document1

16
1.0 PENGENALAN Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedahsosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik.Walau bagaimanapun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajarmempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikanmengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan. Ketidaksamaandalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkanpotensinya.Menurut Noriati A. Rashid Et. Al. (2011), ketaksamaan peluang pendidikanmerupakan salah satu isu yang hangat diperkatakan dan telah banyak merangsangpara pengkaji untuk membuat kajian tentang kesan sekolah, implak statussosioekonomi terhadap pencapaian dan ketaksamaan ra s serta etnik dalampencapaian akademik.Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadapanggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yangberpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakanindividu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal). Rakyat bawahan ataumarhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima sistem pendidikanyang berbeza. Konsep ini diteruskan lagi pada zaman penjajah. Golongan

Upload: kai-ying-pang

Post on 26-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

dsvavav

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANPendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedahsosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik.Walau bagaimanapun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajarmempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikanmengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan. Ketidaksamaandalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkanpotensinya.Menurut Noriati A. Rashid Et. Al. (2011), ketaksamaan peluang pendidikanmerupakan salah satu isu yang hangat diperkatakan dan telah banyak merangsangpara pengkaji untuk membuat kajian tentang kesan sekolah, implak statussosioekonomiterhadappencapaiandanketaksamaanrassertaetnikdalampencapaian akademik.Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadapanggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yangberpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakanindividu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal). Rakyat bawahan ataumarhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima sistem pendidikanyang berbeza. Konsep ini diteruskan lagi padazaman penjajah. Golongan pembesarmewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terusketinggalan.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 31062.0ISU-ISUBERKAITANKETAKSAMAANPELUANGPENDIDIKANDIMALAYSIA2.1IsuKetaksamaanPeluangPendidikanMuridOrangAsliMasyarakat orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan merupakanpenduduk peribumi negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yangmempunya beberapa suku kaum yang berbeza-beza dan kebanyakanmereka tinggal di dalam atau dipinggir hutan.Menurut Noriati A. Rashid Et. Al.(2011), pencapaian masyarakat orangAsli dalam pendidikan amatlah rendah berbanding kelompok etnik yang lain diMalaysia. Majoriti orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan keranainfrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggalmereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan masih tidakdiadakan. Di sekolah pula bekalan elektrik tidak mencukupi, prasarana sepertikipas, bilik darjah yang selesa dan kondusif idak dapat dinikmati sepenuhnyaoleh masyarakat ini.Di samping itu, golongan orang Asli yang berprestasi tinggi amatkurang dalam kalangan mereka kerana tiada sifat persaingan yang sihatdalam aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat orang Asli. Merekajuga agak ketinggalan dalambidang akademik mereka yang rendah.MenurutJHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan orang Asli masih berada padatahap rendah, di mana kadar keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998adalah tinggi iaitu 45% dan kadar buta huruf 49.2% (kadar nasional 6.4%).Golongan buta huruf juga bertambah

