1st party charge-bi · (a) * melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan...

32
CIMB| Tarikh Semakan: 23 Januari 2019 1 Pihak Ketiga (Individu/ Syarikat) LAMPIRAN Saya / Kami, pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual ("Penggadai") pada hari ini telah menggadaikan Tanah Tersebut yang telah dinyatakan dalam "Jadual" Memorandum Gadaian dan dalam Seksyen 2 Jadual (" Tanah Tersebut ") kepada CIMB BANK BERHAD (No. 13491-P) yang mempunyai pejabat berdaftar di Tingkat 13, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan mempunyai tempat perniagaan seperti yang diterangkan dalam Seksyen 5 Jadual ("Bank") atas terma-terma dan tertakluk kepada syarat-syarat yang akan dinyatakan selepas ini, dan DENGAN INI BERSETUJU DAN BERJANJI dengan BANK seperti berikut: BAHAWASANYA (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian Jual Beli"), Penggadai bersetuju untuk membeli Tanah Tersebut (ditakrifkan dalam Klausa 1.2) mengikut terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian Jual Beli. (A) (i) * Penggadai memperoleh hak dan kepentingan pada dan ke atas Tanah Tersebut (ditakrifkan dalam Klausa 1.2) berdasarkan kontrak pembinaan ("Kontrak Pembinaan") atau sebarang bentuk pengambilalihan lain termasuk pengisytiharan jualan ("Perjanjian Pengambilalihan") yang mana Kontrak Pembinaan dan / atau Perjanjian Pengambilalihan dianggap telah dibuat pada sekian hari dan tahun dan dibuat antara pihak-pihak yang dinyatakan pada Seksyen 3 Jadual. (B) Melalui satu perjanjian kemudahan bertarikh hari dan tahun seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual dan dibuat antara Peminjam dan Bank ("Perjanjian Kemudahan"), Peminjam memperoleh kemudahan perbankan dari Bank dalam jumlah yang dinyatakan dalam Perjanjian Kemudahan ("Kemudahan") berdasarkan terma dan tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Kemudahan. (C) Sebagai salah satu terma Perjanjian Kemudahan, Penggadai hendaklah melaksanakan dan menyerahkan Gadaian ini kepada Bank untuk mendapatkan pembayaran dan sebagai cagaran bagi pembayaran balik terhadap semua atau mana-mana Liabiliti Terjamin (ditakrifkan di bawah). * (sila padam mana-mana yang tidak berkenaan) 1. DEFINISI DAN INTERPRETASI 1.1 Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain atau melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Gadaian ini, semua perkataan dan ungkapan hendaklah mempunyai makna yang sama yang diberikan kepada mereka dalam Perjanjian Kemudahan. 1.2 Definisi Dalam Caj ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: - 'Perjanjian Pengambilalihan' bermaksud perjanjian bertarikh hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual dan termasuk sebarang perjanjian tambahan.

Upload: others

Post on 04-Nov-2019

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

CIMB| Tarikh Semakan: 23 Januari 2019

1

Pihak Ketiga

(Individu/ Syarikat)

LAMPIRAN

Saya / Kami, pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual ("Penggadai") pada hari ini telah

menggadaikan Tanah Tersebut yang telah dinyatakan dalam "Jadual" Memorandum Gadaian dan dalam

Seksyen 2 Jadual (" Tanah Tersebut ") kepada CIMB BANK BERHAD (No. 13491-P) yang mempunyai

pejabat berdaftar di Tingkat 13, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470

Kuala Lumpur dan mempunyai tempat perniagaan seperti yang diterangkan dalam Seksyen 5 Jadual

("Bank") atas terma-terma dan tertakluk kepada syarat-syarat yang akan dinyatakan selepas ini, dan

DENGAN INI BERSETUJU DAN BERJANJI dengan BANK seperti berikut:

BAHAWASANYA

(A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak

yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian Jual Beli"), Penggadai bersetuju untuk

membeli Tanah Tersebut (ditakrifkan dalam Klausa 1.2) mengikut terma dan syarat yang

terkandung dalam Perjanjian Jual Beli.

(A) (i) * Penggadai memperoleh hak dan kepentingan pada dan ke atas Tanah Tersebut (ditakrifkan dalam

Klausa 1.2) berdasarkan kontrak pembinaan ("Kontrak Pembinaan") atau sebarang bentuk

pengambilalihan lain termasuk pengisytiharan jualan ("Perjanjian Pengambilalihan") yang mana

Kontrak Pembinaan dan / atau Perjanjian Pengambilalihan dianggap telah dibuat pada sekian hari

dan tahun dan dibuat antara pihak-pihak yang dinyatakan pada Seksyen 3 Jadual.

(B) Melalui satu perjanjian kemudahan bertarikh hari dan tahun seperti yang dinyatakan dalam Seksyen

4 Jadual dan dibuat antara Peminjam dan Bank ("Perjanjian Kemudahan"), Peminjam memperoleh

kemudahan perbankan dari Bank dalam jumlah yang dinyatakan dalam Perjanjian Kemudahan

("Kemudahan") berdasarkan terma dan tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam

Perjanjian Kemudahan.

(C) Sebagai salah satu terma Perjanjian Kemudahan, Penggadai hendaklah melaksanakan dan

menyerahkan Gadaian ini kepada Bank untuk mendapatkan pembayaran dan sebagai cagaran bagi

pembayaran balik terhadap semua atau mana-mana Liabiliti Terjamin (ditakrifkan di bawah).

* (sila padam mana-mana yang tidak berkenaan)

1. DEFINISI DAN INTERPRETASI

1.1 Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain atau melainkan dinyatakan sebaliknya

dalam Gadaian ini, semua perkataan dan ungkapan hendaklah mempunyai makna yang sama yang

diberikan kepada mereka dalam Perjanjian Kemudahan.

1.2 Definisi

Dalam Caj ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: -

'Perjanjian Pengambilalihan' bermaksud perjanjian bertarikh hari dan tahun dan dibuat di antara

pihak-pihak sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual dan termasuk sebarang

perjanjian tambahan.

Page 2: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

2

"Pendahuluan bermaksud jumlah wang prinsipal yang dibayar kepada Peminjam atau pihak lain

dari semasa ke semasa mengikut pengeluaran yang dibuat pada Kemudahan.

'Bank' bermaksud CIMB Bank Berhad yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Tingkat 13,

Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan

mempunyai tempat perniagaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 5 Jadual dan

termasuk pengganti dan pemegang serah haknya.

'Kadar Asas ("KA")' bermaksud kadar faedah yang dinyatakan dalam Surat Tawaran sebagai

kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank (sebagai KA) dari semasa ke semasa sebagai suatu kadar

penunjuk yang mana kadar faedah untuk kemudahan (termasuk Kemudahan) atau mana-mana

Pendahuluan dikira dan termasuk kadar penunjuk dengan apapun nama yang dipanggil oleh

Bank.

‘Peminjam’ bermaksud pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual dan termasuk pewaris

hak milik Peminjam, wakil peribadi,penerima dan pewaris yang mempunyai hak milik di

bawahnya.

‘Penggadai’ bermaksud pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 1 pada Jadual dan termasuk wakil

peribadinya, penerima dan pewaris yang mempunyai hak milik di bawahnya.

‘Caj’ bermaksud caj guaman dan termasuk sebarang instrumen tambahan atau yang dinyatakan

sebagai cagaran atau dibuat susulan atau mengikut terma-terma gadaian ini.

‘Perjanjian Pembinaan’ bermaksud perjanjian yang bertarikh hari dan tahun dan dibuat di antara

pihak-pihak seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual dan termasuk sebarang perjanjian

tambahan.

'Kadar Ingkar' bermaksud kadar faedah ingkar seperti yang ditentukan dan ditakrifkan dalam

Perjanjian Surat Tawaran.

'Bebanan' bermaksud sebarang gadai janji, gadaian, ikrar, lien, penyerahanhak, hipotekasi,

faedah cagaran, hak keutamaan atau pengaturan amanah atau bebanan lain, perjanjian cagaran

atau sebarang perkiraan atau sebarang hak yang memberikan keutamaan bayaran.

'Kejadian Ingkar' bermaksud apa-apa peristiwa atau keadaan yang dinyatakan dalam Klausa

12 atau sebarang peristiwa lain yang menjadikan Kemudahan dan sebarang wang lain yang

terhutang oleh Peminjam di bawah atau menurut Perjanjian Kemudahan kena dibayar serta

merta kepada Bank.

'Perjanjian Kemudahan' bermaksud perjanjian kemudahan yang dibuat di antara Peminjam

dan Bank pada tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 6 Jadual dan

apa-apa perubahan, pindaan atau pelanjutan atau tambahan kepadanya dari semasa ke

semasa.

"Kemudahan" bermaksud kemudahan yang diberikan atau disediakan atau dipersetujui untuk

diberikan atau disediakan dan / atau terus disediakan oleh Bank kepada Peminjam pada masa

sekarang atau tempoh akan datang atau dari semasa ke semasa sesuai dengan syarat dan

terma yang ditetapkan di dalam Perjanjian Kemudahan dan Surat Tawaran dan termasuk apa-

apa baki atau sebahagian daripadanya yang mungkin dari semasa ke semasa tetap terhutang

pada Kemudahan termasuk faedah yang telah terakru dan sedang terakru pada kadar dan

mengikut cara yang dinyatakan dalam Perjanjian Kemudahan dan Surat Tawaran.

Page 3: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

3

'Risiko Terjamin' bermaksud kebakaran, ribut, kilat, gempa bumi, letupan, pesawat, rusuhan,

kekecohan awam, kerosakan berniat jahat, impak, keganasan, pesawat udara dan peralatan

udara atau artikel lain yang jatuh daripadanya, radas atau paip, dan kerosakan oleh atau akibat

daripada impak yang dihasilkan oleh kenderaan, dan apa-apa risiko lain yang akan diluluskan

oleh Bank termasuk kos dan perbelanjaan perobohan dan pembersihan tapak, kos artikek,

juruukur dan lain-lain yuran professional dan semua perbelanjaan luar jangka yang lain.

'Akta Insolvensi' bermaksud Akta Insolvensi, 1967 yang pada asalnya digubal dan sebagaimana

yang dipinda dari semasa ke semasa termasuk mana-mana undang-undang sampingan atau

subsidiari yang berkaitan yang dibuat di bawahnya.

'Surat Tawaran' bermaksud surat tawaran bertarikh hari dan tahun seperti yang dinyatakan dalam

Bahagian 3 Jadual dan apa-apa surat tawaran yang dikeluarkan oleh Bank kepada Peminjam

berkaitan dengan Kemudahan dan Perjanjian Kemudahan dan diterima oleh Peminjam sebagai

variasi, pindaan atau pelanjutan atau tambahan kepadanya dari semasa ke semasa.

'Kadar Faedah Semasa' bermaksud kadar faedah yang dinyatakan dan ditakrifkan dalam Surat

Tawaran atau apa-apa kadar faedah lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dari masa ke

semasa.

‘Tanah Tersebut’ bermaksud hakmilik strata, pegangan bebas, pajakan atau tanah tak alih yang

dijelaskan dalam Seksyen 2 Jadual tersebut dan mana-mana bahagian dan termasuk semua hak

yang disertakan atau yang berhubung dengannya dan semua bangunan, lekapan, tumbuhan dan

mesin-mesin yang dari semasa ke semasa terletak di atasnya. Ini termasuk harta milik awam dan

semua struktur dan lekapan yang bersambung bersebelahan dengan dan/atau berkaitan dengan

Tanah Tersebut dan berdasarkan Enakmen Tanah (Hakmilik Subsidiari) 1972 untuk tanah di

Sabah atau Akta Hakmilik Strata 1985 atau undang-undang lain yang terpakai.

'Perjanjian Jual Beli' bermaksud perjanjian yang bertarikh pada hari dan tahun dan dibuat di antara

pihak-pihak yang dinyatakan dalam Bahagian 3 dari Jadual tersebut dan termasuk sebarang

perjanjian tambahan.

'Liabiliti Terjamin' bermaksud agregat yang berikut yang berkenaan dengan atau yang timbul dari

Kemudahan dan / atau Pendahuluan dan / atau Surat Tawaran dan / atau Dokumen Jaminan: - (a)

semua wang (termasuk tetapi tidak terhad kepada prinsipal, faedah (termasuk faedah ingkar),

komisen, caj, yuran, kos perundangan dan / atau

pembayaran (atas dasar tanggung rugi penuh) serta kos dan perbelanjaan lain), sama ada pada

masa sekarang, di masa hadapan, sebenar atau kontinjen, yang terhutang atau yang perlu dibayar

atau yang telah dipersetujui untuk dibayar oleh Peminjam atau mana-mana Pihak pemberi

jaminan yang lain kepada Bank dari semasa ke semasa; dan / atau (b) semua liabiliti dan obligasi

sama ada yang semasa, di masa hadapan, sebenar atau kontinjen: (i) untuk pembayaran balik atau

pembayaran mana-mana wang oleh Peminjam atau mana-mana Pihak pemberi jaminan lain dari

semasa ke semasa kepada Bank; dan / atau (ii) wang yang boleh ditanggung oleh Bank dari semasa

ke semasa (termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa liabiliti atau obligasi yang timbul daripada

atau yang ditanggung di bawah mana-mana cagaran, indemniti, aku janji atau perjanjian lain atau

instrumen yang dibuat menurut Perjanjian ini).

‘Dokumen Jaminan' bermaksud cagaran (jika ada) dan sebarang dokumen jaminan lain yang

dirujuk di dalam Surat Tawaran dan mana-mana dokumen lain yang pada masa ini menjadi

cagaran bagi Liabiliti Terjamin, kecuali untuk Gadaian ini, yang mana dari semasa ke semasa

boleh dikehendaki oleh Bank untuk dijadikan cagaran bagi Liabiliti Terjamin mengikut kaedah

dan kandungan yang boleh diterima oleh Bank.

Page 4: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

4

'Pihak Pemberi Jaminan' bermaksud Penggadai dan mana-mana pihak lain yang menyediakan

sebarang cagaran (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cagaran atau indemniti) untuk

pembayaran Liabiliti Terjamin dan mana-mana pihak (selain daripada Bank) yang dinyatakan

dalam Dokumen Jaminan.

