21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah. · pdf file“kenapalah aku beli itu, ......

9
2016-11-17 21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah. www.azwans.com /21-cara-macam-mana-nak-simpan-duit-dengan-mudah/ azwan Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi. Ada orang kata, untuk membezakan orang kaya dan orang miskin, perhatikan tabiat menyimpan mereka. Sejauh mana kebenaran kata-kata itu, saya tak ingin debatkan. Macam mana nak simpan duit dengan mudah? Menabung duit ini ialah satu kemahiran. Sebagaimana kemahiran yang lain, ada orang yang dari kecil dah cekap, ada orang yang hanya apabila dewasa baru tahu caranya. Kemahiran bukan seperti bakat smeulajadi. Kemahiran menyimpan duit ini boleh dipelajari dan dilatih. Hasilnya bergantung kepada cara dan usaha individu. Disini saya kongsikan 21 tips untuk menabung dengan mudah. #1 Berikan duit kepada diri sendiri terlebih dahulu. Bunyinya seolah-olah dialog Haji Bakhil. Cuba tanya mana-mana penasihat kewangan, mereka akan bersetuju; pay yourself first . Semoga kita dijauhkan dari sifat kedekut dan bakhil, tapi jika kita tidak mempunyai apa-apa, bagaimana kita mampu membantu sesiapa? Setiap kali menerima gaji, mendapat upah, dibayar oleh pelanggan, perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah membayar diri kita sendiri. Biarlah bermula dengan sedikit, asalkan setiap bulan pastikan kita membayar diri sendiri. Kalau boleh catatkan bayaran ini. Lebih baik lagi asingkan di akaun lain. Berapa akaun bank kita perlu ada? Kenapa kita perlua ada sekurang-kurangnya tiga akuan bank? Tujuannya ialah supaya kita kenal perasaan gembira apabila mampu membayar diri sendiri dengan jumlah yang banyak. Begitu juga supaya kita sentiasa ingat kesedihan yang kita rasa kerana hanya mampu membayar diri sendiri sebanyak sepuluh sen, lebih sayu lagi hanya mampu sekadar lima sen. Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang tercari-cari cara menyimpan duit gaji yang kecil . Bergaji kecil bermakna banyak perkara yang perlu dilangsaikan. Hutang, bil, keperluan diri dan keluarga, akhirnya tiada yang tinggal. Penyelesaiannya, bayarlah diri sendiri dahulu, selepas itu barulah bayar hutang, bil dan dibelanjakan. Duit yang dibayar ini, diasingkan sehingga ingin bersara. #2 Tetapkan matlamat menyimpan, satu matlamat dalam satu masa. Kebanyakan mereka yang menyimpan tanpa tujuan akan secara tiba-tiba menggunakan duit yang ditabung untuk membeli sesuatu, kemudian menyesal. Inilah cara menyimpan duit bagi pelajar sekolah . Saya katakan begitu kerana mempunyai sasaran untuk menyimpan adalah asas untuk menabung. Bagi pelajar, sekolah atau universiti, kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap. Duit belanja atau biasiswa hanya dapat digunakan untuk menampung keperluan yang amat asas sahaja. Tapi, kita boleh lihat ada pelajar yang mampu membeli gadget atau barangan lain yang boleh dikatakan mahal. Bagaimana mereka mampu membeli benda itu? Jawapannya ialah kerana mereka mempunyai matlamat dan keinginan yang kuat . Dengan sasaran yang jelas, contohnya untuk memiliki iPhone, mereka akan mula ‘mengikat perut’ dan mempertimbangkan setiap sen 1/9

Upload: phamcong

Post on 07-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah. · PDF file“Kenapalah aku beli itu, ... Ada bajet, barulah kita tahu ke mana duit yang ada di tangan harus dibelanjakan. Kalau tiada

2016-11-17

21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah. www.azwans.com /21-cara-macam-mana-nak-simpan-duit-dengan-mudah/

azwan

Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,duniateknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.

Ada orang kata, untuk membezakan orang kaya dan orang miskin, perhatikan tabiat menyimpanmereka. Sejauh mana kebenaran kata-kata itu, saya tak ingin debatkan. Macam mana naksimpan duit dengan mudah?

