13 mei

27
1.0 Pendahuluan Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan tinggal bersama serta menumpu dan menumpahkan darah serta bekerja membanting tulang di negeri ini, tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini. Begitulah ungkapan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj (Perdana Menteri Pertama Malaysia) di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 3 Jun 1957 berkaitan dengan hubungan penduduk di Persekutuan Tanah Melayu. Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, agama dan kebudayaan. Masing-masing mengamalkan cara hidup yang berbeza. Masing-masing mempunyai pendapat dan fahaman yang berbeza. Oleh itu, persefahaman dan toleransi antara pelbagai kaum sangat penting kerana ia mewujudkan perpaduan. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Pada tanggal 13 Mei 1969, ancaman dan kelemahan ini telah mengakibatkan berlakunya huru-hara, pergaduhan dan rusuhan kaum. Senario politik negara yang tidak menentu dan penuh dengan unsur perkauman seperti isu ketidakseimbangan ekonomi, isu keistimewaan orang Melayu, isu kerakyatan, isu pelajaran, isu agama dan kebudayaan telah menyebabkan tragedi itu berlaku. Peristiwa 13 Mei 1969 ialah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia menyedari bahawa untuk menjadi sebuah negara bangsa yang mempunyai sistem sosial yang kukuh, ianya bukan hanya terletak pada kestabilan politik yang mapan dan pertumbuhan ekonomi yang baik. Ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis dan mantap ialah kesinambungan bagi keseimbangan antara kestabilan politik dan kemajuan ekonomi. Malaysia sebagai sebuah negara majmuk mesti meneruskan usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan antara kaum agar tragedi hitam dan pahit yang berlaku tidak akan berulang semula. 13 Mei 1969 akan sentiasa diingati di dalam sejarah Malaysia memandangkan ia merupakan garis pemisah kepada sistem pentadbiran kerajaan pada hari ini. Ia juga menjadi ukuran ke atas integrasi di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia pada hari ini. Oleh itu, aspek keharmonian kaum dan perpaduan negara ialah perkara yang amat dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran negara. Ini dapat dilihat dalam setiap dasar yang kerajaan laksanakan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial atau politik. Menerusi perpaduan yang kukuh, di samping suasana politik yang stabil, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat bertambah maju. 1

Upload: belalang-tempur-wadiwazi

Post on 05-Jul-2015

296 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: 13 Mei

1.0 Pendahuluan

“Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan

tinggal bersama serta menumpu dan menumpahkan darah serta bekerja membanting tulang di

negeri ini, tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan

dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini.” Begitulah ungkapan Tunku Abdul Rahman

Putera Al-Haj (Perdana Menteri Pertama Malaysia) di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala

Lumpur pada 3 Jun 1957 berkaitan dengan hubungan penduduk di Persekutuan Tanah Melayu.

Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, agama dan

kebudayaan. Masing-masing mengamalkan cara hidup yang berbeza. Masing-masing

mempunyai pendapat dan fahaman yang berbeza. Oleh itu, persefahaman dan toleransi antara

pelbagai kaum sangat penting kerana ia mewujudkan perpaduan. Tanpa perpaduan, negara

akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Pada tanggal 13 Mei 1969, ancaman

dan kelemahan ini telah mengakibatkan berlakunya huru-hara, pergaduhan dan rusuhan kaum.

Senario politik negara yang tidak menentu dan penuh dengan unsur perkauman seperti isu

ketidakseimbangan ekonomi, isu keistimewaan orang Melayu, isu kerakyatan, isu pelajaran, isu

agama dan kebudayaan telah menyebabkan tragedi itu berlaku. Peristiwa 13 Mei 1969 ialah

kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.

Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia menyedari bahawa untuk menjadi sebuah

negara bangsa yang mempunyai sistem sosial yang kukuh, ianya bukan hanya terletak pada

kestabilan politik yang mapan dan pertumbuhan ekonomi yang baik. Ternyata faktor hubungan

etnik yang harmonis dan mantap ialah kesinambungan bagi keseimbangan antara kestabilan

politik dan kemajuan ekonomi. Malaysia sebagai sebuah negara majmuk mesti meneruskan

usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan antara kaum agar tragedi hitam dan

pahit yang berlaku tidak akan berulang semula.

13 Mei 1969 akan sentiasa diingati di dalam sejarah Malaysia memandangkan ia

merupakan garis pemisah kepada sistem pentadbiran kerajaan pada hari ini. Ia juga menjadi

ukuran ke atas integrasi di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia pada hari ini. Oleh

itu, aspek keharmonian kaum dan perpaduan negara ialah perkara yang amat dititikberatkan

dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran negara. Ini dapat dilihat

dalam setiap dasar yang kerajaan laksanakan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial atau

politik. Menerusi perpaduan yang kukuh, di samping suasana politik yang stabil, tahap

pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat bertambah maju.

1

Page 2: 13 Mei

2.0 Peristiwa 13 Mei 1969

Negara kita selepas merdeka sehingga tahun 1969 tidaklah begitu aman seperti yang

diharapkan oleh penyokong-penyokong kemerdekaan. Sekali-sekala keluar berita berlakunya

beberapa pergaduhan kecil antara kaum. Namun, tiada sesiapa pun akan menyangka pada

tahun 1969 akan tercetusnya satu rusuhan kaum yang mengubah wajah negara kita.

2.1 Sebelum Pilihan Raya Umum 1969

Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 ialah pilihan raya umum yang ke-3 sejak

kemerdekaan Malaysia. Ia telah diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 dan

kemudian di Malaysia Timur pada bulan yang sama. Dengan penyertaan Sabah dan Sarawak,

bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat ditambah dari 104 kerusi sehingga 144 kerusi. Parti-parti

pembangkang yang bertanding pada tahun itu ialah Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan),

Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Progresif Rakyat (PPP) dan Parti Islam Se-Malaysia

(PAS). Penyokong-penyokong Parti Buruh yang tidak bertanding pada pilihan raya kali ini telah

berikrar akan membantu DAP dan Gerakan semasa tempoh berkempen. Pihak kerajaan telah

bersetuju untuk memperuntukkan masa selama sebulan untuk parti-parti yang terlibat untuk

mengadakan kempen parti masing-masing. Masa itu dianggap agak panjang untuk

mengadakan kempen politik walaupun kerajaan mengamalkan dasar kebebasan bersuara. Ini

kerana pada masa itu, hubungan antara kaum adalah agak tegang. Oleh yang demikian,

tindakan kerajaan dianggap tidak rasional.