1.3 Interpretasi

Dalam Gadaian ini: -

(a) rujukan kepada Klausa, Seksyen dan Jadual hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan

kepada Klausa, Seksyen dan Jadual bagi Gadaian ini;

(b) rujukan kepada mana-mana peruntukan dalam Gadaian ini atau kepada mana-mana

dokumen atau perjanjian lain hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada peruntukan

tersebut atau dokumen atau perjanjian yang berkuatkuasa pada masa ini dan

sebagaimana yang dipinda, diubah, ditambah, diganti atau dinovasi dari semasa ke

semasa;

(c) perkataan-perkataan yang membawa maksud tunggal turut membawa maksud jamak

dan sebaliknya dan perkataan-perkataan yang membawa maksud jantina maskulin

adalah turut merangkumi perkataan-perkataan feminin dan jantina yang neutral dan

sebaliknya;

(d) rujukan kepada seseorang harus ditafsirkan sebagai termasuk rujukan kepada

perbadanan, firma, perkongsian, usahasama, pertubuhan tak diperbadankan, individu

atau mana-mana negeri/negara atau mana-mana agensi negeri/negara, sama ada atau

entiti berasingan di sisi undang-undang atau tidak.

(e) Rujukan kepada mana-mana peruntukan berkanun hendaklah ditafsirkan sebagai

rujukan kepada peruntukan berkanun tersebut seperti yang telah dipinda, ditambah,

digubal semula atau digantikan dari semasa ke semasa (sama ada sebelum atau selepas

tarikh Gadaian ini) dan haruslah merangkumi mana-mana perintah instrument peraturan

atau lain-lain perundangan subsidiari yang dibuat di bawah peruntukan berkanun

tersebut atau yang mendapat punca kuasa daripada peruntukan tersebut;

(f) Terma “prinsipal” hendaklah termasuk kesemua jumlah dan apa-apa wang yang

didahulukan atau dibayar kepada atau bagi pihak Peminjam dan/atau Penggadai oleh

Bank atau sebaliknya apa-apa yang kena dibayar oleh Peminjam dan/atau Penggadai

kepada Bank berhubung Gadaian ini (sama ada akan membentuk sebahagian daripada

Kemudahan atau tidak) dan terma “faedah” termasuk faedah pada Kadar Faedah

Semasa, Kadar Ingkar atau lain-lain kadar atau kadar-kadar yang boleh ditetapkan oleh

Bank mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa di atas jumlah dan wang

tersebut dan oleh sebab itu ungkapan “Kemudahan”, “prinsipal” atau “faedah” adalah

merangkumi kesemua jumlah dan wang dan faedah seperti yang dinyatakan;

(g) tajuk-tajuk fasal adalah bertujuan untuk memudahkan rujukan sahaja dan tidak

menjejaskan tafsiran Gadaian ini;

(h) sebarang kebebasan atau kuasa yang boleh dijalankan atau apa-apa penentuan yang

boleh dibuat di bawah ini oleh Bank boleh dijalankan atau dibuat mengikut budi bicara

mutlaknya dan Bank tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk menyatakan sebarang

sebab kepada Penggadai;

Page 5: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

5

(i) perkataan "di sini", "selepas ini", "di bawah ini" dan perkataan lain yang serupa

hendaklah merujuk kepada Gadaian ini secara keseluruhannya dan bukan merujuk

kepada mana-mana peruntukan tertentu;

(j) perkataan "wang" , "ringgit", "dolar" dan simbol "RM" hendaklah ditafsirkan sebagai

mata wang Malaysia;

(k) perkataan "Kanun Tanah Negara" ertinya Kanun Tanah Negara 1965 untuk tanah di

Malaysia Barat, Kanun Tanah Sarawak (Cap 81) untuk tanah di Sarawak atau / dan

Ordinan Tanah Sabah (Cap 68)) bagi tanah di Sabah;

(l) Jadual di dalam ini hendaklah menjadi sebahagian penting bagi Gadaian ini dan

hendaklah diambil, dibaca dan ditafsirkan sebagai satu bahagian yang penting di sini;

(m) di mana 'Penggadai' terdiri daripada dua pihak atau lebih: -

(i) ungkapan sedemikian dalam Gadaian ini bermaksud dan merangkumi

kedua-dua pihak atau lebih dan setiap satu pihak atau (mengikut keperluan

sesuatu keadaan) mana-mana daripada mereka;

(ii) semua perjanjian, gadaian, persetujuan dan akujanji yang dinyatakan atau

tersirat di pihak Penggadai dalam Gadaian ini hendaklah disifatkan sebagai

perjanjian, gadaian, persetujuan dan akujanji bersama dan berasingan oleh

pihak-pihak berkenaan;

(iii) setiap individu akan terikat walaupun mana-mana individu lain yang

dimaksudkan atau dinyatakan untuk terikat oleh Gadaian ini tidak lagi

terikat; dan

(iv) Bank boleh membebaskan atau melepaskan mana-mana satu atau lebih

daripada semua atau mana-mana obligasi di bawah Gadaian ini atau membuat

perjanjian atau komposisi dengan mana-mana individu perseorangan tanpa

membebaskan mana-mana mereka yang lain atau sebaliknya memprejudiskan

sebarang hak mereka di bawah Gadaian ini atau sebaliknya

2. PERJANJIAN UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN

2.1 Penggadai membuat perjanjian dengan Bank: -

(a) bahawa Penggadai akan membayar balik kepada Bank APABILA DITUNTUT sebagai

penghutang prinsipal dan bukan sebagai penjamin:-

(i) Liabiliti Terjamin; dan

(ii) Semua wang lain yang terhutang atau perlu dibayar di bawah terma Perjanjian

Kemudahan dan Gadaian ini. Sehingga permintaan tersebut dibuat, Peminjam akan

membayar balik Kemudahan dan faedah mengikut terma Perjanjian Kemudahan dan

Surat Tawaran.

(b) bahawa sekiranya Peminjam diisytiharkan sebagai bankrap atau sudah menjadi bankrap

pada bila-bila masa sepanjang tempoh Kemudahan dan Bank tidak membuat tuntutan

bagi Gadaian ini dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh perintah muflis yang

mengesahkan bahawa Peminjam telah muflis, Peminjam tetap bersetuju untuk

membayar faedah penuh yang tertunggak bagi Kemudahan ini pada Kadar Faedah

Semasa dan / atau Kadar Ingkar (mengikut mana yang berkenaan) dan Bank berhak

untuk mendapatkan bayaran yang sama di bawah Gadaian ini walau apa pun Seksyen 8

Page 6: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

6

(2A) Akta Insolvensi sebagaimana yang digubal dan sebagaimana yang dipinda dari

semasa ke semasa termasuk undang-undang sampingan atau subsidiari yang dibuat di

bawahnya.

(c) untuk membayar semua jumlah dan wang tersebut atau jumlah yang akan kena dibayar

oleh Penggadai di bawah Gadaian ini dan khususnya (tetapi tanpa menghadkan keluasan

makna yang disebutkan di atas) semua kos, caj, perbelanjaan dan jumlah lain dan wang

lain yang dinyatakan di sini.

(d) walau apa pun peruntukan lain dalam Gadaian ini, Bank mengikut budi bicara mutlaknya

berhak untuk menggunakan mana-mana wang yang diterima sama ada bagi tujuan

bayaran atau pembayaran balik atau prapembayaran dalam apa cara sekalipun yang

dianggap wajar.

2.2 Tanpa mengambil kira apa sahaja yang terkandung di dalam Gadaian ini atau di dalam Perjanjian

Kemudahan atau Surat Tawaran atau Dokumen Jaminan yang lain atau mana-mana pertukaran

dokumen di antara pihak-pihak di sini, dan tanpa prejudis terhadap keluasan makna yang

disebutkan di atas, dengan tidak mengambilkira bayaran yang dinyatakan di dalam Klausa 2.1

telah dilaksanakan seperti sebelumnya, Kemudahan dan mana-mana wang yang kena dibayar

oleh Peminjam kepada Bank di bawah Gadaian ini dan faedah tersebut seperti yang dinyatakan

di sini hendaklah diteruskan bagi semua tujuan untuk dibayar secara penuh atas permintaan.

3. CAGARAN

3.1 Sebagai cagaran bagi pembayaran yang perlu dibuat tepat pada masanya dan pembayaran balik

Liabiliti Terjamin, Penggadai dengan ini memajakkan Tanah Tersebut kepada Bank melalui satu

gadaian tetap (yang pertama/kedua/ketiga dan sebagainya) di bawah peruntukan Kanun Tanah

Negara.

3.2 Cagaran yang dibuat di bawah Gadaian ini adalah bertujuan untuk dijadikan dan akan terus

menjadi suatu cagaran yang berterusan bagi pembayaran balik dan pembayaran bukan

sahaja untuk Kemudahan tetapi juga untuk Liabiliti Terjamin, walaupun akaun atau akaun-

akaun Peminjam dan/atau Penggadai dengan Bank akan terhenti untuk apa-apa sebab dan

walau apa pun penyelesaian akaun atau akaun-akaun atau apa-apa perkara atau perkara apa

pun, dan hendaklah sebagai tambahan dan tidak boleh menjejaskan atau memberi kesan atau

prasangka atau terjejas oleh apa-apa cagaran yang berhubungan dengan Tanah Tersebut atau

kepada mana-mana tanah lain atau apa-apa cagaran lain yang dipegang oleh Bank pada

masa kini atau pada bila-bila masa pada masa akan datang berkenaan dengan Liabiliti

Terjamin atau mana-mana daripadanya, dan akan terus berkuatkuasa sebagai cagaran

berterusan sehingga dilepaskan.

3.3 Keberterusan cagaran yang diwujudkan di sini tidak akan ditentukan atau dipengaruhi oleh

pembubaran, penggabungan, penyusunan semula, kebankrapan, kematian atau

ketidakupayaan mental atau prosiding atau peristiwa lain yang serupa, oleh Penggadai dan

/ atau mana-mana Pihak Pemberi Jaminan.

3.4 Seksyen 245 Kanun Tanah Negara 1965 tidak terpakai bagi Gadaian ini. Untuk tanah di

Sabah dan Sarawak, tidak ada sekatan ke atas hak penyatuan Bank. Ia secara nyata

dipersetujui dan diisytiharkan bahawa melainkan jika Bank bersetuju sebaliknya, Gadaian

ini tidak akan dilepaskan kecuali oleh pembayaran oleh Penggadai bukan sahaja bagi semua

wang yang dijamin tetapi juga semua wang yang dijamin oleh sebarang gadaian lain yang

dibuat oleh Penggadai yang memihak kepada atau diberi hak kepada bank.

Page 7: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

7

3.5 Penggadai hendaklah pada bila-bila masa dan apabila dikehendaki oleh Bank, melaksanakan

untuk memihak kepada Bank atau sebagaimana yang diarahkan oleh Bank, gadai janji,

gadaian, debentur, penyerahan hak, pindahan, perjanjian atau cagaran lain sepertimana yang

dikehendaki oleh Bank terhadap kesemua hak yang dimiliki Penggadai, hakmilik dan

kepentingan dalam mana-mana tanah atau aset-aset atau perniagaan yang dimiliki oleh atau

yang kemudiannya akan diperoleh atau dimiliki oleh Penggadai (termasuk lien penjual) dan

faedah bagi semua lesen yang dimiliki yang berkaitan dengannya , untuk menjamin semua

wang dan liabiliti yang dengan ini dipersetujui untuk dibayar atau dimaksudkan untuk

dijadikan sebagai cagaran, gadai janji, gadaian, penyerahan hak, pindahan, perjanjian atau

cagaran lain yang disediakan oleh atau bagi pihak Bank yang mana perlu ditanggung oleh

Penggadai dan mengandungi semua terma dan syarat bagi menjamin kepentingan Bank

sebagaimana yang dikehendaki atau ditetapkan oleh Bank.

3.6 Penggadai hendaklah pada bila-bila masa sekiranya dan apabila dikehendaki oleh Bank

untuk berbuat sedemikian, menyerahkan kepada Bank dokumen hak milik mana-mana atau

semua harta tak alih yang dimiliki oleh Penggadai bagi sebarang tempoh dan semua atau

mana-mana debentur, saham, stok atau lain-lain pelaburan atau sekuriti yang didaftarkan

atas nama Penggadai ataupun yang dimiliki oleh

Penggadai. Penyerahan sedemikian boleh dilaksanakan melalui cagaran untuk pembayaran

balik wang dan liabiliti yang dijamin atau untuk tujuan mendapatkan wang lain yang

terhutang kepada Bank yang tidak dijamin.

3.7 Bank hendaklah mempunyai hak penjagaan dan hakmilikan terhadap dokumen yang dikeluarkan

berkaitan Tanah Tersebut.

3.8 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, keterpakaian Seksyen 244(2) Kanun Tanah

Negara 1965 hendaklah dihadkan untuk kejadian-kejadian di mana penghasilan sebarang

dokumen yang dikehendaki untuk tujuan apa-apa tindakan atau perkara yang dimulakan atau

dibina oleh Kerajaan atau pihak berkuasa, jabatan atau pegawai kerajaan dan tidak terpakai di

mana dokumen tersebut dikehendaki untuk apa-apa tujuan atau untuk memberi kesan terhadap

apa-apa transaksi yang dilaksanakan atau dimulakan oleh Penggadai dan/atau mana Pihak

Pemberi Jaminan DAN tiada apa yang terkandung atau dinyatakan dalam Seksyen 244(2) boleh

dianggap sebagai pemberian keizinan oleh Bank (samada dengan nyata atau tersirat) terhadapa

apa-apa tindakan atau transaksi yang mengkehendaki keizinan Bank. Bagi tanah di Sabah dan

Sarawak apa-apa peruntukan dokumen tersebut oleh Bank hendaklah terhad untuk kejadian-

kejadian di mana penghasilan apa-apa dokumen dikehendaki bagi sebarang tindakan dan perkara

yang dimulakan oleh Kerajaan atau pihak berkuasa, jabatan atau pegawai kerajaan dan tidak

terpakai sekiranya dokumen tersebut dikehendaki bagi apa-apa tujuan atau untuk memberi kesan

kepada sebarang transaksi yang dijalankan atau dimulakan oleh Penggadai dan/ atau mana-mana

Pihak Pemberi Jaminan.

