20150214170248unit 2 kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak

13
KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 15 UNIT 2 KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, pelajar diharap dapat: 1. Mengetahui definisi kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak 2. membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kesejahteraan dan keselamatan di rumah, 3. mengenal pasti isu dan langkah-langkah berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak PENGENALAN Statistik telah membuktikan bahawa terdapat 7 hingga 10 sebab kematian adalah bersabit dengan peribadi dan tabiat sesorang. Bagi semua peringkat umur, kesihatan yang baik tidak ditentukan oleh nasib seseorang. Kesihatan kita kini dan masa depan amat bergantung kepada gaya hidup seharian. Sebagai ibu bapa, kita perlu memastikan untuk menyediakan persekitaran tempat tinggal yang sihat dan selamat kepada anak-anak mereka. Tambahan pula, kita perlu memastikan anak-anak mendapat imunisasi dan rawatan perubatan yang diperlukan. Tanggungjawab ini perlu dikongsi bersama guru atau penjaga ketika ibu bapa pergi bekerja. Guru dan penjaga yang mendapat kepercayaan ibu bapa ini perlu mengetahui peranan mereka yang bukan sahaja melibatkan penyediaan makanan yang seimbang, minuman dan waktu rehat yang secukupnya, tetapi juga perlu menyediakan keperluan yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk memastikan perkembangan mereka adalah seimbang. Selain itu, guru dan penjaga juga perlu mengetahui bagaimana untuk mengekalkan kualiti persekitaran yang sihat bagi memastikan kesihatan fizikal, mental dan perkembangan sosial kanak-kanak adalah dalam tahap yang terbaik. Unit ini akan memperkenalkan perbincangan asas terhadap aspek kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak. Beberapa perkara penting berkenaan definisi kesejahteraan dan keselamatan, faktor yang mempengaruhi kesejahteraan dan keselamatan, serta isu dan polisi berkaitan diterangkan dalam unit ini. ISI KANDUNGAN Definisi Kesejahteraan dan Keselamatan Apakah itu kesejahteraan dan keselamatan? Kesejahteraan ialah istilah yang luas bagi menjelaskan tahap kesihatan yang tertinggi. Kesejahteraan telah diperkenalkan oleh Dun (1961), di mana tahap tertinggi kesejahteraan menampilkan suatu cara baru untuk memperlihatkan tahap kesihatan seseorang. Kesejahteraan juga menampilkan konsep bahawa kesihatan seseorang tidak hanya ditentukan dari daya perubatan atau penyakit seseorang, tetapi ditentukan daripada potensi

Upload: jinggo-johan

Post on 15-Nov-2015

182 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KAF3013 - Kesihatan, Keselamatan Dan Nutrisi

TRANSCRIPT

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 15

    UNIT 2 KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK

    HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, pelajar diharap dapat:

    1. Mengetahui definisi kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak 2. membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kesejahteraan dan keselamatan di rumah, 3. mengenal pasti isu dan langkah-langkah berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak

    PENGENALAN Statistik telah membuktikan bahawa terdapat 7 hingga 10 sebab kematian adalah bersabit dengan peribadi dan tabiat sesorang. Bagi semua peringkat umur, kesihatan yang baik tidak ditentukan oleh nasib seseorang. Kesihatan kita kini dan masa depan amat bergantung kepada gaya hidup seharian. Sebagai ibu bapa, kita perlu memastikan untuk menyediakan persekitaran tempat tinggal yang sihat dan selamat kepada anak-anak mereka. Tambahan pula, kita perlu memastikan anak-anak mendapat imunisasi dan rawatan perubatan yang diperlukan. Tanggungjawab ini perlu dikongsi bersama guru atau penjaga ketika ibu bapa pergi bekerja. Guru dan penjaga yang mendapat kepercayaan ibu bapa ini perlu mengetahui peranan mereka yang bukan sahaja melibatkan penyediaan makanan yang seimbang, minuman dan waktu rehat yang secukupnya, tetapi juga perlu menyediakan keperluan yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk memastikan perkembangan mereka adalah seimbang. Selain itu, guru dan penjaga juga perlu mengetahui bagaimana untuk mengekalkan kualiti persekitaran yang sihat bagi memastikan kesihatan fizikal, mental dan perkembangan sosial kanak-kanak adalah dalam tahap yang terbaik. Unit ini akan memperkenalkan perbincangan asas terhadap aspek kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak. Beberapa perkara penting berkenaan definisi kesejahteraan dan keselamatan, faktor yang mempengaruhi kesejahteraan dan keselamatan, serta isu dan polisi berkaitan diterangkan dalam unit ini.

