[1/22] · satu bentuk penulisan atau aktiviti ilmiah yang melibatkan pentaksiran ... voce/pameran...

22
[1/22] GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN AKADEMIK UMS 1.0 BAHAGIAN I – PENGENALAN a) Pentaksiran dan penilaian akademik Pentaksiran dan Penilaian Akademik merupakan salah satu elemen penting dalam pembelajaran dan pengajaran. Oleh yang demikian, Garis Panduan Pentaksiran dan Penilaian Akademik UMS ini disediakan untuk memberi panduan dan piawai umum tentang pentadbiran dan pengurusan pengujian, pentaksiran dan penilaian akademik di UMS. Garis panduan ini merupakan edisi yang ditambahbaik daripadaGaris Panduan Pentaksiran dan Penilaian Akademik UMS (Januari 2007). Ini adalah untuk memastikan jaminan kualiti akademik UMS mengikut Amalan Jaminan Kualiti IPT dan juga ketetapan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Dokumen ini dibaca bersama dengan Peraturan Pengajian Prasiswazah UMS 2014, Manual Peperiksaan UMS dan Garis Panduan Kod Amalan Pentaksiran Pelajar MQA. Untuk program profesional iaitu Perubatan, Kejuruteraan, Kejururawatan, Perakunan dan Kaunseling, dasar dan amalan pentaksiran dan penilaian perlu berpandukan kepada manual dan keperluan akreditasi badan profesional yang berkenaan. b) Skop Garis panduan ini digunapakai untuk panduan kakitangan akademik di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ia merangkumi urusan perancangan dan perlaksanaan dalam perkara-perkara berikut: i. Pengagihan komponen penialaian ii. Penggubalan soalan ujian dan peperiksaan iii. Penggubalan tugasan kerja kursus iv. Peperiksaan dan pemarkahan Garis panduan ini juga boleh dirujuk oleh pelajar prasiswazah UMS. c) Definisi i. Hasil Pembelajaran Jangkaan apa yang pelajar tahu dan boleh buat setelah tamat mengikut kursus pengajian mereka. ii. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Dokumen yang menghuraikan rancangan ujian mengikut tajuk dan tahap kesukaran. iii. Kesan Halo Kesan positif pada skor kerana tanggapan yang baik terhadap calon. iv. Kesan Horn Kesan negatif pada skor kerana tanggapan yang buruk terhadap calon. v. Kuiz Soalan pendek yang digunakan untuk menguji pencapaian dan penguasaan dalam sebahagian daripada kursus. vi. Latihan Industri Latihan amali yang dijalankan dalam industri dalam tempoh yang ditetapkan.

Upload: duongtram

Post on 16-Mar-2019

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

[1/22]

GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN AKADEMIK UMS

1.0 BAHAGIAN I – PENGENALAN

a) Pentaksiran dan penilaian akademik

Pentaksiran dan Penilaian Akademik merupakan salah satu elemen penting dalam pembelajaran dan pengajaran. Oleh yang demikian, Garis Panduan

Pentaksiran dan Penilaian Akademik UMS ini disediakan untuk memberi

panduan dan piawai umum tentang pentadbiran dan pengurusan pengujian, pentaksiran dan penilaian akademik di UMS.

Garis panduan ini merupakan edisi yang ditambahbaik daripadaGaris Panduan

Pentaksiran dan Penilaian Akademik UMS (Januari 2007). Ini adalah untuk memastikan jaminan kualiti akademik UMS mengikut Amalan Jaminan Kualiti

IPT dan juga ketetapan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Dokumen ini dibaca bersama dengan Peraturan Pengajian Prasiswazah UMS

2014, Manual Peperiksaan UMS dan Garis Panduan Kod Amalan Pentaksiran Pelajar MQA. Untuk program profesional iaitu Perubatan, Kejuruteraan,

Kejururawatan, Perakunan dan Kaunseling, dasar dan amalan pentaksiran dan

penilaian perlu berpandukan kepada manual dan keperluan akreditasi badan profesional yang berkenaan.

b) Skop

Garis panduan ini digunapakai untuk panduan kakitangan akademik di

Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ia merangkumi urusan perancangan dan perlaksanaan dalam perkara-perkara berikut:

i. Pengagihan komponen penialaian ii. Penggubalan soalan ujian dan peperiksaan

iii. Penggubalan tugasan kerja kursus iv. Peperiksaan dan pemarkahan

Garis panduan ini juga boleh dirujuk oleh pelajar prasiswazah UMS.

c) Definisi

i. Hasil Pembelajaran

Jangkaan apa yang pelajar tahu dan boleh buat setelah tamat mengikut kursus pengajian mereka.

ii. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Dokumen yang menghuraikan rancangan ujian mengikut tajuk dan

tahap kesukaran. iii. Kesan Halo

Kesan positif pada skor kerana tanggapan yang baik terhadap calon.

iv. Kesan Horn Kesan negatif pada skor kerana tanggapan yang buruk terhadap calon.

v. Kuiz Soalan pendek yang digunakan untuk menguji pencapaian dan

penguasaan dalam sebahagian daripada kursus.

vi. Latihan Industri Latihan amali yang dijalankan dalam industri dalam tempoh yang

ditetapkan.