Menabung duit ini ialah satu kemahiran. Sebagaimana kemahiran yang lain, ada orang yang dari kecil dahcekap, ada orang yang hanya apabila dewasa baru tahu caranya.

Kemahiran bukan seperti bakat smeulajadi. Kemahiran menyimpan duit ini boleh dipelajari dan dilatih. Hasilnyabergantung kepada cara dan usaha individu. Disini saya kongsikan 21 tips untuk menabung dengan mudah.

#1 Berikan duit kepada diri sendiri terlebih dahulu.

Bunyinya seolah-olah dialog Haji Bakhil. Cuba tanya mana-mana penasihat kewangan, mereka akanbersetuju; pay yourself first. Semoga kita dijauhkan dari sifat kedekut dan bakhil, tapi jika kita tidak mempunyaiapa-apa, bagaimana kita mampu membantu sesiapa?

Setiap kali menerima gaji, mendapat upah, dibayar oleh pelanggan, perkara pertama yang kita perlu lakukanialah membayar diri kita sendiri. Biarlah bermula dengan sedikit, asalkan setiap bulan pastikan kita membayardiri sendiri. Kalau boleh catatkan bayaran ini. Lebih baik lagi asingkan di akaun lain.

Berapa akaun bank kita perlu ada? Kenapa kita perlua ada sekurang-kurangnya tiga akuan bank?

Tujuannya ialah supaya kita kenal perasaan gembira apabila mampu membayar diri sendiri dengan jumlah yangbanyak. Begitu juga supaya kita sentiasa ingat kesedihan yang kita rasa kerana hanya mampu membayar dirisendiri sebanyak sepuluh sen, lebih sayu lagi hanya mampu sekadar lima sen.

Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang tercari-cari cara menyimpan duit gaji yang kecil . Bergaji kecilbermakna banyak perkara yang perlu dilangsaikan. Hutang, bil, keperluan diri dan keluarga, akhirnya tiada yangtinggal. Penyelesaiannya, bayarlah diri sendiri dahulu, selepas itu barulah bayar hutang, bil dan dibelanjakan.

Duit yang dibayar ini, diasingkan sehingga ingin bersara.

#2 Tetapkan matlamat menyimpan, satu matlamat dalam satu masa.

Kebanyakan mereka yang menyimpan tanpa tujuan akan secara tiba-tiba menggunakan duit yang ditabunguntuk membeli sesuatu, kemudian menyesal. Inilah cara menyimpan duit bagi pelajar sekolah . Saya katakanbegitu kerana mempunyai sasaran untuk menyimpan adalah asas untuk menabung.

Bagi pelajar, sekolah atau universiti, kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap. Duit belanja ataubiasiswa hanya dapat digunakan untuk menampung keperluan yang amat asas sahaja.

Tapi, kita boleh lihat ada pelajar yang mampu membeli gadget atau barangan lain yang boleh dikatakan mahal.Bagaimana mereka mampu membeli benda itu?

Jawapannya ialah kerana mereka mempunyai matlamat dan keinginan yang kuat. Dengan sasaran yangjelas, contohnya untuk memiliki iPhone, mereka akan mula ‘mengikat perut’ dan mempertimbangkan setiap sen

1/9

Page 2: 21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah. · PDF file“Kenapalah aku beli itu, ... Ada bajet, barulah kita tahu ke mana duit yang ada di tangan harus dibelanjakan. Kalau tiada

yang dibelanjakan, semata-mata untuk mencapai hajat tadi.

Konsep inilah yang perlu kita bawa sehingga dewasa. Dalam alam pekerjaan dan berkeluarga terlampau banyakkomitmen yang perlu kita penuhi. Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan panjang, tetapi tidak terlampaubanyak sasaran pada sesuatu masa.

Contohnya sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan duduk di rumah sewa dan baru ingin memulakankehidupan berkeluarga. Kesilapan paling besar dan kerap dilakukan ialah dengan berhutang untuk membeliperabot dan kelengkapan rumah sekaligus.

Jika kita menggunakan cara menyimpan duit #2 ini kita akan memilih cara yang berbeza. Perkara pertama dibelimungkin sekadar tilam dan dapur sahaja. Pada bulan berikutnya mungkin kita menetapkan mesin basuhsebagai matlamat simpanan. Simpan dan beli tunai. Apabila sudah tercapai, ubah pula matlamat tadi kepadapeti sejuk, begitulah seterusnya sehingga semua dilengkapkan.

