2. bidang linguistik.pptx

Upload: tracy-shirley-goh

Post on 10-Mar-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Linguistik Bahasa Melayu (Tutorial 2)

TRANSCRIPT

Apa itu Linguistik ?

Bidang linguistikliu ye ying Shirley gohchai juan huiApa itu Linguistik ?Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), linguistik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa.

Linguistik merupakan kajian saintifik bahasa yang mengkaji bentuk asas dan pola ayat yang diujarkan. Ia terbahagi kepada fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.Bidang linguistiklinguistik AMIstilah umum bagi cabang kajian linguistik yang menghasilkan konsep asas, teori, model dan kaedah, dan biasanya merangkumi prinsip analisis dan pemerian dalam kajian fonologi, tatabahasa dan kosa kata serta kajian grafemik, sejarawi, perbandingan dan dialek.

Linguistik umum adalah berkenaan dengan rangka-rangka untuk memerihalkan baahsa-bahasa dan teori-teori individu dari segi ciri kesejagatan dalam bahasa serta merumuskan secara umum semua bahasa manusia yang bersifat alamiah.Oleh hal yang demikian, antara sifat-sifat umum bahasa secara universal adalah seperti dalam rajah yang berikut:

Bidang linguistiklinguistik GUNAANLinguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.

Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.

Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.

Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.

Ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.

Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan.

Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.

Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa secara deskriptif.

Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.Linguistik gunaan dikenali juga sebagai apllied linguistic atau linguistik aplikasi mempunyai kaitan secara langsung dengan pengajaran bahasa. Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

LINGUISTIK SEJARAHLinguistik SejarahLinguistik sejarah adalah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah.

Bidang ini mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta etimologi (asal usul) sesuatu bahasa, perkembangan dan proses-proses yang dilaluinya.Kajian dilakukan dilakukan secara sinkronik untuk memperoleh data, iaitu kajian mengenai sesuatu bahasa pada satu waktu tertentu sahaja.

Setelah berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronik maka kajian dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan antara beberapa zaman.

Perbandingan dibuat daripada pelbagai segi seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan dan sebagainya.LINGUISTIK PERBANDINGANLinguistik PerbandinganLinguistik perbandingan ialah satu cabang linguistik yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa untuk menentukan hubungan antara bahasa-bahasa tersebut.Contohnya, persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa Indo-Eropah serta bahasa Inggeris dan Belanda yang terdapat perkataan seakan-akan.

BAHASA

PERKATAANINGGERISBELANDAMotherMoederSonZonTujuan kajian adalah untuk melihat ciri-ciri perubahan dan persamaan antara bahasa sekeluarga atau mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa.

Misalnya, dalam pengkajian bahasa-bahasa Austronesia, bahasa Melayu memperlihatkan persamaan kekerabatan dengan bahasa Jawa, Tagalog dan Bali.Dalam bahasa Austronesia, bahasa Melayu memperlihatkan persamaan kekerabatan dengan beberapa bahasa seperti:

BAHASAPERKATAANJawaPariMalegasiFariSundaPareMaduraPadihMelayuPadiBaliPadiTagalogPalaiTokoh kajian linguistik perbandingan adalah seperti R.K Rask (1787-1832), Jacob Grimm (1785-1863) dan Verner.R.K. Rask membuktikan bahawa perkataan bahasa German ada pertalian dari segi bunyi dengan perkataan bahasa Indo-Eropah.BAHASACONTOHLatinPaterInggerisFatherJermanVaterBelandaVaderBidang linguistiklinguistik kontekstualLinguistik KontekstualLinguistik kontekstual merupakan bidang yang melihat linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain.

Terdapat tiga cabang dalam linguistik kontekstual, iaitu Sosiolinguistik, Linguistik Antropologikal dan Antropologi Linguistik.

SosiolinguistikSosiolinguistik ialah bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan kesannya pada masyarakat.

Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang adadengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.

Sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-pemakainyaAntropologi LinguistikAntropologi Linguistik ialah satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya khususnya untuk mengamati bahasa digunakan dalam kehidupan seharian sebagai satu alat dalam tindakan bermasyarakat. Antropologi Linguistik juga disebut sebagai etnolinguistik, iaitu bidang yang memberikan penumpuan kepada perhubungan serta perkaitan antara bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik. Salah satu cara yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation.Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada sesuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kala membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama.

Linguistik AntropologikalLinguistik Antropologikal merupakan bidang yang mengkaji hubungan bahasa dan budaya sesuatu masyarakat.

Ia juga melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu, sekali gus melihat suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur yang mempengaruhi tatacara berbahasa.