1murid 1sukan (baru)

Upload: anonymous-42shxqpsj

Post on 07-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

stpm

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA, KEDAH

NAMA

: SITI HAJAR BINTI AHMAD

(820418-02-5090)

:UMMI SAKINAH BT ULOL AZMI

(870820-02-5502)

: SOFIAH BINTI YUSUF (890531-02-5758)PROGRAM

:DPLI J-QAF (SR) MOD LPBSKUMPULAN

:PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN KHAS NAMA

: TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN ZAKARIA

PENSYARAH

Sekapur SirehAssalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Bersyukur kami ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat kami menyiapkan tugasan Laporan Pelaksanaan 1 murid 1 sukan yang diberikan. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah iaitu Tuan Haji Abdul Rahman Bin Zakaria kerana banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar bagi memudahkan lagi untuk kami menyelesaikan tugasan yang diberikan. Banyak cabaran dan dugaan yang kami hadapi bagi menyiapkan tugasan ini,namun dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan motivasi serta bimbingan serta perkongsian maklumat secara berterusan juga banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga kepada keluarga yang tersayang, ibu bapa yang tidak jemu memberikan sokongan serta iringan doa agar kami tidak mudah patah semangat serta jemu dalam meneruskan perjuangan dalam pembelajaran ini. Semoga Allah jua yang membalasnya dengan kebaikan.Sekian terima kasih1. Pendahuluan

Dasar 1 murid 1 sukan telah dilancarkan pada 2 Julai 2011 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Dasar ini diwujudkan supaya kegiatan sukan di sekolah disemarak dan diperkasakan. Bagi merealisasikannya, pelbagai program kecerdasan fizikal telah dirancang dan dilaksanakan bermula di peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Program-program tersebut dijalankan sepanjang tahun dengan mengoptimumkan penyertaan semua pelajar untuk membudayakan sukan sebagai gaya hidup sihat.

Walaubagaimanapun, dasar 1 Murid 1Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

2. Laporan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan

Sekolah Kebangsaan Permatang To Kandu adalah merupakan sebuah sekolah yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum. Ini termasuklah dalam aktiviti sukan dan permainan seperti olahraga, bola sepak, sepak takraw, bola tampar, bola jaring, hoki dan banyak lagi. Ianya dapat dilihat serta diukur melalui pelbagai pencapaian dan kejayaan yang telah diraih samada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Bagi Sekolah Kebangsaan Permatang To Kandu, banyak program pengisian yang telah dirancang dan dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum yang kemudiannya diteruskan hingga sekarang. Antaranya adalah Kejohanan Merentas Desa, Temasya Sukan, Bulan Kecergasan, Karnival Sukan serta lain-lain. Dalam program karnival sukan, pertandingan futsal dan pertandingan hoki telah diadakan dengan jayanya dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan dasar 1 murid 1 sukan bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia sekarang.

Matlamat karnival sukan ini diadakan adalah untuk melahirkan sumber manusia yang celik elemen kecergasan fizikal sebagai satu gaya hidup sihat dalam masyarakat Malaysia, Sumber manusia yang dimaksudkan ini termasuklah di kalangan murid-murid, semua kakitangan sekolah seperti guru dan staf sokongan, masyarakat sekeliling dan juga seluruh warganegara Malaysia.

Objektifnya pula adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga sekolah dan diantara warga sekolah dengan masyarakat sekeliling, membudayakan sukan dan permainan sebagai gaya hidup sihat ke arah mencapai kesihatan keseluruhan, mengenegahkan budaya sihat dan nilai universal merentas kurikulum dalam kehidupan kumpulan sasaran. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membuka peluang dan ruang yang secukupnya kepada murid-murid yang berkemampuan dengan bakat dan kelebihan yang dimiliki untuk diketengahkan dalam pembangunan bakat-bakat baru selaras dengan dasar semasa kerajaan.