[2/22]

vii. Latihan Klinikal Latihan amali perubatan dan kejururawatan yang dijalankan oleh

Sekolah Perubatan atau latihan amalai bagi program psikologi. viii. Latihan Mengajar

Latihan mengajar yang dijalankan di sekolah tempat latihan bagi

Program Pendidikan. ix. Objective Structured Clinical Examinatin (OSCE)

Peperiksaan objektif yang digunakan untuk menilai kemahiran klinikal oleh Sekolah Perubatan.

x. Objective Structured Practical Examination (OSPE) Peperiksaan objektif berstruktur yang digunakan untuk menilai

pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa disiplin perubatan.

xi. Open-Book Examination Peperiksaan yang membenarkan calon-calon menggunakan bahan-

bahan rujukan tertentu di dewan peperiksaan. xii. Pemarkahan

Proses memberi skor kepada jawapan atau hasil kerja kursus

xiii. Pengujian Proses pengumpulan data menggunakan ujian sebagai instrumen.

xiv. Penilaian Usaha membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berdasarkan

hasil pentaksiran. xv. Penilaian formatif

Penilaian berterusan dalam tempoh kursus dijalankan.

xvi. Penilaian Progresif Penilaian yang dikendalikan secara berurutan mengikut aras

kemahiran dan kesukaran yang telah ditentukan. xvii. Penilaian Sumatif

Penilaian yang dijalankan pad ahujung semester atau hujung unit

pembelajaran. xviii. Pentaksiran

Usaha pengumpulan data yang sistematik untuk memberi kedudukan, tahap atau status kepada pencapaian pelajar.

xix. Peperiksaan Akhir

Peperiksaan formal yang dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan di akhir semester.

xx. Peperiksaan tidak formal Peperiksaan akhir yang dijalankan di luar tempoh yang ditetapkan

tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Universiti. xxi. Skema jawapan

Panduan bagi pemeriksaan untuk memberi markah kepada skrip

jawapan. xxii. Soalan Aneka Pilihan/Multiple Choice Question (MCQ)

Soalan objektif yang melibatkan pokok soalan dengan pilihan jawapan yangterdiri daripada

xxiii. Soalan berstruktur

Soalan objektif yang memerlukan huraian jawapan yang pendek. xxiv. Soalan esei

Soalan subjektif yang memerlukan huraian jawapan yang terperinci. xxv. Taksonomi objektif kognitif Bloom (TOKB)

Taksonomi yang menghuraikan enam (6) tahap kesukaran dalam tugas kognitif mengikut Bloom.

xxvi. Tugasan

Satu bentuk penulisan atau aktiviti ilmiah yang melibatkan pentaksiran berdasarkan kursus yang diambil oleh pelajar.

xxvii. Pentaksiran berdasarkan portfolio Pentaksiran yang melibatkan kompilasi karya atau hasil kerja pelajar.

[3/22]

xxviii. Ujian Sesuatu instrumen pengukuran untuk menetukan pencapaian dan

pengguasaan adalah sebahagian daripada kursus. xxix. Ujian Persembahan Seni/Final Recital

Ujian dalam bentuk persembahan untuk menilai tahap

kecekappan/profesiensi dalam bidang seni. xxx. Peperiksaan pertengahan semester

Pentaksiran formatif dan/atau sumatif yang dijalankan antara minggu keenam (6) dan kelapan (8) dalam setiap semester.

2.0 BAHAGIAN II - PANDUAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

a. Pengenalan Pentaksiran dan penilaian akademik mestilah berpandukan hasil pembelajaran

setiap kursus, dan bagi program profesional, ianya haruslah berpandukan

keperluan badan akreditasi berkenaan.

Pentaksiran dan penilaian akademik boleh dilaksanakan melalui berbagai kaedah dan hendaklah berterusan. Bahagian ini menghuraikan komponen

penilaian pentaksiran dan penilaian.

b. Komponen Penilaian

Komponen penilaian merangkumi formatif dan sumatif seperti berikut:

i. penilaian Formatif penilaian formatif ini melibatkan pentaksiran berterusan dan

progresif untuk mengesan kekuatan dan kelemahaan

penguasaan pelajar dari segi kognitif, psikomotor dan afektif berdasarkan hasil embelajaran setiap kursus. Ia boleh

dilaksanakan sepanjang semester sebelum peperiksaan akhir. Antara aktiviti penilaian formatif adalah:

(a) Ujian/kuiz penilaian ini melibatkan pentaksiran dan penghasilan

maklumbalas kepada pelajar dalam tempoh yang munasabah selepas pentaksiran dijalankan. Bentuk

pentaksiran melibatkan soalan-soalan aneka pilihan, soalan objektif, soalan penstrukturan, esei, pop kuiz

dan lain-lain yang boleh dijalankan secara bertulis

atau atas talian. (b) Kerja lapangan

penilaian ini melibatkan pentaksiran aktiviti dan pencapaian pelajar di luar bilik/dewan kuliah. Proses

dan hasil kerja ditaksir melalui laporan bertulis, buku

log, pembentangan pelajar dan lain-lain.

(c) Laporan amali/klinikal penilaian ini melibatkan pentaksiran aktiviti dan

pencapaian pelajar dalam makmal atau hospital. Proses dan hasil kerja ditaksirkan melalui laporan

amalai/klinkal dalam tempoh yang munasabah

selepas tamat setiap aktiviti. (d) Pembentangan lisan

penilaian ini melibatkan pentaksiran aktiviti dan pencapaian pelajar dalam kursus melalui

pembentangan lisan.

[4/22]

(e) Ujian lisan penilaian ini melibatkan pentaksiran aktiviti dan

pencapaian pelajar dalam penguasaan bahasa. (f) Penilaian kecekapan seni

penilaian ini melibatkan pentaksiran prestasi dan gaya

persembahan kesenian dalam persembahan, resital, atau kaya. Peruntukan masa bagi pentaksiran yang

berdasarkan persembahan seni adalah 20 hingga 30 minit bergantung kepada tahap kesukaran.

(g) Tugasan Penilaian ini melibatkan pentaksiran aktiviti dan

pencapaian pelajar dalam kursus melalui penghasilan

tugasan. Proses dan hasil kerja ditaksir scara individu atau kumpulan.

