10 pengajaran dari peristiwa hijrah

4
1 0 PENGAJARAN DARI PERISTIWA HIJRAH 1-Mengambil sebab: Melalui hijrah Rasulullah dan Abu Bakar kita mendapati mereka menggunakan sepenuh kemampuan mereka untuk menjayakan hijrah. Dan inilah persediaan yang dituntut dari setiap mukmin, untuk mempersiapkan segala yang mereka mampu, dan apa jua yang di luar kemampuan tidak dituntut. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan”. (Al-Anfaal:60) Namun kadang kala selepas mengatur strategi, kita dapati berlaku perkara- perkara yang di luar perancangan manusia. Ketika peristiwa hijrah, orang musyrikin telah tiba di rumah Rasulullah s.a.w sebelum waktu yang baginda jangkakan dan selepas baginda mengatur strategi mengikut jangkaan baginda s.a.w, orang-orang yang memburu mereka tiba di pintu Gua Thur, Suraqah dapat mengejar Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a, dan mereka bertembung dengan Buraidah Al-Aslami bersama kaumnya. Tetapi pengajaran yang kita dapati di sini adalah sekiranya kita mengerahkan seluruh kemampuan dan mengambil asbab, Allah akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku di luar jangkaan kita. Dengan itu, Allah s.w.t menutup mata-mata orang musyrikin sehingga mereka tidak nampak Rasulullah s.a.w keluar dari rumah baginda, Dia tidak membuatkan mereka menjenguk ke dalam gua, Dia menenggelamkan kaki kuda Suraqah ke dalam pasir dan mencampakkan rasa takut di hatinya, dan Dia jualah yang melapangkan dada Buraidah dan kaumnya untuk memeluk Islam. 2- Rasulullah tidak sekali-kali bergantung pada asbab dan meninggalkan Tuhan bagi asbab, sesungguhnya baginda mengetahui bahawa asbab tidak akan mendatangkan hasil kecuali jika Allah kehendaki. Oleh itu, selepas mengerahkan segala asbab dengan sempurna baginda menyertakan keyakinan yang tinggi bahawa apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku. Ini jelas daripada sabda baginda s.a.w: “Apa katamu bahawa di samping yang berdua itu ada yang ketiga iaitu Allah!” Keyakinan baginda s.a.w juga jelas dari perbuatan baginda yang tidak banyak menoleh dalam perjalanan. Sesungguhnya baginda telah melaksanakan

Upload: mohd-jame-abdullah

Post on 29-Jul-2015

378 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10 pengajaran dari peristiwa hijrah

1 0 PENGAJARAN DARI PERISTIWA HIJRAH

1-Mengambil sebab: Melalui hijrah Rasulullah dan Abu Bakar kita mendapati mereka

menggunakan sepenuh kemampuan mereka untuk menjayakan hijrah. Dan inilah

persediaan yang dituntut dari setiap mukmin, untuk mempersiapkan segala yang

mereka mampu, dan apa jua yang di luar kemampuan tidak dituntut.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka

(musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu

sediakan”. (Al-Anfaal:60)

Namun kadang kala selepas mengatur strategi, kita dapati berlaku perkara-perkara

yang di luar perancangan manusia. Ketika peristiwa hijrah, orang musyrikin telah tiba

di rumah Rasulullah s.a.w sebelum waktu yang baginda jangkakan dan selepas baginda

mengatur strategi mengikut jangkaan baginda s.a.w, orang-orang yang memburu

mereka tiba di pintu Gua Thur, Suraqah dapat mengejar Rasulullah s.a.w dan Abu

Bakar r.a, dan mereka bertembung dengan Buraidah Al-Aslami bersama kaumnya.

Tetapi pengajaran yang kita dapati di sini adalah sekiranya kita mengerahkan seluruh

kemampuan dan mengambil asbab, Allah akan menyempurnakan kekurangan yang

berlaku di luar jangkaan kita. Dengan itu, Allah s.w.t menutup mata-mata orang

musyrikin sehingga mereka tidak nampak Rasulullah s.a.w keluar dari rumah baginda,

Dia tidak membuatkan mereka menjenguk ke dalam gua, Dia menenggelamkan kaki

kuda Suraqah ke dalam pasir dan mencampakkan rasa takut di hatinya, dan Dia jualah

yang melapangkan dada Buraidah dan kaumnya untuk memeluk Islam.