    ISI KANDUNGAN

    Definisi Kesejahteraan dan Keselamatan

    Apakah itu kesejahteraan dan keselamatan? Kesejahteraan ialah istilah yang luas bagi menjelaskan tahap kesihatan yang tertinggi. Kesejahteraan telah diperkenalkan oleh Dun (1961), di mana tahap tertinggi kesejahteraan menampilkan suatu cara baru untuk memperlihatkan tahap kesihatan seseorang. Kesejahteraan juga menampilkan konsep bahawa kesihatan seseorang tidak hanya ditentukan dari daya perubatan atau penyakit seseorang, tetapi ditentukan daripada potensi

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 16

    daya pencapaian atau kemajuan seseorang. Kesejahteraan secara keseluruhannya merangkumi kesihatan emosi, kesihatan fizikal dan kecergasan diri adalah saling berkaitan di antara satu sama lain. Keperluan kendiri scara personal perlu diambil kira agar setiap kehidupan manusia sentiasa sihat dan cergas. Penyelidikan juga mendapati bahawa orang yang sihat mental dan emosi pada peringkat awal akan terus sihat fizikal hingga ke peringkat lanjut usia. Emosi dan kesejahteraan sosial akan mempengaruhi kesemua aspek kehidupan. Keselamatan pula merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi perlindungan kepadanya agar hidup sejahtera dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya yang menimpa diri individu tersebut. Keselamatan adalah khusus dirujuk terhadap kanak-kanak agar dapat membantu mereka untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat. Kepentingan keselamatan pula adalah untuk menghindar keadaan yang membawa kemalangan. Keselamatan juga merupakan pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. Masa kini, kesihatan dan kesejahteraan digabungkan di antara satu sama lain dengan bermaksud dinamik, suatu proses yang sentiasa berubah bagi mencapai potensi seseorang pada setiap kepelbagaian dimensi bersabit.

    Faktor-faktor Kesejahteraan Pemakanan dan kawalan berat badan Pemakanan yang baik jika inginkan tahap prestasi fizikal ke optimum. Kanak-kanak perlu belajar tentang elemen pemakanan seimbang dan pengawalan berat badan. Badan kita memerlukan lemak, karbohidrat, protein, galian dan besi. Kita perlu makan makanan yang berkolesterol tinggi dan makanan berlemak dengan sederhana sahaja. Kita hendaklah mengawas dengan makanan yang berkolesterol tinggi, kegemukan atau obessiti akan menghalang kesejahteraan. Tekanan dan ketegangan Tekanan dan ketegangan dapat didefinisikan sebagai keadaan tidak seimbang di antara kehendak persekitaran bagi seseorang dan daya tindakannya. Tekanan akan ditunjukkan melalui keresahan, perasaan takut, marah. Segala perasaan yang dialami akan merubahkan keadaan fizikal (meningkatkan denyutan nadi, tekanan darah, pernafasan, ketegangan otot di seluruh badan, mengurangkan pencernaan badan, meningkatkan risiko penyakit jantung) Keselamatan Personal

    Keselamatan ialah sikap dan melibatkan kepekaan tentang kesihatan seseorang. Kita perlu memahami risiko yang kita akan tempuhi jika kita melakukan apa jua aktiviti. Kita perlu mempelajari kemahiran untuk melakukan pekerjaan dengan selamat. Kelesuan atau penyakit akan mempengaruhi prestasi fizikal dan mental kita. Selain itu, keadaan emosi seperti marah, takut atau bimbang akan membuat seseorang melakukan apa yang tidak mungkin buat.

    Keselamatan kanak-kanak perlu diutamakan di setiap prasekolah. Adakah tahap keselamatan di prasekolah Malaysia berada pada tahap terbaik atau sebaliknya?

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 17

    Faktor-faktor Keselamatan Keselamatan ditakrifkan sebagai tingkah laku dan amalan yang boleh menghalang kanak-kanak dari kecederaan. Kecederaan dirasai oleh kanak-kanak boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka. Oleh itu, kita perlu meletakkan keselamatan sebagai keutamaan sama ada di rumah atau di pusat penjagaan kanak-kanak. Terdapat banyak aspek-aspek keselamatan yang guru perlu sedar bergantung kepada umur dan perkembangan kanak-kanak. Sebagai ibu bapa dan guru-guru atau penjaga, kita perlu sedar keupayaan kita terhadap kanak-kanak di bawah jagaan kita. Sebagai contoh, walaupun mainan atau makanan tertentu tidak boleh membahayakan kanak-kanak usia tertentu tetapi kadang kala dalam situasi tertentu perkara tersebut boleh membawa maut kepada kumpulan umur lain. Oleh itu, kita perlu berhati-hati mengenai perkara tersebut.

    Faktor-faktor keselamatan yang perlu diberikan perhatian oleh guru di pusat jagaan dan prasekolah melibatkan aspek seperti: (a) keselamatan dapur (b) keselamatan luar kelas (c) keselamatan dalam kelas (d) keselamatan makanan (e) permainan yang selamat Kita akan membincangkan tentang aspek keselamatan di pusat jagaan dan prasekolah dalam unit 8.

