199780189-pantang-larang-etnik-di-malaysia.doc

11
Pantang larang bagi 3 kaum etnik di Malaysia. Perkahwina n Kematia n Amalan Harian Kelahir an PANTANG LARANG ETNIK DI MALAYSIA

Upload: teokimmoi

Post on 15-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 199780189-Pantang-Larang-Etnik-di-Malaysia.doc

Pantang larang bagi 3 kaum etnik di Malaysia.

Perkahwinan

Kematian

Amalan Harian

Kelahiran

PANTANG LARANG ETNIK DI MALAYSIA

Page 2: 199780189-Pantang-Larang-Etnik-di-Malaysia.doc

Definisi Pantang Larang

Sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukan disebaliknya.

Kepentingan Pantang Larang

Mencegah keburukan

Membentuk individu yang berguna dan berdisiplin

Sebagai pengawal peribadi

Kelahiran Kaum Melayu (sebelum lahir/semasa mengandung)

1. Melenggang perut/kirim perut

Upacara dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung

Kandungan berusia dalam lingkungan 7/8 bulan

Bertujuan untuk membuang geruh/kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil dan bagi membetulkan kedudukan bayi dalam perut.

2. Pada awal kandungan wanita mengandung dilarang memakan nanas muda/tebu/tembikai

Nanas muda mampu mengakibatkan keguguran

3. Tidak boleh mendera binatang

Dikhuatiri anak yang dilahirkan mempunyai ciri-ciri haiwan tersebut

Suami turut berpantang perkara yang sama

4. Mengamalkan minum air soya

Supaya anak menpunyai kulit yang putih

5. Tidak boleh keluar rumah pada waktu senja

Nanti diganggu makhluk halus

6. Dilarang duduk di tangga rumah

Mengalami kesukaran sewaktu bersalin

7. Dilarang mencaci atau mengumpat / membuat fitnah / iri hati

Ibu mengandung akan mengalami kesulitan ketika melahirkan anak

Rasionalnya perkara ini bertujuan untuk memupuk rasa hormat dalam diri

Page 3: 199780189-Pantang-Larang-Etnik-di-Malaysia.doc

8. Dilarang memaku, memahat atau menggali lubang

Dikhuatiri anak yang dilahirkan akan mengalami kecacatan

Kelahiran Kaum Melayu (Selepas Besalin)

1. Makan nasi hanya 3 kepal

Menjaga badan

2. Tidak digalakkan minum air dalam kuantiti yang banyak

Luka lambat sembuh

3. Tidak boleh makan makanan bergoreng

Menjaga tubuh badan

4. Tidak boleh menyapu sampah

Boleh menyebabkan bentan

5. Cuci lantai/ tanggal pusat

Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin /Khamis

Kelahiran Bangsa Cina (sebelum lahir / semasa mengandung)

1. Tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku

Dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan

2. Wanita hamil jug perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang.

Ini bertujuan menghindari bayi dari terkana badi

3. Mereka juga digalakkan bekerja

4. Tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut

Bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja

5. Bagi menentukan sama ada bayi dalam kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat cina melihat bentuk perut wanita yang hamil terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut agak bulat, maka bayi perempuan, jika bujur maka bayi lelaki.

6. Dilarang makan daging arnab

7. Dilarang maka daging anjing

Page 4: 199780189-Pantang-Larang-Etnik-di-Malaysia.doc

Bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang terutama masa menyusu

8. Dilarang makan ketam

Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liur

9. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk seperti ais-krim dan tembikai

Kemungkinan mambawa kepada masalah keguguran bayi

Kelahiran Bangsa Cina (Selepas Bersalin)

1. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya.

Bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda anak tersebut akan menjalani kehidupan yang senang.

2. Mereka akan memerhatikan fizikal anak mereka dan percaya terlinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya

3. Mencukur rambut bayi

Beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara

Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Kelahiran Kaum India (Semasa Mengandung)

1. Adat Valaikaapu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga Sembilan bulan

2. Dilarang keluar rumah berseoran pada waktu malam

3. Dilarang tidur pada waktu siang / tidur berlebihan

4. Dilarang melakukan perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.

Kelahiran Kaum India (Selepas bersalin)

1. Membisikkan nama tuhan. Bertujuan membawa rahmat kepada bayi

2. Potong tali pusat

3. Menyapu madu untuk membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit serta memudahkan bayi bertutur.

Page 5: 199780189-Pantang-Larang-Etnik-di-Malaysia.doc

Perkahwinan orang Melayu

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengawal nafsu.

2. Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu untuk menjaga nama baik keluarga

3. Jangan bebas keluar ke mana-mana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik

4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin untuk mengelakkan perut buncit.

5. Elak makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering

6. Jangan bercermin terutama selepas maghrib

7. Elak minum air bergas

8. Kurang makan makanan yang manis

9. Elakan mandi malam

10.Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki.

Perkahwinan orang cina

1. Semasa hari pertunangan pengantin perempuan dilarang bunuh angsa pemberian pengantin lelaki.

2. Bakal pengantin lelaki tidak digalakkan untuk berkahwin pada bulan “hantu”

3. Majilis perkahwinan perlu mengikut protokol

4. Perkahwinan yang mempunyai nama keluarga yang sama adalah ditegah

5. Wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara-mara tidak boleh terlibat dengan masjils / menyentuh pakaian pengantin

6. Semasa menghadirin perkahwinan jangan pakai baju warna hitam

7. Orang yang kematian ahli keluarga tidak boleh memberi angpau kepada bakal pengantin

Perkahwinan orang India

Page 6: 199780189-Pantang-Larang-Etnik-di-Malaysia.doc

1. Bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.

2. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan calendar hindu tanpa kesilapan.