2- Rasulullah tidak sekali-kali bergantung pada asbab dan meninggalkan Tuhan bagi

asbab, sesungguhnya baginda mengetahui bahawa asbab tidak akan mendatangkan

hasil kecuali jika Allah kehendaki. Oleh itu, selepas mengerahkan segala asbab dengan

sempurna baginda menyertakan keyakinan yang tinggi bahawa apa yang dikehendaki

Allah pasti berlaku. Ini jelas daripada sabda baginda s.a.w: “Apa katamu bahawa di

samping yang berdua itu ada yang ketiga iaitu Allah!”

Keyakinan baginda s.a.w juga jelas dari perbuatan baginda yang tidak banyak menoleh

dalam perjalanan. Sesungguhnya baginda telah melaksanakan apa yang

dipertanggungjawabkan ke atasnya, dan apa yang Allah kehendaki pasti akan berlaku.

Tanpa keyakinan seperti ini tidak mungkin Negara Islam akan tertegak.

3- Setiap detik kehidupan baginda s.a.w tidak pernah sunyi daripada sikap optimis,

termasuk ketika perjalanan hijrah yang bahaya ini. Walaupun nyawa baginda s.a.w dan

Page 2: 10 pengajaran dari peristiwa hijrah

sahabatnya diancam ketika itu, baginda mengkhabarkan kepada Suraqah bukan sahaja

tentang kemenangan Islam ke atas kaum Quraisy atau Arab, bahkan tentang jatuhnya

kerajaan Kisra ke atas umat Islam dan harta Kisra menjadi harta ghanimah (harta

rampasan perang).

4- Dalam setiap peringkat kehidupan dan setiap langkah dakwah baginda s.a.w kita

dapati betapa baginda sangat mementingkan perihal teman. Baginda hidup di Mekah

dengan sahabat-sahabatnya, keluar ke Thaif dengan teman, menemui delegasi

berteman, mengikat baiah berteman, malah ketika hijrah baginda bertanya kepada

Jibril a.s. tentang temannya berhijrah. Semua ini berlaku dalam keadaan baginda s.a.w

seorang rasul yang hebat, namun setiap manusia memerlukan teman. Rasulullah s.a.w

mengajar kita untuk sentiasa mencari teman yang soleh sebagaimana sabda

baginda: “Syaitan bersama seorang dan dia lebih jauh dari yang berdua”.

Walaupun Syaitan tidak mungkin dapat memperdayakan baginda s.a.w semenjak

dadanya dibelah dan dibuang dari hatinya bahagian syaitan, serta Allah membantunya

untuk menghadapi syaitan sehingga dia (syaitan) memeluk Islam dan mengajaknya ke

arah kebaikan, namun Rasulullah s.a.w tetap mementingkan teman sepertimana yang

diajarkan kepada kita melalui petunjuk sirahnya.

5- Hijrah ini menjelaskan kepada kita bagaimana seorang pemerintah yang hebat

hidup dalam kesusahan rakyatnya. Baginda s.a.w berhijrah sepertimana mereka, diusir

seperti mereka, penat seperti mereka,sedih seperti mereka, hidup bersama mereka

merasai setiap keperitan dan pengorbanan mereka.

Boleh sahaja Allah s.w.t memindahkan baginda s.a.w dari Mekah ke Madinah

menggunakan Buraq seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj, namun di manakah qudwah?

Dari mana kita dapatkan teladan? Muslimin memerlukan jalan praktikal untuk

membina ummah, jalan yang dalam kemampuan setiap orang muslim. Oleh itu

Rasulullah s.a.w perlu melalui jalan ini walaupun penuh dengan halangan dan

kepenatan.