Pelaksanaan program telah diatur dan disusun dengan baik apabila ianya dilaksanakan menerusi pertandingan liga satu kumpulan menerusi pemilihan pemain terlebih dahulu yang diuruskan oleh pengurus rumah sukan masing-masing. Hasilnya, pertandingan futsal telah diadakan dengan melibatkan semua rumah sukan yang terdapat di sekolah iaitu rumah merah, rumah hijau, rumah kuning dan rumah biru. Ianya lebih tertumpu kepada penyertaan murid-murid lelaki sahaja bermula daripada tahun 3 hingga tahun 5.

Bagi murid-murid perempuan pula, ketetapan telah dibuat untuk melaksanakan pertandingan hoki yang juga melibatkan keempat-empat rumah sukan. Penyertaan dan penglibatan murid hanya dikalangan murid-murid tahun 3 sehingga tahun 5 sahaja. Ini bermakna, murid-murid tahun 1 dan tahun 2 hanya terlibat sebagai penyokong setia rumah sukan masing-masing manakala murid-murid tahun 6 mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa bagi memperkasakan lagi tahap penguasaan mereka sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan UPSR kelak.

Berikut adalah keputusan rasmi perlawanan futsal dan bola baling yang telah diperolehi serta dicapai oleh setiap kontinjen rumah sukan dalam karnival 1 murid 1 sukan yang telah diadakan dengan jayanya.FUTSAL TAHUN 3

