1dsd

16
WAJ3062 | HUBUNGAN ETNIK PENGHARGAAN Melalui peluang keemasan ini, saya amat bersyukur ke atas Tuhan kerana membantu saya menyiapkan tugasan Hubungan Etnik. Saya bertugas untuk menghasilkan satu penulisan esei yang berkaitan dengan konsep modenisasi dan pembangunan ekonomi. Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Pn Hjh Zubedah Binti Abdullah, pensyarah subjek WAJ3062 Hubungan Etnik kami dan kepada sesiapa yang telah membantu kami melaksanakan kerja ini secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya, tanpa bimbingan daripada pensyarah sudah tentu sukar untuk kami menyiapkan tugasan ini dalam keadaan yang amat menekankan kami. Bantuan dan sokongan yang telah diberikan oleh rakan-rakan sekelas amat penting dan dapat memberi semangat serta kekuatan kepada kumpulan kami. Tanpa sokongan moral daripada rakan-rakan seperjuangan, sudah pasti sukar untuk kami meneruskan pengajian. Sudah pasti pelbagai tugasan dan tanggungjawab menanti kami dan menagih komitmen daripada kami. Tugas mendidik anak bangsa sudah pasti menuntut ketulusan dan keikhlasan kami. Kami tidak sanggup mengabaikan masa depan anak didik kami demi mengejar impian mendapat segulung ijazah. Mahu tidak mahu kami terpaksa mengagihkan masa yang terhad untuk mendidik dan menyiapkan setiap tugasan yang kami terima. Akhir kata, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andainya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan ini. Segala kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Tuhan dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. Sekian, Terima Kasih 1

Upload: vanitha-vani-chandran

Post on 13-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

Page 1: 1dsd

PENGHARGAAN

Melalui peluang keemasan ini, saya amat bersyukur ke atas Tuhan kerana

membantu saya menyiapkan tugasan Hubungan Etnik. Saya bertugas untuk menghasilkan satu

penulisan esei yang berkaitan dengan konsep modenisasi dan pembangunan ekonomi. Saya

ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan

Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Pn Hjh Zubedah Binti Abdullah, pensyarah subjek

WAJ3062 Hubungan Etnik kami dan kepada sesiapa yang telah membantu kami

melaksanakan kerja ini secara langsung atau tidak langsung.

Sesungguhnya, tanpa bimbingan daripada pensyarah sudah tentu sukar untuk kami

menyiapkan tugasan ini dalam keadaan yang amat menekankan kami. Bantuan dan sokongan

yang telah diberikan oleh rakan-rakan sekelas amat penting dan dapat memberi semangat

serta kekuatan kepada kumpulan kami. Tanpa sokongan moral daripada rakan-rakan

seperjuangan, sudah pasti sukar untuk kami meneruskan pengajian.

Sudah pasti pelbagai tugasan dan tanggungjawab menanti kami dan menagih komitmen

daripada kami. Tugas mendidik anak bangsa sudah pasti menuntut ketulusan dan keikhlasan

kami. Kami tidak sanggup mengabaikan masa depan anak didik kami demi mengejar impian

mendapat segulung ijazah. Mahu tidak mahu kami terpaksa mengagihkan masa yang terhad

untuk mendidik dan menyiapkan setiap tugasan yang kami terima.

Akhir kata, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andainya terdapat

kesilapan dan kekurangan dalam tugasan ini. Segala kekurangan harap dimaafkan.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Tuhan dan yang buruk itu datangnya dari

saya sendiri.

Sekian, Terima Kasih

1

Page 2: 1dsd

PENGENALAN

Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah oleh British.

Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat sejak merdeka seiring dengan

perubahan struktur ekonomi daripada sektor pertanian kepada perindustrian. Dasar-dasar yang

dilaksanakan di negara kita telah memberi pelbagai impak terhadap hubungan etnik di

Malaysia. Antaranya ialah ia dapat melupuskan rasa cemburu antara satu sama lain. Dasar

British yang mengutamakan pembangunan di bandar telah menimbulkan ketidakpuasan hati

kepada sesetengah kaum. Kemuncaknya dapat dilihat semasa peristiwa 13 Mei yang telah

mengorbankan banyak nyawa. Bagaimanapun, rancangan-rancangan pembangunan telah

membawa perubahan yang besar dalam konteks hubungan etnik masyarakat iaitu tiada

diskriminasi yang berlaku dan semua kaum berhak untuk melibatkan diri dalam bidang yang

mereka mahu. Strategi yang diambil ialah melaksanakan dasar penggantian import dengan

menggunakan sumber-sumber tempatan sebagai input dalam kegiatan perindustrian tapi tidak

menggalakkan. Akibatnya, dasar tersebut diganti dengan dasar yang berorentasikan eksport

mulai tahun 1970-an yang sebahagian besarnya bergantung kepada pelaburan asing untuk

menyediakan modal, kepakaran peluang pekerjaan dan kesampaian barangan ke pasaran

antarabangsa. Oleh itu, pembangunan ekonomi dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia

harus dilihat dari pelbagai sudut khususnya dari perspektif sejarah perkembangan dan

pembangunan negara ini sendiri.

2

Page 3: 1dsd

KONSEP MODENISASI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

Modenisasi adalah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan ataupun menerangkan

tentang kemajuan atau kemodenan yang dialami oleh suatu masyarakat dunia pada umumnya.

Perubahan yang dialami oleh suatu masyarakat berlangsung secara berencana dan tidak

berencana. Perubahan berencana ialah suatu proses transformasi atau perubahan dalam

segala aspek kehidupan masyarakat telah dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuhi

oleh semua bangsa atau negara. Ini diibaratkan sebagai modenisasi atau pembangunan.

Manakala perubahan tidak berencana ialah suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak

disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana. Perubahan tidak berencana juga

diistilahkan sebagai pembaratan. Konsep modenisasi merangkumi semua aspek kehidupan

manusia yang mana lebih tertumpu kepada satu bentuk kehidupan barat dan secara tidak

langsung ianya dapat mempengaruhi sesuatu masyarakat dari beberapa aspek, termasuklah

kebudayaan, sosial, cara hidup dan lain-lain lagi.

Modenisasi juga merujuk kepada unsur-unsur moden daripada dunia maju di bawa

masuk ke dalam Negara sedang membangun. Negara-negara maju adalah Negara-negara

Amerika Utara seperti Amerika Syarikat dan Kanada serta negara-negara maju di Eropah Barat

seperti United Kingdom, Perancis, Belanda, Jerman dan sebagainya. Melalui proses

modenisasi ini Negara-negara sedang membangun seperti negara kita iaitu Malaysia akan

terdedah kepada unsur-unsur moden dan budaya barat. Unsur-unsur Barat ini adalah berbeza

dari masa ke semasa. Pengaruh pada zaman penjajahan dan awal kemerdekaan adalah

berbeza dengan tahun-tahun selepas merdeka dan sejak akhir tahun 1990-an hingga kini.

Contohnya, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang canggih yang sedang

berkembang pada zaman sekarang adalah salah satu modenisasi yang dapat dikawal dengan

lebih berkesan. Kemajuan dan perkembangan teknologi ini adalah lebih bersifatkan sebagai

‘unsur-unsur yang positif’ bagi perkembangan pembangunan negara.

Konsep pembangunan dari segi pendekatan ekonomi dalam konteks Malaysia terdapat

pelbagai rancangan, pelan dan strategi telah dilakukan oleh kerajaan untuk pembangunan

negara. Pembangunan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi adalah dua istilah yang penting

dalam konsep pembangunan ekonomi dan harus difahami dengan teliti. Pertumbuhan ekonomi

merupakan prasyarat untuk pembangunan ekonomi dalam usaha untuk membentuk identiti bagi

3

Page 4: 1dsd

sesebuah negara dari perspektif ekonomi. Menurut Berger (Dalam Hazil (1990:18) “...Dalam erti

kata yang seluas-luasnya, ‘pembangunan ekonomi’ adalah difahami sebagai suatu proses yang

menyebabkan sesuatu negara miskin menjadi kaya. Kadang-kadang negara yang kaya menjadi

lebih kaya lagi...’. Berdasarkan ini, kedua-dua istilah ini bertujuan untuk menambahbaikkan taraf

hidup dengan melibatkan beberapa syarat-syarat untuk memperbaiki perkembangan

masyarakat secara keseluruhan dari perspektif pembangunan ekonomi.

