20150621022216_bahan rujukan tugoumm mendekati pihak berkepentingan

7
Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan

Upload: cheazaharicheahmad

Post on 10-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

  • Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan

  • 93

    SSM percaya bahawa komunikasi yang berkesan merupakan faktor utama dalam memupuk dan menjalin hubungan teguh dengan pihak-pihak berkepentingan. Komunikasi berperanan untuk membantu menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan dan kejayaan agenda serta objektif SSM. Strategi ini boleh dicapai menerusi aktiviti-aktiviti yang berkesan dengan memastikan kumpulan sasaran memahami kedudukan, menyokong matlamat, objektif, aktiviti-aktiviti, perkhidmatan, nilai-nilai teras, penjenamaan, kewibawaan dan polisi SSM serta peruntukan perundangan yang mematuhi tatalaku perniagaan.

    Dalam usaha mengukuhkan perhubungan dengan pihak-pihak berkepentingan, SSM telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan keperluan mereka. Memastikan perhubungan baik dengan semua pihak berkepentingan merupakan sebahagian daripada pengurusan operasi berhemah SSM.

    Hubungan Dengan Pihak-Pihak Berkepentingan Melalui Penggunaan ICT

    SSM menggunakan internet sebagai satu saluran untuk berhubung dengan pihak-pihak berkepentingan. Makluman seperti lanjutan masa operasi kaunter, pelaksanaan acara-acara dan amalan perundangan terkini telah disebarkan menerusi e-mel. Salah satu kaedah utama komunikasi di dalam persekitaran e-Lodgement adalah melalui e-mel. Malah, syarat utama bagi individu yang ingin menggunakan perkhidmatan e-Lodgement ialah keperluan mempunyai alamat e-mel yang sah bagi tujuan komunikasi yang berkesan.

    Selain daripada e-mel, SSM juga menggunakan laman webnya untuk berhubung dengan pihak-pihak berkepentingan dan masyarakat umum. Versi Bahasa Inggeris laman web SSM telah diperkenalkan pada 26 Mac 2007. Dengan pelancaran laman web berbahasa Inggeris, SSM

    Pengurusan pihak-pihak berkepentingan secara baik mempunyai nilai instrumental untuk menjamin agar Malaysia beroperasi dengan tadbir urus korporat yang baik dan teratur, serta mendukung amalan perniagaan yang terbaik

    Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan

    93

  • 94

    kini lebih dikenali di arena antarabangsa. Semua maklumat mengenai SSM dan cara-cara untuk menjalankan perniagaan di Malaysia kini boleh diakses oleh komuniti antarabangsa. Laman web SSM menjadi saluran utama bagi menyediakan maklumat kepada komuniti antarabangsa dan para pelabur mengenai proses penubuhan syarikat-syarikat tempatan dan pendaftaran syarikat-syarikat asing. Laman web SSM juga mempunyai pautan dengan laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta perkhidmatan e-Info dan e-Lodgement. Laman web tersebut sentiasa dikemaskini agar berita-berita yang dilaporkan oleh media mengenai SSM, acara-acara yang dianjurkan dan perkembangan terbaru dalam kerangka perundangan dimuatkan. Alamat laman web SSM ialah www.ssm.com.my. Laman web semasa akan dinaik taraf di bawah projek ISP SSM.

    Hubungan Media

    Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan (sambungan)

  • 95

    Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan (sambungan)

    Beberapa siaran media dan wawancara telah diadakan bagi menyebarkan mesej-mesej penting untuk meningkatkan kesedaran umum terhadap peranan, produk dan juga perkhidmatan SSM. Pihak pengurusan SSM telah ditemuramah menerusi rangkaian radio seperti KL FM, Classic FM dan juga rangkaian televisyen termasuk TV3, NTV7, Astro, RTM1 dan RTM2 mengenai perkara-perkara seperti pindaan kepada AS 1965, e-Info dan e-Lodgement. Butir-butir siaran menerusi media elektronik adalah seperti berikut:

    Rangkaian Tarikh Program Perkara

    RTM119 Julai 2007

    Selamat Pagi Malaysia

    Hari Pengguna Malaysia

    27 Disember 2007 Perniagaan Malaysia e- Lodgement

    RTM2

    28 Mei 2007 Hello On TwoTadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru AS 1965.

    7 Jun 2007 Perniagaan Malaysia Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru AS 1965.

    5 September 2007

    Selamat Pagi Malaysia Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru

    AS 1965. Perniagaan Malaysia

    KL FM

    26 Julai 2007Wawancara dengan KL FM

    Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru AS 1965.

    6 September 2007Wawancara dengan KL FM

    Tadbir Urus Korporat dan Pindaan Terbaru AS 1965.

    27 Disember 2007Wawancara dengan KL FM

    e- Lodgement

    SSM juga telah mengatur dan mengadakan wawancara media dan mengeluarkan siaran-siaran akhbar. Akhbar-akhbar seperti The New Straits Times (NST), Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star, The Edge, Malaysian Business dan lain-lain turut membantu menyampaikan mesej-mesej penting mengenai tadbir urus korporat, pindaan kepada AS 1965, peningkatan dalam sistem penyampaian awam, inisiatif-inisiatif penguatkuasaan dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.