Pada 24 April 1969, dua minggu sebelum berlangsungnya pilihan raya umum,

En. Kassim Bin Omar seorang penyokong UMNO telah dibunuh dengan kejam ketika dia dalam

perjalanan pulang ke rumahnya daripada kempen pilihan raya. Pelaku-pelakunya ialah ahli-ahli

Parti Buruh yang berketurunan Cina yang dipengaruhi fahaman komunis. Arwah telah dibelasah

tanpa henti hingga meninggal dunia di tepi jalan. Kemudian, mereka yang membunuhnya telah

menyapu cat berwarna merah ke seluruh mukanya. Ia merupakan satu pembunuhan yang

sengaja iaitu dengan niat dan tidak berperikemanusiaan. Peristiwa tersebut telah

menggemparkan negara. Enam hari sebelum diadakan pilihan raya umum 1969, berlaku pula

satu kejadian lain. Tiga orang konstabel polis sedang melakukan rondaan apabila terserempak

dengan sekumpulan pemuda Cina daripada Parti Buruh yang sedang mengecat slogan-slogan

anti pilihan raya di tepi jalan. Polis telah meminta mereka memberhentikan perbuatan mereka

itu, namun tidak diendahkan. Mereka mula menyerang polis dengan menggunakan batang besi

2

Page 3: 13 Mei

sambil membaling kayu dan batu. Mereka menyerang dengan agresif sehinggakan polis

terpaksa menembak mereka untuk mempertahankan diri. Seorang daripada pemuda Cina itu

tercedera dan kemudiannya mati di hospital. Pihak pembangkang mengambil kesempatan atas

kematian pemuda itu dan mahu melakukan pengebumiannya dengan mengadakan satu

perarakan secara besar-besaran pada hari mengundi itu sendiri. Pihak polis dengan kebenaran

daripada Kementerian Dalam Negeri telah bersetuju untuk memberi permit bagi mengadakan

perarakan pengebumian itu tetapi hanya pada 9 Mei.

Perarakan pengebumian ini adalah sangat besar. Lebih kurang 14,000 orang berarak

melalui bandar ke dalam kawasan Melayu. Orang-orang Cina yang telah dipengaruhi fahaman

komunis berarak dalam kumpulan sepanjang lapan batu sambil meneriakkan slogan-slogan

Maoist dan menyanyikan lagu “The East is Red”. Mereka juga membawa gambar portrait Mao

Tse Tung dan bendera berwarna merah yang menunjukkan bahawa mereka ini mahu negara ini

juga menjadi negara komunis. Perarakan ini telah melalui kawasan di tengah-tengah Kuala

Lumpur dan menyebabkan kesesakan lalu lintas pada setiap jalan utama dalam bandar itu.

Mereka telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu yang memerhati dengan jeritan-

jeritan “Malai si” iaitu ‘Kematian kepada orang Melayu’ dan ‘Hutang darah bayar darah’.

Sepanjang perarakan itu, pemerhati yang kebanyakannya orang Melayu terpaksa melihat

slogan-slogan penghinaan dan mendengar ejekan dan cacian yang dilaungkan kepada mereka.

Selain itu, prejudi-prejudis Cina ini juga mengejek orang Melayu dengan kata-kata ‘Melayu babi

balik kampung’ dan ‘Jakun balik hutan’ sambil menunjukkan alat sulit mereka. Namun begitu,

pada ketika ini orang Melayu hanya berdiam diri walaupun perasaan marah dan dendam

meluap-luap di dalam dada.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari

kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan isu-isu perkauman dan sensitif seperti soal-

soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, agama

Islam sebagai agama rasmi negara, kedudukan hak istimewa orang Melayu sebagai bumiputera

dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Ini menaikkan lagi darah orang Melayu yang pada

awal lagi sudah dicabar oleh kejadian-kejadian yang berlaku.

3

Page 4: 13 Mei

2.2 Selepas Pilihan Raya Umum 1969

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yamg dianggotai oleh UMNO, MCA dan

MIC telah mengalami kekalahan yang amat teruk. Walaupun parti campuran ini memperoleh 95

kerusi berbanding 89 kerusi dalam pilihan raya yang lain, ini hanya merupakan 66% daripada

Dewan Rakyat yang kini telah diperluaskan. Dengan erti kata yang lain, Parti Perikatan telah

hilang majoritinya buat pertama kali dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, ianya bukan satu masalah yang besar. Ini kerana parti campuran ini hanya

memerlukan seorang sahaja lagi daripada parti pembangkang ataupun calon bebas untuk

mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan untuk meneruskan

pemerintahan. Akhirnya, Parti Perikatan mendapat juga majoriti dua pertiga yang diperlukan

apabila Gerakan, PPP dan PAS menyertai mereka untuk membentuk Barisan Nasional pada

tahun 1973.

Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan

perhimpunan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Mei. Sekali lagi, mereka

mengadakan perarakan secara besar-besaran. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah

mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala

Lumpur. Walau bagaimanapun, perarakan telah melencong dari laluan yang ditetapkan.

V. David iaitu ahli Gerakan telah melanggar arahan polis dan mengalihkan laluan perarakan ke

tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan

raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan kemudiannya bergerak ke Jalan Campbell dan Jalan

Hale dan menuju ke kawasan Melayu di Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru menjadi

tempat tinggal bagi 30,000 orang Melayu sekaligus menjadikannya kubu UMNO. Itulah

sebabnya perarakan melencong menuju ke Kampung Baru. Betapa marahnya orang Melayu

semasa menerima cacian dan kejian daripada orang Cina dan India yang menyertai perarakan

kemenangan itu.

Perarakan ini berlaku selepas empat hari perarakan pengebumian pemuda Cina yang

mati ditembak polis. Mereka tetap dengan modus operandi yang sama iaitu mengejek, mencaci

dan menghina orang Melayu. Mereka membawa sama sepanduk-sepanduk dengan slogan

yang berbaur perkauman. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, dikatakan

sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain

meneriak slogan tentang tenggelamnya kapal Perikatan iaitu logo Parti Pakatan. Ada juga

orang Cina dan India yang berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka

sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi. Ada pula pendapat yang

4

Page 5: 13 Mei

mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu dan menyingkirkan

orang Melayu ke dalam laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu membawa maksud sesuatu

yang negatif (sial). Ada juga penyokong-penyokong Cina dan India ini meludah dari atas lori ke

arah orang Melayu di tepi-tepi jalan sambil menunjukkan kemaluan mereka. Ia berlarutan

hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Yeoh Teck Chye selaku Presiden Gerakan mengeluarkan

kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka yang biadap dan

melampaui batasan itu.

