bahagian penyelidikan dan dasar kepenggunaan

19
BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR

KEPENGGUNAAN

Page 2: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

Terdapat pelbagai akta/peraturan berkenaan pengiklanan, tetapi

iklan-iklan palsu dan mengelirukan pengguna masih disiarkan.

Penubuhan Jawatankuasa Pengiklanan di bawah APP 1999 –

satu mekanisma pemantauan iklan palsu dan mengelirukan.

Jawatankuasa Pengiklanan mengenalpasti keperluan

menyediakan Garis Panduan Mengelakkan Iklan Palsu atau

Mengelirukan sebagai rujukan bagi penerbitan iklan.

Page 3: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

KEMENTERIAN

•Kementerian Dalam Negeri (KDN)

•Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

•Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK)

•Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

•Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

•Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM)

•Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia(CMCF)

•Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

•Lembaga Penapisan Filem (LPF)

AGENSI

PERSATUAN

•Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna- Pengguna Malaysia (FOMCA)

•Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

•Advertising Standard Authority (ASA) •Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As) •Malaysian Advertisers Association (MAA)

Page 4: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

• UNITED KINGDOM- ASA UK

1. The UK Code of Broadcast Advertising 2. The UK Code of Non-broadcast Advertising, Sales Promotions and Direct Marketing.

• AMERIKA SYARIKAT

Federal Trade Commission Guidelines on Internet Advertising

• MALAYSIA

1. Akta Perlindungan Pengguna 1999

2. Akta Perihal Dagangan 2011

3. Kod Amalan Periklanan Malaysia- ASA

• KANADA

The Canadian Code of Advertising Standards

Page 5: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

Rujukan kepada pengiklan agar :

• bertanggunjawab terhadap sebarang iklan yang

dikeluarkan.

• memastikan iklan berkenaan mendapat kelulusan daripada

pihak-pihak yang berkaitan.

• tidak mengeluarkan iklan palsu atau mengelirukan

pengguna.

Rujukan kepada pihak berkuasa yang mengawalselia

pengiklanan.

Rujukan kepada pengguna dalam mengenal pasti kandungan

iklan palsu atau mengelirukan.

Garis panduan ini terpakai kepada iklan yang memberi

implikasi kepada pengguna.

TUJUAN

PEMAKAIAN GARIS PANDUAN

Page 6: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

KANDUNGAN GARIS PANDUAN

IKLAN-IKLAN PALSU ATAU MENGELIRUKAN (MISLEADING

OR FALSE ADVERTISEMENTS)

DAKWAAN YANG DILARANG

PENGGUNAAN LOGO HALAL

TERMA DAN SYARAT

KETIDAKPATUHAN

Page 7: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

PERATURAN UMUM

PENGESAHAN

(SUBSTATIATION)

KENYATAAN YANG

KETERLALUAN

(EXAGGERATION/ PUFFERY)

HARGA

PERCUMA

KEBOLEHDAPATAN

(AVAILABILITY)

PERBANDINGAN

PENGENDORSAN DAN

TESTIMONI

GERENTI DAN

PERKHIDMATAN

SELEPAS JUALAN

IKLAN-IKLAN PALSU ATAU

MENGELIRUKAN

Page 8: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

• Pengiklan tidak boleh :

> membuat kenyataan palsu tentang tempat dikilangkan, pengeluar, jenis,

standard, kualiti, gred, kualiti, komposisi, gaya atau model tertentu.

>membuat gambaran palsu - tentang sejarah tertentu atau kegunaan

terdahulu. • Elakkan penggunaan perkataan “satu-satunya” atau dakwaan eksklusif. Hanya

boleh digunakan bagi mereka yang mendapat hak tersebut.

• Iklan pembekalan perkhidmatan oleh orang yang ada kemahiran dan kelayakan

tertentu – hendaklah jelas dan tidak mengelirukan.

• Iklan di atas talian- Nyatakan dengan jelas nama, alamat dan nombor telefon

pengiklan tersebut.

• Pengiklan hendaklah memastikan sebarang dakwaan yang dibuat mampu

dibuktikan dengan sewajarnya.

PERATURAN UMUM

PENGESAHAN (SUBSTANTIATION)

Page 9: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

• Pengiklan tidak boleh membuat gambaran yang diperbesar-besarkan atau

melampau (exaggeration/puffery).

• Bagi iklan yang menyatakan harga, paparkan :-

a) harga termasuk cukai (sekiranya diketahui), kos penghantaran atau caj-

caj sampingan lain.

b) ciri-ciri utama barang/ perkhidmatan.

c) identiti syarikat atau pengedar.

• Nyatakan dengan jelas jika jumlah cukai, duti, fi dan caj-caj lain belum

diketahui.

• Penggunaan “sehingga… (up to)” atau “daripada… (from)” tidak dibenarkan.

Potongan/ diskaun perlu dinyatakan dengan tepat.

• Gambaran/ ilustrasi yang tidak sepadan dengan harga tidak dibenarkan.

KENYATAAN YANG KETERLALUAN (EXAGGERATION/ PUFFERY)

HARGA

Page 10: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

• Pengiklan tidak boleh menyatakan sesuatu barang atau perkhidmatan sebagai

“percuma” jika wujud apa-apa kos yang perlu ditanggung oleh pengguna selain

kos sebenar bagi apa-apa penghantaran, tambang atau bayaran pos.

• Pernyataan “pakej percuma” – tidak boleh jika elemen yang di

maksudkan telah dimasukkan ke dalam pakej sebenar yang ditawarkan.

