10 gaya kepimpinan

11
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR 3.0 GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR Gaya kepimpinan boleh didefinisikan sebagai cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai satu alat untuk mempengaruhi pihak lain supaya bekerja ke arah mencapai objektif sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, gaya kepimpinan seorang guru besar di sesebuah sekolah adalah bagaimana guru besar tersebut mencorakkan ahli di bawah pimpinan mereka dalam mencapai objektif pendidikan di dalam Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan bahawa : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara”. Pengalaman melaksanakan praktikum fasa 3 di salah sebuah sekolah daerah kajang menunjukkan bahawa guru besar di sekolah tersebut mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dimana berdasarkan amalan gaya kepimpinan yang dilaksanakan, dapat saya nyatakan bahawa sistem pengurusan sekolah tersebut adalah sangat memuaskan. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang mencapai keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang tertinggi di daerah Kajang. Gambar 5 : Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat Pemerhatian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa guru besar sekolah ini mempunyai gaya kepimpinan yang pelbagai dimana gaya kepimpinan beliau dilaksanakan berdasarkan keperluan situasi. Gaya 9 | Page

Upload: nadiah-nazlan

Post on 02-Jan-2016

87 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

J

TRANSCRIPT

Page 1: 10 Gaya Kepimpinan

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

3.0 GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

Gaya kepimpinan boleh didefinisikan sebagai cara seseorang pemimpin

menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai satu alat untuk mempengaruhi pihak lain

supaya bekerja ke arah mencapai objektif sesebuah organisasi. Sehubungan dengan

itu, gaya kepimpinan seorang guru besar di sesebuah sekolah adalah bagaimana

guru besar tersebut mencorakkan ahli di bawah pimpinan mereka dalam mencapai

objektif pendidikan di dalam Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan bahawa :

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat, dan negara”.

Pengalaman melaksanakan praktikum fasa 3 di salah sebuah sekolah daerah

kajang menunjukkan bahawa guru besar di sekolah tersebut mempunyai gaya

kepimpinan yang tersendiri dimana berdasarkan amalan gaya kepimpinan yang

dilaksanakan, dapat saya nyatakan bahawa sistem pengurusan sekolah tersebut

adalah sangat memuaskan. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang mencapai

keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang tertinggi di daerah

Kajang.

Gambar 5 : Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri

Sekamat

Pemerhatian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa guru besar sekolah

ini mempunyai gaya kepimpinan yang pelbagai dimana gaya kepimpinan beliau

dilaksanakan berdasarkan keperluan situasi. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh

9 | P a g e

Page 2: 10 Gaya Kepimpinan

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

beliau adalah gaya kepimpinan autokratik, demokrasi dan juga berperikemanusiaan.

Gaya kepimpinan yang pelbagai inilah yang menjadikan guru besar ini sebagai

seorang guru besar yang dihormati kerana beliau bijak mengawal sesuatu keadaan

berdasarkan situasi pada masa tersebut. Guru-guru di sekolah tersebut juga sentiasa

berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam meningkatkan mutu pendidikan

sekolah dan suasana persekitaran sekolah tersebut juga lebih menyenangkan kerana

semua guru bekerja dalam keadaan yang tenang dan selesa. Kepelbagaian gaya

kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar ini turut disokong berdasarkan teori

tradisional – teori situasi ini beranggapan bahawa gaya kepimpinan seseorang

pemimpin itu adalah berbeza berdasarkan situasi yang berbeza. Sebagai contoh,

seorang guru besar itu perlulah mengamalkan gaya kepimpinan yang bersesuaian

dengan penerimaan guru-guru di sesebuah sekolah. Teori Kontijensi Fiedler (1967)

turut menyatakan bahawa kepimpinan optimal tertakluk kepada (contingent upon)

orientasi psikologikal pemimpin dan tuntutan persekitaran. Hal ini menunjukkan

bahawa kepelbagaian gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di sekolah

tersebut adalah untuk memastikan organisasi di bawah pimpinan beliau dapat

melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin tanpa sebarang tekanan.