Oleh itu, pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak berhubung kait dengan

peningkatan pendapatan per kapita, pengeluaran ataupun jumlah eksport, tetapi ia perlu

dikaitkan dengan kualiti hidup masyarakat, kemampuan penyelesaian masalah kemiskinan,

keperluan asasi manusia, keupayaan mendapat tempat perlindungan, keupayaan memperoleh

peluang pekerjaan, dan sebagainya. Pembangunan ekonomi bertujuan untuk menaikkan taraf

hidup ekonomi sebahagian besar masyarakat. Bahawa pencapaian yang tinggi dalam bidang

ekonomi boleh menjadi asas yang kukuh bagi memajukan atau membangunkan bidang-bidang

lain seperti pelajaran, kemasyarakatan dan kebudayaan. Maka, pembangunan tidak boleh

terbatas kepada hal-hal ekonomi sahaja. Sebaliknya, meliputi semua bidang kehidupan

masyarakat.

4

Page 5: 1dsd

5

Page 6: 1dsd

CARTA GARIS MASA PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA

6

Draf Rancangan Pembangunan

(1951-1955)

Rancangan Malaya Pertama

(1956-1960)

Rancangan Malaya Kedua

(1961-1965)

Rancangan Malaysia

Pertama (1966-1970)

Rancangan Malaysia Kedua

(1971-1975)

Rancangan Malaysia Ketiga

(1976-1980)

Rancangan Malaysia

Keempat (1981-1985)

Rancangan Malaysia Kelima

(1986-1990)

Rancangan Malaysia

Keenam (1991-1995)

Rancangan Malaysia

Ketujuh (1996-2000)

Rancangan Malaysia

Kelapan (2001-2005)

Rancangan Malaysia

Kesembilan (2006-2010)

Rancanagan Malaysia

Kesepuluh (2011-2015)

Page 7: 1dsd

SEJAUHMANAKAH PROSES DAN TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN DALAM DASAR-

DASAR YANG BERKAITAN DENGAN EKONOMI DAPAT MEMUPUK HUBUNGAN ETNIK

YANG HARMONIS DI MALAYSIA

Dasar-dasar sesebuah negara adalah elemen yang amat penting dalam sistem pentadbiran dan

pemerintahan negara tersebut. Dasar-dasar ini dikatakan sebagai rangka asas bagi

pelaksanaan rancangan kerajaan untuk mencapai objektif agar kepentingan masyarakat dan

negara dijaga. Kerajaan mempunyai bermatlamat untuk memupuk semangat hubungan etnik

yang harmoni. Oleh itu, kerajaan melaksanakan agenda tersebut melalui perancangan dan

pelaksanaan dasar-dasar tertentu. Salah satu usaha bagi melaksanakan agenda ini adalah

perkenalan konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan slogan

"rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Konsep ini bertujuan untuk melahirkan bangsa

Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran globalisasi. Di

samping itu konsep ini juga bertujuan memperkukuhkan hubungan pelbagai etnik di negara

ini. Selain itu, kerajaan juga telah memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang

sosioekonomi yang akan memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai etnik

serta menjalin integrasi nasional. Semua kaum harus melibatkan diri dalam perancangan

negara secara langsung ataupun tidak langsung untuk membentuk keharmonian di negara kita

sehingga kini. Terdapat pelbagai dasar-dasar yang berkaitan dengan ekonomi yang dapat

memupuk hubungan yang harmonis antara pelbagai etnik di negara kita.

Salah satu dasar ekonomi yang dapat memupuk hubungan etnik di negara kita adalah

Rancangan Malaysia. Rancangan Malaysia ialah rancangan lima tahun pembangunan

kerajaan Malaysia. Khasnya, Rancangan Malaysia Ke-9 yang akan mendorong Misi Nasional

ke arah mencapai Wawasan 2020. Berdasarkan pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad

Badawi, Rancangan Malaysia ke-9 merupakan kesinambungan perancangan kerajaan untuk

membentuk negara yang maju dari segi ekonomi, seimbang dari segi pembangunan sosial,

memiliki masyarakat bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju

dan berpandangan jauh. Melalui RMK 9 ini kerajaan mengenal pasti bahawa kedudukan makro

ekonomi negara kita haruslah stabil agar usaha pembangunan dapat dijalankan dengan lebih

berkesan dan tekanan inflasi dapat dikawal serta memastikan dasar fiskal dapat

memperkukuhkan pertumbuhan negara.

