20140410113639_topik 9 kakitangan dan tempat kerja

10
PENGENALAN Tahukah anda semasa temu duga, penemu duga boleh meminta pemohon supaya menjalani ujian dadah? Mengapa ujian itu perlu? Apakah rasional di sebalik permintaan ini? Ujian saringan boleh dibuat kerana syarikat ingin melindungi diri, kakitangan dan pelanggan daripada keburukan yang boleh dielakkan. Oleh itu, mereka percaya bahawa mereka perlu mengetahui sejarah peribadi dan tabiat kakitangan mereka agar dapat melindungi organisasi daripada masalah penipuan, kecurian maklumat atau lain-lain kemudaratan akibat tingkah laku kakitangan di bawah pengaruh arak atau dadah. Namun, adakah syarikat mempunyai hak ke atas maklumat tersebut demi kepentingannya sendiri? Adakah ia suatu pencerobohan yang tidak wajar terhadap hak kebersendirian kakitangan jika ia dilakukan? Kita akan mengetahui jawapan bagi isu-isu ini dalam subtopik-subtopik seterusnya. Mari kita teruskan! T T o o p p i i k k 9 9 Kakitangan dan Tempat Kerja Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan bagaimana melindungi hak kebersendirian kakitangan dan syarikat; 2. Mengenal pasti alasan-alasan moral dalam langkah-langkah syarikat sebelum mengambil pekerja; dan 3. Mengenal pasti kejadian-kejadian yang mengakibatkan pencabulan hak kebersendirian. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: zaari-mohamad

Post on 03-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

modul oum etika profesional bahasa melayu bab 9

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Tahukah anda semasa temu duga, penemu duga boleh meminta pemohon supaya menjalani ujian dadah? Mengapa ujian itu perlu? Apakah rasional di sebalik permintaan ini? Ujian saringan boleh dibuat kerana syarikat ingin melindungi diri, kakitangan dan pelanggan daripada keburukan yang boleh dielakkan. Oleh itu, mereka percaya bahawa mereka perlu mengetahui sejarah peribadi dan tabiat kakitangan mereka agar dapat melindungi organisasi daripada masalah penipuan, kecurian maklumat atau lain-lain kemudaratan akibat tingkah laku kakitangan di bawah pengaruh arak atau dadah. Namun, adakah syarikat mempunyai hak ke atas maklumat tersebut demi kepentingannya sendiri? Adakah ia suatu pencerobohan yang tidak wajar terhadap hak kebersendirian kakitangan jika ia dilakukan? Kita akan mengetahui jawapan bagi isu-isu ini dalam subtopik-subtopik seterusnya. Mari kita teruskan!

    TTooppiikk

    99 Kakitangan

    dan Tempat Kerja

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan bagaimana melindungi hak kebersendirian kakitangandan syarikat;

    2. Mengenal pasti alasan-alasan moral dalam langkah-langkah syarikatsebelum mengambil pekerja; dan

    3. Mengenal pasti kejadian-kejadian yang mengakibatkan pencabulanhak kebersendirian.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 152

    MENGHORMATI HAK KEBERSENDIRIAN KAKITANGAN

    Secara dasarnya, setiap syarikat mempunyai hak untuk melindungi diri daripada penipuan, kecurian maklumat dan rahsia perdagangan, kerosakan ke atas kemudahan serta kemudaratan kepada kakitangan, pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan syarikat. Oleh kerana kakitangan berpotensi sebagai punca kemudaratan tersebut, para pengurus selalunya perlu menyelidiki sejarah peribadi calon pekerja mereka. Sesetengah syarikat menggunakan ujian pra-pekerjaan untuk mengetahui tahap kejujuran bakal kakitangan mereka. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, ujian poligraf telah digunakan oleh banyak syarikat sebagai alat saringan pra-pekerjaan (Rajah 9.1). Ia digunakan untuk mengetahui tahap kejujuran seseorang. Walau bagaimanapun, penggunaan alat tersebut kini dilarang oleh undang-undang.

    Rajah 9.1: Ujian poligraf

    Sumber: http://www.akhbarassociates.com Para pengurus juga ingin memantau ataupun cuba menyekat aktiviti peribadi pekerja yang bekerja dengan mereka untuk memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada perniagaan.