3.1 Gaya Kepimpinan Demokratif

Gaya kepimpinan demokratif ini merupakan antara gaya kepimpinan utama

yang diamalkan oleh guru besar di sekolah ini. Ini kerana pemerhatian yang

telah dilakukan menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokratif ini sering

dilaksanakan di dalam perjalanan setiap aktiviti di sekolah. Gaya kepimpinan

demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua

kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada

setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum

sesuatu keputusan diambil (Blake & Mouton ,1964).

Gaya kepimpinan demokrasi ini dapat dilihat dengan jelas di dalam

pelaksanaan sesi mesyuarat di sekolah tersebut. Pelaksanaan sesi mesyuarat

dilaksanakan dengan sangat harmoni di mana guru besar ini sentiasa

bersedia untuk menerima segala pendapat dan pandangan yang diutarakan

oleh isu masalah guru di sekolah tersebut. Salah seorang guru di sekolah

telah bertindak merotan seorang murid tahun 4 sehingga cedera dan lebam di

bahagian badan dan juga tangan. Perkara tersebut telah dibincang di dalam

sesi mesyuarat yang telah saya sertai dan guru besar ini menunjukkan sikap

profesional yang sangat tinggi kerana beliau tidak bertindak terburu-buru

10 | P a g e

Page 3: 10 Gaya Kepimpinan

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

dalam menghukum tetapi pandangan daripada guru-guru lain diutamakan bagi

mendapatkan penjelasan isu. Selain itu, guru besar juga telah melakukan sesi

kolaborasi bersama dengan guru tersebut bagi mendapatkan maklumat

sebenar berkaitan dengan masalah yang telah berlaku. Isu ini telah

memberikan penjelasan kepada saya bahawa guru besar ini sememangnya

telah mengamalkan amalan demokrasi di dalam gaya kepimpinan beliau

kerana beliau telah mengumpulkan maklumat terlebih dahulu sebelum

bertindak. Amalan demokrasi yang telah diamalkan jelas membuktikan

bahawa setiap tindakan yang diambil terhadap sesuatu situasi adalah sangat

rasional supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Maklum balas yang

telah dikumpul daripada pelbagai pihak membolehkan guru besar mengambil

tindakan yang sewajarnya ke atas masalah yang telah dilakukan oleh guru

tersebut dan hasilnya menunjukkan bahawa kesemua pihak yang terlibat di

daalm masalah tersebut termasuk ibu bapa murid yang dirotan berpuas hati

dengan tindakan yang diambil dimana guru tersebut telah diberikan surat

amaran supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama kelak. Guru besar ini

telah menunjukkan ciri-ciri gaya kepimpinan yang baik kerana beliau dapat

memimpin berdasarkan sifat semulajadi yang dimiliki olehnya.

Sikap guru besar ini turut dapat dilihat di dalam teori kepimpinan tret

dimana berdasarkan teori ini, dapat dinyatakan bahawa guru besar sekolah ini

mempunyai tret kepimpinan yang sangat baik. Teori ini mengatakan bahawa

seseorang individu itu akan memimpin berdasarkan tret yang dimilikinya.Gaya

kepimpinan yang telah ditunjukkan membolehkan beliau membezakan dirinya

dengan guru-guru di sekolah dengan cara yang lebih berhemah. Stodgill

(1974) telah mengenalpasti tret-tret tertentu seseorang pemimpin dan gaya

kepimpinan demokrasi yang telah diamalkan oleh guru besar ini menunjukkan

bahawa beliau mempunyai tret menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi,

dapat bekerjasama, boleh membuat keputusan dan tahan terhadap tekanan.

Tret pemimpin demokrasi yang telah diamalkan ini membuatkan semua guru

di sekolah tersebut sentiasa selesa untuk memberikan perkhidmatan tanpa

sebarang masalah.

