1.6.2012

10
TAJUK KHUTBAH: “PERINGATAN ALLAH MELALUI PERISTIWA GERHANA BULAN” TARIKH: 11 REJAB 1433 1 JUN 2012

Upload: smkmnpk

Post on 04-Jul-2015

101 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.6.2012

TAJUK KHUTBAH:

“PERINGATAN ALLAH MELALUI

PERISTIWA GERHANA BULAN”

TARIKH:

11 REJAB 1433

1 JUN 2012

Page 2: 1.6.2012

Marilah Kita:

Tingkatkan ketaqwaan kepada Allah

Melaksanakan segala perintah-Nya

Mudah-mudahan kita memperolehi

keberkatan dan keredhaan serta

perlindungan Allah

Page 3: 1.6.2012

Fussilat (37)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya

ialah malam, siang, matahari dan bulan.

Janganlah sembah matahari mahu pun

bulan tetapi sembahlah Allah yang

menciptakannya, jika kamu hendak

sembah”

Page 4: 1.6.2012

Rasulullah SAW bersabda:"Bahawasanyamatahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya denganperubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidakberlaku gerhana kedua-duanya disebabkankematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu(gerhana matahari atau bulan), maka solatlahkamu (solat sunat gerhana) dan berdoalahkepada Allah sehingga cahaya matahari ataubulan tersingkap semula bagi kamu" (Riwayatal-Bukhari).

Page 5: 1.6.2012

AL QIYAMAH (7-9)

“ Maka apabila mata

terbelalak(ketakutan), dan apabila bulan

telah hilang cahayanya dan matahari dan

bulan dikumpulkan”.

Page 6: 1.6.2012

marilah sama sama kita tinggalkan segala perbuatanmaksiat sekiranya kita telah terlanjur dan jauhimaksiat sekiranya belum terjebak

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila berleluasamaksiat di kalangan umatku, nescaya Allah limpahkan azab di sisinya. Aku bertanya: YaRasulullah, sekiranya di kalangan mereka ituterdapatnya orang-orang soleh? Rasulullah SAW menjawab: Benar! Ummu Salamah bertanya: Kenapa orang yang soleh juga ditimpakan azab? Rasulullah SAW menjawab: Mereka ditimpakanazab bersama manusia yang lain kemudianmendapat keampunan Allah dan mendapatkeredhaan-Nya".

Page 7: 1.6.2012

Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku gerhana supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Page 8: 1.6.2012

Ummul mukminin Saiyidatina Aishah Radhiallahu „Anha berkata dalam riwayat al-Nasai yang mafhumnya: "Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah dihadapan orang ramai sambil memuji Allah SWT dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhanakedua-duanya berlaku bukan disebabkan matiatau hidup seseorang. Apabila kamu melihatterjadi gerhana matahari atau bulan, makahendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhanadan bersedekah serta memperbanyak mengingatiAllah. Sabda Nabi SAW: "Wahai umatMuhammad, jikalau kamu tahu apa yang akutahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyakmenangis".

Page 9: 1.6.2012

Sebagai usaha untuk melahirkan keteguhan dan

mengekalkan kekuatan iman yang ada dalam

diri umat Islam, mimbar menggariskan

beberapa nasihat untuk dijadikan pedoman

antaranya:

Pertama: Berfikir dan bertafakkur setiap kejadian

fenomena alam;

Kedua: Memperingati tentang nikmat syurga dan

azab neraka;

Ketiga:Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa

kepada Pencipta iaitu Allah SWT;

Page 10: 1.6.2012

Keempat:Menghitung,mempertingkatkan

dan memperkemaskan amal kebajikan

sepanjang masa; dan

Kelima :Bersegera memohon taubat kepada

Allah SWT di atas kealpaan dan

keingkaran mentaati perintah.