul juga apa yang dia kata, Sama-sama pakat pikir.

    9.5.3 Mencipta Lirik atau Pantun Empat Kerat untuk Nyanyian Dondang Sayang

    Tahukah anda, pantun begitu sinonim dengan dondang sayang. Bagi nyanyian dondang sayang, seseorang penyanyi walaupun tidak arif tentang pantun tetapi mestilah tahu apa yang dikatakan pantun. Dalam menghasilkan pantun empat kerat, seseorang perlu memahami sifat pantun. Ia mengandungi dua bahagian iaitu pembayang maksud dan maksud pantun. Dua baris bahagian atas adalah pembayang pantun dan dua baris di bawah adalah maksud pantun. Sebagai contoh: Orang mengail di Kuala Daik, Dapat seekor ikan yu; Untung saya masakan baik, Laksana dendang dipuput bayu. Setiap baris pantun mempunyai empat perkataan. Di akhir setiap baris mempunyai rima yang mudah disebut dan didengar. Jika kita lihat contoh pantun di atas, rima akhir pada baris pertama dan baris ketiga mempunyai bunyi yang sama iaitu Daik dan baik. Begitu juga baris kedua dan keempat mempunyai rima vokal u yang sama. Cuba perhatikan perkataan yu dan bayu.

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK

    150

    Ada juga terdapat pantun yang menggunakan rima akhir yang sama bunyinya, sama ada vokal atau konsonan seperti contoh di bawah ini. Sudah rapuh dahan keranji, Turun ke paya ambil meranti; Kalau sungguh kata dan janji, Tidaklah saya mencari ganti.

    Di Melaka terdapat bermacam-macam gaya nyanyian dondang sayang. Gaya-gaya itu adalah:

    (i) Mengikut terus kehendak lagunya seperti alunan melodi;

    (ii) Menggantungkan lagunya dengan menyingkatkan sebutan perkataan dalam pantun;

    (iii) Perkataan ketiga baris pertama pantun dipanjangkan sebutannya;

    (iv) Perkataan keempat baris pertama dipanjangkan sebutannya; dan

    (v) Meleret-leretkan nyanyian maksud pantun.

    AKTIVITI 9.2

    1. Cuba anda lengkapkan maksud pantun ini.

    Lama sudah tidak ke ladang, Padi sudah dililit kangkung; _____________________________, _____________________________.

    2. Berpandukan pantun empat kerat di bawah ini, nyanyikan

    mengikut melodi gaya dondang sayang. (a) Penyanyi 1 Pertanyaan

    Dari Bentan ke Tanjung Jati, Muatan rengas si Lancang Kuning; Puas bulan mengejar matahari, Ombak berhempas laut tak kering.

    (b) Penyanyi 2 Jawapan

    Sampan kelana tiang sebatang, Dipukul rebut berkajang daun; Apa guna dipagar bintang, Tawarkan laut hujan setahun.

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK ! 151

    Gaya dan bentuk nyanyian dalam dondang sayang mempunyai perbezaan antara nyanyian Baba dan Nyonya dengan orang-orang Melayu.

    Alat muzik yang digunakan dalam persembahan dondang sayang adalah biola, harmonium, gong, rebana, gitar dan tamborin.

    Alat muzik yang digunakan dalam persembahan dikir barat adalah rebana, canang, marakas dan gong.

    Alat muzik yang digunakan dalam persembahan kuda kepang adalah gong, jidur, rebana, angklung dan kenong.

    Segala pergerakan yang bersifat magis ini akan dipulihkan dalam keadaan normal oleh ketua kumpulan mereka atau bomoh pemulih. Ada sesetengah kumpulan kuda kepang memanggil ketua kumpulan sebagai danyang.

    Menggunakan tarian yang dikenali Lenggang Kiprah. Selain daripada itu tarian kuda kepang yang kerap dipersembahkan dalam persembahan kuda kepang ialah Tarian Solo, Tarian Selendang dan Tarian Pucuk Rebung.

    Persembahan dikir barat dinyanyikan dalam dialek atau loghat Kelantan. Setiap kumpulan mempunyai ahli lebih kurang 30 orang yang terdiri pemain alat muzik, Tok Juara, Tukang Karut dan Awak-Awak.

    Awak-Awak

    Cemeti

    Danyang/bomoh pemulih

    Dendang Kasih

    Juara

    Kuda Kepang

    Tukang Karut

    Zikir Kasih

    Madulara (1984). Dondang sayang: Seni tradisi negeri Melaka. Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka.

    http://www.anakmuar.com/v1/budaya/kudakepang.htm bertarikh 2 Julai 2009

  • TOPIK 9 APRESIASI MUZIK

    152

    http://www.geocities.com/serikenanga87/joget.htm bertarikh 2 Julai 2009.

    www.e-genius.com.my bertarikh 2 Julai 2009.

    http://dkbarat.tripod.com/pakaian.htm bertarikh 29 Jun 2009

    http://images.search.yahoo.com/search/images?p=gong+dikir+barat bertarikh 8 Julai 2009.