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 18

    Kesejahteraan dan Keselamatan di Rumah

    Antara faktor yang mempengaruhi kesejahteraan kanak-kanak di rumah ialah dari segi pemakanan kanak-kanak dan pengawalan berat badan. Gaya pemakanan dan kawalan berat badan paling penting perlu dititik beratkan bagi menjamin kesejahteraan kanak-kanak untuk tumbesaran yang sihat dan normal. Ibu-bapa mahupun pengasuh seharusnya mendidik dan melatih kanak-kanak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan baik sekiranya ingin memastikan tahap prestasi fizikal kanak-kanak berkembang secara optimum. Kanak-kanak seharusnya belajar tentang elemen pemakanan seimbang dan pengawalan berat badan. Kuantiti makanan mengikut kadar keperluan kanak-kanak perlu dititik beratkan bagi mengelakkan kanak-kanak daripada sebarang penyakit yang memudaratkan kesihatan kanak-kanak untuk membesar dengan baik. Kanak-kanak disarankan makan mengikut piramid makanan yang menjadi panduan kepada mereka dari segi kuatiti dan kategori makanan yang perlu dipatuhi dalam pemakanan seharian bagi menjamin kesejahteraan yang berterusan iaitu makanan yang berkarbohidrat dengan kuantiti paling banyak, makanan sebagi pelawas fibre seperti sayuran dan buahan banyak, makanan berprotin dengan kadar sederhana dan makanan berlemak paling sedikit diambil.Ibu bapa dan pengasuh memainkan peranan dalam menyediakan dan mengawal pemakanan kanak-kanak mengikut tahap umur mereka di rumah. Pemakanan secara sihat ini bukan sahaja menjamin kesihatan kanak-kanak tetapi mengelakkan kanak-kanak daripada penyakit seperti obesiti, kwashiokor, skurvi,dan lain-lain. Dengan gaya pemakanan yang seimbang, badan kanak-kanak mendapat nutrisi yang diperlukan dan berat badan kanak-kanak seimbang dengan umur dan konsisten mencapai tumbesaran secara holistik.

    Faktor yang mempengaruhi kesejahteraan kanak-kanak di rumah juga iaitu memastikan emosi kanak-kanak stabil dengan tidak memberi tekanan dan ketegangan kepada kanak-kanak. Tekanan merupakan keadaan yang tidak seimbang di antara kehendak persekitaran dan daya tindakannya. Kanak-kanak juga mengalami tekanan dan ketenganga seperti orang dewasa sekiranya wujudnya kecelaruan emosi apabila kanak-kanak dimarah oleh ibu bapa mahupun pengasuh. Bagi menjamin kesejahteraan kanak-kanak, ibu bapa seharusnya memastikan waktu makan kanak-kanak menyeronokkan bukannya memarahi anak ketika makan. Tindakan ibu bapa yang memarahi anak ketika makan menyebabkan kanak-kanak tertekan dan sedih, ini sekaligus menyebabkan kesihatan anak terganggu kerana murung,tiada selera untuk makan dan lain-lain. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak kbukan sahaja tertanggu dari segi kesihatan tetapi menjejaskan emosi untuk membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain.

    Kanak-kanak juga perlu bertenang dan merehatkan diri bagi menjamin kesejahteraan yang bukan sahaja kepada kesihatan tetapi kehidupan yang sihat kepada kanak-kanak iaitu tidur yang cukup selama 8 jam dan membawa kanak-kanak beriadah bagi membuka minda kanak-kanak dan menggalakkan kanak-kanak berusaha untuk mencapai yang terbaik serta mampu meningkatkan potensi daya pencapaian dan kemajuan kanak-kanak itu sendiri bergantung kepada kemampuan kanak-kanak.Rehat yang mencukupi bukan sahaja menjadikan kanak-kanak cergas badannya dan sihat tetapi membesar dengan sihat dan cerdas.Dengan itu, faktor ketenangan dan keperluan rehat yang mencukupi boleh mempengaruhi kesejahteraan kanak-kanak.

    Seterusnya, faktor yang mempengaruhi keselamatan kanak-kanak di rumah ialah dari segi peralatan, penggunaan bahan-bahan sekitar dan lain-lain. Ibu bapa dan pengasuh memainkan peranan perlu prihatin dengan melihat perlakuan aktiviti anak-anak mereka di rumah dengan memastikan kanak-kanak tidak menggunakan peralatan yang merbahaya seperti pisau dan permainan yang mempunyai bahan kimia serta salah gunaan seperti bahan-bahan beracun, ubat-ubatan dan barangan elektrik perlu diletakkan ditempat yang selamat dan tidak mampu dicapai oleh kanak-kanak. Keadaan persekitaran yang selamat penting bagi mengelakkan kanak-kanak daripada perkara yang boleh memudaratkan diri kanak-kanak. Semasa kanak-kanak perlu diberi pendedahan tentang pengetahuan keselamatan dalam

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 19

    sebarang perlakuan dan aktiviti. Ibu bapa perlu membimbing dan mengajar kanak-kanak untuk mempertahankan dan mengelakkan diri daripada perkara yang memudaratkan diri kanak-kanak dalam apa jua keadaan.Ibu bapa perlu mengambil inisiatif dengan melabelkan pada bahan yang merbahaya bagi memberi peringatan dan pengetahuan kepada anak-anak yang sudah tahu membaca agar tidak mengambil dan menggunakannya untuk bermain. Pendedahan ini dapat membantu kanak-kanak menjaga diri mereka dari sebarang kecelakaan selain dapat memastikan keselamatan kanak-kanak dijaga dan menjamin kesejahteraan yang berterusan.

    Antara isu keselamatan yang selalu berlaku pada kanak-kanak adalah seperti:

    Terbakar atau melecur - Mancis, lighter, radiator, gas, minuman panas, cerek, iron, bilik mandi, periuk dan

    lain-lain.

    Kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya ketika berada di dapur

    Luka disebabkan jatuh - Tingkap yang terbuka, tangga, highchair, pushchair, climbing frames dan lain-lain.

    Tercekik atau lemas

    - Bantal bagi bayi, permainan bertali, plastic bag, kacang, permaian yang loose parts, permainan tanpa tanda keselamatan dan lain-lain.

    Keracunan - Ubat, bahan cuci, tong sampah

    Patah atau luka parah

    - Gunting, pisau, bucu2 tajam, pitu cermin

    Kejutan Elektrik - Perkakasan elektrik yang rosak, pemanas air, penyambungan wayar yang

    merbahaya dan lain-lain

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 20

    Kesejahteraan dan Keselamatan di Tempat Awam.

    Persekitaran yang tidak bersih mendatangkan penyakit berjangkit seperti selema, batuk, kulit dan lain-lain. Lebih membimbangkan lagi apabila individu yang tidak bertanggungjawab merokok di tempat awam menyebabkan kanak-kanak boleh mendapat penyakit kronik seperti jangkitan saluran pernafasan, jangkitan telinga, lelah dan hiperaktif. Selain itu, kesan daripada asap rokok boleh menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami kurang berat badan masa lahir. Keadaan sedemikian,menjadikan tumbesaran kanak-kanak terbantut kerana terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih dan tidak menjamin kualiti kesejahteraan kanak-kanak. Pengawasan terhadap kebersihan diri kanak-kanak di tempat awam juga penting untuk dijaga bagi mengelakkan kanak-kanak mendapat penyakit. Masyarakat harus memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan persekitaran bagi melindungi golongan yang lemah seperti kanak-kanak untuk membesar dengan baik sejahtera.

    Faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi keselamatan kanak-kanak Sebagai contoh di tempat awam iaitu penyediaan taman permainan yang sesuai dengan saiz dan ketinggian kanak-kanak untuk bermain dengan selamat. Pihak yang berwajib perlu menitik beratkan penyesuai peralatan dan bahan yang terdapat di taman untuk kanak-kanak, keadaan ini bagi mengelakkan kanak-kanak daripada berlaku sebarang kecederaan seperti luka disebabkan jatuh. Disebabkan sifat semula jadi kanak-kanak yang suka bergerak aktif penekanan terhadap aspek keselamatan di taman permainan perlu diberikan perhatian penting. Dalam hal ini, ibu bapa atau penjaga juga seharusnya memberi perhatian ketika berada di lokasi tertentu atau tempat awam yang sering mendedahkan mereka kepada ancaman tanpa diduga.

    Keselamatan kanak-kanak di tempat pusat membeli belah juga perlu diperhatikan kerana tindakan mereka yang diluar kawalan menyebabkan berlakunya kecederaan dan kehilangan. Menurut Phang Sau Lian, kanak-kanak berusia lapan tahun ke bawah masih belum matang dan tidak mampu menilai mengenai pentingnya keselamatan di tempat awam. Mereka secara semula jadi tidak akan duduk diam dalam tempoh lama, sebaliknya berlari, memanjat, menjerit dan melompat tanpa sebarang tujuan. Tambahan pula, beliau menyatakan kanak-kanak mempunyai keupayaan luar biasa terutama ketika bermain kerana mereka tidak mengambil kira sebarang ancaman membabitkan diri. Dengan itu,ibu bapa perlu peka mengenai sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kepada kanak-kanak terutama di pusat beli-belah serta dalam kesibukan ibu bapa membeli-belah, ada sesetengah yang tidak sedar anak-anak terlepas daripada pandangan mata. Keadaan sedemikian, menimbulkan pelbagai perkara lain yang timbul menjadikan keselamatan kanak-kanak dalam bahaya. Berikutan itu, ibu bapa seharusnya prihatin terhadap perlakuan anak-anak mereka ketika berada di tempat awam.

    Apakah aktiviti berkenaan kesejahteraan dan keselamatan yang boleh diajar kepada kanak-kanak di prasekolah?

    Panduan Keselamatan di Rumah

    Ancaman terbesar bagi kanak-kanak ialah kecederaan selain daripada penyakit. Di Malaysia, kecederaan adalah di antara punca utama kematian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun. Kunci utama untuk memastikan keselamatan kanak-kanak adalah untuk menjangka kehadiran situasi bahaya dan bukannya hanya bertindak selepas kejadian yang tidak diingini berlaku.

    Panaskan susu di dalam bekas berisi air panas dan uji suhu susu dengan titiskan susu di pergelangan tangan (untuk memastikan susu tidak terlalu panas untuk diminum).

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 21

    Puting/ pacifier adalah tidak digalakkan kerana boleh merosakkan barisan gigi. Bagi kanak-kanak yang menggunakan puting (pacifier), pastikan pelindung puting mesti cukup besar supaya tidak tertelan oleh anak. Jangan benarkan kanak-kanak berjalan, berlari atau bermain ketika ada makanan dalam mulutnya.