Kaedah ini akan mengajar kita membezakan mana satu yang penting dan perlu diutamakan. Kaedah inimengajar kita perbezaan anatara keperluan dan kemahuan.

#3 Tetapkan jangka masa tempoh menyimpan.

Antara cara menabung paling berkesan ialah dengan menetapkan tempoh masa tabungan. Kesinambungandari contoh di atas, contohnya, ingin membeli peti ais dalam masa satu bulan. Maksudnya 30 hari. Apabila kitapecahkan begitu, kita akan lebih mudah mengenalpasti berapa ringgit sehari perlu dijimatkan dan disimpan.

Biasanya kita akan beli dahulu dan jimat kemudian. Itulah cara menyimpan yang salah .

Keputusan besar seperti berkahwin, membeli kereta, dan membeli rumah haruslah dilakukan denganmenggunakan menggunakan kaedah ini.

Tetapkan masa dan simpan duit dengan sasaran bulanan yang tetap. Elakkan zero downpayment kerana kitamungkin akan terjerat. Sekiranya kita mampu menabung untuk bayaran muka, maka kita tidak akan bermasalahuntuk membuat bayaran bulanan.

Sekiranya setelah tabungan ‘duit muka‘ kita cukup, dan kita terjumpa pula tawaran zero downpayment, ituadalah satu bonus. Setidak-tidaknya kita akan mempunyai tabung kecemasan sekiranya nanti kita gagal untukmembayar ansuran bulanan.

Yang penting ialah kita mempunyai sasaran jangkamasa berapa lama untuk menyimpan. Sikap ‘nanti bila duitcukup’ tidak membantu. Hajat kita semakin akan semakin tertangguh. Jika kita mempunyai dateline sendiri, kitaakan lebih bermotivasi untuk menabung.

#4 Tetapkan jumlah sasaran duit untuk disimpan.

Apabila kita telah tetapkan tujuan dan jangka masa kita akan menyimpan, kita perlu tetapkan pula berapabanyak sasaran simpanan kita. Contohnya kita memerlukan RM 5000 dalam masa 6 bulan untuk membelisebuah motosikal. Lihat bagaimana tips menyimpan duit #2 hinga #4 ini menjadi satu.

Hanya dengan menetapkan jumlah sahaja barulah kita akan nampak cara untuk menyimpan duit pendapatankita agar sasaran kita tercapai. Jika kita hanga menagmbil pendirian tengoklah berapa banyak boleh simpan,kemungkinan besar kita akan gagal menabung.

#5 Ketahui kemana wang kita dibelanjakan.

Cara yang paling selamat dan terperinci ialah mencatatkan setiap perbelanjaan, setiap hari. Jumlahkanperbelanjaan ini pada hujung bulan. Dengan itu, kita akan tahu jumlah sebenar dan untuk apa duit kitadibelanjakan. Petrol berapa, makan berapa, rokok berapa, berjalan jalan berapa, baju baharu berapa dan

2/9

Page 3: 21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah. · PDF file“Kenapalah aku beli itu, ... Ada bajet, barulah kita tahu ke mana duit yang ada di tangan harus dibelanjakan. Kalau tiada

Cantik tak warnanya?

Menarik Rezeki tanpa rasa tertekan.

setersunya.

Apabila kita ada maklumat ini kita boleh mendapatkan cara menabung paling bekesan untuk diri sendiri.Apabila mahir, kita boleh ajarkan kepada ahli keluarga, agar semuanya tahu cara untuk menyimpan denganbijak.

Cuba berikan kategori untuk setiap perbelanjaan.Contohnya apabila membeli beras, kita kategorikansebagai keperluan rumah. Apabila pergi menontonwayang pula kita kategorikan sebagai hiburan. Jumlahduit yang telah dibelanjakan bagi setiap kategori akanmemberitahu kita bagaimana wang kita dibelanjakan.

Sekiranya hiburan melebihi keperluan, kita seorangpembazir. Kategori yang paling penting ialah simpanan.Adakah kategori ini yang sentiasa kosong?

