1976

115
Logo dan Tema Hari Kebangsaan 1976 KETAHANAN RAKYAT Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan negara. Tema "KETAHANAN RAKYAT" ditulis melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini bulat dan bertangkup melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga berupa rebana

Upload: nor-azura-binti-mohamad

Post on 17-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sharing

TRANSCRIPT

Page 1: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

1976 KETAHANAN RAKYAT

Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan negara. Tema "KETAHANAN RAKYAT" ditulis melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini bulat dan bertangkup melambangkan keteguhan negara.

Rekabentuk ini juga berupa rebana ubi menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Bulatan tadi membendung perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima lembaga

Page 2: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

manusia juga mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.

1977

BERSATU MAJULogo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang di tengah-tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan. Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada bentuk hadapan perahu melambangkan empat

Page 3: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

prinsipRukun Negarayang lain, sementara bentuk hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang benar-benar timbul dari bumi negara ini.

Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau rupa bentuk unsur-unsur kebudayaan itu menandakan 20 tahum selepas merdeka. Empat tiang diperbuat drp.timah bagi menandakan kemajuan perdagangan dan perindustrian negara ini, sementara tiang yang paling tinggi diperbuat daripada kayu belian bagi menandakan keteguhan bumi Malaysia.

Di kelilingnya pula terdapat sebuah kolam dengan airnya berwarna biru laut bagi menandakan kekayaan hasil laut dan kemajuan para nelayan yang dialami sejak merdeka. Sementarajejambat kecil yang menyerupai petak-petak melintasi kolam membayangkan betapa teguh dan sistematiknya ekonomi pertanian negara ini. Jadi jelaslah bahawa logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian danPerindustrian) dan batiniah.

Page 4: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

 

 

Page 5: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

1978 KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN

Selaras dengan tema Hari Kebangsaan 1978 iaitu, "KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN", logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia). Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru seolah-olah bersendi dan bercantum yang mendedahkan perpaduan rakyat.

Bulatan yang terakhir pada logo ini

Page 6: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka 'XXI' yang memberikan erti 21tahum merdeka. Ringkasnya logo tahun ini memberikan penerangan babawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu.

1979

BERSATU BERDISIPLIN

Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-

Page 7: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

prinsip Rukunnegara dan juga rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara.

Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru, merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Selaras dengan tema tahun ini, logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan

Page 8: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

prinsip Rukun Negara dan dengan itu dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.

1980

BERDISIPLIN BERBAKTI

Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukun Negara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraan hidup hari-hari. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa

Page 9: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan 'bulat manusia kerana muafakat'. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisiplin.

Page 10: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

1981

BERDISIPLIN BERHARMONI

Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan dahulu. Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencerminkan garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan

Page 11: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

1982 BERDISIPLIN GIAT MAJU

Logo tahun ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi ciri-ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara.

Bulatan yang kelihatan menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Seperti digambarkan warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman

Page 12: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

25 itu dapatlah melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang untuk 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.

1983BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN

Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat

Page 13: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

dalam berbagai-bagai bidang.

Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang di dalamnya mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap

Page 14: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.

1984

AMANAH ASAS KEJAYAAN

Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema 'AMANAH ASAS KEIAYAAN'. Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara

Page 15: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

yang berdaulat berserta kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah serta juga daripada aspek-aspek lain.

1985 NASIONALISME TERAS PERPADUAN

Page 16: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema "NASIONALISIME TERAS PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut.

Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa rakyat Malaysia manakala

Page 17: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

bulatan kuning melambang negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotisme menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang cintakan negara.

1986

BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH

Logo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini melambangkan tema "BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH". Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan

Page 18: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa.

Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah itu. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan Raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukun Negara.

1987SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU

Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan

Page 19: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian. Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan.

Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukun Negara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan

Page 20: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha. Gabungan warna dan bentuk logo ini melambangkan tema SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU.

1988

BERSATU

Tema "BERSATU" pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di

Page 21: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia.

Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukun Negara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna kuning melambangkan sistem raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.

Page 22: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

1989 BERSATU

Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-petak berwarna-warni ini ibarat

Page 23: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

'anyaman' yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru menandakan rakyat di negara ini hidup aman damai

Page 24: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

berteraskan perpaduan nasional.

Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri, iaitu jalur yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama,

Page 25: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

menentukan adat resam dan kebudayaan serta mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat.

Petak-petak yang berbentuk empat

Page 26: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam

Page 27: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

mendukumg sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.

1990 BERJAYA

Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang

Page 28: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya.

Warna kuning

Page 29: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk

Page 30: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya.

Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan

Page 31: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.

1991 WAWASAN 2020

Logo Hari Kebangsaan 1991

Page 32: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan

Page 33: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

negara ini sebuah negara maju.

Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah

Page 34: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020 (dua puluh dua puluh) itu.

1992 WAWASAN ASAS KEMAJUAN

Page 35: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Rekabentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu

Page 36: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara di masa depan.

Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini

Page 37: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

adalah sebagai lambang masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan sosial dapat

Page 38: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

bergerak cergas menuju ke arah matlamat yang dicita-citakan.

Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksud masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup

Page 39: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil, aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara 'maju' di masa depan.

1993 BERSATU MENUJU WAWASAN

Page 40: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Rekabentuk:

Bentuk hampir bulatan : Menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan.

Warna:

Page 41: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Merah dan putih : Melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan.

Page 42: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Biru : Menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan menerusi wawasan yang dicita-citakan.

Page 43: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Kuning : Menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan.

Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna di atas melambangkan

Page 44: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia

1994 NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN

Tema: Nilai Murni

Page 45: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Jayakan Wawasan Bentuk hati dan anak panah : Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik

Page 46: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk 'hati kecil' melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni.

Warna merah dan biru pada bentuk 'hati besar'

Page 47: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat.

Secara keseluruhannya rekabentuk logo

Page 48: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

dan warna-warnanya melambangkan nilai murni bukan hanya terletak pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala

Page 49: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

perbuatan terletak pada niat di hati. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.

1995 JATIDIRI PENGERAK WAWASAN

Page 50: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Konsep Logo : Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Keterangan Rekabentuk : Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip

Page 51: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Rukunnegara.

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru pada logo tersebut berasaskan warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat Malaysia dari berbilang kaum, agama dan

Page 52: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

kebudayaan berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri.

Warna putih pada garisan yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga membawa maksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk

Page 53: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

keharmonian rakyat. Warna kuning membawa maksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat

Page 54: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

keberanian menempuh cabaran di dalam dan di luar negara. Warna biru membawa maksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera.

Secara

Page 55: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri

Page 56: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.

1996 BUDAYA PENENTU KECAPAIAN

Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif

Page 57: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi

Page 58: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

sebuah negara yang unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik.

Warna Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga.Warna merah melambangkan semangat

Page 59: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niat murni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersama. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa

Page 60: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

iaitu keharmonian pelbagai kaum.

1997 AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA

Reka bentuk : Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara (tangan berdoa) semoga masyarakat

Page 61: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna : Warna putih melambangkan akhlak mulia (hati

Page 62: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita dan wawasan negara.

1998 NEGARA KITA, TANGGUNGJAW

Page 63: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

AB KITA

Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas

Page 64: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia.

Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna

Page 65: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan Negara.

1999 BERSATU KE

Page 66: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

ALAF BARU

Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang

Page 67: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020.

Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat rakyat bersatu padu

Page 68: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

membentuk wawasan negara, Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.

Page 69: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

2000,2001,

2002,2003,

2004,2005,2006

KERANAMU MALAYSIA

Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan ini menggambarkan rasa kesyukuran dan

Page 70: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan

Page 71: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara.

Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning

Page 72: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi

Page 73: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu

Page 74: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

padu.

Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina,

Page 75: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi

Page 76: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di

Page 77: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

masa akan datang yang digambarakan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang bermaksu

Page 78: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

d vision atau wawasan.

2007 MALAYSIAKU GEMILANG

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia.

Page 79: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia

Page 80: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.

Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga

Page 81: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke

Page 82: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum

Page 83: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.

Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud

Page 84: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.

Page 85: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

2008 PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3

Page 86: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia

Page 87: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian

Page 88: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

rakyat.

Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan

Page 89: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

2009 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Logo berbentuk nombor satu dan

Page 90: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk

Page 91: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

membina satu Negara Bangsa.

2010 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu

Page 92: 1976

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Negara Bangsa.

20111MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA