10___panduan_pelaksanaan_bahasa arab jqaf

6
Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6 j-QAF PANDUAN PELAKSANAAN BAHASA ARAB 1. PENDAHULUAN Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan berkenaan dengan Model Perluasan Bahasa Arab untuk Tahun 6 di sekolah-sekolah yang melaksanakan Program j-QAF. Panduan ini menerangkan tentang takrif, matlamat, objektif, strategi pelaksanaan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian yang akan digunakan dalam pelaksanaan model ini. 2. TAKRIF Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab bermaksud pelaksanaan mata pelajaran bahasa Arab diperluaskan kepada semua murid di sekolah-sekolah yang melaksanakan Program j-QAF. Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah (KP(85)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004), “status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid (Islam) hendaklah memilih Bahasa Arab Komunikasi sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil Komunikasi”. Murid bukan Islam diberi pilihan sama ada ingin mengambil Bahasa Arab atau tidak. 3. MATLAMAT Pengajaran dan pembelajaran bahasa di peringkat rendah bermatlamat menanam minat mempelajari bahasa Arab bagi menguasai kemahiran berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah. 4. OBJEKTIF Di akhir pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah murid dapat: 4.1 mendengar bunyi huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan memahaminya. 4.2 menyebut dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab. 4.3 bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan memahaminya.

Upload: ahmad-rajaie

Post on 29-Jun-2015

836 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10___Panduan_Pelaksanaan_Bahasa Arab jQAF

Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6

j-QAF

PANDUAN PELAKSANAAN

BAHASA ARAB 1. PENDAHULUAN

Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan berkenaan dengan Model

Perluasan Bahasa Arab untuk Tahun 6 di sekolah-sekolah yang

melaksanakan Program j-QAF. Panduan ini menerangkan tentang takrif,

matlamat, objektif, strategi pelaksanaan, kaedah pengajaran dan

pembelajaran serta penilaian yang akan digunakan dalam pelaksanaan

model ini.

2. TAKRIF

Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab bermaksud pelaksanaan mata

pelajaran bahasa Arab diperluaskan kepada semua murid di sekolah-sekolah

yang melaksanakan Program j-QAF. Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil. 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah

(KP(85)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30 Disember 2004), “status mata

pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun

murid (Islam) hendaklah memilih Bahasa Arab Komunikasi sekiranya tidak

mengambil mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil

Komunikasi”. Murid bukan Islam diberi pilihan sama ada ingin mengambil

Bahasa Arab atau tidak.

3. MATLAMAT

Pengajaran dan pembelajaran bahasa di peringkat rendah bermatlamat

menanam minat mempelajari bahasa Arab bagi menguasai kemahiran

berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah.

4. OBJEKTIF

Di akhir pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah murid dapat:

4.1 mendengar bunyi huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan

memahaminya.

4.2 menyebut dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab.

4.3 bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan

memahaminya.

Page 2: 10___Panduan_Pelaksanaan_Bahasa Arab jQAF

Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6

j-QAF

4.4 membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasa

Arab.

4.5 menulis dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan

memahaminya.

4.6 menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat

mudah dan memahaminya.

5. STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab dilaksanakan dengan

menggunakan peruntukan masa sedia ada bahasa Arab di sekolah

kebangsaan iaitu 60 minit seminggu (30 minit x 2 waktu) seperti yang

dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2002 KP (BS)

8591 Jilid XVII (8) bertarikh 1 Oktober 2002 : Penawaran Mata

Pelajaran Bahasa Arab Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).

5.2 Peruntukan masa ini mestilah berada di dalam jadual waktu rasmi

persekolahan.

5.3 Model ini dilaksanakan berpandukan kepada sepuluh (10) unit / topik

yang terkandung dalam Pakej Buku Teks Bahasa Arab Tahun 6 Edisi

2007. Penerbitan pakej buku ini terdiri daripada Buku Teks dan Buku

Panduan Guru yang dibina berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa

Arab dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 6. Buku

Latihan Aktiviti hanya disediakan untuk setiap murid tahap 1 sahaja

melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

5.4 Senarai unit / topik yang dinyatakan dalam Pakej Buku Teks di atas

adalah seperti berikut :

a. Unit / Topik Pertama : يف املقصف

b. Unit / Topik Kedua : اليوم الرياضي

c. Unit / Topik Ketiga : مهن شريفة

d. Unit / Topik Keempat : يف سوق الليل

e. Unit / Topik Kelima : رمضان كرمي

f. Unit / Topik Keenam : بالدي احلبيبة

g. Unit / Topik Ketujuh : االحتفال باليوم الوطين

h. Unit / Topik Kelapan : على أبواب االمتحان

Page 3: 10___Panduan_Pelaksanaan_Bahasa Arab jQAF

Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6

j-QAF

i. Unit / Topik Kesembilan : السفر بالقطار

j. Unit / Topik Kesepuluh : رحلة سعيدة

5.5 Pelaksanaan setiap unit / topik mencakupi aktiviti-aktiviti yang

terkandung dalam Buku Teks mengikut agihan masa seperti berikut:

Bil.

