2014 akhir tahun bmpemahamanthn3

15
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 (TAHUN 3) 50 Minit NAMA : KELAS : Setiap soalan di bawah ini diikuti empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Pelajar-pelajar yang belajar di luar negeri tinggal di _____________. A. asrama C. hotel B. bangsal D. asmara 2 Monyet itu sedang ____________ pokok kelapa. A. memanjat C. menaiki B. mendaki D. bergayu t Soalan 3 berdasarkan gambar 1 3 Pak Busu membeli beberapa ________________ buah langsat di pasar. A. papan C. buti r B. gugus D. bi ji 4 Matanya terasa ____________ apabila terkena asap. A. pedih C. hitam B. gelap D. merah 1

Upload: khairuddin-bin-muhamad

Post on 11-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Bm thn 3

TRANSCRIPT

Page 1: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 (TAHUN 3)

50 Minit

NAMA : KELAS :

Setiap soalan di bawah ini diikuti empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Pilih jawapan

yang paling sesuai.

1 Pelajar-pelajar yang belajar di luar negeri tinggal di _____________.

A. asrama C. hotel

B. bangsal D. asmara

2 Monyet itu sedang ____________ pokok kelapa.

A. memanjat C. menaiki

B. mendaki D. bergayut

Soalan 3 berdasarkan gambar 1

3 Pak Busu membeli beberapa ________________ buah langsat di pasar.

A. papan C. butir

B. gugus D. biji

4 Matanya terasa ____________ apabila terkena asap.

A. pedih C. hitam

B. gelap D. merah

5 "___________ kamu bersedih kerana yang pergi takkan kembali lagi ,"kata Mon kepada Min.

A. Dilarang C. MintalahB. Usahlah D. Silalah

1

Page 2: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3

Bagi soalan 6 hingga 8, pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris

bawah.

6 Pak Dolah dapat menangkap burung itu.

A. menawan C. melepaskan

B. memburu D. menembak

7 Budak gemuk itu tidak kuat.

A. gagah C. sakit

B. lemah D. berani

8 Ikan-ikan dalam akuarium itu mati.

A. hidup C. wafat

B. segar D. tumbuh

9 Muiz menerima hadiah kecemerlangannya itu____________ guru besar.

A. dari C. daripada

B. kepada D. ke

Soalan 10 berdasarkan gambar 2

10 Kakak menghiris bawang itu ______________ sebilah pisau.

A. oleh C. dari

B. kepada D. dengan

Bagi soalan 11 hingga 13, pilih kata ganda yang paling sesuai.

2

Page 3: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3

Soalan 11 berdasarkan gambar 3

11 Bangunan di bandar raya itu ___________ belaka.A. pendek-pendek C. dalam-dalam

B. hodoh-hodoh D. tinggi-tinggi

12 Kakinya _________ kerana duduk terlalu lama.A. semut-semut C. kuda-kuda

B. anai-anai D. layang-layang

Soalan 13 berdasarkan gambar 4

13 Dia menanam_______________ bunga di kebunnya.

A. daun-daun C. tangkai-tangkai

B. batang-batang D. pokok-pokok

14 _______________Permaisuri Johor akan berangkat mengiringi Sultan ke Kembara Johor.

A. Beta C. HambaB. Tuanku D. Patik

15 Letupan itu telah menyebabkan bangunan di sekitar bandar itu3

Page 4: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3

___________.A. bergoyang C. bergegar

B. berbuai D. berkocak

Bagi soalan 16 hingga 18, pilih kata hubung yang paling sesuai.

Soalan 16 berdasarkan gambar 5

16 Ali ___________ ibunya pergi ke pasar.A. dan C. Sebab

B. jika D. Tetapi

17 Budak itu kecil ___________ berani.A. serta C. apabila

B. tetapi D. atau

18 Awak mahu minum teh __________ milo?A. dan C. kerana

B. sambil D. atau

19 Pada musim tengkujuh,_______________ tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan.

A pekebun C. penoreh

B. pelayan D. nelayan

4

Page 5: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3

Soalan 20 berdasarkan gambar 6

20 Mak Ani _____________ sebakul sayur - sayuran di atas kepalanya.A. mendukung C. menjunjung

B. membimbit D. memikul

Bagi soalan 21 hingga 23, pilih perkataan berimbuhan yang paling sesuai.

21 Linda _________ keluarganya pergi ke India.A. tersama-sama C. menyama-nyama

B. bersama-sama D penyama-nyama

22 Emak _________ air yang sejuk itu.A. dipanaskan C. memanaskan

B. memanas D. berpanas

23 __________ di Singapura sangat tinggi.A. Bangunan C. Dibangunkan

B. Pembangunan D. Membangun

24 Mereka menyelam ke ______________laut untuk mencari batu karang.A. tengah C. dalam

B. atas D. tepi

25 Ayah berasa ____________ akan sikap abang yang tidak mendengar kata itu.A. bangga C. riang

B. gembira D. kecewa

5

Page 6: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3

Bagi soalan 26 hingga 28, pilih maksud simpulan bahasa yang paling sesuai

26 Aminah selalu memakai alas kaki ketika berjalan.A. tidak berkasut C. kasut atau selipar

B. berkaki ayam D. pelokek

27 Encik Hanim seorang kaya yang tangkai jering.A. pemurah C. tamak

B. lokek atau kedekut D. rajinSoalan 28 berdasarkan gambar 7

28 Osman lebih suka makan gaji daripada bekerja sendiri. A. menerima bayaran tetap B. menerima makanan dan minuman C. menerima hadiah D. menerima pujian

29 ________ seorang ketua kampung yang disegani oleh anak - anak buahnya.

