1.0 pengenalan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku [edu3043]

Upload: dayangku-nurul-akmal-moss

Post on 09-Jan-2016

52 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

guru ditakrif sebagai orang yang kerjanya mengajar, pengajar dan pendidik

TRANSCRIPT

ENGLISH LANGUAGE (ACADEMIC)

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU [EDU3043]

1.0 PENGENALANKita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa guru merupakan komponen utama dalam sistem pendidikan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, guru ditakrif sebagai orang yang kerjanya mengajar, pengajar dan pendidik.[footnoteRef:1] Erti kata lain, guru boleh dianggap sebagai alat perhubungan dalam pendidikan di mana secara asasnya guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik murid- murid di sekolah dengan ilmu pengetahuan. Guru juga adalah orang yang memberi inspirasi dan pengaruh melalui kepakarannya. [1: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Rujukan Persuratan Melayu: Kamus Bahasa Melayu (Kamus Online). Diakses pada 20 Ogos 2014, atas talian http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=guru]

Oleh itu, amatlah wajar bagi guru sentiasa bersikap positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan bersedia menerima apa sahaja bentuk pelajaran yang diajar oleh guru. Namun begitu, mereka akan lebih berminat dan menghayati usaha guru yang dapat mempelbagaikan media[footnoteRef:2], pendekatan, kaedah dan teknik dalam penyampaian pengajaran. [2: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Rujukan Persuratan Melayu: Kamus Bahasa Melayu (Kamus Online). Diakses pada 20 Ogos 2014, atas talian http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=media. Media adalah alat atau perantara komunikasi.]

Penyampaian pengajaran yang berkesan dan menarik memerlukan guru lebih kritikal dalam pemilihan media pengajaran. Dari sudut praktikal, media yang digunakan oleh guru akan dapat mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan membantu para guru dalam menyampaikan isi pengajaran supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami oleh murid. Namun begitu, selain penyampaian pengajaran yang menarik, ada faktor lain yang membantu keberkesanan sesuatu pengajaran, iaitu pengurusan bilik darjah. Salah satu cabang pengurusan bilik darjah ialah persekitaran pembelajaran yang kondusif. Menurut Wong dan Fraser (1996), persekitaran pembelajaran adalah penentu utama dalam pembelajaran pelajar. Hasil pembelajaran pelajar boleh dipertingkatkan dengan mencipta persekitaran yang bersesuaian dengan keperluan guru dan pelajar serta selari dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.[footnoteRef:3] [3: Che Nidzam Che Ahmad et.al. PENGARUH PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH TERHADAP TAHAPKESELESAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Diakses pada 21 Ogos 2014, atas talian http://jpbu.upsi.edu.my/images/Jurnal.Vol6.Siri5/PB03.pdf]

1