Selain itu, gaya kepimpinan demokrasi ini juga dapat dilihat apabila

saya hendak melaksanakan Kem Sinar Kasih bersama murid pemulihan

dimana objektif pelaksanaan kem tersebut adalah untuk membolehkan murid-

murid melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah. Sesi kolaborasi dengan guru

11 | P a g e

Page 4: 10 Gaya Kepimpinan

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

besar bagi mendapatkan pengesahan kertas cadangan yang telah

dilaksanakan menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokrasi ini telah

diamalkan dengan sebaik mungkin. Hal ini kerana, beliau menyambut baik

cadangan kami dan meminta pendapat berkaitan dengan pelaksanaan kem

yang hendak dijalankan. Setelah kami mengutarakan pendapat, beliau telah

memberikan cadangan-cadangan bernas bagi melancarkan lagi perjalanan

kem tersebut. Selain itu, beliau juga sangat bersetuju dengan pendapat yang

telah kami berikan dan harapan yang begitu tinggi diberikan bagi memastikan

kem ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Perkara ini menunjukkan

bahawa walaupun beliau memegang jawatan besar di sekolah tersebut, beliau

masih menerima pendapat pihak lain. Ini kerana, beliau merupakan seorang

pemimpin yang sentiasa memastikan bahawa setiap perkara dapat

dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Beliau telah menerima hasil kertas

cadangan yang dilakukan dan penambahbaikan telah kami lakukan di dalam

kertas kerja Kem Sinar Kasih. Hasil kolaborasi bersama dengan guru besar

telah menjadikan pelaksanaan Kem Sinar Kasih ini begitu lancar dan medapat

pujian daripada pelbagai pihak. Pengalaman yang berlaku ke atas diri saya

sendiri ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokrasi ini sangat baik

untuk dilaksanakn oleh sesesorang pemimpin kerana dengan adanya

pertukaran pandangan dan pendapat, sesuatu situasi itu akan menjadi lebih

sempurna. Gaya kempimpinan demokrasi ini merupakan satu daya

kepimpinan yang menjadikan persekitaran sesebuah sekolah lebih mesra

dimana semua ahli di sekolah tersebut berpeluang untuk menyatakan

pendapat dan pandangan mereka berdasarkan sesuatu perkara. Kepuasan

kerja juga dapat ditingkatkan kepada tahap yang paling maksimum kerana

guru besar memastikan bahawa semua pihak dibenarkan untuk bersuara bagi

memberikan pendapat masing-masing terhadap sesuatu situasi.

Gaya kepimpinan demokrasi yang telah diamalkan oleh guru besar ini

juga adalah berasaskan teori kepimpinan moral dimana sikap beliau yang

sentiasa mendengar pendapat dan pandangan pihak lain ini telah disokong

oleh Sergiovannni (1992) yang menyatakan bahawa kepimpinan moral adalah

sebagai satu bimbingan yang memotivasikan orang lain melalui prinsip dan

pegangan nilai yang terpuji. Sikap guru besar yang sentiasa bersedia

menerima pendapat saya berkaitan dengan pelaksaan Kem Sinar Kasih ini

membuatkan sya lebih bermotivasi untuk menjayakan kem tersebut dengan

sebaiknya. Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa gaya kepimpinan demokrasi

12 | P a g e

Page 5: 10 Gaya Kepimpinan

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

yang diamalkan sememangnya dapat memotivasikan pihak lain untuk bekerja

dalam keadaan yang lebih baik

Gaya kepimpinan demokrasi yang telah diamalkan oleh guru besar ini

sememangnya memberikan kesan terhadap gaya kerja organisasi di sekolah

ini kerana guru-guru di sekolah ini bekerja dengan bersungguh-sungguh dan

secara tidak langsung memperkembangkan lagi profesion keguruan ini.

Perkara ini turut dinyatakan di dalam kajian yang dilakukan oleh Sapora Sipon

di dalam artikel Gaya Kepimpinan Dengan Kepuasan Kerja Guru : Ke Arah

Perkembangan Profesioan Keguruan dimana hasil dapatan penyelidikan

menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demoktarik yang diamalkan

menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi dan secara tidak langsung

meningkatkan tahap profesionalisme keguruan itu sendiri. Hal ini

menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokratik ini mampu menjadikan

seseorang itu lebih berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan sepertimana

yang dinyatakan oleh Morse dan Reimer (1956) yang mendapati bahawa

pentadbir yang bersifat demokratik mempunyai tahap kepuasan kerja yang

lebih tinggi.

