2013nov_abstrakseminar2013

Upload: norazira-arifin

Post on 15-Oct-2015

153 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

abstrak seminar

TRANSCRIPT

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    10

    STRATEGI PEMBELAJARAN DALAM PROSES PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA DALAM KALANGAN PELAJAR INDIA DI SJKT.

    Arulnathan Visurasam

    Jabatan Bahasa, IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Ipoh, Perak Darul Ehsan. [email protected]

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan untuk membincangkan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar India dalam proses pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua berdasarkan data sebenar yang diperoleh daripada subjek kajian dari sekolah jenis kebangsaan Tamil di kawasan ladang. Data kajian diperoleh daripada 114 orang subjek kajian melalui proses elisitasi. Seterusnya sejumlah 2850 ayat dianalisis menggunakan pendekatan analisis kesilapan (Corder, 1981). Analisis kesilapan yang dilakukan terhadap hasil penulisan yang diperoleh melalui tugasan elisitasi menunjukkan wujudnya fenomena bahasa antara dalam proses pembelajaran bahasa Melayu sebagai B2 dalam kalangan pelajar India. Analisis terhadap bahasa antara pelajar-pelajar India menunjukkan bahawa pelajar-pelajar India menggunakan dua jenis strategi, iaitu strategi pembelajaran dan strategi pemindahan bahasa dalam proses pembelajaran bahasa Melayu sebagai B2 mereka. Strategi pembelajaran merupakan proses mental yang diaplikasikan pelajar B2 untuk mempelajari sesuatu bahasa tanpa dapat dikaitkan dengan B1 mereka. Sebaliknya, kesilapan yang wujud kerana pengaplikasian strategi pemindahan bahasa pula dapat dikaitkan dengan B1 pelajar tersebut. Kajian ini dijalankan berdasarkan teori monitor oleh Krashen (1982) untuk membincangkan segala dapatan kajian. Data kajian dibahagikan kepada beberapa strategi mengikut pembahagian Odlin (1993), iaitu starategi subsitusi, strategi penterjemahan literal, strategi penghasilan melampau, strategi penghasilan kurang dan strategi pengubahsuaian struktur.

    KEPINTARAN PELBAGAI YANG DOMINAN DALAM KALANGAN MURID PRA SEKOLAH BERDASARKAN PENILAIAN GURU

    Azizah Sarkowi, Phd ([email protected]), Suhailah Shariff ([email protected])

    Siti Balkeh Osman ([email protected])

    Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

    Abstrak

    Kajian ini dijalankan bagi menentukan kepintaran pelbagai yang dominan dalam kalangan murid pra sekolah dengan menggunakan skala pengukuran penilaian guru. Skala pengukuran ini diadaptasi daripada Amstrong (2001). Kajian dijalankan terhadap 60 orang murid pra sekolah di 12 buah tadika dalam negeri Kedah. Seramai 12 orang guru pra sekolah dilantik sebagai enumerator kajian bagi menilai lima orang murid di dalam kelas mereka. Data dianalisis dengan menggunakan min dan peratus berbantukan SPSS 19.0. Ujian kebolehpercayaan alpha crobach menunjukkan skala pengukuran ini mencapai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan 27% murid dominan dari aspek kepintaran interpersonal, manakala 27% yang lain dominan dari aspek kepintaran intrapersonal. Dapatan ini memberi sumbangan terhadap proses perancangan pengajaran dan pembelajaran murid pra sekolah.

    Kata kunci: kepintaran pelbagai, pra sekolah, skala pengukuran.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    11

    MODEL PENGAJARAN BERASASKAN BAHASA ISYARAT DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU MURID PEKAK

    Abdul Rahim Razalli, Haniz Ibrahim & Sarib Selamat Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjong Malim

    Abstrak

    Kertas kerja ini bertujuan membincangkan pembinaan model pengajaran berasaskan bahasa isyarat (MOPBIS) dalam pengajaran Bahasa Melayu murid pekak dan kesan penggunaan MOPBIS terhadap pengajaran Bahasa Melayu murid pekak dalam aspek kemahiran kefahaman. Metodologi kajian dilaksanakan melalui dua peringkat iaitu peringkat pengumpulan data dan kajian literatur dijalankan bagi mengenalpasti teori-teori dan model pengajaran bahasa kedua kanak-kanak pekak dan seterusnya dilaksanakan pengesahan kandungan oleh pakar-pakar yang terlibat dalam pengajaran kanak-kanak pekak. Peringkat kedua ialah pengujian terhadap model yang dibina yang dijalankan secara kuasi-eksperimental melalui perbandingan di antara penggunaan MOPBIS (Kumpulan Eksperimen) dengan penggunaan KTBM (Kumpulan Kawalan). Perubahan dalam aspek kemahiran kefahaman Bahasa Melayu antara kedua-dua kumpulan dikenalpasti menerusi lima teks neratif yang disesuaikan daripada sukatan pelajaran Tahun 5 dan tahap kefahaman bahasa kanak-kanak pekak.Kajian ini melibatkan 60 orang subjek murid pekak berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun yang dipilih sebagai subjek kajian melalui pemilihan sampel secara sampel bertujuan di lapan buah sekolah di negeri Perak. Data pencapaian keseluruhan aspek-aspek kemahiran kefahaman dianalisis dengan pengiraan peratusan dan min serta ujian t. Keputusan menunjukkan pengesahan oleh pakar adalah antara 0.75 hingga 0.85 kandungan model yang meliputi aspek landadasan teori,bentuk isyarat,teks bahasa isyarat Malaysia,teks Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM),Rancangan Pengajaran Bahasa Isyarat Malaysia, Rancangan Pengajaran Harian Kod Tangan Bahasa Melayu dan Ujian Kefahaman. Keputusan kajian menunjukkan pencapaian secara keseluruhan Kumpulan Eksperimen adalah tinggi berbanding dengan Kumpulan Kawalan hasil Teks 1dari kesan penggunaan MOPBIS [Min MOPBIS=20.47; Min KTBM=6.33]. Min pencapaian teks neratif 5 didapati lebih baik dibandingkan teks neratif yang lain (Min T1=4.76;Min T2=5.30;Min T3= 5.83;Min T4=8.53 dan Min T5= 11.53). Jelaslah bahawa penghasilan MOPBIS penggunaannya mempunyai kesan yang positif terhadap pencapaian kefahaman Bahasa Melayu murid pekak. Justeru itu penyelidikan ini menampilkan bukti untuk menegaskan bahawa penggunaan bahasa isyarat (bahasa ibunda) sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kefahaman Bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik murid pekak.

    PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL MELALUI STRATEGI BLUE OCEAN: SATU TINJAUAN.

    Asiah binti Saad Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Darulaman

    . Abstrak

    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kekurangan diri pengkaji dalam menyampaikan pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral Minor kepada pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah ambilan Januari 2011, melalui kerangka kerja Blue Ocean iaitu Eliminate, Reduce, Raise dan Create (ERRC). Hasil daripada respons pelajar melalui ERRC, pengkaji merancang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya pengkaji melaksanakan perancangan tersebut untuk tujuan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran berkenaan. Hasil daripada analisis, respons pelajar menunjukkan pengkaji perlu menambahbaik amalan pengajaran dengan mewujudkan hubungan yang mesra, baik dalam kelas mahupun di luar kelas. Selain itu, aspek penyampaian juga perlu dipermudahkan, aktiviti perbincangan kumpulan dan aktiviti luar bilik darjah diperbanyakkan, serta penggunaan ICT ditingkatkan. Ringkasnya, melalui kerangka kerja ERRC dalam strategi Blue Ocean ini membolehkan pengkaji membuat refleksi kendiri dan merangka peluang penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menambah baik aspek-aspek yang telah dinyatakan dalam ERRC

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    12

    MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 3 DALAM KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN TEKNIK PENIRUAN : SATU KAJIAN TINDAKAN

    Ahmad Fuad Bin Mohamad Amin Universiti Kebangsaan Malaysia

    [email protected]

    Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah murid-murid dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Seramai 20 orang orang murid dari kelas Tahun 3 Ibnu Abbas, SK Sawah Ring dan 5 orang guru dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data kajian dikumpul dengan menggunakan gabungan pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Dalam pendekatan ini, kaedah pemerhatian, dan temu bual digunakan untuk memperoleh data (Creswell 1994). Selain itu, Reka Bentuk Kumpulan Rawak Ujian Pra dan Ujian Pos yang diperkenalkan oleh Mohd Majid (1990) juga diguna pakai sebagai langkah sokongan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian iaitu semakan hasil kerja murid dan Ujian Pra. Hasil tinjauan awal, murid-murid kurang menguasai teknik menjawab soalan karangan dengan betul. Murid-murid menghadapi masalah asas dalam menulis karangan seperti kesalahan ejaan, tanda bacaan dan masalah membina ayat. Keputusan Ujian Pra juga menunjukkan bahawa hanya 56.25% sahaja murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis karangan dengan betul. Sebelum melaksanakan tindakan penyelesaian, 5 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di SK Sawah Ring ditemu bual untuk memastikan keberkesanan teknik peniruan dalam usaha mengatasi masalah murid dalam menulis karangan. Dua sesi pengajaran dan pembelajaran (30 minit setiap sesi dalam seminggu) dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini. Dalam tempoh tersebut, murid-murid belajar menulis karangan dengan meniru beberapa contoh karangan yang telah disediakan dan guru bertindak sebagai pembimbing. Sebelum aktiviti peniruan dijalankan, murid-murid akan membaca teks karangan yang telah disediakan dan berbincang bersama guru mengenai teknik yang betul untuk menulis sesebuah karangan. Pelaksanaan tindakan ini dijalankan sekurang-kurangnya tiga bulan. Ujian Pos dilakukan terhadap murid-murid (sampel kajian) setelah rawatan dilakukan. Data daripada ujian pos dikumpul, dianalisis dan dibuat perbandingan dengan data daripada ujian pra melalui statistik deskriptif. Hasil keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan yang positif sebanyak 14.75%. Kajian yang memakan masa hampir 6 bulan ini telah membuktikan bahawa murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis karangan dengan teknik yang betul setelah mengaplikasikan teknik peniruan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Kata kunci : Teknik peniruan, kemahiran menulis, ejaan, tanda baca, ulangan

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    13

    EKPLORASI WARNA DAN MOTIF ALAM SEMULAJADI DALAM PENDEKATAN PROJEK DI PRASEKOLAH

    Azizah Zain ([email protected]) & Khalijah Ahmad ([email protected])

    Abstrak

    Dalam pendidikan prasekolah, kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti. Aplikasi seni dalam seni visual di prasekolah membolehkan kanak-kanak mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan karya. Tujuan kajian ini untuk melihat kreativiti dan ekplorasi kanak-kanak menggunakan bahan semulajadi dalam aktiviti capan melalui Pendekatan Projek. Pendekatan projek adalah aktiviti penyiasatan secara mendalam terhadap sesuatu topik di mana pembelajaran kanak-kanak disepadukan dalam satu aktiviti. Menerusi pendekatan ini kanak-kanak didedahkan dengan eksplorasi terhadap bahan semulajadi melalui aktiviti capan dalam penghasilan karya dua dimensi. Hasil daripada aktiviti ini akan mendedahkan kanak-kanak mengenai fungsi dan sifat bahan semulajadi dan kesannya dalam penghasilan karya. Batasan kajian ini adalah terhadap pembentukan motif dan warna yang diadaptasikan daripada bahan semulajadi yang dipilih. Kajian berbentuk kualitatif dilaksanakan di sebuah prasekolah iaitu SK. Haji Hassan Itam dengan sampel terdiri daripada 25 orang kanak-kanak prasekolah,seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. Dapatan menunjukkan aktiviti seni dapat dipelbagaikan dengan menggunakan bahan semulajadi dan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan aktiviti penyiasatan dalam Pendekatan Projek. Kemahiran eksplorasi dan kreativiti kanak-kanak juga dapat dipupuk serta diasah melalui aktiviti seni.