#6 Potong perbelanjaan yang tidakperlu.

Kali pertama ‘melihat’ kemana wang kita dibelanjakan,mungkin akan memberikan tekanan kepada kita. Padamasa inilah pelbagai soalan akan timbul.

“Kenapalah aku beli itu,”

“Kenapalah aku merokok,”

“Kenapalah tak boleh tunggu bulan hadapan,”

Ini perkara normal bagi manusia. Tugas kita disini ialah untukmemastikan kesilapan pada bulan semasa tidak berulang dibulan hadapan. Setiap kali hendak keluarkan duit, ingatlahkepada matlamat, jangka masa dan jumlah yang perludisimpan.

Sekuat mana kita berkendakkan barang itu atau sekuatmanakah kita hendak mencapai matlamat kewangan itu. Bagiyang mengumpul duit untuk berkahwin; secepat manakah andingin perkahwinan itu dilangsungkan?

Ingatkan diri sendiri setiap kali ingin berbelanja.

#7 Bina budget bulanan

Bajet ialah perancangan kewangan sendiri. Kenapa pembentangan bajet selalu menjadi perhatian sekitar bulanOktober setiap tahun? Sebab disitulah kita akan tahu kemana duit akan dibelanjakan.

Begitu juga dengan diri sendiri. Ada bajet, barulah kita tahu ke mana duit yang ada di tangan harusdibelanjakan. Kalau tiada bajet, kita akan rasa seolah olah-olah mampu membeli semua benda selagi mesinATM mampu mengeluarkan duit. Bila baki tidak mencukupi, barulah kita pegang kepala.

Jika ada bajet, kita hanya perlu patuhi bajet, tiada dalam bajet, tidak dibeli. Lebih kuat displin dalam mematuhibajet ini, akan lebih solidlah pengurusan kewangan peribadi kita.

#8 Berhenti membuat hutang yang baharu3/9

Page 4: 21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah. · PDF file“Kenapalah aku beli itu, ... Ada bajet, barulah kita tahu ke mana duit yang ada di tangan harus dibelanjakan. Kalau tiada

Bijak berbelanja, bijak membeli.

Hutang ialah pembunuh kekayaan. Jangan mengganggap pinjaman peribadi ataupun personal loan sebagaijalan keluar. Ia bukanlah penyelesaian, malahan akan menjadi amsalah yang baharu.

Tanamkan nekad untuk tidak lagi mahu berhutang. Percaya suatu hari nanti kita akan berupaya membeli setiapyang dihajati secara tunai.

Hutang bukan masalah pekerja bergaji kecil sahaja. Mereka yang bergaji mencecah RM5000 sekalipun jikatidak mengawal hutang, hanya boleh membelanjakan RM500 sahaja sebulan. Gaji yang besar ditolah hutangkondominium, hutang BMW dan hutang kad kredit, akhirnya hanya tinggal RM500 sahaja.

Apabila sudah bertekad untuk tidak membuat hutang baharu, senaraikan hutang lama sedia ada untukmengetahui jumlah sebenar dan separah manakah ‘penyakit’ kita.

#9 Berhenti menggunakan kad kredit.

Kad kredit ialah satu bentuk hutang ‘mudah lulus’ dengan bunga yang begitu tinggi. Walaupun kad kredit kitaialah kad kredit islamik dengan tiada unsur riba, ‘bunga’ tersebut sudah diubah kepada bayaran yang patuhsyariah yang masih juga tinggi.

Apabila kita tidak lagi menggunakna kad kredit, kita secara automatik telah membantu kepada tips menyimpanduit #8 tadi, iaitu tidak membuat hutang baharu. Ingatlah, kad kredit ialah punca kebanyakan golongan muda diMalaysia disenarai hitamkan malah ada yang diistiharkan muflis.

Walaupun sekiranyanya digunakna dengan betul, kad kredit boleh digunakan sebagai alat kewangan yangbagus dan memudahkan, namun, bilangan individu yang tahu menggunakan kad kredit amat sedikit.

Kad kredit amat bahaya kerana ia seolah olah sebuah bank yang dengan mudah sahaja boleh meluluskanpinjaman anda. Mudahlah kita membuat hutang yang baharu.