    Alat Permainan

    Elakkan alat-alat mainan yang berikutnya:

    Berbucu tajam atau mempunyai kemasan yang kasar. Bertali melebihi 30 sentimeter. Mempunyai bahagian kecil yang boleh ditanggalkan supaya anak-anak tidak masukkannya

    dalam mulut. Mempunyai tangkai atau pemegang yang panjang yang boleh dimasukkan ke dalam mulut

    atau mencucuk mata. Diperbuat daripada bahan yang mudah pecah atau koyak. Mempunyai bulu atau rambut panjang yang boleh menyebabkan alahan. Mempunyai enjin atau kipas yang berputar.

    Pergerakan Kanak-kanak

    Ubah ketinggian tilam katil bayi ke aras terendah apabila bayi mula berdiri. Ubah suai juga ketinggian palang atas katil bayi supaya dia tidak boleh memanjat keluar.

    Alat bantuan berjalan kanak-kanak adalah berbahaya. Anda dinasihatkan supaya jangan menggunakannya. Dengan alat ini, bayi boleh bergerak dengan lebih laju dan mencapai barang-barang di sekelilingnya. Bayi mendapat kebolehan untuk bergerak sebelum dia bersedia dan ini menyebabkan bayi lebih cenderung untuk mendapat kecederaan serius. Penggunaan alat bantuan berjalan tidak akan membantu kanak-kanak belajar berjalan dengan lebih cepat atau pantas

    Apabila kanak-kanak sudah mula memahami, terdapat 15 peraturan keselamatan utama yang boleh diajar kepada mereka seperti:

    1. Jangan cuba mengambil apa-apa jika tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja. Minta bantuan orang dewasa.

    2. Jangan lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang benda tajam dalam tangan.

    3. Kemaskan alat permainan supaya orang lain tidak terpijak dan jatuh. 4. Jangan buka tingkap sendiri. Jangan menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka. 5. Jangan duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai. 6. Jangan berlari-lari atau bermain di tangga. 7. Pengang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun

    dari palang. 8. Pastikan tali kasut kanak-kanak sentiasa diikat dengan kemas. 9. Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa. 10. Jangan bermain atau meletakkan beg plastic ke kepala. 11. Jangan masuk ke dapur jikat tidak ada orang dewasa bersama. 12. Jangan bermain dengan wayar langsir ayaty bidai. Ia boleh menjerut leher dah menyebabkan

    kamu tercekik. 13. Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya.

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 22

    14. Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin. 15. Jangan lompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.

    Jika boleh ajari kanak-kanak untuk menggunakan telefon supaya sekiranya berlaku kecemasan, mereka boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Ajar mereka berkenaan nombor kecemasan yang boleh didail apabila berlaku kecemasan. Sekira boleh, terapkan kepada anak-anak anda menghafal nama penuh mereka, alamat rumah dan juga nombor telefon.

    Bahagian Ruang Tamu

    1. Tutup dan kunci pintu ke arah tangga dan hadang tangga dengan pagar. 2. Terdapat banyak bucu yang tajam di dalam ruang tamu seperti meja dan rak. Gunakan

    penghalang bucu atau kain berpad untuk mengelakkan kecederaan di kepala, lebam dan benjol.

    3. Jika anda mempunyai meja kaca, salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi mengelakkan kaca dari pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan.

    Bahagian Dapur

    1. Simpan peralatan tajam supaya tidak boleh diambil oleh anak. 2. Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi adalah berbahaya.

    Sorokkan dengan penutup wayar atau pita 3. pelekat. 4. Biasakan diri supaya memusingkan pemegang atau tangkai periuk ke dalam, berjauhan dari

    hujung meja. Jangan sekali-kali makan, minum, 5. bawa atau menyediakan makanan atau minuman panas sambil mendukung bayi. 6. Buang beg plastik dengan serta merta. Tebuk lubang dan ikat sebelum anda membuangnya.

    Atau, simpan beg plastik di tempat yang selamat. Selain lemas, kanak-kanak juga boleh tercekik jika termakan cebisan plastik yang kecil.

    Bahagian Ruang Bilik Tidur

    1. Gunakan selak keselamatan atau penutup tombol pintu bagi menghalang kanak-kanak dari terperangkap di dalam almari.

    2. Jauhkan katil bayi, katil dan perabot dari tingkap. Pasang jeriji di tingkap atau penghalang supaya ia tidak boleh dibuka melebihi 10 sentimeter.

    3. Jika anda menggunakan katil dua tingkat, jangan benarkan kanak-kanak berusia kurang dari 6 tahun tidur di tingkat atas. Jangan benarkan kanak-kanak bermain di atas katil dua tingkat.

    4. Pastikan ada jalan keluar jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Anda mesti adakan satu jeriji tingkap yang boleh dibuka. Tetapkan tempat berkumpul bagi keluarga jika berlaku kecemasan.

    Bilik Air

    1. Pastikan pintu ke bilik air dan tandas sentiasa tertutup. 2. Jangan benarkan anak pergi ke bilik air atau tandas bersendirian. Sentiasa pastikan anak

    ditemani orang dewasa. 3. Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas

    berisi air seperti baldi, kolam atau tandas walaupun untuk seketika. Kanak-kanak boleh lemas di dalam air berukuran kurang daripada 2.5 cm.

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 23

    4. Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas di dalam besen mandi supaya bayi tidak tergelincir.

