2 faktor luaran.ppt psikoliguistik.ppt

7
Psikolinguistik

Upload: samugam

Post on 30-Sep-2015

247 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • Psikolinguistik

  • Apakah itu psikolinguistik?

    Psikolinguistik ialah cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan jiwa manusia
  • Maksud Psikolinguistik menurut tokoh-tokoh bahasa:

    Menganalisis jenis-jenis, bentuk-bentuk bahasa dan perkataan-perkataan yang digunakan oleh penutur dan hubungannya dengan fikiran jiwa penutur itu.Menurut Robert Lado iaitu seorang ahli dalam bidang pengajaran bahasa mengatakan bahawa psikolinguistik ialah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi telaah pengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa dan hal-hal yang ada kaitannya dengan itu yang tidak mudah dicapai atau didekati melalui salah satu dari kedua ilmu tersebut secara terpisah atau sendiri-sendiri.
  • Menurut Emmon Bach (1964)pula, Psikolinguisik adalah satu ilmu yang meneliti bagaimana sebenarnya para pembaca sesuatu bahasa membentuk/ membangun atau mengerti kalimah-kalimah bahasa tersebut.

  • Menurut Ronald W. langacker (1968), Psikolinguistik ialah studi atau telaah mengenai behaviour atau perilaku linguistik, iaitu performasi atau perbuatan dan perlengkapan atau aparat psikologis yang bertanggungjawab atasnya.

  • Apakah yang dikaji dalam psikolinguistik?

    - Mengkaji perkaitan antara peranan bahasa dengan proses mengingat, membuat persepsi, pemerhatian dan pembelajaran. Displin ini juga memberikan perhatian terhadap pengaruh ingatan ke atas pertuturan dan kefahaman.

  • Apakah yang diteliti dalam psikolinguistik?

    Meneliti aspek penguasaan bahasa kanak-kanak dan mengkaji proses akal kanak-kanak dalam memahami,mengingat dan melahirkan kembali bentuk-bentuk

    bahasa dalam pertuturan.