4. TIADA OBLIGASI UNTUK MEMBAYAR WANG PENDAHULUAN

Tiada apa-apa yang terkandung dalam Gadaian ini yang boleh mewajibkan Bank sama ada di

sisi undang-undang atau ekuiti untuk membuat atau terus membuat apa-apa pembayaran

pendahuluan kepada Peminjam atau untuk membayar apa-apa pengaturan lain atau sebarang

kemudahan perbankan.

5. BAYARAN PENDAHULUAN LANJUTAN

Gadaian ini bertujuan untuk menjamin bayaran pendahuluan lanjutan dan apabila pembayaran

pendahuluan tersebut dibuat, Bank diberi kuasa untuk memeterai Perjanjian Kemudahan atau

Surat Tawaran, jika dikehendaki untuk melakukan yang sedemikian oleh apa-apa undang-

Page 8: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

8

undang bertulis dan kos untuk memeterai termasuk penalti, jika ada, hendaklah ditanggung oleh

Peminjam dan/atau Penggadai, dan membentuk sebahagian daripada Liabiliti Terjamin. Walau

bagaimanapun, Bank diberi kuasa untuk mendebit akaun Penggadai dan/atau Peminjam untuk

membayar kos tersebut jika Peminjam dan/atau Penggadai gagal dan/atau cuai untuk membayar

kos tersebut.

6. FAEDAH

Apa-apa amaun yang kena dibayar oleh Penggadai termasuk kos dan perbelanjaan yang

ditanggung atau yang akan ditanggung oleh Bank berhubung dengan Gadaian ini akan dikenakan

faedah selepas dan sebelum penghakiman seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian

Kemudahan dan dari tarikh ia dibayar atau ditanggung oleh Bank. Faedah sedemikian dan apa-

apa amaun yang kena dibayar oleh Penggadai kepada Bank

boleh didebitkan oleh Bank kepada mana-mana akaun Penggadai tetapi hendaklah dalam apa jua

keadaan menjadi sebahagian daripada Liabiliti Terjamin dan dengan itu dijamin pada Tanah

Tersebut di bawah caj yang terkandung dalam Gadaian ini.

7. PERMODALAN FAEDAH

7.1 Tanpa menjejaskan hak Bank untuk menjadikan apa-apa kegagalan dalam pembayaran faedah

sebagai pelanggaran syarat-syarat Gadaian ini dan Perjanjian Kemudahan, Bank berhak untuk

mempermodalkan dan menambah faedah yang tidak dibayar kepada prinsipal dan faedah boleh

dikenakan pada kadar yang sama seperti yang ditetapkan bagi Kemudahan berkenaan dengan

pembayaran lewat.

7.2 Walau apa pun di atas, Bank berhak untuk menarik balik sebahagian atau kesemua Kemudahan

sekiranya terdapat kegagalan dalam pembayaran faedah, faedah yang dipermodalkan dan

sebarang Liabiliti Terjamin termasuk pembayaran yang terhutang kepada Bank.

7.3 Hak Bank untuk mengenakan faedah yang dipermodalkan akan wujud dan terus kekal: -

i. walau apa pun tuntutan dan / atau permintaan agar pembayaran wang dibuat atau mana-

mana wang yang dijamin; dan / atau

ii. meskipun hubungan pelanggan-bank antara Peminjam dan Bank telah terhenti atas apa-

apa sebab atau disebabkan oleh apa-apa sebab sekalipun; dan / atau

iii. sebelum dan selepas apa-apa penghakiman yang dibuat terhadap Peminjam dan/atau

Penggadai dan / atau apa-apa perintah yang dibuat ke atas jualan Tanah Tersebut.

7.4 Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dengan kadar faedah atau KA Bank dan / atau

peratusan faedah yang dikenakan di atas KA Bank seperti yang diperuntukkan di sini dan / atau

dalam Perjanjian Kemudahan dan / atau Surat Tawaran, Bank berhak pada bila-bila masa dan

dari semasa ke semasa untuk mengubah mengikut budi bicaranya kadar faedah (termasuk

mengubah sepenuhnya asas yang menjadi penanda aras bagi pengiraan Kadar Faedah Semasa

dan / atau Kadar Ingar) dan / atau peratusan faedah yang dikenakan melebihi KA Bank dan /

atau tempoh rehat yang terpakai dengan menyampaikan notis kepada Peminjam bagi

memaklumkan niat tersebut dan kadar faedah yang dipinda dan / atau peratusan faedah yang

dikenakan sebagai tambahan pada KA Bank dan / atau tempoh rehat kena dibayar dari tarikh

yang dinyatakan dalam notis tersebut.

7.5 Keputusan Bank tentang apa kadar faedah yang dikenakan dan / atau tempoh rehat yang

berkenaan pada bla-bila masa adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan

atas apa-apa sebab sekalipun.

Page 9: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

9

8. PELEPASAN TANGGUNGAN

Penggadai bersetuju bahawa Gadaian dan obligasi Penggadai dan/ atau Peminjam di bawah

Gadaian ini tidak akan dipenuhi dan dilepaskan kecuali selepas pembayaran

dibuat oleh Peminjam dan/atau Penggadai bukan sahaja bagi semua Liabiliti Terjamin tetapi juga

wang yang kena dibayar pada masa sekarang atau dari semasa ke semasa atau pada bila-bila

masa selepas dan terhutang oleh Peminjam dan/ atau Penggadai sama ada secara tunggal atau

secara bersama dengan mana-mana orang, firma atau syarikat lain, dan sama ada sebagai

prinsipal atau penjamin atau yang mana Peminjam dan/atau

Penggadai boleh atau akan bertanggungjawab kepada Bank di mana-mana atau dengan apa-apa

cara atau di bawah mana-mana akaun sama ada diberikan atau tidak pada atau di bawah apa-apa

jaminan atau cagaran atau sebaliknya.

9. SEKATAN

9.1 Penggadai tidak boleh tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Bank: -

(a) membuat atau membenarkan atau menimbulkan Bebanan atau apa-apa hak atau pilihan

ke atas Tanah Tersebut atau apa-apa bahagian atau bersetuju untuk melakukan salah

satu daripada yang nyatakan di atas;

(b) menjual, memindah hak, menyerah hak, memindah atau melepaskan Tanah Tersebut

atau sebarang faedah atau memberikan atau melepaskan hak mana-mana bahagian pada

Tanah Tersebut atau menyerah hakkan atau membelanjakan apa-apa wang yang kena

dibayar kepada Penggadai berhubung dengan Tanah Tersebut atau bersetuju untuk

melakukan salah satu dari perkara yang dinyatakan di atas;

(c) memberikan apa-apa pajakan atau penyewaan atas Tanah Tersebut atau bersetuju untuk

melakukan mana-mana yang disebutkan di atas;

(d)

melepaskan hak atau berkongsi pemilikan atau penggunaan Tanah Tersebut atau mana-

mana bahagian daripadanya atau memberikan apa-apa penyewaan atau lesen untuk

menduduki Tanah Tersebut atau bersetuju untuk melakukan mana-mana yang

disebutkan di atas;

9.2 Adalah dipersetujui dan diisytihar secara jelas bahawa peruntukan dalam Seksyen 251 Kanun

Tanah Negara 1965 hendaklah tidak boleh digunapakai dalam Gadaian ini. Bagi tanah di Sabah

dan Sarawak Penggadai dan/ atau Peminjam tidak akan memajak, menyewakan, beri sebarang

lesen atau melepaskan hak pada mana-mana bahagian sekalipun atau membuat atau menerima

penyerahan sewa atau apapun berkenaan tanah tersebut atau sebarang bangunan, lekapan,

struktur, tanaman atau tumbuhan di atasnya atau sebahagian daripadanya, kepada mana-mana

pihak, firma atau syarikat tanpa memperpoleh persetujuan bertulis terlebih dahulu oleh Bank,

yang mana permohonan persetujuan boleh diberikan atau ditolak oleh Bank tanpa memberikan

sebarang alasan, sama ada secara mutlak atau dengan mengenakan terma dan syarat yang

dianggap sesuai oleh Bank, dan keputusan Bank adalah muktamad.

10 AKU JANJI OLEH PENGGADAI

Penggadai membuat aku janji dengan Bank pada setiap masa semasa sepanjang cagaran ini

berterusan: -

Page 10: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

10

(a) Pembaikpulihan

Memastikan bangunan-bangunan, pemasangan dan struktur (sama ada yang telah siap

dibina atau masih dalam pembinaan) dan semua peralatan dan kelengkapan atau

pembinaan dari semasa ke semasa yang terdapat pada Tanah Tersebut berada dalam

keadaan baik dan penyewaan pembaikan dan keadaan dan secara keseluruhan dilindungi

daripada kerosakan atau kemerosotan disebabkan oleh cuaca atau kerosakan teruk atau

apa-apa sebab lain, dan untuk menukarkan apa-apa peralatan dan alat kelengkapan yang

telah haus atau jika tidak, tidak sesuai untuk digunakan oleh orang lain bagi tujuan dan

nilai yang sama. Sekiranya berlaku keingkaran, adalah sah tetapi tidak wajib kepada

Bank untuk memasuki Tanah Tersebut atau mana-mana bahagiannya pada bila-bila

masa untuk melaksanakan pembaikpulihan sepertimana yang perlu dan semua wang

yang dibelanjakan oleh Bank seperti yang dinyatakan di atas dari tarikh pembayaran

yang sedemikian hendaklah menjadi sebahagian daripada Liabiliti Terjamin dan dibayar

balik oleh Penggadai dan/atau Peminjam atas tuntutan yang dibuat oleh Bank.

(b) Insurans

(i) untuk memastikan Tanah Tersebut dan semua bangunan, pemasangan dan

struktur dan semua lekapan dan alat kelengkapan yang terletak di atasnya dan

pembinaan-pembinaan lain, diinsuranskan bagi nilai penggantian penuh

semasa terhadap kehilangan atau kerosakan oleh Risiko yang Dijamin dengan

syarikat insurans tersebut seperti mana yang diluluskan oleh Bank dari semasa

ke semasa dan termasuk pemindahan hak Polisi tersebut secara khusus untuk

manfaat Bank dan sekiranya ada, klausa perlindungan Bank di mana insuran

yang sah tidak akan dirosakkan atau dielakkan bertentangan dengan Bank pada

ketika berlakunya perbuatan kesalahnyataan atau kecuaian atau kegagalan

untuk membuat pendedahan di pihak Penggadai atau pihak yang diinsurankan

(sekiranya bukan Penggadai), dan Bank hendaklah dinamakan sebagai

penerima bayaran tunggal bagi polisi insuran. DENGAN SYARAT bahawa

sekiranya terdapat Polisi Insurans Perbadanan Pengurusan (bagi rumah pangsa,

apartment dan kondominium), Bank boleh menerima insurans itu di atas Tanah

Tersebut.

(ii) untuk membayar tepat pada masanya semua premium (dan wang lain) yang

berkaitan dengan insurans tersebut dan sekiranya diminta untuk berbuat

sedemikian, untuk menyampaikan kepada Bank polisi atau polisi-polisi

keseluruhan insurans tersebut dan bukti penerimaan setiap pembayaran

tersebut, dan semua wang yang diterima di bawah polisi atau polisi-polisi

insurans sama ada yang dibayar atau dilaksanakan oleh Penggadai, Bank atau

pihak ketiga dan sama ada menurut kewajipan Penggadai di bawah Gadaian ini

atau tidak, pada pilihan Bank, sama ada dalam menanggung kehilangan atau

kerosakan terhadap Tanah

Tersebut (apa-apa kekurangan ditanggung oleh Penggadai) atau terhadap

pelepasan tanggungan Liabiliti Terjamin dan apa-apa wang yang diterima oleh

Penggadai hendaklah dipegang oleh Penggadai secara amanah bagi pihak Bank.

(iii) Untuk memenuhi semua terma dan syarat dalam polisi insurans ke atas Tanah

Tersebut atau sebaliknya yang ditetapkan oleh Klausa ini dan tidak

melakukan atau meninggalkan sebarang perlakuan di mana sebarang insurans

tersebut boleh menjadi tidak sah atau boleh terbatal sepenuhnya atau

sebahagiannya.

(iv) Tanpa prejudis terhadap peruntukan terdahulu pada Klausa ini (dan sama ada

Penggadai berada dalam keadaan ingka atau tidak) ianya dipersetujui bahawa

Page 11: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

11

sekiranya Bank pada budi bicara mutlaknya berpandangan bahawa ianya perlu

atau mustahak, Bank mempunyai kebebasan tetapi tidak diwajibkan dan secara

nyata dibenarkan oleh Penggadai untuk membayar atau memperbaharui apa-apa

insurans yang berkaitan Tanah Tersebut bagi Risiko-risiko yang Diinsuranskan

sebagaimana yang dirasakan wajar oleh Bank apa-apa kos dan perbelanjaan yang

dikeluarkan hendaklah ditanggung oleh akaun Penggadai. Dalam keadaan

tersebut, Penggadai dikehendaki untuk menasihati Bank tentang jumlah yang

perlu diinsuranskan dan jika gagal Bank akan menganggap bahawa hartanah

tersebut telah diinsuranskan secukupnya dan Penggadai tidak akan

mempertanggungjawabkan Bank sekiranya sesuatu perlindungan insurans

adalah tidak mencukupi. Penggadai bersetuju bahawa sekiranya Bank

mememilih untuk melaksanakan kuasanya di sini, Penggadai tidak akan

mengeluarkan, atau sekiranya telah dikeluarkan, tidak akan menghentikan,

sebarang insurans ke atas Tanah Tersebut berkenaan Risiko yang Diinsuranskan

sebagaimana telah diinsuranskan oleh Bank.

(v) Penggadai seterusnya bersetuju bahawa Bank boleh mengekalkan sebarang

komisyen atau keuntungan yang dibayar atau yang dibenarkan berhubung

dengan pengambilan insurans seperti yang dinyatakan di atas.