Oleh itu, larang diri kita daripada menggunakna kad kredit. Sekiranya terguna, segeralah bayar sebelum bildikeluarkan. Kita tidak perlu menuggu bil untuk membayar kad kredit.

Contohnya, kerana tiada tunai mencukupi, kita telah terguna kad kredit untuk mengisi petrol. Katakan jumlahnyaRM 70. Terus lakukan pembayaran melalui online banking atau ATM pada hari yang sama. Dengan cara ini kitadapat emamstikan kad kredit itu tidak akan menyebabkan hutang.

#10 Buat pemotongan gaji automatik.

Ramai yang berkata, apabila ada slip gaji, lebih mudahmembuat pinjaman di bank berbanding bekerja sendiri.Itu bukanlah sudut yang kita patut lihat dari apadila kitamahu menyimpan. Slip gaji sebenarnya memberikansatu cara mudah untuk menyimpan wang secaraautomatik.

Tetapkan pemotongan secara bulanan sejak mula kitabekerja lagi. sekiranya belum, mulakan sekarang, dalambulan ini juga. Potongan boleh dibuat ke akaun TabungHaji, Amanah Saham ataupun akaun persendirian lain.Jumlah ini bolehlah ditingkatkan sekiranya gaji kitadinaikkan.

Lupakan dan jangan guna wang dari pemotongan ini atas apa alasan sekalipun.

#11 Bekukan aset sendiri.

4/9

Page 5: 21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah. · PDF file“Kenapalah aku beli itu, ... Ada bajet, barulah kita tahu ke mana duit yang ada di tangan harus dibelanjakan. Kalau tiada

Jarang dinar yang dibuat gred 999.

Jongkong emas 999 seberat 10g

Cara yang paling terkenal ialah dengan membeli emas. Sama ada emas perhiasaan ataupun jongkong,terpulanglah kepada diri kita sendiri. Pembelian setiap bulan emas, mempunyai fungsi yang sama sepertipemotongan gaji automatik tadi.

Selain emas, kita juga boleh membekuakn wang simpanan kina di dalam fixed deposit ataupun simpananberjangka. Ciri yang paling penting ialah memastikan duit yang disimpan itu sukar atau tidak boleh dikeluarkan.Inilah yang dikatakan kaedah menyimpan wang dengan cara membekukan aset sendiri .

#12 Beli barangan terpakai.

Mungkin ada yang berkata, kalau ada duit, bolehlahmenyimpan, tapi kalau tiada langsung, macam mana?Bagi mereka yang sehari sebelum gaji terpaksa minumair kosong sahaja contohnya.

Jika kita dalam keadaan itu, kita perlu ‘adakan’ juga duit.Apabila gaji masuk bertekadlah; Aku mungkin tiada apauntuk disimpan bulan lepas, tapi bulan ini aku mahumenyimpan. Langkah pertama untuk menyimpanialah berjimat. Cara yang paling penting.

Cara menjimatkan duti dengan membelikereta terpakai.

Di antaranya ialah dengan membeli barang terpakai.Dengan syarat, barang tersebut masih elok dan tidakmendatangkan masalah kepada kita. Contoh yang jelas ialahantara dua sahabat yang baru mula bekerja, seorang membelikereta terpakai buatan tempatan, dan seorang lagi memberikereta baharu berjenama import.

Dalam masa tiga tahun, yang membeli kereta baharu mulamerasai beban dan keretanya pula mula kerap memerlukanpenyelenggaraan dan pembaikan. Sahabat yang membelikereta terpakai tadi, kini boleh pula menjual kereta terpakainyauntuk membeli kereta terpakai lebih elok.

Tujuh tahun kemudian, dia menjual kembali kereta terpakainyaitu, untuk dijadikan pula duit muka untuk membeli kereta yanglebih baik, juga terpakai. Mungkin ketika hendak bersara barulahdia menjualnya pula untuk dijadikan down payment kereta yangbaharu, yang betul-betul baharu.

Cara menjimatkan duit bagi pasangan yang menantikelahiran anak.

Menanti kelahiran anak amat menyeronokkan dan juga memerlukan belanja yang besar. Dalam pelbagai barangyang perlu dibeli, ada yang boleh dibeli dari kategori barang terpakai.