(h) Pentaksiran berdasarkan portfolio pentaksiran berdasarkan portfolio melibatkan

temuduga atau pembentangan mengenai hasil kerja.

Temuduga atau pembentangan dijalankan dalam masa 20 hingga 30 minit.

ii. Penilaian sumatif

Penilaian ini melibatkan pentaksiran beberapa unit pembelajaran yang telah diajar dalam tempoh satu semester. Antara aktiviti

penilaian sumatif yang digunakan adalah:

(a) Peperiksaan Akhir Peperiksaan akhir mestilah selaras dengan hasil

pembelajaran dan aras teksonomi sesuatu kursus. Bentuk peperiksaan akhir adalah peperiksaan

berstruktur yang merangkumi soalan aneka pilihan,

esei pendek dan esei panjang. iii. Gabungan penilaian

Penilaian ini melibatkan pentaksiran berterusan yang dijalankan untuk tujuan penambahbaikan dan penilaian pada peringkat akhir.

Antara aktiviti penilaian ini adalah:

(a) Peperiksaan Pertengahan Semster Penilaian ini melibatkan pentaksiran pencapaian pelajar

dalam kursus pada pertengahan semester. Antara bentuk penilaian ialah ujian sumatif, kuiz sumatif dan lain-lain.

Pentaksiran ini harus dijalankan pada minggu keenam hingga minggu kelapan supaya bersifat formatif untuk

memberi maklumbalas kepada pelajar.

(b) Latihan Industri Penilaian ini melibatkan pentaksiran proses dan

pencapaian pelajar dalam kursus. Antara bentuk penilaian

ialah:

i. Buku log dan laporan latihan industri yang disediakan oleh pelajar dan taksir oleh penyelia

akademik dan/atau seorang pensyarah lain yang dilantik oleh Dekan.

ii. Pemerhatian dan/atau pentaksiran oleh

penyelia akademik dan/atau pensyarah yang dilantik.

iii. Pemerhatian dan laporan pencapaian pelajar oleh Penyelia Industri/Organisasi.

iv. Pembentangan oleh pelajar (jika perlu).

[5/22]

(c) Latihan Praktikum

Penilaian ini melibatkan pentaksiran proses dan

pencapaian pelajar dalam kursus. Antara bentuk

penilaian ialah:

i. Laporan rancangan orentasi sekolah (ROS)

yang disediakan oleh pelajar dan ditaksir oleh

penyelia akademik dan/atau seorang pensyarah

lain yang dilantik olehh Dekan.

ii. Pemerhatian dan pentaksiran oleh penyelia

yang dilantik oleh Dekan.

iii. Pemerhatian dan laporan pentaksiran

praktikum pelajar oleh Guru Bimbingan

iv. Pentaksiran profesionalisme oleh Pengetua

Sekolah.

(d) Latihan Ilmiah (Dengan Aktiviti Makmal)

Penilaian ini melibatkan pentaksiran proses dan

pencapaian pelajar menurut hasil pembelajaran yang

telah ditetapkan. Antara bentuk penilaian ialah:

Fasa I

i. Pembentangan kertas cadangan (proposal)

projek tahun akhir.

ii. Laporan kertas cadangan.

Fasa II

i. Disertasi.

ii. Pembentangan akhir projek (viva voce/pameran poster/hands-on)

Penilaian kursus ini juga tertakluk kepada rubrik yang dihunapakai oleh sekolah

(e) Latihan Ilmiah (Secara Teoretikal)

Penilaian ini melibatkan pentaksiran proses dan

pencapaian pelajar menurut hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Antara bentuk penilaian ialah:

Fasa I i. Pembentangan kertas cadangan (proposal)

projek tahun akhir. ii. Laporan kertas cadangan.

Fasa II i. Disertasi.

ii. Pembentangan akhir projek (viva vocel/pameran poster/hands-on).

Penilaian kursus ini juga tertakluk kepada rubrik yang digunapakai oleh Sekolah.

c. Wajaran Pengagihan Markah Wajaran pengagihan markah adalah bergantung kepada aktiviti-aktiviti

pentaksiran yang dilaksanakan serta bersesuaian dengan sifat pembelajaran dan pengajaran kursus sama ada secara teori atau praktikal. Wajaran

pengagihan markah adalah seperti berikut Jadual 1:

[6/22]

Jadual 1: Wajaran keseluruhan

Jenis Wajaran

Tugasan 10% hingga 30%

Penilaian Progresif (Kemahiran) 5% hingga 10%

Ujian/Kuiz 5% hingga 10%

Pembentangan Lisan 5% hingga 20%

Peperiksaan Pertengahan Semester 20% hingga 30%

Laporan Amali 20% hingga 30%

Kerja Lapangan 20% hingga 30%

Peperiksaan Akhir 30% hingga 50%

Jadual 2: Latihan Industri

Komponen Wajaran

Pentaksiran Penyelia Akademik 20% hingga 35%

Pentaksiran Penyelia Industri 20% hingga 35%

Laporan Latihan Industri Pelajar 30% hingga 45%

Tugasan dan /atau Pembentangan

Semasa/Selepas Bengkel Latihan Industri

0% hingga 20%

Jadual 3: Laihan Mengajar

Komponen Wajaran

Pentaksiiran Laporan Rancangan

Orientasi Sekolah (ROS)

10% hingga 20%

Pentaksiran Penyelia Latihan Mengajar 50% hingga 70%

Pentaksiran di Sekolah Tempat Latihan 20% hingga 30%

[7/22]

Jadual 4: Latihan Ilmiah

Fasa I Fasa II

Komponen Wajaran Komponen Wajaran

Kertas cadangan

(Pentaksiran

penyelia dan

pemeriksa)