(c) Aliran Perbelanjaan

Untuk membayar apabila kena dibayar semua sewa termasuk cukai tanah, penilaian,

cukai, caj-caj, duti-duti, pengenaan dan lain-lain aliran keluar apapun yang dikenakan,

dinilaikan, dilevi atau dikenakan ke atas Tanah Tersebut atau ke atas Penggadai atau

penghuni atau yang kena dibayar berhubung Tanah Tersebut dan untuk mengemukakan

kepada Bank sekiranya diminta kesemua resit bagi pembayaran tersebut. Sekiranya

Penggadai tidak membayar apa-apa wang yang perlu dibayar seperti yang termaktub di

dalam perjanjian, adalah sah untuk tetapi tidak wajib ke atas Bank untuk membayar

jumlah yang sama atau mana-mana bahagiannya dan semua wang yang dibelanjakan oleh

Bank sebagaimana ditentukan oleh Bank (penentuan ini adalah konklusif dan mengikat

Penggadai dan Peminjam) dalam mengekalkan atau membiayai wang yang dibelanjakan

dari tarikh permintaan boleh diperolehi semula daripada Penggadai dan/ atau Peminjam

dan hendaklah dibayar atas permintaan yang dibuat oleh Bank dan sehingga pembayaran

dibuat, ianya menjadi sebahagian daripada Liabiliti Terjamin.

(d) Syarat, Perjanjian dan sekatan

Untuk melaksanakan dan mematuhi semua syarat-syarat perjanjian, sekatan, peruntukan,

dan kategori penggunaan tanah, sama ada nyata atau tersirat, yang dikenakan ke atas yang

berkaitan dengan atau yang mempengaruhi Tanah Tersebut atau penggunaan atau

kenikmatan atau yang mana tertakluk oleh Tanah Tersebut.

(e) Perubahan

Perubahan tidak boleh dilakukan tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Bank

untuk menghancurkan, meruntuhkan, mengalihkan atau

membenarkan atau mengakibatkan untuk sesuatu dihancurkan, diruntuhkan atau

dialihkan terhadap sebarang bangunan, pemasangan atau struktur yang ada pada waktu

ini di atas Tanah Tersebut atau sebarang lekapan, atau mendirikan atau mengakibatkan

sesuatu didirikan atau dibuat di atas Tanah Tersebut sama ada sebarang bangunan,

pemasangan, struktur atau perubahan penggunaan atau melakukan sebarang kerosakan

atau kemusnahan atau kecederaan dalam apa cara sekali pun atau cara lain yang boleh

mengurangkan atau mengakibatkan pengurangan nilai bagi Tanah Tersebut.

Page 12: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

12

(f) Penggunaan Tanah Tersebut

Tidak akan menggunakan Tanah Tersebut atau apa-apa lekapan pada Tanah Tersebut

atau menyebabkan perkara yang sama untuk digunakan bagi mana-mana tujuan lain

selain daripada tujuan yang telah dimaksudkan, dan bukan juga untuk menyimpan atau

membawa apa-apa bahan khusus yang mudah terbakar, bersifat mudah terbakar atau

berbahaya ke atas Tanah Tersebut, dan bukan juga untuk membuat atau membenarkan

atau menyebabkan apa-apa tindakan yang mana boleh menyebabkan polisi atau polisi-

polisi insurans yang dirujuk di sini mungkin terbatal atau boleh dibatalkan. Setelah

menerima notis bertulis dari Bank dan jika Bank merasakan apa-apa penggunaan oleh

Penggadai Tanah Tersebut atau apa-apa struktur atau lekapan di atasnya atau apa-apa

bahagian daripadanya dirasakan terlalu padat, terlebih guna atau mampu memberi kesan

buruk terhadap cagaran Bank, Penggadai hendaklah menghentikan penggunaan tersebut.

(g) Hak Kemasukan

Untuk membenarkan wakil-wakil pihak Bank bersama atau tanpa pekerja atau orang lain

untuk memasuki Tanah Tersebut pada setiap masa yang munasabah untuk melihat

keadaan pembaikan dan keadaan Tanah Tersebut.

(h) Notis

Dalam tempoh empat hari setelah menerima notis, Peminjam hendaklah mengemukan

kepada Bank sesalinan notis, arahan, perintah, kebenaran atau usul yang melibatkan

Tanah Tersebut atau kegunaannya atau nilainya dan mematuhi dengan segera semua

terma di dalamnya, atau sekiranya Bank mengkehendaki atau membenarkan dan atas

tanggungan Penggadai, untuk membuat sebarang

bantahan atau perwakilan yang bertentangan atau yang berhubungan dengan notis,

arahan, perintah, kebenaran atau usul seperti yang dinyatakan sebagaimana yang

dikehendaki oleh pihak Bank.

(i) Maklumat

Atas permintaan untuk segera menghasilkan atau menyediakan dokumen-dokumen

tersebut untuk pihak Bank atau maklumat yang berkaitan dengan Tanah Tersebut atau

perkembangannya sebagai mana yang Bank kehendaki.

(j) Undang-Undang

Untuk mematuhi semua kewajipan yang dikenakan di bawah mana-mana akta, peraturan,

perintah atau instrumen yang semasa atau akan datang atau yang berada di bawah apa-

apa akta, ordinan, undang-undang kecil, perintah, peraturan, undang-undang atau

kehendak mana-mana pihak berkuasa berwibawa atau kelulusan atau persetujuan yang

berkaitan dengan Tanah Tersebut atau kegunaannya atau kenikmatannya dan tidak akan

melakukan atau tidak melakukan atau mendorong untuk dilakukan atau diabaikan apa-

apa perkara atau perbuatan yang berkenaan dengan Tanah Tersebut atau mana-mana

bahagiannya yang bertentangan dengan peruntukan akta, ordinan, undang-undang kecil,

peraturan, perintah, peraturan-peraturan, undang-undang atau keperluan semasa atau

selepas ini yang memberi kesan yang sama

Page 13: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

13

(k) Tanggung Rugi

Untuk memastikan Bank dibayar ganti rugi sepenuhnya dan dengan efektif dari dan

terhadap kesemua tindakan, prosiding, kos, gadaian, tuntutan, permintaan, perbelanjaan

dan liabiliti (termasuk apa-apa cukai dan/atau lain-lain bayaran profesional) sebagainya

berkaitan dengan apa- apa kesalahan atau ketidakamalan atau ketaklaksanaan apa-apa

jaminan perjanjian yang diobligasikan atau perjanjian bagi pihak Penggadai yang

terkandung dalam Gadaian ini atau di bawah Kanun Tanah Negara atau untuk

memperbaiki setiap kesalahan atau ketidakamalan atau ketaklaksanaan tersebut.

11 KUASA UNTUK MELAKSANAKAN REMEDI

11.1 Jika Penggadai gagal melaksanakan atau mematuhi sebarang perjanjian atau syarat dalam

bahagian yang terkandung dalam Gadaian ini, adalah sah untuk tetapi tidak wajib kepada Bank

untuk memperbetulkan kegagalan sedemikian secara keseluruhan atau sebahagiannya dan kos

berkenaan akan ditanggung oleh Penggadai: -

(a) untuk memasuki Tanah Tersebut dengan atau tanpa pekerja dan menjalankan

pembaikpulihan dan kerja-kerja lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Bank;

(b) untuk mengambil langkah yang sedemikian, memberikan notis sedemikian,

melaksanakan apa-apa kerja dan melakukan apa-apa perkara yang dianggap perlu oleh

Bank untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dinyatakan oleh apa-apa notis, perintah,

arahan, kebenaran atau cadangan, yang diberikan, diserahkan atau dibuat di bawah

Kanun Tanah Negara atau mana-mana undang-undang

bertulis lain atau yang menjejaskan atau mungkin menjejaskan Tanah Tersebut atau

nilainya;

(c) untuk mengakui, menyelesaikan, membubarkan, mengkompaun atau membantah

mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Bank berkenaan apa-apa tuntutan atau

liabiliti berhubung dengan Tanah Tersebut, tanpa mengira sama ada dinyatakan secara

jelas jika Bank boleh ditanggung rugi dalam Gadaian ini;

(d) untuk memastikan Penggadai menanggung apa-apa pembayaran dan perbelanjaan atau

mendebitkan wang ke dalam akaun Peminjam sebagaimana yang difikirkan perlu oleh

Bank.

11.2 Pelaksanaan kuasa yang diwujudkan di gadaian ini oleh Bank tidak akan menjadikan Bank

sebagai pemegang gadaian.

12 KEJADIAN INGKAR

12.1 Jika mana-mana peristiwa yang dinyatakan sebagai kejadian ingkar dalam Perjanjian

Kemudahan dan Surat Tawaran dan / atau mana-mana kejadian berikut berlaku, maka seluruh

Liabiliti Terjamin akan segera kena dibayar pada bila-bila masa apabila diminta oleh Bank,

dan Bank tidak akan lagi mempunyai sebarang kewajipan terhadap Peminjam atau Penggadai:

-

(a) Peminjam atau Penggadai gagal membayar mana-mana bahagian Liabiliti Terjamin

apabila perlu; atau

(b) Penggadai melakukan apa-apa pelanggaran atau tidak mematuhi atau tidak

melaksanakan mana-mana perjanjian atau apa-apa peruntukan lain dalam Gadaian

ini; atau

Page 14: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

14

(c) apa-apa representasi atau cagaran yang dibuat atau disifatkan sebagai telah dibuat

atau diulangi oleh Penggadai dan/atau Peminjam sebelum atau susulan Gadaian ini

terbukti tidak benar atau tidak betul semasa ia dibuat atau apabila dianggap dilakukan

secara berulang dengan merujuk kepada fakta dan keadaan yang wujud pada masa

itu; atau

(d) Bank memutuskan mengikut budi bicara mutlaknya bahawa penerusan ketersediaan

Kemudahan atau mana-mana bahagiannya mungkin akan memudaratkan

kedudukannya sendiri atau mendatangkan sesuatu yang tidak diingini atau Bank

mendapati bahawa cagaran di bawahnya tidak mencukupi atau dalam bahaya atau

telah berlakunya apa-apa kejadian atau peristiwa atau telah wujudnya satu keadaan

yang boleh atau mungkin menjejaskan kewajipan Penggadai di bawah ini mengikut

terma-terma di sini atau mana-mana Dokumen Jaminan yang lain mengikut mana-

mana yang berkenaan;

(e) jika terdapat perubahan material pada keadaan kewangan Penggadai dan/ atau

Peminjam yang boleh menjejaskannya secara ketara dan Bank berpendapat bahawa

ianya berkemungkinan akan menjejaskan keupayaan Penggadai dan/ atau Peminjam

untuk memenuhi kewajipannya di bawah Perjanjian Kemudahan dan/atau Gadaian

ini mengikut terma-terma di sini;

(f) Peminjam dan/atau Penggadai telah menjadi atau akan menjadi, atau diputuskan atau

didapati telah bankrap, dibubarkan atau tidak solven atau menggantung pembayaran

hutang atau dianggap atau tidak dapat mengakui ketidakupayaan untuk membayar hutang

pada ketika telah tiba masanya untuk hutang-hutang tersebut dibayar atau melakukan apa-

apa tindakan kebankrapan atau mengalami pelaksanaan yang akan dikenakan terhadap

mana-mana daripada mereka atau memasuki apa-apa komposisi atau pengaturan lain

(secara sukarela atau sebaliknya) atau apa-apa permohonan telah dibuat oleh mana-mana

orang untuk suatu perintah terhadap salah seorang daripada mereka untuk diletakkan di

bawah pengurusan kehakiman dan bagi pelantikan seorang pengurus kehakiman untuk

faedah umum pemiutang kredit Peminjam dan/atau Penggadai atau jika penerima dan /

atau pengurus dilantik untuk mengambil alih aset dan / atau perniagaan Peminjam

dan/atau Penggadai atau prosiding dimulakan berhubung dengan Peminjam dan/atau

Penggadai di bawah mana-mana undang-undang, peraturan atau prosedur yang berkaitan

dengan penyusunan semula atau pelarasan hutang atau penerima dan / atau pengurus

dilantik untuk mengambil alih aset dan / atau perniagaan Peminjam dan/atau Penggadai

atau tidak melanggar mana-mana perintah atau penghakiman mahkamah atau Peminjam

atau mana-mana Pihak Pemberi Jaminan tidak membuat atau mencadangkan untuk

membuat sebarang perjanjian secara sukarela dengan pemiutang masing-masing dan tidak

ada penerima dan / atau pengurus yang dilantik untuk mengambil alih Peminjam dan /

atau mana-mana aset dan / atau perniagaan Pihak Ketiga atau tiada permohonan yang

dibuat atau belum selesai oleh mana-mana orang bagi suatu perintah terhadap Peminjam

dan / atau mana-mana Pihak Pemberi Jaminan untuk diletakkan di bawah pengurusan

kehakiman dan untuk pelantikan seorang pengurus kehakiman atau Peminjam dan / atau

mana-mana Pihak Pemberi Jaminan memasuki mana-mana bentuk pengaturan atau

komposisi (secara sukarela atau sebaliknya) yang persetujui atau dicadangkan untuk

dipersetujui oleh Peminjam dan / atau mana-mana Pihak Pemberi Jaminan dengan

pemiutang masing-masing; atau

(g) Peminjam dan/atau Penggadai diperintahkan untuk menjalani mana-mana hukuman

penjara atau mati atau menjadi tidak siuman; atau

(h) suatu perintah pengambilalihan wajib Tanah Tersebut atau mana-mana bahagiannya

dibuat dan disahkan; atau

(i) Tanah Tersebut telah rosak teruk akibat kebakaran atau sebab lain sehinggakan dalam

Page 15: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

15

pandangan Bank tanah tersebut tidak boleh disewakan lagi; atau

(j) notis diterima oleh Bank tentang penentuan atau pembatalan apa-apa cagaran yang

berkenaan dengan kewajipan Peminjam kepada Bank; atau

(k) jika Gadaian ini atau mana-mana Dokumen Jaminan lain tidak dapat disempurnakan

dengan apa-apa sebab atau Gadaian tidak boleh didaftarkan atau tidak sah atas apa

jua sebab;atau

(l) Peminjam melakukan apa-apa pelanggaran terhadap Perjanjian Kemudahan; atau

(m) jika pada pendapat Bank, Penggadai berhenti atau mengancam untuk berhenti

menjalankan perniagaannya; atau

(n) Peminjam telah mengemukakan penyata kewangan yang tidak benar dan / atau data

lain yang diperlukan oleh Bank.

12.2 Peristiwa-peristiwa di atas yang berlaku berhubung dengan apa-apa kewajipan Peminjam

kepada Bank di bawah Perjanjian Kemudahan atau Gadaian ini akan dianggap sebagai

Kejadian Ingkar bagi semua maksud Gadaian ini.

12.3 Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana peruntukan lain dalam Gadaian ini atau

dalam mana-mana dokumen bertulis atau komunikasi antara pihak-pihak atau dalam

Perjanjian Kemudahan, termasuk apa-apa peruntukan yang berhubungan dengan pembayaran

balik Kemudahan itu, adalah dengan jelas dipersetujui bahawa kegagalan oleh Penggadai

untuk membayar balik Kemudahan atas permintaan Bank yang dibuat menurut Klausa 2.1

(a) hendaklah dikira sebagai satu Kejadian Ingkar.

12.4 Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran oleh Penggadai terhadap mana-mana persetujuan,

perjanjian, terma, ketetapan dan / atau akujanji yang terdapat di sini dan berlaku pelanggaran

pada mana-mana obligasi di pihak Penggadai yang mana perlu dipatuhi dan dilaksanakan dan

pelanggaran tersebut berterusan selama tempoh tidak kurang dari satu ( 1) bulan dan / atau

mana-mana tempoh lain yang dibenarkan oleh undang-undang, adalah sah bagi Bank untuk

memberi notis dengan segera kepada Penggadai yang menghendaki Penggadai untuk

membetulkan pelanggaran tersebut dalam tempoh tidak kurang dari satu (1) bulan dan / atau

apa-apa tempoh lain yang dibenarkan oleh undang-undang, dan penyampaian notis

sedemikian hendaklah dilaksanakan dengan cara yang sama seperti notis menuntut

pembayaran baki yang kena dibayar seperti yang diperuntukkan di dalamnya.

13 PENGUATKUASAAN

13.1 Apabila berlakunya mana-mana Kejadian Ingkar, Bank berhak untuk melaksanakan hak-haknya

seperti yang dipunyai oleh Bank di bawah Gadaian dan mana-mana Dokumen Jaminan atau

undang-undang secara tidak terhad, kesemua atau mana-mana hak dan kuasa yang berikut: -

(a) hak untuk memasuki dan mengambilalih pemilikan Tanah Tersebut atau mana-mana

bahagiannya;

(b) hak untuk menyewakan, memajak atau melepaskan hak pada Tanah Tersebut atau mana-

mana bahagiannya bagi sesuatu penyewaan atau untuk sesuatu tempoh sewaan dan secara

amnya atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Bank mengikut budi

bicara mutlaknya;

(c) hak dan kuasa untuk menjual Tanah Tersebut melalui lelongan awam atau perjanjian

persendirian atas kapasiti sebagai pemilik hak yang mutlak pada harga atau harga-harga

Page 16: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

16

tertentu dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Bank, secara

bebas dari apa-apa kepentingan Penggadai di bawah ini atau sebaliknya, dan hak untuk

membuat bidaan di mana-mana jualan yang sedemikian;

(d) hak untuk menyaman dan memulakan saman atau tindakan sivil bagi menuntut semula

Liabiliti Terjamin, sama ada sebelum menjual Tanah Tersebut terlebih dahulu atau

sebaliknya atau secara serentak bersama-sama dengan mana-mana hak dan remedi lain

Bank di sini atau yang ada di sisi undang-undang .

DAN Penggadai hendaklah dengan ini secara nyata bersetuju, membuat perjanjian dan

berjanji untuk melakukan dan melaksanakan segala perbuatan, instrumen dan perkara

yang dikehendaki atau diarah oleh Bank untuk tujuan melaksanakan dan / atau

menyelesaikan apa-apa dan / atau apa-apa transaksi yang disebut dalam Klausa ini di sini

tetapi tanpa menjejaskan kuasa atau hak Bank dalam kapasitinya sebagai pemegang

cagaran di sini.

13.2 Kesemua wang yang diterima oleh Bank daripada apa-apa prosiding yang dimulakan atau langkah

yang diambil di bawah Gadaian ini atau mana-mana Dokumen Jaminan lain (jika ada) akan

digunakan oleh Bank (melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Perjanjian Kemudahan):

PERTAMA untuk membayar semua fi, kos, caj dan perbelanjaan yang

berkaitan dan bayaran yang dibuat oleh Bank di bawah peruntukan

Gadaian ini atau mana-mana Dokumen Jaminan lain (jika ada) dan

sebarang cukai lain yang kena dibayar di bawah mana-mana

undang-undang bertulis yang berkuatkuasa pada penjualan Tanah

Tersebut atau dalam penguatkuasaan Dokumen Jaminan atau

mana-mana bahagiannya (termasuk kos mahkamah dan kos

peguam, kos-kos lain, caj dan perbelanjaan).

KEDUA untuk membayar kepada Bank semua faedah yang terakru dan baki

yang belum dibayar yang berkenaan dengan Kemudahan atau

bakinya yang masih terhutang.

KETIGA untuk membayar kepada Bank jumlah prinsipal dan baki belum

dibayar di bawah Kemudahan.

KEEMPAT untuk membayar kepada Bank semua wang lain yang terhutang dan

masih belum dibayar di bawah Gadaian ini atau mana-mana

Dokumen Jaminan lain (jika ada).

KELIMA untuk membayar pembayaran balik atau pembayaran semua

jumlah yang kena dibayar di bawah pinjaman lain atau kemudahan

yang diberikan oleh Bank kepada Penggadai.

KEENAM sebarang lebihan perlu dibayar kepada orang yang berhak.

DENGAN SYARAT BAHAWA jika Bank berpendapat bahawa cagaran tersebut didapati tidak

mencukupi, pembayaran mungkin perlu dibuat kepada Bank berdasarkan jumlah prinsipal

sebelum faedah tetapi perubahan dalam urutan pembayaran tersebut tidak akan menjejaskan hak

Bank untuk menerima penuh amaun yang sepatutnya dibayar jika perintah utama telah dipatuhi

atau apa-apa amaun yang lebih rendah yang mana jumlah yang direalisasikan dari cagaran

mungkin mencukupi untuk memenuhi pembayaran.

13.3 Bank mempunyai kebebasan mutlak untuk melaksanakan secara serentak semua atau mana-mana

hak dan remedi yang tersedia kepada Bank sama ada melalui Gadaian ini atau yang tersedia di

sisi undang-undang atau selainnya termasuk hak untuk meneruskan remedi penjualan dan

Page 17: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

17

pemilikannya menurut peruntukan-peruntukan Kanun Tanah Negara dan hak untuk mendapatkan

semua wang yang terhutang oleh Penggadai,

Penjamin (sekiranya ada) atau mana-mana orang lain kepada Bank melalui saman sivil.

13.4 Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain yang tersedia kepada Bank, jika amaun yang

direalisasikan oleh Bank melalui penjualan Tanah tersebut, sama ada menurut peruntukan

Gadaian ini atau di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara atau sebaliknya, selepas potongan

dan pembayaran daripada hasil jualan digunakan bagi tujuan perbelanjaan, yuran, kos, sewa,

kadar, cukai dan aliran perbelanjaan lain bagi Tanah Tersebut dan semua perbelanjaan yang

dibelanjakan berkaitan dengan penjualan Tanah Tersebut, sama ada pada penjualan itu Bank

adalah pembeli Tanah Tersebut atau sebaliknya, adalah kurang daripada amaun yang terhutang

kepada Bank di bawah ini, Penggadai akan membayar kepada Bank perbezaan antara amaun yang

terhutang dengan amaun yang sedemikian dan sehingga pembayaran dibuat, Penggadai juga akan

membayar faedah ke atas baki pada Kadar Ingkar (serta selepas mana-mana Perintah Mahkamah

atau Penghakiman dan juga selepas sebelum penjualan Tanah Tersebut).

14 LIABILITI BANK

Bank tidak mempunyai kewajipan untuk mengambil apa-apa langkah atau memulakan apa-apa

prosiding untuk mengutip beberapa jenis hutang dan wang tertentu yang telah dipertanggungkan

dan Bank tidak akan dalam apa keadaan sekalipun bertanggungjawab kepada Penggadai atau

mana-mana orang lain terhadap apa-apa kos, caj, kerugian, ganti rugi, liabiliti atau perbelanjaan

yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan mana-mana penjualan Tanah Tersebut atau dari

apa-apa perbuatan, keingkaran, peninggalan atau salah laku oleh Bank, pegawai, pekerja atau ejen

yang berkaitan dengan Tanah Tersebut atau yang berkaitan dengan Gadaian ini atau Perjanjian

Kemudahan.

15 PERLINDUNGAN PIHAK KETIGA

Mana-mana pembeli atau mana-mana orang lain yang berurusan dengan Bank atau membeli

Tanah Tersebut melalui lelongan awam tidak perlu bimbang sama ada Liabiliti Terjamin

telah menjadi kena dibayar atau sama ada apa-apa kuasa yang dinyatakan boleh dijalankan

telah dilaksanakan atau sama ada apa-apa wang yang kena dibayar di bawah Gadaian ini atau

tentang penggunaan mana-mana wang yang dibayar, dikumpul atau dipinjam atau tentang

kesesuaian atau keteraturan apa-apa jualan oleh atau urusan lain dengan Bank atau

Mahkamah.

16 SURAT KUASA WAKIL

Penggadai dengan ini secara tidak boleh batal melantik Bank dan / atau pengurus dan / atau

pegawai yang bertanggungjawab bagi pihak Bank, sebagai Wakil Penggadai, untuk Penggadai

dan atas nama Penggadai sendiri atau bagi pihak Penggadai, untuk melakukan dan melaksanakan

apa-apa surat ikatan, cagaran, perjanjian, instrumen atau perbuatan yang mungkin dikehendaki atau

dianggap wajar oleh Bank, termasuk menjual, memindahkan, menukar atau selainnya menjual

Tanah Tersebut melalui lelongan awam atau oleh perjanjian peribadi.

Penggadai berjanji pada setiap masa untuk meratifikasi apa-apa jua yang dilakukan atau yang

diakibatkan oleh Wakil secara sah dalam atau mengenai Tanah Tersebut melalui Surat Kuasa Wakil

ini. Surat Kuasa Wakil yang diberikan ini adalah tidak boleh dibatalkan dan diberikan sebagai

sebahagian daripada cagaran yang dihasilkan oleh Gadaian ini.

Page 18: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

18

17 PERWAKILAN DAN WARANTI

17.1 Penggadai dengan ini memberikan representasi dan waranti kepada Bank seperti yang berikut: -

(a) bahawa Gadaian dan Dokumen Jaminan ini dari segi undang-undang, sah dan

mengikat Pihak Pemberi Jaminan mengikut terma dan syarat di bawahnya;

(b) bahawa penghantaran dan pelaksanaan Gadaian ini dan Dokumen Jaminan oleh Pihak

Pemberi Jaminan: -

(i) tidak akan melanggar peruntukan mana-mana undang-undang atau peraturan

atau apa-apa perintah atau arahan mana-mana pihak berkuasa kerajaan, agensi

atau Mahkamah yang mana Pihak Pemberi Jaminan adalah tertakluk

kepadanya;

(ii) tidak akan melanggar peruntukan mana-mana gadai janji, kontrak atau akujanji

atau instrumen lain yang mana Pihak Pemberi Jaminan merupakan salah satu

parti yang terlibat atau yang mengikat Pihak Pemberi Jaminan;

(iii) tidak akan menyebabkan penghasilan atau pengenaan, atau apa-apa kewajipan

untuk menghasilkan atau mengenakan apa-apa Beban ke atas mana-mana aset

atau pendapatan Pihak Pemberi Jaminan menurut peruntukan mana-mana gadai

janji, kontrak, debentur atau akujanji atau instrumen lain;

(c) bahawa semua persetujuan, kelulusan, kebenaran mana-mana pihak berkuasa yang

berkaitan yang dikehendaki oleh Pihak Pemberi Jaminan atau yang disyorkan untuk

atau berkaitan dengan pelaksanaan, penghantaran, kesahan dan kebolehkuatkuasaan

Gadaian ini dan Dokumen Jaminan telah lain diperoleh dan berkuat kuasa sepenuhnya

dan apa-apa syarat yang terkandung di dalamnya telah dipatuhi;

(d) bahawa Pihak Pemberi Jaminan tidak ingkar di bawah mana-mana perjanjian yang mana

Pihak Pemberi Jaminan atau mana-mana daripada mereka adalah pihak atau yang mana

Pihak Pemberi Jaminan atau mana-mana daripada mereka terikat dan tiada sebarang

litigasi, timbang tara atau prosiding pentadbiran semasa atau yang belum selesai atau

yang diancam yang mana litigasi ingkar, timbang tara atau prosiding pentadbiran yang

mungkin diambil dan berkemungkinan secara material mempengaruhi kesolvenan

Pihak Pemberi Jaminan dan mungkin menjejaskan keupayaan Pihak Pemberi Jaminan

untuk melaksanakan kewajipan mereka di bawah ini;

(e) bahawa Pihak Pemberi Jaminan mempunyai kuasa penuh, mutlak dan kuasa untuk

melaksanakan Gadaian ini dan Dokumen Jaminan lain dan bahawa tidak ada dan tiada

sesiapa atau pihak pun yang mempunyai keutamaan ke atas Bank berkenaan dengan

Tanah Tersebut dan / atau Dokumen Jaminan, melainkan telah dipersetujui Bank secara

mengikut dalam budi bicara mutlaknya;

(f) jika Penggadai atau mana-mana Pihak Pemberi Jaminan yang lain adalah / adalah suatu

perbadanan: -

(i) Penggadai dan / atau Pihak Pemberi Jaminan yang lain telah ditubuhkan

dengan sepatutnya di bawah undang-undang yang berkaitan;

(ii) semua kelulusan daripada pemegang saham korporat atau kelulusan lain yang

diperlukan bagi pelaksanaan Gadaian ini dan Dokumen Jaminan lain telah

diperoleh;

Page 19: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

19

(iii) Pihak Pemberi Jaminan diberi kuasa untuk melaksanakan Gadaian ini dan / atau

Dokumen Jaminan lain di bawah dokumen perlembagaan masing-masing;

(g) bahawa semua butir-butir dan pengisytiharan yang diberikan, yang disediakan atau

dibuat oleh Pihak Pemberi Jaminan berkenaan dengan permohonan Peminjam untuk

mendapatkan Kemudahan itu adalah benar, tepat dan betul dalam semua aspek.