Pada pagi 13 Mei itu, orang Melayu mula berkumpul di rumah Setiausaha Politik Dato’

Harun Idris iaitu Haji Ahmad Razali. Ianya bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada

Menteri Besar Selangor dan meraikan kemenangan Parti Perikatan membentuk kerajaan negeri

Selangor. Orang Melayu kemudiannya berkumpul di rumah MB Selangor di Jalan Raja Muda

Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Mereka ingin menyampaikan kepada Dato’ Harun

Idris akan perasaan orang Melayu yang sudah tidak terkawal akibat diejek, dicaci dan dihina

sebelum itu kesan daripada dua perarakan di Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku MB

Selangor menenangkan mereka dan meminta mereka supaya bersabar. Beliau kemudiannya

telah mendapatkan permit untuk mengadakan perarakan kemenangan yang akan turut disertai

oleh cawangan-cawangan UMNO daerah lain di Selangor. Beliau juga berjanji dengan pihak

polis bahawa perarakan itu akan berlangsung dengan aman. Mereka yang datang dari daerah

lain di Selangor dijangka sampai dan berkumpul di rumahnya pada pukul tujuh petang.

Perarakan itu akan bergerak pada jam tujuh setengah petang. Rupa-rupanya, mereka yang

berkumpul telah membawa senjata berupa keris dan parang. Mereka telah mendengar khabar-

khabar angin bahawa perarakan mereka akan diserang oleh orang Cina pada petang itu juga.

Mereka berbuat begitu semata-mata ingin mempertahankan diri mereka sendiri. Kebetulan

mereka memang akan melalui kawasan bandar yang diketahui penduduknya memang

berbangsa Cina. Mereka bertekad akan melawan semula jika mereka diserang. Ada juga orang

Melayu yang datang tanpa membawa sebarang senjata. Mereka telah menggunakan buluh

yang ditajamkan yang ada di sekitar rumah MB sebagai senjata untuk mempertahankan diri jika

mereka diserang ketika berarak nanti. Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli

parti Gerakan dan DAP tersebar dan hati mereka meluap-luap kemarahan. Ketika itu juga pada

jam enam setengah petang, tibanya berita kejadian orang Melayu Gombak telah diserang oleh

orang Cina dan India di Setapak yang jaraknya hanya dua kilometer dari rumah MB Selangor.

Mereka juga sepatutnya mengikuti perarakan yang dirancang itu.

Saksi-saksi kejadian menyatakan bahawa sekumpulan orang Melayu yang sedang

dalam perjalanan ke rumah MB Selangor di Kampung Baru telah dicela di Setapak oleh

5

Page 6: 13 Mei

sekumpulan orang Cina dan orang India. Tidak tahan dengan celaan dan hinaan mereka, orang

Melayu mula membaling batu dan botol selama 15 minit. Akhirnya kedua-dua kumpulan mula

bergaduh sambil merosakkan kenderaan-kenderaan di tepi jalan. Berita tentang kejadian inilah

yang telah menyebabkan pergaduhan tercetus pula di Kampung Baru dan kawasan sekitarnya.

Perasaan orang Melayu yang sudah tidak terkawal akibat diejek, dicaci dan dihina sebelum itu

kesan daripada dua perarakan di Kuala Lumpur juga menyumbang kepada pergaduhan. Amat

jelas bahawa keganasan yang bermula di Setapak pada jam enam petang merebak pula ke

Kampung Baru. Perarakan yang dirancang belum pun bergerak tetapi kekacauan telah

bermula. Keganasan yang berlaku merebak dengan pantas ke Jalan Campbell, Jalan Tuanku

Abdul Rahman, Kampung Datuk Keramat, Kampung Pandan, Cheras dan Kampung Kerinchi.

Rusuhan besar pun terjadi. Perintah darurat dikeluarkan. Semua orang tidak dibenarkan keluar

dari rumah. Askar telah dipanggil untuk membantu pihak polis mengawal orang-orang yang

masih merusuh. Mereka juga membantu mengembalikan kedaulatan undang-undang. Polis dan

askar dibenarkan menembak sesiapa sahaja yang engkar menerima perintah darurat. Akhirnya

keadaan terkawal semula.

Dato Seri Yuen Yuet Leng seorang pegawai atasan polis pada ketika itu telah menulis

satu bab penuh tentang rusuhan perkauman yang berlaku dalam bukunya “Nation Before Self”.

Pada halaman 159, beliau menulis:

"Gelombang emosi yang tiba-tiba dan berlebihan serta tidak terkawal prejudis-prejudis

Cina pada pilihan raya bulan Mei 1969 seterusnya merebak ke kem Pembangkang telah

diikuti dengan sikap keangkuhan dan kesombongan akan kuasa politik China serta

mereka percaya kejayaan mereka akan mengikuti. Sikap agresif dan penentangan dapat

dilihat ketika perarakan pengebumian seorang pembangkang yang ditembak oleh polis

atas sikap agresifnya menentang polis beberapa hari sebelumnya. Perarakan ini sudah

menghangatkan situasi. Semua tindakan ini hanya membangkitkan kemarahan dan

menimbulkan penghinaan terhadap satu bangsa yang pada dasarnya bermaruah tinggi

dan sangat bangga akan bangsanya. Kemarahan orang Melayu timbul akibat

penghinaan dan keresahan politik masyarakat mereka. Sebuah perarakan tindak balas

untuk menunjukkan kekuatan bangsa disulami dengan rasa bangga akan bangsa sendiri

dan membela maruah bangsa serta perlindungan diri sendiri telah dirancang dan

disusun.”

6

Page 7: 13 Mei

3.0 Faktor-faktor Berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969

Rentetan peristiwa 13 Mei 1969, perintah darurat telah diisytiharkan pada 16 Mei 1969.

Dengan pengisytiharan itu, Parlimen Persekutuan Malaysia telah dibubarkan. Pemerintahan

negara diterajui oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusi oleh Timbalan

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak b. Dato’ Hussein. MAGERAN telah mengenal pasti bahawa

faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum itu ialah masalah perpaduan kaum

dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.