    PENGGUNAAN MODEL CIPP DALAM PENILAIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH

    Azizi bin Jaafar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelantan, Malaysia.

    *Email: [email protected]

    Abstrak

    Kajian ini menggunakan reka bentuk penilaian program melalui tinjauan persepsi terhadap Guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar di sekolah menengah harian yang terletak di bandar dan luar bandar di negeri Kelantan. Keseluruhan populasi GPI dalam kajian ialah n=1163, manakala sampel kajian dipilih secara rawak berstrata dengan keseluruhan bilangan sampel GPI adalah n=300 terdiri dari bandar (n=150) dan luar bandar (n=150) di 10 buah daerah di negeri Kelantan. Instrumen yang dibina dalam kajian ini adalah soal selidik yang dibentuk berdasarkan model penilaian Context, Input, Process, Product (CIPP) oleh Stufflebeam (2003). Bagaimanapun kajian ini hanya menggunakan dimensi proses sahaja kerana menurut Stufflebeam (1971) Model CIPP boleh digunakan untuk mana-mana dimensi ataupun kesemua dimensi tersebut. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan program SPSS untuk analisis min, peratus dan sisihan piawai. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam bagi dimensi proses pengajaran dan pembelajaran KPI, proses pemantauan, proses penilaian dan hubungan guru dengan pelajar adalah tinggi. Tahap bagi penggunaan BBM dan kerjasama guru dengan pihak pentadbir adalah berada pada tahap sederhana. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kategori sekolah terhadap proses pengajaran, bahan bantu mengajar, pemantauan, penilaian, hubungan guru dengan pelajar dan hubungan guru dengan pentadbir dari dimensi proses.

    Kata kunci: Model CIPP, penilaian pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    14

    BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM MENINGKATKAN PRESTASI MATA PELAJARAN PERDAGANGAN

    Azlina Md. Noor ([email protected]) dan

    Nor Shafrin Ahmad ([email protected])

    Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

    Abstrak

    Perdagangan adalah antara mata pelajaran yang mempunyai banyak fakta untuk diingat dan dihafal oleh murid. Apabila banyak fakta dan teori yang perlu diingat maka sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu mudah menjadi bosan jika guru tidak kreatif dalam mengolah pengajarannya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar atau BBM dilihat dapat membantu guru menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik. Justeru satu kajian dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti jenis BBM yang berupaya menarik minat murid belajar serta mengkaji hubungan penggunaan BBM dalam menarik minat murid untuk belajar mata pelajaran Perdagangan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik. Murid-murid tingkatan 4 kelas Perdagangan di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang terlibat sebagai responden kajian. Analisis secara deskriptif dan inferensi melalui korelasi digunakan bagi menjawab tujuan kajian. Hasil kajian mendapati 99% murid bersetuju bahawa bahan video dan komputer berupaya menarik minat mereka untuk belajar. Keputusan juga menunjukkan hubungan positif yang sederhana antara penggunaan BBM dengan minat murid untuk belajar mata pelajaran Perdagangan. Kajian ini memberi implikasi bahawa BBM perlu digunakan di dalam kelas sebagai alat menarik minat murid untuk belajar. Justeru guru harus bijak memilih jenis BBM yang sesuai bagi mengekalkan minat murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam usaha membantu murid meningkatkan prestasi mata pelajaran ini.

    Kata Kunci : bahan bantu mengajar, mata pelajaran Perdagangan,

    KAJIAN TINJAUAN TENTANG PROSES SOSIALISASI DALAM KALANGAN GURU BAHARU KELUARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

    Baskaran a/l Subramaniam ([email protected]), Malar a/p Muthiah (PhD)([email protected])

    Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim

    Abstrak

    Kertas kerja ini merupakan satu kajian tinjauan tentang proses sosialisasi dalam kalangan guru baharu keluaran Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Sampel kajian ialah guru baharu yang ditempatkan di seluruh Malaysia dan tempoh perkhidmatan ialah satu hingga tiga tahun. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti proses sosialisasi serta isu-isu yang dihadapi oleh guru baharu selepas penempatan di sekolah. Kertas kerja ini adalah satu kajian tinjauan yang berfokus kepada proses sosialisasi guru baharu dengan pentadbir sekolah, sosialisasi dengan murid serta dengan rakan sejawat. Sampel kajian ini terdiri daripada 120 orang guru baharu yang terdiri daripada pelbagai jurusan dan jantina. Borang soal selidik dihantar kepada guru baharu yang telah ditempatkan di sekolah mulai 2008 hingga 2010. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan SPSS Versi 19 dan dapatan kajian dibincangkan dalam bentuk deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan guru baharu menghadapi masalah proses sosialisasi di sekolah terutamanya dari segi sosialisasi dengan rakan sejawat. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat isu-isu dari segi sosialisasi dengan rakan sejawat yang merenggangkan hubungan komuniti sekolah. Dapatan kajian ini boleh memberi faedah kepada guru baharu, sekolah, masyarakat dan Kementerian Pelajaran tentang betapa pentingnya peranan guru baharu yang berkualiti untuk membentuk generasi masa depan yang berilmu dan berketrampilan. Seterusnya, dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai penanda aras oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru untuk mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk mewujudkan komuniti sekolah yang mempunyai proses sosialisasi yang sihat.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    15

    DARI BLOG KE FACEBOOK: PENGALAMAN APLIKASI WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

    Bukhari Shafie ([email protected]) Alias Sidek ([email protected])

    Mohd Shafiee Hasan ([email protected]) Mohd Zuhairi Raffien ([email protected])

    Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah

    Abstrak

    Kertas ini bertujuan melihat keberkesanan blog dan Facebook sebagai ruang untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu (BM). Kertas ini akan membicarakan penggunaan web 2.0 khususnya Wordpress dan Facebook sebagai ruang untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan pengalaman dan pandangan peribadi pembentang dan pelajar pembentang (responden). Dapatan analisis menunjukkan bahawa 100% responden bersetuju bahawa penggunaan elemen TMK berupaya menjadikan pengajaran dan pembelajaran BM lebih menarik. Analisis juga menunjukkan responden memilih Facebook berbanding blog sebagai ruang untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran BM. Hal demikian disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya (i) semua responden mempunyai akaun Facebook dan sering berada dalam talian, (ii) responden lebih gemar berinteraksi secara terus atau dua hala, (iii) pengurusan bahan yang dimuat naik ke Facebook mudah diakses dan senang dicapai, (iv) kemudahan notification yang disediakan oleh Facebook memudahkan mereka mendapat maklumat semasa dan (v) suasana pembelajaran yang kurang formal dan menyeronokkan. Walaupun begitu, blog tetap masih relevan untuk digunakan sebagai ruang pembelajaran BM. Terdapat beberapa elemen di dalam blog yang tidak dimilki oleh Facebook. Antaranya dari segi penstrukturan bahan dan susunan senarai posting yang benar-benar memudahkan pengguna mendapatkan bahan atau posting terdahulu. Jelasnya, blog atau Facebook sesuai dimanfaatkan sebagai ruang untuk pengajaran dan pembelajaran BM, namun pensyarah perlulah mebuat perancangan dengan teliti untuk memanfaatkannya.

    Kata kunci: TMK, blog, facebook, bahasa melayu, pengajaran dan pembelajaran, web 2.0

    KESEDIAAN GURU PRASEKOLAH DALAM MENGAPLIKASIKAN PENDEKATAN YANG MENGAMBIL KIRA KECERDASAN PELBAGAI KANAK-KANAK

    Rohaty Mohd. Majzub and Diani Mardiana

    Faculty of Education, TheNational University of Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

    Pada 2010, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah mula digunakan secara rasmi di prasekolah. Salah satu pendekatan pengajaran yang digariskan di dalam KSPK ini ialah pendekatan pengajaran yang mengambil kira kecerdasan pelbagai di kalangan murid.Kajian yang dilakukan ini bertujuan mengenal pasti kesediaan guru dalam mengaplikasikan pendekatan yang mengambil kira kecerdasan pelbagai kanak-kanak.Kajian ini merupakan kajian kes yang melibatkan pendekatan secara kualitatif yang disokong oleh data kuantitif. Peserta kajian terdiri daripada empat orang responden iaitu dua orang responden yang bertugas di prasekolah kerajaan dan dua orang yang bertugas di prasekolah swasta. Kesemua data kualitatif dan data kuantitatif dianalisis secara manual. Peserta kajian didapati tidak mempunyai pendidikan formal tentang teori KP dan perlaksanaan pendekatan yang mengambil kira KP kanak-kanak, jadi mereka mempunyai pengetahuan sedia ada yang minimum. Mereka juga tidak mendapat sokongan pihak pentadbir, tidak dibekalkan dengan manual penggunaan dan sangat bergantung kepada KSPK untuk merancang dan melaksana pengajaran. Walau bagaimana pun, mereka mempunyai pandangan yang positif dan ingin menerapkan pendekatan yang mengambil kira KP kanak-kanak seperti yang disarankan dalam KSPK jika mereka diberikan pendedahan yang sewajarnya.

