1.0 prosedur keselamatan

14
Pengenalan Penggunaan bilik-bilik khas serta tempat-tempat di dalam kawasan sekolah adalah tertakluk berdasarkan peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan bertujuan untuk menjaga keselamatan pengguna dan peralatan yang terlibat. Keutamaan adalah diberikan terutamanya terhadap keselamatan penggunanya ini kerana akibat dari penyalahgunaan peralatan dan tempat boleh mengakibatkan kecederaan serius dan mungkin juga mengancam nyawa. Disetiap kawasan sekolah terutama bilik-bilik khas dan tempat- tempat yang sering digunakan perlulah mempunyai tatacara atau peraturan penggunaannya. Peraturan-peraturan serta tatacara dibuat bagi membolehkan keselamatan dan kemudahan yang ada digunakan secara maksimun dan dalam keadaan yang terkawal. Di sini peraturan penggunaan beberapa bilik dan tempat seperti stor sukan, kantin, dewan dan bilik komputer dibuat berdasarkan maklumat sedia ada di sekolah dan hanya digunakan di sekolah di mana penulis sedang berkhidmat. Maklumat lain adalah yang dipetik dari sumber bacaan dan carian data dari pengkalan data terbuka. Tatacara keselamatan penggunaan stor sukan dibuat bertujun untuk melicinkan perjalanan aktiviti sukan yang dirancang dan menjaga keselamatan murid semasa menjalani latihan sukan. Guru bertugas sebagai pelaksana setiap arahan yang telah dibuat demi menjaga keselamatan dan kebajikan murid. Tatacara keselamatan dan penggunaan kantin dibuat bertujuan untuk menjaga keselamatan pelajar dari kecederaan dan penyakit

Upload: mokhzani-cheabdullah

Post on 14-Dec-2014

46 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 prosedur keselamatan

Pengenalan

Penggunaan bilik-bilik khas serta tempat-tempat di dalam kawasan sekolah

adalah tertakluk berdasarkan peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan bertujuan

untuk menjaga keselamatan pengguna dan peralatan yang terlibat. Keutamaan adalah

diberikan terutamanya terhadap keselamatan penggunanya ini kerana akibat dari

penyalahgunaan peralatan dan tempat boleh mengakibatkan kecederaan serius dan

mungkin juga mengancam nyawa. Disetiap kawasan sekolah terutama bilik-bilik khas

dan tempat-tempat yang sering digunakan perlulah mempunyai tatacara atau peraturan

penggunaannya. Peraturan-peraturan serta tatacara dibuat bagi membolehkan

keselamatan dan kemudahan yang ada digunakan secara maksimun dan dalam

keadaan yang terkawal. Di sini peraturan penggunaan beberapa bilik dan tempat

seperti stor sukan, kantin, dewan dan bilik komputer dibuat berdasarkan maklumat

sedia ada di sekolah dan hanya digunakan di sekolah di mana penulis sedang

berkhidmat. Maklumat lain adalah yang dipetik dari sumber bacaan dan carian data dari

pengkalan data terbuka.

Tatacara keselamatan penggunaan stor sukan dibuat bertujun untuk melicinkan

perjalanan aktiviti sukan yang dirancang dan menjaga keselamatan murid semasa

menjalani latihan sukan. Guru bertugas sebagai pelaksana setiap arahan yang telah

dibuat demi menjaga keselamatan dan kebajikan murid.

Tatacara keselamatan dan penggunaan kantin dibuat bertujuan untuk menjaga

keselamatan pelajar dari kecederaan dan penyakit yang boleh mendatangkan

kemudaratan terhadap kesihatan serta fizikal murid. Guru dan pengawas yang dilantik

akan bertindak sebagai pemerhati dan petugas yang akan melaksanakan peraturan-

peraturan dan tatacara keselamatan dan penggunaan kantin.

Tatacara keselamatan dan penggunaan dewan dibuat adalah bagi memastikan

keselamatan murid dan guru. Walaupun dewan sekolah adalah satu kawasan yang luas

dan mempunyai peralatan yang minimum tetapi bahaya yang kita tidak sedari mungkin

berlaku sekiranya langkah keselamatan tidak diambil atau diikuti dengan betul.