Internet telah memudahkan kita mecari barangan terpakai untuk dijual. Di Mudah, Lelong, Facebook malahaninstagram, pelbagai pilihan ada. Cotohnya kereta sorong, katil bayi, walker dan sebagainya.

sekiranya masih elok, tiada masalah untuk kita membeli dan menggunakan barang terpakai keran itu cara yang5/9

Page 6: 21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah. · PDF file“Kenapalah aku beli itu, ... Ada bajet, barulah kita tahu ke mana duit yang ada di tangan harus dibelanjakan. Kalau tiada

Telefon bimbit klasik – Sony Ericsson model T28s

mudah untuk kita menyimpan duit tanpa mengeluarkan duit.

#13 Hidup di bawah kemampuan.

Perbualan antara dua orang sahabat ini boleh kita jadikan tauladan intuk memahami bagaimana hidup di bawahkemampuan menjadi satu cara menyimpan wang dengan mudah;

Ali : Kenapa kau beli kereta ni?

Abu : Ini je aku mampu bro.

Ali : Patutnya engkau beli kereta kancil second hand je.

Bukan niat Ali untuk mencari gaduh dengan Abu. Tapi, adakebenaran dalam kata-kata Ali. Abu memang mampu membelikereta yang sekarangnya dia miliki. Tapi, jika dia mempunyai pilihan,dia sepatutnya membeli kereta yang di bawah kemampunanya.

Ramai orang kata, jangan lebih kuah dari senduk, hidup ikutkemampuan. Sebab itu jugalah ramai orang gagalmenyimpan. Hidup melebihi kemampuan akan menjerutleher sendiri. Hidup mengikut kemampuan juga sebenarnyabegitu. Jadi, yang terbaik ialah hidup di bawah kemampuan.

Jika mampu membeli kereta dengan bayaran bulanan RM1000, carikereta yang 40% lebih murah dengan ansuran bulanan RM 600. RM400 yang baki itu jangan dibelanjakan kearah lain. Tabung dan simpan. Belanjakan untuk kereta sahaja, dari segi servis, insurans dan cukai jalannya.

Jika masih ada lebih, simpan lagi, untuk membuat full settlement atau menokok bayaran muka ketikamenukarkan kereta tersebut kepada kereta baharu.

Dengan cara ini, kita tidak akan terasa terbeban dan selalu over budget melayan kereta kita itu.

#14 Selesaikan hutang untuk perolehi pendapatan lebih besar.

Jika kita bekerja makan gaji, ada beberapa cara untuk membuatkan gaji kita bertambah. Kenaikan pangkat,kenaikan gaji tahunan, atau kenaikan tangga gaji. Tapi, ketiga-tiga cara itu adalah terpulang kepada budi bicaramajikan.

Untuk berusaha ‘menaikkan’ gaji sendiri kita perlu mengurangkan jumlah yang dipotong daripada gaji itu.Pemotongan ini biasanya ialah hutang. Hanya pemotongan gaji yang diarahkan oleh kita sendiri untuk tujuansimpanan dan kwsp sahaja yang baik. pemotongan yang lain hanya akan mengurangkan jumlah gaji bersihyang kita terima.

Lebih banyak hutang yang boleh selesai, lebih besarlah gaji bersih yang kita akan terima. Jumlah ini lebihbermakna daripada memiliki gaji yang besar tetapai habis dipotong sahaja.

Pernahkah anda mendengar kaedah snowballing effect untuk melangsaikan hutang? Baca di SINI.

#15 Bermula awal

Pesanan yang selalu lambat kita dengar. Kalau dengar awal pun lambat kita sedar. Kalau sedar awal pun,

6/9

Page 7: 21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah. · PDF file“Kenapalah aku beli itu, ... Ada bajet, barulah kita tahu ke mana duit yang ada di tangan harus dibelanjakan. Kalau tiada

Kaedah snowballing effect.

lambat kita ambil tindakan. Dalam hal menyimpan wang atau menabung duit, sesiapa yang bermula lebih awalakan mendapat pulangan yang lebih besar.

Seseorang yang mula menyimpan secara konsisten sejak bermula kerja akan membunyai tabungan yang lebihbesar. Ditambah pula dengan compounding effect yangdiperolehinya.