    Keywords: multiple intelligence; teacher; preschool

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    16

    KESANTUNAN BERBAHASA GURU PELATIH DENGAN PENSYARAH MENERUSI E-MEL

    Bukhari Shafie ([email protected]) Asiah Saad ([email protected])

    Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah

    Kertas ini membincangkan aspek kesantunan penggunaan bahasa Melayu dalam e-mel. Kesantunan dalam penggunaan bahasa dapat diukur berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa (Awang Sariyan, 2007:2). Dalam komunikasi melalui e-mel, cara dan pola berbahasa yang digunakan oleh pengguna memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran dan ketepatan penyampaian maklumat. Oleh hal demikian, kajian ini meneliti aspek kesantunan berbahasa dalam komunikasi guru pelatih dengan pensyarah menerusi e-mel. Perbincangan tentang kesantunan ini menggunakan data e-mel yang dihantar oleh guru pelatih (penulis) kepada pensyarah (pembaca). Analisis data dan perbincangan dalam kajian ini berlandaskan kepada Prinsip Kesopanan dan fungsi ilokusi yang diperkenalkan oleh Leech (1983). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan penulisan dan cara berbahasa penulis dalam penulisan tajuk e-mel, dan kandungan dapat mencerminkan kesantunan dalam penulisan mereka. Umpamanya, penggunaan fungsi kolaboratif dalam penulisan tajuk e-mel dapat mencerminkan kesantunan penulis. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan fungsi kolaboratif telah memudahkan pembaca memahami tujuan dan matlamat yang diharapkan oleh penulis melalui e-mel yang dihantar. Selain itu, aspek kesantunan juga jelas dikesan dalam penulisan kandungan e-mel melalui penggunaan fungsi beramah tamah dan fungsi bersaingan. Kesimpulannya, hasil kajian ini dapat menunjukkan bahawa aspek kesantunan dalam penulisan e-mel dapat dikesan berdasarkan pendekatan penulisan e-mel dan penggunaan fungsi ilkousi.

    Kata kunci: kesantunan, komunikasi, Leech, bahasa Melayu, TMK

    STRATEGI PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PENDIDIKAN SENI VISUAL SEBAGAI SATU PENTAKSIRAN AUTENTIK

    Che Aleha bt Ladin

    a, Khalijah Ahmad

    b , Prof Madya Md Nasir Ibrahim, PhD

    c,

    a,b,c Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris

    35900 Tanjong Malim, Perak. Email: [email protected]

    Abstrak

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Seni Visual merupakan satu dimensi dalam menyediakan pelajar memperoleh pengetahuan melalui kaji selidik dan penglibatan dalam kerja artistik secara autentik. Proses yang dilalui oleh pelajar semasa pelaksanaan PBS boleh meningkatkan tahap pengalaman, pembelajaran dan struktur yang fleksibel dalam menyediakan penggunaan ilmu pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, penekanan kepada pentaksiran autentik menjadi perkara penting dalam proses pelaksanaannya. Kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi pelaksanaan PBS Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah sebagai satu kaedah pentaksiran yang autentik. Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes digunakan. Kajian melibatkan enam orang partisipan yang terdiri daripada dua orang guru dan empat orang pelajar. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan interpretif. Hasil kajian mendapati guru telah mengaplikasikan pelbagai strategi PBS melibatkan matlamat pentaksiran, berasaskan penguasaan pelajar, menggunakan kaedah pemerhatian, pentaksiran lisan, penerangan, demonstrasi, penghasilan portfolio dan menggunakan rubrik penskoran. Strategi pentaksiran yang digunakan menunjukkan PBS adalah satu pentaksiran autentik, dilakukan sebagai satu proses pembelajaran walaupun dalam masa yang sama mementingkan penghasilan gred. Dapatan kajian ini diharapkan memberi panduan kepada guru dan pelajar dalam menyesuaikan strategi pentaksiran yang tepat dan berkesan.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    17

    PENILAIAN PELAKSANAAN KURSUS MBM DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

    Che Mas Binti Saud [email protected]

    IPG Kampus Darulaman, Kedah Darulaman

    Abstrak Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2011, mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2010 bertarikh Januari 2010. Pihak Pensyarah IPG berperanan sebagai penceramah dan fasilitator dalam pelaksanakan program (MBM). Pelaksanaan Program MBM ini telah meletakkan dan memangkin bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menilai program MBM yang telah dilaksanakan di IPG Kampus Darulaman. Program ini dilaksanakan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah menengah dan sekolah rendah. Kaedah kajian menggunakan soalan soal selidik dan temu bual. Soalan dalam komponen A mengandungi soalan demografi dan bahagian B mengandungi senarai semak program MBM. Bahagian C terdiri daripada komponen soalan pelaksanaan kursus MBM yang terdiri daripada persediaan IPG Kampus Darulaman, strategi pelaksanaan, kandungan modul, keberkesanan kompetensi guru dan refleksi keberkesanan pengajaran guru. Soalan temu bual tentang halangan dan cadangan mengatasi. Responden terdiri daripada 112 yang menjawab soalan soal selidik dalam kalangan guru-guru yang hadir kursus MBM di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Seramai 10 orang guru dan 5 orang pensyarah terlibat dalam temu bual. Data temu bual dirumus secara kualitatif. Data yang terkumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 19.0. Dapatan kajian menunjukkkan masih terdapat kekangan dalam pelaksanaan program ini walaupun minima. Persepsi guru terhadap kualiti penceramah, kemudahan di IPG, dan persepsi peningkatan kompetensi guru pada tahap tinggi tinggi. Hal ini memberi impak akan keperluan meneruskan program MBM dalam kalangan guru-guru untuk memberi keyakinan kepada guru-guru dalam melaksanakan pengajaran di sekolah. Kata Kunci: penilaian program, guru-guru sekolah, kompetensi tinggi

    CASE BASED LEARNING EXPERIENCES AN AUTHENTIC APPROACH TO TEACHER TRAINING

    Chin Phoi Ching, PHd Department of Research, Innovation & Teaching Professionalism

    Institute of Teacher Education, Penang campus, Penang, Malaysia [email protected]

    Abstract

    Educators in Malaysia are facing increasing challenges to help prepare our students for a full and productive working life in this 21

    st century. Todays employees are expected to be able to

    communicate and collaborate, research ideas, collect, analyze and synthesize information. To help develop these higher-order skills, students need to participate in complex, meaningful tasks that require active engagement, collaboration, research and problem solve. One way of achieving this higher order skills is for educators to develop and implement Case Based Learning (CBL) in real life situations. This approach to learning and instruction will help to promote student-centered, small group, interactive and authentic learning experiences, instead of large group, didactic, teacher-centered instruction. This paper relates a study carried out in one teacher training institute using case based approach. Participants in this study were asked to analyze the cases given by relating to educational and psychological theories they have learnt. In addition they were asked to rate their learning experiences in terms of enjoyment, value, motivation and self confidence using a questionnaire adopted and adapted from Tappas (2002) inventory. The participants ranked their learning experiences in terms of value, enjoyment, motivation and self confidence.

    Keywords: case-based approach, authentic learning, case analysis, higher order skills, decision making, learning experiences.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    18

    KESAN PETA PEMIKIRAN DENGAN TEKNOLOGI PERSUASIF TERHADAP PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN MULTIMEDIA

    BERASASKAN MODEL PROSES KREATIF TERARAH

    Abdul Hadi bin Mat Dawi 1, PhD

    Ridza Ahmad Nizam bin Abd Raof 1

    Wan Mazlan bin Wan Mohd Rashdi 1

    1 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak, Malaysia. [email protected]; [email protected]; [email protected]

    Kajian ini bertujuan mengkaji kesan Peta Pemikiran dengan Teknologi Persuasif terhadap perkembangan kreativiti dalam pembelajaran multimedia berasaskan Model Proses Kreatif Terarah. Dalam kajian ini, Peta Pemikiran dengan Teknologi Persuasif (PPTP) merupakan peta pemikiran dengan sokongan teknologi persuasif melalui penggunaan pencetus dalam bentuk cetusan, fasilitator dan isyarat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran iaitu jenis reka bentuk urutan penjelasan. Data-data kuantitatif dikumpul dan dianalisis terlebih dahulu dan diikuti dengan pengumpulan dan analisis data-data kualitatif. Sampel kajian terdiri daripada 77 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Perkembangan kreativiti pelajar ditentukan berdasarkan analisis tugasan pelajar menggunakan indikator kreativiti dan ditriangulasikan melalui data-data temu bual dengan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Mod PPTP adalah lebih berkesan berbanding Mod PP terhadap Skor Perkembangan Kreativiti. Dapatan kajian ini mencadangkan bahawa teknologi persuasif dalam Mod PPTP dapat memujuk pelajar memulakan dan mengambil tindakan tertentu bagi mencapai sasaran perlakuan dalam setiap fasa proses kreatif terarah. Dapatan kajian ini memberikan petunjuk bahawa teknologi persuasif dapat menyediakan lebih sokongan kognitif untuk membantu pelajar berfikir dengan lebih kreatif dan memudahkan pembelajaran bermakna. (Kata Kunci: Kreativiti; Pembelajaran Multimedia; Persembahan Multimedia; Pencetus; Peta Pemikiran; Proses Kreatif; Teknologi Persuasif)

    MEMPERKASAKAN PENGURUSAN MAKMAL KEJURUTERAAN DI POLITEKNIK

    ENGR. DR. HJ. ZUNUWANAS BIN MOHAMAD :[email protected] / [email protected]

    Abstrak

    Tujuan kertas kerja ini adalah untuk meninjau literatur berkaitan kesedaran terhadap kepentingan kerja amali pelajar di makmal dan bengkel kejuruteraan Politeknik berdasarkan pengurusan makmal yang berkualiti. Melalui tinjauan literatur, kepentingan kerja amali pelajar di makmal dan bengkel sangat penting kepada pelajar yang mengambil kurus kejuruteraan. Pengetahuan teori yang di pelajari di dalam kelas perlu diperkukuhkan kemahiran di dalam makmal dan bengkel. Ini amat mempengaruhi tahap kefahaman dan kemahiran yang dipelajari setiap modul. Pengetahuan dan kemahiran yang ditunjukkan merupakan aset penting kepada pelajar yang memperolehi sijil atau diploma kejuruteraan. Justeru itu pengurusan makmal kejuruteraan memainkan peranan yang penting bagi memastikan persediaan dan kelengkapan semua aktiviti kerja amali memenuhi keperluan. Keupayaan mengurus dengan baik bergantung kepada kerjasama semua pihak yang terlibat di dalam sesebuah makmal kejuruteraan.