17.2 Penggadai mengakui bahawa Bank telah menerima Gadaian ini atas dasar dan dengan

sepenuhnya bergantung pada, perwakilan dan waranti tersebut yang dinyatakan di atas, yang

dianggap betul dan mematuhi semua aspek material selagimana Gadaian ini terus berkuatkuasa

dan perwakilan dan waranti di atas dianggap betul dan mematuhi semua aspek material selagi

mana Kemudahan masih terus tersedia.

17.3 Kebenaran dan ketepatan semua perkara yang dinyatakan dalam perwakilan dan waranti yang

terkandung di dalamnya hendaklah menjadi asas komitmen Bank untuk menyediakan atau terus

menyediakan Kemudahan kepada Peminjam. Jika sebarang representasi dan / atau waranti yang

dibuat sedemikian pada bila-bila masa selepas ini didapati tidak betul dalam apa-apa aspek

material dan dalam apa-apa kejadian dan walau apa pun apa-apa yang bertentangan di bawah ini,

Bank mempunyai hak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menyemak, menggantung,

menarik semula atau menamatkan Kemudahan atau mana-mana bahagiannya.

18 KOS DAN PERBELANJAAN

18.1 Penggadai hendaklah, atas permintaan dan atas dasar hubungan peguam cara dan pelanggan

sendiri, membayar kepada Bank: -

(a) apa jua kos, yuran, pembayaran, caj, perbelanjaan, cukai dan wang lain dalam apa-apa

cara berkaitan dengan atau yang timbul daripada Tanah Tersebut dari semasa ke semasa

(termasuk kos peguam cara Bank atas dasar tanggung rugi penuh, caj penilai, ejen

hartanah dan perbelanjaan kos undang-undang dan perbelanjaan luar poket pelelong

dan apa-apa perkhidmatan atau cukai lain atas kos dan perbelanjaan sedemikian) yang

boleh dikenakan atau ditanggung oleh Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada: -

(i) penyediaan, rundingan, pelaksanaan dan penghantaran Gadaian ini dan mana-

mana dokumen yang berkaitan;

(ii) proses menyetem atau pendaftaran Gadaian ini;

(iii) apa-apa pindaan atau pengecualian atau persetujuan sebenar atau yang

dicadangkan di bawah atau berkaitan dengan Gadaian ini;

(iv) apa-apa pelepasan atau pembebasan daripada Gadaian ini;

(v) pelaksanaan atau penggunaan (atau cubaan pelaksanaan atau penggunaan) apa-

apa hak di bawah atau berkaitan dengan, dan perlindungan, realisasi dan / atau

penguatkuasaan (atau percubaan perlindungan, realisasi dan / atau

penguatkuasaan) Gadaian ini dan mana-mana dokumen yang berkaitan ;

(vi) memperoleh pembayaran bagi Liabiliti Terjamin;

(vii) Peminjam dan Tanah Tersebut di bawah Gadaian ini;

(viii) berurusan dengan atau mendapatkan nasihat mengenai apa-apa perkara atau

persoalan lain yang timbul daripada atau berkaitan dengan Gadaian ini dan /

atau Perjanjian Kemudahan;

Page 20: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

20

18.2 semua wang lain yang dibayar oleh Bank dalam menyempurnakan atau selainnya yang

berkaitan dengan Gadaian ini atau berkenaan dengan Tanah Tersebut termasuk tanpa

batasan semua wang yang dibelanjakan oleh Bank di bawah Klausa 11.

18.3 Kos, perbelanjaan dan wang lain itu boleh diperoleh semula daripada Penggadai

sebagai hutang dan boleh didebitkan kepada mana-mana akaun Penggadai dan

hendaklah menanggung faedah dengan sewajarnya pada Kadar Ingkar dan akan

dikenakan pada Tanah Tersebut.

19 LIEN DAN PENOLAKAN

19.1 Sebagai tambahan kepada semua lien ke atas dan hak untuk membuat penolakan terhadap wang,

sekuriti atau lain-lain harta Peminjam dan Penggadai yang diberikan kepada Bank oleh undang-

undang, Bank akan mempunyai hak lien ke atas dan / atau hak untuk menolak semua wang ,

sekuriti dan harta lain yang boleh alih atau tak alih daripada Peminjam dan Penggadai dalam

mana-mana mata wang sekarang atau selepas ini dalam milikan atau deposit dengan Bank, atau

mana-mana sekutu, di mana-mana cawangan atau pejabat Bank, sama ada dipegang dalam akaun

am atau akaun khas deposit, atau untuk penyimpanan selamat atau sebaliknya; dan tiap-tiap lien

dan / atau hak untuk membuat penolakan yang sedemikian akan terus berkuatkuasa sehinggalah

lien dan / atau hak untuk membuat penolakan itu secara khusus diketepikan atau dikeluarkan

melalui instrumen bertulis yang dilaksanakan oleh Bank dan Bank akan mempunyai hak (tetapi

tidak wajib bagi Bank), tanpa perlu memberi notis kepada Peminjam dan Penggadai, untuk

mendebit dan / atau membuat penolakan dari, apa-apa akaun atau akaun yang mana Peminjam

dan Penggadai, anak-anak syarikatnya atau mana-mana syarikat dan / atau syarikat bersekutu

berkaitan Peminjam dan Penggadai yang dikekalkan dengan Bank, untuk melaksanakan

pembayaran balik sebarang Liabiliti Terjamin, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang

sewa, cukai, penilaian, premium, yuran, komisen, kos guaman (kos kedua-dua pihak dan kos

parti dan peguam cara dan kos klien) dan semua yuran lain , kos, caj dan perbelanjaan yang kena

dibayar dan dibayar di bawah Dokumen Jaminan.

19.2 Jika gabungan, penolakan atau pemindahan itu memerlukan penukaran satu mata wang kepada

yang lain, penukaran tersebut akan dikira pada kadar pertukaran mata wang

semasa yang ditetapkan oleh Bank (seperti yang ditentukan secara tepat oleh Bank) untuk

membeli mata wang yang mana Peminjam dan Penggadai bertanggungan dengan mata wang

sedia ada yang telah ditukarkan dan sebarang kos yang berkaitan dengan penukaran tersebut

hendaklah menjadi sebahagian daripada Liabiliti Terjamin.

20 PEMBERIAN NOTIS DAN PROSES

2 0 . 1 Tiap-tiap notis, tuntutan atau komunikasi lain di bawah Gadaian ini hendaklah disampaikan

seperti berikut:-

a ) jika dihantar kepada Bank, ke alamat yang dinyatakan di sini, melainkan dinyatakan

sebaliknya oleh Bank;

b ) jika dihantar kepada Penggadai, bergantung kepada pilihan yang dibuat Bank, perlu

dihantar kepada:-

i . secara peribadi atau melalui pos kepada alamat yang terakhir berdasarkan

Page 21: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

21

rekod Bank; atau

i i . melalui faksimili; atau

i i i . melalui kaedah komunikasi segera lain (termasuk perkhidmatan sistem

pesanan ringkas (sms) dan rakaman suara.

20.2 Setiap notis, tuntutan atau sebarang komunikasi lain yang dihantar kepada:-

a) Bank hanya akan dianggap telah dihantar setelah penerimaan sebenar dibuat beserta

bukti melalui pengakuan penerimaan oleh Bank yang memperakui bahawa notis tersebut

telah diterima; dan

b) Penggadai hendaklah disifatkan telah diterima: -

i. jika dihantar secara peribadi, pada masa penghantaran atau apabila dihantar ke alamat

terakhir Penggadai yang disimpan dalam rekod Bank.

ii. jika dihantar melalui pos, pada hari kedua (2) selepas penghantaran, tidak kira sama ada

notis dikembalikan dan tidak dihantar atau tidak dituntut. Bukti pengeposan kepada

Peminjam adalah bukti muktamad bagi semua tujuan penghantaran kepada Peminjam;

iii. jika dihantar melalui faksimili, setelah pengeluaran resit penghantaran yang berjaya; atau

iv. jika dihantar dengan lain-lain bentuk komunikasi serta-merta (termasuk perkhidmatan

sistem pesanan ringkas (sms) dan rakaman suara), secara serta-merta

20.3 Sebagai tambahan kepada dan tanpa mengurangkan apa-apa cara penghantaran yang

dibenarkan atau ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis, sekiranya prosiding

undang-undang dimulakan oleh Bank terhadap Penggadai, proses saman pemula hendaklah

dihantar kepada Penggadai ke alamat terakhir yang dikekalkan dalam rekod Bank dan

hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya kepada Penggadai jika: -

a) dihantar atau diberikan melalui pos berdaftar atau pos biasa, selepas tamat tempoh

lima (5) hari dari tarikh ia dihantar; dan

b) dihantar dengan tangan, pada hari ia disampaikan.

(* Tidak terpakai di Sarawak)

20.4 *Walau apa pun yang terdahulu, Bank atau peguam atau agennya boleh memberikan sebarang

notis atau dokumen kepada Penggadai (atau kepada mana-mana orang yang berhak di sisi

undang-undang untuk menerima penghantaran notis bagi pihak Penggadai) mengikut cara

yang ditetapkan di bawah Peraturan 8 Peraturan Tanah yang digubal di bawah Ordinan Tanah

Sabah (Cap 68).

20.5 Sebarang notis yang diberikan oleh Bank termasuk apa-apa notis tuntutan wang yang

dipinjamkan atau dikemukakan oleh Bank kepada Penggadai boleh ditandatangani bagi pihak

Bank oleh seorang pengarah, pengurus besar, pengurus, penolong pengurus, atau oleh mana-

mana pegawai \ Bank atau oleh mana-mana peguam cara firma guaman untuk bertindak bagi

pihak Bank dengan syarat bahawa jika notis itu dihasilkan oleh komputer, ia tidak akan

memerlukan apa-apa tandatangan.

20.6 Perubahan pada alamat Penggadai tidak akan berkuatkuasa atau mengikat Bank melainkan jika

notis sebenar perubahan telah diberikan kepada Bank oleh Penggadai dan sebarang perkara

yang dilakukan susulan Klausa 20.2 dan Klausa 20.3 di atas tidak akan terjejas akibat

berlakunya perubahan pada alamat Penggadai.

Page 22: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

22

21 PEMINDAHAN

21.1 Gadaian ini boleh diberikan atau dipindah milik secara bebas oleh Bank.

21.2 Penggadai tidak boleh menyerahkan atau memindahkan mana-mana kewajipannya di

bawah Caj ini atau memasuki mana-mana transaksi, yang akan mengakibatkan mana-mana

kewajipannya dipindahkan kepada orang lain.

21.3 Bank dengan ini diberi kuasa dengan jelas untuk mendedahkan apa-apa maklumat

mengenai Penggadai kepada mana-mana orang yang berkaitan dengan Bank dan / atau

mana-mana orang yang mana Bank bercadang untuk memindahkan atau menyerahkan atau

telah memindahkan atau menyerahkan Gadaian ini.

22 AKAUN DIGANTUNG DAN PENGAMBILAN PEMBAYARAN

22.1 Apa-apa wang yang diterima di bawah ini boleh diletakkan dan disimpan di dalam

akaun tergantung bagi tujuan kredit selama mana difikirkan wajar oleh Bank tanpa apa-

apa kewajipan pada masa yang sama untuk menggunakan wang yang sama atau mana-

mana bahagiannya atau bagi tujuan pelepasan apa-apa wang atau liabiliti yang kena

dibayar atau ditanggung oleh Peminjam dan/atau Penggadai. Walau apa pun

pembayaran yang sedemikian, sekiranya berlaku apa-apa prosiding berkenaan atau yang

serupa dengan kebankrapan, insolvensi, pembubaran, komposisi atau aturan (secara

sukarela atau sebaliknya) atau pengurusan kehakiman, Bank boleh membuktikan dan

bersetuju untuk menerima apa-apa dividen atau komposisi berkenaan secara

keseluruhan atau mana-mana bahagian wang dan liabiliti sedemikian dengan cara yang

sama

seolah-olah jaminan ini tidak pernah dibuat.

22.2 Selain daripada peruntukan yang tersebut di atas dan walau apa pun peruntukan jelas yang

lain dalam Gadaian ini, Penggadai dengan mutlak menarik balik dirinya apabila membuat

pembayaran kepada Bank dari mengambil alih pembayaran tersebut terhadap Kemudahan

atau mana-mana kemudahan perbankan umum yang diberi oleh Bank kepada Peminjam atau

mana-mana Kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada Peminjam dan/atau Penggadai

dan dengan itu mengenepikan peruntukan Seksyen 60 Akta Kontrak 1950 atau sebarang

pindaan atau pembuatan semula yang dibuat olehnya setiap masa kepada Bank bawah

Gadaian ini

23 PENGAMBILALIHAN OLEH KERAJAAN

23.1 Tanpa prejudis kepada peruntukan dalam Klausa 12.1(h), sekiranya Tanah Tersebut atau

sebahagian daripadanya pada bila-bila masa menjadi perkara atau termasuk dalam sebarang notis,

pemberitahuan atau deklarasi berkenaan atau berkaitan dengan pengambilan oleh kerajaan atau

mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau sebarang siasatan atau prosiding berhubung dengannya,

Penggadai hendaklah serta-merta memaklumkan kepada Bank perkara yang sama dan hendaklah

memberikan kepada Bank satu salinan atau salinan-salinan notis, pemberitahuan atau deklarasi

tersebut sejurus selepas perkara yang sama dihantar ke atau disampaikan kepada Penggadai. Bank

berhak di atas tanggungan Penggadai mengguna khidmat penasihat dan ejen (termasuk peguam

dan penilai) yang dianggap wajar bagi tujuan menghadiri atau memberi nasihat ke atas mana-

mana siasatan atau prosiding tentang atau berkaitan dengan pengambilalihan tersebut. Semua

wang yang diterima sebagai atau secara pampasan untuk pengambilalihan Tanah Tersebut atau

sebahagian daripadanya hendaklah dilaksanakan atau digunakan bagi tujuan pelepasan atau

Page 23: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

23

bayaran balik mana-mana wang atau liabiliti yang dicagarkan oleh Gadaian ini dan Penggadai

hendaklah mengisytiharkan bahawa Penggadai akan memegang semua wang yang dibayar kepada

dan diterima oleh Penggadai sebagai amanah untuk Bank dan Penggadai bersetuju dan

mengesahkan bahawa Bank akan terima dan memberi pelepasan yang baik untuk kesemua wang

tersebut.

