peranan efikasi kendiri kaunselor dalam meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan...

17
Jurnal Kaunselor Berdaftar, Jilid 2, No.9 ;2018 E-ISSN 2600-8076 Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) _________________________________________________________________________________________ Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme Perkhidmatan Kaunseling Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak, Amla Salleh Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang efikasi kendiri dalam kalangan guru kaunseling. Rekabentuk kajian kuantitatif dan kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan kajian ini. Bagi kajian kuantitatif, seramai tiga ratus enam orang guru kaunseling sekolah menengah dari enam daerah di negeri Selangor telah memberi respon kepada dua soal selidik; Instrumen Efikasi Kendiri Umum dan Efikasi Kendiri Kaunseling. Hasil kajian kuantitaif menghasilkan profil efikasi kendiri kaunseling dan melihat perbezaan berdasarkan faktor jantina, umur, dan pengalaman sebagai guru kaunseling. Kajian kualitatif pula meneroka bagaimana guru kaunseling membina dan menggunakan efikasi kendiri kaunseling dalam perkhidmatan. Sampel kajian kualitatif melibatkan empat orang subjek yang dipilih daripada tiga ratus enam orang guru kaunseling sepenuh masa di enam daerah negeri Selangor. Dua orang daripada peserta kajian memperoleh skor Kecerdasan Emosi tinggi dan dua orang memperoleh skor KE yang rendah dalam kajian tinjauan. Data kajian diproses menggunakan perisisan NVivo 2.0 melibatkan arahan Browse Nodes, Assay Scope, Boolean Search, Matrix Intersection, Document Attribution and Explore. Hasil dapatan menunjukkan guru kaunseling mempunyai tahap efikasi kendiri kaunseling yang sederhana (80-.35). Kajian turut mendapati bahawa wujud perbezaan efikasi kendiri berdasarkan faktor jantina dan umur. Dapatan kajian kualitatif telah menghasilkan tujuh kategori utama yang menggambarkan pembinaan dan penggunaan efikasi kendiri dalam kalangan guru kaunseling. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembinaan efikasi kendiri berlaku secara tersirat disebalik laluan proses perkembangan sahsiah secara holistik, sumber ransangan persekitaran dan kejelasan peranan sebagai guru kaunseling sepenuh masa. Kajian seterusnya mendapati efikasi kendiri digunakan ketika guru kaunseling menjana pemikiran kritis, membentuk daya tindak, menjana daya tahan, dan membentuk hala tuju pembinaan kerjaya. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa kecekapan kecerdasan emosi bertindak sebagai pendorong ketabahan profesionalisme guru kaunseling, manakala efikasi kendiri bertindak sebagai mekanisme penggerak kecerdasan emosi ke arah memacu komitmen guru kaunseling terhadap bidang tugas perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kata kunci: Efikasi kendiri kaunselor, Bimbingan dan Kaunseling, kaunselor sekolah. 1.0 PENGENALAN Kaunselor memainkan peranan penting sebagai agen pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu memiliki kompetensi peribadi dan profesional yang mantap dan berkesan (Mat Saat 2005 dan Linsay 2017). Selain itu, kaunselor khususnya yang berkhidmat di sekolah perlu memiliki keyakinan yang tinggi dan melengkapkan diri dengan pelbagai kompetensi personal dan profesional merangkumi atribut kepimpinan, perhubungan, komunikasi dan kontribusi, role model, berwawasan, dan advokasi supaya perkhidmatan yang diberikan berkesan serta mendapat kerjasama dan sokongan daripada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat (Young & Bryan 2015). Pandangan ini menyokong Laporan resolusi Konvensyen Pendidikan Keibubapaan dan Kekeluargaan Peringkat Kebangsaan ke-2 Anjuran Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional (MAPIN) (Mohd Feroz 2004 dalam Rorlinda 2010) melaporkan guru kaunseling (GK) bertanggungjawab bukan sahaja dalam hal memantau disiplin pelajar, malah menerangkan hala tuju pendidikan, pembangunan sahsiah dan peluang kerjaya pelajar pada masa hadapan. Justeru, satu resolusi telah diputuskan untuk melantik lebih ramai guru bimbingan dan kaunseling agar jumlahnya sesuai dengan bilangan pelajar. Keputusan tersebut menggambarkan tingginya harapan masyarakat terhadap peranan GK dalam meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar secara seimbang.

Upload: lamthuy

Post on 16-Aug-2019

272 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

Jurnal Kaunselor Berdaftar, Jilid 2, No.9 ;2018 E-ISSN 2600-8076 Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) _________________________________________________________________________________________

Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme

Perkhidmatan Kaunseling

Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak, Amla Salleh

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang efikasi kendiri dalam kalangan guru kaunseling. Rekabentuk kajian kuantitatif dan kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan kajian ini. Bagi kajian kuantitatif, seramai tiga ratus enam orang guru kaunseling sekolah menengah dari enam daerah di negeri Selangor telah memberi respon kepada dua soal selidik; Instrumen Efikasi Kendiri Umum dan Efikasi Kendiri Kaunseling. Hasil kajian kuantitaif menghasilkan profil efikasi kendiri kaunseling dan melihat perbezaan berdasarkan faktor jantina, umur, dan pengalaman sebagai guru kaunseling. Kajian kualitatif pula meneroka bagaimana guru kaunseling membina dan menggunakan efikasi kendiri kaunseling dalam perkhidmatan. Sampel kajian kualitatif melibatkan empat orang subjek yang dipilih daripada tiga ratus enam orang guru kaunseling sepenuh masa di enam daerah negeri Selangor. Dua orang daripada peserta kajian memperoleh skor Kecerdasan Emosi tinggi dan dua orang memperoleh skor KE yang rendah dalam kajian tinjauan. Data kajian diproses menggunakan perisisan NVivo 2.0 melibatkan arahan Browse Nodes, Assay Scope, Boolean Search, Matrix Intersection, Document Attribution and Explore. Hasil dapatan menunjukkan guru kaunseling mempunyai tahap efikasi kendiri kaunseling yang sederhana (80-.35). Kajian turut mendapati bahawa wujud perbezaan efikasi kendiri berdasarkan faktor jantina dan umur. Dapatan kajian kualitatif telah menghasilkan tujuh kategori utama yang menggambarkan pembinaan dan penggunaan efikasi kendiri dalam kalangan guru kaunseling. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembinaan efikasi kendiri berlaku secara tersirat disebalik laluan proses perkembangan sahsiah secara holistik, sumber ransangan persekitaran dan kejelasan peranan sebagai guru kaunseling sepenuh masa. Kajian seterusnya mendapati efikasi kendiri digunakan ketika guru kaunseling menjana pemikiran kritis, membentuk daya tindak, menjana daya tahan, dan membentuk hala tuju pembinaan kerjaya. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa kecekapan kecerdasan emosi bertindak sebagai pendorong ketabahan profesionalisme guru kaunseling, manakala efikasi kendiri bertindak sebagai mekanisme penggerak kecerdasan emosi ke arah memacu komitmen guru kaunseling terhadap bidang tugas perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Kata kunci: Efikasi kendiri kaunselor, Bimbingan dan Kaunseling, kaunselor sekolah.

1.0 PENGENALAN

Kaunselor memainkan peranan penting sebagai agen

pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah

generasi muda khususnya para pelajar di sekolah.

Personalia kaunseling perlu memiliki kompetensi

peribadi dan profesional yang mantap dan berkesan

(Mat Saat 2005 dan Linsay 2017). Selain itu,

kaunselor khususnya yang berkhidmat di sekolah

perlu memiliki keyakinan yang tinggi dan

melengkapkan diri dengan pelbagai kompetensi

personal dan profesional merangkumi atribut

kepimpinan, perhubungan, komunikasi dan

kontribusi, role model, berwawasan, dan advokasi

supaya perkhidmatan yang diberikan berkesan serta

mendapat kerjasama dan sokongan daripada

warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat (Young &

Bryan 2015). Pandangan ini menyokong Laporan

resolusi Konvensyen Pendidikan Keibubapaan dan

Kekeluargaan Peringkat Kebangsaan ke-2 Anjuran

Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional

(MAPIN) (Mohd Feroz 2004 dalam Rorlinda 2010)

melaporkan guru kaunseling (GK)

bertanggungjawab bukan sahaja dalam hal

memantau disiplin pelajar, malah menerangkan hala

tuju pendidikan, pembangunan sahsiah dan peluang

kerjaya pelajar pada masa hadapan. Justeru, satu

resolusi telah diputuskan untuk melantik lebih ramai

guru bimbingan dan kaunseling agar jumlahnya

sesuai dengan bilangan pelajar. Keputusan tersebut

menggambarkan tingginya harapan masyarakat

terhadap peranan GK dalam meningkatkan

kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar secara

seimbang.

Page 2: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

2. PENYATAAN MASALAH

Usaha memimpin kesejahteraan pelajar di sekolah

perlu seiring dengan usaha pembinaan kesejahteraan

dan kecemerlangan guru kaunseling. Jaworski

(1996) dalam Goleman (1998) menyatakan sebelum

seseorang itu boleh memimpin dan membantu orang

lain secara berkesan, dia perlu terlebih dahulu

meneroka ke dalam diri untuk menemui dirinya yang

sebenar. menurut Combs (1982) keberkesanan

seorang kaunselor bukan hanya melalui teknik,

malah boleh dibezakan dengan melihat pada

kepercayaan kendiri dan personaliti yang dimiliki.

Menurut Jourard dan Landsman (1980) personaliti

sihat digambarkan oleh orang yang mengambil berat

tentang dirinya sendiri dan orang lain secara

mendalam. Cormier dan Cormier (1998), Belkin

(1981), Taiwo Hanbal (1998), Gladding (2004)

telah menyenaraikan ciri kaunselor berkesan sebagai

individu yang mempunyai pengetahuan dan

kefahaman kendiri tentang pelbagai aspek kendiri

seperti tahap kecekapan, nilai dan keyakinan diri,

sifat penyabar dan penyayang, kuasa dan intimasi,

perasaan sendiri, serta kesedaran interpersonal yang

melibatkan kesedaran pengalaman budaya,

kebolehan menunjukkan model dan pengaruh,

mengutamakan orang lain, fleksibel, mempunyai

perasaan belas dan empati. ciri-ciri tersebut sejajar

dengan domain kesedaran kendiri, regulasi kendiri,

motivasi kendiri, empati, kemahiran sosial,

kematangan dan kerohanian dalam model

kecerdasan emosi (Noriah-Goleman 2005).

