20140217170226kandungan & panduan

Upload: nik-zawawi

Post on 03-Jun-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 20140217170226kandungan & panduan

    1/6

    iKRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    ISI KANDUNGAN

    Unit Topik Halaman Unit 1 Pengenalan kepada Penyelidikan Sekolah Rendah 1

    Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif 17

    Unit 3 Penyelidikan Kualitatif 31

    Unit 4 Teori dan Masalah Kajian 45

    Unit 5 Tinjauan Literatur 63

    Unit 6 Persampelan 75

    Unit 7 Paradigma dan Kaedah Kajian 87

    Unit 8 Analisis Data 125

    Unit 9 Dapatan Kajian dan Perbincangan 147

    Unit 10 Menghasilkan Proposal Penyelidikan 165

  • 8/11/2019 20140217170226kandungan & panduan

    2/6

  • 8/11/2019 20140217170226kandungan & panduan

    3/6

    iKRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    PANDUAN KURSUS

    PENGENALAN

    KRL 3033 (Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah) adalah kursus

    yang perlu diambil oleh pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda

    Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah). Kursus ini ditawarkan oleh Fakulti

    Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Kursus yang bernilai tiga (3) jam kredit ini

    mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran asas penyelidikan dalam pendidikan

    sekolah rendah.

    SINOPSIS KURSUS

    Kursus ini memberi pendedahan mendalam tentang kemahiran asas dalam

    penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Penekanan diberikan kepada

    penelitian teori-teori yang relevan menjadi asas kepada penyelidikan dalam bidang

    pendidikan sekolah rendah. Kemahiran asas seperti mengenal pasti masalah kajian,

    pemilihan sampel, kaedah kajian terpilih, analisis data dan menulis laporan. Akhirnya

    pelajar dapat membina satu proposal penyelidikan yang lengkap dan kemas.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Hasil pembelajaran kursus ini ialah seperti berikut:

    1. Menjelaskan perspektif dan teori penyelidikan dalam bidang pendidikan sekolah

    rendah.

    2. Menguraikan pemilihan masalah kajian, prosedur kajian dan persampelan.3. Membuat pemilihan kaedah kajian yang sesuai dalam bidang pendidikan sekolah

    rendah.

    4. Menjalankan dan membudayakan amalan penyelidikan dalam pendidikan.

    5. Menunjukan cara penganalisisan data.

    6. Menghasilkan proposal yang sesuai untuk tujuan penyelidikan.

  • 8/11/2019 20140217170226kandungan & panduan

    4/6

    ii Panduan Kursus

    TOPIKKursus ini mengandungi 10 topik utama, berkaitan dengan pengenalan kepada

    penyelidikan pendidikan sekolah rendah, penyelidikan kuantitatif, penyelidikan kualitatif,

    teori dan masalah kajian, tinjauan literatur, persampelan, paradigma dan kaedah kajian,

    analisis data, dapatan dan perbincangan, dan menghasilkan proposal penyelidikan.

    PANDUAN PENGGUNAAN MODULTerdapat sepuluh unit pembelajaran yang terkandung dalam modul ini yang ditulis oleh

    penulis modul yang tertentu. Setiap unit dalam modul ini menjelas dan membincangkan

    topik dan subtopik yang relevan dengan kandungan kursus. Hasil pembelajaran yang

    diharapkan daripada setiap unit dinyatakan. Peta konsep topik dan subtopik yang

    terkandung dalam setiap unit juga dipaparkan sebagai gambaran awal berkaitan topik

    dan subtopik yang dibincangkan. Setiap unit dalam modul ini juga memaparkan sedikit

    fakta sebagai pencetus idea kepada topik atau subtopik yang dibincangkan. Selain

    fakta sebagai pencetus idea untuk difahami, dibincang dan dianalisis, setiap unit dalam

    modul ini juga menyarankan beberapa aktiviti yang perlu dilakukan oleh pelajar sebagai

    penggerak untuk kelangsungan proses pembelajaran kursus ini. Penilaian Kendiri yangmengemukakan beberapa soalan juga terdapat di setiap unit dalam modul ini bagi

    menguji tahap penguasaan kandungan. Walau bagaimanapun pembelajaran kursus ini

    adalah tidak terbatas kepada apa yang terdapat di dalam modul ini sahaja. Sebaliknya,

    para pelajar juga perlu membuat rujukan lanjut daripada buku-buku rujukan atau laman

    web yang disarankan di bahagian rujukan bagi menambahkan lagi ilmu berkaitan

    dengan kaedah penyelidikan dalam pendidikan.

  • 8/11/2019 20140217170226kandungan & panduan

    5/6

    iiiKRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    PENAKSIRAN

    BENTUK PENAKSIRAN WAJARAN (%)KERJA KURSUS 60

    PEPERIKSAAN AKHIR 40

    JUMLAH 100

  • 8/11/2019 20140217170226kandungan & panduan

    6/6

    iv Panduan Kursus