    9.1

  • TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 153

    Namun, terdapat dua persoalan penting yang boleh dipersoalkan terhadap tindakan-tindakan tersebut iaitu:

    (a) Sejauh manakah para pengurus boleh menceroboh hak kebersendirian calon kakitangan atau kakitangan sedia ada demi kepentingan syarikat?

    (b) Adakah hak syarikat untuk melindungi diri akan sentiasa mengatasi hak kebersendirian kakitangan?

    Selain itu, syarikat-syarikat juga boleh memasang alat-alat canggih seperti televisyen litar tertutup (CCTV) atau perisian komputer untuk memantau gerak-geri kakitangan mereka di pejabat dan dalam rangkaian komputer. Rajah 9.2 menunjukkan rakaman melalui televisyen litar tertutup di suatu organisasi.

    Rajah 9.2: Memantau gerak-geri kakitangan melalui televisyen litar tertutup

    Sumber: http://isafesoft.com

    AKTIVITI 9.1

    Cuba anda tanya pengurus sumber manusia di tempat anda tentangsejauh manakah majikan anda boleh menjalankan ujian ke ataskakitangannya. Bandingkan maklumat yang anda dapati dengan rakansekelas. Kemudian, ringkaskan dapatan anda menggunakan petaminda.

  • TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 154

    Pemasangan kamera ini membolehkan majikan memantau gerak-geri kakitangannya sewaktu bekerja.

    Bincangkan soalan-soalan berikut:

    (a) Sejauh manakah majikan boleh menceroboh hak kebersendirianbakal kakitangan atau kakitangan sedia ada demi kepentinganorganisasi?

    (b) Adakah hak organisasi untuk melindungi diri sendiri sentiasamengatasi hak kebersendirian kakitangan?

    AKTIVITI 9.2

    Terdapat kes-kes di Malaysia di mana majikan didapati menyelidikkehidupan sosial kakitangan mereka melalui aplikasi jaringan sosialseperti Facebook.

    Sumber: http://itblog.ws Adakah amalan ini boleh diterima? Bincangkan perkara ini daripadasudut gangguan ke atas hak kebersendirian kakitangan.

    AKTIVITI 9.3

  • TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 155

    PENYALAHGUNAAN BAHAN

    Anda tentu bersetuju bahawa tiada syarikat yang ingin berada dalam keadaan di mana kakitangan mereka tidak dapat menjalankan tugas akibat pengaruh arak atau dadah. Disebabkan penyalahgunaan arak dan dadah yang berleluasa pada masa ini, ramai majikan bimbang jika pekerja yang diambil oleh mereka ialah penagih dadah atau arak. Oleh itu, ujian penyalahgunaan bahan berkenaan sudah menjadi suatu keperluan pra-pekerjaan di banyak syarikat perniagaan. Namun, wujud persoalan sama ada syarikat mempunyai hak moral untuk mengenakan ujian tersebut atau tidak. Hak kebersendirian kakitangan supaya tidak dicerobohi bukan sesuatu yang mutlak kerana seseorang itu tidak mungkin boleh mengetepikannya. Demi kepentingan untuk membuktikan kepada majikan bahawa mereka bukan ancaman kepada syarikat, pemohon pekerjaan boleh bersetuju untuk menjalani ujian dadah atau arak. Bagi pihak syarikat, mereka mempunyai justifikasi moral apabila menghendaki pemohon pekerjaan menjalani ujian dadah atau arak sebagai langkah perlindungan, terutamanya apabila keselamatan pelanggan dan kakitangan lain dianggap terancam. Namun, terdapat garis panduan yang perlu dipatuhi di mana syarikat yang menghendaki ujian tersebut perlu memastikan bahawa: (a) Ujian adalah ttepat dan bagi pemohon yang mempunyai kes perubatan,

    mereka perlu dibenarkan untuk menunjukkan bukti bahawa mereka menggunakan dadah mengikut preskripsi perubatan yang sah; dan

    (b) Keputusan ujian disimpan sebagai ssulit. Capaian terhadap maklumat

    tersebut hanya dibenarkan kepada pihak-pihak yang sah dan perlu sahaja. Sekiranya langkah beringat ini tidak dapat dipatuhi walaupun keadaannya munasabah, maka syarikat tiada hak untuk meminta ujian berkenaan dilaksanakan. Terdapat dua persoalan penting berhubung ujian dadah atau arak ke atas kakitangan. Dua persoalan tersebut dihuraikan seperti berikut:

    9.2

  • TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 156

    (a) BBagaimanakah ujian ke atas kakitangan yang sedia ada di syarikat dilakukan? (i) Ujian ini memerlukan penyelia-penyelia terlatih dalam teknik-

    teknik mengenali tanda-tanda penyalahgunaan.