    Penerbitan Guidelines Doing Business in Malaysia

    Pada 7 Julai 2007, SSM telah melancarkan sebuah buku panduan bertajuk Guidelines - Doing Business in Malaysia dan telah mengedarkannya kepada para pelabur dan orang ramai. Buku tersebut memberi penerangan kepada orang ramai, komuniti perniagaan dan para pelabur, domestik dan juga luar negara, mengenai cara-cara untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Ia mengandungi maklumat mengenai cara menubuhkan syarikat tempatan, mendaftarkan syarikat asing, mendaftarkan perniagaan milikan tunggal dan perkongsian di samping menyatakan bayaran-bayaran dan borang-borang yang ditetapkan bagi maksud berkenaan. Buku panduan tersebut turut memberi penerangan

  • 96

    mengenai Akademi Latihan SSM, produk dan perkhidmatan SSM, e-Info, Piagam Pelanggan baru dan lokasi pejabat-pejabat SSM di seluruh negara. Buku tersebut boleh dibeli daripada SSM pada harga RM20 senaskhah. Ia juga telah diedarkan di Latvia, Paris dan juga boleh didapati di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

    Kemudahan Kaunter Bergerak dan Kaunter Litar

    Penubuhan kaunter-kaunter bergerak di seluruh negara dan kaunter litar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pihak-pihak berkepentingan, terutamanya para peniaga kecil. Kaunter-kaunter tersebut memainkan dua peranan mempercepatkan pendaftaran dan pembaharuan perniagaan dan menyampaikan maklumat mengenai SSM. Maklumat terperinci mengenai aktiviti-aktiviti kaunter bergerak dinyatakan dalam Bab 1 (Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Awam, halaman 36-37) Laporan Tahunan ini.

    Seminar

    SSM telah menganjurkan beberapa seminar di seluruh negara bagi memberi penerangan mengenai pindaan kepada AS 1965 dan kesannya. Selain daripada itu, SSM juga telah dijemput untuk mengadakan latihan dan seminar dalaman menerusi kerjasama dengan pelbagai syarikat berkaitan Kerajaan, badan-badan dan organisasi-organisasi profesional. Butir-butir mengenai aktiviti tersebut boleh diperolehi dalam Bab 7 (Akademi Latihan, halaman 103-107) Laporan ini.

    Penyertaan SSM dalam Eksposisi dan Program Outreach

    SSM turut mengambil bahagian dalam beberapa acara seperti Hari Harta Intelek 2007 pada 26-29 April 2007, SMIDEX pada 5-8 Jun 2007, SDSI Expo di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 5-8 Julai 2007, Karnival Pengguna Kebangsaan 2007 di Stadium Shah Alam pada 25-29 Julai 2007, Gerak Usahawan Nasional 2007 di PWTC pada 25-26 Ogos 2007 dan Konvensyen Integriti Nasional 2007 di PICC pada 6 September 2007. Penyertaan SSM dalam acara-acara tersebut telah membantu mengukuhkan lagi profi l dan menghebahkan mesej-mesej penting mengenai inisiatif strategiknya.

    Butir-butir mengenai pameran dan program outreach yang diadakan pada tahun 2007 adalah seperti berikut:

    Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan (sambungan)

  • 97

    Pameran, Ekspo dan Program Outreach pada tahun 2007

    Program Anjuran Tarikh

    Pameran & Ekspo

    Expo Hari Harta Intelek 2007 Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) 26-29 April 2007

    Expo - SMIDEX 2007 Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) 5-8 Jun 2007

    Expo - Satu Daerah Satu Industri (SDSI)

    Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) & Melaka International Trade Centre (MITC) 5-8 Julai 2007

    Hari Pengguna Nasional 2007 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 25-29 Julai 2007

    Hari Pengguna Nasional (Kuala Lumpur) 2007

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Pejabat KL)/Majlis Hal Ehwal Pengguna KL

    16-17 Ogos 2007

    Pesta Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (CONVEST 07)

    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 24-29 Ogos 2007

    Gerak Usahawan Nasional 2007 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) 25-26 Ogos 2007

    Karnival Remaja Gemilang Peringkat Kebangsaan 2007

    Pertubuhan Pembangunan Remaja Malaysia (PEREMA) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan

    25-26 Ogos 2007

    Festival Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2007 (FESKUM 07)

    Majlis Perwakilan Mahasiswa UM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM

    3-9 September 2007

    Konvensyen Integriti Nasional 2007 Institut Integriti Malaysia (IIM) 6 September 2007

    Malaysia Financial Exhibition 2007 (MYFex2007) Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

    30 Oktober - 4 November 2007

    Exhibition & Seminar -Perniagaan Melalui Sektor Peruncitan 07

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)

    17-18 November 2007

    Fiesta Usahawan Luar Bandar 2007 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 30 November - 2 Disember 2007

    Program Outreach

    Program Outreach & Taklimat Mengenai Pendaftaran Perniagaan dan Penubuhan Syarikat

    Jabatan Belia & Sukan, Perlis 26 Mac 2007

    Program Outreach & Taklimat Mengenai Pendaftaran Perniagaan dan Penubuhan Syarikat

    Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 10 Julai 2007

    Program Outreach & Taklimat Mengenai Pendaftaran Perniagaan dan Penubuhan Syarikat

    Majlis Perbandaran Parit Buntar 17 Ogos 2007

    Program Outreach & Taklimat Mengenai Pendaftaran Perniagaan dan Penubuhan Syarikat

    Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) 14 November 2007

    Program Outreach & Taklimat Mengenai Pendaftaran Perniagaan dan Penubuhan Syarikat

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 4 Disember 2007

    Mendekati Pihak-Pihak Berkepentingan (sambungan)

  • 98

    Halaman kosong