haiwan kesayangan dan ikan hiasan

Upload: mohamad-nazrin-abdul-latif

Post on 13-Oct-2015

116 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

haiwan kesayangan

TRANSCRIPT

  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    1/13

    1.0 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN

    KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

    1.1 PENGENALAN

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, haiwan membawa maksud binatang iaitu

    makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud yang

    dipelihara. Oleh itu, haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang yang

    dipelihara oleh seseorang. Haiwan peliharaan juga di jaga dan dibelai dengan penuh

    rasa kasih sayang oleh pemiliknya.

    Terdapat berbagai-bagai jenis haiwan di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini.

    Tetapi haiwan-haiwan yang popular yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan

    haiwan peliharaan. Antaranya terdiri daripada beberapa jenis kumpulan seperti

    mamalia, ikan, burung, reptilia dan amfibia.

    Mamalia merupakan kumpulan haiwan yang paling banyak dijadikan haiwan

    peliharaan. Hal ini kerana sifatnya yang suka dibelai dan manja menyebabkankumpulan haiwan ini menjadi tumpuan. Bagi mengenalpasti kumpulan haiwan jenis

    ini, kita dapat mengetahui berdasarkan kepada cirinya yang utama iaitu mamalia

    betina boleh melahirkan anak. Haiwan mamalia juga mempunyai tulang belakang

    dan berdarah panas selain memiliki ciri-ciri haiwan seperti, mempunyai saraf tunjang

    dan badan dilitupi oleh bulu. Contoh haiwan mamalia yang biasanya menjadi haiwan

    peliharaan adalah seperti kucing, anjing, hamster, tupai, arnab dan sebagainya.

  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    2/13

    Ikan adalah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan bernafas melalui

    insang. Terdapat dua jenis habitat bagi ikan iaitu air tawar dan air masin. Ikan air

    tawar yang paling popular untuk dijadikan haiwan peliharaan adalahikan

    kelisa danikan lohan.Manakala ikan air masin yang paling popular adalah clownfish,

    parrot fish, tang gill dan bloat. Ikan-ikan ini dijadikan haiwan peliharaan adalah

    kerana mempunyai rupa bentuk dan warna yang menarik dan lain daripada yang

    lain. Selain dijadikan haiwan peliharaan, ikan juga dijadikan salah satu sumber

    bahan makanan bagi manusia di seluruh dunia. Ini kerana, spesies ikan adalah salah

    satu sumber protein yang paling penting.

    Burung pula adalah sejenis haiwan yang berbulu, berkaki dua, bersayap dan

    biasanya ianya boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai unggas. Mengikut kajian yang

    telah dibuat, terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung di dunia ini dan ianya

    dapat dibahagikan kepada 27 kumpulan berbeza. Daripada 27 kumpulan, terdapat

    dua kumpulan burung yang menjadi haiwan peliharaan kepadat peminat-peminatnya

    iaitu Galliformes ( ayam, itik ) dan Psittaciformes ( kakak tua ).Burung-burung dari

    kumpulan ini menjadi rebutan kerana ianya mempunyai warna yang menarik dan

    mempunyai kebolehan tersendiri, contohnya kebolehan bercakap. Antara burung-

    burung ini adalahayam serama danburung kakak tua. Terdapat juga kumpulan

    burung yang tidak boleh terbang seperti burung kasawari, penguin, kiwi, puyuh, itik,

    angsa dan ayam.