7

Page 8: 1dsd

Lima teras utama bagi RMK9 ialah meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih

tinggi, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas

pertama, menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara

membina dan produktif, meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup dan mengukuhkan

keupayaan institusi dan pelaksanaan. Melalui Misi Nasional pada tahun 2006-2020, satu rangka

kerja telah dirangka untuk melaksanakan agenda pembangunan negara dengan menggariskan

langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh 15 tahun akan datang. Bidang utama

meliputi keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global, pembangunan modal insan,

integrasi nasional, hubungan antara kaum, pengagihan pendapatan dan kekayaan serta mutu

pembangunan hidup rakyat. Dengan itu, kita dapat memperoleh hasil lebih baik dan impak

pembangunan lebih ketara.

Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang

perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui

kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam

aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu

mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia

mampu mencapai matlamat RMK-9. Kesan daripada rancangan ini ialah masyarakat dari

pelbagai etnik dapat menikmati kemudahan infrastruktur dan pembangunan yang telah dibina

seperti Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri Johor, Pelabuhan

Tanjung Pelepas, Lapangan Terbang Senai dan Program Sekolah Angkat di kawasan luar

Bandar yang miskin.

Selain itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga salah satu dasar sosioekonomi di

Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato'

Hussein. DEB bermatlamat untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia

telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya

membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang

pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ia juga dapat mempercepatkan

proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan

ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut

fungsi ekonomi.

Kerajaan melancarkan satu bentuk perancangan iaitu, Dasar Ekonomi melalui

Rancangan Malaysia Kedua. Kerajaan merancang DEP, apabila menyedari bahawa

pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu

8

Page 9: 1dsd

padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing

dengan kaum yang lain. Antara faktor yang penting bagi isu kemiskinan adalah ketegangan

antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta. Kerana, berbanding dengan kaum-

kaum lain orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan di negara kita. Dan juga didapati

orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain

walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. Oleh itu, DEB telah dirancang

sebagai satu program jangka panjang, iaitu selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga

tahun 1990.

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, pelbagai

strategi telah ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan

kawasan bandar. Strategi Kerajaan bagi mengurangkan kemiskinan di luar bandar telah

dititikberatkan kepada golongan petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, buruh

perladangan, penduduk kampung baru, dan buruh kasar. Usaha-usaha ini melibatkan beberapa

buah badan berkanun, iaitu FELDA, RISDA, FELCRA, MADA, KADA dan MAJUIKAN. Usaha-

usaha pembangunan ini juga telah disalurkan menerusi kegiatan Gerakan Koperasi yang telah

lama wujud di kawasan-kawasan desa. Di antara program yang telah dilaksanakan ialah

pembukaan, penerokaan, dan pembangunan tanah-tanah baru, bantuan peralatan pengeluaran

pertanian, khidmat-khidmat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan

pembukaan pusat-pusat kemajuan yang baru. Dengan ini, peluang-peluang pekerjaan dan

peluang-peluang mendapatkan kemudahan awam telah diperbaiki untuk mempertingkatkan

taraf dan kualiti hidup.

Kerajaan juga telah mengkaji semula ukuran Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Banyak perubahan telah berlaku dari segi struktur harga, corak perbelanjaan dan taraf hidup

rakyat sejak 1977 apabila PGK diperkenalkan buat pertama kalinya. Di samping membolehkan

maklumat mengenai kemiskinan yang lebih tepat diperoleh, PGK yang baru akan membantu

meringankan beban golongan yang nyata miskin tetapi tidak dikategorikan miskin di bawah

PGK lama, contohnya golongan miskin di bandar. Berdasarkan PGK baru, kadar kemiskinan

dalam negara berada di tahap 5.7 peratus dan miskin tegar di tahap 1.2 peratus pada 2004.