23.2 Sekiranya kesemua wang tersebut adalah kurang daripada jumlah yang terakru dengan Bank di

bawah ini termasuk faedah dan semua wang dan semua caj yang terhutang dan kena dibayar oleh

Penggadai kepada bank di bawah ini, Penggadai mestilah dengan serta-merta membayar kepada

Bank jumlah perbezaan yang terhutang dan jumlah yang diterima dan sehingga pembayaran

tersebut dibuat, Peminjam perlu membayar faedah atas jumlah perbezaan tersebut pada Kadar

Ingkar atau kadar lain yang akan ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa atas budi bicara

mutlaknya, dikira dengan cara bagaimana wang ini dikira bagi tujuan untuk dicagarkan.

24. KEPENTINGAN MASA

Perkataan “masa” yang disebutkan pada mana-mana bahagian dalam Gadaian ini merupakan

sesuatu yang amat penting tetapi kegagalan atau kelewatan pihak Bank dalam menjalankan atau

tidak menjalankan atau melaksanakan apa-apa hak, kuasa, keistimewaan atau remedi yang

terakru kepada Bank di bawah Gadaian ini atas apa-apa

kegagalan oleh Peminjam dan/atau Penggadai pada mana-mana bahagian tidak akan

menjejaskan mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau remedi, atau boleh ditafsirkan sebagai

satu pengecualian atau apa-apa persetujuan susulan kegagalan tersebut, dan juga tiada apa-apa

tindakan oleh Bank berkenaan dengan apa-apa keingkaran atau apa-apa persetujuan berkenaan

mana-mana keingkaran boleh menjejaskan apa-apa hak, kuasa, keistimewaan atau remedi Bank

berkenaan dengan apa-apa kegagalan lain atau yang berikutnya.

25. LIEN DAN CAGARAN LAIN TIDAK TERJEJAS

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam ini yang boleh memprejudis atau menjejaskan apa-

apa lien yang berhak dilaksanakan oleh Bank atau mana-mana cagaran lain yang boleh dituntut

oleh Bank pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa ke atas wang yang telah dijamin,

dan tidak ada apa-apa jua yang terkandung di sini yang boleh menggabungkan atau

memprejudis atau menjejaskan apa-apa bil, nota, cagaran, gadai janji atau apa-apa cagaran lain

termasuk wang yang dimiliki Bank bagi tujuan jaminan atau apa-apa hak atau remedi lain bagi

Bank di bawahnya.

26. AKAUN BARU DAN TERASING

Sekiranya Penggadai melaksanakan atau membuat apa-apa bebanan selanjutnya atau yang

berikutnya pada aset yang digadaikan kepada Bank atau mana-mana bahagiannya yang

memihak kepada mana-mana perbadanan, orang atau orang-orang lain yang mana Bank akan

diberikan notis, sama ada yang sebenar atau secara tidak jelas, Bank boleh setelah menerima

apa-apa notis, sama ada yang sebenar atau secara tidak jelas, dengan serta-merta membuka

akaun baru atau berasingan bagi Penggadai dan/ atau Peminjam dalam akaunnya dan jika Bank

tidak membuka akaun sedemikian atau yang berasingan, Bank akan tetap dianggap telah

berbuat demikian pada waktu Bank menerima atau disifatkan telah menerima notis itu dan, dari

semasa ke semasa dan selepas itu, semua bayaran kepada akaun yang dibuat oleh Peminjam

kepada Bank hendaklah, (walau apa pun peraturan undang-undang atau anggapan yang

berbeza), diletakkan atau dianggap telah dimasukkan sebagai kredit ke akaun baru atau

berasingan yang telah dibuka atau yang disifatkan telah dibuka dan ianya tidak akan dikira

sebagai pengurangan Liabiliti Terjamin pada masa Bank menerima atau pada waktu yang

Page 24: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

24

disifatkan Bank telah menerima notis tersebut, dengan syarat bahawa peruntukan Fasal ini tidak

akan menjejaskan cagaran yang tersedia bagi tujuan pembayaran Liabiliti Terjamin walau apa

pun yang sama mungkin kena dibayar atau terhutang atau ditanggung selepas pada titik masa

Bank menerima notis atau pada waktu yang dianggap Bank telah menerima notis tersebut.

27. SALINAN

Gadaian ini boleh dilaksanakan dalam apa-apa bilangan salinan, dan setiap salinan mempunyai

kesan yang sama seolah-olah tanda tangan pada salinan-salinan berbeza dibuat pada satu

salinan sahaja.

28. NASIHAT UNDANG-UNDANG BEBAS

Penggadai mengisytiharkan dan mengesahkan bahawa ia telah diberikan nasihat undang-

undang bebas mengenai kesan dan / atau akibat daripada penandatangan Gadaian ini dan

Penggadai bersetuju bahawa peruntukan yang terkandung di sini akan mengikat Penggadai

tidak kira sama ada Penggadai telah memperoleh sebarang nasihat undang-undang sedemikian

ataupun tidak.

29. PEWARIS AKAN TERIKAT

Gadaian ini akan mengikat para pewaris, wakil peribadi, penerima hak dan pengganti

Penggadai, dan pengganti dan penerima hak bagi pihak Bank.

30. PENGECUALIAN

30.1 Kelewatan atau kegagalan pihak Bank untuk bertindak dalam melaksanakan apa-apa hak atau

remedi di bawah Gadaian ini tidak akan menjejaskan hak atau remedi atau boleh dianggap

sebagai satu pengabaian hak atau remedi itu, tidak akan ada satu pun

pelaksanaan hak secara separa atau yang tidak lengkap boleh menafkan Bank daripada

menjalankan apa-apa hak atau remedi lain di bawah Gadaian ini.

30.2 Apa-apa pengecualian oleh Bank mengenai mana-mana terma atau peruntukan Gadaian ini,

atau apa-apa persetujuan atau kelulusan yang diberikan oleh Bank di bawahnya, hanya akan

berkuatkuasa jika diberi secara bertulis dan hanya untuk tujuan tertentu dan atas terma dan

syarat berkenaan, jika ada, di mana ia akan diberikan.

31. KUMULATIF HAK DAN REMEDI

Hak dan / atau remedi Bank di bawah Gadaian ini adalah kumulatif dan tidak termasuk mana-

mana hak dan atau remedi yang disediakan oleh undang-undang dan ianya boleh dilaksanakan

dari semasa ke semasa dan secara berulang kali sebagaimana yang dianggap wajar oleh Bank.

32. KEADAAN TIDAK SAH

Jika pada bila-bila masa sepanjang Gadaian ini terdapat apa-apa peruntukan, terma, syarat,

ketetapan, perjanjian atau persetujuan yang dikira sebagai atau menjadi haram, tidak sah, terbatal,

dilarang atau tidak dapat dilaksanakan dalam apa-apa hal, maka ianya tidak akan lagi terpakai

setakat mana pengharaman, ketidaksahan, keterbatalan, larangan atau ketidakbolehlaksanaan itu

terpakai tanpa membatalkan dengan apa-apa cara sekalipun ketetapan lain yang terkandung di

sini.

Page 25: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

25

33. SIJIL DIANGGAP KONKLUSIF

Sebarang sijil yang ditandatangani oleh pengurus atau pegawai Bank mengenai amaun yang

tertunggak dari Kemudahan atau Liabiliti Terjamin itu adalah muktamad dan mengikat

Penggadai tentang amaun yang kena dibayar di bawah gadaian ini dari Penggadai kepada Bank

dengan syarat bahawa jika sijil itu dihasilkan komputer, ia tidak memerlukan sebarang

tandatangan.

34. PENGGABUNGAN DAN PEMBINAAN SEMULA

Cagaran, liabiliti dan / atau kewajipan yang dicipta oleh Gadaian ini ke atas Penggadai dan/atau

Peminjam akan terus sah dan mengikat untuk semua tujuan walau apa pun perubahan akibat

daripada penggabungan, pembinaan semula atau selainnya yang mungkin terdapat dalam

perlembagaan Peminjam atau Bank atau mana-mana syarikat yang mana mungkin menjalankan

perniagaan bagi pihak Bank dan turut tersedia kepada syarikat yang menjalankan perniagaan

tersebut buat masa sekarang.

35. HAK-HAK BANK

35.1 Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa menjejaskan Cagaran dengan ini: -

(a) menentukan, mengubah atau menambah jumlah Kemudahan atau apa-apa kredit atau

kemudahan lain yang diberikan kepada Peminjam dan boleh membuka dan / atau

meneruskan apa-apa akaun atau akaun semasa atau selainnya dengan Peminjam di

mana-mana cawangan atau cawangan Bank;

(b) mengubah atau menukar terma dan syarat yang mentadbir Kemudahan dan / atau

peruntukan Gadaian ini dan / atau Perjanjian Kemudahan dan / atau Dokumen Jaminan

dan Penggadai dengan ini secara nyata memberi persetujuan kepada mana-mana dan

semua variasi dan / atau perubaha (walau bagaimana signifikan sekalipun);

(c ) memberi masa atau pelepasan kepada Penggadai atau kepada mana-mana orang atau

penjamin;

(d) memperbaharui mana-mana bil, nota atau sekuriti boleh niaga yang lain;

(e) berurusan dengan pertukaran, melepaskan atau mengubah suai atau menahan diri

daripada menyempurnakan atau menguatkuasakan mana-mana cagaran atau jaminan

atau hak lain pada masa sekarang atau pada bila-bila masa di masa hadapan atau dari

semasa ke semasa dari atau terhadap Penggadai atau mana-mana orang lain;

(f) mengkompaun Penggadai atau penjamin (jika ada) atau mana-mana orang lain;

(g) mengubah dari semasa ke semasa terma dan syarat Kemudahan yang diberikan di sini

untuk mematuhi semua peraturan, keputusan dan perintah Bank Negara Malaysia dan

/ atau Persatuan Bank / syarikat Kewangan di Malaysia sama ada yang dibuat sebelum

atau selepas penghasilan Gadaian ini di sini;

(h) mengubah bilangan dan / atau jumlah Ansuran yang akan dibayar oleh Peminjam

kepada Bank

dan Peminjam dan Penggadai secara nyata bersetuju dengan mana-mana dan semua variasi

Page 26: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

26

dan / atau perubahan apa-apa jua tidak kira betapa signifikan sekalipun dan / atau (b)

melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang akan menjejaskan cagaran yang dicipta di

bawah Gadaian ini

36. PENDEDAHAN

Sebagai tambahan kepada orang-orang yang dinyatakan dalam Jadual 11 (Pemberitahuan yang

Dibenarkan) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Penggadai dengan ini secara jelas memberi

kuasa kepada Bank untuk mendedahkan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal

atau akaun Penggadai (termasuk kedudukan kredit Penggadai) berkenaan dengan Kemudahan ini

setakat yang dibenarkan oleh Bank atas budi bicara mutlaknya dan setakat yang dirasakan perlu

bagi tujuan: -

(a) Biro Kredit Pusat atau pihak berkuasa atau badan lain yang ditubuhkan oleh Bank Negara

Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank;

(b) kepada juruaudit, peguam dan penasihat profesionalnya yang lain;

(c) kepada mana-mana Pihak Pemberi Jaminan yang lain; dan

(d) tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu kepada mana-mana pihak ketiga yang

difikirkan patut oleh Bank;

DAN Penggadai dengan ini secara jelas bersetuju dengan pendedahan tersebut dan dengan ini

mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa persetujuan lanjut dari Penggadai adalah tidak

diperlukan atau dikehendaki.

37. PERSETUJUAN

Walau apa pun fakta bahawa Bank mungkin telah menerima wang dari Peminjam dan/atau

Penggadai selepas apa-apa kegagalan yang dilakukan oleh salah seorang daripada mereka, Bank

tidak akan dipertanggungjawabkan sebagai seolah-olah telah menyokong atau bersetuju dengan

kegagalan itu dan boleh pada bila-bila masa selepas itu menjalankan semua atau mana-mana

remedi yang ada padanya, dan apa-apa kelewatan di pihak Bank dalam mengambil langkah-

langkah untuk menguatkuasakan remedi yang diberikan atau disediakan kepadanya oleh Gadaian

ini, Dokumen Keselamatan atau statut, tidak boleh dianggap sebagai satu prejudis terhadap hak

Bank untuk mengambil tindakan sedemikian.

38. HAD MASA DI SISI UNDANG-UNDANG

Sekiranya terdapat mana-mana wang yang terhutang dan dijamin oleh Gadaian ini, wang tersebut

akan disifatkan sebagai terus terhutang dan dijamin ke atas Peminjam walau apa pun had masa di

sisi-sisi undang-undang atau ketidakupayaan di pihak Peminjam atau sebarang penyalahgunaan,

ketidakteraturan, ketakbolehkuatkuasaan, ketidaksahan atau ketidaksempurnaan pada mana-mana

peruntukan Perjanjian Kemudahan dan / atau yang berkenaan dengan pinjaman yang mungkin

menjadi pembelaan antara Peminjam dan Bank.