BiruMerahKuningHijauPMSKJaringanMata

BIRU#1-31-22-1310243

MERAH3-1#0-00-0312035

KUNING2-10-0#2-1321047

HIJAU1-20-01-2#301221

P: Pertandingan

M: Menang

S: Seri

K: Kalah

KEDUDUKAN / KEPUTUSAN AKHIRJOHAN RUMAH KUNING

NAIB JOHAN RUMAH MERAH

KETIGA RUMAH BIRU

KEEMPAT RUMAH HIJAU

FUTSAL TAHUN 4BiruMerahKuningHijauPMSKJaringanMata

BIRU#0-31-10-1301211

MERAH3-0#1-03-1330079

KUNING1-10-1#1-2301221

HIJAU1-01-32-1#320146

P: Pertandingan

M: Menang

S: Seri

K: Kalah

KEDUDUKAN / KEPUTUSAN AKHIRJOHAN RUMAH MERAH

NAIB JOHAN RUMAH HIJAU

KETIGA RUMAH KUNING

KEEMPAT RUMAH BIRU

FUTSAL TAHUN 5BiruMerahKuningHijauPMSKJaringanMata

BIRU#2-20-20-2301221

MERAH2-2#2-01-1312055

KUNING2-00-2#1-0320136

HIJAU2-01-10-1#311134

P: Pertandingan

M: Menang

S: Seri

K: Kalah

KEDUDUKAN / KEPUTUSAN AKHIRJOHAN RUMAH KUNING

NAIB JOHAN RUMAH MERAH

KETIGA RUMAH HIJAU

KEEMPAT RUMAH BIRUHOKI TAHUN 3

BiruMerahKuningHijauPMSKJaringanMata

BIRU#1-24-01-0320166

MERAH2-1#1-10-0312035

KUNING0-41-1#0-1301211

HIJAU0-10-01-0#311114

P: Pertandingan

M: Menang

S: Seri

K: Kalah

KEDUDUKAN / KEPUTUSAN AKHIRJOHAN RUMAH BIRU

NAIB JOHAN RUMAH MERAH

KETIGA RUMAH HIJAU

KEEMPAT RUMAH KUNINGHOKI TAHUN 4BiruMerahKuningHijauPMSKJaringanMata

BIRU#2-21-21-2301241

MERAH2-2#1-52-4301251

KUNING2-15-1#0-1320176

HIJAU2-14-21-0#330079

P: Pertandingan

M: Menang

S: Seri

K: Kalah

KEDUDUKAN / KEPUTUSAN AKHIRJOHAN RUMAH HIJAU

NAIB JOHAN RUMAH KUNING

KETIGA RUMAH MERAH

KEEMPAT RUMAH BIRU

HOKI TAHUN 5BiruMerahKuningHijauPMSKJaringanMata

BIRU#3-01-11-1312055

MERAH0-3#0-20-7300300

KUNING1-12-0#1-1312045

HIJAU1-17-01-1#312095

P: Pertandingan

M: Menang

S: Seri

K: Kalah

KEDUDUKAN / KEPUTUSAN AKHIRJOHAN RUMAH HIJAU

NAIB JOHAN RUMAH BIRU

KETIGA RUMAH KUNING

KEEMPAT RUMAH MERAH3. Penutup

Sebagaimana yang diketahui dasar 1Murid 1Sukan banyak manfaatnya, antaranya termasuklahlah murid-murid dapatmengisimasalapangmereka dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian kerana murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan terlibat dalam gejala negatif. Sebagai contohnya, murid-murid dapat menyertai aktiviti sukan atau permainan seperti bola sepak, badminton, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang, dan sebagainya. Aktiviti yang dilakukan itu memang memberikan manfaat yang banyak kepada mereka. Jadi, dengan mengikuti program ini, murid-murid dapat menggunakan masa dengan berkesan dan dapat mengelakkan diri daripada aktiviti yang kurang sihat.Dasar ini membolehkan guru-guru mencungkil bakat murid dalam bidangsukan atau permainan. Melalui sukan yang disertai oleh murid, bakat mereka dapat disuburkan dengan bimbingan dan latihan daripada guru kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Murid yang telah dilatih itu boleh mewakili sekolah sebagai pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, boling, olahraga, dan sebagainya. Murid-murid dapat membuktikan bakat dan potensi mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan. Perkara itu membuktikan bahawa dasar ini dapat mengembangkan bakat murid-murid dalam sukan atau permainan yang diminati oleh mereka.Selain itu, program ini dapat mewujudkan budaya yang mementingkan kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Perkara ini penting kerana murid yang aktif dalam aktiviti sukan akan menyebabkan badan mereka sihat dan cergas. Apabila badan mereka sihat, otak mereka akan cerdas dan murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Dengan perkataan lain, murid-murid yang sihat dan cerdas ini akan dapat menjawab soalan dalam pelajaran dengan cemerlang. Hal ini membuktikan bahawa melalui program ini, murid akan sihat dan cergas serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan setiap murid dalam aktiviti sukan atau permainan. Hal ini demikian kerana setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang diabaikan atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang diminatinya. Jadi, dengan cara itu pihak sekolah berupaya untuk melibatkan semua murid dalam aktiviti sukan atau permainan. Oleh itu, jelaslah bahawa dasar ini dapat menggalakkan penyertaan dan penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan atau permainan yang diminati oleh mereka.Melalui dasar ini, usaha untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum dalam kalangan murid akan menjadi realiti. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau permainan tertentu, murid-murid akan menghayati semangat kesukanan ketika melibatkan diri dalam sesuatu permainan atau sukan. Sebagai contohnya, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, dan Kadazan dalam sesuatu permainan atau sukan. Perkara ini membolehkan murid-murid berinteraksi dengan lebih erat dengan rakan-rakan sepasukan yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum. Tegasnya, dasar tersebut dapat membentuk murid yang menghayati semangat kesukanan dan perpaduan kaum di negara ini.Jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu tranformasi baharu yang banyak manfaatnya dalam sistem pendidikan di negara kita. Oleh itu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni ini. Sekiranya usaha ini tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama untuk merealisasikan perkara ini, ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap agar murid-murid lebih aktif dan bersemangat dalam bidang sukan demi kemajuan dan kecemerlangan sukan negara. LAPORAN PELAKSANAAN

1 MURID 1 SUKAN