3.1 Masalah Perpaduan Kaum

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara

supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta

perasaan cinta dan banggakan tanah air. Krisis perkauman yang terjadi pada 13 Mei 1969 ialah

kerana proses perpaduan itu tidak berlaku secara menyeluruh dalam negara. Sebilangan rakyat

belum menyedari betapa pentingnya perpaduan dalam masyarakat. Walaupun negara sudah

merdeka dan perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesaan ekonomi, masih ada sesuatu

yang tidak kena dalam masyarakat, khususnya dari segi hubungan etnik. Masalah perpaduan

masyarakat majmuk Malaysia pada ketika itu adalah menyatupadukan masyarakat yang masih

terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan yang melibatkan kumpulan-kumpulan

etnik yang utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India. Selain itu, faktor sejarah juga

memainkan peranan yang penting dalam masalah hubungan etnik di negara kita.

3.1.1 Faktor Nilai Sosial antara Etnik

Setiap kumpulan utama etnik di Malaysia, iaitu kaum Melayu, Cina dan India mempunyai

agama, bahasa dan budaya yang berlainan. Orang Melayu adalah beragama Islam.

Kebanyakan orang Cina menganut agama yang merupakan campuran ajaran Buddha, Lao-tze

dan Confucius. Orang India pula beragama Hindu. Terdapat juga ramai orang Cina dan India

yang beragama Kristian. Setiap kaum utama tersebut mempunyai adat resam, bahasa,

kesenian dan sistem nilai kehidupan yang berbeza. Selepas kemerdekaan sehingga 1969,

setiap kumpulan etnik boleh dianggap jahil tentang kebudayaan dan adat resam kumpulan-

kumpulan etnik yang lain. Kejahilan ini bertambah serius apabila kurang atau tiadanya usaha ke

arah mengurangkan jurang yang terbentuk itu. Akibatnya, setiap kaum terus menebal dengan

7

Page 8: 13 Mei

bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Masing-masing menganggap kebudayaan mereka

sebagai yang terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota

daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijahnya akan

mewujudkan polarisasi antara etnik. Ini bukan sahaja menguatkan lagi sikap prasangka tetapi

juga menghalang pergaulan antara kaum yang luas.

3.1.2 Faktor Sistem Pendidikan yang Berasingan

Sehingga Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 iaitu Laporan Razak, tiada terdapat

satu sistem pendidikan nasional di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang wujud

ialah empat aliran pendidikan yang berlainan, iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India.

Umumnya, setiap golongan etnik pada ketika itu menghantar anak-anak ke sekolah rendah

yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Justeru itu, murid-murid tidak berpeluang

bercampur-gaul dengan murid daripada kumpulan etnik yang lain. Menjelang tahun 1970, masih

tiada terdapat satu bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem sekolah beraneka bahasa.

Sekolah-sekolah Inggeris, Cina dan India masih menggunakan bahasa ibunda masing-masing

sebagai bahasa pengantar. Oleh sebab Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, Bahasa

Melayu masih diajar di sekolah-sekolah Cina dan Tamil tetapi hanya sebagai salah satu

daripada mata pelajaran. Ini tidak selaras dengan Akta Pendidikan 1957 hasil daripada dua

laporan iaitu Penyata Razak tahun 1956 dan Penyata Rahman Talib tahun 1960. Matlamat

utama dasar pendidikan menurut kedua-dua penyata tersebut ialah untuk menyatukan kanak-

kanak daripada pelbagai kaum di bawah satu pendidikan kebangsaan dengan menggunakan

satu bahasa pengantar tunggal iaitu Bahasa Melayu (Wan Hashim, 1983). Ketiadaan bahasa

pengantar yang tunggal dan sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa

ibunda dan perbezaan etnik sehingga tahun 1969 telah menjejaskan persefahaman dan

toleransi antara kaum. Ini kerana etnik-etnik di Malaysia kurang atau tidak dapat berkomunikasi

dengan baik antara satu sama lain. Interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan

etnik yang sama. Lantaran itu, perpaduan tidak terjalin antara kaum.

3.1.3 Faktor Politik Kepentingan antara Etnik

Peristiwa 13 Mei terjadi kerana perjalanan kempen Pilihan Raya Umum 1969 yang

dipenuhi dengan isu-isu perkauman dan sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan

istimewa orang Melayu. Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep

8

Page 9: 13 Mei

‘Malaysia untuk orang Malaysia’ secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak

istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew yang telah menyemarakkan

perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang

tentang syarat-syarat hak kerakyatan yang diungkitkan oleh orang Melayu walaupun

sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada

Persekutuan Tanah Melayu. “Pilihan raya telah membuktikan bahawa cara yang paling mudah

untuk memancing undi adalah dengan mengapi-apikan isu perkauman.” (Tun Tan Siew Sin,

New Straits Times, 1 Ogos 1969)

Kewujudan pelbagai persatuan politik, sosial dan ekonomi yang berasaskan kumpulan

etnik telah juga memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak wasangka. Ini adalah kerana

persatuan-persatuan tersebut hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang

diwakilinya. Parti-parti politik perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang

wujud di kalangan kumpulan-kumpulan etnik atau isu-isu perkauman seperti bahasa,

kebudayaan dan ekonomi bagi memajukan kepentingan politik masing-masing. Politik

perkauman telah menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat

perkauman apabila penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira

kepentingan semua pihak. Ia adalah manifestasi hubungan antara kaum di Persekutuan Tanah

Melayu yang sememangnya retak menanti belah.

3.1.4 Faktor Sejarah

Faktor sejarah ialah antara faktor yang memberi kesan terhadap kesulitan proses

pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum tahun 1970 khususnya ketika pemerintahan British

dan pendudukan Jepun (1942-1945) di negara kita.

3.1.4.1 Dasar Pecah dan Perintah British

Dasar pecah dan perintah British ialah permulaan bagi masalah perpaduan di Malaysia.