6- Dakwah mengalir dalam darah Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernah melepaskan

peluang dan tidak terikat dengan keadaan untuk mengajak siapa sahaja yang baginda

mampu. Sepertimana baginda menyeru Buraidah dan kaumnya kepada Islam. Baginda

s.a.w tidak memikirkan jalan untuk melepaskan diri dari mereka, malah baginda

menganggap bahawa Allah s.w.t mendatangkan lelaki itu dan kaumnya sebagai hadiah,

pemberian, nikmat, ganjaran dan pahala yang tak terkira.

Page 3: 10 pengajaran dari peristiwa hijrah

7- Pada hijrah ini kita dapati bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a bersedia untuk beramal

kerana Allah dalam apa jua situasi dan pada setiap waktu dan tempat. Perkara yang

paling utama dalam hidup beliau adalah keredhaan Allah s.w.t dan rasul-Nya. Tidak

wujud dalam hidupnya perkataan ‘zuruf’ (situasi), bahkan beliau mengabaikan situasi

yang berlaku dalam hidupnya kerana wujudnya situasi yang lebih besar, iaitu amal,

usaha, pengorbanan dan jihad di jalan Allah s.w.t.

8- Kita juga dapati betapa cintanya Abu Bakar r.a kepada Rasulullah s.a.w dan

bagaimana beliau tidak menunggu arahan ataupun permintaan, malah beliau berusaha

dalam membuktikan cintanya kepada Rasulullah s.a.w dengan menyediakan

tunggangan, menangis akibat gembira dipilih menjadi teman hijrah baginda,

membersihkan gua, berjalan di depan dan belakang baginda bagi menjaga baginda,

dan banyak lagi.

Beliau mencintai Rasulullah s.a.w dengan ikhlas, dan cinta kepada Rasulullah s.a.w

adalah satu kewajipan. Barangsiapa yang mengutamakan cinta lain berbanding cinta

kepada Rasulullah s.a.w, maka dia berada dalam bahaya yang besar. Sabda Rasulullah

s.a.w: “Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai

berbanding ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya” (Riwayat Bukhari dan

Muslim).

9- Pemberian dan infaq As-Siddiq r.a, beliau mengambil 5000 dirham yang merupakan

seluruh hartanya untuk dibelanjakan demi dakwah. Sebelumnya beliau membelanjakan

35000 dirham di jalan Allah, kemudian dia terus menginfaqkan hartanya di Madinah,

dan ketika beliau menjadi khalifah, dan ketika beliau di pembaringan menanti maut.

Sesungguhnya beliau r.a telah membeli syurga, dan pemuda yang memiliki sifat

seperti ini berhak diredhai oleh Allah: “Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab

neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, yang mendermakan

hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, sedang ia

tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas, hanyalah

mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan demi

sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan

mendapat segala yang diharapkannya)” (Al-Lail: 17-21).

10- Tidakkah anda lihat bagaimana As-Siddiq r.a menggunakan seluruh keluarganya di

jalan Allah? Beliau menggunakan anak lelakinya Abdullah untuk menyampaikan berita-

berita, menggunakan Asma’ anak perempuannya untuk membawa makanan dan

minuman, menggunakan Amir bin Fuhairah hambanya untuk menyembunyikan kesan-

kesan tapak kaki. Sesungguhnya As-Siddiq r.a telah memindahkan cintanya terhadap

Page 4: 10 pengajaran dari peristiwa hijrah

dakwah ni kepada ahli keluarganya. Malangnya sesetengah pendakwah menghidap

penyakit ‘uzlah dari keluarga’. Kita dapati mereka sangat aktif di luar rumah,

kemudian mereka tidak melibatkan orang yang paling rapat dengan mereka untuk

beramal demi Allah s.w.t., mereka tidak berusaha untuk membuatkan ahli keluarga

mereka turut merasai kemanisan iman seperti yang mereka rasai. Ini merupakan satu

salah faham yang amat besar dan pengabaian aulawiyat yang sangat dahsyat. Maka

belajarlah daripada Abu Bakar r.a dan ingatlah: “Setiap kamu adalah pemimpin,

dan setiap kamu akan dipersoalkan (dipertanggung jawabkan) tentang

rakyatnya”.