    5. Jangan letakkan peralatan elektrik berdekatan sinki, besen mandi atau tandas. 6. Tuang dan kosongkan bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya bagi

    mengelakkan kanak-kanak lemas. Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh dicapai supaya anak tidak mengisikannya dengan air. Bekas yang berisi air seharusnya ditutup setiap waktu.

    Panduan Keselamatan Semasa Kebakaran

    Kebakaran boleh menyebabkan bencana besar dan kehilangan nyawa anggota keluarga jika rumah kita mengalami kebakaran. Kebakaran dan melecur adalah penyebab ketiga kematian di kalangan kanak-kanak di dunia. Bencana sedemikian boleh dicegah jika amalan keselamatan semasa kebakaran dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pencegahan yang terbaik ialah dengan menghapuskan bahaya kebakaran. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu tahu apakah bahaya kebakaran dan apakah yang harus dilakukan untuk menghapuskannya dari berlaku dirumah kita. Api hanya akan bermula jika terdapat ketiga-tiga punca iaitu haba, oksigen dan bahan bakar. Punca-punca haba termasuk percikan api, api yang menyala, kuasa elektrik dan besi panas. Bahan-bahan yang mudah bakar seperti surat khabar, langsir, pakaian, dan perabot adalah tergolong dalam bahan bakar selain minyak tanah atau petrol. Sekiranya anda mendapati ada kebakaran, anda boleh melaporkannya kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau Bomba dan Penyelamat Malaysia. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa atau penjaga dalam menghadapi situasi kebakaran yang berlaku dirumah ialah ibu bapa perlu berada dalam keadaan tenang dan jangan cemas serta memastikan setiap ahli keluarga keluar dari kawasan kebakaran dengan selamat. Jika kebakaran yang berlaku itu kecil, ibu bapa perlu mengambil alat pemadam api untuk memadamkan api tersebut. Selain itu, setiap ahli keluarga juga boleh mengunakan pintu kecemasan atau tingkap bagi menyelamatkan diri bagi mengurangkan risiko terperangkap apabila berlaku kebakaran. Jika ahli keluarga terperangkap di dalam bilik di tingkat atas, pertama mangsa tersebut perlu menutup pintu bilik supaya mengelakkan api merebak. Sumbatkan dengan kain di bawah celah antara pintu dengan lantai seelok-eloknya gunakan kain basah untuk menghalang asap dari masuk. Selain itu, tutup mulut dan hidung dengan menggunakan sapu tangan atau kain, seelok-eloknya kain basah bertujuan menahan asap, debu-debu dan habuk masuk. Jika terdapat tangga kecemasan di dalam bilik tersebut mangsa perlu menggunakan tangga tersebut untuk menyelamatkan diri dan ahli keluarga. Jika tidak terdapat tangga, mangsa perlu pergi ke tingkap dan menjerit untuk menarik perhatian dan meminta tolong dari orang ramai. Selain itu, langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghadapi situasi kebakaran jika berlaku di rumah ialah ibu bapa perlu libatkan sekali anak-anak apabila melakukan pemeriksaan kecemasan kebakaran yang sebaiknya dilakukan sekurang-kurangnya sekali setiap sebulan. Dari masa ke masa, jalankan simulasi kebakaran bersama keluarga. Anak-anak juga perlu tahu jalan keluar yang betul dari bilik masing-masing dan bagaimana hendak membuka tingkap apabila berlaku kecemasan. Ahli keluarga juga perlu tahu tempat berkumpul yang selamat di luar rumah di samping memastikan setiap ahli keluarga selamat. Praktikkan teknik 'berhenti, rebah dan guling' serta bincangkan tentang bahaya sekiranya terhidu asap. Dengan cara sebegini setiap ahli keluarga akan