70±20% Laporan disertasi

(pentaksiran

penyelia dan

pemeriksa)

70±20%

Pembentangan

(pentaksiran

pemeriksa dan

penyelia)

30±20% Pembentangan

(pentaksiran

pemeriksa dan

penyelia)

30±20%

d. Dokumen Lain Yang Berkaitan

Panduan pentaksiran dan penilaian juga dihuraikan dalam dokumen-dokumen

berikut:

• Kaedah Pengajian Prasiswazah Universiti Malaysia Sabah 2014

• Manual Peperiksaan UMS – kUALITI Manual MS-ISO • Garis Panduan Kod Amalan Pentaksiran Pelajar MQA

• Hala Tuju 2 - Laporan Penilaian Semula Program Perakaunan

Instittusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia 2006, Jabatan

Pengajian Tinggi

3.0 BAHAGIAN III - PANDUAN PEMBINAAN SOALAN

a. Taburan Soalan Mengikut Kesukaran Setiap kurikulum dibentuk dengan membenarkan pencapaian akademik

ditaksir dan dinilai berdasarkan tahap kesukaran. Untuk tujuan ini, adalah dicadangkan kaedah TOKB (Lampiran B) digunapakai. Bagi kursus-Kursus

Teras Universiti, Teras Sekolah dan Minor, tahap kesukaran yang dicadangkan

adalah sama dengan yang ditetapkan untuk Tahun 1 dan 2 seperti di dalam jadual di bawah. Bagi kursus-kursus Teras Program, tahap kesukaran adalah

di antara Aras 1 hingga 6 seperti yang dinyatakan di bawah.

JADUAL 5: Panduan Taburan Soalan Berdasarkan Pecahan Hirarki Kognitif Mengikut Tahun Pembelajaran

Tahun Tahap

Kesukaran

Rendah

(Aras I-II)

Tahap

Kesukaran

Sederhana

(Aras III-IV)

Tahap

Kesukaran

Tinggi

(Aras V-VI)

1, Teras

Universiti

& Teras

Sekolah*

Pengetahuan

dan pemahaman

(30±10%)

Aplikasi &

Analisis

(60±10%)

Sintesis &

Penilaian

(10±10%)

2 Pengetahuan

dan pemahaman

(20±10%)

Aplikasi &

Analisis

(60±10%)

Sintesis &

Penilaian

(20±10%)

[8/22]

3 Pengetahuan

dan pemahaman

(10±10%)

Aplikasi &

Analisis

(60±10%)

Sintesis &

Penilaian

(30±20%)

4 Pengetahuan

dan pemahaman

(10±10%)

Aplikasi &

Analisis

(30±10%)

Sintesis &

Penilaian

(60±10%)

Nota: *Teras Sekolah adalah mengikut kesesuaian tahap kursus di

Sekolah/Pusat masing-masing.

b. Panduan Perancangan Peperiksaan

(a) Peperiksaan pertengahan semester Peperiksaan pertengahan hendaklah dijalankan pada masa yang

bersesuaian agar keputusannya dapat dimaklumkan kepada pelajar selewat-lewatnya pada atau sebelum minggu kelapan (8) semester.

Masa peperiksaan pertengahan semester ialah maksimum dua jam peperiksaan.

Bentuk-bentuk soalan adalah sama dengan peperiksaan akhir.

(b) Masa untuk kertas peperiksaan akhir Bagi peperiksaan akhir, masa peperiksaan bergantung kepada jumlah

kredit. Satu jam kredit melibatkan satu jam peperiksaan. Untuk kursus lebih daripada tiga jam kredit tempoh maksimum peperiksaan ialah

tiga jam.

Contoh:

3 jam kredit dan ke atas = 3 jam peperiksaan

2 jam kredit = 2 jam peperiksaan

c. Bentuk Soalan

(a) Soalan umum Semua bentuk penilaian mesti berupaya mentaksir semua

pencapaian hasil pembelajaran yang dinyatakan untuk kursus tersebut. Antara panduan pembinaan soalan ialah:

i. Jenis soalan subjektif berbentuk esei dan/atau kajian kes. ii. Jenis soalan subjektif dengan pilihan (e.g. pilih dua soalan

dari 4 soalan), setiap soalam mesti mempunyai tahap kesukaran yang sama; dan

iii. Jenis soalan objektif (termasuk salah-benar dan isi tempat kosong), soalan hubungan, soalan beraneka pilihan

(MCQ), soalan berjawapan pendek dan respon terhad.

Perancangan soalam peperiksaan hendaklah berdasarkan Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU) (Lampiran A) dengan memasukkan tajuk kemahiran dan peringkat kesukaran. Ia juga dikehendaki

menggunakan gabungan pelbagai bentuk soalan sama ada jenis

objektif, subjektif dan/atau praktikal.

[9/22]

(b) Soalan bidang sains

i. Jenis soalan praktikal/klinikal berbentuk Objective Steustured Clinical Examination (OSCE), kes pendek dan

kes panjang

ii. Objective Structured Practical Examination (OSPE) iii. Menggunakan gabungan pelbagai bentuk soalan sama

ada jenis objektif, subjektif dan/atau praktikal/klinikal.

d. Panduan Membina Soalan (a) Soalan Objektif

i. Soalan MCQ untuk peperiksaan pertengahan semester

dan peperiksaan akhir hendaklah selaras dengan jam kredit dan TOKB dan ditunjukkan dalam jadual (Lampiran

C) ii. kursus teras universiti dan kursus teras sekolah dengan

tahap kesukaran taksonomi bloom satu (1) hingga empat

(4) dibenarkan menggunakan format MCQ seratus peratus.

iii. Bagi kursus-kursus tahun dua (2) hingga tahun empat (4), bilangan soalan MCQ tidak melebihi satu pertiga (1/3)

daripada isi kandungan kertas peperiksaan. iv. Format jawapan MCQ hendaklah konsisten sama ada

mempunyai 4 atau 5 pilihan jawapan.

v. Soalan MCQ terdiri daripada jenis A, K, E dan R (Lampiran D).