A. Dia C. Beliau

B. Kamu D. Mereka

30 Sejak kecil lagi, Amran ______________ oleh ibunya supaya bercakap benar.

A. dikerah C. dipaksa

B. diguna D. diajar

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

6

Page 7: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3

Pada zaman dahulu, raja yang memerintah sebuah negeri baru saja dikurniakan seorang puteri. Puteri baginda terlalu cantik parasnya. Semasa kelahiran puteri tersebut ramai pari-pari datang membawa pelbagai jenis hadiah yang indah. Salah satu hadiah yang dibawa ialah tiga biji bola kecil yang comel.

Tuan Puteri sangat disayangi rakyat jelata. Apabila besar dia menjadi seorang puteri

yang berbudi bahasa selain memiliki rupa paras yang sungguh menawan. Dia tidak sombong

dengan dayang- dayangnya. Semenjak kecil Tuan Puteri itu asyik bermain-main dengan tiga biji

bola hadiah sewaktu dia dilahirkan. Semua orang tahu dia cekap bermain dengan tiga biji bola

itu.

Pada suatu hari, sedang Tuan Puteri asyik melambung-lambungkan bola-bola kesayangannya dia terserempak dengan Dara, anak tukang kebun istana yang sedang menangis teresak-esak.

Puteri raja itu menghampiri Dara dan bertanya perlahan, “Wahai Dara, mengapakah kamu menangis?”

“Ampun tuanku. Hamba akan dikahwinkan esok, tetapi bukan dengan buah hati hamba,”

jawab Dara lagi sambil teresak-esak.

31 Raja yang memerintah sebuah negeri baru mendapat ___________.A seorang cahaya mata C seekor kuda putih

B sebiji bola D sebuah rumah

32 Cahaya matanya seorang anak _____________.A jantan C lelaki

B perempuan D betina

33 “Pari-pari” dalam cerita ini ialah ______________.A burung C anjing

B ikan D dewa perempuan

34 Apabila besar dia menjadi seorang puteri yang ____________.A jahat C berbudi bahasa

B sombong D mengomel

35 Dara ialah _____________.A anak tukang kebun istana C anak nelayan

B anak raja D anak menteri

7

Page 8: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3

Soalan 36 hingga Soalan 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kepada :

Puan Aisyah yang kami sayangi lagi dirindui.

Jasamu dan budimu amat kami hargaiAkan kami kenangi dan sanjungi

Ajaran dan nasihatmuAkan kami semat di hati

Janji kami adalah usaha gigihMendapat kecemerlangan

Ke peringkat yang tertinggiDemi keluarga, bangsa, dan negara

Daripada ;

Murid-muridmuTahun 3 Nilam.

36. Kad ini merupakan sejenis kad __________________ .A ajakan C ucapan

B rasmi D undangan

37. Bilakan kad ini selalu dikirimkan?A Semasa Hari Kebangsaan C Semasa hari-hari cuti umum

B Ketika sambutan Hari Guru D Pada awal tahun

38. Siapakah Puan Aisyah?A Ibu murid 3 Nilam C Kerani sekolah

B Guru Kelas 3 Nilam D Pegawai Pelajaran

39. Apakah jenis puisi yang ditulis dalam kad itu?A Sajak C Syair

B Pantun D Seloka

40. Bagaimana sikap pengirim kad itu terhadap penerima?A Setia C Amanah

B Ceria D Menghargai

SOALAN TAMAT

8

Page 9: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………………………………….

……………………………………….....

………………………………………………….

(AHMAD FIRDAUS BIN ABU BAKAR) (NORHIDAYATI BTE AMAN)Guru Bahasa Melayu KP Bahasa Melayu

SK Taman Pasir Putih SK Taman Pasir Putih

ANALISA DAN JAWAPAN BAHASA MELAYU KEFAHAMAN TAHUN 3NO SISTEM BAHASA JAWAPAN BETUL SALAH CATATANSOALAN1. KATA NAMA AM A2. KATA KERJA D3. PENJODOH BILANGAN B4. KATA ADJEKTIF A5. KATA PERINTAH B6. ANTONIM C7. ANTONIM B8. ANTONIM A9. KATA SENDI C10. KATA SENDI D11. KATA GANDA D12. KATA GANDA A13. KATA GANDA D14. KATA GANTI NAMA B15. IMBUHAN C16. KATA HUBUNG A17. KATA HUBUNG B

9

Page 10: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3

18. KATA HUBUNG D19. KATA NAMA D20. KATA KERJA C21. KATA GANDA B22. IMBUHAN C23. IMBUHAN A24. KATA ARAH C25. KATA ADJEKTIF D26. SIMPULAN BAHASA C27. SIMPULAN BAHASA B28. SIMPULAN BAHASA A29. KATA GANTI NAMA C30. IMBUHAN D31. PETIKAN 1 - CERITA A32. PETIKAN 1 - CERITA B33. PETIKAN 1 - CERITA D34. PETIKAN 1 - CERITA C35. PETIKAN 1 - CERITA A36. PETIKAN 2 - PUISI C37. PETIKAN 2 - PUISI B38. PETIKAN 2 - PUISI B39. PETIKAN 2 - PUISI A

40. PETIKAN 2 - PUISI D

10

Page 11: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3

8

9

11

Page 12: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3

10

12

Page 13: 2014 AKHIR TAHUN BMpemahamanthn3