21 - universiti sains malaysiaeprints.usm.my/39176/1/usm_news_portal_-_usm-toray... ·...

3
USM, PULAU PINANG, 21 September 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hari ini mengadakan perbincangan dengan Pengarah Urusan Toray Industries (Malaysia) Sdn. Bhd., Masahiko Kawamura dan Group HR, Legal & Compliance TORAY Group (Malaysia) of Companies Gor Siew Yeng. Kedua-dua pihak, USM dan Toray bersetuju untuk mengukuhkan hubungan akademik, penyelidikan dan beberapa bidang lain yang kedua-duanya mempunyai kekuatan pada masa hadapan. Hal ini termasuklah kemungkinan bekerjasama untuk mereka bentuk dan membina peralatan termaju seperti canoe dan dragon boat menggunakan carbon fiber, mereka bentuk pakaian termaju menggunakan kain fabrik keluaran Toray untuk meningkatkan prestasi atlet USM dan negara ketika mengambil bahagian dalam pelbagai kejohanan sukan serta kolaborasi dalam beberapa bidang lain. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... USM-TORAY SEPAKAT PERKUKUH KERJASAMA 21 SEP

Upload: others

Post on 21-Feb-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

USM, PULAU PINANG, 21 September 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) ProfesorDato’ Dr. Omar Osman hari ini mengadakan perbincangan dengan Pengarah Urusan Toray Industries(Malaysia) Sdn. Bhd., Masahiko Kawamura dan Group HR, Legal & Compliance TORAY Group(Malaysia) of Companies Gor Siew Yeng.

Kedua-dua pihak, USM dan Toray bersetuju untuk mengukuhkan hubungan akademik, penyelidikandan beberapa bidang lain yang kedua-duanya mempunyai kekuatan pada masa hadapan.

Hal ini termasuklah kemungkinan bekerjasama untuk mereka bentuk dan membina peralatan termajuseperti canoe dan dragon boat menggunakan carbon fiber, mereka bentuk pakaian termajumenggunakan kain fabrik keluaran Toray untuk meningkatkan prestasi atlet USM dan negara ketikamengambil bahagian dalam pelbagai kejohanan sukan serta kolaborasi dalam beberapa bidang lain.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

USM-TORAY SEPAKAT PERKUKUH KERJASAMA21SEP

"Yang penting kerjasama ini membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan kekuatan yang ada dalamilmu dan kepakaran serta bahan industri untuk jangka panjang," kata Omar.

Yang hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Profesor Dato’ Dr. MuhamadJantan, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Profesor Dr. Ahmad Shukri MustapaKamal, Pengarah Kolaborasi Antarabangsa Profesor Dr. Lee Keat Teong dan Timbalan Dekan, PusatPengajian Kejuruteraan Kimia Profesor Madya Dr. Mohamad Zailani Abu Bakar.

Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Zamani Abd. Rahim

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015