    http://www.blueaquarium.org/wp-content/uploads/2008/feb/arowana_in_plant_tank/arowana_in_plant_tank_2.jpghttp://www.blueaquarium.org/wp-content/uploads/2008/feb/arowana_in_plant_tank/arowana_in_plant_tank_2.jpghttp://www.blogger.com/bp3.blogger.com/.../s400/louhan_1-322x225.jpghttp://agriculturesupercamp.files.wordpress.com/2007/06/seramakecil.jpghttp://www.breakers.com/media/parrot.jpghttp://www.breakers.com/media/parrot.jpghttp://agriculturesupercamp.files.wordpress.com/2007/06/seramakecil.jpghttp://www.blogger.com/bp3.blogger.com/.../s400/louhan_1-322x225.jpghttp://www.blueaquarium.org/wp-content/uploads/2008/feb/arowana_in_plant_tank/arowana_in_plant_tank_2.jpghttp://www.blueaquarium.org/wp-content/uploads/2008/feb/arowana_in_plant_tank/arowana_in_plant_tank_2.jpg
  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    3/13

    Reptilia merupakanhaiwan berdarah sejuk yang dibahagi kepada empat order

    yang masih hidup. Disebabkan reptilia berdarah sejuk, mereka tidak dapat mengawal

    suhu badan mereka. Haiwan reptilia mempunyai kulit yang bersisik atau berketul

    yang terdiri daripada selaput bertulang atau bergading, mempunyai kaki yang

    pendek atau tidak mempunyai kaki langsung. Kebanyakan reptilia bertelur

    (oviparous), walaupun sesetengahnya adalah (ovoviviparous), menyimpan telur di

    dalam perut ibu sehingga menetas. Telur reptilia mempunyai kuning telur berzat dan

    kulit telur yang kukuh seperti kulit. Pengeraman dilakukan dengan menggunakan

    haba tanah samada telur diramkan di dalam sarang seperti buaya, atau dalam tanah

    seperti penyu. Telur reptilia juga mempunyai kulit liat dan tidak diselaputi gel.

    Terdapat 5000-6000 spesies reptilia dalam empat order dan tiga sub-kelas. Antara

    contoh haiwan reptilia yang menjadi haiwan peliharaan adalah seperti penyu, ular,

    kura-kura dan iguana.

    Amfibia dapat didefinisikan sebagai haiwan bertulang belakang (vertebrata)

    yang hidup di dua alam iaitu di dalamair dan didaratan.Amfibia bertelur di air, atau

    menyimpan telurnya di tempat yang lembap dan basah. Ketika menetas, larvanya

    hidup di air atau tempat basah tersebut dan bernafas dengan menggunakaninsang.

    Setelah beberapa lama, larva kemudian berubah bentuk menjadi haiwan dewasa,

    yang umumnya hidup di daratan atau di tempat-tempat yang lebih kering dan

    bernafas dengan menggunakan paru-paru. Haiwan amfibia mempunyai ciri-ciri

    seperti tubuhnya diseliputi kulit yang berlendir dan haiwan ini berdarah sejuk. Contoh

    haiwan amfibia yang menjadi haiwan peliharaan adalah seperti katak, salamander,

    dan newt.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Haiwan_berdarah_sejuk&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Vertebratahttp://id.wikipedia.org/wiki/Airhttp://id.wikipedia.org/wiki/Daratanhttp://id.wikipedia.org/wiki/Insanghttp://id.wikipedia.org/wiki/Paru-paruhttp://id.wikipedia.org/wiki/Paru-paruhttp://id.wikipedia.org/wiki/Insanghttp://id.wikipedia.org/wiki/Daratanhttp://id.wikipedia.org/wiki/Airhttp://id.wikipedia.org/wiki/Vertebratahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Haiwan_berdarah_sejuk&action=edit&redlink=1
  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    4/13

    1.2TUJUAN PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

    KEPADA PEMELIHARA

    1.2.1 Hobi

    Kebanyakan Pemilik haiwan peliharaan menjadikan penjagaan haiwan

    peliharaan sebagai salah satu aktiviti dan hobi bagi mengisi masa lapang. Bagi

    mereka dengan memelihara haiwan peliharaan dapat mengurangkan tekanan harian

    yang dihadapi selain dapat meningkatkan kepuasan diri. Tidak mustahil seseorang

    individu itu sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk diperuntukan bagi

    membeli haiwan peliharaan pilihan mereka. Sebagai contoh, seseorang itu sanggupmembeli ikan Arowana yang berharga ribuan ringgit semata-mata keran hobinya

    yang meminati spesis ikan itu. Ada juga pemelihara sanggup membeli haiwan dari

    luar negara bagi memenuhi kehendak hati mereka.

