109968158 kertas kerja program kepenggunaan 2012 smk sepagaya

5
SMK SEPAGAYA Kelab Pengguna Sekolah KERTAS KERJA PROGRAM KEPENGGUNAAN DAN PERKONGSIAN BERSAMA KPDNKK

Upload: bidaraindah

Post on 20-Oct-2015

448 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: 109968158 Kertas Kerja Program Kepenggunaan 2012 Smk Sepagaya

SMK SEPAGAYA

Kelab Pengguna Sekolah

KERTAS KERJA PROGRAM

KEPENGGUNAAN

DAN PERKONGSIAN

BERSAMA KPDNKK

Page 2: 109968158 Kertas Kerja Program Kepenggunaan 2012 Smk Sepagaya

PROGRAM KELAB PENGGUNA SEKOLAH SMK SEPAGAYA

KERTAS KERJA PROGRAM KEPENGGUNAAN DAN

PERKONGSIAN BERSAMA KPDNKK

Pengenalan

Penubuhan Kelab Pengguna di sekolah adalah bagi mewujudkan kumpulan pengguna

generasi baru yang mengetahui hak sebagai pengguna, bijak dan bertanggungjawab dengan

menititikberatkan tiga aspek kepenggunaan iaitu perbelanjaan berhemah, pemakanan

seimbang dan pemeliharaan alam sekitar. Sehubungan dengan itu, satu program dirancang

bagi mencapai hasrat tersebut. Program ini juga merupakan kesinambungan daripada

program sebelum ini.

1. Tajuk :

Program Kepenggunaan dan Perkongsian Bersama KPDNKK

2. Matlamat:

Semua pelajar di sekolah ini dapat pendedahan mengenai fungsi dan hak pengguna di

samping dapat mengenali KPDNKK dengan lebih dekat.

3. Objektif:

i- Untuk menerap ilmu kepenggunaan di kalangan semua pelajar.

ii- Untuk menarik minat pelajar lebih ramai menyertai kelab pengguna sekolah.

iii- Dapat pendedahan kepenggunaan yang lebih tepat bersama pihak KPDNKK.

iv- Pelajar dapat bertindak sebagai pengguna bijak, bermaklumat dan

bertanggung jawab selepas program ini.

v- Untuk memperkasakan hubungan antara pihak sekolah dengan KPDNKK.

Page 3: 109968158 Kertas Kerja Program Kepenggunaan 2012 Smk Sepagaya

4. Maklumat Program:

Tarikh / Hari : 23-Oktober-2012 (Selasa)

Masa : 2.00 - 5.00 petang (3 jam)

Tempat : SMK SEPAGAYA

Kerjasama : Unit Kaunseling dan KPDNKK

Tema : "Kuasa Pengguna: 1 Pengguna 1 Suara"

Merujuk kepada Tema Sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan 2012

5. Penyertaan (Kumpulan Sasaran)

i- Ahli Kelab Pengguna Sekolah

ii- Pelajar Sesi Petang

6. Jawatankuasa Pelaksana *(Rujuk lampiran)

7. Aturcara Program *(Rujuk lampiran)

8. Anggaran Belanjawan.

Bil. Perkara Kos Catatan

1. 2 Hadiah / Cenderamata (KPDNKK) RM 100.00

Penceramah dan juga

pihak KPDNKK

2. 20 Hadiah Pertandingan Kuiz RM 100.00 Pelajar

3. Kain Rentang (Banner) RM 100.00 Promosi dan iklan

JUMLAH RM 300.00

Page 4: 109968158 Kertas Kerja Program Kepenggunaan 2012 Smk Sepagaya

9. Penutup

Dalam mengejar sesuatu cita-cita,

Banyak perkara yang perlu dilaksanakan,

Dalam membuat sesuatu kerja,

Percaturan masa bijak digunakan.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar khasnya dan pihak

sekolah amnya untuk menjadi pengguna yang lebih peka dan prihatin dalam mengetahui hak

dan peranan malah mampu menterjemahkannya dalam bentuk tindakan yang menampakkan

hasil yang tepat.

Sekian.

Disediakan oleh,

............................................

ELLY SOFIANA BINTI SUAIB

Guru Penasihat

Kelab Pengguna Sekolah

Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................ ........................................................

ZAINUDDIN BIN MOHD AMIN MOHAMAD KHAIRUDDIN B. ABDULLAH

GPK Kokurikulum Pengetua Cemerlang

SMK Sepagaya SMK Sepagaya

Page 5: 109968158 Kertas Kerja Program Kepenggunaan 2012 Smk Sepagaya

Jawatankuasa Pelaksana Program

Guru Penasihat (1) : Pn. Elly Sofiana binti Suaib (Penyelaras)

Guru Penasihat (2) : Cik Sak Mei Lang

Pengerusi : Salhana Analuddin

Setiausaha : Normaladewi Darwis

Bendahari : Norafifah Norhak

Ketua JK Protokal : Nurul Aidah Hassan

Ketua JK Pertandingan : Hassmilah Hassan

Ketua JK Siaraya : Maslinah Samad

Ketua JK Peralatan : Michelle TD Leonard

Ketua JK Pendaftaran / Hadiah : Evelyn Ramanus

Ketua JK Tugas-tugas Khas : Rafidah A. Wahab

Aturcara Program

1.45 t/hari : Persiapan / pendaftaran

2.00 ptg : Ceramah Kepenggunaan (KPDNKK) dan Pameran Kepenggunaan

3.00 ptg : Kuiz Kepenggunaan

3.30 ptg : Majlis Penyampaian Hadiah / Cenderamata

4.00 ptg : Aktiviti Kepenggunaan (pelajar)

5.00 ptg : Program ditangguhkan (selesai)

Senarai aktiviti kepenggunaan

1. Demonstrasi (Lakonan) 4. Do It Yourself (D.I.Y)

2. Segmen Kitar Semula 5. Wang saku saya

3. Cabaran Interaktif Pengguna Bijak 6. Di mana hak saya?