    Kata kunci: Kerja amali, pengurusan,kejuruteraan, makmal dan bengkel

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    19

    PERLAKSANAAN INOVASI PENGAJARAN TEKNIK SANDPLAY UNTUK PEMBELAJARAN

    KARANGAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN (KELAS PEMULIHAN)

    Dr Khoo Bee Lee, Pensyarah Cemerlang Jabatan Ilmu Pendidikan

    Abstrak:

    Program 'Teaching School' yang dikendalikan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) di Sekolah Kebangsaan Seri Relau untuk semester kedua tahun 2011 telah dijalankan antara bulan Julai sehingga Oktober bagi program "Sand Play" untuk pelajar tahun 5 Arif (kelas terakhir dalam darjah 5). Seramai 21 orang pelajar dalam kelas itu mengikuti program tersebut. Tenaga pengajar dari JIP merupakan Dr Khoo Bee Lee. Teknik "Sand Play" asalnya merupakan salah satu teknik kaunseling untuk membantu pelajar yang memerlukan bimbingan. Dalam keadaan sekolah ini, teknik "Sand Play" menjadi Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk menarik perhatian pelajar agar berminat dalam pengajaran dan pembelajaran (P dan P) guru di bilik darjah kelak. Dalam pengajaran tersebut, selama 2 jam (45 min bermain & 45 min mengarang) bermain sambil belajar untuk tajuk "keluarga saya" telah dicuba oleh 21 orang pelajar dalam kelas tersebut. Program ini berterusan setiap minggu sekali selama dua bulan. Selepas bimbingan, keterangan dan pertanyaan soal jawab (Q&A) maka pelajar tersebut disuruh mengarang sebuah karangan berdasarkan tajuk tersebut dengan teknik yang penuh dengan gaya imaginasi, kreatif, idea asal dan spontan telah berjaya dihasilkan. Malah, 18 daripada 21 orang pelajar berjaya menyiapkan karangan dalam jangka masa yang lebih singkat berbanding sebelumnya. Inilah salah satu kelebihan pengajaran teknik permainan (Sand Play) di bilik darjah dan terbukti berhasil teknik tersebut! Persoalan kajian tersebut adalah 1) Adakah pelajar berjaya menyiapkan karangan dengan lengkap selepas intervensi pengajaran inovasi tersebut? 2. Adakah pelajar berjaya melengkapkan karangan dalam masa 45 min? 3. Adakah teknik Sandplay membantu pelajar dalam mengarang? Metodologi kajian tersebut adalah berbentuk kualitatif melalui pemerhatian dan temulbua dengan pelajar kelas tersebut.

    KAJIAN SOSIOMETRI TENTANG HUBUNGAN SEBAYA DALAM SEBUAH BILIK DARJAH PRASEKOLAH

    Wong Kiet Wah, PhD

    Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh 31150 Hulu Kinta, Perak

    [email protected]

    Hubungan sebaya merupakan salah satu proses sosial yang penting pada peringkat prasekolah kerana pengalaman ini menyediakan peluang untuk kanak-kanak mempelajari pelbagai kemahiran interpersonal untuk perkembangan kanak-kanak secara sihat dan positif. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji corak persahabatan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah untuk digunakan sebagai sumber maklum balas kepada guru demi meningkatkan hubungan sebaya dalam bilik darjahnya. Sosiometri diasaskan oleh Moreno (1934) merupakan kajian tentang hubungan interpersonal antara manusia dalam kumpulan kecil. Penyelidikan menunjukkan masalah hubungan sebaya pada peringkat awal merupakan peramal kepada gangguan kesihatan mental, kadar keciciran sekolah dan masalah juvana pada masa umur yang lebih lanjut (Coie & Dodge, 1983). Dua puluh lima kanak-kanak dari kelas prasekolah dalam daerah Kinta di negeri Perak mengambil bahagian dalam kajian ini. Data dikumpul dengan menggunakan teknik Sosiometri Pencalonan Sebaya di mana kanak-kanak ditunjukkan poster gambar foto rakan-rakan dalam kelasnya dan diminta untuk mengenal tiga rakan yang mereka suka dan kurang suka bermain bersama. Skor-skor untuk pencalonan positif dan negatif dicatat dengan menjumlahkan undian yang diterima oleh setiap kanak-kanak. Analisis lakaran sosiogram mengkategorikan status sosial kanak-kanak kepada kumpulan kanak-kanak popular, sederhana dan singkiran. Berdasarkan dinamika dalam tiga kumpulan status sosial ini, implikasi-implikasi kepada guru untuk mengurus dan meningkatkan hubungan interpersonal kumpulan kecil dalam bilik darjah dibincangkan.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    20

    GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA: SATU KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA GURU BESAR LELAKI DAN GURU BESAR PEREMPUAN

    Mohd Nor bin Jaafar (Ph. D) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dan Bahasa Moden

    Universiti Utara Malaysia

    Zuraimy bin Ali Sek. Men. Keb. Padang Besar, Perlis

    Abstrak: Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi melihat perbezaan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar lelaki dan guru besar perempuan di enam buah sekolah kebangsaan di negeri Perlis dan Kedah. Kajian juga dijalankan bagi mengenalpasti perbezaan tahap kepuasan kerja guru di bawah pentadbiran guru besar lelaki dan guru besar perempuan. Selain itu, kajian juga turut mengenalpasti hubungan gaya kepimpinan dalam dimensi struktur tugas dan dimensi bertimbang rasa dengan tahap kepuasan kerja guru. Di samping itu, kajian juga ingin melihat perbezaan tahap kepuasan kerja guru berdasarkan faktor demografi seperti jantina, kategori perkhidmatan, umur dan juga pengalaman mengajar. Alat ukur kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Leadership Behavior Description Questionaire (LBDQ) yang dibentuk oleh Universiti Ohio State dan juga Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ). Sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah sebanyak 303 responden dienam buah sekolah kebangsaan di negeri Perlis dan Kedah. Dapatan kajian diuji dengan menggunakan Statistical Package For Social Science ( SPSS) versi 12. Ujian yang diguna pakai dalam kajian ini ialah ujian t, ANOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian mendapati bahawa gaya kepimpinan guru besar lelaki dan guru besar perempuan adalah sama dalam dimensi struktur tugas dan dimensi bertimbang rasa dan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan berdasarkan ujian t. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja guru menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara kepimpinan guru besar lelaki dan guru besar perempuan berdasarkan ujian t. Berdasarkan min yang diperolehi tahap kepuasan kerja guru adalah lebih tinggi di bawah kepimpinan guru besar lelaki. Dapatan juga mendapati bahawa gaya kepimpinan dimensi bertimbang rasa mempunyai hubungan yang signifikan dan tinggi antara tahap kepuasan kerja guru berbanding dimensi struktur tugas dengan menggunakan kaedah korelasi Pearson. Kedua dimensi berikut mempunyai hubungan yang positif dan signifikan. Ini bermakna apabila tinggi gaya kepimpinan dalam kedua dimensi maka bertambah tahap kepuasan kerja guru. Dapatan menunjukkan bahawa kedua dimensi dalam gaya kepimpinan tersebut sangat penting dalam menentukan tahap kepuasan kerja guru. Guru besar yang bijak menggunakan gaya kepimpinannya dalam situasi tertentu akan meningkatkan tahap kepuasan kerja guru. Selain itu juga, dapatan kajian mendapati bahawa tahap kepuasan kerja guru tidak mempunyai hubungan yang signifikan bagi demografi guru kecuali umur. Dapatan kajian menunjukkan umur mempengaruhi kepuasan kerja guru. Kategori umur 31 tahun ke atas mempunyai perbezaan yang signifikan dengan menggunakan kaedah Post Hoc Tukey.

    Kata kunci: Kepimpinan, Kepuasan Kerja

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    21

    PERSEPSI GURU SEKOLAH TERHADAP PENGLIBATAN MEREKA DALAM PENYELIDIKAN TINDAKAN SEMASA MENGIKUTI PROGRAM PGSR DI IPG

    Dr. Rajagopal Ponnusamy

    Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur [email protected]

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan untuk meneroka persepsi guru sekolah rendah terhadap penglibatan mereka dalam penyelidikan tindakan semasa mengikuti program PGSR di IPG. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang guru sekolah rendah daripada salah satu IPG di Lembah Kelang,Selangor. Kajian ini akan memberi fokus kepada aspek-aspek seperti persepsi,kepentingan, dan kerelevanan penyelidikan tindakan kepada guru sekolah serta masalah yang dialami oleh mereka semasa penyelidikan tindakan dijalankan di IPG, tahap tekanan yang dialami oleh guru semasa menjalankan penyelidikan tindakan dan perubahan sikap guru selepas tamat kursus dan bimbingan pensyarah IPG kepada peserta proram PGSR. Pengkaji akan menggunakan satu inventori yang dihasilkan oleh Brown D.S.(1991) dan Papanastasiou, E.C.(2005). Beberapa aspek yang dipilih untuk kajian ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Program The Statistical Program For Social Sciences(SPSS) versi 12 akan digunakan untuk menganalisis data kajian yang dikumpulkan melalui soal selidik. Skor min dan peratus digunakan untuk menganalisis data. Skor min digunakan untuk menyatakan tahap tekanan dan perubahan sikap. Kajian ini menarik minat pengkaji kerana guru PGSR di IPG banyak merungut mengenai pelbagai masalah yang dialami oleh mereka semasa menjalanakan penyelidikan dan tidak ada saluran untuk meluahkan perasaan mereka. Diharapkan dapatan kajian ini akan menjadi pencetus minda pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan guru di Malaysia. Kata Kunci: Persepsi, Tekanan, Kepentingan, Kerelevanan, Masalah, Bimbingan Pensyarah dan Penyelidikan Tindakan, Guru PGSR

    KESEDIAAN PELAJAR IPG TERHADAP PEMBELAJARAN MOBILE LEARNING

    Ahmad Sobri Shuib, PhD [email protected]

    Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah

    Abstrak

    Perkembangan dalam teknologi mobile telah mengubah cara manusia belajar. Pembelajaran tidak terhad dalam bilik kuliah semata-mata tetapi boleh berlaku melangkaui sempadan bilik kuliah serta proses pembelajaran boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Generasi pelajar pada masa kini mempunyai akses yang lebih meluas kepada ilmu melalui peralatan mobile yang mereka miliki. Oleh yang demikian inovasi dalam pedagogi harus berubah seiring dengan perubahan dalam teknologi semasa. Keupayaan mobile learning dalam menyampaikan ilmu seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pendidik guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesediaan guru pelatih terhadap penggunaan peralatan dan teknologi mobile dalam pembelajaran. Data awal yang diperoleh dalam kajian ini menyediakan maklumat yang berguna dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Sampel dalam kajian ini ialah seramai 132 orang guru pelatih PISMP semester 8 di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dipilih secara rawak. Data dianalisis secara diskriptif analisis menggunakanprogram SPSS 16. Hasil kajian mendapati guru pelatih mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap penggunaan mobile learning dalam pembelajaran. Penemuan kajian ini menyediakan maklumat yang berguna kepada para pensyarah dalam mempelbagaikan pengajaran mereka dengan mengintegrasikan peralatan mobile dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru. Kata kunci: mobile learning, teknologi mobile, institut pendidikan guru

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    22

    AMALAN KEPEMIMPINAN PENGAJARAN PEMIMPIN PERTENGAHAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

    Wan Roslina binti Wan Ismail (Phd), Mustaffa bin Kassim (Phd) Abdul Malek bin Abdul Karim (Phd)