Kajian tentang kesejahteraan psikologi guru

kaunseling (gk) mendapati bahawa gk di negara ini

ada mempunyai masalah tekanan, daya ketahanan

dan tahap kepercayaan diri yang sederhana (Che

Supeni 2000; Nilmi 2006; Siti Halimah 2004;

Shahril 2005; Wan Marzuki 2007) Shahril (2005)

mendapati bahawa 32.68 peratus gk di negara ini

tidak mempunyai daya ketahanan. Manakala Che

Supeni (2000) pula mendapati gk sering kali

mengalami tekanan dan 53.3% daripada subjek yang

dikaji bersedia untuk melepaskan jawatan gk

sepenuh masa dan bertugas sebagai guru biasa.

dapatan ini disokong oleh kajian Siti Halimah (2004)

dan beberapa kajian luar negara (barret, riggar,

flowers Crimando dan Bailey (1997). Hasil kajian

menunjukkan wujudnya tekanan dan kemungkinan

ketidakpuasan kerja dalam kalangan gk sepanjang

melaksanakan perkhidmatan b&k di sekolah.

masalah tersebut jika tidak ditangani dengan baik

boleh menjejaskan kesejahteraan psikologikal gk

serta menjejaskan keberkesanan perkhidmatan yang

disediakan.

Kajian lepas turut membuktikan bahawa

penurunan daya motivasi gk adalah berdasarkan

faktor bebanan tugas, masa kerja yang panjang,

ketidakselarasan jangkaan dengan kemampuan, serta

ketidakselarasan sokongan dan kerjasama dengan

harapan. (Asrah 2003; Che Supeni 2000; gambang

2005; Haslee 2003; Lukman 2005; Omar 1999; Siti

Halimah 2003). Selain itu, menurut Abd. Karim

(1998) antara faktor yang mengekang proses

pelaksanaan perkhidmatan b&k di sekolah ialah

faktor dalaman dan luaran diri kaunselor. faktor

dalaman meliputi aspek; (a) kemampuan kaunselor

yang masih rendah (b) sikap dan peribadi kaunselor

yang kurang memadai, (c) permasalahan yang

kurang diberi perhatian, (d) sifat kaunselor yang

dilihat sebagai hakim, (e) kurang penguasaan teknik-

teknik b&k (f) kurang motivasi, kreativiti,

kepercayaan dan keyakinan diri, (g) masalah agama

dan ras dalam memahami pelajar yang bukan dari

golongan sebangsa (h) emosi kurang matang (i)

perilaku yang tidak diteladani dan (j) penampilan

yang kurang menarik. Faktor luaran pula

membabitkan aspek kemudahan infrasturktur,

sumber kewangan dan maklumbalas persekitaran

kerja yang juga menjadi penyumbang penting

terhadap kestabilan psikologikal gk. Faktor-faktor

tersebut didapati berkaitan dengan aspek kecekapan

peribadi. ketidakcekapan yang berterusan boleh

penyumbang kepada cetusan emosi yang boleh

menimbulkan ketidakpuasan kerjaya, seterusnya

menjejaskan daya tahan gk dalam persekitaran kerja

di sekolah. pandangan ini selari dengan pendapat

Corey (2003:58) dalam pernyataannya; counseling

can be a hazardous profession and its stresses stem

from the nature of the work, from the professional

role expectations of counselors, and from the

individual dynamics of the practitioner. Sehubungan itu, Brammer (1993), Combs

(1982), dan Rogers (1961) menyarankan supaya kaunselor perlu mempunyai keyakinan dalam mendemonstrasi keberkesanan perkhidmatan jika ingin meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap mereka. Justeru, kaunselor perlu mengukur kecekapan diri supaya dapat diselaraskan dengan ciri kaunselor yang berkesan dan beretika. Saranan ini menyokong pendapat Corey (2005: 34) yang menyatakan “the most important instruments you have to work with as a counselor is yourself as a person”.

64

Page 3: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

Apabila prestasi perkhidmatan gk dikaitkan

dengan aspek kualiti peribadi dan profesionalisme,

tiga persoalan dapat dibangkitkan: (1) mungkinkah

ketidaksejahteraan psikologi gk berpunca daripada

isu-isu berkaitan persepsi negatif dan salah faham

masyarakat terhadap perkhidmatan yang

dijalankan?, (2) mungkinkah ketidaksejahteraan

psikologikal gk berpunca daripada pengaruh faktor

cetusan emosi yang timbul akibat kesukaran

menghadapi cabaran perkhidmatan yang semakin

rencam? atau (3) adakah tekanan yang dialami

berpunca daripada faktor peribadi gk yang meliputi

aspek ketidakupayaan mengurus emosi atau

kekurangan keyakinan diri dalam menyediakan

perkhidmatan berkualiti? semua persoalan tersebut

memerlukan satu kajian introspektif yang terfokus

agar gambaran yang jelas berhubung kualiti

keperibadian gk diperoleh. beberapa pengkaji telah

menyamakan daya ketahanan emosi dengan efikasi

kendiri kaunseling (Shahril 2003; dan William

2004). peningkatan sesuatu aspek efikasi akan

memperbaiki komitmen dan prestasi kerja seseorang

(Bandura 1982; Larson 1992; Lin 1988).

sehubungan itu, penilaian tahap kecekapan efikasi

kendiri telah dijadikan kompetensi teras dalam

menyediakan perkhidmatan kaunseling yang

berkesan (Martin, Easton, Wilson, Sullivan &

Takemoto 2002).

3. KAJIAN LITERATUR

3.1 Efikasi Kendiri (Ek)

Efikasi kendiri (ek) ialah proses kognitif yang

melibatkan pengukuran tahap keyakinan. kecekapan

ek boleh menjadi pengantara dalam perubahan

tingkah laku seseorang. Menurut Bandura (1982,

1997, 2003) ek merupakan suatu konsep yang

berkaitan dengan kepercayaan peribadi tentang

keupayaan mengamalkan kawalan terhadap situasi

yang berlaku dalam kehidupan seseorang. kecekapan

individu mengawal sesuatu situasi mengikut

Schwarzer & Jerusalem (1995) bergantung kepada

peranan ek dalam menyediakan asas pertimbangan

terhadap kepercayaan tentang kebolehan individu

tersebut melaksanakan aktiviti dan mengurus situasi

yang bakal dihadapi. kepercayaan peribadi merujuk

kepada rasa berkebolehan untuk melakukan sesuatu

tugas sehingga mencapai kejayaan mengikut

piawaian yang ditetapkan individu berkenaan.

Persepsi diri tentang kebolehan untuk bertindak

dengan cekap dan berkesan akan mempengaruhi

individu dalam aspek; (a) tindakan dan pengendalian

tingkah laku (b) pilihan samada untuk mendekati

suatu situasi dan persekitaran atau sebaliknya, dan

(c) ketekunan melakukan tugasan tertentu (bandura

1997). Rasa berkebolehan untuk berjaya melakukan

sesuatu mengikut piawaian yang diingini pula boleh

meningkatkan estim kendiri dan seterusnya

menaikkan ek seseorang. Sehubungan itu, sikap

optimis dan harapan yang dipertaruhkan seseorang

terhadap kebolehannya adalah asas kepada

peningkatan ek. dengan kata lain, ek ialah anggaran

keyakinan tentang kebolehan kendiri seseorang

individu yang akan membantunya mencapai hasil

sepertimana yang diharapkan.

Konsep ek bersandarkan kepada andaian

bahawa kesedaran terhadap ek menjadi penghubung

antara pengetahuan seseorang untuk melakukan

sesuatu tugas dengan perkara sebenar yang akan

dilakukannya (Larson, Suzuki, Gillespie, Potenza,

Bechtel, Toulouse 1992). Andaian ini disokong oleh

Khoo dan Tan (2004) yang berpendapat bahawa ek

akan membentuk espektasi atau harapan terhadap

diri sendiri, kemudiannya akan mendorong kepada

tindakan yang bakal diambil. semasa proses

pelaksanaan suatu tindakan, individu yang

mempunyai ek tinggi dikatakan akan mencungkil

atau menggunakan seberapa banyak potensi peribadi

yang dimilikinya untuk mencapai harapan yang telah

dibentuk sejak awal. individu berefikasi tinggi

seterusnya akan membuat tindakan-tindakan besar

dengan komitmen yang berterusan bagi memastikan

harapan yang dibentuk menjadi kenyataan. usaha

tersebut akan membawa kepada kejayaan yang

besar. kejayaan mencapai matlamat yang dibentuk

secara realistik akan memperteguhkan eknya (Dacey

& Kenny 1997). Pandangan tersebut menunjukkan

bahawa ek berperanan dalam mempengaruhi

kesediaan individu untuk melaksanakan suatu tugas

dan menentukan tahap serta jenis usaha yang akan

dilakukan untuk mencapai prestasi kejayaan yang

ditentukan.

Kajian terdahulu telah membuktikan

bahawa persepsi terhadap ek akan mempengaruhi

bentuk dan tahap kesukaran tindakan yang bakal

dilakukan oleh seseorang. individu yang mempunyai

ek tinggi didapati meminati tugas-tugas yang sukar

dan melihatnya sebagai cabaran yang boleh diukur

berbanding sebagai ancaman yang perlu dielakkan

(Boundreaux 1998; Lin 1998; Orpen 1995; Stajkovic

& Luthans 1998; Zimmerman 1995). Oleh yang

demikian, individu yang mempunyai efikasi kendiri

tinggi akan memperlihatkan ciri-ciri seperti

pencapaian peribadi yang tinggi, rendah tahap

tekanan dan tidak mudah tersinggung (Bandura

65

66

Page 4: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

2003). individu yang mempunyai ek rendah pula

akan menjauhkan diri daripada tugas-tugas sukar

yang dianggap sebagai ancaman peribadi (Betz

2000). Mereka mempunyai aspirasi dan komitmen

yang rendah terhadap matlamat yang ingin dicapai.

apabila berhadapan dengan tugas sukar, mereka akan

melihat pada kekurangan diri, pelbagai halangan dan

semua jenis situasi sukar, berbanding memberi

perhatian terhadap cara untuk melaksanakannya.

perasaan tidak berkemampuan menjadikan mereka

kurang berusaha, cepat mengalah dan mudah terlibat

dengan tekanan. Bagaimanapun, tahap efikasi

individu tidak terus berkekalan pada semua tugasan

kerana menurut Bandura (1993, 1997, 2003)

persepsi terhadap ek adalah subjektif dan spesifik

pada jenis tugas tertentu. Individu mungkin

mempunyai efikasi tinggi dalam menghadapi situasi

sosial yang sukar, namun ragu-ragu tentang

kebolehan untuk menghadapi cabaran akademik.

