1.0 pengenalan kepada haiwan kesayangan((hamster)

7
1.0 PENGENALAN KEPADA HAIWAN KESAYANGAN 1.1 Tujuan Pemeliharaan Haiwan Kesayangan Hobi Hobi termasuk sebagai salah satu tujuan utama pemeliharaan haiwan kesayangan. Setiap manusia mempunyai hobi yang berlainan. Dengan menjadikan pemeliharaan haiwan kesayangan sebagai hobi, terdapat pelbagai kelebihan yang boleh diperoleh daripanya. Pertamanya, pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan ini mampu mengurangkan tekanan dalam diri manusia. Hal ini kerana, hobi ini bersifat riadah dan juga merupakan terapi diri. Hobi ini juga membantu manusia untuk merapatkan interaksi sosial yang seterusnya dapat membentuk kepuasan diri. Pendapatan Aktiviti memelihara dan menjual haiwan serta aksesori dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Perniagaan haiwan peliharan boleh dikatakan sebagai perniagaan yang tidak pernah mati kerana perniagaan ini selalu menunjukkan perkembangan. Selain itu, terdapat juga kedai haiwan kesayangan. Melalui minat yang ada pada manusia, haiwan tersebut telah meningkatkan sektor ekonomi. Dengan cara ini, perniagaan yang dijalankan akan memperkasakan industri haiwan peliharaan. Pertandingan dan pertunjukkan Terdapat juga manusia yang memelihara haiwan kesayangan sebagai pertunjukkan atau pertandingan. Kini, telah terdapat banyak pertandingan and dijalankan berkaitan dengan haiwan kesayangan atau ikan hisan. Pertandingan seperti ini telah menarik minat lebih ramai lagi untuk menceburi bidang haiwan kesayangan dan ikan hiasan. 1

Upload: ben-antonius-ii

Post on 22-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Pengenalan Kepada Haiwan Kesayangan((Hamster)

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 Pengenalan Kepada Haiwan Kesayangan((Hamster)

1.0 PENGENALAN KEPADA HAIWAN KESAYANGAN

1.1 Tujuan Pemeliharaan Haiwan Kesayangan

Hobi

Hobi termasuk sebagai salah satu tujuan utama pemeliharaan haiwan kesayangan. Setiap

manusia mempunyai hobi yang berlainan. Dengan menjadikan pemeliharaan haiwan

kesayangan sebagai hobi, terdapat pelbagai kelebihan yang boleh diperoleh daripanya.

Pertamanya, pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan ini mampu mengurangkan

tekanan dalam diri manusia. Hal ini kerana, hobi ini bersifat riadah dan juga merupakan terapi

diri. Hobi ini juga membantu manusia untuk merapatkan interaksi sosial yang seterusnya dapat

membentuk kepuasan diri.

Pendapatan

Aktiviti memelihara dan menjual haiwan serta aksesori dapat memberikan pendapatan yang

lumayan kepada pengusaha. Perniagaan haiwan peliharan boleh dikatakan sebagai perniagaan

yang tidak pernah mati kerana perniagaan ini selalu menunjukkan perkembangan. Selain itu,

terdapat juga kedai haiwan kesayangan. Melalui minat yang ada pada manusia, haiwan

tersebut telah meningkatkan sektor ekonomi. Dengan cara ini, perniagaan yang dijalankan akan

memperkasakan industri haiwan peliharaan.

Pertandingan dan pertunjukkan

Terdapat juga manusia yang memelihara haiwan kesayangan sebagai pertunjukkan atau

pertandingan. Kini, telah terdapat banyak pertandingan and dijalankan berkaitan dengan haiwan

kesayangan atau ikan hisan. Pertandingan seperti ini telah menarik minat lebih ramai lagi untuk

menceburi bidang haiwan kesayangan dan ikan hiasan.

Teman / kasih sayang

Haiwan peliharaan merupakan antara haiwan yang boleh dijadikan peneman semasa

sunyi. Haiwan ini boleh dijadikan sebagai peneman untuk bermain. Haiwan peliharaan

merupakan haiwan yang manja dan sesuai untuk dijadikan tempat untuk meluahkan

perasaan dan bercerita masalah.

1

Page 2: 1.0 Pengenalan Kepada Haiwan Kesayangan((Hamster)

1.2 FAEDAH PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN

2

Dapat meningkatkan kecerdasan dan kesihatan pemelihara.Dapat menggantikan tenaga manusia melakukan kerja-kerja harian.

