2 karya

2
WAKTU Seperti jarum yang berputar ke suatu sudut dan arah mengumpul segala rahsia memulakan suatu perjalanan. Menjadi paling berharga bila si bijaksana menggunakannya menjadi kejam dan menyiksa bila si pendusta yang mengaturnya. Tanpa suara tanpa kata-kata tiada rupa dan tiada warna bermula di mana asalmu mengalir ke mana akhirmu. Segalanya menyatukan pertemuan dengan putaran jarum menjadi ketetapan mempercepatkan langkah dan harapan kerana waktu itu paling setia untuk melukiskan tanpa suara. Yang arif dengan amanah menepati atau si pemuja yang alpa memungkiri yang menguatkan diri adalah keimanan kerana waktu itu yang menentukan segala kebenaran. NONIE HARUN (3 SIRIUS)

Upload: langgit7

Post on 22-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

karya

TRANSCRIPT

Page 1: 2 kArYa

WAKTU

Seperti jarum yang berputarke suatu sudut dan arahmengumpul segala rahsiamemulakan suatu perjalanan.

Menjadi paling berhargabila si bijaksana menggunakannyamenjadi kejam dan menyiksabila si pendusta yang mengaturnya.

Tanpa suara tanpa kata-katatiada rupa dan tiada warnabermula di mana asalmumengalir ke mana akhirmu.

Segalanya menyatukan pertemuandengan putaran jarum menjadi ketetapanmempercepatkan langkah dan harapankerana waktu itu paling setiauntuk melukiskan tanpa suara.

Yang arif dengan amanah menepatiatau si pemuja yang alpa memungkiriyang menguatkan diri adalah keimanankerana waktu itu yang menentukan segala kebenaran.

NONIE HARUN (3 SIRIUS)

Page 2: 2 kArYa

CIKGU

Salam kasih untuk cikguyang bersusah kerana kesusahankumemberiku pinjamanapa yang sukar aku bayarkanmemberiku kefahamanapa yang dulu aku keliru.

Salam kasih untuk cikguyang mengajarku jangan jemuilmu tidak tawar oleh ulanganjiwa tidak luntur oleh sumpahansalam hormat setingginya, Cikgu.

Salam kasih untuk cikguyang melayaniku jangan pernah jemupenat dan lelah tidak kau kenalimuridmu tetap kau sayangi.

Kini di sini aku berdiridengan kaki peribadi sendiripertemuan singkat denganmu, cikgukau tetap di hatiku.

HASIL NUKILAN

NONIE BINTI HARUN ( 3 SIRIUS )