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan amalan kepemimpinan pengajaran pemimpin pertengahan, iaitu Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dengan iklim sekolah. Seramai 400 orang guru sekolah menengah kebangsaan di dua buah negeri di utara Semenanjung Malaysia telah dipilih mengikut persampelan bermatlamat sebagai responden kajian. Kajian ini juga bertujuan untuk memahami aplikasi model persamaan berstruktur yang mengesahkan hubungan antara amalan kepemimpinan pengajaran pemimpin pertengahan terhadap iklim sekolah, sikap kerja guru dan komitmen organisasi di sekolah menengah berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Soal selidik berskala likert yang mengandungi empat instrumen iaitu Principal Instruction Management Rating Scale (PIMRS, 1985), Organizational Health Inventory (OHI-M, 1997) telah digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 16 dan AMOS versi 16.0 untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah di ketiga-tiga tahap sekolah. Secara keseluruhannya soal selidik yang diterjemahkan menunjukkan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Analisis deskriptif turut digunakan untuk mengukur min, sisihan piawaian, kekerapan dan peratus. Selain itu, analisis faktor konformatori dan model persamaan berstruktur (Structural Equation Modeling, SEM) juga dijalankan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepemimpinan pengajaran, pemimpin pertengahan mempunyai hubungan yang signifikan dengan iklim sekolah. Kajian ini menunjukkan bahawa kepemimpinan pengajaran pemimpin pertengahan tidak dipengaruhi oleh tahap pencapaian sekolah. Iklim sekolah merupakan pemboleh ubah yang signifikan dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil penemuan kajian ini menyediakan asas bagi membentuk model kepemimpinan sekolah yang lebih mantap dalam konteks meningkatkan perkembangan profesionalisme dan nilai produktiviti guru serta pencapaian sekolah. Sehubungan dengan keputusan yang diperolehi beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

    Kata kunci : Kepemimpinan pengajaran, iklim sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, mencerap dan memberi maklum balas, memupuk iklim pembelajaran positif, menili program pengajaran dan sekolah menengah kebangsaan.

    KUALITI PRODUK GURU BAHARU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KOHORT KEDUA IPG KAMPUS DARULAMAN

    Khor Cheng Hoon ( [email protected]) Nor Hayati Hj Mt Ali, Ed.D ([email protected])

    Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

    Abstrak

    Seramai 51 orang guru baharu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Kohort Kedua, iaitu sebanyak 62.96% daripada jumlah 81 orang lepasan PISMP keluaran Januari 2012 Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) telah dinilai oleh pentadbir sekolah dalam Kajian Kepuasan Pelanggan IPGKDA dengan menggunakan Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP). Laporan ini disediakan bagi tempoh 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2012. Analisis data menunjukkan pelanggan IPGKDA berpuas hati terhadap pencapaian semua aspek guru baharu PISMP yang dinilai (peratus persetujuan keseluruhan adalah 96.93). Dapatan menunjukkan peratus persetujuan bagi kualiti diri guru, pengajaran dan pembelajaran (PdP), kokurikulum dan pengurusan kerja rutin di sekolah masing-masing mencatatkan masing-masing 96.94, 92.89, 94.91 dan 97.38 peratus. Cadangan penambahbaikan kepuasan pelanggan oleh pentadbir sekolah diberikan.

    Kata Kunci: kualiti produk, guru baharu, PISMP, aspek kepuasan pelanggan

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    23

    PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN AGAMA DI SEKOLAH RENDAH

    Fahimah Ali Hassan Faza Ali Hassan Mohd Izham Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia

    Abstrak

    Kertas kerja konsep ini membincangkan tentang peranan guru Pendidikan Islam dalam menghadapi perubahan kurikulum pendidikan agama di sekolah rendah. Tranformasi pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah telah mengalami beberapa peringkat perubahan kurikulum bermula kurikulum lama sekolah rendah (KLSR) pada tahun 1962 di mana mata pelajaran Pendidikan Islam telah dimasukkan secara formal ke dalam sistem pendidikan negara. Pada tahun 1983 rombakan secara besar-besaran terhadap sistem pendidikan negara sehingga berubah kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan sehinggalah berubah lagi kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993. Maka setelah dua dekad KBSR berjalan dalam sistem pendidikan negara, pada tahun 2003, semakan semula sukatan Pendidikan Islam telah membawa kepada pengenalan j-QAF pada tahun 2004 dengan tujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam memandangkan peranan pendidikan agama dalam pembentukan akhlak dan sahsiah murid sangat penting. Seterusnya, pada tahun 2011, transformasi pendidikan berubah lagi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di mana murid-murid yang mengikuti KSSR ini telah pun berada dalam Tahun 3. Tranformasi pendidikan sekolah rendah ini menuntut kepada kerjasama dan persediaan rapi guru agama dalam menjayakan perubahan ini. Oleh itu kertas konsep ini membincangkan tranformasi pendidikan agama dan peranan guru agama dalam merealisasikan tranformasi tersebut.

    PERANAN PENTADBIR MEMBANGUNKAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA SEBAGAI KOMPETENSI PEMIMPIN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI.

    Gulson Begum Hj. Khalid (Ph.D)

    ([email protected])

    Institut Aminuddin Baki, Genting Highland Pahang

    Abstrak

    Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka peranan pentadbir yang telah berjaya meningkatkan keerhasilan dan perkembangan pelajar melalui jalinan hubungan luar komuniti serta kemahiran kerja berpasukan dalam organisasi sekolah. Bagi mencapai objektif kajian ini, reka bentuk kajian kes digunakan melalui perkongsian pengalaman dan amalan pentadbir dari segi membangunkan kapasiti, aktiviti hubungan luar, komunikasi dan kerja berpasukan. Dari aspek pemilihan sampel pula, peserta kajian ini melibatkan 8 orang pentadbir dari empat buah sekolah rendah PPKI yang mewakili empat zon di Semenanjung Malaysia yang telah dikenalpasti berjaya menggalakkan penglibatan ibu bapa secara efektif di sekolah. Bagi menjawab persoalan dalam kajian ini, kaedah temubual dan analisis dokumen telah dilaksanakan untuk mengumpul data bagi menerangkan faktor kejayaan pentadbir membangunkan hubungan sesama manusia. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pentadbir sekolah mempunyai komitmen peribadi untuk menyediakan peluang penglibatan komuniti luar disamping itu mereka mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan untuk memperkasakan kapasiti guru, ibu bapa dan agensi luar untuk melaksanakan peranan masing-masing dalam membantu perkembangan pelajar. Oleh itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pentadbir sekolah lain sebagai panduan dari segi merancang aktiviti dan amalan yang dapat merealisasikan agenda PPPM 2013-2025, iaitu untuk meningkatkan keberhasilan pelajar dengan membuat anjakan sistem pengurusan dari berasaskan sekolah kepada penglibatan komuniti luar.

    Katakunci: Kepimpinan, Kerja pasukan, Komunikasi, Komitmen peribadi, Membangun kapisiti.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    24

    REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN PERMAINAN ATAS TALIAN KOSA KATA BAHASA ARAB

    Hamizul bin Mahmud [email protected]

    Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff [email protected] Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

    Abstrak

    Pendekatan permainan atas talian disarankan sebagai alat bantu yang mampu meningkatkan keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa Arab. Dalam proses reka bentuk dan pembangunan permainan atas talian bahasa Arab, penerapan elemen dan model yang bersesuaian diperlukan bagi penghasilan bahan pembelajaran yang berkesan. Kajian berbentuk literatur ini meneroka elemen pembangunan dan model pembelajaran berasaskan permainan digital dalam proses pembinaan permainan atas talian bahasa Arab di sekolah . Dapatan kajian ini menjelaskan hasil pembangunan bagi reka bentuk permainan atas talian bahasa Arab. Implikasi terhadap kajian ini dapat menjadi garis panduan kelak terhadap pembangunan dan keberkesanan pembelajaran bahasa Arab berasaskan permainan atas talian di sekolah.

    Kata Kunci: Permainan Atas Talian, Kosa Kata, bahasa Arab, reka bentuk dan pembangunan, pembelajaran berasaskan permainan.

    PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEPADA PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN: KEKANGAN KEPADA PELAKSANAAN DARIPADA PERSPEKTIF

    KAUNSELOR DAN GURU PENDIDIKAN KHAS

    Hanani Harun Rasit, Hasnah Toran & Salleh Amat

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    [email protected], [email protected], [email protected]

    Abstrak

    Pelajar bermasalah pembelajaran (PMP) mempunyai keperluan unik peribadi-sosial dan akademik dan mereka menghadapi pelbagai kesukaran yang berkaitan dengan ketidakupayaan mereka. Mereka memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (BK) dan intervensi kaunselor sekolah untuk membantu mereka memenuhi keperluan unik tersebut. Kajian lepas menunjukkan bahawa perkhidmatan BK yang diberikan oleh kaunselor sekolah kepada PMP adalah terhad. Kajian awal tentang status perkhidmatan BK kepada PMP di Selangor menunjukkan dapatan yang hampir sama dimana perkhidmatan ini dilaksanakan pada tahap sederhana rendah. Kajian kualitatif ini merupakan kajian susulan yang bertujuan untuk menjelaskan kekangan kepada pelaksanaan perkhidmatan BK kepada PMP. Seramai lapan peserta kajian yang terdiri daripada empat orang kaunselor sekolah dan empat orang guru pendidikan khas telah ditemubual secara mendalam. Data telah dianalisis menggunakan teknik analisis perbandingan secara tetap untuk menjawab persoalan kajian. Tiga tema utama telah diperoleh iaitu kaunselor sekolah kurang kompetensi, pengasingan PMP dan dasar yang kurang jelas. Implikasi dan cadangan kajian dari aspek keperluan latihan kepada kaunselor sekolah, pemerkasaan amalan inklusi dan keperluan kepada arahan dan garis panduan turut dibincangkan.

    Kata kunci : perkhidmatan bimbingan dan kaunseling - pelajar bermasalah pembelajaran - inklusi

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    25

    KREATIVITI PEMBINAAN MEDIA PENGAJARAN DAN INTERAKSI GURU - MURID: PERBANDINGAN ANTARA MEDIA 2 DIMENSI DAN MEDIA 3 DIMENSI

    Siti Hajar Man, Ph.D & Hashiroh Hussain

    IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kreativiti pembinaan media pengajaran dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Objektif kajian adalah untuk melihat bagaimana kreativiti media pengajaran guru-guru pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran ketika menjalani praktikum dapat meningkatkan interaksi antara guru dan murid. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif. Kajian dijalankan semasa guru-guru pelatih menjalani praktikum di beberapa buah sekolah rendah dalam daerah Kuala Muda/Yan, Kedah. Data telah dikumpul melalui analisis rakaman video dan dokumen melalui Rancangan Pengajaran Harian dan media yang telah digunakan semasa pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran. Dua jenis media pengajaran dikaji iaitu Media 2 Dimensi berbentuk slaid dengan aplikasi Microsoft Powerpoint dan Media 3 Dimensi berbentuk boneka. Dapatan kajian menunjukkan kreativiti guru-guru pelatih dalam membina media pengajaran dapat meningkatkan interaksi antara guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati murid-murid memberikan tindakbalas positif terhadap Media 2 Dimensi iaitu slaid berbanding dengan Media 3 Dimensi iaitu boneka.