FISIOLOGI

Sebagai penawar kepada sesetengah kesihatan manusia.Melatih pemelihara menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi.Melatih pemelihara menjadi seseorang yang berkeyakinan tinggi.

PSIKOLOGI

Menjadi sahabat yang karib dan teman yang sejati.Dapat mengelakkan pemeliharaan daripada berasa kesunyian dan kebosanan.Dapat menambahkan rakan kenalan baru.Dapat berkongsi minat, pandangan dan petua sesama pemilihara yang lain.

SOSIAL

Dapat menghilangkan stress selepas berkerja.Dapat mengawal dan menghindari perasaan yang negatif.Melatih seseorang itu lebih matang serta berjiwa murni yang cintakan alam sekitar dan cintakan binatang.

EMOSI

Page 3: 1.0 Pengenalan Kepada Haiwan Kesayangan((Hamster)

1.3 CIRI-CIRI ISTEMEWA HAIWAN KESAYANGAN

Bentuk Luar Badan Haiwan

• Hamster memiliki badan yang gemuk, dengan ekor yang jauh lebih pendek daripada

badannya.

• Kaki hamster lebar dan pendek.

• Seluruh tubuh hamster ditumbuhi oleh bulu tebal dan panjang yang memiliki berbagai

warna tergantung spesies hamster tersebut.

• Hamster terkecil adalah hamster kerdil padang pasir (genus Phodopus) dengan panjang

badan 5- 10 cm, sedangkan hamster terbesar adalah hamster Eropa (Cricetus cricetus)

dengan panjang badan lebih dari 34 cm, tidak termasuk ekor sepanjang 6 cm.

3

• Hamster memiliki satu kebiasaan unik. Iaitu, menyimpan makanan di kantung

mulut mereka.

• Hamster memang termasuk haiwan yang rakus, mereka menyimpan sebanyak- banyaknya makanan di kantung mulut

mereka dan baru memakannya kemudian saat lapar.

• Kadang kala,mereka juga membawa makanan yang mereka jumpa ke dalam

sarang untuk disimpan.

Page 4: 1.0 Pengenalan Kepada Haiwan Kesayangan((Hamster)

1.4 JENIS-JENIS DAN CONTOH SPESIS

JENIS CIRI UMUM

Hamster siria Suka hidup menyendiri terutamanya apabila

mencapai usia 2 atau 3 bulan.

Hamster siria sebaiknya tidak dibiakkan

ketika berusia satu tahun kerana induknya

berisiko tinggi untuk mengalami keguguran

serta kematian induk atau anaknya.

Boleh hidup sehingga 2 hingga 5 tahun.

Hamster campbell rusia Boleh mencapai panjang antara 9-12 cm

dengan berat sekitar 22 – 28 gram

Mempunyai bentuk tubuh yang membulat.

Hamster jamtan lebih panjang dengan kaki

dan ekor yang berbulu.

Usia antara 1-2 tahun dan ada yang boleh

hidup sehingga 4 tahun

Suka menggigit apabila terasa diganggu.

Hamster winter white rusia Memiliki bentuk tubuh yang lebih bulat

berbanding dengan hamster campbell rusia.

Muncungnya bulat dan matanya besar.

Dapat mencapai panjang sekitar 7-9 cm

dengan berat antara 20-28 gram.

Usia sekitar 1-2 tahun dan ada yang

mencapai usia sehingga 4 tahun.

4

Page 5: 1.0 Pengenalan Kepada Haiwan Kesayangan((Hamster)

Hamster roborovski Hamster terkecil yang boleh dipelihara oleh

manusia.

Hidup dalam lubang sedalam 50-150 cm

Besaiz antara 4-5 cm ketika dewasa.

Mukanya berbulu lebat.

Mempunyai satu variasi warna iaitu coklat

kekuningan di bahagian luarnya dan coklat

tua di bahagian dalamnya, dada dan

perutnya putih bersih.

Boleh hidup sehingga usia 3-5 tahun.

Hamster cina Tergolong dalam hamster berekor panjang.

Panjang ekornya sekitar 2cm.

Ukuran maksimum tubuh hamster cina boleh

mencapai 10cm dari hujung muncung

sehingga ekornya dengan berat sekitar 40

gram.

Boleh hidup sehingga 2-4 tahun.

5