Aktiviti Jumlah Waktu

1. Aktiviti 1 2 waktu (30 minit x 2 = 60 minit)

2. Aktiviti 2 1 waktu (30 minit)

3. Aktiviti 3 1 waktu (30 minit)

4. Aktiviti 4 1 waktu (30 minit)

5. Aktiviti 5 1 waktu (30 minit)

6. Aktiviti 6 1 waktu (30 minit)

7. Aktiviti Pengukuhan dan

Pengayaan 1 waktu (30 minit)

JUMLAH 8 waktu (240 minit)

5.6 Guru Bahasa Arab hendaklah melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran berpandukan agihan aktiviti/ hasil pembelajaran (نتاج التعلم )

yang dicadangkan seperti di dalam jadual Penilaian Kendalian Sekolah

Rendah (PKSR).

5.7 Bagi membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,

guru-guru disarankan menggunakan bahan bantu yang dibekalkan ke

sekolah-sekolah.

5.7.1 Buku Latih Tubi

a. Buku Latih Tubi Bahasa Arab untuk Tahun 6 disediakan

untuk membantu guru Bahasa Arab memberi

pengukuhan dan pengayaan kepada murid.

b. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan latihan-

latihan di dalam buku tersebut sebagai instrumen untuk

penilaian kepada murid.

Page 4: 10___Panduan_Pelaksanaan_Bahasa Arab jQAF

Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6

j-QAF

6. AGIHAN TUGAS

6.1 Penolong Pengarah j-QAF Negeri, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah

Unit Pendidikan Islam / Penyelia Kanan Pendidikan Islam Daerah

bertanggungjawab :

a. memberi taklimat pelaksanaan model . dan

b. memantau pelaksanaan model.

6.2 Guru Besar bertanggungjawab :

a. memastikan program dapat dilaksanakan dengan sempurna.

b. meneliti dan mengemukakan laporan pelaksanaan model kepada

Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sektor

Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri.

6.3 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab :

a. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan model.

b. bekerjasama dengan semua pihak di sekolah bagi menjayakan

pelaksanaan model.

c. menyediakan dan menyerahkan laporan pelaksanaan model

kepada Guru Besar.

6.4 Guru Bahasa Arab bertanggungjawab:

a. menggunakan Buku Teks, Buku Panduan Guru Bahasa Arab dan

bahan bantu mengajar yang disediakan untuk pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas.

b. merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

menarik dan bermakna.

c. mempelbagaikan aktiviti komunikatif untuk menarik minat murid.

d. memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan

murid.

e. membuat penilaian dengan menggunakan instrumen yang

disediakan.

f. merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses

pengajaran dan pembelajaran.

Page 5: 10___Panduan_Pelaksanaan_Bahasa Arab jQAF

Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6

j-QAF

g. melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua

Panitia.

7. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

7.1 Berdasarkan teori-teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa,

terdapat pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa

Arab boleh dilaksanakan di sekolah. Namun begitu, pendekatan

komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah kerana sifat

dan tujuan bahasa Arab itu sendiri ialah untuk berkomunikasi.

7.2 Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dijalankan menggunakan

kaedah-kaedah berikut iaitu :

a. Kaedah Tematik. )FGHIJIKLا FNOPQLا(

b. Kaedah Ajuk-Hafaz. )FNOPS ةUآUWKLوا YOدP[Lا(

c. Kaedah Semula Jadi / Kaedah Terus. )U\KLا FNOPQLة[اP(

d. Kaedah Latih Tubi. ) تU\OرY[Lا FNOPSF`abKLا(

e. Kaedah Eklektik. )FGcUN[deا FNOPQLا(

8. PENILAIAN

8.1. Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan

maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil

pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,

penilaian perlu dijalankan secara berterusan bermula dari tahun 1 (sila

rujuk Panduan Pelaksanaan PKSR Bahasa Arab seperti yang terdapat

di dalam buku Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran dan

Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 6).

8.2. Guru perlu menjalankan 3 penilaian iaitu penilaian sikap, penilaian lisan

dan penilaian tulisan secara formatif berdasarkan topik pembelajaran.

Walau bagaimanapun penilaian yang perlu dilaporkan kepada

Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) untuk tahap dua (Tahun 4

hingga Tahun 6) ialah penilaian sumatif yang akan dibekal ke

sekolah-sekolah pada bulan Mei dan Oktober sahaja.

Page 6: 10___Panduan_Pelaksanaan_Bahasa Arab jQAF

Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab Tahun 6

j-QAF

8.3. Penilaian bahasa Arab di peringkat sekolah dilaksanakan mengikut

format Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Penilaian

Kendalian Sekolah Rendah mempunyai prinsip-prinsip berikut :

a. bersifat formatif.

b. mengesan perkembangan individu secara menyeluruh (intelek,

emosi, rohani dan jasmani).

c. sistematik dan berterusan.

d. menggunakan pelbagai kaedah (pemerhatian, lisan dan

penulisan).

e. berasaskan kriteria.

f. dikendalikan oleh guru.

g. membolehkan tindakan susulan.