Pada ketika itu, Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu. Pihak British telah menggalakkan

kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah

dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Kurangnya interaksi

sosial dan segregasi antara kumpulan-kumpulan etnik itu seolah-olah sengaja diwujudkan dan

dikekalkan oleh British demi kepentingan dan keselamatan mereka. Tujuan British yang utama

ialah untuk mengeksploitasi kekayaan alam semulajadi Tanah Melayu. Hubungan dan

9

Page 10: 13 Mei

perpaduan antara etnik di Tanah Melayu tidak pernah diambil kira. Pada pendapat British,

adalah lebih baik jika keadaan sebegitu supaya mereka mudah memerintah dan menjarah

Tanah Melayu. Bagi mencapai tujuan ini, Kerajaan British telah dengan sengaja menetapkan

status dan peranan yang berlainan bagi kaum Melayu, Cina dan India. Inilah yang dinamakan

sebagai dasar pecah dan perintah. Melalui dasar ini, golongan bangsawan Melayu diberikan

jawatan dalam perkhidmatan awam dan duduk di bandar, sementara orang Melayu kebanyakan

digalakkan supaya terus menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai

nelayan dan petani. Orang Cina pula digalakkan menetap di kawasan bandar dan kawasan

perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India

kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan estet-estet serta bekerja sebagai buruh.

Pemisahan penempatan ini bukan sahaja merenggangkan perhubungan dan interaksi dalam

kalangan anggota setiap etnik tetapi memperkuat lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme.

Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan

dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

3.1.4.2 Pendudukan Jepun

Pendudukan Jepun pada Perang Dunia Kedua (1942-1945) telah menyemarakkan

permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Layanan Jepun yang lebih baik terhadap

orang Melayu berbanding orang Cina telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang

Cina terhadap orang Melayu. Layanan yang tidak serupa terhadap dua kaum ini berlaku kerana

pada ketika itu juga tentera Jepun sedang hebat berperang dengan negara China. Jepun

beranggapan bahawa orang Cina di Tanah Melayu sama sahaja dengan orang Cina di negara

China malah membantu pula tentera-tentera negara China dengan menghulurkan sokongan

dan bantuan. Sewaktu pemerintahan Jepun, pihak Jepun telah mengambil orang Melayu untuk

menjadi polis dalam Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagai “Jookidam” untuk memerangi

Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) iaitu pertubuhan yang ditaja oleh Parti

Komunis Malaya (PKM) yang dikuasai dan dipengaruhi oleh orang Cina. Pasukan tentera ini

juga dikenali sebagai “Bintang Tiga”. Ketika Jepun menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu

dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota “Bintang

Tiga” telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. “Bintang Tiga” telah memerintah

Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945. Dalam masa empat belas hari

tersebut, ramai orang Melayu yang dibunuh oleh tentera MPAJA atau “Bintang Tiga” atas

tuduhan bersubahat dengan tentera Jepun. Turut memburukkan keadaan adalah kerana

10

Page 11: 13 Mei

kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala orang Melayu

kebanyakannya menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948 hingga

1960. Ini secara tidak langsung telah mengukuhkan lagi kebencian dan permusuhan antara

kaum Melayu dan Cina.

3.2 Masalah Ketidakseimbangan Ekonomi antara Kaum

Program-program pembangunan sejak merdeka belum dapat mengatasi perbezaan

sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera, desa dengan bandar, dan negeri-

negeri Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Jurang perbezaan ini melahirkan

rasa terasing, berbeza dan konflik antara penduduk yang terpisah dalam pelbagai segi.

Selepas kemerdekaan, orang-orang Melayu, Cina dan India menjalankan aktiviti

ekonomi yang berlainan. Majoriti orang Melayu yang tinggal di luar bandar menguasai sektor

pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah.

Kebanyakannya bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan dan penoreh getah. Sebilangan

besar pemuda-pemuda Melayu yang berhijrah ke bandar dalam tahun 1960-an pula berkhidmat

sebagai penjawat awam memegang jawatan-jawatan yang bergaji rendah atau yang tidak

memerlukan kemahiran. Orang Cina dalam tahun 1960-an umumnya menguasai sektor yang

lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan dan berteknologi moden memandangkan

mereka tinggal di kawasan bandar. Manakala, sebilangan besar orang India masih merupakan

buruh di estet. Perbezaan pekerjaan ini juga menghalang interaksi antara kaum yang lebih luas.

Perkara ini memperkukuhkan lagi semangat perkauman. Akibat daripada kegiatan ekonomi

yang berlainan ini, wujud jurang pendapatan yang tidak seimbang di antara kaum. Setiap

golongan etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan lebih besar daripada

pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Namun demikian, tidak semua etnik

berjaya mencapainya. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat

merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Ini

telah menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangan penduduk berbangsa

Melayu. Apatah lagi, pada ketika itu kaum Cina menguasai bidang ekonomi dan juga

menentukan hala tuju ekonomi negara.

Pada penghujung Julai 1969, majalah Far Eastern Economic Review mencatatkan

pandangan Tun Abdul Razak b. Dato’ Hussein (Perdana Menteri Kedua Malaysia) bahawa

antara punca menyebabkan rusuhan kaum bulan Mei ialah kemarahan orang Melayu terhadap

ketidakadilan ekonomi. Orang Melayu berasa semakin bimbang dan tidak selamat disebabkan

11

Page 12: 13 Mei

oleh jurang perbezaan yang ketara yang wujud antara mereka dengan orang bukan Melayu

terutamanya dalam sektor ekonomi. Orang Melayu berasakan bahawa mereka masih tertinggal

jauh dari segi penguasaan ekonomi dan cita-cita mereka untuk memperbaiki status ekonomi

mereka supaya setanding dengan ekonomi bukan Melayu tidak kesampaian. Kesimpulannya,

tragedi 13 Mei 1969 adalah juga disebabkan oleh ketidakpuasan akan ketidakseimbangan

dalam ekonomi.

4.0 Pengajaran daripada Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada setiap

rakyat Malaysia. Pertama, rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa kecuali kepada musuh

negara. Pada ketika itu, musuh nombor satu negara ialah rakyat yang berfahaman komunis.

Mereka merupakan duri dalam daging menyelinap dan bersembunyi di dalam parti-parti

pembangkang sambil melakukan hasutan dan fitnah menyentuh isu-isu sensitiviti negara.