Kerajaan menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8

peratus dan membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang 2010. Program membasmi

kemiskinan akan memberi tumpuan kepada usaha bina upaya di kalangan golongan miskin

dengan menambah baik akses kepada pendidikan dan kemahiran, memupuk nilai positif serta

membina keyakinan dan motivasi diri. Ini bertujuan menggalakkan penyertaan golongan

9

Page 10: 1dsd

berpendapatan rendah secara aktif dalam aktiviti ekonomi. Bagi menyokong penyertaan

golongan miskin di dalam arus ekonomi perdana, akses kepada kemudahan pembiayaan akan

dipertingkatkan dan prasarana lebih baik akan disediakan. Program khusus akan dilaksanakan

bagi menangani kemiskinan di kawasan luar bandar dan bandar, di kalangan Bumiputera di

Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli.

Selain itu, terdapat juga beberapa strategi untuk menyusun semula masyarakat di

negara yang ditangani oleh kerajaan kita. Selepas merdeka, kerajaan kita mengenal pasti

beberapa masalah politik, ekonomi, dan sosial yang diwarisi di Malaysia. Disebabkan pihak

penjajah memerintah Tanah Melayu berdasarkan pemerintahan “pecah dan perintah”,

perpaduan di kalangan rakyat negara telah terjejas pada ketika itu. Oleh itu, kerajaan

melaksanakan usaha tidak merampas hak milik kaum-kaum lain dan membuat pembahagian

faedah perkembangan dan kemajuan ekonomi secara adil supaya keadaan tidak seimbang

dapat dikurangkan. Di samping itu, kerajaan juga mewujudkan suasana bagi menggalakkan

semua golongan dan lapisan rakyat, usaha juga ditumpukan ke arah mempercepatkan kadar

kemajuan bumiputera supaya jurang perbezaan antara bumiputera dang bukan bumiputera

dapat dihapuskan. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi

kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa

kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Perpaduan antara pelbagai etnik juga dapat dipupuk melalui Dasar Ekonomi Baru. Setelah

tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional

yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Seterusnya, Dasar Penswastaan juga salah satu dasar yang boleh memupuk

hubungan etnik yang harmonis di negara kita. Dasar Penswastaan telah diperkenalkan pada

tahun 1983 selepas Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia. Ia diasaskan

atas dasar bahawa pemindahan kepada sektor swasta tentang kepentingan, aktiviti dan fungsi-

fungsi yang secara tradisi adalah tanggungjawab Kerajaan akan membawa beberapa

perubahan positif kepada organisasi, pengurusan dan prestasi perbadanan awam. Pada

dasarnya, penswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang

tertentu kepada sektor swasta. Dasar Penswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif

seperti mengurangkan bebanan kewangan kerajaan, meninggikan kecekapan dan penghasilan

kerja, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, pembahagian sumber serta kecekapan, dan

mempercepatkan pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dengan memberi lebih

banyak peluang kepada pihak swasta, kerajaan dapat mewujudkan lebih banyak penyertaan

10

Page 11: 1dsd

syarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi

kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru itu.

Selain itu, Dasar Penswastaan telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi melalui

pelabuhan yang lebih besar dan membawa kepada pengembangan sektor koprat. Lebih

banyak syarikat swasta yang dapat di wujudkan yang dengan secara tidak langsung dapat

meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pihak kerajaan pula dapat

mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan dari syarikat-syarikat yang

berkenaan. Dasar Penswastaan juga memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia melalui

tawaran awam kepada orang ramai dan juga pelabur institusi seperti amanah negeri saham,

Koperasi Polis Diraja Malaysia, Permodalan Nasional Berhad dan sebagainya. Ini telah

memajukan kualiti kehidupan bumiputera dan bukan bumiputera serta mengurangkan jurang

antara satu sama lain. Ini dapat melahirkan hubungan etnik yang harmonis di negara kita.