(b) Soalan Subjektif

i. Semua soalan pilihan dalam kumpulan yang sama mesti

mempunyai tahap kesukaran yang sama mengikut TOKB. ii. Bagi soalan subjektif berstruktur yang wajib diawab,

tahap kesukaran soalan-soalan adalah semakin meningkat mengikut TOKB.

iii. Peruntukan masa untuk setiap calon bagi ujian lisan

berstruktur adalah 20-30 minit.

(c) Soalan Praktikal/Klinikal i. Soalan OSCE terdiri daripada soalan pendek yang perlu

dijawab dalam masa 4-10 minit pada setiap stesen. Bilangan stesen bagi setiap peperiksaan ialah antara 10

hingga 20 stesen.

ii. Soalan klinikal kes pendek terdiri daripada masalah kes yang perlu dijawab dalam masa 5-10 minit setiap dan 2-3

kes setiap calon. iii. Soalan klinikal kes panjang terdiri daripada masalah kes

yang perlu dijawab dalam masa 20-30 minit setiap kes

dan hanya 1 kes setiap calon. Calon diberi masa selama 40 minit hingga 1 jam untuk clerking sebelum ujian.

e. Pentadbiran Kertas Soalan

i. Soalan dibina oleh pensyarah yang mengendalikan kursus. Skema pemarkahan perlu juga disedia bersama

ii. Semakan soalan mesti dilakukan d peringkat program terlebih

dahulu. Semakan mesti merangkumi semakan terhadap kandungan.

iii. Untuk sekolah/pusat yang mempunyai bank soalan yang dikawal selia oleh Jawatankuasa Akademik Sekolah, soalan

yang dipilih dari bank soalan hendaklah tidak melebihi 30%

daripada jumlah soalan.

[10/22]

iv. Soalan berkaitan dengan kerja makmal perlu berasaskan kerja makmal yang dilakukan oleh pelajar sendiri.

v. Peruntukan markah bagi setiap soalan hendaklah dinyatakan selepas sub-item soalan.

vi. Topik yang diuji di dalam peperiksaan pertengahan semester

boleh merangkumi sehingga lima puluh peratus (50%) pertama dari kandungan kursus.

vii. Peperiksaan akhir harus berbentuk kertas dan pensel.

4.0 BAHAGIAN IV - FORMAT DAN GAYA PENULISAN KERTAS SOALAN

PEPERIKSAAN AKHIR

Format dan gaya penulisan kertas soalan peperiksaan akhir adalah seperti

berikut:

a. Kulit Depan i. Kulit depan kertas soalan peperiksaan hendaklah mempunyai

Logo UMS perkataan ”Universiti Malaysia Sabah” , ”Peperiksaan Akhir”, Semester berkenaan, Bulan Peperiksaan,

masa peperiksaan, nama sekolah, kod kursus, nama kursus, arahan, dan catatan mengenai bilangan muka surat yang

bercetak. Kertas yang digunakan hendaklah berwarna putih

berukuran 210 x 279 mm (A4). Bagi kertas peperiksaan yang mempunyai dwibahasa, arahan peperiksaan perlu dibuat

dalam dwibahasa (Lampiran E). ii. Arahan hendaklah diberikan dengan jelas dan khusus untuk

soalan peperiksaan sahaja. Arahan untuk menggunakan

borang OMR juga perlu dinyatakan (jika berkenaan). Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu tertakluk kepada

keperluan arahan kursus. iii. Catatan mengenai bilangan muka surat yang bercetak

terdapat didalam kertas soalan hendaklah termasuk bilangan

mukasurat lampiran yang disertakan. iv. Sekiranya jawapan perlu disediakan pada kertas soalan, ruang

nombor pelajar perlu disediakan di setiap muka surat (termasuk muka depan kertas soalan peperiksaan, jika

berkenaan). v. Untuk kertas soalan yang menggunakan dwi bahasa, soalan

dalam Bahasa Melayu ditulis dahulu dan diikuti soalan dalam

Bahasa Inggeris dalam italic. Syarat ini hanya boleh diubah dengan kelulusan dekan.

b. Gaya Teks

i. Setip helaian kertas soalan (tidak termasuk muka depan),

hendaklah dicatatkan kod kursus pada sebelah kanan atas kertas di setiap helaian.

ii. Teks soalan, kod kursus dan muka surat hendaklah ditaip dengan saiz font berukuran 11 dan jenis font adalah Tahoma.

iii. Margin mesti berukuran 2.54 cm untuk tepi kiri, tepi kanan, tepi atas dan tepi bawah. Line spacing soalan hendaklah

berukuran 1.5 dan 3 di antara soalan.

iv. Perkataan bahasa asing dan formula yang terdapat dalam soalan bahasa Malayu, mesti ditulis dalam italic.

v. Sistem pernomboran yang melibatkan soalan yang mengandungi lebih dari satu item mesti ditulis seperti berikut:

[11/22]

Contoh bagi soalan subjektif:

vi. Perenggan teks hendaklah dalam bentuk selari garis tepi

(justified). vii. Sekiranya arahan soalan melibatkan nombor, nombor itu

mesti ditulis dalam perkataan dan diikuti dengan nombor, dalam kurungan.