    1.2.2 Kasih Sayang/Teman

    Haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing dikatakan mampu mengenali

    tuan pemilik mereka dan kerana faktor inilah yang menyebabkan ramai memilihuntuk membela kucing dan anjing untuk dijadikan sebagai teman bermain. Anjing

    juga sering dijadikan sebagai rakan bersenam bagi sesetengah pemelihara. Haiwan

    peliharaan juga boleh menghilangkan rasa sunyi apabila pemelihara boleh

    berinteraksi dengan haiwan mereka manja.

    1.2.3 Pendapatan

    Selain dijadikan hobi dan sebagai teman, haiwan peliharaan juga sebenarnya

    boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Sebagai contoh, ayam dan itik diternak

    untuk dijualkan di pasaran selain ikan hiasan boleh dijual dan memberikan pulangan

    yang lumayan. Sebagai contoh, ikan flower horn, ikan kelisa dan ikan koi.

    1.2.4 Melakukan Tugas-Tugas Khas

    Tujuan pemeliharaan haiwan seperti kucing, anjing, burung hantu, ular sawa

    dan ikan sebenarnya juga mempunyai sebab tersendiri seperti ditugaskan untuk

    melakukan tugas-tugas khas. Sebagai contoh, anjing dibela, sebagai pengawal

  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    5/13

    dirumah, diladang dan dusun. Kucing dibela dirumah untuk menangkap tikus, burung

    hantu digunakan di ladang kelapa sawit dan sawah untuk menangkap perosak

    seperti burung dan tikus. Ular sawa juga ditugaskan sama seperti burung hantu iaitu

    untuk menangkap haiwan perosak.

    1.2.5 Pertandingan Atau Pertunjukan

    Sesetengah haiwan yang mempunyai tarikan seperti bulu yang cantik, warna

    yang menarik dan berkebolehan melakukan sesuatu, pemilik mereka tidak

    melepaskan peluang untuk membawa haiwan peliharaan mereka menyertai

    pertandingan atau pertunjukan. Haiwan yang paling cantik, menarik dan

    berkebolehan akan dipilih sebagai pemenang.

    1.3 FAEDAH PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

    KEPADA PEMELIHARA

    1.3.1 Fisiologi

    Dari segi fisiologi, sebenarnya pemelihara dapat menambahkan ilmu

    pengetahuan berkenaan fisiologi dan penjagaan haiwan kesayangan dan ikan

    hiasan. Sebagai contoh, bagaimana seekor haiwan perlu dijaga dan apakah

    keperluan-keperluan yang harus diberi perhatian terhadap haiwan mereka.

    Tambahan lagi, dengan memelihara haiwan kesayangan dan ikan hiasan,

    pemelihara juga dapat mempelajari ciri-ciri dan tabiat haiwan yang dipelihara

    mereka. sebagai contoh, pemilik akan memahami bahasa haiwan sama ada ketika

    ianya lapar, sakit mahupun memerlukan perhatian pemeliharanya.