Berdasarkan kepada angka perbelanjaan dan peruntukan-peruntukan pembangunan

awam, sektor swasta pula mengkaji keupayaan mereka dalam mengurus dan mengambil alih

harta-harta yang akan diswastakan. Pengawasan dan penilaian yang rapi terhadap

perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan juga merupakan sebahagian dari program

penswastaan. Tingkat kecekapan daya pengeluaran, daya persaingan yang sihat serta tingkat

harga yang dikenakan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan perlu diawasi untuk

menilai kos dan faedah dari perkhidmatan yang diswastakan. Walau bagaimanapun, jika dasar

ini dikaji secara mendalam dan dipraktikkan secara sempurna selepas mengambil kira

kemungkinan penyalahangunaan kuasa monopoli di atas, ianya akan dapat menyediakan satu

perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan murah pada pengguna penggunanya, yang mana

secara tidak langsung akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan

negara. 

Program perindustrian di Malaysia juga telah mula dipergiatkan pada tahun 1960-an sebagai

satu usaha ke arah mempelbagaikan asas ekonomi negara yang bergantung kepada

pengeluaran getah dan bijih timah. Sektor perindustrian memainkan peranan dalam

pembangunan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah menggubal Pelan

Induk Perindustrian (PIP) pertama yang meliputi tempoh, iaitu dari tahun 1986 hingga 1995.

Dasar Perindustrian Negara yang digubal melalui PIP telah membuktikan keazaman kerajaan

untuk memajukan lagi proses perindustrian negara supaya sektor ini dapat memberi

sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Negara kita berhasrat untuk

menjadi negara pengeksport bersih bagi makanan menjelang 2010. Bagi merealisasikan

11

Page 12: 1dsd

matlamat yang telah ditetapkan, sebanyak RM11.4 bilion atau 5.7 peratus daripada keseluruhan

peruntukan pembangunan diperuntukkan kepada sektor pertanian, peningkatan 70 peratus

berbanding peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan ke luar

untuk mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi. Oleh itu, kerajaan telah

menumpukan perhatian kepada pengeksportan keluaran-keluaran perkilangan secara besar-

besaran. Masalah pasaran yang kecil telah menjadi satu faktor penghalang bagi industri-industri

tempatan mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan lebih kompetitif. Selain itu, dengan

penggubalan dasar perindustrian, perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dapat

dikurangkan dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan industri- industri di kawasan yang

telah sedia mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Penubuhan industri-industri

diutamakan di sepanjang western corridor di pantai barat Semenanjung yang mempunyai

hampir 75 - 80 peratus penduduk dan di mini koridor di pantai timur. Semenanjung, dengan

tumpuan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, dan di bandar-

bandar di Sabah dan Sarawak seperti Kota Kinabalu,Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Sibu

dan Bintulu.

Kerajaan juga menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai

keupayaan inovasi tinggi untuk menyertai rantaian pembekal dunia. Antara projek utama yang

akan dilaksanakan bagi mempertingkat sektor pembuatan, termasuk peluasan Taman

Teknologi Tinggi Kulim, penubuhan Taman Teknologi Sarawak dan Taman Teknologi Perak,

pembangunan 20 taman industri dan PKS di seluruh negara serta menaiktarafkan prasarana di

kawasan industri sedia ada. Kerajaan juga akan membangunkan beberapa kelompok industri,

iaitu kelompok industri elektrik dan elektronik (E&E) di Pulau Pinang dan Taman Teknologi

Tinggi Kulim dan kelompok industri petrokimia di Pahang dan Terengganu. Kerajaan juga

memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong industri-industri eksport. Industri

yang sedia ada juga dikehendaki menubuhkan ushanama dan konsortium untuk mengukuhkan

kedudukan daya saingan mereka di pasaran eksport. Oleh itu, suasana perdagangan yang

liberal telah digunakan untuk mengurangkan perlindungan industri domestik secara peringkat.

Melalui Dasar Perindustrian juga taraf hidup Masyarakat negara kita dapat dipertingkatkan.

Seterusnya, pembangunan sektor pertanian dalam tempoh Rancangan Malaysia

Ketujuh (RM7) terus berpandukan kepada Dasar Pertanian Negara. Dasar ini merupakan satu

garis panduan untuk membantu Kerajaan dan sektor swasta membangunkan sektor pertanian.