Contoh:

c. Sistem Pernomboran i. Sekiranya pemeriksa memerlukan jawapan dibuat didalam

kertas soalan, arahan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan ruang kosong untuk nombor pelajar perlu disediakan di muka

depan kertas soalan dan di sudut atas kiri setiap muka surat

kertas soalan. ii. Nombor soalan hendaklah ditulis dalam bentuk angka.

iii. Pilihan jawapan bagi soalan MCQ hendaklah dinyatakan dalam huruf besar.

Contoh:

iv. Nombor muka surat setiap helaian dinyatakan bersama dengan jumlah muka surat keseluruhan. Contohnya:

Soalan 5

(a) Tunjukkan keberangkalian begi kesatuan

peristiwa A dan B boleh ditulis seperti berikut,

P (A∩B) = P (A) + P (B). [1-P(A/B)]

(b) Seorang professor matematik mempunyai dua

orang pembantu penyelidik ….

(i) Salah seorang….

(ii) Sekurang-kurangnya….

Sila jawab tiga (3) daripada soalan berikut:

1. Mana yang berikut merupakan hasil dari penilaian?

A. Markah

B. Gred

C. Tahap

D. Keputusan

1/8

[12/22]

d. Ilustrasi atau Rajah i. Font pada rajah, jadual, persamaan atau formula adalah tidak

tertakluk kepada peraturan penyediaan skrip jawapan peperiksaan akhir.

ii. Ilustrasi hendaklah jelas dan berlabel.

iii. Rajah atau jadual hendaklah mempunyai nombor dan bertajuk (jika berkenaan).

5.0 BAHAGIAN V - PEMARKAHAN

a. Pemarkahan Komponen Penialaian

i. Semua wajaran pengagihan markah perlu dijelaskan kepada pelajar seperti dalam Table 3, MQA-02.

ii. Semua pemarkahan harus dilaksanakan dengan sah, boleh percaya dan telus.

iii. Pensyarah perlu memberikan arahan yang jelas secara

bertulis kepada pelajar tentang keperluan tugasan yang berkenaan.

iv. Pensyarah perlu mengamalkan integriti dan etika yang tinggi dalam pemeriksaan skrip jawapan pelajar. Kesan halo dan

kesan horn perlu diketepikan. v. Pensyarah perlu memberi maklumbalas kepada pelajar

berhubung tugasan.

vi. Markah setiap penilaian formatif perlu dimaklumkan kepada pelajar sebelum minggu ke empat belas.

b. Skrip Jawapan Peperiksaan dan Ujian

i. Skrip jawapan peperiksaan akhir yang telah disemak perlu

diserahkan kepada pejabat Dekan, seperti yang ditetapkan dalam prosedur MS ISO (UMS/PK/10).

ii. Proses pemarkahan perlu dimoderasikan terutama bagi skrip jawapan yang diperiksa oleh lebih dari seorang pemeriksa.

iii. Pemeriksa kedua dari kalangan pensyarah yang sama bidang

perlu dilantik untuk membaca skrip jawapan pellajar secara pensampelan rawak jika timbul keperluan untuk semakan.

c. Pemarkahan Kemahiran Insaniah

i. penilaian untuk kemahiran insahniah hendaklah mengunapakai kaedah rubrik berdasarkan taksonomi

pentaksiran seperti taksonomi kognitif Bloom, taksonomi

psikomotor simpson dan taksonomi afektif krathwohl.

d. Pengiraan Skor Piawai i. sekiranya taburan markah sesuatu kursus mendatangkan isu

seperti peratus gagal atau cemerlang yang terlalu tinggi,

jawatankuasa akademik peringkat sekolah atau pusat boleh memutuskan markah dikira semula menggunakan skor piawai

(tertakluk kepada keperluan badan akreditasi atau profesional jika berkenaan).

ii. Skor piawai ( T ) harus dikira menggunakan formula berikut

T = 65 +

10 (x – y)

S

Di mana:

[13/22]

X = skor mentah Y = markah min untuk kursus S = sisihan piawai

Dalam kes ini, min piawai ialah 65 dan sisihan piawai ialah 1.0.

nilai ini boleh diubah mengikut keperluan kursus atau sekolah.

5.5 Bahan Rujukan

Manual MS ISO Universiti Malaysia Sabah (PK/09 dan PK/10)

Penilaian dan Pentaksiran Peperiksaan Program Perubatan, Sekolah

Perubatan UMS

Hala Tuju 2 – Laporan Penilaian Semula Program Perakunan Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia 2006, Jabatan Pengajian Tinggi

Guidelines to Good Practices: Assessment of Student (2002), Malaysia Qualification Agency (MQA)

6.0 BAHAGIAN VI – LAMPIRAN

[14/22]

JADUAL 6: CONTOH SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Kepada pensyarah: tentukan nilai soalan (termasuk subseksyen) berdasarkan tahap domain

pembelajaran dalam ruang tersebut. Sila lampirkan borang pemetaan hasil pembelajaran kursus

(course outcomes mapping) daripada kursus ini. Kepada moderator: kertas peperiksaan haruslah dimoderasi untuk memastikan: 1) soalan-soalan

adalah selari dengan domain pembelajaran, 2) soalan-soalan dapat menilai hasil pembelajaran kursus, 3) soalan-soalan diberikan wajaran yang setimpal.