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106Selainitu,loghatbahasatempatandigunakandalamkehidupanseharian. Suasana persekitaran rumah seumpama ini tidak membantuseseorang kanak-kanak untuk memenuhi kehendak pembelajaran di sekolahyang memerlukannya menulis, membaca dan berkomunikasi denganmenggunakan bahasa formal. Jelaslah bahawa latar belakang seseorangkanak-kanak itu boleh menjadi satu kekangan atau halangan terhadappencapaiannya di sekolah. Kemahiran yang dikuasai dan nilai yang telahditerapkan semasa di rumah tidak dapat digunakan di sekolah keranakekurangan relatif.Jika dibandingkan dengan kanak-kanak kelas menengah di bandar,pendapatan keluarga dan pendididkan formal ibu bapa mereka adalah lebihtinggi dan tumpuan diberi kepada pendidikan di sekolah. Ibu bapa membelibahan-bahan untuk anak mereka dan menggalakkannya membaca sertamenggunakan bahasa yang lebih kompleks untuk berkomunikasi. Latarbelakang seumpama ini banyak memberi seorang kanak-kanak kelebihan darisegi peluang untuk lebih berjaya di sekolah. Berbanding dengan golongankanak-kanak ini, tidak mustahil mengapa kanak-kanak daripada kalanganbudaya tersekat mempunyai risiko keciciran sekolah yang tinggi(Sharifah,1995).2.3IsuKetaksamaanPeluangPendidikanMuridPeribumiIndegenous merujuk kepada penduduk Peribumi di pedalaman Sabah danSarawak. Pelbagai kaum dan etnik yang wujud di kedua-dua negeri ini.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosialdan budaya.Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon(2010), indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yangtinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahandunia luar. Mereka masih taksub kepada kehidupan yang dibina sejak dulu.Walau pelbagai usaha telah dilakukan, ketaksamaan peluang pendidikantetap berlaku. Mereka masih belum dapat menerima perubahan dalam duniapendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional.Sistem belajar asli masyarakat indigenous tradisional yangberpandukan pengalaman merupakan proses pendidikan yang manusiawi.Hal ini kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat danperkembangan manusia. Oleh kerana mereka merasakan sistem belajarmasyarakat mereka sangat bernilai, maka mereka tidak dapat menerimasistem pendidikan nasional dan budaya sekolah denganseadanya.2.4IsuKetaksamaanPeluangPendidikanMuriddiPedalamanMasyarakat pedalaman terutamanya di kawasan terpencil menghadapi isuketaksamaan peluang pendidikan kerana masih terdapat sekolah yang tidakmempunyai kemudahan asas.Menurut Noriati A. Rashid Et. Al. (2011), isu tentang kekurang guruterlatih masih wujud bagi sekolah rendah di kawasan pedalaman dan di luarBUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106bandar. Antaranya, terdapat kekurangan guru dalam bidang kritikal sepertisubjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris; kurangnya guru berkelayakanuntuk Pendidikan Khas; kurangnya guru lelaki yang berkelayakan mengikutopsyen ditempatkan di pedalaman menimbulkan masalah pengendalianaktiviti kokurikulum serta bilangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)masih ramai di sekolah pedalaman.Di sekolah menengah pula, sekolah pedalaman atau luar bandarbergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk kelengkapan sekolah. Hal iniberlaku kerana latar belakang dan sosioekonomi ibu bapa yang kurangmampu untuk membantu sekolah dari segi kelengkapan sekolah berbandingsekolah bandar di mana ibu bapa berpendapatan tinggi.Sekolah Kurang Murid (SKM) juga merupakan isu di kawasan luarbandar dan pedalaman. Seperti yang kita ketahui, sesebuah sekolah itudiiktiraf sebagai SKM jika mempunyai murid kurang daripada 100 murid. Olehitu, sekolah tersebut harus jalankan program kelas bercantum. Program inidijalankan bagi sekolah yang mengamalkan pengajaran secara kelas tanpamengabaikan kepentingan kepelbagaian murid yang berbeza dari sudut dayatanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi walaupun mereka dalamkumpulan umur yang hampir sebaya. Sebagai contoh, cantuman kelas Tahun2 dan Tahun 3 yang terbahagi kepada tiga tahap pencapaian iaitu cerdas,sederhana dan lemah. Oleh kerana tidak ramai murid yang akan hadir kesekolah, maka kadar keciciran akan meningkat di sekolah tersebut. Malahan,jurangpencapaianmuridakibatdaripadakurangnyamotivasiuntukbelajardiketengahkan dan dibincang. Hal ini akan menarik minat pelajar dan merekaakan memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam bilik darjah.3.2MengurangkanprasangkadanstereotaipGuru membantu pelajar supaya mempunyai sikap yang positif terhadapkepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka denganmemberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadapras atau kelompok yang lain. Selain itu, menambahkan kontak pelbagai latarbelakang dengan aktiviti-aktiviti terancang dan dengan mengamalkanpembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini, murid akan bekerjasama antarasatu sama lain serta belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai olehpelajar berbilang kaum, kebolehan dankeistimewaan masing-masing.3.3MemupukbudayasekolahyangpositifAmalan-amalan pengelompokan yang membezakan pelajar sepertipengaliran perlu dihentikan. Iklim bekerjasama, sikap guru yang lebih terbuka,staf lain yang tidak mengamalkan perasaan prejudis terhadap pelajar yangberbeza latar belakang akan mewujudkan budaya kesefahaman danperpaduan.3.4Menggunakanbahan-bahandan kaedahyangboleh meningkatkanpencapaian akademik semua pelajarJika seseorang guru itu mengendalikan kelas mereka supaya lebih selarasdengan budaya, keperluan dan stail pembelajaran murid maka penerimaanmurid terhadap pengajarannya akan lebih mudah. Sebagai contoh, guru bolehmenggunakan bahan-bahan bantu mengajar ketika menjalankan sesipengajaran. Selain itu, guru juga harus menitikberatkan sensitiviti sesuatubudaya. Selain bahan-bahan bantu mengajar, guru juga boleh menggunakankemahiran humor iaitu menyelitkan unsur kecindan dalam pengajaran. Olehitu, para guru diminta untuk berhati-hati ketika melawak kerana takutmenyentuh sensitiviti kaum yang kita tidak ketahui sebelum ini.4.0AMALAN-AMALANYANGDAPATHAPUSKANKETAKSAMAANPELUANGPENDIDIKAN DI MALAYSIAMenurut Sharifah Md. Nor (2003), para guru dan sekolah perlu peka kepadaperbezaan antara budaya ini supaya tiada pelajar daripada golongan yang tertentuberasa tersisih disebabkan kurang pekanya pihak sekolah dan guru terhadapkeperluan pelajar mereka dan kurang fahamnya guru terhadap budaya yang dibawaoleh pelajar yang mempengaruhi cara mereka berkomunikasi dan memahami duniadi sekeliling mereka.Pendidikan berbilang budaya ialah satu pendekatan pendidikan yangdiusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang dalam pendidikan denganmengambil kira keperluan pelajar yang berbeza dari segi individu dan budaya.Pendekatan ini memberi perhatian kepada perubahan untuk mencapai potensimereka sepenuhnya tidak kira latarbelakang mereka. Perubahan dari segi sikap danjangkaanguru,strategipengelompokanpelajar,strategipengajarandanpembelajaran, iklim bilik darjah dan hubungan sekolah dan komuniti diberi perhatianoleh pendekatan ini.4.1PendidikanInklusifPendidikan berbilang budaya peka terhadap keperluan pelbagai jenis pelajar.Lazimnya guru kurang beri perhatian kepada pelajar yang berkeperluan khasini dan lebih cenderung mengajar semua pelajar menggunakan kaedah yangsama.Pendidikan khas disediakan untuk pelajar kurang berupaya di sekolahatau bilik darjah khas, manakala pelajar pintar cerdas dan berisiko mendapatpelajaran di sekolah dan bilik darjah yang biasa. Namun begitu, kedua-duagolongan pelajar ini juga berleperluan khas dan pihak sekolah perlu pekakepada hakikat ini.Golongan pelajar istimewa ini secara tradisinya mendapat pendidikandi sekolah atau kelas khas yang khusus disediakan untuk memenuhikeperluan khas mereka. Namun begitu,pengasingan ini dirasakan tidak wajarterutamanya sekali untuk pelajar yang tahap kecacatannya hanya sederhana(mild). Mereka perlu diberi peluang mengalami suasana pembelajaran yangnormal. Konsep pendidikan inklusif menjadi popular sebagai strategimengintegrasi pelajar khas ke dalam pendidikan mainstream.Dalam tahun1998, jumlah pelajar dan sekolah yang menawarkan pendidikan inklusifbertambah, namun masih ramai pelajar khas mendapat pendidikan di sekolahkhas.Pendidikan inklusif merupakan satu program pendidikan bagi pelajaristimewa supaya mereka dapat mengikuti pelajaran bersama-sama dengan