    (ii) Selain itu, ia juga bermaksud menjalankan ujian selepas fakta di mana terdapat kakitangan yang terlibat dalam sesuatu kemalangan yang telah memudaratkan orang lain atau mengakibatkan kerosakan harta benda yang meluas.

    (iii) Bagi majikan, bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila mendapat tahu bahawa kakitangan mereka khayal atau mabuk dan mengakibatkan kemalangan kapal terbang, kereta api atau bas. Kesimpulan yang menyedihkan ini menerangkan mengapa majikan kadangkala menjalankan ujian rawak ke atas semua kakitangan yang memegang jawatan di mana risiko untuk memudaratkan orang lain atau harta benda adalah tinggi, sekiranya mereka melakukan kesilapan.

    (b) AAdakah ujian rawak ke atas kakitangan mempunyai justifikasi moral? Prinsip sebab barangkali dianggap boleh digunakan. Ini bermakna ujian dadah atau arak hanya dibenarkan jika majikan mengesyaki bahawa prestasi kakitangan adalah sah terjejas oleh penggunaan bahan berkenaan.

    Walau bagaimanapun, hanya dua keadaan yang dapat menjustifikasikan sebarang ujian ke atas kakitangan iaitu:

    (i) Syak dan sahkan bahawa kakitangan tertentu telah menyalahgunakan arak atau dadah; atau

    (ii) Mempunyai bukti statistik yang sah bahawa kejadian penyalahgunaan arak atau dadah dalam kalangan kakitangan yang disyaki adalah signifikan.

    Ujian rawak boleh digunakan terutamanya dalam pekerjaan di mana keselamatan kakitangan lain, pelanggan atau orang awam akan terancam oleh prestasi pekerja yang tidak cekap. Jika ia dapat memastikan keputusan yang memuaskan, maka ia mempunyai justifikasi moral dengan syarat, semua kakitangan tertakluk kepadanya.

  • TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 157

    PENGANIAYAAN KAKITANGAN

    Akhir sekali, mari kita pelajari tentang penganiayaan kakitangan. Pernahkah anda menghadapi situasi di mana majikan anda memarahi anda dengan suara yang lantang dan kuat di hadapan rakan-rakan sekerja anda kerana sangat berang dan tidak dapat mengawal emosinya? Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3, ia mungkin bukan perkara yang luar biasa bagi seorang ketua yang naik berang memarahi kakitangan bawahan mereka dengan cara yang agak beremosi.

    Rajah 9.3: Seorang majikan sedang memarahi kakitangannya

    9.3

    SEMAK KENDIRI 9.1

    Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum sesebuahorganisasi mengenakan ujian penyalahgunaan arak atau dadah ke ataskakitangannya? Senaraikan.

  • TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 158

    Seorang ketua boleh memarahi kakitangan bawahannya di atas beberapa sebab, kebiasaannya kerana kegagalan atau kesalahan mereka yang berkaitan dengan kerja. Walau bagaimanapun, jika kakitangan turut diancam untuk diberhentikan kerja atas alasan-alasan berikut, ia menjadi sesuatu yang serius:

    (a) Tidak bersetuju untuk memalsukan penyata-penyata kewangan;

    (b) Menolak desakan seksual;

    (c) Tidak mengelak daripada dilantik menjadi juri; atau

    (d) Enggan menipu bagi pihak kesatuan sekerja atau syarikat. Alasan-alasan tadi melibatkan pencabulan hak kebersendirian yang jelas. Walaupun kakitangan perlu diberitahu jika prestasi kerja mereka tidak memuaskan, ia tidak bermakna bahawa kakitangan atau pengurus yang tiada kaitan kerja secara langsung dengannya atau tidak mungkin akan menjadi penyelianya, mempunyai hak untuk mengetahui tentangnya juga. Semua orang berhak memelihara reputasi yang baik di khalayak ramai. Menggunakan ancaman untuk memaksa kakitangan supaya melanggar undang-undang adalah juga satu bentuk pelanggaran hak kebersendirian. Ia dianggap seperti menceroboh ke dalam jiwa seseorang dan meletakkannya dalam keadaan yang bertentangan dengan undang-undang. Bagi penyokong moral undang-undang semula jadi atau penyokong moral berasaskan hak, kejadian-kejadian ini adalah bukti penganiayaan kakitangan, pencabulan maruah dan kehormatan manusia. Oleh itu, ia dianggap tidak bermoral. Bagi penyokong utilitarian, mereka juga tidak mungkin akan mengatakan bahawa amalan-amalan ini mempunyai justifikasi moral dan boleh menghasilkan akibat baik pada keseluruhannya. Akhir sekali, bagi penyokong relativisme budaya, mereka juga tidak mungkin mempercayai wujudnya adat sebegini di tempat kerja dalam mana-mana masyarakat di dunia sebagai normal dan bermoral. Sebagai penutup, cuba anda jawab soalan-soalan berikut untuk memperkukuhkan pemahaman anda mengenai Topik 9 ini:

    SEMAK KENDIRI 9.2

    Apakah aspek-aspek yang boleh dianggap sebagai pencerobohan keatas hak kebersendirian kakitangan?

  • TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 159

    Kakitangan mempunyai hak kebersendirian mereka; tiada sesiapa

    (walaupun majikan) berhak untuk mencerobohi hak kebersendirian ini.

    Syarikat ingin melindungi diri, kakitangan dan pelanggan mereka daripada kemudaratan yang boleh dielak.

    Syarikat perlu mengetahui butir-butir peribadi calon/pekerja seperti sejarah dan tabiat kakitangan mereka untuk melindungi syarikat daripada penipuan, kecurian dan tingkah laku kakitangan yang boleh mendatangkan mudarat.

    Ujian rawak untuk mengesan penyalahgunaan bahan terlarang boleh dijustifikasikan daripada segi moral, jika terdapat syak dan bukti yang sah menunjukkan terdapat sejumlah besar kakitangan yang mungkin terlibat dengan arak atau dadah.

    Memarahi kakitangan di khalayak ramai di atas sebab prestasi kerja yang lemah adalah suatu pencabulan hak kebersendirian mereka. Semua orang mempunyai hak untuk memelihara nama baik mereka di khalayak ramai. Oleh itu, hanya mereka yang perlu sahaja harus mengetahui mengenai prestasi seseorang.

    Mengancam seseorang kerana enggan melakukan sesuatu perkara yang menyalahi moral atau undang-undang adalah pencerobohan terhadap jiwa/kerohanian seseorang dan seterusnya menghadapkannya dengan masalah undang-undang. Ini juga merupakan satu pencabulan ke atas hak kebersendirian.

    LATIHAN 9.1

    1. Menggunakan perkataan sendiri, jelaskan pemahaman andatentang hak kebersendirian kakitangan.

    2. Sebagai seorang pengurus sumber manusia di sebuah syarikat,apakah persediaan anda sebelum mengambil seseorang calonsebagai pekerja baru di tempat anda?

    3. Terangkan apakah keadaan yang membenarkan ujian arak ataudadah ke atas kakitangan mempunyai justifikasi moral?

  • TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 160

    Penyokong moral undang-undang semula jadi menganggap sebarang penganiayaan ke atas kakitangan adalah salah daripada segi moral, manakala penyokong utilitarian akan mendapatinya berjustifikasi hanya dalam keadaan ekstrem jika ia boleh menghasilkan kebaikan yang menyeluruh. Bagi penyokong relativisme budaya, mereka perlu memastikan bahawa komuniti yang terlibat dalam penganiayaan boleh bertoleransi dengan isu tersebut.

    Kebersendirian kakitangan

    Penganiayaan kakitangan

    Penyalahgunaan bahan

    Ujian dadah

    Ujian poligraf

    Ujian rawak