    1.3.2 Psikologi

    Dengan memelihara haiwan kesayangan dan ikan hiasan, sedikit sebanyak

    dapat mempengaruhi psikologi pemelihara berkenaan keperluan penjagaan haiwan

    peliharaan mereka. Hal ini bermaksud, ianya akan mengubah persepsi pemelihara

    itu tentang kepentingan dalam memastikan haiwan kesayangan dan ikan hiasan

    mereka sentiasa dalam keadaan baik. Bagi kanak-kanak pula, pemeliharaan haiwan

    kesayangan dan ikan hiasan dapat meningkatkan daya pemikiran mereka. merekajuga lebih mudah belajar jika pembelajaran itu berlaku secara nyata. Sebagai contoh,

  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    6/13

    kanak-kanak dapat mengetahui bagaimana tekstur permukaan ikan, dengan

    menyentuh ikan itu sendiri. Dengan ini, kanak-kanak itu sebenarnya telah membina

    satu pengetahuan konkrit berkenaan dengan permukaan badan itu dan dibawa ke

    dalam kehidupan seharian.

    1.3.3 Sosial

    Faedah yang diperolehi oleh pemelihara haiwan kesayangan dan ikan hiasan

    dari segi sosial pula ialah dapat mengelakkan kanak-kanak dari melakukan aktiviti

    yang tidak berfaedah. Sebagai contoh, pada masa kini, kanak-kanak sudah mula

    didedahkan dengan facebook, Twitter dan pelbagai lagi laman sosial di internet.

    Sekurang-kurangnya dengan memelihara haiwan kesayangan dan ikan hiasan dapat

    membantu mengurangkan masa dibazirkan terhadap aktiviti yang tidak bermanfaat.

    selain itu, aktiviti pemeliharaan dapat dijadikan sebagai satu hobi oleh pemelihara

    dan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan dengan rakan-rakan yang

    mempunyai hobi yang sama.

    1.3.4 Emosi

    Dengan memelihara haiwan peliharaan dan ikan hiasan, aktiviti ini sebenarnya

    dapat memupuk rasa kasih sayang terhadap haiwan dan alam akuatik. Hal ini kerana

    dengan memelihara haiwan peliharaan dan ikan hiasan, ianya akan melatih kita

    untuk bertanggungjawab dalam menjaga haiwan tersebut dengan member makan,

    minum, dan membersihkan haiwan serta sangkar atau bekasnya. Pemelihara akan

    merasakan haiwan tersebut suatu yang berharga dan menjadi sebahagian daripada

    hidupnya. Bagi penternak pula, mereka memerlukan kaedah penjagaan yang

    sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan

    penternak ikan hiasan.

  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    7/13

    1.4 CIRI-CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN

    IKAN OSCAR

    Ikan Oscar atau nama saintifiknya Astron otus Ocel latusberasal dari rantau

    Amazon di Amerika Selatan. Namun kini boleh juga didapati dinegara seperti China,

    Australia dan Amerika Syarikat. Ikan Oscar adalah dari famili cichilidae.

    Terdapat pelbagai jenis ikan Oscar pada masa kini yang dikomersialkan.

    Antara jenis Oscar yang popular ialah seperti Oscar Merah, Tiger, Albino dan Lutino.

    Semua ini telah dikacukkan daripada Oscar liar yang asal yang diternak.

    Ikan oscar dapat membesar sehingga 16 kaki panjang dan mencapai berat

    lebih 3 paun. Ikan Oscar juga merupakan seekor ikan yang bijak,hal ini kerana ikan

    ini mempunyai kebolehan untuk mengenali pemiliknya. Oscar juga dapat

    mempelajari dengan tepat jadual pemakanannya.

  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    8/13

    1.4.1 Sifat Luar Ikan Oscar

    Ikan Oscar mempunyai bentuk badan dan warna yang menarik. Pada

    badannya terdapat corak batik berwarna merah kekuningan. Terdapat juga ikan

    Oscar yang berwarna selain daripada warna hitam iaitu warna putih kekuningan,

    merah dan kelabu.

    Varieti warna ikan Oscar

  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    9/13

    1.4.2 Bahagian Luar Dan Anatomi Ikan Oscar

  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    10/13

    1.4.3 Habitat Kehidupan

    ikan Oscar mendiami kawasan sungai di Amerika Selatan seperti di Amazon,

    Timur Venezuela, dan Guyana dengan kadar keasidan pH air diantara 5.5-7.5 dan

    suhu diantara 22-26.5C (72-80F).