Selain itu, Marsh, Walker dan Debus (1991)

berpendapat individu tidak perlu membandingkan

efikasi kendirinya dengan orang lain kerana ek lebih

melibatkan kepercayaan peribadi yang bersifat

realistik untuk dirinya dalam melakukan tugas yang

ditentukan.

Menurut Bandura (1997) ek boleh

dipelajari. terdapat beberapa sumber yang boleh

membina ek iaitu; (i) pengalaman masteri, (ii)

pengalaman persekitaran (iii) rangsangan verbal dan

(iv) keadaan fisiologi merangkumi pemikiran, fizikal

dan emosi. sumber-sumber tersebut boleh

berkembang, bergantung kepada cara individu

dilayan, pengalaman kejayaan dan kegagalan dalam

hidup serta pandangan individu itu sendiri terhadap

pengalaman tersebut (Mischel 1963, 1973). Justeru,

jika individu itu percaya bahawa dia boleh berjaya,

maka dia akan mencuba sedaya upaya. hal ini

menjadikan individu lebih yakin untuk berjaya.

sebaliknya, jika individu berasa tidak mampu untuk

berjaya maka dia akan menghadapi kegagalan

kerana tiada usaha yang diupayakan untuk

membolehkan dia berjaya (Pajares 1996).

Pandangan tersebut menunjukkan ek lebih

merupakan kepercayaan yang berorientasi masa

depan dan melibatkan cara seseorang berfikir,

berperasaan, bermotivasi dan bertingkah laku untuk

melaksanakan tugas. selain itu, faktor ransangan

peribadi dan persekitaran penting sebagai

pendoroang dalam menjana pembinaan efikasi

kendiri indivdu.

3.2 Efikasi Kendiri Kaunseling

Efikasi kendiri kaunseling (EkK) melibatkan

penilaian kaunselor terhadap kebolehan dirinya

menjalankan sesi kaunseling secara berkesan

(Larson & Daniel 1998). EkK yang mantap dijangka

dapat menghasilkan proses kaunseling yang

teraputik dan berkesan secara berterusan. Hal ini

disebabkan oleh kualiti keyakinan kaunselor boleh

mempengaruhi keberkesanan hubungan antara

kaunselor dengan klien dalam proses kaunseling

(Corey 2005). Apabila kualiti keyakinan dapat

dimanfaatkan ke dalam diri kaunselor, kemungkinan

penghasilan proses kaunseling yang mantap dapat

direalisasikan. justeru, memiliki kecekapan ek yang

tinggi adalah penting dalam mengurus tingkah laku

pelajar dan memperbaiki iklim sekolah (Brown

1999; Rusni 2004). Penghayatan kecekapan efikasi

kendiri kaunseling dapat memupuk kesungguhan

dalam menghasilkan kepuasan dan daya tahan ke

arah mencapai matlamat perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling yang berkesan. Aminah (1984)

menegaskan bahawa kejayaan perkhidmatan

kaunseling di sekolah bergantung kepada dua faktor;

(a) personaliti kaunselor dan (b) pengiktirafan pihak

atasan dan ahli dalam sekolah berkenaan. Teori dan

kajian lepas telah membuktikan bahawa kualiti

peribadi kaunselor adalah ramuan terpenting dalam

menentukan keberkesanan perkhidmatan kaunseling

(Brammer 1993; Combs 1982; & Rogers 1961).

Menurut mereka, kaunselor perlu mempunyai

keyakinan dalam mendemonstrasi keberkesanan

perkhidmatan jika ingin meningkatkan keyakinan

masyarakat. oleh itu, gk perlu mengukur kebolehan

sendiri supaya dapat diselaraskan dengan ciri

kaunselor berkesan dan beretika. Sehubungan itu,

kajian ini mengkaji ciri-ciri efikasi dalam kalangan

guru kaunseling sekolah menengah di negeri

selangor dan bagaimana gk membina dan

menggunakan efikasi kendiri kaunseling di dalam

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang

dijalankan.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

a. Apakah profil efikasi kendiri umum dan

efikasi kendiri kaunseling GK sekolah

menengah negeri Selangor secara

keseluruhan?

b. Adakah terdapat perbezaan efikasi kendiri

kaunseling (EkK) dan efikasi kendiri umum

(EkU) GK sekolah menengah di negeri

Selangor mengikut jantina, umur dan

pengalaman sebagai guru kaunseling? .

c. Bagaimanakah GK membina efikasi kendiri

kaunseling?

67

Page 5: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

d. Bagaimanakah GK menggunakan efikasi

kendiri kaunseling semasa menjalankan

tugasan bimbingan dan kaunseling di

sekolah?

5.0 METODOLOGI KAJIAN

5.1 Rekabentuk kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan

kualitatif yang dijalankan dalam dua fasa. Kajian

asal melibatkan kajian terhadap tiga pemboleh ubah

iaitu kecerdasan emosi, efikasi kendiri (umum dan

kaunseling) , dan komitmen GK. Namun untuk

kajian ini, pelaporan hanya melibatkan

pembolehubah efikasi kendiri umum dan efikasi

kendiri kaunseling serta pembinaan dan penggunaan

efikasi dalam perkhidmatan kaunseling. Kajian fasa

pertama menggunakan pendekatan kuantitatif yang

melibatkan penganalisisan data menggunakan soal

selidik, iaitu instrumen efikasi kendiri kaunselor

yang terdiri daripada efikasi kendiri umum (EkU)

dan efikasi kendiri kaunseling (EkK). Fasa kedua

pula menggunakan pendekatan kualitatif yang

melibatkan kaedah temubual individu secara

mendalam bagi menjawab persoalan kajian.

Laporan dapatan fasa pertama bermula dengan

penerangan tentang (a) ciri-ciri demografi responden

kajian yang terdiri daripada guru-guru kaunseling

sekolah menengah di negeri Selangor, (b) paparan

graf profil EkU dan EkK guru-guru kaunseling

secara keseluruhan di negeri Selangor. Statistik

deskriptif, iaitu frekuensi, peratusan dan min

digunakan bagi penghuraian profil responden serta

menjawab persoalan kajian yang berkaitan.

Selanjutnya penganalisisan data melibatkan statistik

inferensi yang membincangkan tentang perbezaan

EkU dan EkK GK berdasarkan faktor demografi

jantina, umur dan pengalaman kaunseling, diikuti

dengan penerangan berkaitan hubungan antara EkU

dan EkK. Sehubungan itu, statistik inferensi yang

merangkumi Ujian Analisis Varians Multivariat

(MANOVA) digunakan untuk menguji hipotesis

kajian.

Fasa kedua pula menghuraikan hasil dapatan

kajian kualitatif. Perbincangan adalah berdasarkan

kepada analisis data temubual individu secara

mendalam menurut perspektif empat orang peserta

kajian. Huraian secara deskriptif dilakukan

berdasarkan kategori dan tema-tema yang terbentuk

bagi menjawab persoalan kajian (a) bagaimana cara

GK membina efikasi kendiri (EK) dan (b)

bagaimana cara GK menggunakan EK semasa

menjalankan tugas dan perkhidmatan. Data kualitatif

ini dikumpulkan daripada empat orang peserta

kajian yang terdiri daripada dua orang GK yang

memperolehi skor kecekapan kecerdasan emosi

paling tinggi dan dua orang yang memperolehi skor

kecerdasan emosi paling rendah. Subjek kajian

dikenalpasti daripada hasil dapatan kajian asal. Hasil

dapatan yang menggambarkan pengalaman, amalan

tingkah laku dan rasionalisasi peserta kajian

diperoleh menerusi penjelasan petikan temubual

secara verbatim (Marshall & Rossman 1995).

5.2 Subjek Kajian Kuantitatif

Kajian fasa pertama asalnya melibatkan 360 orang

GK sekolah menengah dari enam buah daerah di

negeri Selangor. Setelah menjalankan proses

pembersihan data, hanya 306 sampel sahaja yang

diterima untuk penganalisisan data selanjutnya.

Jadual 1.0 menunjukkan profil demografi GK

sekolah menengah negeri Selangor yang terlibat

dengan kajian ini. Daripada jumlah keseluruhan

sampel, 69 orang (22.5%) terdiri daripada GK dari

daerah Hulu Langat, 46 orang (15%) dari Gombak,

26 orang (8.5%) dari daerah Kuala Langat, 23 orang

(7.5%) dari daerah Kuala Selangor, 83 orang

(27.2%) dari daerah Petaling, dan 59 orang (19.3%)

dari daerah Klang.

Dari segi komposisi mengikut jantina, data

kajian menunjukkan 93 orang (30.4%) terdiri

daripada GK lelaki dan 213 orang (69.6%) terdiri

daripada GK perempuan. Dari komposisi kaum pula,

data kajian menunjukkan 227 orang GK (74.2%)

berketurunan Melayu, 37 (12.1%) kaum Cina, 40

orang (13.1%), kaum India dan 2 orang (0.7%) tidak

menyatakan kaum dalam instrumen yang diberi.

Profil berdasarkan kategori umur menunjukkan

bahawa GK yang berumur kurang daripada 40 tahun

adalah 188 orang (61.4%), manakala yang berumur

lebih daripada 40 tahun adalah 118 orang (38.6%).

Bagi tempoh pengalaman sebagai GK pula, terdapat

183 orang (59.8%) yang mempunyai pengalaman

kaunseling kurang daripada 5 tahun dan 123 orang

(40.2%) mempunyai pengalaman kaunseling

melebihi 5 tahun. Data kajian juga

menunjukkan bahawa sebahagian besar responden

terdiri daripada mereka yang telah berkahwin, iaitu

280 orang (91.5%) dan hanya 26 orang (8.5%) yang

belum berkahwin.