Page 2: 1.0 prosedur keselamatan

Tatacara penggunaan bilik komputer pula dibuat bagi memastikan keselamatan

dan keberkesanan penggunaan kemudahan komputer oleh murid-murid disamping

memupuk sikap sayangkan harta benda, berdisiplin dan berjimat. Setiap cara perlu

diamalkan demi menjaga keselamatan dan menghindari dari bahaya yang mungkin

berlaku tanpa disedari oleh pengguna. Langkah-langkah keselamatan yang telah

ditetapkan perlu diikuti dengan sepenuhnya supaya perkara yang tidak diingini dapat

dielakkan daripada berlaku. Guru juga perlu mengamalkan sikap tegas dan

bertimbangrasa dalam melaksanakan segala peraturan dan amalan di bilik komputer.

1. Tatacara Penggunaan Stor Sukan

1.1Tatacara Am

Sentiasa menjaga kebersihan stor sukan

Stor sukan hendaklah dikunci selepas mengeluarkan dan mengembalikan

peralatan sukan.

Memastikan semua suis dipadam sebelum meninggalkan storsukan.

Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.

Pengawasan rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan

sukan.

Meletakkan peralatan sukan di tempat yang telah ditetapkan.

Mengisi borang keluar masuk peralatan di dalam buku rekod peralatan

sukan.

Peralatan sukan hanya boleh dikeluarkan oleh guru penasihat atau

jurulatih sahaja.

Membuat laporan berkaitan peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang

perlu dibaiki.

Peralatan yang merbahaya perlu ditempatkan di tempat yang selamat.

Memastikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada

ditempatnya dan dalam keadaan yang selamat.

Page 3: 1.0 prosedur keselamatan

1.2Tatacara Murid

Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam stor sukan.

1.3Tatacara Guru

Sentiasa memastikan stor sukan dalam keadaan bersih.

Memastikan pintu stor sukan sentiasa dikunci.

Memadamkan semua suis sebelum meninggalkan dari stor sukan.

Memastikan stor sukan mempunyai pelan keselamatan.

Mengisi buku rekod keluar masuk peralatan sukan dan keluar masuk.

Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian

peralatan.

Menyimpan peralatan sukan ditempat yang telah ditetapkan.

2. Tatacara Keselamatan dan Penggunaan Kantin

2.1Tatacara Am

Sentiasa menjaga kebersihan kantin.

Buangkan sisa makanan di dalam tong yang disediakan.

Meletakkan pinggan dan gelas yang digunakan di dalam bekas yang

disediakan.

Sentiasa menjaga disiplin ketika membeli makanan dan minuman.

Membuang pembungkus makanan ke dalam tong sampah yang

disediakan.

Menutup pili air setelah digunakan.

Menutup suis kipas dan lampu sebelum meninggalkan kantin.

2.2Tatacara Murid

Sentiasa menjaga kebersihan kantin dan tempat makan.

Sentiasa makan di tempat yang disediakan.

Sentiasa beratur ketika membeli makanan dan minuman.

Jangan berebut-rebut ketika membeli makanan dan minuman.

Page 4: 1.0 prosedur keselamatan

Jangan menjerit-jerit ketika membeli makanan.

Jangan bercakap ketika makan.

Basuh tangan sebelum makan.

Sentiasa membuang sisa makanan dan pembungkus makanan ke dalam

tong sampah yang disediakan.

Pastikan pili air ditutup selepas membasuh tangan.

Dilarang masuk ke ruang makan guru.

Sentiasa mematuhi arahan guru atau pengawas bertugas.

Jangan berlari di dalam kantin.

2.3Tatacara Guru

Sentiasa memastikan murid menjaga kebersihan.

Memastikan murid makan ditempat yang disediakan

Memastikan murid beratur ketika membeli makanan dan minuman.

Memastikan murid tidak berebut dan menjerit ketika membeli makanan.

Memastikan murid membuang sisa makanan ke dalam tong sampah yang

disediakan.

Memastikan murid menutup pili air selepas membasuh tangan.

Memastikan murid sentiasa mematuhi arahan pengawas bertugas.

Memastikan murid tidak berlari di dalam kantin.

3.Tatacara Keselamatan dan Penggunaan Padang

3.1 Tatacara Am

 

Menyediakan notis atau label.

Menyediakan peraturan bilik operasi dan penggunaan

Mengetahui pengurusan alatan dan pembaikpulih alatan.

Mengetahui bantuan /latihan kecemasan.

Merekodkan penggunaan alatan dan kemalangan.

