180183301-penghayatan-pergerakan-dengan-lagu-docx.docx

9
1.0 Pengenalan Apresiasi muzik dengan pergerakan dalam prasekolah amat diperlukan serta haruslah sering dipraktikkan oleh guru semasa pembelajaran dan pengajaran (PDP). Melalui elemen muzik, murid prasekolah dapat memperoleh banyak manfaat semasa integrasi muzik dengan pergerakan dalam prasekolah. Secara langsung, elemen muzik juga dapat membina potensi murid prasekolah untuk berfikir kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pergerakan yang kreatif serta mencetus pengalaman estetik muzik dalam pergerakan. Dalam kursus PRM 3102, Apresiasi Muzik Dengan Pergerakan Prasekolah saya berpeluang menjurus kepada tajuk penghayatan pergerakan dengan lagu. 2.0 Penghayatan Pergerakan Dengan Lagu Apakah itu pergerakan? Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak- kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Ia memberi peluang kepada kanak- kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasikan melalui muzik secara pergerakan yang bersifat “ non verbal”. Oleh itu, respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak- kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semula jadi kanak- kanak memang suka bergerak.

Upload: amirulamir

Post on 29-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Page 1: 180183301-Penghayatan-Pergerakan-Dengan-Lagu-docx.docx

1.0 Pengenalan

Apresiasi muzik dengan pergerakan dalam prasekolah amat diperlukan serta

haruslah sering dipraktikkan oleh guru semasa pembelajaran dan pengajaran

(PDP). Melalui elemen muzik, murid prasekolah dapat memperoleh banyak

manfaat semasa integrasi muzik dengan pergerakan dalam prasekolah.

Secara langsung, elemen muzik juga dapat membina potensi murid

prasekolah untuk berfikir kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pergerakan

yang kreatif serta mencetus pengalaman estetik muzik dalam pergerakan.

Dalam kursus PRM 3102, Apresiasi Muzik Dengan Pergerakan Prasekolah

saya berpeluang menjurus kepada tajuk penghayatan pergerakan dengan

lagu.

2.0 Penghayatan Pergerakan Dengan Lagu

Apakah itu pergerakan? Pergerakan merupakan aktiviti yang

memenuhi aktiviti kanak- kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi

pembelajaran muzik. Ia memberi peluang kepada kanak- kanak untuk

melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan

menginterpretasikan melalui muzik secara pergerakan yang bersifat “ non

verbal”. Oleh itu, respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada

pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia

kanak- kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semula

jadi kanak- kanak memang suka bergerak.

Salah seorang tokoh muzik yang terkenal,

Dalcroze telah memperkenalkan kaedah

eurythmics. Kaedah ini telah menggabungkan

pergerakan, rentak dan improvisasi. Kaedah

Dalcroze menegaskan bahawa tindak balas seluruh

badan perlu aktif dalam mempelajari muzik. Tujuan

kandungan kurikulum iaitu kepekaan terhadap

rentak, kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot dikembangkan secara

serentak.

Page 2: 180183301-Penghayatan-Pergerakan-Dengan-Lagu-docx.docx

Eurythmics merupakan kaedah yang menggunakan pergerakan kinetik

untuk membina kemahiran dalam muzik.Kaedah ini merupakan kaedah yang

efektif bagi mewujudkan suasana dan pengalaman pembelajaran yang

bermakna. Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara total

ataupun menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta

emosi diri secara total di mana individu perlu mendengar, merasai,

berimaginasi kuat, menginterpretasi dan bertindak.

Menurut Dalcroze (1950), cara terbaik bagi kanak- kanak belajar

adalah dengan cara “melakukan” (learning by doing) kerana tubuh badan

adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik

dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang menginterasikan

telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara

improvisasi kepada muzik.

Dalam kaedah Dalcroze telah menegaskan bahawa tubuh badan

dianggap sebagai peralatan muzik dalam menginterpretasikan bunyi. Elemen

irama dan dinamik- berkait rapat dengan pergerakan. Pergerakan adalah

perlakuan ataupun aksi individu yang boleh berlaku secara automatis,

spontan mahupun terurus. Tindak balas seluruh tubuh badan perlulah aktif

dalam mempelajari muzik. Pergerakan secara terurus melibatkan

perancangan yang terlebih tersusun melalui postur, gerak isyarat dan

pelbagai pergerakan badan.

Dalcroze menekankan kepentingan hubungan masa, ruang dan tenaga

dan antara muzik dan pergerakan. Kaedah ini penting harus didedahkan

kepada kanak- kanak sejak awal umur lagi. Hal ini demikian, melalui muzik

dan pergerakan dapat mengembangkan kreativiti seseorang pelajar. Kanak-

kanak dapat menggunakan imaginasi dalam kreativiti untuk menghasilkan

pergerakan yang kreatif.

Selain itu, melalui elemen muzik juga dapat mengeratkan hubungan

antara guru dan rakan – rakan yang lain serta mewujudkan interaksi yang

positif, berkongsi pandangan, kemahiran berkomunikasi serta egosentrik

seseorang kanak- kanak, mengamalkan nilai- nilai murni serta beryakin

dengan diri sendiri. Di samping itu, kanak- kanak dapat mengintepretasikan

Page 3: 180183301-Penghayatan-Pergerakan-Dengan-Lagu-docx.docx

perasaan melalui lagu yang diperdengarkan serta mewujudkan ekspresi

seperti gembira, sedih, takut dan lain- lain. Tambahan pula, guru haruslah

mahir untuk memilih lagu yang bersesuaian dengan umur kanak- kanak. Guru

juga boleh menggabungjalinkan muzik dengan subjek yang lain untuk

pembelajaran dan pengajaran. Sekiranya murid dapat mempelajari sesuatu

pergerakan, mereka akan merasa gembira serta tidak akan berasa jemu

untuk belajar.

Semasa Guru hendaklah memastikan pergerakan yang diajar sesuai

dengan bahagian tubuh berdasarkan tempo, irama dan jenis gerakan. Murid

perlu berlatih dengan menggunakan pelbagai kemahiran dalam sesuatu

persembahan. Semasa pemilihan lagu, guru perlulah memilih tempo atau

irama yang sesuai dengan pergerakan bagi kanak- kanak. Guru juga

digalakkan untuk menggunakan semua deria semasa belajar. Kelima-lima

deria dapat digunakan semasa melakukan pergerakan (mata=melihat,

telinga=mendengar alunan muzik). Di samping itu, kanak- kanak dapat

meneroka gerakan tubuh badan mereka seperti mengawal pergerakan tangan

untuk menepuk dan kaki untuk menghentak,membuat pergerakan ombak dan

lain- lain.

Melalui aktiviti muzik dapat memberi peluang kepada kanak- kanak

untuk meluahkan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar

dan terlibat dalam aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak. Kanak-

kanak dapat meluahkan perasaan melalui gerakan tubuh dan bunyi. Murid

boleh memilih muzik perlahan mewujudkan perasaan yang sedih dan

sebaliknya muzik yang rancak bagi perasaan gembira. Muzik dapat

membantu kanak- kanak menggunakan minda bagi mengawal tubuh serta

menghilangkan perasaan yang negatif.

Selain itu, melalui muzik juga dapat meningkatkan daya pendengaran

seorang kanak- kanak. Kanak- kanak dapat menggunakan kemahiran yang

ada untuk membezakan nada bunyi tinggi dan rendah. Di samping itu, aktiviti

muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang kepada

kanak- kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian

kanak- kanak.

Page 4: 180183301-Penghayatan-Pergerakan-Dengan-Lagu-docx.docx

Muzik melibatkan pergerakan. Kanak- kanak membuat pergerakan

secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar. Muzik dapat

meningkatkan kemahiran motor serta menggalakkan koordinasi anggota

badam, mata dan tangan. Kanak – kanak akan menjadi peka kepada ruang

sekeliling mereka serta menggunakan ruang semaksima yang mungkin untuk

menghasilkan pergerakan. Kanak- kanak dapat menghasilkan pergerakan

yang seiring iaitu gerakan tangan dan kaki yang serentak mengikut irama.

Kanak- kanak akan bertindak secara fleksibel dalam membina koordinasi

keupayaan motor.

Tambahan pula, melalui aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat

memupuk keyakinan diri dalam kanak- kanak. bermula dengan menyanyi

secara berkumpulan diikuti menyanyi secara solo adalah asas latihan

keyakinan diri. Secara tidak langsung, kanak- kanak akan lebih yakin serta

berani berkongsi serta menyumbangkan idea kepada orang lain. Di samping

itu, aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak- kanak mengubah

suai seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.

Muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi. Pergerakan dapat

menggambarkan perwatakan kanak- kanak. Pergerakan juga dapat

melahirkan imaginasi kanak- kanak. Kanak- kanak dapat meluahkan rasa

melalui muzik.

Page 5: 180183301-Penghayatan-Pergerakan-Dengan-Lagu-docx.docx

KAEDAH UNTUK MENGEMBANGKAN POTENSI MURID PRASEKOLAH DALAM PENGHAYATAN PERGERAKAN DENGAN MUZIK

Langkah- Langkah Pelakasanaan

1) Guru menunjukkan kad warna kepada murid prasekolah. Murid

prasekolah haruslah memilih salah satu kad warna.

2) Setiap kad warna telah ditentukan dengan lagu. Murid perlulah

mendengar lagu sambil membuat pergerakan yang sesuai dengan

berasaskan lagu yang diperdengarkan.

Kad biru = lagu sedih ( Aku Sedih)

Kad merah = lagu gembira ( Kalau Rasa Gembira)

Kad hijau = lagu berkait dengan alam sekitar ( Pak Mamat ada kebun )

Kad kuning = lagu patriotik ( Jalur Gemilang )

3) Kanak- kanak perlu menghasilkan pergerakan yang sesuai mengikut pengalaman seseorang kanak- kanak bagi lagu yang dipilih. -berguling- meniarap- mengesot- berjalan sambil mengheret kaki - bergerak ke belakang dan depan- merangkak- langkah seperti raksaksa

Page 6: 180183301-Penghayatan-Pergerakan-Dengan-Lagu-docx.docx

Kesimpulan

Dalam kehidupan seharian, kanak-kanak berkomunikasi secara verbal

dan bukan verbal melibatkan pergerakan estetik yang menjurus kepada

isyarat yang merupakan gambaran kepada emosi dalaman, jiwa dan

pemikiran mereka. Oleh itu, muzik dan pergerakan adalah elemen penting

yang perlu ada dalam aktiviti dan program prasekolah. Pembelajaran dan

pengajaran serta pengalaman muzik, pergerakan dan nyanyian perlu

dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang kepada

kanak- kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar. Melalui

muzik, kanak- kanak dapat memperoleh keseronokkan, luahan perasaan,

keseimbangan emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan

kemahiran muzik.