    Kata kunci: Media 2 Dimensi, Media 3 Dimensi,Kreativiti

    MENGUKUR KEBERKESANAN PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MELALUI KURSUS PENDEK JAHITAN MANIK : SATU TINJAUAN DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR

    DARULAMAN

    Irmayariani Binti Kamalsha, Rahanita Binti Abdul Rahman & Nor Jamarina binti Mustaffa Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

    [email protected], [email protected] , [email protected]

    Abstrak

    Pada tahun 2001, kerajaan telah menubuhkan Kolej Komuniti sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi bagi turut serta dalam melahirkan masyarakat setempat yang berilmu dan berkemahiran tinggi. Kolej Komuniti merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, berperanan sebagai hub pendidikan kepada masyarakat setempat untuk menimba ilmu. Sistem pendidikan di Kolej Komuniti adalah berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu pendidikan kepada semua golongan tanpa mengira batasan umur dan taraf pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat melalui latihan kursus pendek dan kemahiran di Kolej Komuniti Bandar Darulaman dalam melahirkan usahawan dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan isirumah komuniti setempat. Skop kajian adalah terdiri daripada peserta kursus Jahitan Manik yang tinggal di sekitar Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Batasan kajian adalah bagi kursus yang dijalankan dalam tempoh lima bulan iaitu dari bulan Februari Jun 2013 dan merangkumi kursus Jahitan Manik sahaja. Kajian ini dilakukan ke atas enam (6) kursus yang terdiri daripada 144 orang peserta program. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temubual. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik peratusan untuk menunjukkan keberkesanan program. Analisis dapatan kajian menunjukkan 40.2 peratus dalam kalangan peserta kursus Jahitan Manik telah menjadi usahawan Jahitan Manik walaupun dalam masa yang singkat iaitu tiga (tiga) bulan. Oleh itu, kajian mendapati Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Bandar Darulaman melalui latihan kursus pendek dan kemahiran boleh melahirkan usahawan kecil seterusnya dapat meningkatkan pendapatan isirumah komuniti setempat. Kajian juga telah dapat membantu Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Bandar Darulaman mengesan usahawan kecil bagi Jahitan Manik .

    Kata Kunci :kolej komuniti,kursus pendek,usahawan, jahitan manik

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    26

    KAEDAH AKRONIM JOM PI GERAI ABBU DALAM TAJUK MASALAH ASAS EKONOMI

    Muruga a/l Krishnan Sekolah Menengah Kebangsa Tanjong Puteri, 09300 Kuala Ketil, Kedah.

    Abstrak

    Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 Iswara dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Sampel kajian terdiri daripada pelajar 4 Iswara dan seorang guru. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, dan peperiksaan penggal. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat membezakan masalah asas ekonomi dengan masalah ekonomi. Pelajar telah didedahkan kepada kaedah ini selama 15 minit dalam PdP dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh enam minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan soal selidik pula menunjukkan prestasi yang baik.

    INTERGRASI PEMBELAJARAN BERASASKAN PRESTASI TERHADAP APLIKASI PEMBELAJARAN MOBILE BAGI PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET)

    Irwan Mahazir, I.

    1a,Norazah, M.N.

    2, Rosseni, D.

    3

    [email protected], [email protected]

    2, [email protected]

    3

    123 Jabatan Kepimpinan & Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan,

    43600 Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia,

    Abstrak

    Prestasi pelajar yang cemerlang merupakan satu indikator bagi menilai keberkesanan sesuatu pembelajaran. Pada zaman dunia dihujung jari ini, pelbagai kaedah dan pendekatan pembelajaran diperkenalkan, manakala satu pendekatan yang signifikan untuk dilaksanakan pada zaman ini adalah pembelajaran mobile. Bagi memastikan bahan pembelajaran yang berteknologi ini memberi impak terhadap prestasi pelajar, proses penghasilan bahan pembelajaran ini mestilah berdasarkan model supaya bahan ini mampu dilaksanakan secara optimum. Namun begitu, bagaimanakah pembelajaran berasaskan prestasi ini diterapkan serta bagaimanakah reka bentuk antara muka bagi pembelajaran mobile terhadap Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Tujuan kajian ini adalah menjelaskan, meneroka serta menentukan bagaimanakah pembelajaran berasaskan prestasi diintegrasikan terhadap pembelajaran mobile bagi pelajar Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

    Reka

    bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian literatur. Kajian ini dijalankan dengan kaedah penerokaan ilmu pengetahuan berdasarkan elemen pembangunan, model pembelajaran berasaskan prestasi dan elemen pembelajaran mobile. Dapatan kajian ini menjelaskan hasil pembangunan pembelajaran berasaskan prestasi terhadap aplikasi pembelajaran mobile . Selain itu, kajian ini menjelaskan bagaimana model pembelajaran prestasi diterapkan terhadap antara muka pembelajaran mobile. Implikasi terhadap kajian ini adalah dapat menjadi garis panduan terhadap pembangunan dan perlaksanaan pembelajaran berasaskan prestasi kelak. Kata Kunci: Pembelajaran Mobile, Pembelajaran Berasaskan Prestasi, Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Intergrasi

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    27

    FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI AMALAN TMK DALAM PENDIDIKAN DALAM KALANGAN GURU-GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

    Jamilah Bt Dolah Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Ipoh

    [email protected]

    Siti Rosni Mohamad Yusoff Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Ipoh

    [email protected]

    Badrul Hisham Bin Alang Osman, PhD Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Ipoh

    [email protected]

    Abstrak

    Pendidikan abad ke 21 telah mempengaruhi amalan pengajaran dan pembelajaran guru. Kemudahan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) dalam pendidikan bertujuan memudahkan peningkatan profesionalisme guru-guru disamping menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, inisiatif TMK dalam pendidikan masih belum dikuasai sepenuhnya oleh guru-guru. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang paling mempengaruhi amalan TMK dalam pendidikan dalam kalangan guru-guru yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG). Kajian menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif. Teknik pengumpulan data menggunakan instrumen soalselidik yang mengandungi 28 item. Seramai 84 sampel terlibat dalam kajian ini. Keboleh percayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan item ialah 0.929 menunjukkan kesesuaian item yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang paling mempengaruhi amalan TMK dalam pendidikan ialah faktor persekitaran-sosial (M = 3.42), faktor motivasi dalaman (M = 3.26), faktor kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa mengikuti program (M = 3.20), faktor latihan amali semasa mengikuti program (M = 3.08), faktor kemudahan sumber kursus (M = 3.08) dan pengalaman (M = 3.00). Dapatan kajian menunjukkan sokongan persekitaran dan sosial amat penting dalam mempengaruhi amalan TMK dalam pendidikan dalam kalangan guru-guru. Manakala faktor paling kurang mempengaruhi adalah faktor pengalaman. Ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk menambahbaik persekitaran pembelajaran dan mempertingkatkan strategi pembelajaran berasaskan sokongan komuniti seperti rakan sekursus, pentadbir serta pihak pengurusan dalam pembangunan pendidikan berterusan dalam kalangan guru-guru dalam perkhidmatan.

    Kata kunci: latihan perguruan, latihan guru dalam perkhidmatan, TMK dalam pendidikan, kuantitatif

    KEPIMPINAN KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH: KEPENTINGAN, PERANAN DAN STRATEGI PELAKSANAAN

    Jeffri bin Idris, PhD ([email protected])

    Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia

    Abstrak

    Kertas kerja ini membincangkan tentang kajian tindakan dalam perspektif pemimpin sekolah. Sebagai pemimpin instruksional, Pengetua atau Guru Besar berperanan dalam menjadikan penyelidikan sebagai satu budaya dalam sekolah. Kertas kerja ini dimulakan dengan penerangan konsep dan proses pelaksanaan kajian tindakan diikuti dengan kepentingannya dalam bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah. Peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh pemimpin sekolah dalam membudayakan kajian tindakan turut dibincangkan dalam kertas kerja ini. Seterusnya, kertas kerja ini mencadangkan bagaimana kajian tindakan boleh dilaksanakan oleh pemimpin sekolah melalui pendekatan-pendekatan kepimpinan yang diamalkan di sekolah. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah hieraki, transformasi dan fasilitasi. Akhir sekali, kertas kerja ini mencadangkan kerangka konsep kepimpinan kajian tindakan di sekolah.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    28

    PEMBINAAN INDIKATOR DAN MODEL K-WORKER PELAJAR POLITEKNIK METrO BAGI KEPERLUAN INDUSTRI

    Julia binti Jantan1

    Mohd Zairi bin Husain2

    1Politeknik METrO Johor Bahru

    2IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

    1 E-mail: [email protected] 2 E-mail: [email protected]

    Abstrak

    Pengangguran di kalangan graduan secara tidak langsung berkaitan dengan pengetahuan yang mereka miliki. Secara umumnya majikan lebih cenderung untuk mengambil graduan yang memenuhi sifat k-worker sebagai pekerja. Graduan yang menganggur dikenalpasti sebagai tidak berjaya memenuhi keperluan skop tugas sesuatu pekerjaan dan menyebabkan mereka gagal mendapatkan pekerjaan. Oleh yang demikian, untuk menjadi graduan yang dikehendaki oleh industri, latihan dan kemahiran perlu diberikan kepada graduan agar dapat memenuhi kehendak pasaran kerja. Menurut Ishak Mad Shah (2002) dan Che Mat (2000), institusi PLTV memainkan peranan dalam melahirkan k-worker dengan melengkapkan kesediaan diri menjadi pekerja sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Kertas konsep ini bertujuan untuk menghasilkan indikator dan model k-worker pelajar Politeknik METrO bagi keperluan industri. Sampel kajian adalah seramai seramai 92 orang pelajar Politeknik METrO dan seramai 248 Pegawai Sumber Manusia (PSM) organisasi industri. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengenalpasti kurikulum serta program kemahiran vokasional yang sesuai ditawarkan kepada pelajar disamping menyediakan transisi kerjaya setanding dengan pelajar universiti yang lain dalam usaha menyediakan graduan yang kompeten, mempunyai kemahiran generik serta kebolehpasaran yang tinggi bagi memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan dan dunia k-ekonomi yang semakin berkembang pesat.

    Kata kunci: k-worker, indikator dan kebolehpasaran.