Rusuhan kaum yang berlaku merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakan

harta benda. Angka rasmi menunjukkan 143 orang Cina, 25 orang Melayu dan 13 orang India

mati dalam kejadian rusuhan kaum itu. Satistik lain ialah 342 orang cedera dan 2, 912 ditahan

kerana melanggar perintah darurat iaitu perintah berkurung. 109 kenderaan musnah dibakar

dan 118 bangunan dipecah masuk dan dicuri barang di dalamnya. “Tidak kira siapa anda,

hiduplah dengan harmoni di negara kita yang gemilang ini. Kita telah berusaha untuk mencapai

hari ini dan kemerdekaan ini dicapai bukan secara keganasan, akan tetapi melalui

perlembagaan, rundingan, persefahaman dan kepercayaan.” (Tunku Abdul Rahman, Petikan

ucapan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos 1957). Betapa ironiknya, 12 tahun berlalu maka

tercetusnya rusuhan kaum yang melibatkan keganasan antara kaum-kaum yang bersepakat

membawa kemerdekaan negara.

Kedua, perpaduan nasional tidak akan tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar

rakyat yang miskin. Kerajaan sedar bahawa perlunya keadilan ekonomi antara kaum. Susulan

daripada masalah tersebut, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diwujudkan. DEB dirancang

sebagai satu program jangka panjang yang berjalan selama 20 tahun bermula dari tahun 1970

hingga 1990. “Rancangan ini (RMK2) ialah satu panduan berasaskan Dasar Ekonomi Baru

(DEB) Kerajaan. Ia mengandungi dua matlamat untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira

kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan mengurangkan dan lama-

kelamaan menghapuskan sama sekali pengenalan kaum dengan fungsi-fungsi ekonomi.” (Tun

Abdul Razak b. Dato’ Hussein, 25 Jun 1971)

12

Page 13: 13 Mei

Ketiga, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional

dan keharmonian antara kaum. Susulan itu, kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara.

Sumpah taat setia rakyat melalui ikrar Rukun Negara dapat memantapkan lagi sistem

pemerintahan raja berperlembagaan dan sistem demokrasi negara. Penubuhan Jabatan

Perpaduan Negara pada 1 Julai 1969 juga bertujuan untuk memupuk perasaan muhibah dan

mengukuhkan perpaduan antara kaum. “Rakyat Malaysia yang terdiri daripada penduduk

berbilang kaum perlu bersatu padu dan bekerjasama untuk hidup aman dan harmoni. Kita perlu

menghargai nikmat yang dikecapi daripada kemerdekaan ini. Apabila kita menghargainya, kita

akan dapat melihat kembali sejarah dan bagaimana Malaysia dapat berkembang daripada

sebuah negara kecil dan kini bertambah maju.” (Datuk Liow Tiong Lai, Petikan komen Merdeka,

Utusan Malaysia, 28 Ogos 2008)

Keempat dan akhir sekali, peristiwa 13 Mei telah memberi pengajaran bahawa setiap

rakyat harus hormat-menghormati di antara satu sama lain. Kita harus bersikap toleran dan

menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik lain. Oleh yang demikian, kerajaan telah

memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan juga Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang

antaranya menggariskan bahawa usaha pendidikan di Malaysia bertujuan melahirkan rakyat

Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Penggubalan Dasar Kebudayaan

Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai

penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan

dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

“Profesionalisme dalam melaksanakan sistem pendidikan sekarang harus dilihat dengan cermat

serta rasa penuh tanggungjawab. Golongan muda yang lahir daripada mana-mana sistem

pendidikan harus dibentuk mengikut acuan sendiri dengan mengutamakan nilai-nilai murni dan

ketertiban budaya bangsa.” (Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perhimpunan

Pendidikan SPS, Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang, 23 Oktober 1999)

13

Page 14: 13 Mei

5.0 Dasar-dasar dan Program Kerajaan yang dilaksanakan ekoran daripada

Peristiwa 13 Mei 1969

Kemuncak perbalahan kaum yang terjadi pada 13 Mei 1969 telah menimbulkan

kesedaran kepada pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan betapa pentingnya perpaduan di

dalam sebuah masyarakat majmuk. Secara umum, dasar-dasar kerajaan tentang perpaduan

nasional adalah bersifat integrasi iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan

ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita. Terdapat

pelbagai dasar dan program yang telah dilaksanakan dengan matlamatnya adalah untuk

perpaduan. Kerajaan telah memperkenalkan dan melaksanakan Rukun Negara, Dasar-Dasar

Pembangunan Negara (Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan

Negara), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Sosial

Negara, Wawasan 2020 dan yang terbaru konsep Satu Malaysia.

5.1 Rukun Negara

Rukun Negara telah diperkenalkan pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara digubal oleh

Majlis Perundangan Negara. Majlis Perundangan Negara telah ditubuhkan bertujuan untuk

menyediakan satu forum tertutup untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian bagi

isu-isu perkauman yang berterusan yang membawa kepada rusuhan perkauman itu. Selain itu,

ianya juga berperanan untuk menasihatkan kerajaan ke atas strategi dan dasar berhubungan

dengan masalah perkauman. Ini kerana jika perpaduan dapat dibina maka negara ini akan

dapat dibangunkan dengan mudah dan efisyen. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan menjadi

ideologi kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu

semangat dan identiti yang sama. Ia dapat mengeratkan perpaduan negara memandangkan

rakyat akan mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama. Oleh yang demikian, Rukun

Negara dengan prinsip-prinsip yang bertunjangkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat

membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu Bangsa Malaysia. Kelima-lima prinsip yang

ada dalam Rukun Negara bertujuan mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu

serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokratik, liberal dan progresif. Oleh itu, Rukun

Negara sentiasa dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju serta pengimbang tara dalam

merancang program pembangunan negara. “Saya yakin dengan izin Tuhan jika kita patuh

kepada kedua-dua ini (Perlembagaan Negara dan Rukun Negara), rakyat negara ini akan dapat

hidup dengan aman damai dan negara kita akan terus menjadi negara yang kukuh dan bersatu

14

Page 15: 13 Mei

padu serta makmur.” (Tun Abdul Razak b. Dato’ Hussein, Perhimpunan Pergerakan Ibu UMNO,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 22 Januari 1971)

5.2 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara

Susulan daripada peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan.

MAGERAN perlu memastikan kestabilan negara akan dapat dipulihkan dengan segera

terutama di dalam keadaan kebencian, ketegangan dan rasa marah pada ketika itu. Oleh itu,

MAGERAN telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara pada 1 Julai 1969. Penubuhan

Jabatan Perpaduan Negara adalah bertujuan untuk menangani isu dan menyelaraskan aktiviti

yang dapat membentuk perpaduan muhibah antara kaum. Ianya juga berperanan merangka

beberapa polisi untuk mengurangkan konflik perkauman dan menyelesaikan isu komunal yang

berpanjangan.