68

Page 6: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

5.3 Subjek Kajian Kualittatif

Empat orang subjek kajian telah dipilih daripada tiga

ratus sampel dalam kajian tinjauan yang dijalankan

ke atas guru-guru kaunseling sekolah menengah

sepenuh masa di enam daerah negeri Selangor.

Subjek kajian terdiri daripada dua orang

memperoleh skor Kecerdasan Emosi (KE) paling

tinggi dan dua orang memperoleh skor KE paling

rendah (Jadual 2.0 ).

6.0 INSTRUMEN KAJIAN

Bagi tujuan pemerolehan data, empat jenis

instrumen telah digunakan sebagai alat kajian utama

dalam fasa pertama, diikuti dengan protokol temu

bual individu dalam fasa kedua. Instrumen-

instrumen berkaitan adalah seperti berikut: (a)

Instrumen Efikasi Kendiri Umum (IEkU) dan (b)

Instrumen Efikasi Kendiri Kaunseling (IEkK).

6.1 Alat Kajian Kuantitatif

6.1.1 Instrumen Efikasi Kendiri Umum (IEkU)

Kajian fasa pertama melibatkan penggunan

Instrumen efikasi umum yang asal diadaptasi

daripada instrumen The General Self-Efficacy Scales

(GSES) oleh Schwarzer (1992). Instrumen GSES

asal telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu

oleh Haslee Shahril (2003) dan diujisahkan dalam

satu kajian awal sebelum digunakan dalam kajian

sebenar. Instrumen ini telah diuji ke atas 615 orang

kaunselor sepenuh masa sekolah menengah dalam

kajian untuk melihat daya ketahanan kaunselor

sekolah di Malaysia. Nilai kebolehpercayaan

Cronbach Alpa untuk instrumen asal ini ialah .84,

sementara bacaan Guttman Split-Half pula ialah .85.

Instrumen asal GSES mengandungi 10 item yang

setiap item menggunakan jawapan skala likert 5-

mata iaitu 1-Sangat Tidak Benar, 2- Benar, 3- Tidak

Pasti, 4- Benar, dan 5- Sangat Benar.

Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah

menambah 10 lagi item efikasi kendiri umum

(EkU), menjadikannya 20 item yang

mempunyai kaitan dengan skop persekitaran

tugas guru bimbingan dan kaunseling (B&K) di

sekolah. Pertambahan item adalah berdasarkan

senarai tugas pengurusan perkhidmatan guru

B&K di sekolah menengah (Pekeliling Iktisas

Bil.3/96, Bahagian Sekolah, Kementerian

Pendidikan Malaysia) dan kajian kepustakaan

berkaitan isu dan permasalahan guru B&K di

sekolah menengah. Instrumen yang dimurnikan

dengan penambahan item ini telah dirintis

untuk menguji kebolehpercayaan dan

kesahannya. Hasil ujian rintis dijalankan ke atas

113 orang guru kaunseling sekolah menengah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kajian

mendapati daripada 20 item yang dirintiskan,

69

Page 7: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

hanya lapan item yang dikekalkan selepas

analisis faktor. Kelapan-lapan item tersebut

mempunyai nilai practical significance iaitu

dari 0.585 hingga 0.790. Sebagai rumusan,

Instrumen Efikasi Kendiri Umum (IEkU)

mempunyai lapan item yang menggunakan

Skala Likert 5-mata iaitu 1- Sangat Tidak

Setuju, 2- Tidak Setuju, 3- Tidak pasti, 4-

Setuju, dan 5- Sangat Setuju. Item-item ini

merujuk kepada aspek pemikiran, perasaan dan

tindakan GK dalam mengurus tugas bimbingan

yang merangkumi aspek pengurusan hubungan

dan konflik atau cabaran dalam perkhidmatan.

6.1.2 Instrumen Efikasi Kendiri Kaunseling

(IEkK)

Instrumen IEkK ini telah dibina sendiri oleh

pengkaji berdasarkan kerangka konseptual kajian

dan hasil kajian kepustakaan (Easton 2005; Larson

1992; William 2004). Secara khusus, instrumen

efikasi kendiri kaunseling (IEkK) yang dibina telah

mengadaptasi konstruk yang terdapat dalam

Instrumen Counseling Self-Efficacy-COSE oleh

Larson (1992). Lima konstruk COSE ialah

kepercayaan dalam kebolehan (i) mengamalkan

kemahiran mikro kaunseling, (ii) kemahiran

melayan dalam proses kaunseling, (iii) kemahiran

berhadapan dengan tingkah laku bermasalah klien,

(iv) bertindak secara cekap mengikut budaya, dan

(v) menyedari nilai sendiri. Konstruk tersebut

didapati sejajar dengan aspek kemahiran dalam

perkhidmatan kaunseling di negara ini. Berikut

dihuraikan secara ringkas tentang instrumen asal

Counseling Self-Efficacy Estimated-COSE oleh

Larson (1992). Konsistensi dalaman keseluruhan

instrumen COSE ialah 0.93 dan kebolehpercayaan

pengujian test-retest selama tiga minggu ialah 0.87

(Larson 1992). Walau bagaimanapun, bagi tujuan

kajian ini, pengkaji telah membina sendiri item-item

dalam instrumen EkK dengan menggunakan lima

konstruk utama seperti dalam instrumen COSE

(Larson, 1992), iaitu efikasi dalam (a) kemahiran

mikro kaunseling, (b) dalam proses kaunseling, (c)

menangani tingkah laku bermasalah klien, (d)

kesedaran kecekapan budaya, (e) kesedaran tentang

nilai peribadi.

Instrumen asal yang dibina mempunyai

lima konstruk dengan 187 item, selepas pengujian

analisis faktor menggunakan putaran varimaks,

didapati tidak semua item yang diuji terkumpul

dalam satu konstruk yang sama (item berserakan

pada beberapa kelompok). Oleh yang demikian,

pengkaji telah memilih kelompok yang

mengandungi item bernilai 0.5 ke atas dan

terkumpul dalam satu kelompok berbanding

kelompok yang lain. Berdasarkan nilai factor

loading 0.50 bagi 100 hingga 120 sampel (Hair,

Anderson, Tatham, & Black 1998) item-item

terkumpul telah melalui beberapa pusingan proses

pengguguran item (putaran varimaks) sehingga

diperoleh item terpilih, iaitu item yang mempunyai

nilai melebihi 0.50. Akhirnya, daripada 187 item

yang diuji, hanya 41 item sahaja yang dapat

dikekalkan dan selebihnya telah digugurkan kerana

mempunyai indeks kesahan item factor loading

kurang daripada 0.50. Secara keseluruhan nilai

faktor loading 41 item yang terpilih ialah di antara

0.556 hingga 0.871.

6.2 Alat Kajian Kualitatif

Peserta kajian telah ditemubual secara mendalam

dengan menggunakan protokol temu bual

berdasarkan prosedur temu bual berstruktur

penilaian kehidupan kerjaya atau Life Career

Assessment oleh Golman (1990) dalam Gysbers et.al

(2002). Pemprosesan data kajian temu bual ini

melalui tiga langkah, bermula dengan; (a) proses

mereduksi data yang melibatkan kerja memilih,

memfokus, memudah dan menyaring apa yang

terdapat dalam data yang ditranskripsikan.

Seterusnya, (b) memaparkan data yang melibatkan

pelbagai bentuk seperti naratif, graf, rajah pokok dan

carta (Miles & Huberman 1994). Analisis terakhir

melibatkan aspek (c) membuat kesimpulan dan

verifikasi data. Kesemua respons lisan subjek

kajian ditranskripsi dan di analisis menggunakan

perisian NVivo 2.0. Di peringkat ini, pengkaji

mengintepretasi makna di sebalik tema yang

diperoleh secara mendalam selaras dengan matlamat

persoalan kajian.

Sebagai kesimpulan pemprosesan data kualitatif

menggunakan perisian NVivo 2.0 melibatkan

aktiviti (i) pemindahan data temu bual microsoft

word kepada bentuk rich text format (rtf), (ii)

membentuk projek (create project), (iii) browse

document untuk membuka fail rtf yang ingin

dianalisis, (iv) proses membina dan menamakan

kod-kod pada nod pokok (tree node) berdasarkan

tema yang dikenalpasti sama ada sebagai chid atau

sibling. Seterusnya proses reduksi atau penyaringan

data, penyusunan data dalam bentuk gambar rajah

pokok yang menggambarkan perkaitan dan

perbezaan antara kelompok data dan analisis

70

Page 8: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

frekuensi setiap sub tema dalam transkripsi

diperoleh dengan menggunakan arahan seperti

Browse Node, Explanation-building, Assay Scope,

Boolean Search, Matric Intersection, Documen

Attribute dan Explore Model untuk menjawab

persoalan kajian yang dikaji.

6.2.1 Prosedur Mengumpul Data Kuantitif

Kajian ini melibatkan teknik pengumpulan data

secara berturutan. Gabungan pendekatan

pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif

melibatkan pentadbiran soal selidik dalam fasa

pertama dan temu bual individu dalam fasa kedua.

Sehubungan itu, hasil dapatan fasa pertama

dijadikan rujukan dalam menentukan pemilihan

subjek kajian untuk pengumpulan data fasa kedua.

6.2.2 Prosedur Mengumpul Data Kualitatif

Data kajian ini diperolehi daripada peserta kajian

terpilih yang terdiri daripada GK yang memperoleh

skor KE yang tinggi dan rendah dalam kajian fasa

pertama (kajian tinjauan). Sebelum kajian sebenar

dijalankan beberapa prosedur telah dilalui termasuk

membina protokol temu bual dan mengurus proses

temu bual bersama subjek kajian bagi menjawab

persoalan; bagaimana GK membina dan

menggunakan EK semasa menjalankan

perkhidmatan B&K. Rajah 1.0 menunjukkan carta

aliran prosedur pengumpulan data kualitatif (fasa 2)

bermula daripada peringkat awal hingga akhir dan

Rajah 1.2 carta aliran pengumpulan data temu bual.