    CAN PROBLEM SOLVING ENHANCES STUDENTS MATHEMATICAL THINKING IN THE CLASSROOM?

    Koay Chen Yong (Ph.D)( [email protected])

    IPG Kampus Pulau Pinang, 11700 Gelugor, Penang, Malaysia.

    This study explores the mathematical thinking in problem solving of Form Four students in a secondary school in Malaysia. This research adopts a constructivist perspective that views learning mathematics as a process of constructing meaningful representation and knowledge is constructed by the individual. The research methodology employs the case study and interpretative approach. Three Form Four secondary school students in one of the district in the state of Penang were selected by purposive sampling. Data were collected by audio and video taping the students while solving three tasks individually using the think-aloud technique, followed by retrospection and clinical interviews. The findings revealed that problem solving could enhance students mathematical thinking in the classroom. This study also shows that problem solving has the potential to create a learning environment that enhances students mathematical reasoning skills.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    29

    HUBUNGAN PENGETAHUAN DENGAN AMALAN PENTAKSIRAN FORMATIF DALAM PELAKSANAAN PENILAIAN KEMAJUAN BERASASKAN SEKOLAH

    Juliana Osong Jabatan Ilmu Pendidikan; Unit Penilaian & Peperiksaan

    Email: [email protected]

    Abstrak

    Objektif kajian adalah untuk melihat hubungan antara pengetahuan dengan amalan petaksiran formatif guru semasa melaksanakan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS). Sampel kajian terdiri daripada 350 orang guru di sekolah menengah kategori bandar, di bandar-bandar utama di negeri Sabah, yang dipilih berdasarkan kaedah pensampelan rawak kluster berkadar. Kerangka kajian adalah berdasarkan Standards for Teacher Competence in Eductional Assessment of Students (STCEAS). Dua jenis instrumen digunakan untuk menggumpulkan data iaitu satu set soalan ujian yang mengandungi 40 item (mengukur pengetahuan) dan set soal selidik berskala Likert yang mengandungi 60 item (mengukur amalan). Kedua instrumen ditadbir serentak ke atas sampel. Pengumpulan data dikendalikan oleh pengkaji dengan bantuan pengetua sekolah atau guru penolong kanan. Data dianalisis menggunakan program SPSS for MS Windows Version 16.0. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data kuantitatif iaitu taburan kekerapan dan peratusan demografi responden, tahap pengetahuan dan tahap amalan guru sementara hubungan antara pengetahuan pentaksiran formatif dengan amalan pentaksiran formatif dianalisis menggunakan Pearson product-moment correlation coefficient. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan tahap amalan guru adalah sederhana. Keputusan kajian juga mendapati wujud hubungan yang kuat antara pengetahuan dengan persepsi amalan pentaksiran formatif oleh guru semasa pelaksanaan PKBS.

    Kata kunci: Pentaksiran formatif, Pengukuran, Penilaian, Penilaian kemajuan berasaskan sekolah.

    PERSEPSI NILAI PATRIOTISME DALAM PENDIDIKAN SEJARAH DI KALANGAN BANDUAN MUDA SEKOLAH INTEGRITI PENJARA KAJANG

    Encik Kamal Bin Mohd Yusof & Encik Anuar Bin Ahmad

    Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] dan [email protected]

    Abstrak

    Tujuan kertas ini adalah untuk mengenalpasti persepsi nilai patriotisme dalam pendidikan sejarah dalam kalangan banduan muda dan perbezaan nilai patriotisme berdasarkan bangsa, taraf pendidikan, pencapaian dalam mata pelajaran sejarah dan jenis kesalahan. Reka bentuk kajian ialah penyelidikan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Data untuk kajian dikutip melalui soal selidik bagi sampel kajian iaitu banduan muda yang terdiri daripada 110 orang di Sekolah Integriti Penjara Kajang. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai yang digunakan untuk menganalisis pemboleh ubah kajian iaitu profil responden dan nilai patriotisme. Analisis inferensi iaitu ujian t, Kruskal Wallis dan Mann Whitney U digunakan untuk menganalisis perbezaan nilai patriotisme. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan persepsi nilai patriotisme dalam pendidikan sejarah di kalangan banduan muda berada pada tahap tinggi (min = 4.40 dan sp = 0.297). Perbezaan nilai patriotisme berdasarkan bangsa menunjukkan banduan muda berbangsa India mempunyai nilai patriotisme yang paling tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan persepsi nilai patriotisme berdasarkan taraf pendidikan. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi nilai patriotisme berdasarkan pencapaian mata pelajaran sejarah dan jenis kesalahan. Akhir sekali, beberapa implikasi kajian terhadap nilai patriotisme dinyatakan dan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan juga turut dikemukakan.

    Kata kunci : patriotisme, pendidikan sejarah dan banduan muda

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    30

    KAJIAN STATUS PENDIDIKAN SEKOLAH PEDALAMAN PULAU SEMPORNA, SABAH

    Kamarudin Abu Hassan, Zuraidah binti Baharin, Siti Halimah binti Md Yassin

    Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka Mohd Aziz bin Mohd Din

    IPG Kampus Kota Bharu Kelantan Mohamad Azhar Mat Ali

    Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Pahang

    Abstrak

    Kajian ini adalah untuk melihat status pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah pulau yang merupakan sebahagian transformasi sekolah pedalaman bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai sekolah-sekolah pedalaman jenis sekolah pulau dan isu-isu berbangkit. Metodologi kajian ini berbentuk tinjauan dan pemerhatian turut serta dengan menggunakan kaedah kualitatif dan analisis dokumen. Dua buah sekolah pedalaman pulau terlibat iaitu SK Pulau Omadal dan SK Pulau Sumandi di daerah Semporna, Sabah. Pengkaji sendiri terlibat bersama-sama responden untuk mendapat data sebenar dan membincangkan beberapa aspek berkaitan dengan reka bentuk kajian, persampelan, pengumpulan data dan penganalisisan data. Dapatan menunjukkan bahawa status sekolah pedalaman pulau perlu dibantu dari aspek fizikal sekolah, latihan guru, kebajikan guru, pengangkutan bot, prestasi murid, status pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan nilai kerohanian murid. Keseluruhan kajian ini dapat menyelongkar permasalahan yang dihadapi oleh sekolah pedalaman pulau.

    IDENTITI BLOK BATIK KELANTAN MELALUI GAYA DAN OLAHAN MOTIF: HASIL KAJIAN ANTARA TAHUN 1960 HINGGA 2009

    Khalijah Ahmad, Harozila Ramli Ph.D, Ahmad Suhaimi Mohd Nor Ph.D Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

    Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Preak, Malaysia Tel. +6013-4364532 Emel: [email protected]

    Abstrak

    Blok batik atau sarang bunga merupakan acuan yang digunakan untuk menerap motif pada permukaan kain dalam penghasilan batik blok. Berdasarkan catatan sejarah, blok batik di Malaysia telah dicipta pada tahun 1914, iaitu hasil kreativiti dan inovasi yang dilakukan oleh Haji Che Su bin Ishak. Keistimewaan blok batik ialah dapat mengurangkan jangka masa penghasilan produk dan dapat dijual dengan harga yang lebih murah serta mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapat rendah. Usaha dan inisiatif untuk menghasilkan motif yang lebih halus dan teliti telah membawa kepada perubahan gaya dan olahan motif blok tempatan. Hal ini bukan sahaja untuk memenuhi kehendaki para pengguna, sebalik sebagai satu keperluan untuk mencipta jenama dan identiti yang sendiri dalam kalangan tukang blok Kelantan. Penggayaan penataan dalam menentukan pengisian identiti dan penjenamaan tempatan adalah wajar bagi menampilkan ciri-ciri masyarakat yang melahirkannya di samping dapat menjelaskan ekspresi diri dan jati diri Melayu. Berdasarkan penelitian yang dijalankan terhadap lima orang tukang blok Kelantan dan sebuah perusahaan batik blok terkemuka Kelantan iaitu perusahaan batik yang diwarisi oleh Haji Che Su bin Ishak (SAMASA Batik) kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan identiti blok batik Kelantan melalui gaya dan olahan motif blok. Selain itu tumpuan pembentangan ini juga adalah membentangkan faktor-faktor yang dianggap menjadi penyebab kepada pembentukan identiti blok batik Kelantan. Signifikan kertas ini ialah untuk melihat gaya dan olahan tukang blok tempatan dengan membuat hubung kait dengan sumber motif tempatan yang digunakan.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    31

    COMPARING PAIR PROGRAMMING LEARNING WITH CAMP LEARNING METHOD IN PROGRAMMING SUBJECT AT PRIVATE HIGHER EDUCATION INSTITUTION

    Lau Teng Lye

    [email protected]

    Abstract This research focus in comparing two types of learning method which are pair programming and Copy, Analysis, Modify, Practice (CAMP) learning methods. This research would like to identify which learning method can provide effective learning in programming subject. There were 30 students of tertiaryeducation that took Java programming in private college participated in this research. The CAMP learning method was developed based on the behaviorism and cognitive learning theories framework. Besides that, this CAMP learning method took consideration of cognitive overloading issues in teaching and learning. The outcome of this research will allow instructors to use thisnew learning method or learning model to improve students performance in other subjects.

    TITLE: THE CHALLENGES AND OPPORTUNITIES OF EDUWEBTV IN 21ST CENTURY EDUCATION MODEL

    Lau Teng Lye

    [email protected]

    Abstract

    This article will discuss about the challenges and opportunities of EDUWEBTV related to 21st century education model. Few angles have been viewed based on the 21st century education model and EDUWEBTV. This article will base on the EDUWEBTV findings have been identified by previous researchers to relate back to the 21st century education pillars which are Access, Behavior, and Community (ABC). There were some recommendations reported to improve EDUWEBTV, in order to cope with the 21st century education model for Malaysia primary and secondary school. THE EFFECT OF ANGER MANAGEMENT MODULE USING COGNITIVE BEHAVIORAL THERAPY

    (CBT) ON ANGER EXPRESSION AMONG THE ADOLESCENT IN SECONDARY SCHOO : A PILOT STUDY

    Lee Shu Chin

    Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

    Abstract

    Anger is a natural human emotion experienced by everyone at one time or another. It is said to be the most talk about but least studied emotion. When experienced, it involves a combination of cognitive, physiological, behavioral and social components. This pilot study is aim to test the reliability and to measure the effect of Anger Management Module using Cognitive Behavioral Therapy (CBT) on anger expression among the adolescents in secondary school. Both quantitative and qualitative methods were used to gather data. Adolescents with high score in Adolescent Anger Rating Scale (AARS) were selected to the study through purposive sampling. There are four main interventions in this module such as self-administered cognitive restructuring; relaxation; communication skills and problem solving routine were taught throughout the ten week group counseling sessions. The module content reliability score was obtained using the content reliability questionnaire. Whereas the effect of the anger management module was determined by comparing the scores in pretest, posttest and a follow-up test obtained from the Adolescent Anger Rating Scale (AARS). Finally, the qualitative data were obtained through interview and feedback questionnaire where the data were analyzed using the descriptive method. Both the analysis revealed that all the interventions in this module are effective to help the adolescents manage their anger problem.