• Jika pengiklan mengenakan syarat tambahan :

a) Iklan di media cetak:

- nyatakan dengan jelas

- letakkan berhampiran ungkapan percuma dan mudah dibaca, dan

- saiz cetakan tidak kurang daripada separuh saiz perkataan percuma.

b) Iklan di media elektronik:

- nyatakan “tertakluk kepada terma dan syarat”

- nyatakan sumber rujukan terma dan syarat.

• Tawaran “kepuasan atau wang anda dikembalikan” (satisfaction or money back guarantee) – tidak dibenarkan jika pembeliannya tidak boleh dikembalikan (non- refundable)

PERCUMA

Page 11: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

• Sekiranya pengiklan tidak berupaya untuk menyediakan atau membekalkan

barang atau perkhidmatan pada harga, jangka masa dan kuantiti yang

munasabah sepertimana yang diiklankan - Nyatakan dengan jelas stok terhad,

kuantiti maksimum untuk jualan dan tempoh masa jualan.

• Jika barang/perkhidmatan tiada lagi di pasaran, kandungan iklan hendaklah

ditarik atau diubah.

• Nyatakan dengan jelas jika terdapat sebarang sekatan had umur atau geografi

untuk mendapatkan barang/perkhidmatan itu.

• Teknik jualan pertukaran atau “switch selling” tidak dibenarkan.

• Tidak boleh membuat kenyataan palsu contohnya “premis akan berpindah”

sedangkan tidak berlaku - semata-mata untuk menghabiskan jualan.

• Tidak boleh mengiklankan barang/perkhidmatan dengan niat untuk tidak

membekalkannya.

KEBOLEHDAPATAN (AVAILABILITY)

Page 12: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

• Perbandingan berbentuk superlatif hendaklah disokong dengan bukti

yang sahih.

• Iklan perbandingan tidak boleh mengelirukan pengguna sama ada

terhadap barang atau perkhidmatan milik pengiklan atau milik

pesaing.

• Asas perbandingan hendaklah sama dan dinyatakan dengan jelas

• Tidak boleh menyatakan harga lebih rendah berbanding harga jualan

yang disyorkan (recommended retail price) sedangkan harga yang

ditawarkan adalah harga jualan biasa di pasaran.

PERBANDINGAN

Page 13: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

• Pembuktian testimoni - perlu dokumentasi dan pengendorsan yang

benar(genuine).

• Fakta yang dinyatakan di dalam testimoni tidak boleh mengelirukan.

• Testimoni dan pengendorsan daripada mana-mana bahan terbitan, ujian atau

jurnal – perlu kebenaran daripada pihak berkenaan. • Pemaparan “trust mark”, “quality mark” atau apa-apa tanda pentauliahan perlu

kebenaran atau pentauliahan daripada pihak yang berkenaan.

• Dakwaan “sebelum” dan “selepas” hendaklah dinyatakan dengan jelas, adil

dan tidak mengelirukan.

• Perkataan “gerenti” –tidak boleh digunakan dengan apa jua cara yang boleh

mengelirukan pengguna berkaitan hak pengguna.

• Iklan yang menyatakan “Janji Wang Dikembalikan” - nyatakan tempoh masa

ganti rugi diberikan.

PENGENDORSAN DAN TESTIMONI

GERENTI DAN PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN

Page 14: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

Apa-apa bentuk iklan atau promosi berkaitan apa-

apa barang/perkhidmatan, perlakuan atau perkara

yang dilarang oleh mana-mana akta atau peraturan

walaupun disokong dengan bukti adalah tidak

dibenarkan.

Page 15: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

• Logo halal – mesti mendapat kelulusan JAKIM dan badan pensijilan yang

diiktiraf.

• Paparkan logo halal di tempat yang jelas dan sesuai

• Logo halal yang sah :

- pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM); atau

- sijil daripada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM;;

dan

- masih sah tempoh

• Tidak boleh menggunakan logo halal atau ungkapan halal dengan tujuan untuk

mengelirukan

• Logo halal Malaysia – perlu dicetak dan digunakan menepati reka bentuk dan

spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri.

• Perlu memberhentikan penggunaan logo halal, jika:

- SPHM/pensijilan halal luar negara telah ditarik/dibatalkan.

- sijil tamat tempoh

Page 16: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

• Kriteria meletakkan terma dan syarat :

i) Kedudukan adalah jelas dan mudah dilihat/dibaca

ii) Saiz dan font yang jelas

iii) Nyatakan sumber rujukan terma dan syarat sekiranya tidak dapat

dinyatakan dalam iklan

iv) Penggunaan bahasa yang ringkas dan mudah difahami

• Penggunaan kriteria ini juga terpakai untuk penggunaan penafian

disclaimers). Pastikan penafian yang digunakan tidak bercanggah dengan

penyataan iklan serta sah dan tidak menyalahi undang-undang.

• Bagi iklan atas talian, penafian diletakkan di dalam (site) yang sama dengan

pernyataan iklan, bukan di laman yang berbeza.

Page 17: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

• Tindakan boleh diambil ke atas pengiklan yang didapati telah

menyebabkan pengguna terpedaya kerana didorong oleh iklan

yang palsu dan mengelirukan.

• Tindakan boleh diambil mengikut jenis kesalahan di bawah

mana–mana perundangan berkaitan iklan yang berkenaan.

Page 18: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

Sila layari laman yang berikut untuk mendapatkan Garis

Panduan Mengelakkan Iklan Palsu atau Mengelirukan

http://www.kpdnkk.gov.my/pengumuman/garis_panduan_iklan

Page 19: BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DASAR KEPENGGUNAAN

TERIMA KASIH