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 24

    mendapat ilmu dan mengetahui langkah-langkah jika menghadapi kebakaran dan dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa akibat kebakaran. Panduan Keselamatan di Jalan Raya Pada hari ini ramai kanak-kanak melintas jalan berseorangan dan mereka ini bernasib baik kerana tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru prasekolah dalam mengajar dan memainkan peranan yang penting dalam mendidik kanak-kanak supaya menjaga keselamatan diri apabila melintas jalan raya. Dengan itu, guru perlu menerapkan langkah-langkah keselamatan apabila kanak-kanak ingin melintas jalan raya atau berjalan di tepi jalan raya. Dalam hal ini, guru perlu melakukan simulasi pengajaran dan membawa pelajar belajar melintas jalan dengan cara yang betul dan bagaimana ingin berjalan kaki di tepi jalan raya. Ini kerana ramai kanak-kanak melintas jalan sesuka hati mereka tanpa menghiraukan kereta yang ada di atas jalan raya dan tanpa merisaukan risiko kemalangan terhadap diri mereka sendiri. Dalam mengatasi masalah kemalangan di jalan raya apabila pulang dari prasekolah, guru atau pembantu pengurusan murid perlu memainkan peranan dalam membawa kanak-kanak melintas jalan. Ini adalah kerana mereka tidak dapat mengenal bahaya di jalan raya. Oleh sebab bentuk badan mereka kecil, pemandu kenderaan kerapkali tidak nampak mereka. Selain itu, kanak-kanak juga tidak dapat menentukan kelajuan lalu-lintas dan kadang-kadang tidak dapat mengesan dari mana datangnya bunyi kereta. Jika kanak-kanak berseorangan untuk melintas jalan guru perlu memberitahu kepada murid-murid supaya melihat kanan, kiri dan kanak semula, jika tiada kenderaan murid-murid boleh melintas jalan. Bagi situasi kanak-kanak yang berjalan di tepi jalan raya, guru perlu memberitahu supaya murid-murid perlu berjalan menghadap kenderaan yang datang dari hadapan dan berjalan disebelah berjauhan dari perjalanan kenderaan iaitu disebelah luar jalan raya. Ini kerana jika ada kenderaan yang besar kanak-kanak boleh mengelak lari ke tepi jalan yang lebih selamat. Selain guru mengajar kanak-kanak tentang langkah-langkah keselamatan di jalan raya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak. Dengan itu, ibu bapa juga perlu memastikan bahawa kanak-kanak yang berumur kurang daripada 12 tahun diiringi semasa berjalan di tepi jalan atau semasa melintasinya. Ketika berjalan dengan anak, pastikan anak berjalan di sebelah yang berjauhan dari perjalanan kenderaan iaitu di sebelah luar jalan raya. Selain itu juga, kanak-kanak jangan dibiarkan bermain di tepi jalan dengan memberitahu kanak-kanak supaya menggunakan jejantas, lintasan "zebra" dan lintasan di lampu isyarat untuk melintas jalan. Ibu bapa juga perlu mengajar dan mengigatkan kanak-kanak cara melintas jalan seperti memandang ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula sebelum melintas. Apabila berjalan pada waktu malam kanak-kanak mesti dipakaikan baju yang berwarna cerah supaya dapat dilihat oleh pemandu kenderaan. Beritahu anak-anak supaya jangan melintas di antara dua buah kereta kerana pemandu tidak akan nampak mereka melintas. Selain itu juga, ibu bapa perlu memberitahu anak-anak supaya jangan melintas jalan di belakang sebuah kereta yang sedang berundur. Ini bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diinginkan. Panduan Keselamatan di Taman Permainan

    Taman permainan merupakan satu tempat untuk bergembira, bersenam, bermain, dan beriadah untuk kanak-kanak. Tetapi ianya boleh menjadi satu tempat yang berbahaya jika keselamatan tidak di ambil kira. Di Malaysia di anggarkan 3000 kes kemalangan berlaku di taman permainan setiap 3 bulan. Kemalangan selalunya melibatkan kanak-kanak berumur diantara 5-9 tahun. Kehadiran ibu bapa atau orang dewasa di taman sebenarnya sangat penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak bukan

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 25

    sahaja dari segi perlindungi daripada penculikan tetapi juga untuk mengelakkan mereka melakukan perkara yang boleh menyebabkan kecederaan.

    Kecederaan di taman permainan sebenarnya boleh dielakkan. Ibu bapa, penjaga atau orang dewasa perlu menemani kanak-kanak setiap kali mereka keluar bermain dan inilah cara pencegahan yang paling berkesan. Jika anda menemani anak-anak bermain, janganlah sekadar duduk sambil melakukan perkara lain. Apa yang diperlukan ialah pemantauan aktif, maknanya mereka sentiasa memberi perhatian kepada pergerakan atau perlakuan kanak-kanak bukan sahaja anak sendiri malah semua kanak-kanak. Pada masa yang sama, penjaga juga perlu memastikan kanak-kanak ini bermain peralatan permainan yang bersesuaian dengan umur mereka.

    Di sini fokus utama adalah terhadap keselamatan kanak-kanak ketika berada di jalan raya. Mangsa jalan raya biasanya terdiri daripada kanak-kanak, kemalangan jalan raya boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan iaitu patah kaki, luka, retak dan sebagainya. Antara langkah-langkah yang harus diambil oleh ibu bapa atau orang dawasa adalah ajar kanak-kanak cara betul untuk melintas jalan raya. Iaitu ibu bapa harus menyatakaan kepada kanak-kanak sebelum melintas haruslah melihat kanan, kiri dan kanan semula dan jika kenderaan tiada barulah melintas. Selain itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan cara melintas dengan betul, dengan membawa kanak-kanak di jalan raya. Dengan cara ini kanak-kanak akan lebih tahu dengan mendalam dan berhati-hati semasa berada di jalan raya dan melintas dengan baik.

    Kesimpulan Secara keseluruhannya, kesejahteraan adalah penting dalam kehidupan kita. Kita harus mengamalkan cara hidup kita sihat supaya mencapai kesejahteraan dalam hidup kita. Pihak kerajaan juga haruslah menyediakan segala kemudahan dengan lengkap untuk kanak-kanak semasa di taman permainan. Iaitu dengan menyediakan jejantas, lampu isyarat (ruang jalan kaki) untuk kanak-kanak dan sebagainya. Dengan kemudahan ini kanak-kanak akan lebih mudah untuk melintas dan seterusnya keselamatan kanak-kanak akan lebih terjamin serta kemalangan yang melibatkan kanak-kanak akan dapat dikurangkan. Gaya hidup yang baik menjadi kunci untuk kesihatan yang baik dan menjamin emosi dan kesejahteraan sosial dalam semua aspek kehidupan. Dengan adanya perincian faktor yang mempengaruhi kesejahteraan dan keselamatan menjadi panduan kepada ibu bapa dan pengasuh mendidik dan menjaga kanak-kanak bagi pertumbuhan yang seimbang secara keseluruhan. Pemahaman terhadap konsep kesejahteraan dan keselamatan bukan sahaja perlu difahami oleh ibu bapa mahupun pengasuh, namun kanak-kanak itu sendiri seharusnya diberi pendedahan tentang pemahaman konsep asas kesejahteraan dan keselamatan agar kanak-kanak mengetahui membezakan sesuatu yang baik untuk mereka sama ada dalam aspek kesejahteraan dan keselamatan.