potensi mereka sepenuhnya. Negara akan kerugian jika pelajar pintar cerdastidak digilap bakat mereka.Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia muladiberi perhatian dalamsistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspress pada tahun1962. Dalam sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehipencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untukmemendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5tahun sahaja. Perlaksanaan sistem ini telah diberhentikan pada awal tahun1970-an.Namun demikian, pada awal tahun 1980-an, satu SimposiumKebangsaan Mengenai Kanak-kanak Bergeliga telah diadakan. Ekorandaripada Simposium tersebut, isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembalidiperkatakan. Persatuan MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1983,bertujuan untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Pada tahun 1985,pihak Universiti Malaya pula telah mengorak langkah memulakan ProgramBAKA khusus untuk pelajar pintar cerdas. Manakala Persatuan Kanak-kanakBergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987. Menyedari tentangkepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan khususuntuk pelajar pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar PintarCerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, UniversitiMalaya. Hasil 33 daripada seminar tersebut, didapati bahawa perancangandan pelaksaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhikeperluan pelajar yang pintar cerdas serta berbakat. Ekoran dengan itu, pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi kenal pasti pelajar pintar cerdas telahdilaksanakan. Penilaian tersebut dikenali sebagai Penilaian Tahap Satu(PTS). Penilaian ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolahrendah. Pelajar yang berjaya memperolehi tahap maksimum dibenarmeneruskan persekolahan ke Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahanTahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalamtempoh lima tahun sahaja.4.3PendidikanImbuhanSatu lagi faktor berkaitan dengan ketidaksamaan pendidikan yangdisebabkan oleh ketidaksamaan status sosio-ekonomi. Tidak dapat dinafikanbahawa orang miskin di kawasan luar bandar dan orang kaya di bandarmempunyai peluang pendidikan yang berbeza. Atas sebab ini, makapendidikanimbuhandiperkenalkanuntukmengatasi keadaanyangtidakseimbang itu.Pendidikan imbuhan sebenarnya adalah satu konsep baru dalampendidikan yang wujud selepas Perang Dunia Kedua di beberapa negaraBarat. Keadaan ini timbul akibat kesedaran rakyat terhadap kepentinganpendidikan. Hasil daripada itu, satu pergerakan dimulakan untuk menuntuthak peluang pendidikan yang sama, khasnya untuk kalangan rakyat kelasbawahan (Chazen, 1973). Sebelum pendidikan wajib diperkenalkan, peluangpendidikan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menegah, kolej danuniversiti amatlah terhad untuk kanak-kanak kelas sosio-ekonomi yangrendah berbanding dengan mereka daripada golongan menengah dan atasan. Hal ini menunjukkan bahawa status sosio-ekonomi ibu bapa yangrendah mengurangkan atau menghalang anak mereka daripada menerimapendidikan.Kesulitan peluang pendidikan sedemikian kemudian mengakibatkanmasalah keciciran yang serius dan pengangguran yang boleh menjejaskankestabilan dan keamanan sesebuah negara. Akibat kesedaran tentang kesanburuk masalah tersebut dan desakan rakyat, maka beberapa negara Barattelah mengambil tindakan tegas untuk memperbaharui sistem pendidikanmereka. Salah satu negara Barat tersebut ialah Amerika Syarikat. Apabilaberlakunya masalahketidakstabilan sosial yang serius, akibat ketidaksamaanpendidikan, satu program baru yang dipanggil Head Start telahdiperkenalkan untuk membantu perkembangan pendidikan di kalangangolongan rendah masyarakat.DiMalaysiapula,lanjutandaripadaLaporanKeciciran(1973),Kementerian Pendidikan talah melaksanakan dan melancarkan ProjekPendidikanWajibpadatahun1975. Dibawahprojekini, pelajar-pelajar luarbandar dibekalkan dengan bahan-bahan pembelajaran khas serta guru-guruberkelayakan yang telah melalui latihan khas untukmengajar.4.4PelaksanaanSekolahWawasanKementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan programSekolah Wawasan. Namun, pelaksanaan program ini telah mendapat reaksidaripada pihak terutamanya reaksi negatif daripada pihak pembangkang.Dalam hal ini, kerajaan mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskanciri-ciri sekolah vernakular dalam pelaksaan Sekolah Wawasan melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda negara padamasa depan.Sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-samadi bawah satu bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaumdan agama. Konsep ini bermaksud dua atau tigabuah sekolah yang berlainanaliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsikemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusatsumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya. Perkongsian kawasan dankemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha penerapan nilai-nilaimasyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransiantara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkatrendah lagi.Matlamatnya adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama.Seterusnya ialah memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagaialiran. Selain itu, melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi danpersefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatupadu dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua wargasekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah juga merupakan matlamat pelaksanaan sekolahwawasan.

4.5PelaksanaanSekolahSatuAliranSistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupukintegrasi di antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistemyang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalamkonteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini,di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolahkebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah JenisKebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbuldi sini ialah kurangnya interaksi diantara pelbagai etnik yang menggunakanpelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara etnik diperingkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat.Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalahpenghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik.Alternatifnya ialah bahasa Cinadan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjekpilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja dari lain-lain etnik yangberminat. Melalui cara ini, disamping boleh bergaul secara meluas antaramereka, mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain.Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapatdiatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telahmenanam semangat perkauman atau etnik pelajar sekolah rendah dari awallagi. Fenomena iniakan menular puladi peringkatsekolah menengah danInstitut Pengajian Tinggi.Menerusisistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atauetnik akan dapatdihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi.Pergaulanantara pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenaliantara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah.Hal ini perlu diberi perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yangjituantarapelbagaietnikdemimasadepannegarayangmakmurdanharmoni.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106RUJUKANBUKUNoraini Idris & ShukiOsman. 2009.Pengajaran dan Pembelajaran : Teori danPraktis. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad & ZuraidahA. Majid.2011.Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan :Oxford Fajar Sdn. Bhd.Sharifah Md. Nor. 2003.Keberkesanan Sekolah Satu PerspektifSosiologi. SelangorDarul Ehsan : Penerbit Universiti PutraMalaysia.Syed Ismail bin Syed Mustafa &Ahmad Subki bin Miskon. 2010.Budaya danPembelajaran. Selangor Darul Ehsan :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.INTERNEThttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Keduahttp://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/pintar-cerdas.htmlhttp://kheru2006.i8.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htmhttp://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm