126368157-rph-kssr-bm.pdf
TRANSCRIPT
Saturday, February 11, 2012
Contoh RPH Bahasa Melayu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 2 Aspek Didik Hibur
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 2 Bestari Masa:10.30 – 11.30 pagi (1 jam)
Tema : Pertanian
Tajuk : Buah-buahan Tempatan
Standard Kandungan : 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui
nyanyian secara didik hibur.
Standard Pembelajaran : 4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian
secara didik hibur.
Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian.
ii. Menamakan buah-buahan tempatan.
Pengisian Kurikulum : - Ilmu : Kemahiran Hidup, Matematik
- Nilai : Bersyukur, kejujuran
- ENT : Kemahiran Berfikir – Menjanakan idea
Kecerdasan pelbagai – interpersonal, verbal
linguistik
- EMK : Keusahawanan, TMK
Sistem Bahasa : Kosa kata : enak, tempatan, musim
Media : Petikan lagu, lembaran kerja, kad bergambar, LCD, alat
penimbang
ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
Buah-buahan
- rambutan -cempedak
- ciku -manggis
- rambutan -langsat
- langsat -pulasan
Set Induksi (5 minit)
1. Guru berlakon sebagai penjual
buah-buahan.
2. Murid tampil untuk membeli
buah-buahan yang dibawa oleh
guru.
3. Murid diminta menamakan
Buah-buahan tempatan
sebenar/tiruan
Nilai : Kesyukuran
EMK : keusahawanan
buah-buahan yang ingin dibeli
oleh mereka.
ENT : interpersonal
Tajuk lagu:
Buah-buahan tempatan
Lirik lagu
Ciku , manggis dan durian,
kelapa dan juga rambutan,
cempedak dan jambu batu,
belimbing, langsat, pulasan.
Mari kawan mari semua,
makan buahan tempatan.
Ciku, nangka,
pisang,mangga,
semua enak dimakan,
mari kawan mari semua,
makan buahan tempatan,
Langkah 1 (10 minit)
1. Murid menonton video lagu
tentang buah-buahan tempatan.
.
2. Murid melihat seni kata lagu
yang dipaparkan pada skrin.
3. Murid menyebut seni kata lagu
dengan jelas secara kelas
Video lagu buah-
buahan tempatan
Petikan lagu
Skrin
LCD
Seni kata lagu dan muzik
Langkah 2 (15 minit)
1. Murid menyanyikan lagu
dengan bimbingan guru.
2. Murid diminta menyanyi
berdasarkan seni kata lagu
dengan jelas secara kelas,
kumpulan dan individu.
Petikan lagu
Skrin
LCD
Ilmu : Muzik
Nilai : Kesyukuran
ENT : verbal
linguistik
Aktiviti jual beli
Aktiviti jual beli melalui
persembahan yang berbeza
Langkah 3 (15 minit)
1. Murid dibahagikan kepada
empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki
menjalankan aktiviti jual beli
di samping menyanyikan lirik
lagu
melalui persembahan yang
berbeza
Nilai : kerjasama,
kejujuran,kebersihan.
ENT : interpesonal
EMK : kreativiti dan
inovasi
Buah-buahan
Kad gambar
Langkah 4 (10 minit)
Latihan Pengayaan
1. Murid diminta klik pada
ENT–kemahiran
berfikir
Nama buah-buahan
gambar
/perkataan yang betul dalam
latihan yang dipaparkan
pada slaid.
Latihan Pemulihan
2. Murid diminta menyatakan
jenis
buah-buahan yang terdapat
dalam seni kata lagu
berdasarkan jawapan yang
diberi.
3. Murid diminta melengkapkan
seni kata lagu “Buah-buahan
Tempatan”
menjana idea
EMK: TMK
Slaid
Latihan
Penutup (5 minit)
1. Murid menyanyikan lagu
semula dengan gerakan bebas.
Ilmu: Muzik
Nilai : kesyukuran
Untuk pengajaran pemulihan yang berkesan, beberapa kaedah boleh digunakan.