LEARNING

OUTCOMES

TOPIC/

CHAPTER DOMAIN

LEARNING DOMAINS LEVEL

[Team No. (marks)] MODERATOR

1

Please Tick

(✓) or (x)

MODERATO

R 2

Please Tick

(✓) or (x) 1 2 3 4 5 6

LO1 Soil

formation &

classification

C 1a

(6m)

1b

(10m)

LO2 C

2a

(5m)

2b

(9m)

2c

(6m)

LO3 C

3a

(15m)

LO4 C

4c

(5m)

4a

(10m)

4b

(10m)

LO5 C

5a

(10m)

5b

(10m)

LO6 C

3b

(4m)

TOTAL

MARK

0 6 5 69 10 10

Nota: LEARNING DOMAINS LEVEL 1-6 maksud tahap taksonomi bloom; 1-2 rendah, 3-4 tahap sederhana, 5-6 tahap tinggi. 1-Maksud Pengetahuan; 2-

Maksud Kefahaman, 3-Maksud Aplikasi, 4- Maksud Analisi, 5-Maksud

Synthesis, 6-Maksud Penialain.

Kandungan keseluruhan, tempoh dan kesukaran kertas peperiksaan adalah berdasarkan kesesuaian kandungan kursus dan tahap pembelajaran pelajar

YA/TIDAK

Cadangan tambahan:

______________________________________________________________

______________________________________________________________

LAMPIRAN A

[15/22]

LAMPIRAN B

JADUAL 7: TAKSONOMI BLOOM

Level

(Tahap)

Skills Demonstrated

(Kemahiran Yang Ditunjukkan)

Knowledge

(pengetahuan)

Tahap rendah

Mengingat atau mengingat semula sesuatu tanpa

memahami, menggunakan atau menggantikannya.

Mendefinisi (difine), menghurai (describe), mengenalpasti

)identify), melebelkan (label), menyenaraikan (list), memadankan

(match), menghafal (memorize), menunjukkan (point to)

mengingakt kembali (recall), memilih (select), menyatakan

(state)

Comprehension

(Kefahaman)

Tahap Rendah

Memahami sesuatu yang telah dihubungkaitkan tanpa

keperluan mengaitkannya kepada apa jua yang lain.

Meminda (alter), mengambikira (account for), menganotasi

(annotate), mengira (calculate), mengubah (change), menukar

(convert), mengumpul (group), menerangkan (explain),

mengeneralisasi (generalize), memberikan contoh (give

example), membuat kesimpulan (infer), mentafsir (interprete),

memparafrasa (paraphrase), meramal (predict), menilai semula

(review), meriingkas (summarize), menterjemah (transate)

Application

(Aplikasi)

Tahap Sederhana

Menggunakan konsep umum untuk menyelesaikan

masalah dalam situasi tertentu; mengunakan bahan-

bahan yang dipelajari dalam situasi baru yang konkrit

Mengaplikasi (apply), menerapkan (adopt), menghimpun

(collect), mengkonstruk (construct), mendiagram (diagram),

menemukan (discover), mengilustrasikan (illustrate),

menemuduga (interview), menggunapakai (make use of),

memanipulasi (manipulate), mengaitkan (relate), menunjukkan

(show), menyelesaikan (slove), menggunakan (use)

Level

(Tahap)

Skills Demonstrated

(Kemahiran Yang Ditunjukkan)

Analysis

(Analisis) Tahap

Sederhana

Memecahkan sesuatu ke dalam bahagian-

bahagian;mungkin memfokuskan pengenalpastian

bahan-bahan atau analisis perkaitan antara bahagian-

bahagiam, atau pengiktirafan organisasi prinsip-prinsip

Menganalisisi (analyse), membanding (compare), menunjukkan

pertentangan/pertentangan(contrast),

[16/22]

Mendiagram (diagram), membezakan (differentiate), membedah

(dissect), melihat perbezaan (distinguisn), membuat kesimpulan

(infer), menggariskan (outline), menunjukkan (point out),

memilih (select), memisahkan (separate), mengasingkan (sort),

membahagikan (subdivide).

Synthesis

(Sintesis)

Tahap Tinggi

Mencipta sesuatu yang baru dengan memasukkan

bahagian-bahagian idea yang berbeza untuk keseluruhan

Mengadun (blend) membina (build), mengubah (change),

mencantumkan (combine), mengkompilasi (compile), mengarang

(compose), menggambarkan (conceive), mencipta (create),

merekabentuk (design), membentuk (formulate), menjana

(generate), menghipotesis (hypothesize), merancang (plan),

meramal (predict), mengeluarkan (produce), menyusun semula

(reorder), menyemak (revise), memberitahu (tell), menulis

(write)

Evaluation

(Penilaian)

Tahap Tinggi

Mengendali nilai bahan atau kaedah-kaedah apabila ianya boleh

diaplikasikan dalam situasi khusus; mengadili dengan

penggunaan kriteria yang tepat

Menrima (accept), menaksir (appraise), mengukur (assess),

mengabitrasi (arbitrate), menganugerah (award), memilih

(choose), menyimpulkan (conclude), mengkritik (criticitze),

mempertahankan (defend), menilai (evaluate), menggred

(grade), mengadili (judge), mengutamakan (judge),

mengutamakan (prioritize), mengesyorkan (recommend),

menimbang (referee), menolak (reject), memilih (select),

menyokong (support)

Sumber: Bloom (1956)

[17/22]

LAMPIRAN C

JADUAL 8: CIRI-CIRI SOALAN ANEKA PEPERIKSAAN

Peperiksaan Pertengahan

Semester Peperiksaan Akhir

Soalan aneka pilihan (MCQ)

1. Bilangan soalan yang disyorkan:

10-20

2. Tempoh untuk menjawab:

Untuk soalan yang melibatkan

kehamiran pemikiran yang lebih

rendah, satu soalan mengambil

masa selama 1-2 minit. Untuk soalan

yang melibatkan kehamiran

pemikiran yang tinggi, satu soalan

mengambil masa selama 2-4 minit.