Walaubagaimanapun tidka bermakna untuk kitamenabung itu sudah terlewat. Kita masih boleh bermuladan menyaingi mereka yang bermula awal. Syaratnyasimpanan kita perlu lebih besar dan kerap untukmengejar mereka yang telah lama menyimpan.

#16 Jangan simpan di tempat yang mempunyai pulangan tinggi.

Pelik bunyinya. Sepatutnya kita perlu menyimpan di tempat yang mempunyai dividen atau pulangan yang tinggi,untuk membuatkan duit kita bekerja dan menggandakan dirinya. Benar.

Secara mudahnya, compounding effect ini ilah keadaan di mana pulangan dari satu pelaburan dilaburkansemula untuk mendapatkan pulangan yang lebih besar. Contohnya sekiranya kita mempunya simanan diamanah saham yang memberikan pulangan 6% setahun. Simpanan kita pula ialah RM1000 setahun.

Tahun pertama: Simpanan + Dividen = RM 1060.00 (RM 1000 + 6%*1000)

Tahun kedua: Simpanan + Dividen = RM 2183.60 (RM 1060 + RM 1000 + 6%*2060)

Begitulah seterusnya.

Larangan menyimpan di tempat yang mempunyai ‘pulangan’ tinggi ini merujuk kepada skim pelaburan yangberunsurkan penipuan. Sebagai panduan, anda perlu berhati-hati apabila pulangan yang dijanjikan ialah 10%dan kea atas. Biasanya ada udang di sebalik batu.

#17 Simpan ikut nilai matawang.

Cara menyimpan duit yang ke-17 ini merupakan cara unik yang diamalkan oleh ramai orang. Contohnya mudah,setiap kali dapat duit kertas satu ringgit, ianya tidak akan dibelanjakan. Duit itu akan disimpan dan pada akhirbulan atau akhir tahun, duit itu akan di masukkan ke dalam bank.

Keseronokan menyimpan dengan cara ini ialah apabila kita melihat berikat-ikat duit kertas yang disimpan tadi.Visual ini akan memberi kita semangat untuk menyimpan lagi. Simpanlah di tempat yang mudah dilihat untukmemberi semangat. Disamp[ing itu juga, kita perlua ada semangat yang kuat untuk tidak menggunakansimpanan ini.

Berbeza dengan kaedah lain di atas, cara menyimpan duit sebegini tidak emmerlukan tempoh masa dansasaran. Oleh itu ia sebenarnya lebih sesuai dikategorikan sebagai satu tabiat berbanding satu kaedah.

Penerangan lanjut kaedah ini boleh di baca dalam artikel ini: Teknik membina tabung kecemasan

#18 Jangan guna duit ‘durian runtuh’.

‘Durian runtuh’ ialah istilah yang digunakan bagi duit yang diperoleh secara tidah disangka-sangka. Mungkin dariduit bonus, bayaran hutang lapuk, menang peraduan ataupun menjadi jutawan melalui SSP BSN.

Apabila dapat duit sebegini kita seharusnya tidak menggunakan duit itu. Duit ini hanya boleh digunakna dengancara berikut sahaja;

1. Bekukan menggunakan cara menyimpan duit #11.7/9

Page 8: 21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah. · PDF file“Kenapalah aku beli itu, ... Ada bajet, barulah kita tahu ke mana duit yang ada di tangan harus dibelanjakan. Kalau tiada

2. Melangsaikan hutang seperti kaedah menyimpan duit #14.

Kita perlu berhati-hati kerana apabila sampainya ‘durian runtuh’ ini biasanya akan muncul pula ‘keperluan-keperluan lain yang muncul.

Belajar untuk berkata tidak dalam hal perbelanjaan, terutamanya untuk diri sendiri. Apabila kita berjayamenidakkan keinginan diri sendiri, menyimpan duit akan menjadi lebih mudah.

#19 Senaraikan barang yang ingin dibeli.

Kita biasa dengar istilah shopping list. Sebenarnya konsep itu boleh dikembangkan dalam seluruh kehidupankewangan kita. Mungkin dahulu list ini di atas kertas, jadi sukar untuk dibawa ke mana-mana. Sekarang sudahbanyak aplikasi telefon pintar yang menggantikan senarai itu.