Antaranya adalah :
1. Kaedah Kumpulan
2. Kaedah Individu
3. Kaedah Pengajaran Rakan Sebaya.
KAEDAH KUMPULAN
Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini
diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat.
Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana murid
mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga
mudah.
Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling
bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.
KAEDAH INDIVIDU
Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid
dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan ‘banyak mulut’
daripada murid semasa mengajar.
Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan mendapat
lebih perhatian daripada guru.
KAEDAH RAKAN SEBAYA
Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam kuantiti yang
banyak, saya akan menggunakan kaedah ini.
Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan
dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari
berkenaan.
Teknik Pengajaran Pemulihan
Kemahiran Bacaan Asas
Ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran
asas dalam bacaan.
1. Kaedah Fonik
kaedah ini memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan bunyi
bahasa. Contohnya, huruf ‘m’ disebut apabila memakan sesuatu yang sedap.
selepas murid mengenal bunyi huruf, diperkenalkan pula nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-
bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuk perkataan yang sempurna.
2. Kaedah Suku Kata
kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ‘ka’ + ‘yu’ =
kayu
Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah iaitu bermula
dengan dua suku kata (KVKV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KVKVK) dan
seterusnya menjadi empat suku kata (KVKVKVKV), penggunaan diftong (VV) dan konsonan
berganding (KK).
3. Kaedah Cantuman
kaedah ini adalah berdasarkan suku kata bagi perkataan bermakna. Perkataan itu akan
dicantumkan menjadi ayat yang lengkap.
contohnya :
1. cin+cin = cincin
2. i+bu = ibu
3. be+li = beli
Ayat lengkap = ibu beli cincin
Sebaik-baiknya, pengajaran dijalankan secara individu atau pun kumpulan kecil. Guru boleh
memperkenalkan huruf vokal dan konsonan tetapi tidaklah mengikut urutan kerana itu akan
membosankan murid.
Contohnya, guru menunjuk jari ke arah meja, kemudian mempamerkan kad perkataan ‘meja’.
Selepas itu, guru boleh pula menayangkan pula kad huruf ‘m’, ‘e’, ‘j’ dan ‘a’.
Seterusnya letakkan buku di atas meja. Guru sebut ‘buku di atas meja’. Guru pamerkan kad
perkataan ‘buku’ dan minta murid menyebut seta mengeja.
Kemudian, adakan permainan untuk murid-murid berdasarkan kad perkataan itu tadi.
Kaedah Pengajaran Pemulihan
Untuk pengajaran pemulihan yang berkesan, beberapa kaedah boleh digunakan. Antaranya
adalah :
1. Kaedah Kumpulan
2. Kaedah Individu
3. Kaedah Pengajaran Rakan Sebaya.
KAEDAH KUMPULAN
Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan
ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat.
Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana
murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak
dihasilkan juga mudah.
Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling
bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.
KAEDAH INDIVIDU
Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid
dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan ‘banyak mulut’
daripada murid semasa mengajar.
Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan
mendapat lebih perhatian daripada guru.
KAEDAH RAKAN SEBAYA
Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam kuantiti
yang banyak, saya akan menggunakan kaedah ini.
Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan
dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari
berkenaan.
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MALAYSIA
KSSR
TAHUN 2
Tarikh : 26 Mac 2012
Masa : 60 minit
Tahun : 2 Bijak
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Habitat Haiwan
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama :
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan
jelas.
Aras 2
i. Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan menggunakan
sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan:
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
iii. Memahami perkataan, frasa dan ayat.
Standard Kandungan : 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada
pelbagai sumber dengan sebutan yang betul
Standard Pembelajaran : 2.2.2 Membaca dan memahami frasadalam ayat yang mengandungi
perkataan dua atau tiga sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan sebutan yang betul
Standard Prestasi : B1 D1 E2 Menyebut perkataan yang mengandungi diftong,vokal
berganding, digraf dan konsonan bergabung
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
1. Menceritakan sekurang-kurangnya tiga maklumat penting yang didengar daripada paparan slaid
yang ditayangkan iaitu contoh haiwan yang hidup di darat, di dalam air dan di kedua-duanya.