Mempunyai kesedaran menjaga keselamatan.

Page 5: 1.0 prosedur keselamatan

 

3.2 Tatacara Murid

 

Mematuhi tatacara dan peraturan keselamatan padang atau gelanggang.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu di bawah pengawasan guru.

Memberitahu guru jika pelajar mempunyai alahan dan penyakit.

Menjaga alatan yang digunakan dengan baik.

Membuat catatan pinjaman dan pemulangan alatan di buku rekod yang

disediakan.

Melaporkan sebarang kerosakan pada alatan, gelanggang atau padang serta

kemalangankepada guru.

Mematuhi semua arahan guru.

Bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan padang atau gelanggang.

Berpengetahuan tentang prosedur latihan baik bagi mengelakkan kecederaan

dalaman.

Sentiasa utamakan keselamatan pada setiap masa.

 

3.3Tatacara Guru

 

Memastikan padang dan gelanggang selamat digunakan.

Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya

menjagakeselamatan diri dipadang dan gelanggang.

Menetapkan garis panduan keselamatan menggunakan alatan sukan yang

berisiko.

Merekodkan penggunaan peralatan sukan.

Memantau keadaan fizikal padang dan gelanggang dari semasa ke semasa.

Membuat pembaikan serta merta terhadap kemudahan yang didapati

membahayakanpelajar/pengguna.

Mengawal pergerakan pelajar ketika melaksanakan aktiviti yang berisiko.

Page 6: 1.0 prosedur keselamatan

Memastikan pelajar menggunakan pakaian yang selamat untuk jenis permainan

yangberisiko.

Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kawalan dan pemerhatian

guru.

Sentiasa mengawal pelajar dalam waktu Pendidikan Jasmani dan permainan.

Jangan membiarkan bermain tanpa kawalan daripada guru.

 4.Tatacara Penggunaan Bilik Komputer

4.1Tatacara Am

Semua pengguna mestilah menerima taklimat keselamatan daripada

penyelaras bilik komputer sebelum menggunakannya,

Mematuhi segala peraturanyang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan

serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Mendapatkan kebenaran penyelaras bilik komputer sebelum

menggunakan kemudahan komputer.

Mengikut jadual penggunaan bilik komputer.

Menanggalkan kasut dan menyusun dengan teratur sebelum memasuki

bilik komputer.

Menggunakan kemudahan bilik komputer mengikut langkah-langkah yang

telah ditetapkan.

Mematuhi panduan yang betul semasa menghidupkan dan mematikan

peralatan komputer.

Murid hendaklah diiringi oleh guru ketika menggunakan kemudahan di

bilik komputer.

Tidak dibenarkan masuk ke Bilik Pelayan (server)

Meminta kebenaran dari guru untuk menggunakan kemudahan internet

dan pencetak.

Page 7: 1.0 prosedur keselamatan

Mencatatkan maklumat penggunaan bilik komputer pada buku log

penggunaan bilik (guru bertugas) dan buku log penggunaan komputer

(pelajar).

Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua

peralatan, perkakasan dan perisian komputer kepada penyelaras atau

guru bertugas,

Dilarang mengalihkan atau memindahkan peralatan dan perkakasan

dalam bilik komputer tanpa kebenaran daripada penyelaras.

Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.

Menjaga disiplin sepanjang berada di dalam bilik komputer.

4.2Tatacara Murid

Murid mestilah menerima taklimat keselamatan daripada penyelaras bilik

komputer sebelum menggunakannya,

Memastikan segala peraturanyang telah ditetapkan dan peraturan-

peraturan serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Murid mestilah mendapatkan kebenaran penyelaras bilik komputer

sebelum menggunakan kemudahan komputer.

Murid mestilah mengikut jadual penggunaan bilik komputer seperti yang

telah ditetapkan.

Murid hendaklah menanggalkan kasut dan menyusunnya dengan teratur

sebelum memasuki bilik komputer.

Murid hendaklah menggunakan kemudahan bilik komputer mengikut

langkah-langkah yang telah ditetapkan.

Murid hendaklah ematuhi panduan yang betul semasa menghidupkan dan

mematikan peralatan komputer.

Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik komputer tanpa diiringi oleh guru.

Murid tidak dibenarkan sama sekali masuk ke Bilik Pelayan (server)

Murid hendaklah meminta kebenaran dari guru untuk menggunakan

kemudahan internet dan alat pencetak.