3. Tempoh masa peperiksaan: 1 jam

Soalan Aneka Pilihan (MCQ)

i. Bilangan soalan yang disyorkan: 60-120 ii. Tempoh untuk menjawab:

Untuk soalan yang melibatkan

kemahiran pemikiran yang lebih

rendah, satu soalan mengambil masa

selama 1-2 minit. Untuk soalan yang

melibatkan kemahiran pemikiran yang

tinggi, satu soalan mengambil masa

selama 2-4 minit.

iii. Tempoh masa peperiksaan: 2 jam kredit – 2 jam, 3 jam kredit – 3 jam

Soalan struktur

a) Bilangan soalan yang disyorkan: 3-5 soalan contohnya: 1 soalan

mempunyai 4 item

b) Tempoh untuk menjawab

Soalan struktur

a) Bilangan soalan yang disyorkan: 3-5 soalan contohnya: 1 soalan mempunyai

4 item

b) Tempoh untuk menjawab : 5-8 minit untuk setiap item

c) Tempoh masa peperiksaan: 2 jam kredit – 2 jam, 3 jam kredit – 3 jam

Soalan esei

a) bilangan soalan yang disyorkan: 1-2

soalan

b) tempoh untuk menjawab: 15-60

minit untuk setiap soalan

c) tempoh masa peperiksaan: 1 jam

Soalan esei

a) Bilangan soalan yang disyorkan: 2-4 soalan

b) Tempoh untuk menjawab: 15-30 minit untuk setiap soalan

c) Tempoh masa peperiksaan: 2 jam

kredit- 2 jam, 3 jam kredit – 3 jam

[18/22]

LAMPIRAN D

JADUAL 9: CONTOH SOALAN ANEKA PELIHAN (MCQ)

Soalan Aneka Pilihan (MCQ) adalah berkaitan dengan penilaian kemahiran berfikir pelajar. Kaedah ini adalah sangat berguna untuk penilaian formatif dan memberi penekanan kepada prestasi pembelajaran

dan pengajaran kedua-dua pihak pelajar dan pensyarah serta pemerhatian mereka terhadap qualiti pembelajaran dan pengajaran.

Soalan aneka pilihan untuk peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir adalah

berdasarkan kepada jam kredit dan teksonomi.

Tajuk Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Jumlah

A 8 (S1-S8) 4 (S9-12) - - - - 12

B 4 (S13-16) 8 (S17-24) - - - - 12

C 2 (S25-26) 8 (S27-34) 2 (S35-36) - - - 12

D 2 (S37-38) 2 (S39-40) 8 (S41-48) - - - 12

E 6 (S49-54) 6 (S55-60) - - - - 12

Jumlah 22 28 10 - - - 60

[19/22]

LAMPIRAN E

Format Muka Depan dan Kertas Peperiksaan

PEPERIKSAAN AKHIR

SEMESTER 2 SESI 2013/2014

JANUARI 2014 MASA: 2 JAM

SEKOLAH : SEKOLAH KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KOD KURSUS : KE3652

TAJUK KURSUS : TEORI RANGKAIAN

ARAHAN : SILA JAWAB SEMUA SOALAN PADA MUKA SURAT BARU

Kertas ini mengandungi Satu (1) muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.

Lampiran A1

Format Kertas Soalan Peperiksaan

Font: Tahoma

Saiz: 16

Sila tukar mengikut peperiksaan seperti:

• Peperiksaan gentian

• Peperiksaan ulangan

khas

• Peperiksaan semester

Font: Tahoma Saiz: 10

Margin atas 2.54 cm

Margin kanan: 3.17 cm

Sila tukar jumlah muka surat mengikut helaian termasuk

lampiran

Margin bawah: 2.54 cm

”footer” Font: Tahoma, Saiz: 10

Margin 1.27 cm from edge

[20/22]

Lampiran A2

Format Isi Kandungan Soalan Kertas Soalan Peperiksaan

Margin atas 2.54 cm

Margin kanan: 2.54 cm

Margin kiri:

2.54cm

Margin bawah: 2.54 cm

”footer” Font: Tahoma, Saiz: 11

Margin 1.27 cm from edge

“Header” Font: Tahoma

Saiz: 11

Margin: 1.27

from edge

UB00302

[21/22]

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2010/2011

JANUARI 2014 MASA: 2 JAM

NO. PELAJAR (ANGKA) (DENGAN HURUF)

BB07110011 BB Kosong tujuh satu kosong kosong satu satu

SEKOLAH : SEKOLAH KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KOD KURSUS : KE3652

TAJUK KURSUS : TEORI RANGKAIAN

ARAHAN : SILA JAWAB SEMUA SOALAN PADA MUKA SURAT BARU

Kertas ini mengandungi Satu (1) muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.

Lampiran B1 Format Kertas Soalan

Peperiksaan dimana jawapan perlu ditulis dalam kertas soalan

Margin atas 2.54 cm

Tambahan hanya pada ruangan ini

sahaja. Format yang lain

adalah sama dengan

Lampiran A1

[22/22]

No.Pelajar:

Contoh bagi soalan subjektif:

Contoh bagi soalan MCQ:

Lampiran B2

Format Isi Kandungan Soalan

Kertas Soalan Peperiksaan dimana jawapan perlu ditulis

dalam kertas soalan

Tambahan hanya pada ruangan ini saha Format yang lain adalah sama dengan Lampiran A2

UB00302

Soalan 5

(a) Tunjukkan keberangkalian bagi kesatuan peristiwa A dan B boleh ditulis seperti berikut, P(A∩B) = P (A) + P (B). [1 – P (A/B)

(b) Seorang professor matematik mempunyai dua orang pembantu penyelidik…. (i) Salah seorang….. (ii) Sekurang-kurangnya…..

1. Mana yang berikut merupakan hasil dari penilaian A. Markah B. Gred C. Tahap D. Keputusan