3. Upacara perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari naik

4. Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu.

5. Upacara perkahwinan harus dilakukan di rumah pengantin perempuan/kuil.

6. Pokok pisang dijadikan sebagai pintu gerbang dan dihias dengan cantik dan tidak boleh dibuang sesuka hati kerana dianggap suci.

Kematian Kaum Melayu

Tidak boleh bercakap dengan kuat walaupun berzikir atau membaca alat al-Quran ketika menghantar jemazah ke tanah perkuburan.

Kubur tidak boleh ditembok dan ditulisi di atasnya

Tidak boleh duduk di atas kuburan dan tidak boleh memakai alas kaki ketika berjalan di sela-sela kubur kecuali rumput di kawasan tersebut mempunyai duri.

Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan sebagai menghormati upacara tersebut.

Kematian Kaum Cina

Orang yang kematian ahli keluarga tidak boleh bagi bagi angpau/ hadiah kepada bakal pengantin.

Tangkisan mengungkit keburukan Si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku roh Si mati tidak akan tenteram dan Si mati akan terseksa.

Pakaian yang berwarna lain selain warna hitam tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda Si mata dan keluarganya.

Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut

Ahli keluarga tidak boleh memakai barang kemas

Semua cermin dalam perlu ditutup dengan kain atau kertas.

Tiada sambutan Tahun Baru Cina, pesta dan keramaian selepas upacara pengebumian.

Page 7: 199780189-Pantang-Larang-Etnik-di-Malaysia.doc

Kematian Kaum India

1. Gambar Si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik.

2. Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu

3. Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan

4. Sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir

5. Rumah perlu dibersihkan sebalik sahaja mayat dibawa ke kubur

Pantang larang amalan harian kaum Melayu

Dilarang bersiul dalam rumah

Tidak boleh duduk atas bantal nanti dapat bisul

Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam nanti didatangi sial

Pantang larang amalan harian kaum Cina

Tahun baru Cina jangan menyapu lantai rumah

Jangan menyucuk Chopstick pada makanan dalam keadaan tegak

Jangan cucu kain pada Tahun Baru Cina

Pantang larang amalan harian kaum India

Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama sekali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan

Jangan bersiul malam, ular akan masuk

Jangan asal pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibu bapa akan sentiasa bergaduh

Pantang Larang Kaum Etnik Sabah

Sewaktu mengandung

Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makluk halus.

Wanita hamil tidak boleh meminum/mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung anak sulung.

Wanita hamil tidak boleh memarut kelapa dan menyentuh santan kerana dikhuatiri akan menghadapi kesulitan semasa bersalin.

Page 8: 199780189-Pantang-Larang-Etnik-di-Malaysia.doc

Perkahwinan

Jika cuaca mendung, keberangkatan ke rumah pengantin lelaki perlu ditangguhkan sehingga cuaca cerah. Mereka percaya, pengantin yang terkena air hujan pada hari perkahwinannya kan mudah dihinggapi penyakit.

Jika berlaku kematian secara tiba-tiba dalam kampung itu pada hari perkahwinan, keberangkatan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga esok. Jika diteruskan juga, mereka percaya salah seorang daripadapasangan itu akan mati.

Sewaktu kedua-dua mempelai menuruni tangga danmeninggalkan rumah, mereka dilarang menoleh ke belakang. Kalau adat ini dilanggar, dipercayai salah seorang keluarga pihak perempuan akan dikahwini olehkeluarga pengantin lelaki. Amalan ini tidak digalakkanoleh kaum Murut.

Jika melalui jalan sungai, pengantin mestilah diangkat.Jikalau terkena air, dipercayai anak sulung pasangan ituakan mati.

Kematian

Mereka tidak boleh memecahkan barang-barang seperti gelas, mangkuk dan lain-lain barangan kerana ini menunjukkan petanda yang tidak baik.

Mereka tidak boleh membakar benda yang menjadi makanan.

Mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti menjahit baju, bertukang atau menganyam.

Mereka tidak boleh bersin di rumah si mati kerana ada kemungkinan kematian akan berlaku di rumah orang yang bersin tadi.Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci.

Mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti menjahit baju, bertukang atau menganyam.

Mereka tidak boleh bersin di rumah si mati keranaada kemungkinan kematian akan berlaku di rumah orang yang bersin tadi.

Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah simati tidak boleh dicuci.

Selepas pengebumian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan meninggalkan rumah si mati selama empat hari.

Sementara penduduk kampungnya pula tidak dibenarkan turun ke sawah selama dua hari.

Ini adalah sebagai upacara berkabung untuk si mati

Kalau baru pulang dari menziarahi upacara kematian tidak boleh terus masuk rumah mintak garam dari depan pintu dari ahli kelurga.siram kesemua badan kita dengan

Page 9: 199780189-Pantang-Larang-Etnik-di-Malaysia.doc

garam, di percayai menghalang sial dan penyakit dari mengikut masuk ke rumah perbuatan tu mesti dilakukan di luar rumah sebelum masuk.

Lain-lain

Anak dara tidak boleh ketawa kuat kuat nanti punti anak datang hisap darah.

Jangan kencing di busut/rumah anai-anai nanti anu bekudis.

Kalau kita susah hendak mengingati nama seseorang tandanya orang itu kedekut.

Kalau tidak mahu tersesat dalam hutan pakai baju terbalik.