    Aktiviti latihan.

    1. Apakah kesan daripada kurangnya penghayatan terhadap kepentingan kesejahteraan dan keselamatan terhadap kanak-kanak?

    2. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh guru untuk memastikan tahap kesejahteraan dan keselamatan di dalam kawasan pusat atau prasekolah mereka adalah baik?

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 26

    RINGKASAN

    1. Kesejahteraan merupakan tahap tertinggi kesejahteraan menampilkan suatu cara baru untuk memperlihatkan tahap kesihatan seseorang.

    2. Keselamatan kanak-kanak dapat membantu mereka untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat

    3. Kesihatan dan kesejahteraan digabungkan di antara satu sama lain dengan bermaksud dinamik, suatu proses yang sentiasa berubah bagi mencapai potensi seseorang pada setiap kepelbagaian dimensi bersabit.

    4. Faktor-faktor kesejahteraan merangkumi pemakanan dan kawalan berat badan, tekanan dan ketegangan dan keselamatan personal.

    5. Faktor-faktor keselamatan yang perlu diberikan perhatian oleh guru di pusat jagaan dan prasekolah melibatkan aspek seperti keselamatan dapur, keselamatan luar kelas, keselamatan dalam kelas, keselamatan makanan dan permainan yang selamat

    6. Langkah-langkah menghadapi kebakaran, keselamatan ketika berada di jalan raya dan taman permainan perlu dipatuhi oleh setiap kanak-kanak bagi menjamin kesejahteraan mereka ketika menghadpi perkara yang tidak diingini.

    7. Panduan keselamatan perlu diberi perhatian dari beberapa aspek yang melibatkan bahagian ruang di rumah dan juga apabila berlakunya kecemasan yang tidak diingini. Perkara yang perlu diberikan perhatian adalah dari segi pemakanan, alat permainan, pergerakan mereka dan persekitaran dalam dan luar rumah.

    PETA KONSEP

    KATA KUNCI

    1. Kesejahteraan 2. Faktor kesejahteraan dan keselamatan

    3. Keselamatan 4. Langkah-langkah keselamatan

    Kesejahteraan dan

    Keselamatan

    Faktor-faktor Panduan Langkah-langkah

  • KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK| 27

    PENILAIAN KENDIRI

    1. Apakah perbezaaan antara kesejahteraan dan keselamatan? 2. Apakah yang boleh berlaku akibat daripada ketegangan? 3. Apakah keperluan keselamatan kanak-kanak? Berikan contoh salah satu keperluan

    keselamatan tersebut. 4. Adakah menggunakan alat bantuan berjalan kepada bayi didapati sesuai? Jika tidak apa

    alasan anda?

    RUJUKAN Baharudin Omar. (2002). Asas Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Zainun Ishak. (2006). Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan

    Publications & Distributors Sdn Bhd.

    JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

    1. Kesejahteraan menampilkan konsep bahawa kesihatan seseorang tidak hanya ditentukan dari daya perubatan atau penyakit seseorang, tetapi ditentukan daripada potensi daya pencapaian atau kemajuan seseorang. Sementara itu, keselamatan pula merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi perlindungan kepadanya agar hidup sejahtera dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya yang menimpa diri individu tersebut.

    2. Segala perasaan yang dialami akan merubahkan keadaan fizikal (meningkatkan denyutan nadi, tekanan darah, pernafasan, ketegangan otot di seluruh badan, mengurangkan pencernaan badan, meningkatkan risiko penyakit jantung)

    3. Keperluan keselamatan kanak-kanak perlu melibatkan bahagian ruang di rumah dan juga

    apabila berlakunya kecemasan yang tidak diingini. Sebagai contoh dalam apek pemakanan melalui susu ibu. Bagi ibu yang menyusu anak dengan susu botol, pastikan anak tidak ditinggalkan bersendirian atau tidur dengan botol susu di dalam mulut untuk mengelakkan kejadian tercekik. Bancuhkan susu baru setiap kali anak ingin menyusu.

    4. Alat bantuan berjalan kanak-kanak adalah berbahaya. Anda dinasihatkan supaya jangan

    menggunakannya. Dengan alat ini, bayi boleh bergerak dengan lebih laju dan mencapai barang-barang di sekelilingnya. Bayi mendapat kebolehan untuk bergerak sebelum dia bersedia dan ini menyebabkan bayi lebih cenderung untuk mendapat kecederaan serius. Penggunaan alat bantuan berjalan tidak akan membantu kanak-kanak belajar berjalan dengan lebih cepat atau pantas