5.2.1 Rukun Tetangga

Rukun Tetangga telah dilancarkan pada tahun 1975 di seluruh Semenanjung Malaysia

meliputi kawasan-kawasan bandar, kampung dan rancangan FELDA. Pada awal

penubuhannya, ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan di seluruh negara yang mengajar

Bahasa Malaysia, adat resam dan nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia. Skim ini

merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mewujud dan memupuk semangat

bekerjasama di kalangan masyarakat dalam mengawal serta menjaga keselamatan kawasan

kediaman. Skim rondaan merupakan skim yang dipohon oleh penduduk yang bermastautin

secara sukarela di bawah peraturan 27A, Peraturan-peraturan Perlu Rukun Tetangga (1972)

pindaan 1988. Program ini menjadi tulang belakang Rukun Tetangga bagi memastikan

keselamatan komuniti termasuk mencegah kejadian jenayah dan gejala sosial. Ia sekaligus

dapat merapatkan hubungan di antara ahli Rukun Tetangga dan penduduk setempat.

Rukun Tetangga juga menganjurkan program-program yang menekankan penglibatan

semua pihak dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang dianjurkan. Aktiviti

yang dirancang dan dilaksanakan rata-ratanya bertujuan untuk membolehkan penduduk

setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan

merapatkan hubungan di akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat pelbagai keturunan, adat

dan budaya.

15

Page 16: 13 Mei

5.2.2 Taman Bimbingan Kanak-kanak

Taman Bimbingan Kanak-kanak Perpaduan (TABIKA) pula telah diperkenalkan pada

tahun 1976 yang merupakan projek rintis kerajaan ke arah menyemai nilai-nilai perpaduan di

kalangan kanak-kanak. Tabika Perpaduan ialah program pendidikan pra sekolah yang

disediakan untuk kanak-kanak berbilang kaum yang berumur 5 hingga 6 tahun. Ia dibuka di

taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutama di kawasan yang mempunyai

skim Rukun Tetangga yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berpendapatan rendah.

“Tidak ada satu kaum boleh berjaya dengan dirinya sendiri tanpa sokongan dan kerjasama

kaum lain. Oleh itu, untuk terus hidup kita mesti mengekalkan perpaduan dan bekerja bersama

untuk mencapai cita-cita kita bersama.” (Pehin Sri Haji Abdul taib Mahmud, Petikan Ucapan

Kursus JKKK Bintangor, 3 September 1991)

5.3 Dasar-Dasar Pembangunan Negara

Matlamat dasar bagi sesebuah negara biasanya ialah untuk mencapai sesuatu objektif

tertentu yang dikehendaki oleh negara itu seperti pembangunan dan pengagihan sumber-

sumber ekonominya, menyediakan perkhidmatan awamnya, memupuk kestabilan politik dan

ekonominya, mengawal keselamatannya dan memelihara kebajikan masyarakatnya. Dasar-

dasar pembangunan sesebuah negara secara umumnya dirancang dan direalisasikan dengan

tujuan membangunkan negara tersebut. Dalam konteks Malaysia, asas untuk merancang

sesuatu dasar ialah asas perpaduan iaitu dasar yang akan dilaksanakan itu akan dapat

mewujudkan masyarakat yang bersatu padu di Malaysia.

5.3.1 Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam

tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan

ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara

wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang sama.

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun

dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan

peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

16

Page 17: 13 Mei

ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama

(RRJP 1) dan DEB. Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah

berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.  Sesuatu yang tidak

boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh

namun banyak kejayaan telah dicapai.

5.3.1.1 Membasmi Kemiskinan

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di

kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini

boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum

dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti

pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan dan projek pembangunan telah dirangka untuk

menyelesaikan masalah sosial ekonomi yang berlaku itu.

5.3.1.2 Penyusunan Semula Masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham dalam

ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana

penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-

pelabur luar negeri. DEB merupakan satu strategi negara dalam menghadapi realiti perbezaan

etnik dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan.

5.3.2 Dasar Pembangunan Nasional

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr.

Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991.  Rangka Rancangan Jangka

Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia

sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan

moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan

ekonomi.menjelang tahun 2020. DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu

pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki

17

Page 18: 13 Mei

ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke

arah mengukuhkan perpaduan negara. “Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang memiliki nilai

hidup yang tinggi. Nilai hidup yang tinggi termasuklah sikap disiplin dan tabah hati apabila

menghadapi cabaran. Orang yang berdisiplin tidak akan pecah barisan apabila diserang.

Sebaliknya, akan rapatkan barisan mereka dan berdiri tegak menangkis segala serangan.

Mungkin beberapa daripada mereka akan gugur tetapi kerana barisan tidak retak dan berkecai,

apabila kemenangan diperolehi, maka yang gugur dapat dibangun dan dipulihkan semula.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Anugerah Perpaduan Formula Malaysia dan Pelancaran

Yayasan Formula Malaysia, 1 November 2000)

5.3.3 Dasar Wawasan Negara

Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas,

iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai

perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula

masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga

berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada

Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas

dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang

dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani

cabaran yang dihadapi oleh negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut

acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan

berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan

dan kestabilan sosial.

5.3.4 Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan (DPK) lahir melalui Penyata Razak 1956 dan

dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam

tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian

dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah

ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk

memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang

18

Page 19: 13 Mei

bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi

pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun

1979.

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan

dinyatakan secara bertulis memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu

dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi

sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menetapkan strategi-strategi seperti berikut untuk

mencapai matlamatnya iaitu:

(i) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.

(ii) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua

jenis sekolah.

(iii) Pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif.

(iv) Memupuk perpaduan melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik

selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.

5.3.5 Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Kehidupan majmuk rakyat Malaysia membawa kepada kebudayaan yang berbeza

mengikut amalan setiap kaum. Bagi memastikan kebudayaan terpelihara, Dasar Kebudayaan

Kebangsaan digubal untuk dijadikan garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan

mengekalkan identiti negara di persada antarabangsa. Objektif-objektif pembentukan

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia ialah:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada

kebudayaan kebangsaan.

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan

kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah berlandaskan tiga prinsip yang ditetapkan oleh

kerajaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Oleh itu, kebudayaan

rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu

telah dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan.