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    32

    PENGETAHUAN ETIKA PERGURUAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH: CABARAN

    DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    Lew Moi Mooi, PhD, Lim Zek Chew & Edna Wellington

    Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas email:[email protected]

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan tentang etika perguruan dalam kalangan guru pelatih Semester 8 Pengkhususan Pendidikan Muzik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di salah sebuah Institut Pendidikan Guru di Kuala Lumpur. Dua instrumen telah digunakan iaitu pro forma kursus yang memberi pendedahan tentang etika perguruan dan soal-selidik berbentuk soalan terbuka. Hasil analisis dokumen menunjukkan bahawa maklumat tentang etika perguruan diajar secara rasmi dalam komponen Pengajian Profesional dan Amalan Profesional yang ditawarkan dalam latihan keguruan. Penelitian dokumen didapati kurang memberi pendedahan secara mendalam kepada guru pelatih tentang etika perguruan. Analisis data soal selidik telah menunjukkan bahawa kebanyakan guru pelatih mempunyai pengetahuan etika perguruan yang minima. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa nilai etika dan amalan profesional ini haruslah dipupuk dalam program pendidikan guru lagi supaya guru pelatih dapat mengetahui lebih mendalam tentang akauntabiliti guru kepada pihak-pihak berkepentingan. Justeru, adalah dicadangkan bahawa satu kursus spesifik tentang etika perguruan perlu dikendalikan dalam kurikulum pendidikan guru supaya guru pelatih dapat menghayati dan mengamalkan prinsip etika dalam tugasnya sebagai seorang pendidik. Kata kunci: etika perguruan, pro forma, guru pelatih, dilema etika, amalan profesional

    POLA BERULANG DAN PEMIKIRAN PRA-ALGEBRA KANAK-KANAK

    Lim Hooi Lian ([email protected])

    Wun Thiam Yew ([email protected]) Chew Cheng Meng ([email protected])

    Abstrak

    Dalam kertas ini, pengkaji membincangkan aplikasi perspektif generalisasi untuk membantu kanak-kanak dalam mengembangkan pemikiran pra-algebra melalui aktiviti penyelesaian masalah pola berulang. Terdapat dua peringkat dalam perspektif generalisasi yang diadaptasi, iaitu peringkat menyiasat dan peringkat membuat generalisasi pola. Memandangkan model perkembangan kognitif yang diasaskan oleh Biggs and Collis, iaitu model SOLO (Structure of the Observing Learning Outcome) adalah sesuai untuk membuat analisis secara berperingkat-peringkat tentang pemahaman pelajar dalam pembelajaran algebra, maka pengkaji telah mencadangkan satu kerangka untuk menggambarkan pemikiran pra-algebra kanak-kanak secara sistematik berdasarkan model ini. Pengkaji membuat hipotesis bahawa kanak-kanak berupaya menunjukkan tiga peringkat pemikiran pra-algebra berdasarkan model SOLO, iaitu peringkat unistruktural, multistruktural dan relasional. Adaptasi perspektif generalisasi dan model SOLO ini didapati amat sesuai untuk dijadikan rujukan guru matematik dalam menggalakkan pemikiran pra-algebra kanak-kanak di dalam kelas. Kata kunci: Pemikiran pra-algebra, perspektif generalisasi, pola berulang, model SOLO

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    33

    PENGARUH PENGETAHUAN PROSEDURAL, PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN SIKAP GURU SEJARAH TERHADAP KESEDIAAN MENERAPKAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

    DALAM KALANGAN MURID-MURID

    Lisa Yip Shukye ([email protected] ) Jabatan Pengajian Sains Sosial

    Abstrak

    Kajian telah mennjukkan keberkesanan dalam menyampaikan pengajaran Sejarah banyak bergantung kepada pengetahuan disiplin subjek, pengetahuan pedagogi dan sikap guru itu sendiri. Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan untuk meninjau pengaruh pengetahuan prosedural, pengetahuan pedagogi dan sikap guru sejarah terhadap kesediaan mereka menerapkan kemahiran pemikiran Sejarah dalam kalangan murid-murid. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan sampel untuk mengumpul data. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik dan ditadbirkan kepada semua guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di dua puluh sembilan buah Sekolah Menengah Kebangsaan kategori bandar di Bahagian Pantai Barat Sabah. Ujian kolerasi Pearson telah dijalankan untuk melihat hubungan signifikan. Ujian regresi pelbagai pula dijalankan untuk menganalisis perhubungan antara pemboleh ubah kriteria dan pemboleh ubah-pemboleh ubah peramal. Dapatan daripada kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan (i) responden mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji, (ii) terdapat hubungan yang kuat di antara pengetahuan prosedural, pengetahuan pedagogi dan sikap terhadap Sejarah dengan tahap kesediaan guru, dan (iii) pengetahuan prosedural, pengetahuan pedagogi dan sikap terhadap Sejarah merupakan faktor yang memberi kesan kepada tahap kesediaan guru menerapkan kemahiran pemikiran Sejarah dalam kalangan murid. Perbincangan dan implikasi kajian kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum Sejarah turut dihuraikan.

    VALIDATING A TRANSLATED SEMI-STRUCTURED INTERVIEW GUIDE

    May Ee, Ong; Shahabuddin, Hashim; Seffetu, Kulda Universiti Sains Malaysia, Malaysia

    Abstract: This paper describes the process of validating a translated semi-structured interview guide whose aim was three folds. Firstly, it is to validate the forward translated interview guide. Secondly, it is to uncover insights, perspectives, advice and suggestions to make sure that the forward translated interview guide will make sense to the target respondents in terms of language readability and content complexity. Thirdly, it is to obtain suggestions on how to conduct the interview with the juvenile delinquents. A five step validation process plan was designed and carried out. This involved translation of the semi-structured interview guide, community interviews, review of all the collected data, drawing up a final, full set of questions for piloting and finally piloting the interview guide. The pilot interview which lasted for an hour showed that there was no need to elaborate the questions and probes. Furthermore, there was no inappropriate answer to any of the questions. By describing the process in detail, it is hoped that this study will serve the purpose of demonstrating how to go about validating a semi-structured interview guide for similar researchers. Key words: semi-structured interview, resilience, validation, protective factors

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    34

    AWANG CIK TEH : PERJUANGAN DI PUNCAK RIMBA BERDURI

    Shahabuddin Hashim Ph.D Abd.Rahman Hj.Abd.Aziz

    Abdul Ghani Kanesan Abdullah Ph.D Haslinda Yusof

    Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

    Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden Pengalaman pahit manis seseorang dalam menghadapi kehidupan penuh ranjau berduri merupakan satu aset pengetahuan penting yang boleh dikongsi oleh generasi kini. Banyak pengajaran yang boleh dinukilkan daripada pengalaman berkenaan. Umpamanya, perjuangan Awang Cik Teh dalam novel Srengenge, hasil nukilan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad untuk mencapai cita-citanya untuk mengubahkan kehidupan masyarakat. Perjuangan berkenaan bukanlah semudah yang dihajati oleh setiap insan. Sesuatu perjuangan tidak sunyi dari senang dan susah, suka dan duka yang datang silih berganti umpama siang dan malam. Namun Awang Cik Teh sebagai insan yang bersahsiah waja diri telah berjaya mempamerkan sifat istiqomah dalam perjuangannya. Sahsiah waja diri merujuk keupayaan seseorang itu menerima dan menghadapi sesuatu tekanan ataupun musibah. Dalam konteks masyarakat Melayu, pelbagai potensi dalaman atau internal asset telah menjadi tonggak kepada pembentukan ahsiah waja diri.Kertas kerja ini akan mengupas dengan mendalam watak Awang Cik Teh yang terdapat dalam novel terpilih. Awang Cik Teh yang didapati telah berjaya mempamer dan membuktikan betapa penting dan perlunya sahsiah wajadiri dalam perjuangan dan kehidupan. Novel Srengenge terpilih kerana merupakan salah sebuah novel yang tersohor dan kaya dengan susur galur budaya dan pemikiran masyarakat Melayu. Kajian tematik dijalankan untuk mengesan dan menilai peranan pelbagai potensi dalaman sahsiah wajadiri yang telah ditunjukkan oleh Awang Che Teh. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai potensi dalaman yang berperanan penting dalam membentuk sahsiah wajadiri. Potensi-potensi dalaman ini mempengaruhi tingkah laku Awang Che Teh dalam pelbagai peristiwa yang mencabar. Perbincangan dan implikasi kajian terhadap pendidikan akan dikemukakan dengan mendalam dalam kertas kerja ini.

    Kata Kunci : sahsiah waja diri, internal asset

    UNSUR-UNSUR HIBURAN DAN PENGAJARAN DALAM SASTERA KANAK-KANAK KARYA REJAB F.I

    Nor Hasimah binti Ismail & Prof. Madya Dr. Hajah Siti Khariah Binti Mohd Zubir

    Abstrak

    Sastera kanak-kanak merangkumi semua jenis penulisan berbentuk kreatif dan imaginatif yang dikhususkan untuk dibaca dan dijadikan alat hiburan kepada kanak-kanak. Sastera kanak-kanak merangkumi bidang fiksyen dan bukan fiksyen yang menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Kajian ini menumpukan cerita kanak-kanak karya Rejab F.I. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan Moral dan Teori Psikologi. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti unsur-unsur hiburan dan nilai-nilai pengajaran yang terdapat dalam buku kanak-kanak yang dikaji. Seterusnya pengkaji akan membuktikan dengan jelas corak penyampaian jalan cerita yang digunakan oleh pengarang. Kajian ini boleh dijadikan contoh dan teladan, dapat memupuk nilai-nilai murni serta budi pekerti yang mulia kepada kanak-kanak dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung bahan sastera ini akan menjadi petunujuk kepada kanak-kanak ke arah menjadi insan yeng berguna kepada agama bangsa dan negara.

    Kata kunci: sastera kanak-kanak, hiburan, pengajaran, nilai-nilai murni dan teladan

  • SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    35

    PENGGUNAAN TEKNIK MNEMONIK (AKROSTIK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

    Lawrence Law Sze Yung IPG Kampus Rajang

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan Teknik Mnemonik (Akrostik) bagi mengatasi masalah murid mengingati fakta dalam matapelajaran Kajian Tempatan di sebuah sekolah yang terletak di pedalaman daerah Julau. Objektif utama kajian ini ialah untuk meninjau sama ada penggunaan