7.0 PENGANALISISAN DATA

7.1 Data Kuantitatif dan kualitatif

Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada

borang soal selidik akan dikodkan dan dimasukkan

ke dalam komputer. Data-data tersebut dianalisis

menggunakan perisian program “Statistic Package

For The Social Science Version 11.5” (SPSS 11.5).

Dua jenis statistik akan digunakan iaitu statistik

deskriptif dan statistik inferensi. Analisis statistik

deskriptif frekuensi, peratusan, dan min digunakan

bagi menghuraikan secara menyeluruh profil efikasi

kendiri umum (EkU) dan efikasi kendiri kaunseling

(EkK) subjek kajian. Manakala analisis statistik

inferensi digunakan untuk melihat perbezaan yang

wujud di antara pemboleh ubah EkU dan EkK yang

dikaji berdasarkan faktor jantina, umur, dan

pengalaman sebagai GK

7.2 Analisis Data Kualitatif (Temubual Individu)

Penganalisisan data kualitatif dilakukan secara

serentak dengan proses pengumpulan data mengikut

langkah-langkah yang disarankan oleh Creswell

(2005) dan Miles & Huberman (1994). Pemprosesan

data kajian temu bual ini melalui tiga langkah,

bermula dengan (a) proses mereduksi data

melibatkan kerja memilih, memfokus, dan

menyaring apa yang terdapat dalam data kualitatif

yang telah ditranskripsikan. Proses ini dilakukan dari

awal data dikumpul sehingga kesemua data selesai

dikumpul bagi tujuan menyusun semula data,

menggugurkan bahagian yang tidak menyumbang

kepada kajian dan membuat kesimpulan. Proses

reduksi data juga melibatkan aktiviti membuat

ringkasan, mengekod, mencungkil tema dan

membuat pengelompokan (kategori).

Secara jelas proses reduksi bertujuan membantu

pengkaji untuk memastikan data-data yang relevan

dan berkaitan bagi menjawab persoalan kajian.

Seterusnya dengan aktiviti (b) memaparkan data

yang melibatkan pelbagai bentuk seperti naratif,

graf, rajah pokok dan carta (Miles & Huberman

1994). Paparan data yang sering digunakan dalam

kajian adalah bentuk naratif. Bagaimanapun, dalam

konteks kajian ini, pengkaji memaparkan data

mengikut kesesuaian dengan persoalan kajian (rajah

model, jadual Essay Scope, jadual perbandingan dan

naratif). Analisis terakhir melibatkan aspek (c)

membuat kesimpulan dan verifikasi data. Kesemua

respons lisan subjek kajian ditranskripsikan dan

seterusnya dianalisis menggunakan perisian NVivo

71

Page 9: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

2.0. Di peringkat ini, pengkaji menginterpretasikan

makna di sebalik tema yang diperolehi secara

mendalam selaras dengan matlamat persoalan

kajian.

Sebagai kesimpulan pemprosesan data

kualitatif menggunakan perisian NVivo 2.0

melibatkan aktiviti (i) pemindahan data temu bual

microsoft word kepada bentuk rich text format (rtf),

(ii) membentuk projek (create project), (iii) browse

document untuk membuka fail rtf yang ingin

dianalisis, (iv) proses membina dan menamakan

kod-kod pada nod pokok (tree node) berdasarkan

tema yang dikenalpasti sama ada sebagai chid atau

sibling. Seterusnya proses reduksi atau penyaringan

data kesemua dianalisis, penyusunan data dalam

bentuk gambar rajah pokok yang menggambarkan

perkaitan dan perbezaan antara kelompok data dan

analisis frekuensi setiap sub tema dalam transkripsi

diperoleh dengan menggunakan arahan seperti

Browse Node, Explanation-building, Assay Scope,

Boolean Search, Matric Intersection, Documen

Attribute dan Explore Model untuk menjawab

persoalan kajian yang dikaji.

7.3 Dapatan Kajian Kuantitatif

a. Profil Efikasi Kendiri (Umum dan Kaunseling)

GK Sekolah Menengah Negeri Selangor

Profil EK GK menggambarkan min peratus skor

bagi lima subdomain efikasi kendiri kaunseling

(EkK) dan domain efikasi kendiri umum (EkU).

Skor min peratus bagi enam daerah yang dikaji telah

dijumlahkan bagi memperoleh skor min peratus

keseluruhan setiap subdomain EkK dan EkU GK

negeri Selangor. Hal tersebut ditunjukkan melalui

Jadual 4.4. EkK diwakili oleh lima subdomain yang

meliputi (a) efikasi dalam kemahiran mikro, (b)

efikasi semasa menjalankan proses kaunseling, (c)

efikasi menangani tingkah laku bermasalah klien, (d)

efikasi dalam kesedaran budaya dan (e) efikasi

dalam kesedaran nilai peribadi. EkU dilihat secara

berasingan pada satu domain. Hasil dapatan

keseluruhan skor min peratus EK GK di negeri

Selangor dapat dilihat menerusi jadual 3.0 dan rajah

graf profil 1.0.

Graf profil EK GK keseluruhan negeri Selangor

dibina berasaskan skor min peratus bagi setiap

domain yang dikaji (Jadual 4.4). Graf profil efikasi

kendiri GK yang dibina merangkumi profil enam

domain dalam EK iaitu EK dalam kemahiran mikro,

EK dalam menjalankan proses kaunseling, EK

dalam menangani tingkah laku bermasalah klien, EK

dalam kesedaran budaya, EK dalam kesedaran nilai

peribadi, dan EK umum (EkU). Berdasarkan skor

yang diperoleh pada setiap domain, jumlah purata

peratus EkK bagi GK dalam kajian ini ialah 80.35.

Skor EkU secara keseluruhan ialah 80.17.

72

Page 10: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

Rajah 3.0, graf profil efikasi kendiri kaunselor guru-

guru kaunseling keseluruhan negeri Selangor

menggambarkan bahawa profil efikasi dalam

kesedaran nilai (86.91%) mengatasi efikasi kendiri

kemahiran mikro (83.37%), diikuti efikasi kendiri

semasa menjalankan proses kaunseling (82.12%),

efikasi kesedaran budaya (78.75%) dan diakhiri

dengan efikasi dalam menangani tingkah laku

bermasalah klien (70.61%). Jumlah skor keseluruhan

efikasi kendiri kaunseling ialah 80.35%, manakala

skor efikasi kendiri umum ialah 80.17. Dapat

disimpulkan bahawa guru-guru kaunseling yang

dikaji mempunyai EK keseluruhan yang sederhana

dengan penekanan yang berbeza-beza (sederhana ke

tinggi) pada domain-domain yang dikaji. Rajah

profil menunjukkan domain EkK yang memperoleh

skor melebihi skor purata peratus (80.35) ialah EK

dalam kesedaran nilai peribadi, kemahiran mikro

dan semasa proses kaunseling. Manakala EK dalam

kesedaran budaya dan menangani tingkah laku

bermasalah klien didapati kurang daripada skor

purata peratus keseluruhan.

c. Dapatan Perbezaan EK dan Efikasi

Kendiri Kaunseling GK Sekolah Menengah

Negeri Selangor.

Perbezaan efikasi kendiri kaunseling(EkK) dan

efikasi kendiri umum (EkU) GK di Selangor

berdasarkan jantina, umur dan pengalaman

kaunseling?

Untuk menjawab persoalan kajian yang bertujuan

untuk melihat perbezaan pemboleh ubah bersandar

dengan tiga pemboleh ubah tak bersandar secara

serentak, ujian MANOVA digunakan bagi menguji

hipotesis Ho.1 hingga Ho. 3

Hipotesis Null bagi persoalan kajian 2 adalah seperti

yang berikut:

Ho.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

dalam EkK dan EkU dalam kalangan GK

sekolah menengah negeri Selangor

berdasarkan faktor jantina.

Ho.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

dalam EkK dan EkU dalam kalangan GK

sekolah menengah negeri Selangor

berdasarkan faktor umur.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan

dalam EkK dan EkU dalam kalangan GK

sekolah menengah negeri Selangor

berdasarkan faktor pengalaman sebagai

guru kaunseling.

Hasil kajian menunjukkan wujudnya perbezaan

EkK dan EkU yang signifikan berdasarkan faktor

jantina dan umur. Hal ini dapat dilihat apabila nilai

Pillai’s Trace = 0.034, F (2,286) = 2.489, p = 0.044

(p<0.05) dan partial eta squared = 0.034 bagi

jantina. Dari segi nilai kesan, nilai η2 tersebut adalah

kecil. Keputusan analisis menunjukkan wujudnya

perbezaan yang signifikan dalam gabungan

pemboleh ubah bersandar yang dikaji antara GK

lelaki dan GK perempuan. Keadaan ini

menunjukkan hipotesis nol (Ho1) ditolak.

Seterusnya, perbandingan pemboleh ubah

bersandar EkK dan EkU berdasarkan faktor umur

menunjukkan nilai Pillai’s Trace = 0.068, F (2,286)

= 5.249 dan p = 0.000 (p<0.05) dan partial eta

squared = 0.056. Dari segi nilai kesan, nilai η2

tersebut adalah sederhana. Keputusan ini juga

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

bagi EkK dan EkU dalam kalangan GK yang

berumur di bawah 40 tahun berbanding guru

kaunseling yang berumur di atas 40 tahun. Ini

bermakna hipotesis nol (Ho2) ditolak. Walau

bagaimanapun, keputusan analisis selanjutnya

menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan

antara pemboleh ubah bersandar EkK dan EkU

dalam kalangan GK berdasarkan pengalaman

kaunseling. Hal ini dapat dijelaskan dengan merujuk

kepada nilai Pillai’s Trace bagi kategori pengalaman

ialah 0.026, F (2,286) = 1.887 dan p = 0.113

(p>0.05) dan partial eta squared = 0.026. Dengan

itu, hipotesis nol (Ho3) diterima.