    Jika dipelihara didalam akuarium, ikan Oscar sesuai jika dipelihara seekor

    sahaja ataupun berpasangan. Susunan batu didalam akuarium perlulah disusun

    supaya tidak mudah bergerak atau berubah kerana Ikan Oscar gemar menyusun

    kembali batu-batu didalam akuarium. Minimum saiz akuarium yang sesuai untuk ikan

    Oscar ialah 100 x 40cm/36 x15 bagi hanya seekor ikan Oscar. Manakala 120 x

    40cm/48 x 15 bagi ikan Oscar yang dibela berpasangan.

    1.4.4 Tabiat Kehidupan

    Ikan Oscar dikatakan seekor ikan yang berkebolehan mengenali pemiliknya.

    Ianya juga boleh dilatih untuk menyesuaikan diri dengan jadual pemakanannya. Ikan

    Oscar juga gemar mengubah hiasan dan susunan didalam akauarium seperti batu-

    batuan, pokok-pokok, hiasan, tiub penapis dan pemanas suhu.

    Ikan Oscar juga mempunyai mood yang berubah-ubah. Hal ini terjadi apabila

    persekitarannya berubah. Perubahan air didalam akuarium juga akan mengubah

    suhu air seterusnya mempengaruhi mood ikan Oscar. Keadaan ini akan

    menyebabkan ikan Oscar akan berada pada bahagian dasar akuarium sehingga

    berhari-hari disebabkan oleh kualiti air ataupun sakit.

    Ikan ini popular dengan keagresifannya. Oscar boleh membunuh ikan-ikan

    yang lain didalam akuarium dan akan memakan ikan yang lebih kecil darinya dan

    saiz mulutnya. Hanya ikan tertentu sahaja dapat diletakkan bersama ikan Oscar

    didalam akuarium yang sama antaranya ialah Bala Shark, Silver Dollar dan Jack

    Dempsey fish.

  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    11/13

    1.4.5 Keperluan Kehidupan

    Diet seekor ikan Oscar termasuklah flakes, pelet,makanan beku, ikan kecil

    dan makanan hidup seperti cacing, ulat, cengkerik dan udang. Ikan Oscar juga

    memakan ikan yang tinggal bersama-sama didalam akuarium yang sama dimana

    ikan tersebut lebih kecil darinya dan dari saiz mulutnya. Sebaiknya Ikan Oscar tidak

    dipelihara bersama-sama ikan yang berlainan spesis dengannya.

    Oskar mengalami perubahan dan perkembangan warna yang dipengaruhi

    oleh ketersediaan pigmen di dalam tubuhnya selari dengan perubahan umurnya.

    Ikan oskar yang berumur 2 bulan warnanya masih suram. Apabila umurnya

    bertambah satu bulan kemudian,wujudlah warna cerah pada bahagian lehernya. dan

    2 bulan berikutnya, selain dibahagian leher, pada bahagian tubuh lainnya juga mula

    kelihatan berwarna cerah. Perkembangan warna pada ikan oskar dapat dirangsang

    dengan pemberian makanan tambahan yang banyak mengandungi pigmen. Mungkin

    kerana makanan tambahan yang diberikan itu dapat merangsang pengeluaran

    pigmen warna yang menarik

    Ada 2 jenis pigmen yang memainkan peranan pada pengeluaran warna pada

    tubuh badan ikan, iaitu Karotenoid dan Melanin. Karotenoid, inilah yang

    menonjolkan warna kuning, jingga dan merah pada sisik, kulit/rangka luar pada

    haiwan-haiwan akuatik termasuk ikan. manakala Melanin pula adalah pigmen yang

  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    12/13

    menimbulkan warna coklat sehingga warna hitam. kadangkala, melanin juga dapat

    menimbulkan warna kuning atau merah. Pigmen melanin terutamanya berperanan

    dalam perubahan warna ikan kerana tindakbalas dari dalam tubuh ikan sendiri.