19

Page 20: 13 Mei

(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima sebagai sesuatu

yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan

penyesuaian secara berterusan. Dengan itu, unsur-unsur budaya Cina, India

Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan

penerimaan dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

(iii) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan

kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting

dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak

dan berperibadi mulia.

Ketiga-tiga prinsip asas di atas melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan

Kebangsaan 1971.

5.3.6 Dasar Sosial Negara

Dasar Sosial Negara (DSN) yang dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada

19 Ogos 2003 dengan tujuan memberikan panduan bagi pelaksanaan dan pengurusan

pembangunan sosial, setanding dan seiring dengan pembangunan ekonomi untuk

menghasilkan suatu kemajuan masyarakat yang mantap dan seimbang. DSN ialah dasar

payung yang merangkumi falsafah dan semua dasar pembangunan sosial berteraskan kepada

Perlembagaan, Rukunegara dan Wawasan 2020 Malaysia.

Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara

menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai

murni di setiap peringkat pelaksanaannya:

(i) Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi.

(ii) Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

(iii) Memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan

perkhidmatan sosial.

(iv) Menjana sinergi multisektor.

Bagi merealisasikan pelaksanaan starategi-strategi di bawah Dasar Sosial Negara,

maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat persekutuan sebagai jentera penyelarasan

pelaksanaan. Majlis Sosial Negara yang merupakan badan yang tertinggi ini akan

dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan keanggotan terdiri daripada Menteri-Menteri

20

Page 21: 13 Mei

Kabinet yang berkaitan dengan sektor sosial. Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat akan bertindak sebagai Urusetia.

5.3.7 Wawasan 2020

Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991,

Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia -

Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja

mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya

dikenali sebagai "Wawasan 2020". Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar

khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan

politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi

cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis

panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam

memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.

Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang

benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada

bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik,

sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan

mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya

tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Objektif di atas

hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan

atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad,

Perdana Menteri Malaysia telah menyenaraikan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti.

Cabaran-cabaran itu telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi

membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah pembentukan satu negara

bangsa Malaysia, negara perindustrian, keadilan ekonomi dan sosial serta moral dan etika.

5.3.7.1 Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia

Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud

sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan

atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada

kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan

21

Page 22: 13 Mei

bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini

istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah

difahami dan diamalkan.

5.3.7.2 Negara Perindustrian

Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada

pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020

berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan

sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah

kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada

perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran

sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja

tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara

perindustrian, pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya

berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung

melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan

menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini, peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia

akan menjadi jentera pertumbuhan.

5.3.7.3 Keadilan Ekonomi dan Sosial

Wujudnya satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak

dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi mewujudkan satu negara

maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di

mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.

Pernyataan Wawasan ini adalah merupakan penegasan semula ke atas isu yang sentiasa

diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosio-

ekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar

bandar. Dalam konteks ini, Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia

tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai

tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki

ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah

22

Page 23: 13 Mei

diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui

program dan projek Rancangan Malaysia Keenam.

5.3.7.4 Moral dan Etika

Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan

kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada

falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini

adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan

mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa

keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam)

akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau

kekayaan yang dimiliki.

5.3.8 Konsep 1Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah memperkenalkan

Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

bagi melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai

cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik.

Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang

termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Perkaitan

antara konsep 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB

Perdana Menteri. Beliau menegaskan Konsep 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan. Pencapaian

Diutamakan”, adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-

pemimpin terdahulu. 1Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan

perpaduan nasional iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial.

5.3.8.1 Prinsip Penerimaan

Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan

dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.

23

Page 24: 13 Mei

5.3.8.2 Prinsip Kenegaraan

Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan

semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti

Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan

berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah

Melayu. Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Tun

Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk

memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’. Tun Dr.

Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020

dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan

di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

5.3.8.3 Prinsip Keadilan Sosial

Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang

sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Konsep

1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan

melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Namun begitu, Konsep 1Malaysia yang

mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat

tuntutan yang keterlaluan.

6.0 Penutup

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Peribahasa ini sering

diperdengarkan kepada anak-anak Malaysia sejak di bangku sekolah lagi. Semangat

perpaduan dan permuafakatan ditanam dalam diri setiap individu agar ia sebati dengan jati diri

rakyat Malaysia. Perpaduan negara merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang

dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu, keseimbangan ekonomi, sosial dan politik perlu berjalan

seiring dengan agenda matlamat negara bagi memastikan keharmonian hidup rakyat Malaysia

yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah

kepada pelbagai ancaman yang boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas sehingga

berlaku huru-hara, pergaduhan dan rusuhan kaum.

24

Page 25: 13 Mei

7.0 Lampiran

25

Page 26: 13 Mei

8.0 Bibliografi

1. Abdul Rahman Putra Al-Haj (1969), Mei 13: Sebelum dan Selepas, Kuala

Lumpur: Utusan Malaysia

2. Majlis Gerakan Negara (1969), The May 13 Tragedy: A Report, Kuala Lumpur:

Majlis Gerakan Negara (Malaysia)

3. Ranjit Singh Malhi (1989), Pengajian Am STPM: Kenegaraan Malaysia,

Petaling Jaya: Federal Publications

4. Dato Seri Yuen Yuet Leng (2008), Nation Before Self: And values that don’t

die, Ampang

5. Jasman Ahmad dan Siti Razmah Hj. Idris (2008), Siri Remaja dan Isu Semasa:

Belia Berwawasan, Seri Kembangan: Penerbitan Maju Mas

6. Jasman Ahmad dan Siti Razmah Hj. Idris (2008), Siri Remaja dan Isu Semasa:

Kemiskinan, Seri Kembangan: Penerbitan Maju Mas

7. Mary Tan Swee Ee-Lee Veen (2009), Sejarah: SPM 4-5, Petaling Jaya: Sasbadi

8. Muhamad Ridzuan Amin (2009), Masyarakat Majmuk di Malaysia, Subang

Jaya: Mika Cemerlang

9. Bahagian Penerbitan Dasar Negara (2009), 1Malaysia: Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia,

Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Penerangan

10. Jabatan Penerangan Negara (2010), Menghayati Semangat Perpaduan, Kuala

Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia, Komunikasi dan Kebudayaan,

Kementerian Penerangan

26