2. Memahami perkara yang dibaca dengan menjawab soalan yang disediakan.
Kemahiran bahasa : Lisan dan Membaca
Sistem Bahasa:
Tatabahasa: Morfologi
- Kata Nama
Pengisian Kurikulum:
Ilmu - Dunia Sains, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik
Nilai - Kerjasama
- Berdisiplin
Kemahiran Bernilai Tambah:
- Kemahiran Berfikir
- Kecerdasan Pelbagai
Elemen Kerentas Kurikulum : Kreativiti
Kosa Kata: buaya, harimau, tupai, kuda laut, peguin, anjing laut.
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
Catatan
Set
Induksi
( 5 minit )
Beberapa bunyi haiwan
dimainkan oleh guru
-kucing
-ayam
-kuda
-burung
1.Murid meneka beberapa bunyi
haiwan yang dimainkan oleh
guru.
BBM : Bunyi
Binatang (MP3)
KBT:
Kemahiran
Berfikir
.
Langkah 1
(20 minit)
Slaid Habitat Haiwan
-Haiwan yang hidup di
darat.
-Haiwan yang hidup di
dalam air.
-Haiwan yang boleh
hidup di darat dan di
dalam air.
1. Murid dikehendaki melihat
paparan slaid yang telah
disediakan oleh guru.
2.Ketika slaid ditayangkan, guru
menyoal beberapa soalan-
soalan mudah kepada murid
untuk memastikan tahap
kefahaman murid.
3.Setelah selesai melihat slaid,
secara berpasangan murid
diminta untuk menceritakan
tentang slaid yang telah
ditayangkan iaitu berkenaan
‘Habitat Haiwan’.
BBM: paparan
slaid ,PPT KBT: Kecerdasan
pelbagai - Verbal linguistik
BCB : Kemahiran Lisan
Kemahiran
Berfikir:
-Menilai dan
mentaksir
Langkah 2
(10 minit)
1.Murid membaca kuat
perkataan dan ayat
dengan sebutan dan
intonasi yang betul .
2.Guru membimbing
murid membaca
dengan betul.
3.Murid menjawab
soalan-soalan yang
disediakan guru.
1.Guru membaca kuat
perkataan dan ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul
dan diikuti oleh murid.
2.Kemudian guru memilih
seorang murid untuk membaca
kuat dan rakan-rakan yang lain
perlu mengikut murid tersebut.
3.Aktiviti ini diteruskan dengan
memilih murid yang lain untuk
membaca secara kuat dan
rakan-rakan lain perlu
mengikutnya.
4.Setelah selesai aktiviti
BBM: - paparan slaid, PPT -Aktiviti1
-Aktiviti2
BCB:
-Kemahiran
bacaan mekanis
-Kemahiran
mencari
maklumat
membaca, murid diminta untuk
menjawab beberapa soalan
yang telah disediakan.
Langkah 3
(20 minit)
1.Murid mengelaskan
haiwan mengikut
habitatnya di dalam
petak yang telah
disediakan.
2.Murid melukis dan
mewarna gambar
tersebut mengikut
kreativiti masing-
masing.
3.Guru memberi
bimbingan dan
memantau aktiviti
murid.
1.Guru mengedarkan kertas
yang mengandungi petak-
petak darat sahaja, air sahaja
serta darat dan air.
2.Murid diminta untuk
memenuhkan petak-petak
tersebut dengan melukis
gambar haiwan mengikut
habitatnya.
3.Kemudian, murid dikehendaki
mewarnakan gambar tersebut
mengikut kreativiti masing-
masing.
BBM:
Aktiviti3
KBT:
Spatial dan ruang
Penutup
(5minit)
Murid membuat
rumusan tentang tajuk
pelajaran dengan
bantuan guru.
1. Murid dibimbing merumuskan
perkara yang dipelajari.
2.Murid menyenaraikan nilai
murni yang telah diperoleh hasil
daripada pembelajaran mereka.
3.Murid menyayikan lagu yang
telah disediakan bersama-sama
guru
BBM:
Slide PPT lagu
Youtube lagu
haiwan
Nilai Murni:
Cintai dan
sayangi haiwan.