    Untuk keadaan normal,pigmen karotenoidlah yang paling memberikan kesan dalam

    mutu warna ikan.

    2.0 TEKNOLOGI PEMBIAKAN IKAN HIASAN-PROGRAM PEMBIAKAN IKAN

    HIASAN

    2.1 Pemilihan Induk

    Pembiakan Oscar boleh dilakukan ke atas Induk yang telah berusia 1.5 tahun

    atau dengan panjang badan 15 cm. Dalam proses pembenihan Oskar mempunyai

    Sifat seperti Discus, iaitu ikan yang akan membentuk keluarga mereka sendiri. Oleh

    itu, adalah disyorkan supaya pemilihan induk Oskar yang dilakukan sejak berumur 5-

    6 bulan dengan mencampurkan 10 atau lebih Oskar dengan jantina yang berlawanan

    didalam satu akuarium.

    Perbezaan ikan Oscar jantan dan betina dapat dilihat dari bentuk tubuhnya,

    walaupun tidak terlalu jelas. Induk jantan biasanya mempunyai badan yang agak

    panjang berbanding induk betina. Semasa mengawan induk betina biasanya

    mempunyai lemak abdominal berlebihan (lebih gemuk).

    2.2 Pengurusan Induk Jantan Dan Betina

    Induk Jantan Induk Betina

    Panjang Badan Relatif Lebih Panjang Induk Yang Matang Perutnya Gendut

    Alat Kelamin Lebih Menonjol Lubang Kelamin Lebih Besar

    Penyediaan Pembenihan

    Pembiakan boleh dilakukan di dalam tangki simen berukuran 150 x 100 x 50

    cm dengan kedalaman air sebanyak 30 cm. Selepas bekas pembiakan dibersihkan,

  • 5/23/2018 Haiwan Kesayangan Dan Ikan Hiasan

    13/13

    substrat untuk menempelnya sel telur dimasukkan ke dalam tab. Substrat yang boleh

    digunakan seperti batu, jubin pecah atau paip pvc. Air untuk pembiakan mestilah

    bersih dan di sterilkan dengan suhu 24 - 28C dan pH air pada lingkungan 6.5 - 7.

    2.3 Proses Pembenihan/Pengawanan

    Perbandingan antara induk jantan dan betina yang akan dibenihkan dalam

    tangki simen adalah 1 : 2, sehingga dalam satu tembok dapat diisi dua pasang induk.

    Induk jantan akan membuat sarang (tempat telur) dan membersihkan tempat

    tersebut dengan mulutnya. Dua hari kemudian, induk jantan akan mengawan dengan

    induk betina.Pembiakan berlaku pada waktu petang atau malam. Jika telur telah

    melekat pada substrat, telur segera dipindahkan ke bekas penternakan larva

    2.4 Penetasan Dan Pemeliharaan Anak Ikan (yolksac)

    Bekas penetasan dan pemeliharaan anak benih ikan Oscar (yolksac) yang

    sesuai adalah dengan saiz 100 x 50 x 50 cm yang diisi dengan air sedalam 30 cm.

    Telur-telur akan menetas selepas 2-3 hari. yolksac tidak diberi makan sehingga umur

    4 hari kerana pada kantung telur masih mempunyai rizab kuning. sehingga umur 7

    hari, yolksac kemudian diberi makan kutu air.

    2.5 Penjagaan Anak Ikan

    Selepas berusia 15 hari, pemilihan anak ikan boleh dilakukan dengan

    memindahkan ke dalam bekas yang lebih besar. sesebuah akuarium atau tab boleh

    memuatkan sehingga 10 - 15 ikan / liter air. Makanan yang diberikan kepada anak

    ikan ialah seperti kutu air atau cacing sutera.