20140208_083141

Upload: apalakamo-aman

Post on 05-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dsad

TRANSCRIPT

  • TOPIK 4REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

    By: Ir. Ahmad Rasdan Ismail 013-3942463AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • REKA BENTUK TEMPAT KERJA Terdapat hubungan yang tinggi antara keselesaan pekerja dengan produktiviti. Majikan harus tahu ketidakselesaan akibat kerja berdiri terlalu lama contohnya, akan meletakkan tekanan fizikal kepada pekerja yang mana ini tidak akan meninggikan produktiviti syarikat. Keletihan akan mengakibatkan penurunan prestasi kerja kerana mereka bekerja dalam reka bentuk tempat kerja yang tidak sesuai dan kebarangkalian tinggi untuk mendapat kecederaan. AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • REKA BENTUK TEMPAT KERJAMatlamat ergonomik bukan semata-mata untuk mengurangkan tenaga kerja tetapi lebih kepada memaksimumkan produktiviti pekerja tanpa memudaratkan pekerja.AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • TEMPAT KERJA DAN RUANG KERJA Ruang kerjakawasan tiga dimensi yang mengelilingi pekerja.didefinasikan sebagai titik paling jauh (outmost point) yang boleh dicapai oleh anggota tubuh pekerja serta alat kawalan, peralatan atau lain-lain peralatan yang digunakan oleh pekerja. Tempat kerjaContohnya, seperti stesen pemasangan, pejabat, kilang, kenderaan atau apa saja kawasan di mana kerja dilakukan. Kesesuaian spesifikasi rekaan tempat kerja dengan fizikal pekerja dan keperluan pekerjaan adalah amat penting dan mempunyai hubungan langsung dengan produktiviti, kualiti, keselamatan, kesihatan dan keselesaan pekerja itu sendiri. AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • FAKTOR REKAAN TEMPAT KERJA Tempat kerja perlu direka bentuk dengan baik agar para pekerja dapat menjalankan tugas mereka dengan berkesan. Terdapat dua faktor rekaan tempat kerja;Perbezaan saiz manusia dalam kalangan pekerja. Pemahaman populasi pekerja itu sebagai contoh, budaya, pendidikan, latihan, kemahiran, tingkah laku, kebolehan fizikal dan mental. AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • PRINSIP REKAAN STESEN KERJAPrinsip am reka bentuk stesen kerja individu adalah untuk menyediakan lokasi yang selamat dan optimum di mana kerja dapat dijalankan dengan baik. Prinsip rekaan stesen kerja;Apakah yang pekerja perlu lihat semasa bekerja? bahagian tempat kerja mesti dilihat oleh pekerja, bilangan, jenis dan lokasi kawalan yang mesti digunakan oleh pekerja dan jenis tindakan yang diperlukan untuk menjalankan peralatan tersebutkeperluan untuk komunikasi visual dan memantau aktiviti pekerja lain serta keperluan untuk memantau aktiviti, interaksi antara pekerja lain.

    REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PRINSIP REKAAN STESEN KERJAApakah yang pekerja perlu dengar? Keperluan untuk komunikasi secara verbal semasa bekerja, isyarat yang boleh didengar oleh pekerja, dan keperluan mendengar operasi peralatan mekanikal yang digunakan. Apakah tugas yang perlu dilakukan oleh pekerja? Pereka perlu menentukan pergerakan dan tugas yang perlu dilakukan oleh pekerja sama ada tugas tersebut memerlukan aktiviti mengangkat, membawa dan menyusun barang dan jenis peralatan yang diperlukan untuk menjalankan tugas.Apakah urutan aktiviti kerja? Para pereka perlu memahami cara/kaedah dan urutan tugas yang perlu dilakukan oleh pekerja.

    REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PRINSIP REKAAN STESEN KERJAApakah kelegaan ruang yang diperlukan? Pereka mesti menentukan dan menyediakan ruang yang diperlukan oleh pekerja dalam menjalankan kerja dengan berkesan dan selamat dengan mengambil kira saiz pekerja yang akan menjalankan tugas di tempat kerja itu dan ruangan untuk pakaian dan pergerakan mereka. Apakah ruang simpanan yang perlu? Pereka perlu membuat perkiraan ruang untuk menyimpan bahan mentah, bahan dalam proses dan barangan siap juga peralatan dan lain-lain keperluan kerja yang mesti digunakan dan disimpan di tempat kerja. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPAT KERJA Terdapat tiga faktor berikut di mana dua yang pertama adalah amat penting dalam rekaan tempat kerja: Data antropometrikCara kerjaCorak perangai pekerjaAHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPAT KERJASecara amnya, rekaan tempat kerja mesti memenuhi kriteria berikut: Penjimatan. Meningkat keberkesanan pekerja. Mengekalkan postur pekerja dengan baik. Mengurangkan kelesuan. Meminimumkan risiko kesihatan dan keselamatan contohnya tekanan pada sistem tulang rangka. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPAT KERJARekaan tempat kerja seharusnya berdasarkan dimensi dan kebolehan pekerja secara ergonomik.Bagaimanapun, adalah tidak praktikal untuk menentukan spesifikasi rekaan untuk semua ruang kerja atau stesen kerja kerana ukuran mereka ini bergantung kepada ciri fizikal penggunanya dan cara penggunaannya. Prinsip ergonomik dan penilaian kerja (penilaian pergerakan dan kerja) patut digunakan sebagai panduan am untuk rekaan tempat kerja/ruang kerja. Pereka mesti menerapkan prinsip berikut;REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPAT KERJARuang kerja mesti direka untuk sejumlah bilangan pekerja. Maka, semua ukuran mesti ditentukan berdasarkan data antropometrik. Ruang kerja mesti mempunyai ruang yang cukup untuk kepala, badan, tangan, lutut dan kaki pengguna. Bilangan individu yang ramai akan menentukan jumlah ruang yang perlu. Membongkok atau postur yang tidak neutral patut dielakkan. Membengkokkan badan ke bahagian tepi, contohnya, adalah lebih bahaya dari dibengkokkan ke hadapan. Membuat capaian secara melampau sama ada di depan atau di tepi patut dielakkan. Semakin jauh siku dari bahagian badan semakin cepat kelesuan akan wujud dan juga akan mengurangkan kejituan dan kemahiran penggunaan tangan dan lengan. Mengangkat tangan secara melampau akan menyebabkan kelesuan pada bahagian bahu. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPAT KERJAUtamakan kerja secara duduk lebih dari berdiri. Kerja yang berpanjangan dalam satu posisi perlu dihindarkan sama ada duduk atau berdiri. Dengan ini, sebahagian pergerakan mestilah selari dengan kerja dan tempat kerja mesti senang untuk mengubah postur. Kaedah ini akan mengurangkan ketidakselesaan dan kelesuan. Pergerakan tangan mesti dalam keadaan yang betul atau simetri. Lokasi lapangan kerja mesti dalam jarak yang baik dari pandangan pekerja. Semua peralatan dan barangan yang diperlukan oleh pekerja patut ditempatkan secara teratur. Peralatan dan barangan mesti sentiasa di tempat yang sama kerana ia menjimatkan masa dan tidak perlu mencari. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPAT KERJAPeralatan perlu diletakkan dengan baik supaya ia dapat mudah diambil. Sebagai contoh, pemutar skru berkuasa yang selalu digunakan secara berulangan boleh digantung menggunakan spring di atas meja kerja. Dalam keadaan ini, pekerja tidak perlu mengangkat kepala mereka untuk melihat peralatan itu, mereka hanya perlu menggenggam dan menarik ke bawah ke posisi yang diperlukan. Semua peralatan dan barangan mesti ditempatkan dalam jarak yang selesa untuk dicapai. la akan menimbulkan kelesuan jika pekerja perlu berulangan . mengubah posisi untuk mencapai secara melampau melangkaui kawasan capaian maksimum, atau kerja melampaui kawasan kerja yang biasa. Semua aktiviti mesti dijalankan dalam kawasan capaian maksima. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPAT KERJAAktiviti kerja melampaui jarak maksimum adalah tidak diperlukan. Sebagai peraturan am, pemutar skru, peralatan , barangan dan bahan mesti diatur di kawasan tempat kerja di mana kerja yang dilakukan dengan kerap boleh dibuat dengan membengkokkan siku dan berhampiran dengan badan. Kerja tangan boleh diangkat dengan menggunakan bantuan alat sokongan di bawah siku, lengan atau pergelangan tangan. Gunakan alas getah untuk menutup tepi yang tajam atau sudut tajam pad a meja atau bangku kerja yang mungkin tersentuh oleh pekerja. Pemusingan badan perlu dielakkan, pemusingan ini akan lebih bahaya jika menjalankan kerja-kerja mengangkat. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPAT KERJAKombinasi regangan dan mengangkat atau menempatkan barang pada satu jarak yang mana akan meningkatkan beban pada bahagian belakang perlu dielakkan. Pencangkuk (hook) atau peralatan yang sama mesti digunakan untuk menarik objek sedekat yang boleh ke badan sebelum mengangkatnya. Mengangkat barangan yang berat atau besar di atas paras bahu patut dielakkan. Objek ini boleh menjana beban yang besar pada bahagian bawah belakang. Pembengkokan pergelangan tangan dalam kerja-kerja berulangan patut dielakkan. Sebagai contoh, bekas makanan boleh dibuka jika pembuka tin digunakan, tangan akan ditetapkan pada lengan tangan. Adalah amat penting mengelakkan pembengkokan pergelangan tangan bila menggunakan tenaga yang besar. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJA Persediaan Semua maklumat yang berkaitan dengan kerja yang akan dijalankan di tempat kerja, semua kebolehan dan hadnya akan dinilai. Jenis fungsi kerja (tasks). Perhubungan manusia dan mesin. Keperluan tempat kerja dan hadnya. Keadaan persekitaran kerja. Ciri dan keperluan peralatan yang diguna di tempat kerja. Kebolehan dan keterangan berkaitan populasi pekerja. AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJAKenai pasti semua rekaan alternatif yang bersesuaianInformasi yang didapati akan dikumpulkan untuk mendapatkan semua rekaan alternatif yang sesuai di mana kombinasi komponen yang berkesan akan memenuhi had rekaan. Ciri-ciri fungsi (tujuan rekaan tersebut diperlukan). Kesesuaian ciri fungsi dengan had rekaan. Kebolehgunaan rekaan alternatif pada keadaan yang diharapkan.

    AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJAPemilihan rekaan alternatif yang terbaik Semua alternatif yang diperolehi dibandingkan untuk memilih alternatif yang terbaik. Kriteria yang digunakan untuk perbandingan dan pemilihan alternatif yang terbaik mesti melibatkan: Ekonomi pengeluaran. Kecekapan operasi. Mudah penyelenggaraan.

    REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJAPemeriksaan alternatif yang terpilihRekaan yang terpilih patut dinilai secara eksperimen untuk memastikan objektif rekaan telah dicapai dan hadnya diterima.Membuat mock up dan penilaian keseluruhan tempat kerja mungkin diperlukan untuk memastikan semua rekaan adalah bersesuaian dan semua masalah diselesaikan. Perlu diperhatikan bahawa masalah rekaan tempat kerja bukan hanya dimensinya sahaja, ianya juga termasuk keselamatan, persekitaran, psikologi dan lain-lain masalah.

    REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJAAdalah amat penting bagi jurutera pereka menggunakannya data antropometri. Sebagai contohnya, pekerja yang rendah yang ditugaskan ke tempat pemasangan di tempat yang tinggi boleh menyebabkan masalah muskuloskeletal pada bahagian atas badan pekerja (bahu, siku, pergelangan tangan dan sebagainya) akibat dari posisi yang tidak selamat semasa bekerja. Begitu juga sebaliknya jika pekerja tinggi dan tempat kerjanya rendah akan mengakibatkan kesakitan bahagian bawah seperti sakit belakang akibat terpaksa membongkok. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJAPengubahsuaian tempat kerja bukan suatu yang mudah dan ia melibatkan kos yang tinggi. Dalam kes ini, memilih orang yang bersesuaian adalah lebih mudah dan ini bertentangan dengan matlamat ergonomik iaitu menyesuaikan kerja pada pekerja. Dua kaedah am untuk memperbaiki keberkesanan tempat kerja;Pengubahsuaian (redesign) tempat kerja (konsep menyesuaikan tempat kerja kepada manusia).Memilih pekerja yang sesuai untuk kerja itu (menyesuaikan manusia dengan tugasnya). REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJATiga kriteria asas rekaan untuk mengukuhkan dimensi (ukuran) tempat kerja untuk situasi tertentu iaitu;

    Rekaan untuk yang ekstremJarak capaian direka untuk individu yang kecil dan ruang kelegaan direka untuk individu yang besar. Contohnya, jika mereka yang rendah boleh meneapai butang kawalan, maka yang tinggi juga boleh mencapainya tanpa ada masalah. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJARekaan untuk yang purataKebanyakan komponen dalam operasi pemasangan direka untuk pekerja yang saiz purata. Kriteria ini boleh diguna pakai untuk tempat kerja yang tidak boleh diubah. Konsep rekaan untuk pekerja yang bersaiz purata akan menghasilkan kesesuaian sebilangan keeil pekerja sahaja bukan untuk majoriti populasi pekerja. Contohnya, bila ketinggian kerusi direka untuk mereka bersaiz purata ini, ia mungkin terlalu tinggi untuk yang rendah sebanyak 50% dan terlalu rendah untuk yang tinggi sebanyak 50%.

    REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJAMenyediakan pemboleh laras/ubah.Akan dapat menyesuaikan ramai tenaga kerja. Kekurangannya adalah kos rekaan dan pengeluaran, kos senggaraan, masa pengubahan dan kesesuaian.

    REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI Tempat kerja secara duduk;Semua benda yang diperlukan dalam menjalankan kitaran kerja dengan mudah dikawal semasa duduk. Kerja yang dibuat tidak memerlukan capaian lebih dari maksimum (untuk populasi Amerika Syarikat 40 em (16 in) atau tinggi dari 15em (6 in)) di atas permukaan kerja. Kerja tidak memerlukan tenaga yang banyak seperti mengangkat barang yang lebih 4.5 kg (10 Ib). AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIKerja melibatkan penulisan dan pemasangan ringan dalam sebahagian masa kerja. Kerja memerlukan penelitian atau pergerakan yang halus juga memerlukan kestabilan.Kerja melibatkan operasi kawalan kaki yang mana dijalankan dengan lebih mudah dan selamat semasa duduk dan mengekalkan postur yang baik. AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRITempat kerja secara berdiri;Tempat kerja tidak mempunyai ruangan kaki dan lutut untuk kerja secara duduk. Kerja yang melibatkan pengendalian barangan yang beratnya melebihi 4.5 kg. Kerja yang memerlukan capaian tinggi, rendah dan berlebihan secara kerap. Kerja yang memerlukan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat secara kerap. Kerja yang memerlukan regangan dan tunduk seperti pembungkusan barangan.

    AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRITempat kerja duduk dan berdiri;Kerja yang memerlukan secara kerap capaian melebihi 41cm (16in) ke hadapan atau lebih 15cm (6 in) di atas permukaan kerja. Kerja mengandungi pelbagai kerja yang mana ianya sebahagian lebih baik secara duduk dan sebahagian lagi secara berdiri. AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIKerja yang berpanjangan pada posisi yang sama, sama ada berdiri atau duduk akan mengakibatkan ketidakselesaan. Duduk yang berpanjangan tanpa ada ruang pengubahsuaian akan mengakibatkan kesan kepada lengkungan spinal yang mana boleh mengganggu sistem penghadaman dan pernafasan. Postur ini juga akan mengurangkan kekuatan bahagian abdomen. Masalah ini akan menjadi serius jika cara duduk yang salah atau rekaan kerusi yang tidak sempurna. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIDalam kerja secara berdiri yang berpanjangan akan mengakibatkan pekerja akan cuba mengimbangi diri dan akan menyebabkan bebanan statik pada otot-otot (terutama kaki dan belakang). Postur ini juga boleh menyebabkan darah berkumpul pada bahagian yang bawah badan. Duduk yang berpanjangan berkemungkinan mempunyai risiko yang sama dengan kerja secara berdiri berpanjangan. Sebagai contoh kerja secara duduk berpanjangan dengan pelbagai masalah postur adalah ketika duduk di panel visual (komputer atau automatik panel). REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIKelebihan kerja secara duduk dari kerja secara berdiri;Menghindar berat badan pada kaki. Kebolehan mencegah postur badan yang tidak natural.Penggunaan tenaga yang kurang kerana kurang aktiviti otot untuk mengekalkan postur. Ini membantu mengurangkan keletihan. Kurang penerimaan tekanan pada sistem kardiovaskular. Menyediakan kestabilan yang tinggi untuk kerja-kerja memerlukan penelitian yang jitu. Kebolehan mengendalikan alat kawalan kaki dengan mudah, tepat dan selamat dan dalam masa yang sarna mengekalkan postur kerja yang baik. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIBerdasarkan keadaan ini, terdapat perbezaan pendapat antara kaedah jurutera dengan ahli ergonomik. Sebagai contoh, jurutera menganggap berdiri dan pengendalian pada jarak yang dekat sebagai satu pergerakan yang tidak berkesan manakala ahli ergonomik percaya pergerakan akan menjadi berkesan jika ianya dapat mengelakkan kelesuan oleh postur yang statik. Dari pandangan psikologi dan ortopedik, rekaan yang baik membenarkan para pekerja menggilirkan antara duduk dan berdiri bila mereka memerlukannya. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIUntuk kerja yang memerlukan duduk yang berpanjangan, ahli ergonomik perlu menyediakan tempat kerja/kerusi yang mudah ubah agar pekerja boleh mengubahnya secara kerap mengikut keselesaan mereka. Jika ianya tidak dapat disediakan, operator boleh mencuba untuk pelbagai postur badan untuk mengelakkan tekanan postur statik. Jika ianya disediakan pula, para penyelia mesti memastikan pekerja tahu untuk menggunakannya dan menyediakan panduan terhadap postur yang betul. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRICadangan untuk Stesen Kerja secara Duduk Adalah tidak sesuai untuk menentukan spesifikasi rekaan kerja secara duduk yang universal sedangkan ukurannya berbeza berdasarkan jenis tempat duduk (tempat duduk juruterbang, kerusi murid sekolah, bangku kerja di kilang) yang mana ianya berkait langsung dengan persekitaran kerja yang berbeza saiz, bentuk dan bahannya. Dengan kata lain terdapat kerusi pelbagai guna digunakan di pejabat, rumah dan kenderaan awam.Rekaan tempat duduk kereta sepatutnya dapat menyesuaikan kuantiti yang besar dalam populasi manusia. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRICadangan dan panduan yang diikuti akan memberi satu nilai yang spesifik untuk ukuran tempat kerja dan julat kebolehubahsuaian. Bagaimanapun, setepat mana pun analisis, stesen kerja patut direka untuk membolehkan pekerja mengubahnya dengan kerap dan mudah.Perubahan postur amat penting dan berkesan untuk setiap stesen kerja. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRICadangan untuk Postur Duduk Kerusi yang direka secara ergonomik adalah satu perkara yang penting dalam sesebuah tempat kerja. lanya akan mempengaruhi kesan postur dan jumlah tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan posisi dan jumlah tekanan pada tulang belakang. AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRITempat kerja secara duduk mesti direka di mana penggunanya duduk dengan postur yang betul seperti berikut;Lengan atas dan kaki bahagian bawah dalam keadaan tegak. Lengan bawah dan paha melintang. Tapak kaki terletak di atas lantai. Tempat sokongan belakang kerusi ke dalam bentuk lengkungan lumbar tulang belakang. Berat bahagian atas badan sama rata diagihkan pada permukaan punggung dan paha. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIPrinsip umum untuk mereka bentuk stesen kerja secara duduk;Apa sahaja yang diperlukan oleh pekerja semasa menjalankan kerjanya mesti boleh diambil dan mudah dikawal dalam keadaan duduk. Rekaan stesen kerja secara duduk, tidak memerlukan tangan bekerja lebih dari had maksimum ketinggian dari permukaan kerja. Menyediakan bantuan mekanikal atau hapuskan keperluan yang memerlukan tenaga yang berlebihan. Pekerja tidak harus mengendalikan objek berat lebih dari 4.5 kg (101b) secara manual. Menyediakan kerusi yang ergonomik. Kerusi boleh digunakan untuk menyokong tulang belakang secara tegak dan dapat mengelakkan kesakitan sakit belakang dan tengkuk. Hapuskan kerja mengangkat secara manual dari lantai. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRICadangan Pemilihan/Rekaan Tempat Duduk Kerusi mesti stabil dan boleh diubah sepenuhnya dari keadaan duduk. Kerusi beroda tidak digalakkan pada lantai sesebuah tempat di mana wujudnya risiko terjatuh. Jika pergerakan diperlukan (untuk pekerja pejabat) roda mesti dipasang kepada kerusi. Tidak sesuai untuk lantai yang licin kerana sukar untuk mengekalkan posisi yang ada. Jika roda digunakan, kerusi ini harus mempunyai lima penyokong untuk mengelakkannya tumbang. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIKerusi mesti mempunyai penyokong belakang yang berlapik dan ianya boleh dilaraskan turun dan naik dan depan-belakang dan tepi hadapan untuk menyokong lumbar sepenuhnya. Ketinggian kerusi mesti boleh dilaraskan. Berat badan akan diagihkan ke punggung bukan kepada paha yang kekal pada posisi melintang. Pemakaian kasut juga dibenarkan. Panjang alas duduk mesti berpadanan. Mesti terdapat ruang yang cukup antara bahagian depan kerusi dengan bahagian belakang lutut. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIBahagian depan kerusi mesti dalam bentuk lengkungan dan ianya memberi ruang yang cukup untuk paha dan dapat mengelakkan pengurangan perkitaran darah. Tempat duduk mestilah sedikit menurun ke belakang (1-5) untuk mengelakkan kesan tolakan kerusi tersebut. Sudut antara penyandar dan tempat duduk sepatutnya 100. Tempat duduk dan penyandar mesti dibuat daripada fabrik yang boleh mengawal pengedaran udara dan boleh tahan tekanan.

    REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIPemilihan fabrik juga hendaklah daripada jenis yang tidak licin dan ketebalan kerusi yang tidak melebihi 2 inci. Pusingan bahagian abdomen mesti dielakkan, jika perlu pastikan kerusi tersebut boleh dipusingkan. Jika ketinggian tempat duduk tersebut tidak boleh diubah pastikan tempat letak kaki disediakan untuk melegakan tekanan pada bahagian paha. Jika alat meletak kaki digunakan pastikan ianya mempunyai sudut yang menghadap pengguna. Mesti menyokong kedua-dua tapak kaki dengan permukaannya dari jenis bahan tahan gelincir.

    REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIPenyokong tangan perlu diadakan jika kerja memerlukan tangan berada jauh dari badan. Penyokong tangan ini perlu diletakkan pelapik yang bersesuaian. Penyokong kepala pula diperlukan jika kerja memerlukan kepala pengguna diletakkan di hadapan atau belakang dalam waktu yang lama. Dalam mendapat postur kerja yang baik, ianya perlu mempunyai permukaan kerja yang boleh laras.REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRICadangan Rekaan Meja KerjaKetinggian sesuatu meja kerja selalunya ditetapkan pada ketinggian siku pengguna. Ketinggian yang tidak sesuai akan menyebabkan kelesuan dan mengurangkan keberkesanan kerja. Lebar dan panjang meja bergantung kepada jenis kerja yang dijalankan. Berikut adalah ukuran yang kritikal dalam mereka bentuk meja kerja: REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIBerikut adalah ukuran yang kritikal dalam mereka bentuk meja kerja:Ketinggian kerja Panjang kerja Lebar kerja Ketinggian ruang lutut Kelebaran ruang lutut Kepanjangan ruang lutut Ruang tapak kaki REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIPanduan Ergonomik Untuk Kerja Berdiri Adalah perlu untuk menyediakan tempat kerja secara berdiri di mana pekerja dapat menjalankan kerja dengan duduk atau berdiri. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRICadangan untuk Postur BerdiriBerdiri secara tetap untuk satu jangka waktu yang lama perlu dielakkan. la akan menyebabkan bengkak pada bahagian bawah kaki serta tekanan pada sendi dan belakang. Jika meja kerja yang boleh laras tidak dapat disediakan, meja kerja perlu mengikut ukuran pekerja yang paling tinggi kerana pekerja yang rendah boleh menggunakan bantuan sesuatu yang boleh mereka berdiri pada ketinggian yang diperlukan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRIJika kerja itu memerlukan kerja penelitian dan jitu maka meja kerja perlu dilaraskan di mana pekerja boleh melihat dengan jelas tanpa menjejaskan postur neutral pekerja itu. Jika memerlukan kerja yang menggunakan tangan dengan kerap dan aktif, gunakan meja kerja yang lebih rendah. Meja kerja yang terlalu tinggi akan menyebabkan pekerja itu men gang kat bahunya dan mengakibatkan kesakitan pada otot bahu. Jika kerja berdiri dalam waktu yang panjang tidak dapat dielakkan, pelapik atau pelapik getah pad a lantai mesti disediakan untuk mengurangkan kelesuan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • MASALAH-MASALAH DAN PENYELESAIANNYA Menyediakan Laluan Yang Mudah Menyediakan ruang kerja yang sesuai. Menyediakan dan membesarkan saiz bukaan. Menghapuskan halangan dan hadangan antara pekerja dan bahan yang perlu dalam kerja. Susun semula komponen stesen kerja, contohnya peralatan, alatan dan penutup. Mengalihkan semua objek yang akan menghalang pandangan. AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • MASALAH-MASALAH DAN PENYELESAIANNYAMengurangkan Tekanan Pada Lengan Melapik tepi sokongan tangan. Menukarkan ketinggian permukaan kerja atau tempat duduk. Menyediakan penyokong lengan. Reka semula kerja. AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • MASALAH-MASALAH DAN PENYELESAIANNYAMengurangkan Tekanan Pada Kaki dan Tapak KakiMengubah susunan stesen kerja untuk menghapuskan aktiviti menyandar pada tepi mesin atau lain halangan. Mengurang saiz meja kerja untuk mengurangkan aktiviti capaian yang berlebihan dan menyandar pada tepi meja. Membentuk bulatan dan melapik bahagian tepi. Menukar ketinggian permukaan kerja. Berdiri pada pelapik lantai. Memakai pelapik kusyen dalam kasut.Mereka bentuk semula kerja. AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • MASALAH-MASALAH DAN PENYELESAIANNYAMengelakkan Postur Yang SalahMemperbaiki stesen kerja untuk mengekalkan siku pekerja pada bahagian tepi badan mereka dan menghapuskan pergerakan memusing terutama semasa mengangkat bahan yang berat. Mengelakkan eapaian ke bawah eontohnya ke dalam kotak atau bakul dengan membekalkan peralatan bantuan. AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • REKAAN PERALATAN KERJA Peralatan kerja adalah sebahagian dari kegunaan dalam kerja yang mana pekerja tidak menyedari sebenarnya mereka terdedah kepada hazard-hazard. Hazard peralatan ini mungkin diakibatkan oleh rekaan yang tidak sesuai ataupun kekurangan pengetahuan pekerja mengenali hazard-hazard yang wujud dalam setiap peralatan yang digunakan. Kesilapan penggunaan dan penyenggaraan peralatan yang tidak sempurna adalah antara faktor yang menyebabkan risiko yang tinggi. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • REKAAN PERALATAN KERJAPeralatan kerja adalah satu alatan tambahan kepada tangan kita. lanya meningkatkan keupayaan pekerja untuk menjalankan tugas. Rekaan yang salah merupakan satu faktor utama yang akan mengakibatkan cumulative trauma disorders (CTDs). lanya juga akan menjejaskan produktiviti pekerja itu sendiri. Penggunaan yang salah juga akan menyebabkan masalah ClOs ini. Rekaan seeara ergonomik dan penggunaan yang betul akan meneegah atau mengurangkan masalah ini. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • REKAAN PERALATAN KERJAKebanyakan peralatan kerja dibeli oleh majikan daripada penjual bukannya dari pereka. Secara amnya rekaan ini tidak mengikuti populasi pekerja di sesebuah syarikat. Dalam memilih peralatan kerja prinsip ergonomik dan biomekanik perlu dipertimbangkan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • REKAAN PERALATAN KERJAKekuatan dan Ketahanan GenggamanKekuatan dan daya tahan genggaman adalah dua perkataan yang berkaitan dalam sesuatu rekaan peralatan tangan. Kekuatan genggaman Daya genggaman maksimum pada peralatan hand dynamometer. Ketahanan Panjang masa pekerja dalam mengekalkan daya genggaman maksimum itu. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • REKAAN PERALATAN KERJAKekuatan dan daya tahan genggaman adalah amat penting dalam rekaan dan penggunaan peralatan tangan yang memerlukan daya genggaman dan dalam pengendalian manual. Pekerja yang mempunyai daya genggaman yang rendah berpotensi mengalami masalah ClOs ini. Menurut kajian yang dijalankan, kebanyakan orang lelaki dan perempuan boleh mendapatkan kekuatan genggaman maksimum pada hand dynamometer adalah 13.86.3 em (1.5 -2.5 in). REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • REKAAN PERALATAN KERJAFaktor berikut memberi kesan pada kekuatan dan ketahanan genggaman; Saiz pemegang dan diameternyaPemegang peralatan mesti sesuai pada tangan manusia. Pemegang yang terlalu besar atau kecil sukar dipegang dengan selesa dan mengurangkan kekuatan genggaman. Jenis genggamanKekuatan genggaman adalah lebih empat kali ganda besar dari kekuatan picitan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • REKAAN PERALATAN KERJAUmurKekuatan maksimum otot dicapai pada umur lebih kurang 20 tahun untuk lelaki dan bagi perempuan ianya beberapa tahun lebih awal.Kekuatan genggaman ini akan mencapai tahap paling maksimumnya pada lewat 20an dan menurun selepas itu. JantinaKekuatan genggaman lelaki adalah lebih besar dari perempuan. Kekuatan genggaman perempuan adalah 60% kekuatan lelaki. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • REKAAN PERALATAN KERJAJenis tangan Kekuatan dan ketahanan genggaman adalah lebih tinggi pad a tangan dominan berbanding tangan bukan dominan. Perbezaan peratusan antara tangan dominan dan bukan dominan adalah 3.2 11.5%. GetaranKekuatan genggaman pada peralatan yang bergegar adalah lebih tinggi dari peralatan yang tidak bergegar. Postur pergelanganKekuatan genggaman akan berkurangan bila pergelangan digerakkan dari posisi normalnya. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • REKAAN PERALATAN KERJASarung tangan Sarung tangan akan menambah kekuatan genggaman tangan. lanya juga akan menambahkan saiz tangan.Sebagai contoh, kulit atau bulu akan menambah 5mm ketebalan pada tapak tangan. Pembedahan Kekuatan tangan akan berkurangan selepas pembedahan pergelangan tangan untuk merawat Carpal Tunnel Syndrom. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • REKAAN PERALATAN KERJAJenis Peralatan KerjaDua kategori;Peralatan tangan Peralatan bukan berkuasa.(tukul, pahat, pemutar skru, gergaji, playar dan sebagainya). Peralatan berkuasaTerdapat pelbagai jenis peralatan berkuasa berdasarkan kepada kuasa yang dibekalkan seperti elektrik, pneumatik, hidraulik, bahan pembakar dan sebagainya. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGAN Peralatan tangan direka dalam banyak bentuk dan ciri, untuk meningkatkan keberkesanan pada anggota badan manusia semasa menjalankan tugas. Adalah mustahil untuk mereka cipta peralatan yang dapat disesuaikan kepada semua manusia secara ergonomik. Pemegang tangan boleh direka di mana tangan boleh diluruskan bersama lengan semaksimum yang boleh dan kerja boleh dijalankan dengan selesa dan berkesan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANDengan pemegang yang sedikit mencondong sebanyak 19 5 untuk kesesuaian pada keadaan kontur tapak tangan dan mengurangkan genggaman yang terlalu erat dalam mengekalkan penggunaan peralatan tangan.Peralatan-peralatan yang mempunyai pemegang berkecondongan begini digelar peralatan biocurve. Bila peralatan biocurve ini digenggam, jari tengah akan dikunci di tengah lengkungan sementara jari yang lain secara neutral akan mengikut dalam lengkungan pemegang itu. Reka bentuk peralatan tangan secara ergonomik adalah mengikut tiga pendapat yang disarankan iaitu anatomi tangan, biomekanik tangan dan prinsip ergonomik. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANSaranan Mereka Bentuk Peralatan Berdasarkan Anatomi Tangan Kerja yang dijalankan dengan postur yang salah akan menyebabkan CTDs. Oleh itu peralatan kerja mesti direka dengan baik untuk mengelakkan perkara yang berikut;Combined ulnar deviation and supination of the wrist. Repetative ulnar deviation and supination of the wrist.dinyatakan sebagai bila pemusingan tombol pintu mengikut arah jam oleh tangan kanan, meningkatkan risiko kepada urat saraf. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANUnidirectional Wrist Deviation. Kekuatan genggaman secara amnya akan berkurangan jika pergelangan tangan digerakkan sama ada dengan renggangan, fleksi atau pergerakan ke hadapan dan ke belakang pergelangan tangan.Pergerakan ini akan merosakkan saraf dan urat dan akan mengakibatkan CTS atau tenosynovitis. Selain itu, kekurangan kekuatan genggaman akan meningkatkan kelesuan dan risiko kehilangan kawalan pegangan tangan. Ini akan mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANCombined ulnar deviation and palmar flexion of the wrist. Combined ulnar deviation and palmar flexion. Akan membuatkan tendon terbengkok dan terkumpul bersama dan akan menggesel Iigamen tunnel syndrom.Pergerakan yang berulangan akan menyebabkan tendinitis.Contoh pekerjaan yang memerlukan pergerakan pergelangan tangan adalah memutar skru, mengikat wayar dengan playar, memutar kawalan kelajuan motosikal dan menggerudi. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANDorsiflexion (extension) of the wrist.Contoh pekerjaan yang melibatkan dorsiflexion yang melibatkan pergerakan pergelangan tangan adalah kerja mengelap menggunakan tuala, mengecat atau mengilat menggunakan berus tangan. Untuk mengelakkannya dan mengurangkan risiko tenosynovitis maka pemegang yang ergonomik boleh digunakan. Dorsiflexion (extension) and pronation of the wrist.Menjalankan kerja gabungan dorsiflexion dan pronation pergerakan tangan dalam waktu yang lama akan meningkatkan risiko tenosynovitis, tendinitis dan/atau CTS. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANFleksi siku dan pemusingan tangan ke dalam. Fleksi siku bila mengangkat benda berat atau menarik.Keadaan ini akan lebih teruk jika fleksi siku ini digabungkan dengan memutarkan tangan. Combined radial deviation of the wrist, forearm pronation and dorsiflexion of the wrist. Pergerakan radial juga akan mengakibatkan pemampatan pad a urat saraf pergelangan tangan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANMenggunakan tangan sebagai alatan kerja. Kekerapan menghentak permukaan bawah tapak tangan walaupun perlahan akan mengakibatkan keeederaan pada saraf dan tendon pada tangan dan pergelangan tangan. Secara tidak langsung ia juga akan memberi kesan pada siku dan bahu yang mengakibatkan kerosakan penyambungannya. Sebagai contoh pekerja mengetuk dengan tangan, sepatutnya tukul kecil dibekalkan kepada mereka. Tindakan berulangan jari dan pegangan seeara memicit.Penggunaan berulangan ibu jari untuk menarik picu pada peralatan tangan akan menyebabkan kelesuan pada jari dan ini dipanggil Trigger finger. Trigger finger ini akan menyebabkan pergerakan yang meregang pada jari. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANGegaran berulangan pada lengan dan tapak tangan.Peralatan tangan yang perlu dipegang (contoh: gergaji berkuasa, penebuk lubang, dan sebagainya) akan menyebabkan CTDs. Pendedahan kepada gegaran tangan terutama di keadaan sejuk akan menyebabkan Vibration White Finger. Gegaran peralatan ini akan menyebabkan gangguan pembuluh darah yang mana akan mengurangkan kitaran darah kepada tangan dan jari. Tangan akan merasa kebas dan berdenyut. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANPrinsip Biomekanik untuk Rekaan PeralatanTekanan yang diperlukan untuk menjalankan peralatan mesti berpadanan dan sesuai untuk memberi tindak balas kepada sistem tulang rangka terutamanya pada permukaan tangan. Tenaga yang diperlukan mesti di optimumkan. Sebagai contoh jika dalam menjalankan kerja tertentu pada benda kerja yang diberikan, jika nisbah daya keluaran kepada daya masukan lebih besar, benda kerja akan rosak atau pekerja akan eedera. Jika nisbahnya kecil pula, tugas ini akan berulangan banyak kali di mana akan menyebabkan kelesuan dan menghasilkan risiko yang tinggi untuk CTDs dan mengurangkan produktiviti. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANPeralatan sepatutnya memberikan tekanan yang rendah kepada tumpuan pekerja untuk membuat kerja pada benda kerja. Peralatan ini perlu berbentuk seeara automatik memandu ke posisi yang dikehendaki tanpa menyebabkan keeederaan pada pekerja atau kerosakan benda kerja. Contohnya pemutar skru philips yang menggantikan pemutar skru bermata lurus. Mata peralatan seperti kapak perlu tajam di mana akan dijalankan dengan jumlah ulangan yang rendah tetapi ianya perlu ditajamkan dengan kerap dan ini menyebabkan ia menjadi akan rapuh. Peralatan mesti memberikan jumlah sentuhan yang besar antara pemegang dan tangan pengguna untuk mengelakkan tekanan mampatan. Jika tidak, ia akan mengakibatkan saraf akan tertekan yang menyebabkan ketidakberkesanan pereda ran darah dan merosakkan saraf yang menyebabkan kebas dan rasa berdenyut pada jari. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANPrinsip Ergonomik untuk Rekaan Peralatan Tangan dan PenilaianPemegang yang mempunyai ruang jari adalah lebih baik. Terdapat peralatan yang tidak mengikut kekuatan genggaman kecuali ianya dibuat sesuai untuk penggunanya. Saiz pemegang biasanya diambil dari purata populasi (50%). Pekerja yang kecil terpaksa meregangkan tangan untuk menggunakannya dengan baik manakala yang besar terpaksa memegang dengan tidak selesa pada jarinya. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANElakkan peralatan tangan yang memerlukan pergerakan yang salah atau tidak boleh beroperasi secara berkesan dengan postur pergelangan yang lurus. Pemegang peralatan mesti direka untuk mengekalkan tapak tangan lurus dengan lengan.Elakkan peralatan dengan tepi yang tajam. Pemegang mesti bulat atau bujur. Permukaan pemegang mesti boleh ditekan/lembut, tidak mengalir elektrik dan tidak kasar.

    REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANElakkan peralatan tangan terkena pada tisu lembut tangan yang mana akan mengganggu perkitaran dan fungsi saraf tangan. Pemegang mesti sesuai dengan tangan. Ini bermakna pemegang mesti ada ketebalan yang betul, bentuk dan panjang yang sesuai. Pilihan atau. rekaan peralatan mesti boleh digunakan oleh mana-mana tangan. Pekerja tangan kiri jangan dilupakan. Pilih atau reka peralatan yang dapat digunakan oleh lelaki dan perempuan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANPilih dan reka peralatan yang khas untuk sesuatu kerja. Bagaimanapun perhatian perlu diberikan untuk mengelakkan terlalu banyak peralatan yang spesifik dan jika hilang atau tidak dapat dibekalkan akan menyebabkan pekerja cuba mengubahsuai untuk kerja lain. Pastikan sudut pegangan, lengan dan peralatan untuk meminimumkan jarak pergelangan tangan. Pastikan persediaan keselamatan peralatan. Elakkan menggunakan peralatan bergetar secara berlebihan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN ERGONOMIK UNTUK REKAAN PERALATAN TANGANBekalkan alat pencegah gegar jika peralatan itu adalah peralatan tangan yang bergegar. Pilih peralatan rekaan ergonomik untuk mengekalkan posisi neutral pergelangan tangan dan memastikan tabu ran daya genggaman yang sekata semasa kerja dijalankan. Gunakan pemegang skru yang panjang kerana pemegang yang pendek akan menyebabkan saraf dan salur darah rosak. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN KESELAMATANSemua hazard yang berkaitan dengan peralatan kerja boleh dikawal dengan menggunakan lima asas keselamatan ini;Pastikan semua peralatan kerja dalam keadaan baik dan disenggara dengan kerap. Gunakan peralatan yang betul untuk kerja yang bersesuaian. Periksa peralatan jika ada kerosakan sebelum digunakan. Gunakan peralatan berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh pengeluar. Gunakan peralatan pelindungan yang betul. AHMAD RASDAN ISMAILREKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA

  • PANDUAN KESELAMATANLangkah-Langkah Keselamatan Am dalam Penggunaan Peralatan KerjaJangan gunakan pahat sebagai pemutar skru. Jika pemegang kayu (contohnya kapak) longgar jangan gunakannya. Pahat yang mempunyai kepala yang kembang akan membahayakan pengguna kerana serpihan akan melayang bila ditukul. Pisau dan gunting mestilah tajam kerana jika tumpul ianya lebih merbahaya. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN KESELAMATANMata gergaji, pisau dan lain-lain mestilah dijauhkan dari kawasan laluan. Peralatan pelindung diri mesti digunakan bila menggunakan peralatan tangan. Pastikan lantai bersih dan kering. Pastikan tiada bahan yang mudah terbakar jika ada peralatan tangan yang menjana percikan api. Jangan membawa peralatan dengan memegang kabelnya. Jangan menyentap kabel bila menanggalkannya dari tempatnya. Jauhkan kabel atau hos peralatan dari kepanasan, minyak dan tempat yang tajam. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL

  • PANDUAN KESELAMATANJauhkan peralatan dari tempat awam. Pastikan peralatan berada dalam keadaan yang baik. Pakaian yang sesuai mesti dipakai. Pakaian yang longgar, tali leher dan alat perhiasan mungkin tersangkut pad a peralatan. Pastikan pengadang ada pada bahagian yang berpusing atau ada serpihan melayang atau percikan api. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJAAHMAD RASDAN ISMAIL