Page 8: 1.0 prosedur keselamatan

Murid hendaklah mencatatkan maklumat penggunaan bilik komputer pada

buku log penggunaan komputer (pelajar).

Murid hendaklah melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan

terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian komputer kepada

guru bertugas,

Murid dilarang sama sekali mengalihkan atau memindahkan peralatan

dan perkakasan dalam bilik komputer.

Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.

Murid tidak berebut-rebut memasuki bilik komputer,

Dilarang membuat bising dan berlari di dalam bilik komputer.

4.3Tatacara Guru

Memastikan murid menerima taklimat keselamatan daripada penyelaras

bilik komputer sebelum menggunakannya,

Memastikan segala peraturanyang telah ditetapkan dan peraturan-

peraturan serta arahan yang diberikan diikuti dari semasa ke semasa.

Memastikan kebenaran menggunakan bilik komputer dibuat kepada

penyelaras sebelum menggunakan kemudahan komputer.

Memastikan murid mengikut jadual penggunaan bilik komputer seperti

yang telah ditetapkan.

Memastikan murid menanggalkan kasut dan menyusunnya dengan teratur

sebelum memasuki bilik komputer.

Memastikan murid menggunakan kemudahan bilik komputer mengikut

langkah-langkah yang telah ditetapkan.

Memastikan murid mengikut panduan yang betul semasa menghidupkan

dan mematikan peralatan komputer.

Mengiringi murid semasa berada di bilik komputer.

Memastikan murid tidak memasuki Bilik Pelayan (server)

Memastikan murid mendapatkan kebenaran dari guru untuk

menggunakan kemudahan internet dan alat pencetak.

Page 9: 1.0 prosedur keselamatan

Memastikan maklumat penggunaan bilik komputer dicatat dalam buku log

penggunaan bilik (guru bertugas) dan buku log penggunaan komputer

(pelajar).

Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua

peralatan, perkakasan dan perisian komputer kepada penyelaras bilik

komputer.

Memastikan murid tidak sama sekali mengalihkan atau memindahkan

peralatan dan perkakasan dalam bilik komputer.

Memastikan pelan laluan kebakaran sedia ada digunapakai sekiranya

berlaku kebakaran.

Memastikan murid tidak membuat bising dan berlari di dalam bilik

komputer.

Memastikan semua suis ditutup sebelum meninggal bilik komputer.

Rumusan

Peraturan-peraturan keselamatan semasa berada di bilik-bilik serta tempat-

tempat khas adalah sangat perlu dibuat dan diikuti berikutan banyak kejadian yang

tidak diingini berlaku tanpa kita sedari. Peraturan-peraturan serta tatacara penggunaan

ini membolehkan setiap penggunanya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga

demi keselamatan diri dan harta benda yang terlibat. Peraturan-peraturan ini

membolehkan murid sentiasa mengamalkan sikap berdisiplin dan bertanggungjawab

terhadap tingkah laku mereka. Manakala ianya boleh dijadikan panduan oleh guru

bagaimana bertindak dan sentiasa dalam perhatian supaya semua aktiviti yang

dijalankan berada dalam keadaan terkawal. Justeru itu peraturan-peraturan serta

tatacara penggunaan yang dibuat perlulah mengikut garis panduan yang telah

ditetapkan. Bagi pihak sekolah garis panduan yang ditetapkan adalah mengikut surat

siaran atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 10: 1.0 prosedur keselamatan

Rujukan

Mohd Noorazam Abdul Razak.et al.(2011).HBHE 3203Kebersihan dan Keselamatan

Persekitaran.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.

Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

http://mrriz575.edublogs.org/about/teknologi/

Pengurusan Stor Peralatan Pendidikan Jasmani

http://notapismp.blogspot.com/2009/09/pengurusan-stor-peralatan-pendidikan.html

Peraturan Stor Sukan SK Jerantut Jaya

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_32.htm

Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum Sekolah

http://khairulsham.blogspot.com/p/polisi-keselamatan-kegiatan-luar-bilik.html

Tatacara Pengurusan Kantin

http://hemsktbi.blogspot.com/2010/07/matlamat-pengurusan-kantin-sekolah-sk.html

Bidang-Bidang Berkaitan Pengurusan Hem Di Sekolah Kebajikan Pelajar

http://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem3.htm

Page 11: 1.0 prosedur keselamatan