kkkba.files. web viewpihak pengurusan kolej mengadakan beberapa majlis penghargaan seperti jamuan...

4
AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE) / 5S Pada 24 Jun 2013, Kolej Komuniti Kepala Batas telah menerima Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu setelah melalui proses Audit Penilaian Penuh. Persijilan ini adalah hasil daripada usaha gigih kakitangan Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) selama hampir setahun, iaitu sejak majlis pelancaran 5S pada 19 September 2012. Berteraskan slogan ‘Warga Komited Persekitaran Kondusif’, seluruh warga KKKB bersama-sama melaksanakan setiap elemen Kaizen (continuous) yang telah digariskan iaitu seiri (sisih), seiton (sapu), seiso (susun), seiketsu (seragam) dan shitsuke (sentiasa amal). Berpandukan kepada sesi penanda arasan ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman, TNB Seberang Jaya dan PERDA Butterworth, maka Jawatankuasa Induk 5S telah mengaplikasikan beberapa langkah penambaikan termasuklah penyusunan semula carta organisasi 5S.

Upload: dokhuong

Post on 04-Feb-2018

265 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: kkkba.files.   Web viewpihak pengurusan kolej mengadakan beberapa majlis penghargaan seperti jamuan makan bersempena program gotong royong serta

AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE) / 5S

Pada 24 Jun 2013, Kolej Komuniti Kepala Batas telah menerima Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu setelah melalui proses Audit Penilaian Penuh. Persijilan ini adalah hasil

daripada usaha gigih kakitangan Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) selama hampir setahun, iaitu sejak majlis pelancaran 5S pada 19 September 2012.

Berteraskan slogan ‘Warga Komited Persekitaran Kondusif’, seluruh warga KKKB bersama-sama melaksanakan setiap elemen Kaizen (continuous) yang telah digariskan iaitu seiri (sisih), seiton (sapu), seiso (susun), seiketsu (seragam) dan shitsuke (sentiasa amal). Berpandukan kepada sesi

penanda arasan ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman, TNB Seberang Jaya dan PERDA Butterworth, maka Jawatankuasa Induk 5S telah mengaplikasikan beberapa langkah penambaikan termasuklah penyusunan semula carta organisasi 5S.

Sepanjang tahun 2013, sebanyak 3 sesi audit dalaman telah dijalankan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman berpandukan senarai semak dan

kriteria audit 5S. Pada peringkat awal, 3 zon telah dipilih untuk sesi pengauditan penuh iaitu Zon Sinergi, Alamanda dan Inspirasi. Sebagai menambah motivasi dan menghargai jasa kakitangan atas usaha memperolehi Persijilan 5S,

pihak pengurusan kolej mengadakan beberapa majlis penghargaan

Page 2: kkkba.files.   Web viewpihak pengurusan kolej mengadakan beberapa majlis penghargaan seperti jamuan makan bersempena program gotong royong serta

seperti jamuan makan bersempena program gotong royong serta pertandingan zon dan ruang kerja terbaik.

Auditor MPC pada laporan audit Persijilan tahun 2013 telah memberi ulasan bahawa “KKKB telah berjaya mengamalkan 5S di mana komitmen warga KKKB dapat dilihat dari segi kerja berpasukan”. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian seperti

mempermudahkan dokumentasi 5S, sistem label yang lebih bersesuaian (mengikut kategori atau kerahsiaan), sistem stor dengan kawalan stok yang dikemaskini dan sistem keselamatan yang lebih terkawal.

Seterusnya, pada tahun 2014 Jawatankuasa Induk 5S telah menambahbaik beberapa perkara penting,

termasuklah penglibatan kesemua zon di KKKB iaitu melibatkan penambahan 3 zon baru (Zon Cartesian, Le Corbusier dan Das Auto). Sepanjang tahun 2014, sebanyak 3 sesi audit dalaman telah dijalankan bagi memastikan kelancaran proses pembaharuan sijil Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S).

Jawatakuasa Induk 5S juga telah mengadakan 1 sesi penanda arasan iaitu ke PERDA-TECH

Page 3: kkkba.files.   Web viewpihak pengurusan kolej mengadakan beberapa majlis penghargaan seperti jamuan makan bersempena program gotong royong serta

Nibong Tebal bagi memberi pendedahan kepada staf KKKB berkenaan amalan 5S dalam konteks organisasi perkhidmatan pendidikan. Selain itu, KKKB juga sentiasa mengalu-alukan program perkongsian ilmu termasuklah menyertai seminar yang dianjurkan oleh pihak MPC dan juga program kerjasama dengan Jawatankuasa 5S Politeknik Seberang Perai.

Pada 19 Ogos 2014, pihak MPC telah mengadakan proses pengauditan semula di KKKB, di mana 6 aspek telah dinilai iaitu keperluan utama perlaksanaan, ruang pejabat, bahagian pengeluaran, tempat simpanan, tempat umum dan kawasan persekitaran. Hasil dari lawatan pengauditan tersebut, KKKB telah diiktiraf sebagai organisasi perkhidmatan pendidikan yang memenuhi tahap kriteria sijil audit dan layak untuk menerima Sijil Pengiktirafan dengan tempoh sahnya selama setahun mulai 19 Ogos 2014 hingga 18 Ogos 2015.