Pembangunan sektor pertanian bukan hanya dapat menjana sumber pertumbuhan baru, malah

12

Page 13: 1dsd

dapat membantu usaha merapatkan jurang sosioekonomi di dalam negara, sekali gus

memenuhi agenda membasmi kemiskinan. Dengan itu, kerajaan akan membangunkan program

'Pertanian Baru' dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan nilai rantaian serta

meneroka aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi;

perladangan komersial berskala besar dan menggunakan ICT serta memanfaatkan sepenuhnya

potensi dalam bioteknologi.

Dasar Pertanian Negara juga meningkatkan Pewujudan Pekerjaan Sejumlah 1.6 juta

pekerjaan seperti yang telah diwujudkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan. Untuk

meneruskan pertumbuhan ekonomi, kerajaan turut meletakkan kepentingan tinggi kepada

pekerjaan baru bagi memastikan kadar pengangguran kekal rendah dan memastikan siswazah

dan tenaga kerja mahir memperoleh pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka. Rakyat

perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang memenuhi keperluan majikan. Bagi

merealisasikan tujuan ini, latihan berfungsi telah disediakan bagi membekalkan kemahiran

spesifik kepada tenaga kerja supaya mereka kekal relevan dengan keperluan industri.

Selain itu, Dasar Pertanian Negara dilaksanakan untuk mengurangkan jurang

pembangunan antara kawasan luar bandar dengan bandar dan antara wilayah yang kurang

membangun dengan wilayah yang membangun, kerajaan menambah peruntukan

pembangunan luar bandar serta pembangunan wilayah kurang membangun. Bagi tujuan ini,

Koridor Utara Semenanjung yang merangkumi kawasan di negeri Perlis, Kedah, Perak Utara

dan Seberang Perai; Koridor Timur yang merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang Timur

serta Sabah dan Sarawak akan dibangunkan. Selain itu, pusat pertumbuhan baru juga dikenal

pasti bagi menjana pembangunan negara seterusnya. Wilayah Ekonomi Johor Selatan

dibangunkan secara komprehensif dan sistematik. Di samping itu, pembinaan Jambatan Kedua

Pulau Pinang menjadi satu kemudahan bagi rakyat dan merangsang pertumbuhan di kawasan

berdekatan, merangkumi Pulau Pinang, Kedah dan Perak Utara serta memangkinkan kegiatan

ekonomi.

Di samping itu, sektor pertanian khususnya sektor-sektor kecil tanaman industri dan

perhutanan juga menjadi pembekal utama bahan mentah kepada industri berasaskan sumber.

Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK menjadi lebih penting apabila lebih banyak bahan

mentah pertanian diproses dan dijadikan produk akhir untuk dieksport. Bagi menampung

pengeluaran dalam negara dan memenuhi permintaan yang kian bertambah daripada industri

hiliran, perolehan strategik bahan mentah melalui pelaburan di luar negara diusahakan.

13

Page 14: 1dsd

Seterusnya, dasar yang berkaitan dengan ekonomi yang dapat memupuk hubungan

etnik yang harmonis di Malaysia ialah Model Ekonomi Baru (MEB). Model Ekonomi Baru

(NEM) merupakan dasar yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia kini, Datuk Seri Najib

Tun Razak pada 30 Mac 2010. MEB terbahagi kepada dua fasa. Fasa 1 bermula pada 30 Mac

2010. Sementara Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Apabila, DEB dihentikan pada tahun 1990 polisi-polisi lain telah digubal dan dilaksanakan

untuk menggantikan DEB. Model Ekonomi Baru berteraskan kepada peningkatan produktiviti

pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih inovatif

dan kreatif di samping lebih masa. Lonjakan berganda daya pengeluaran akan berlaku.

Generasi muda terpaksa menerima liberalisasi perdagangan dan terpaksa bersaing dalam

dunia global. Ini menyebabkan MEB menjadi dasar agar Malaysia dapat menganjakkan

kedudukan ekonominya daripada peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan

tinggi. Disebabkan, sektor ekonomi tempatan tidak cukup besar negara kita sangat bergantung

pada sektor luar (external) iaitu, Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan

antarabangsa. Oleh itu Malaysia terpaksa membuka sektor-sektor ekonomi tertentu.

Menurut Amirsham A. Aziz, MEB tidak akan mempunyai kuota pemilikan berdasarkan

kaum. Semua kuota pemilikan berasakan kaum dihapuskan secara beransur dan digantikan

langkah-langkah meningkatkan keupayaan untuk semua. Dasar ekonomi sekarang lazimnya

menyasarkan ekuiti, pekerjaan dan sebagainya. Sasaran MEB ialah golongan bawahan 40

peratus kumpulan berpendapatan rendah. Berhubung penyertaan Bumiputera, MEB akan

meningkatkan lagi kapasiti usahawan dan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum

sepanjang pelaksanaannya. Pendekatan yang terbaik akan dikaji bagi menyokong bidang

ekonomi utama yang disasarkan dalam MEB. Teras utama MEB ialah tidak ada kuota

pemilikan. Namun kapasiti perniagaan bumiputera akan disokong supaya mereka boleh

menjalankan perniagaan yang lebih baik. Ini menunjukkan bahawa dasar ini tidak digubal

berasaskan kaum dan ia boleh menjalin hubung etnik yang harmonis di negara kita.

Keseluruhannya, sejak merdeka kerajaan kita merancang dan menjalankan

pembangunan ekonomi yang membawa hasil yang sangat positif. Pihak kerajaan juga berusaha

menangani pelbagai masalah ekonomi yang tidak seimbang kesan daripada dasar ekonomi

penjajah. Ekonomi pada masa dahulunya ialah berteraskan pertanian tetapi, kini ekonomi

negara kita telah pun berubah kepada ekonomi yang berorientasikan industri, eksport, teknologi

maklumat dan K-Ekonomi. Oleh itu, bukti bagi kejayaan pembangunan ekonomi negara kita

14

Page 15: 1dsd

ialah peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup rakyat ke arah positif. Di

samping itu, pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam konteks

hubungan etnik. Secara umum, kita dapat mengatasi kemiskinan tanpa mengira golongan etnik

walaupun masalah ini belum diselesaikan dengan sepenuhnya. Manakala penyusunan semula

masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara golongan etnik juga menjadi seimbang turut

mencatatkan hasil yang membanggakan. Proses pembangunan ekonomi juga telah

menyebabkan proses perpaduan antara kaum dapat diperkukuhkan. Sesungguhnya

pembangunan ekonomi mempunyai kaitan yang rapat dengan kesejahteraan sosial dan

kestabilan politik.

15

Page 16: 1dsd

RUJUKAN

Amir Hussin Baharudddin, (2004). Ekonomi Pembangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala

Lumpur: Percetakan Naz Sdn. Bhd.

Mohd ashraf Ibrahim, Mohd Aris Othman, Mohd Saleh Ismail, Chin Kuang Tiu (2013).

Hubungan Etnik, Siri Pendidikan Guru, Johor Bahru: Herald Printers Sdn. Bhd.

(2003). Malaysia Kita, Selangor: Internationaal Law Book Services

Wan Hashim (2011). Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara

Malaysia Berhad

LAMAN WEB

Aidila Razak. (2010). Mlaaysiankini : MPEN tak setuju kuota kaum diteruskan.

http://mmy.malaysiakini.com/news/128003 dilayari pada 30 Ogos 2015.

Dr Rosli Yaakop (2006) Rancangan Malaysia Ke 9: Gambaran Wajah Malaysia Dalam Tahun

2020 : http://drrosliyaakop.blogspot.com/2006/07/rancangan-malaysia-ke-sembilan-

rmk9.html. Dilayari pada 1 September 2015

Nurul Izzah Binti Noor Zainan , Abdul Ghafar Ismail (2013). Musyarakah Mutanaqisah: Isu dan

Cabaran, Kesan Terhadap Pembangunan Ekonomi. PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1

(2013) 406 - 413 ISSN: 2231-962X :

16

Page 17: 1dsd

http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_2B2.pdf dilayari pada 31

Ogos 2015

Portal 1Klik: pmr.penerangan.gov.my

Zaliza Mohd. Nasir, Norlin Ahmad(2009). Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan

Praktik :

http://eprints.utm.my/14763/1/ZalizaMohd.Nasir2009_PembangunanSosialdalamHubung

anEtnik.pdf dilayari pada 30 Ogos 2015

17

LA

MP

IR

AN