Senarai ini hendaklah dibuat sebaik-baiknya ketika kita tidak berduit, ketika gaji belum diterima. Ini bagimembolehkan kita menyenaraikan barangan yang betul-betul perlu sahaja dan bukannya barangan yangteringin. Tetapkan diri pada senarai ini dan elakkan dari membeli barang yang tiada dalam senarai.

Sekiranya terpaksa atau kecemasan berlaku, gunakan peruntukan dari bajet kecemasan dalam bajet bulananyang kita bina dengan cara menyimpan duit #7. Jika tidak, masukkan sahaja ke dalam senarai bulan berikutnya.Kemungkinan besar kita merasakan pada masa itu, keinginannya sudah berkurang.

#20 Jual barangan yang tidak diperlukan.

Kadang kala kita tergelincir dan akan membut pembelian barangan yang tidak diperlukan. Biasanya pakaiancantik berjenama ataupun pembelian yang berdasarkan hobi. Sekiranya kita kesempitan wang, juallah barangansebegini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang hutang.

Tidak bermakna setiap yang kita boleh jual itu ialah barang yang kita beli atas kesilapan dan keiginan semata-mata. Ada barang yang mungkin semas kita beli ia diperlukan, tetapi sekarang tidak lagi menjadi keperluan.

Contohnya apabila anak kecik kita telah membesar, kita boleh menjual semuala kereta sorong, walker ataubuaian dengan harga yang murah.

Begitu juga alat ganti kereta atau motosikal. Apabila kita telah menjual kenderaan tersebut dan membeli pulakenderaan yang lain, mana-mana alat ganti yang tidak bersesuaian bolehlah di jual dengan harga yang murah.

Kadang kala, kita suka mengumpul. Mungkin syiling, pisau, pen atau sebagainya. Mana mana koleksi yangdirasakan sudah tidak dikehendakai atau kita mempunyai lebih dari satu koleksi barangan yang sama bolehladijual.

Sekiranya tidak dijual, bolehlah ditukarkan pula dengan item lain dengan pengumpul yang lain unutkmenggelakkan kita mengeluarkan duit membeli barang yang ingin kita kumpul (swap).

#21 Dapatkan sokongan moral.

Dalam berjimat dan menyimpan duit, kita memerlukan sokongan moral. Kalau isteri, perlulah disokong dnadigahami suami, begitu jugalah sebaliknya.

Sokongan ini perlu ketika kita merasa berputus asa dalam menyimpan duit. Apabila tidak lagi bermotivasi untukmenabung wang, kita perlu dorongan dan kata-kata semangat dari orang sekeliling terutamanya orang yang kitasayang.

Kesemua cara di atas amatlah bagus jika dapat dilaksanakan. Buat permulaan, tidak salah kita hanya mencubasebahagian sahaja. Bermula dengan cara menyimpan duit yang kita rasa mudah selesa dan realistik untukdilakukan. Lama-kelamaan, kembangkan cara tersebut dan cuba kuasai semuanya satu persatu.

8/9

Page 9: 21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah. · PDF file“Kenapalah aku beli itu, ... Ada bajet, barulah kita tahu ke mana duit yang ada di tangan harus dibelanjakan. Kalau tiada

Jika anda merasakan panduan ini berguna, kongsilah dengan rakan dan orang tersayang.

Jika anda ada cara yang tidak dinyatakan di atas, sudikanlah diri untuk berkongsi di ruangkomen.

SELAMAT MENABUNG UNTUK MASA HADAPAN

Ada penyakit ini?:

1. DENGKI

2. SAKIT HATI DENGAN ORANG

3. CEMBURU

4. MURUNG

5. SEDIH

6. MASALAH KOMUNIKASI

7. LALAI

8. LUPA

9. TAK CUKUP DUIT

10. MERASA DIRI HEBAT

11. RIAK

12. BERCELARU

13. TIDAK TENANG TIDUR

14. SUKA FIKIR MASALAH

15. TIDAK TAHU MEMBETULKAN NIAT

16. SUKA FIKIR BUKAN-BUKAN

BACA: RAHSIA PEMBERSIHAN KOLAM JIWA YANG PALING BERKESAN MENARIKREZEKI.

9/9