7.4 Dapatan Kajian Kualitatif

Analisis data NVivo telah menghasilkan tujuh

kategori utama bagaimana guru kaunseling menjana

kecekapan Efikasi Kendiri Kaunseling (EkK). Tiga

kategori utama mewakili bagaimana guru kaunseling

membina efikasi kendiri kaunseling dan empat

kategori mewakili bagaimana guru kaunseling

menggunakan efikasi kendiri kaunseling dalam

perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Tiga

kategori utama yang melibatkan cara membina EkK

ialah; (1) perkembangan sahsiah kerjaya secara

holistik, (2) sumber perangsang yang menjana

kematangan sahsiah kerjaya dan (3) kejelasan

peranan GK. Setiap kategori tersebut mempunyai

tema-tema dan subtema yang mencerminkan

keseluruhan makna kategori berkenaan (Rajah 4.0)

73

Page 11: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

Bagi kategori pertama penjanaan efikasi kendiri

kaunseling menerusi pembinaan sahsiah kerjaya

secara holistik, tujuh sub-tema yang muncul iaitu;

pertama, ketelitian dalam daya fikir, tema ini

menggambarkan bahawa guru kaunseling boleh

membina efikasi kendiri apabila mereka mampu

menilai kelebihan dan kekurangan diri,

berkecenderungan untuk membentuk matlamat

perkhidmatan, berfikiran terbuka dalam menjana

kreativiti, kecenderungan membuat refleksi kendiri

dan berupaya menganalisis sesuatu secara

konstruktif. Kedua, kestabilan emosi dalam

membina hubungan berkesan. Tema ini

menerangkan bahawa guru kaunseling juga boleh

membina efikasi kendiri apabila mereka memiliki

ciri-ciri kepekaan atau sensitiviti emosi pada suasana

persekitaran, kesediaan menghargai orang lain,

mengamalkan kemahiran empati, dan menikmati

kepuasan dan rasa selamat. Ketiga, kejujuran

memanfaatkan sumber kendiri yang digambarkan

menerusi kesediaan guru kaunseling untuk

mengiktiraf kejayaan kendiri, memupuk minat

menerusi proses retooling, menjana hasrat

mencontohi kejayaan individu lain, menghayati

nilai-nilai spiritual dalam kehidupan dan menilai

tahap fisiologi kendiri. Selain itu, guru kaunseling

juga akan boleh membina efikasi kendiri menerusi

sub tema yang ke empat iaitu; kesungguhan

menjana hubungan kerja yang harmoni. Tema ini

digambarkan menerusi tindakan segera guru

kaunseling dalam menyelesaikan sebarang konflik

yang timbul, berterusan dalam usaha menyelesaikan

konflik walaupun secara senyap, kesediaan untuk

berinteraksi dengan pelbagai pihak, suka

mewujudkan budaya kerja berpasukan. Sub tema ke

lima ialah kecenderungan mendorong semangat

membantu, yang diwakili oleh enam ciri iaitu

kesedaran terhadap tahap kemampuan diri,

mempunyai kecenderungan minat untuk membantu,

mempunyai inisiatif untuk mempertingkat diri,

bersikap terbuka terhadap perkara-perkara baru,

berani mengambil tanggungjawab dan menghayati

ciri dorongan pencapaian atau ingin berjaya dalam

melaksanakan sebarang tugas. Sub tema ke enam

ialah ketekalan daya tahan. Tema ini digambarkan

menerusi ketekunan guru kaunseling dalam

meneruskan komitmen, kecekalan mereka untuk

mengatasi halangan dan perancangan untuk

menghadapi halangan. Akhir sekali sub tema ke

tujuh ialah kegigihan guru kaunseling membina

pengetahuan dan kemahiran yang digambarkan

menerusi usaha mempertingkat pengetahuan dan

kemahiran secara formal dan menerusi sumber

luaran.

Bagi kategori kedua iaitu sumber

perangsang sahsiah kerjaya, tiga tema utama yang ditemui ialah pertama, kecekapan sifat idola

kehidupan, yang menerangkan guru kaunseling

boleh membina efikasi kendiri dengan mencontohi

kecekapan idola kehidupan yang memiliki sifat

kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri,

kemahiran empati dan kemahiran sosial yang tinggi.

Kedua, pengalaman yang menjana kecekapan

kerjaya yang menerangkan guru kaunseling boleh

membina efikasi menerusi pengalaman masteri

berbentuk pengalaman input yang mencetus celik

akal kerjaya kaunseling, pengalaman proses yang

mempimpin penilaian kendiri kaunselor,

pengalaman output yang mempimpin pencapaian

matlamat, dan ketiga, pengalaman yang menjana

perubahan sahsiah pelajar, seperti pengalaman

masteri yang berbentuk pengalaman input yang

memimpin celik akal kehidupan pelajar, pengalaman

proses yang mempimpin penilaian kendiri pelajar,

dan pengalaman output yang memimpin perubahan

diri pelajar.

Manakala bagi kategori ketiga, kejelasan

peranan GK, dua tema utama yang timbul ialah,

pertama; kejelasan tanggungjawab tugas

bimbingan, yang digambarkan menerusi tiga

subtema iaitu jelas matlamat perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling, kesedaran fungsi guru

74

Page 12: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

bimbingan dan pengetahuan yang jelas tentang skop

bidang tugas bimbingan. Kedua, kejelasan

tanggungjawab tugas kaunseling yang bermaksud

guru kaunseling perlu jelas dengan matlamat

kaunseling, mempunyai kecekapan dalam kemahiran

kaunseling, dan kejelasan tentang amalan etika

kaunseling.

Seterusnya analisis Nvivo mendapati GK

menggunakan EK dalam empat situasi, iaitu

semasa GK (1) menjana proses pemikiran kritis

kendiri, (2) membentuk daya pengendalian tindakan,

(3) menjana daya tahan menghadapi situasi sukar

dan (4) membentuk hala tuju dalam membina

prestasi kerjaya. Bagi kategori pertama, menjana

proses pemikiran kritis, dua tema yang muncul

ialah (a) membina pemikiran kritikal (tiga

subtema: menilai kelebihan peribadi, kekurangan

kualiti peribadi dan penerimaan kendiri) dan (b)

membentuk cara kawalan situasi (dua subtema:

pemikiran analitikal dan ketegasan komitmen).

Tema ini menerangkan bahawa GK akan

menggunakan kecekapan efikasi kendiri kaunseling

mereka semasa menilai kelebihan peribadi,

kekurangan diri. Kebolehan menerima kelebihan dan

kekurangan kendiri membuat mereka dapat

menerima kendiri. Seterusnya, efikasi kendiri

digunakan semasa GK membentuk cara mengawal

situasi yang mana mereka akan rasa berkebolehan

untuk berfikir secara analitik dan mempunyai

komitmen yang tegas. Keupayaan memproses

maklumat secara kritis sedemikian boleh

membantu GK membina keyakinan diri dalam

menghasilkan perkhidmatan B&K yang berkesan.

Seterusnya, bagi kategori kedua,

membentuk daya pengendalian tindakan, dua

tema yang mencerminkan kategori ini ialah (a)

membentuk tanggapan kemampuan diri (tiga

subtema: rasa berkebolehan, membentuk jangkaan

jenis tindakan dan membentuk jangkaan hasil

tindakan) dan (b) merangka ikhtiar mempengaruhi

pencapaian (empat subtema: rancang strategi, yakin

dan berani mengambil tanggungjawab, nikmati

kepuasan hadapi kejayaan dan penerusan daya

tahan). Kategori pertama menerangkan bahawa GK

menggunakan efikasi kendiri semasa proses

membentuk tanggapan kemampuan diri yang

mencakupi rasa berkebolehan, membentuk jangkaan

jenis tindakan dan jangkaan hasil tindakan.

Seterusnya, kategori kedua pula menerangkan GK

menggunakan efikasi kendiri semasa merancang

strategi, menjana keyakinan dan keberanian

mengambil tanggungjawab, menikmati kepuasan

semasa menghadapi kejayaan dan semasa

meneruskan daya tahan. Sebagai rumusan,

penggunan efikasi kendiri kaunseling semasa

membentuk pengendalian tindakan adalah penting

kerana tanggungjawab sebagai GK di sekolah sangat

mencabar. Untuk menghadapi situasi adverse yang

datang daripada pelbagai sudut, GK perlu cekap

menggunakan efikasi kendiri.

Untuk kategori ketiga, menjana daya

tahan hadapi situasi sukar, dua tema yang muncul

ialah (a) membentuk pendekatan menguasai

pemikiran hadapi ancaman (tiga subtema:

pendekatan rasional, emosional dan tindakan) dan

(b) membentuk daya tindak kawalan hadapi

ancaman (dua subtema: hadapi dengan berani dan

hindari dengan tenang). Akhir sekali, kategori

keempat bagaimana GK menggunakan EK dalam

perkhidmatan ialah ketika membuat pemilihan hala

tuju membina prestasi kerjaya. Dua tema utama

yang ditemui ialah (a) membentuk kesediaan

mencapai matlamat kerjaya (dua subtema: sedia

melaksanakan tanggungjawab tugas dan sedia

memupuk penghayatan nilai) dan (b) menjana

pembinaan kompetensi atau kecekapan kerjaya (tiga

subtema: kecenderungan minat bidang, cenderungan

bina hubungan dan cenderung pertingkat ilmu dan

kemahiran bidang).

8.0 IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini mempunyai implikasi positif

kepada GK dalam perkhidmatan dan pra

perkhidmatan. Kajian ini membuktikan kesedaran

dan penghayatan EK memberi impak yang besar

terhadap komitmen GK dalam menghasilkan prestasi

kerja yang cemerlang. Hal ini menggambarkan

amalan profesional GK yang berlandaskan matlamat

yang jelas dan disertai aras keyakinan yang tinggi

boleh menyerlahkan keterampilan profesionalisme

kaunseling. Sehubungan itu, GK perlu mempunyai

kefahaman yang jelas tentang konsep dan elemen-

elemen utama yang terkandung dalam kecekapan

efikasi kendiri (umum dan kaunseling). Kecekapan

tersebut perlu diterjemahkan ke dalam tugas pada

kedua-dua skop bidang perkhidmatan iaitu bidang

bimbingan dan kaunseling. Ini bermakna

penghayatan kecekapan EK perlu menyeluruh, sama

ada ketika menjalankan tanggungjawab memimpin

dalam sesi kaunseling atau semasa mengurus

program-program pengembangan. Hasil kajian telah

membuktikan bahawa untuk membina kualiti

peribadi profesionalisme guru kaunseling yang

holistik, dua perkara utama perlu dikuasai iaitu;

75

Page 13: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

mendalami aspek pengetahuan dan menjana aspek

penghayatan kecekapan EK dalam pekerjaan. Hasil

kajian lepas telah banyak mengaitkan aspek

keyakinan dengan kecekapan profesionalisme

personali kaunseling yang berkualiti (Brammer &

Egan 2007; Lambert 1992; Rogers 1951).

Implikasi kedua dapatan kajian

menunjukkan GK perlu menyedari bahawa membina

efikasi kendiri merupakan suatu tuntutan

profesional. Pembinaaan aras keyakinan yang tinggi

dalam efikasi kendiri umum dan kaunseling adalah

penting kerana GK dipertanggungjawab untuk

melaksanakan dua skop bidang kerja yang luas, iaitu

perkhidmatan membimbing pelajar secara umum

dan membimbing pelajar secara klinikal dalam sesi

kaunseling. Penghayatan efikasi kendiri kaunseling

yang tinggi semasa menguruskan kedua-dua skop

tugasan perkhidmatan akan menjana rasa

berkebolehan seterusnya memantapkan keyakinan

GK. Kecekapan ini akan memantapkan keyakinan

serta memacu komitmen GK dengan perkhidmatan

profesionalisme bimbingan dan kaunseling di

sekolah (Gambang 2005; Haslee 2003; Martita

1999). Sehubungan itu, kajian menyarankan agar

GK (i) melipatgandakan usaha menjana interaksi

hubungan dengan pelbagai lapisan warga sekolah,

(ii) menanam azam untuk mencontohi ciri-ciri

kepimpinan individu atau pakar-pakar bidang yang

telah berjaya, (iii) membudayakan kecekapan

membuat refleksi kritikal dengan mempertautkan

pengalaman-pengalaman lepas dengan falsafah insan

dan ketuhanan, (iv) memperluas penglibatan dalam

pelbagai bentuk pengalaman di dalam dan di luar

skop bidang perkhidmatan B&K, dan (v)

memperkasa komitmen untuk menjalankan sesi

kaunseling secara serius dan terancang. Kejayaan

melaksanakan tanggungjawab tersebut akan dapat

menjana kepuasan dan keyakinan diri GK.

Pengiktirafan kendiri yang terbina mampu

mempertingkatkan aras keyakinan GK dalam

menghasilkan perkhidmatan B&K yang berkesan

dan profesional.

Selain itu, kajian ini mencadangkan supaya

GK juga perlu (a) kreatif dalam usaha mendapatkan

sokongan warga sekolah terhadap perkhidmatan

B&K, (b) mengenalpasti warga sekolah yang

berpotensi dan berminat dengan perkhidmatan

menolong bagi membentuk ‘task force’ atau

kumpulan penggerak yang komited, (c)

menyebarkan maklumat tentang peranan dan

kepakaran guru kaunseling kepada warga sekolah,

(c) mendekati tugas secara terancang dan sistematik

dengan mengambilkira keperluan utama sekolah, (d)

mendapatkan khidmat konsultasi atau runding cara

dengan warga sekolah khasnya pihak pentadbiran,

(e) membudaya pendekatan membina, (f)

mengemaskini pengetahuan dan kemahiran-

kemahiran profesional, (g) berbincang dengan

pendidik kaunselor tentang bidang-bidang

kurikulum yang boleh dijadikan kekuatan dalam

membina keperluan kemahiran kerjaya dan

kehidupan pelajar, dan (h) menyediakan program in-

house untuk kakitangan dan guru-guru sekolah.

Cadangan di atas sejajar dengan pandangan Staley

(1997) tentang peranan kaunselor sekolah dalam

menangani pelbagai cabaran abad 21.

Implikasi seterusnya ialah terhadap aspek

perancangan dan pengurusan pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan

Pejabat Pendidikan Daerah. Beberapa tindakan

boleh dilaksanakan ke arah membina keyakinan

sekaligus memartabatkan profesionalisme GK di

negara ini. Antaranya termasuk; GK diberi peluang

untuk (a) menjalani latihan pembinaaan kecekapan

EK dalam kursus-kursus peningkatan

profesionalisme GK, (b) mewujudkan pusat giat GK

di setiap daerah bagi membolehkan GK menjalankan

aktiviti pembinaan EK menerusi perbincangan isu

peribadi dan profesional dalam kumpulan seperti

‘personal group therapy’, (c) memperkasa program

mentorship dan (d) memasukkan kurikulum

kecekapan dalam program atau bengkel Membina

Insan Pelajar dan Program Pembangunan dan

Peningkatan Profesionalisme Guru serta kakitangan

sekolah. Cadangan yang disarankan bertujuan untuk

membina efikasi kendiri (EK) dan kecekapan

peribadi dan sosial guru kaunseling menerusi

program-program penjanaan profesionalisme

kaunselor.

Implikasi seterusnya ke atas penyediaan

program latihan di institusi latihan kaunselor.

Program-program latihan kaunseling perlu menjurus

kepada aktiviti membina keterampilan peribadi GK

(seperti aktiviti memimpin latihan permainan

kaunseling, pengucaan awam, dan latihan

kepimpinan majlis kerohanian) dan aktiviti membina

kecekapan sosial yang melibatkan integrasi pelbagai

kaum. Cadangan ini adalah berdasarkan kepada hasil

kajian yang menunjukkan pengalaman masteri yang

dilalui semasa latihan pendidikan kaunseling dapat

menjana kreativiti, keterbukaan minda, dan

kecekapan sosial. Selain itu, perlaksanaan aktiviti

bidang B&K secara berpasukan dan sistematik yang

menggunakan pendekatan ‘school based

76

Page 14: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

attachment’ boleh menyediakan pengalaman

menjana keyakinan, sikap berdikari dan

berkolaborasi semasa menjalankan tugas dalam

seting pekerjaan yang sebenar. Sebagai rumusan

penerapan kecekapan EK dalam latihan pendidikan

kaunselor secara teoritikal dan praktikal dapat

memperteguh keyakinan dan ketrampilan semasa

melaksanakan tanggungjawab kepimpinan

kaunseling di sekolah.

Implikasi seterusnya ialah kepada pihak

pentadbir, kepimpinan dan guru-guru di sekolah. GK

merupakan personalia utama di barisan hadapan

sekolah yang berusaha membina kecemerlangan

sahsiah pelajar. Mereka memainkan peranan besar

dalam tanggungjawab merancang, menyelaras,

melaksana dan menilai program dalam perkhidmatan

B&K di sekolah. Oleh itu, maklum balas dan

kerjasama pihak pentadbir dan rakan sekerja sangat

penting bagi menjana keyakinan GK dalam

menjayakan program B&K dengan berkesan. Hasil

kajian mendapati sokongan dan kepercayaan pihak

pentadbir menjadi perangsang yang boleh

membangkitkan keyakinan GK semasa

melaksanakan tanggungjawab B&K, namun

demikian terdapat juga peserta kajian yang

mengalami pengalaman sukar dalam memperoleh

kepercayaan, sokongan dan penerimaan daripada

pihak pentadbir serta rakan guru. Tanggapan negatif

guru-guru terhadap jawatan GK sepenuh masa telah

menghalang mereka daripada memberi kerjasama

kepada GK dalam program perkembangan yang

dirancang.

Cadangan yang dikemukakan memerlukan

penggemblengan usaha pelbagai pihak secara

komited disertai dengan penghayatan nilai-nilai

kecekapan emosi. Hal ini bertujuan supaya usaha

menjana EK dapat dilaksanakan secara selamat

dalam persekitaran yang kondusif. Sejajar dengan

saranan Stone (2005) supaya pengetua dan timbalan

pengetua sekolah yang membudayakan ciri-ciri

kecerdasan emosi yang tinggi dengan

menghidupkan nilai-nilai kemanusiaan menerusi

pengiktirafan positif sesama manusia akan

menyumbang kepada terbinanya keyakinan individu.

Dengan itu, matlamat visi perkhidmatan B&K

sekolah yang menjurus kepada usaha melahirkan

generasi yang menghayati ciri-ciri kemanusiaan dan

nilai-nilai kecemerlangan dapat direalisasikan

menjelang tahun 2020.

9. PENUTUP

Perkhidmatan B&K merupakan bidang ilmu

yang semakin berkembang dan menjadi keperluan

penting kepada masyarakat di negara ini, khususnya

para pelajar di sekolah. Sehubungan dengan itu,

usaha melahirkan sahsiah GK yang berpersonaliti

unggul merupakan suatu keperluan yang kritikal.

Hal ini disebabkan GK di sekolah perlu memikul

amanah memimpin generasi pewaris ke arah

memaksimumkan potensi akal, hati dan budi

(kecekapan insan cemerlang). Tanggungjawab

tersebut memerlukan keyakinan yang tinggi dalam

kalangan GK. Sehubungan itu, tahap Efikasi Kendiri

GK yang masih berada di tahap sederhana

menggambarkan bahawa kesedaran yang tinggi

perlu ada pada GK sendiri dan pihak-pihak berkaitan

yang menyokong usaha memartabatkan kualiti

profesion kaunseling. Kesedaran pemikiran tersebut

akan dapat menjana usaha dan tindakan positif ke

arah memperkasa kecekapan EK secara terancang

dan berterusan. Sebagai kesimpulan, keseluruhan

dapatan menunjukkan guru kaunseling sekolah perlu

mempunyai idea yang jelas tentang cara bagaimana

untuk membina dan bila untuk menggunakan

kecekapan efikasi kendiri semasa menjalankan

perkhidmatan kaunseling. Hal ini boleh membantu

guru kaunseling menjalankan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling dengan berkesan,

sekaligus meningkatkan keyakinan terhadap

perkembangan profesionalisme dirinya sebagai guru

kaunseling.

RUJUKAN

Aminah Hj. Hashim. (1984). Bimbingan dan

kaunseling dalam pendidikan menengah.

Persatuan Kaunselor Malaysia. Jurnal

PERKAMA 1: 21-27.

Asrah Datok Ambas. (2003). Perkembangan

profesion yang berterusan. Seminar

Kaunseling Kebangsaan 2003, Bahagian

Sumber Manusia Kementerian Pendidikan

Malaysia. Kuala Lumpur

Bandura, A. (1982). Self-efficacy mechanism in

human agency. American Psychologist 37:

122-147.

Bandura. A. (1986). Self-eficacy. In A.Bandura

(pnyt.), social foundations of thought and

action: a social cognitive theory, hlm. 45-

61. Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice

Hall.

77

Page 15: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

Bandura, A. (1989). Human agency in social

cognitive theory. American Psychologist

44: 1175-1184.

Bandura, A. (1990). Perceived self-efficacy in the

exercise of personal agency. Applied Sport

Psychology 2: 128-163.

Bandura, A. (1991). Social cognitive theory of self-

regulation. Organization Behavior and

Human Decision Making Processes 50:

248-287.

Bandura, A. (1993). Perceived self-efficacy in

cognitive development and functioning.

Educational Psychologist 28: 117-148.

Bandura, A. (1994). Self-eficacy. Dlm. V. S.

Ramachaudran (Pnyt.), Encyclopedia Of

Human Behavior, Vol. 4, hlm. 71-81. New

York: Academic Press.

Bandura, A. (1997). Self-efficacy in changing

societies. New York.: Cambridge

University Press.

Bandura, A. (2003). Self efficacy: The exercise of

control. New York: Freeman and

Company.

Brammer, L.M & Macdonald, G. (1999). The

Helping Relationship: Process And Skills.

Ma: Allyn And Bacon.

Barret, K., Riggar, T.F., Flowers, C.R., Crimando,

W. & Bailey, T. (1997). The turnover

Dilemma: A disease with solution. The

Journal of Rehabilitation 63 (2): 36-47.

Belkin, G. (1981). Practical counseling in the

schools. New York: Guilford Press

Betz, N.E. (2000). Self-efficacy theory as a basis of

career assessment. Journal of Career

Assessment 8: 205-222.

Boundreaux, E., Carmark, C.L., Scarinci, I.C. &

Brantley, P.L. (1998). Predicting smoking

stage of change among sample of low

socio-economic status, primary care

outpatients: Replication and extension

using decisional balance and self-efficacy

theories. International Journal of Behavior

Medicine 5: 148-165.

Brown, B.L. (1999). Emotional Intelligence:

Keeping Your Job. Trends And Issues. Eric

Clearing House On Adult.,Career And

Vocational Education Center On Education

And Training For Employment College Of

Education. Columbus: The Ohio State

University.

Che Supeni Abdul Ghani. (2000). Masalah

kaunselor dalam melaksanakan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di

sekolah: Satu kajian kes di daerah Kota

Setar, Kedah. Kertas Projek Sarjana

Pendidikan, Universiti Malaya.

Combs, A. (1982). A personal approach to

teaching: Beliefs that make a difference.

Boston: Allyn & Bacon.

Cormier, S., & Cormier, B. (1998). Interviewing

strategies for helpers: Fundermental skills

and cognitive behavioral interventions. CA:

Brooks/Cole Publishing Company.

Corey, G. (2005). Theory and practice of

counseling & psychotherapy. Ed. Ke-7.

Thomson: Brooks/Cole Publishing

Company.

Cottone, R.R. & Tarvydas, V.M. (1998). Ethical

and professional issues in counseling. New

Jersey: Prentice Hall.

Dacey, J. & Kenny, M. (1997). Adolescent

Development. Ed.Ke-2. Dubuque: Brown &

Benchmark Publisher.

Easton, C.J. (2004). The Relationship Between

Emotional Intelligence And Counseling

Self-Efficacy. Dissertation Abstracts

International Section A: Humanities &

Social Sciences 65 (7-A).

Gambang A/L Pura. (2005). Kefahaman guru

kaunseling sekolah menengah kerajaan

terhadap kemahiran membentuk

perhubungan dan komunikasi dalam sesi

kaunseling: Satu kajian kes. Prosiding

Konvensyen Kebangsaan Persatuan

Kaunseling Malaysia. Institut Latihan

Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) Bangi.

24-26 Jun.

Gladding, S.T. (2004). Counseling: A

comprehensive profession. Ed. Ke.5.

Pearson: Merill Prentice Hall. New Jersey.

Gysbers, N.C. ( 2004). Professional School

Counseling 8 (1): 1-14

Haslee Shahril Lim Abdullah. (2003). A Study Of

Malaysian School Counselor Resilience.

Phd Thesis. Faculty Of Education,

University Of Malaya.

Holland, J.L. & Holland, J.E. (1977). Distribution of

personalities within occupations and fields

of study. The Vocational Guidance

Quaterly 25 (3): 226-231.

Jowarski. J. (1996). Working with emotional

intelligence. London: Bloomsbury.

Jourard, S. & Landsman, T. (1980). Healty

personality. New York: Macmillan.

Jurusalem, M. & Mittag, W. (1995). Self-efficacy in

stressful life transitions. Dlm. A. Bandura

(pnyt.). Self-efficacy in changing societies,

78

Page 16: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

hlm. 177-201. New York: Cambridge

University Press.

Khoo Adam & Stuart Tan. (2004). Master your

mind design your destiny. Singapore:

Adam Khoo Learning Publisher.

Larson, L. M., Suzuki, L.A., Gillespie, K. N.,

Potenza, M. T., Bechtel, M. A. & Toulouse,

A. L. (1992). Development and validation

of the Counseling Self-Estimate Inventory.

Journal of Counseling Psychology 39:

104-120.

Larson, L.M. & Daniels J.A. (1998). Review of the

counseling literature. The Counseling

Psychologist 26 (2): 179-218.

Lin, C. (1998). Comparison of the effects of

perceived self-efficacy on coping with

chronic cancer pain and coping with

chronic low back pain. Clinical Journal of

Pain 14: 303-310.

Lukman Moidin. (2005). Pengetahuan kaunseling

dan perkhidmatan unit bimbingan dan

kaunseling di sekolah. Seminar Kaunseling

anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia

Kali ke 2. Hotel City Bayview: 30 Mei-2

Jun.

Marsh,H.L., Walker, R. & Debus, R. (1991).

Subject-specification components of

academic self-concept and self-efficacy.

Contemporary Educational Psychology 16:

331-345.

Martin, W.E., Easton, C., Wilson, S., Sullivan, S. &

Takemoto, M. (2004). Relationship

between emotional intelligence and

counselor self-efficacy. Poster session

presented at Annual Western Psychological

Association 92nd Annual Convention,

Irvine, CA.

Maynard. A. (2017). Characteristics-of-an-effective-

counselor/ Retrieved:

http://www.ccu.edu/blogs/cags/2017/03/7-

Mischel, W. (1963). Personality and assessment.

New York: Wiley.

Mischel, W. (1973). Toward a cognitive social

learning conceptualization of personality.

Psychological Review 80: 252-283.

Michele, E.C. & Jason, D.A. (2004). The

relationship between counselor job

satisfaction and consumer satisfaction in

vocational rehabilitation. Rehabilitation

counseling bulletin 47 (4): 205-214.

Nilmi Ahmad Shagir. (2006). Kecekapan kaunseling

pelbagai budaya, efikasi swadiri dan ikatan

kerjasama kaunselor-klien di sekolah

menengah di Malaysia. Tesis Doktor

Falsafah, Universiti Putra Malaysia.

Noriah Mohd Ishak, Siti Rahayah Ariffin & Zuria

Mahmud. (2005). Emotional intelligence as

core competency towards professionalism:

A comparive study among teachers.

Prosiding for CECA Conference. 723-737.

Omar Chek Man. (1999). Pelaksanaan Perkhidmatan

kaunselor sepenuh masa di Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman S.E.A. PJ

Selangor Darul Ehsan. Laporan Praktikum

Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Fakulti Pendidikan.

Orpen, C. (1995). Self-efficacy beliefs and job

performance among black managers in

South Africa. Psychology Reports 76:

649-650.

Pajares, F. (1996). Self-efficacy beliefs and

mathematic problem-solving of gifted

students. Contemporary Educational

Psychology 21: 325-344.

Razza, N.J. (1993). Determinants of direct-care staff

turnover in group homes for individuals

with mental retardation. Mental

Retardation 31: 284-291.

Rogers, C. (1961). Client –centered therapy: Its

current practice, implications and theory.

Boston: Houghton Mifflin.

Rusni Mohd Nor. (2004). Perkaitan antara budaya

sekolah deng pencapaian akademik pelajar.

Tesis Dr Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Schwarzer, R. & Jerusalem, M. (1995). Generalized

self-efficacy scale. Dlm. J.Weinmanr, S.

Wright, & M. Johnston (pnyt.). Measure in

health psychology: A user’s portfolio,

hlm. 35-37. Windsor, UK: NFER-

NELSON.

Stajkovic, A.D. & Luthans, F. (1998). Self-efficacy

and work-related performance: A meta-

analysis. Psychological Bulletin 124: 240-

261.

Siti Halimah Syed Nordin. (2003). Tekanan kerja di

kalangan guru kaunseling. Seminar

Kaunseling Kebangsaan. Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Taiwo Hanbal Abdul Raheem. (1998). School

Counseling: The nature of man in Islam as

its foundation. Kuala Lumur: A.S.

Noordeen

Wan Marzuki Bin Wan Jaafar. (1999). Pengaruh

perkembangan penyeliaan dan efikasi

swadiri kaunseling terhadap prestasi

kaunselor. Tesis Dr Fal. Universiti Putra

Malaysia.

79

Page 17: Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah generasi muda khususnya para pelajar di sekolah. Personalia kaunseling perlu

http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018

William, E.M., Crystal Jr., Sheilah, W., Michehelle,

T. & Shannon, S. (2004). Salience of

emotional intelligence as a core

characteristic of being a counselor.

Counselor Education & Sipervision 44:

17-30.

Young, A., & Bryan, J. (2015). The school

counselor leadership survey: Instrument

development and exploratory factor

analysis. Professional School

Counseling,19, 1-15.

Zimmerman, B.J. (1995). Self-efficacy and

educational development. Dlm. A. Bandura

(pnyt.). Self-efficacy in changing societies,

hlm. 10-15. New York: Cambridge

University Press.

Young, A., & Miller-Kneale, M. (2013). School

counselor leadership: The essential practice.

Alexandria, VA: American School Counselor

Association

Young, A., Dollarhide, C.T, & Baughman, A.

(2005).The voices of school counselors:

essential characteristics of school

counselor leaders. . Volume 19, number 1 |

ASCA American School Counselor

80