39. TUNTUTAN PENOLAKAN OLEH PEMINJAM

Sehingga semua wang dan tanggungan yang kena dibayar atau ditanggung oleh Peminjam dan

Penggadai kepada Bank telah dibayar atau dibebaskan sepenuhnya, Penggadai tidak boleh dengan

membayar apa-apa jumlah yang boleh dibiayai semula di

Page 27: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

27

bawah ini atau dengan apa-apa cara lain atau atas apa-apa tuntutan membuat tuntutan untuk

membuat penolakan atau tuntutan balas terhadap Bank berkenaan dengan apa-apa liabiliti dari

Bank kepada Peminjam dan/atau Penggadai.

40. LELONGAN OLEH BANK

Sekiranya Tanah Tersebut sedia untuk dijual melalui lelongan menurut peruntukan yang

terkandung di dalam ini atau peruntukan Kanun Tanah Negara atau sebaliknya, Bank berhak

untuk membuat tawaran pada lelongan sedemikian dan untuk membuat penolakan wang yang

kena dibayar oleh Peminjam kepada Bank menurut Gadaian ini terhadap apa-apa wang yang kena

dibayar oleh Bank sebagai pembeli pada jualan tersebut.

41. PENGHUNI TANAH TERSEBUT

Kecuali dengan persetujuan Bank secara bertulis, Penggadai tidak akan, selagi Gadaian ini terus

berkuat kuasa dan masih belum dilepaskan, membenarkan mana-mana orang atau pihak selain

Penggadai menduduki Tanah Tersebut dan sekiranya Tanah Tersebut dijual di lelongan awam di

bawah mana-mana peruntukan yang terkandung di sini atau perintah Mahkamah atau Pentadbir

Tanah sebagaimana yang terjadi, Penggadai hendaklah apabila diminta untuk berbuat demikian

oleh Bank menyerahkan pemilikan Tanah Tersebut kepada Bank atau kepada orang lain

sebagaimana yang diarahkan oleh Bank dan Penggadai perlu menanggung sendiri ko-kos yang

berkaitan dalam memenuhi permintaan tersebut .

42. GADAIAN SEBAGAI TAMBAHAN DAN BUKAN SEBAGAI GANTI

Gadaian ini adalah tambahan kepada dan bukan gantian untuk hak atau cagaran lain yang Bank

mungkin ada daripada atau terhadap Peminjam, Penggadai atau pihak penjamin atau lain-lain

orang atau mana-mana jaminan atau instrumen lain dan boleh dikuatkuasa mengikut peruntukan

ini tanpa mengambil tindakan terhadap hak atau jaminan lain dan tanpa mengambil sebarang

langkah atau prosiding terhadap Peminjam, mana-mana penjamin atau lain-lain orang seperti yang

dinyatakan di atas.

43. TIADA HUBUNGAN AGENSI

Tiada apa yang boleh ditafsirkan sebagai wujudnya hubungan agensi antara Bank dan mana-mana

peguam dan/atau penilai yang dilantik dan/atau digajikan untuk menyediakan mana-mana

dokumen dan/atau laporan dan/atau untuk melakukan dan/atau mengawasi sebarang transaksi

berkaitan dengan Gadaian ini, dalam perkara tersebut, dan Bank hendaklah tidak

dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perbuatan dan/atau kegagalan untuk berbuat sesuatu

di pihak peguam dan/atau penilai tersebut.

44. INSTRUMEN PRINSIPAL DAN SUBSIDIARI

Adalah dengan ini dipersetujui dan diisytiharkan bahawa Gadaian ini, dan Dokumen Keselamatan

yang lain adalah instrumen yang digunakan dalam satu urusniaga untuk menjamin Liabiliti

Terjamin di atasnya mengikut maksud Seksyen 4 (3) Akta Setem 1949 dan bagi maksud Seksyen

tersebut Perjanjian Kemudahan dianggap sebagai instrumen prinsipal dan utama dan Gadaian ini

dan Dokumen Jaminan lain dianggap sebagai instrumen tambahan atau sekunder.

Page 28: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

28

45. PERJANJIAN KEMUDAHAN DAN SURAT TAWARAN DIMASUKKAN KE

DALAM GADAIAN INI

Semua peruntukan Perjanjian Kemudahan dan Surat Tawaran akan dianggap dimasukkan ke

dalam dan menjadi sebahagian daripada dokumen ini (sama ada peruntukan tersebut diulangi di

sini atau tidak) tertakluk kepada perubahan atau variasi yang mana perlu untuk memastikan

peruntukan dokumen ini selaras dengan peruntukan Perjanjian Kemudahan dan Surat Tawaran,

dan sekiranya berlaku sebarang percanggahan atau perbezaan di antara peruntukan Perjanjian

Kemudahan dan / atau Surat Tawaran dan mana-mana peruntukan dokumen ini, peruntukan-

peruntukan Perjanjian Kemudahan / Surat Tawaran akan diguna pakai.

46. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

Gadaian ini ditadbir oleh dan hendaklah ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan

Peminjam dengan ini secara tidak boleh batal dan tanpa syarat memperakui bidang kuasa

eksklusif mahkamah Malaysia.

47. KLAUSA PRIVASI

47.1 Penggadai / Peminjam dengan ini mengesahkan bahawa Penggadai / Peminjam telah membaca,

memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di

www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com) dan Klausa-Klausanya di sini , mengenai dasar dan

prinsip Bank berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi individu

dan entiti yang sedia ada dan yang akan berurusan dengan Bank sebagaimana yang dipinda dari semasa ke

semasa sebagaimana yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi Peminjam / Penggadai . Untuk

mengelakkan keraguan, Penggadai / Peminjam bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut dianggap telah

disertakan melalui rujukan kepada Perjanjian ini.

47.2 Sekiranya Penggadai / Peminjam menyediakan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan

dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan keluarga dan orang tanggungan Penggadai

/ Peminjam (di mana Penjamin / Peminjam adalah individu) atau maklumat yang berkaitan dengan

pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan penyedia jaminan bagi Penggadai/ Peminjam

(di mana Penggadai / Peminjam adalah sebuah syarikat) untuk tujuan pembukaan atau pengendalian akaun

/ kemudahan Peminjam / Penggadai dengan Bank atau produk dan perkhidmatan Bank, Penggadai /

Peminjam mengesahkan bahawa Penggadai / Peminjam telah memperoleh persetujuan mereka atau

sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada Bank dan untuk Bank menggunakannya

mengikut perjanjian ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan maklumat

kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memaklumkan kepada Bank secara bertulis

sekiranya berlaku apa-apa perubahan penting kepada maklumat peribadi dan maklumat kewangan tersebut;

dan (d) bersetuju dengan hak Bank untuk menamatkan perjanjian ini sekiranya persetujuan tersebut ditarik

balik oleh mana-mana pihak ketiga tersebut.

47.3 Sekiranya Penggadai / Peminjam mengarahkan Bank untuk melaksanakan apa-apa jenis transaksi rentas

sempadan (termasuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkaitan dengan urus niaga

rentas sempadan (termasuk maklumat yang berkaitan dengan mereka yang terlibat dalam transaksi tersebut)

mungkin diterima daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses (sama ada secara langsung

atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan

pihak berkuasa luar negara yang berkaitan dengan tugas sah mereka (misalnya pencegahan jenayah).

Dengan mengarahkan Bank dan / atau ejen Bank untuk membuat sebarang transaksi rentas sempadan bagi

pihak Penggadai / Peminjam, Penggadai / Peminjam bersetuju dengan pendedahan di atas bagi pihak

Page 29: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

29

Penggadai / Peminjam dan pihak lain yang terlibat dalam transaksi rentas sempadan tersebut.

47.4 Bank boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa sama ada pada masa sekarang dan / atau

pada masa akan datang menjalankan pemeriksaan rujukan yang diperlukan termasuk tetapi tidak terhad

kepada pemeriksaan kredit / rujukan dengan agensi pelaporan / agensi rujukan kredit termasuk tetapi tidak

terhad kepada CCRIS, FIS dan / atau mana-mana agensi lain dan / atau dari mana-mana institusi kewangan

untuk membolehkan Bank memastikan status Penggadai / Peminjam yang diperlukan untuk membantu Bank

membuat keputusan, contohnya apabila Bank perlu (a) memeriksa butir-butir permohonan kredit atau

kemudahan lain yang berkaitan kredit; (b) menguruskan kredit dan dan akaun berkaitan kredit atau

kemudahan, termasuk menjalankan semakan terhadap portfolio Penggadai/ Peminjam; dan / atau mengutip

semula hutang. Agensi pelaporan kredit / agensi rujukan akan menghubungkan nama Penggadai / Peminjam

dengan mana-mana nama lain yang digunakan atau digunakan oleh Penggadai / Peminjam, dan mana-mana

pemohon bersama dan berasingan. Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Penggadai / Peminjam dan

bagaimana Penggadai / Peminjam menguruskan akaun / kemudahan Penggadai / Peminjam dengan agensi

pelaporan / rujukan kredit yang berkaitan.

47.5 Walaupun Penggadai / Peminjam telah memberikan Bank apa-apa maklumat yang diperlukan,

Penggadai / Peminjam tetap mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan yang diberikan

sebelumnya. Dalam keadaan sedemikian, Bank mempunyai hak untuk tidak menyediakan atau

menghentikan penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, akaun dan / atau kemudahan yang berkaitan

dengan maklumat tersebut.

47.6 Bank berhak untuk meminda Klausa ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Bank dan

Bank hendaklah memberikan notis pemberitahuan awal kepada Penggadai / Peminjam secara bertulis dan

memaklumkan mengenai apa-apa pindaan di laman web Bank dan / atau dengan memberikan notis di dewan

perbankan atau di lokasi yang utama di dalam cawangan Bank.

47.7 Bagi maksud Klausa ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua

syarikat berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016 dan syarikat-syarikat

kawalan bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan lain-lain yang dikawal selia, tidak

termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk operasi lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan

penggunaan perkataan "Bank" dan "Milik Bank" hendaklah dibaca sebagai merujuk kepada Kumpulan

CIMB.

47.8 Penggadai / Peminjam seterusnya bersetuju bahawa Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-

apa tuntutan, kerugian, kehilangan (kewangan atau sebaliknya), kecederaan, rasa malu atau liabiliti walau

apa pun yang timbul sama ada atas dasar kontrak, tort, kecuaian, liabiliti yang ketat atau apa-apa asas (yang

timbul daripada sebarang ketidaktepatan atau kerugian, pemotongan atau pengubahsuaian data atau atas

sebab-sebab lain yang berkaitan dengan apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh Bank kepada agensi

pelaporan kredit / agensi rujukan dan / atau pihak lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau yang

berhubung dengan akses atau penggunaan apa pun, atau ketidakupayaan agensi pelaporan / agensi rujukan

kredit dan / atau pihak lain untuk mengakses atau menggunakan maklumat tersebut atau untuk membuat

pergantungan pada maklumat yang terkandung di dalamnya, sama ada disebabkan oleh kegagalan teknikal,

perkakasan atau apa-apa jenis kegagalan perisian, gangguan , kesilapan, ketinggalan,

kelewatan, virus atau sebaliknya, melaikan jika terbukti bahawa ianya telah disebabkan secara langsung

akibat kelalaian, kecuaian atau kegagalan Bank untuk melakukan sesuatu tindakan.

Penggadai / Peminjam selanjutnya bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-

apa ganti rugi tidak langsung, khas, sampingan, berbangkit atau punitif yang timbul atau yang berkaitan

dengan apa-apa ketidaktepatan atau kehilangan, penghapusan atau pengubahsuaian data atau atas apa-apa

sebab lain berhubung dengan apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh Bank kepada agensi pelaporan

kredit / agensi rujukan kredit dan / atau pihak lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau berhubung

dengan akses atau penggunaan apa pun, atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan

pelaporan / rujukan kredit oleh agensi-agensi tersebut dan / atau pihak lain atau pergantungan kepada

maklumat yang terkandung di dalamnya, sama ada disebabkan oleh kegagalan teknikal, perkakasan atau

Page 30: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

30

apa-apa jenis kegagalan perisian, gangguan, kesilapan, peninggalan, kelewatan, virus atau sebaliknya.

47.9 Klausa ini tidak akan menjejaskan mana-mana Klausa lain dalam Perjanjian ini yang memperuntukkan

penzahiran maklumat.

[bahagian seterusnya pada halaman sengaja dibiarkan kosong]

Page 31: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

31

DISAKSIKAN OLEH yang bertandatangan di bawah ini yang mana Penggadai tersebut dan Wakil

bagi Bank dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing yang tertera di sini.

DITANDATANGANI oleh

PENGGADAI seperti yang

dinamakan di atas dan disaksikan

oleh;-

DITANDATANGANI oleh Wakil

Bank dan disaksikan oleh:-

KLAUSA PENGESAHAN

)

)

)

)

)

)

Peguamcara perlu memasukkan Klausa

Pengesahan (di bawah Akta Surat Kuasa

Wakil 1949) untuk Surat Kuasa Wakil di

bawah Klausa 16].

Page 32: 1st Party Charge-BI · (A) * Melalui perjanjian jual beli yang bertarikh sekian hari dan tahun dan dibuat di antara pihak-pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual ("Perjanjian

32

JADUAL

(Yang akan dianggap, dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting bagi Gadaian

ini)

SEKSYEN PERKARA KETERANGAN

1 Nama, Keterangan dan Alamat Penggadai

2 Keterangan Mengenai Tanah Tersebut

3 Tarikh dan tahun Perjanjian Jual Beli, Kontrak Pembinaan dan/atau

lain-lain Perjanjian Pengambilalihan Tarikh Perjanjian

4 Nama, Keterangan dan Alamat Peminjam

5 Nama, Keterangan dan Alamat Cawangan

6 Tarikh Perjanjian Kemudahan Dan/Atau Surat Tawaran:-

Kemudahan:- Surat Tawaran:-

Saya, ___________________________________ sebagai Peminjam yang dinamakan dalam Gadaian ini,

dengan ini tanpa syarat dan bersetuju dengan terma-terma di sini, bersetuju dan perjanjian untuk terikat dengan

terma-terma di sini, dan perjanjian selanjutnya untuk mendapatkan pematuhan terma-terma tersebut.

Peminjam:

(No. Kad Pengenalan:)