Sehubungan dengan itu, dapat dinyatakan bahawa gaya kepimpinan

demokratik yang telah diamalkan oleh guru besar ini telah menjadikan guru –

guru di sekolah tersebut berasa lebih selesa, bersemangat dan bermotivasi

untuk bekerja dan memberikan kepuasan kepada mereka terhadap setiap

tugas yang dilakukan.

3.2 Gaya Kepimpinan Autokratik

Blake & Mouton (1964) menyatakan bahawa gaya kepimpinan autokratik ini

adalah apabila seseorang pemimpin yang sangat mementingkan pelaksanaan

sesuatu tugas dan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang

mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan

tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi.

Gaya kepimpinan autokratik ini telah dapat saya lihat di dalam satu

situasi dimana guru besar ini telah meminta pembantu murid prasekolah di

sekolah tersebut untuk memadam kembali hasil lukisan mural yang telah

dilakukan di ruang makan kelas tersebut. Pemerhatian yang telah saya

lakukan menunjukkan bahawa guru besar ini merupakan seorang guru besar

13 | P a g e

Page 6: 10 Gaya Kepimpinan

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

yang sangat mementingkan persekitaran yang cantik dan jika sesuatu perkara

tidak memenuhi citarasa beliau, maka perkara tersebut perlulah diperbaiki

dengan secepat mungkin. Ciri-ciri yang beliau tunjukkan ini membuktikan

bahawa belaiu mempunyai gaya kepimpinan autokratik kerana beliau akan

membuat keputusan penuh terhadap beberapa perkara tertentu terutamanya

perkara-perkara yang melibatkan keceriaan sekolah. Sikap guru besar yang

mementingkan aspek kecantikan dan kekemasan ini turut dilihat di dalam teori

kepimpinan tret dimana menurut Stodgill (1974), guru besar ini mempunyai

tret kepimpinan dominasi dimana beliau telah mendominasi sesuatu perkara

tertentu bagi mendapatkan kepuasan terhadap perkara yang dilakukan. Hasil

pemerhatian yang telah dilakukan juga menunjukkan bahawa pembantu murid

di prasekolah tersebut merasa kurang senang dengan tindakan yang telah

diambil dan menyebabkan mereka merasa kecewa dan tidak mahu

mengambil sebarang bahagian lagi di dalam aktiviti sekolah. Perkara ini

menunjukkan bahawa guru besar ini telah membuat pembantu murid tersebut

merasa kurang selesa terhadap pekerjaan dilakukan. Perkara ini turut

disokong oleh Surainah Suweh (2001) terhadap kajian yang telah dilakukan di

sebuah sekolah menengah daerah Tamparuli Sabah yang menunjukkan

bahawa pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan yang autokratik

membuatkan guru di sekolah tersebut mempunyai tahap kepuasan kerja yang

sederhana. Shahrul Arba’iah Othman (1997) di dalam kajian yang dilakukan

turut menyokong bahawa kepimpinan autokratik yang diamalkan membuatkan

sebilangan besar pensyarah Politeknik Kota Bharu merasai kepuasan kerja

pada tahap sederhana. Sehubungan dengan itu, sikap guru besar yang terlalu

tegas terhadap soal keceriaan akan mengurangkan kepuasan kerja guru di

sekolah tersebut dan membuatkan mereka merasa sukar untuk melibatkan diri

di dalam projek keceriaan sekolah.

Pemerhatian yang telah dilakukan juga menunjukkan bahawa gaya

kepimpinan autokratik ini turut dilaksanakan dalam situasi tertentu seperti soal

menghadiri kursus atau seminar yang tertentu. Pembantu murid prasekolah

pendidikan khas di sekolah tersebut telah memberikan alasan untuk tidak

menghadiri kursus pengendalian makanan yang dilaksanakan di Hospital

Besar Daerah Kajang. Alasan yang diberikan tidak diterima oleh pihak guru

besar dan beliau memberikan arahan kepada guru tersebut untuk tetapi hadir

ke kursus itu. Alasan yang telah diberikan oleh pembantu murid tersebut

begitu kukuh kerana beliau perlu menjaga ibunya yang sakit pada setiap

14 | P a g e

Page 7: 10 Gaya Kepimpinan

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

hujung minggu kerana saudara lain sibuk bekerja. Gaya kepimpinan autokratik

yang kadangkala diamalkan oleh guru besar ini membuatkan guru tersebut

tidak dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin dan

ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan autokratik ini kadangkala

membuatkan seseorang individu itu lebih tertekan di dalam situasi kerja.

Dapatan sedemikian adalah selaras dengan hasil kajian yang telah dilakukan

oleh AB Majid (2008) untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar di

empat buah sekolah rendah di Daerah Hulu Trengganu yang berprestasi tinggi

mendapati gaya kepimpinan yang paling dominan daripada persepsi guru-

guru ialah gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan, diikuti oleh gaya

kepimpinan penyertaan dan menyokong dan terakhir sekali adalah gaya

kepimpinan autokratik. Hal ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan

autokratik ini bukanlah satu gaya kepimpinan yang baik untuk dilaksanakan di

dalam sesebuah organisasi.

Walau bagaimanapun, apabila gaya kepimpinan autokratik ini dapat

diamalkan di dalam satu sitausi yang bersesuaian, maka secara tidak

langsung dapat menjadikan sesuatu perkara lebih lancar. Sebagai contoh di

dalam proses pengurusan sistem peperiksaan dimana pengisian markah

peperiksaan murid kini dilaksanakan di atas talian. Guru besar telah

menetapkan tarikh khusus lebih awal daripada tarikh sebenar bagi semua

guru untuk melengkapkan borang tersbeut bagi memudahkan proses

pengurusan. Menurut beliau, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana

guru yang gagal melengkapkan borang mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Sikap tegas beliau dalam memberikan arahan dan memastikan semua guru

mengikut arahan yang diberikan membuatkan kesemua guru telah

menyempurnakan tugas dan memudahkan urusan pengkeranian. Gaya

kepimpinan autokratik ini telah membuatkan pelaksanaan sesuatu pekerjaan

menjadi lebih mudah dan lancar. Gaya kepimpinan ini dapat dilihat di dalam

gaya kepimpinan transformasi dimana menurut teori ini pihak yang

mengamalkan gaya kepimpinan transformasi akan berusaha menggerakkan

ahli di bawahnya untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Perkara ini

menunjukkan bahawa sekiranya guru besar ini menggunakan kuasa yang ada

bagi sesuatu perkara tertentu, secara tidak langsung dapat memberikan impak

yang positif terhadap sesebuah organisasi.

Kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa gaya kepimpinan autokratik

ini apabila digunakan di dalam situasi yang bersesuaian akan memberikan

15 | P a g e

Page 8: 10 Gaya Kepimpinan

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

impak yang baik terhadap sesuatu perkara kerana kuasa dan arahan yang

digunakan dapat menjadi pemangkin terhadap pelaksanaan sesuatu perkara.

Justeru itu, gaya kepimpinan autokratik ini memberikan impak yang tersendiri

terhadap sistem pengurusan sesebuah sekolah kerana apabila guru besar

bijak menggunakan kuasa yang ada, maka lebih mudah ahli untuk

memberikan kerjasama yang sebaik mungkin.

3.3 Gaya Kepimpinan Berperikemanusiaan

Gaya kepimpinan berperikemanusiaan ini boleh didefinisikan sebagai satu

gaya kepimpinan yang berperikemanusiaan dan menunjukkan minat terhadap

kakitangannya. Individu yang mempunyai gaya kepimpinan

berperikemanusiaan ini akan mementingkan suasan kerja yang baik, dipupuk

melalui jalinan persahabatan yang mesra dalam kalangan semua kakitangan.

Mereka juga akan cuba menghindarkan konflik dan menganjurkan

permuafakatan (Blake & Mouton 1964).

Pemerhatian yang telah dilakukan pada hari pertama saya

menjejakkan kaki di sekolah ini membuktikan bahawa guru besar ini

mempunyai ciri-ciri yang sangat mesra di dalam dirinya yang membuktikan

bahawa beliau sedang mengamalkan gaya kepimpinan berperikemanusiaan.

Sesi suai kenal bersama dengan guru besar berlangsung dalam situasi yang

tidak formal dan beliau bertindak ibarat ayah kepada guru-guru praktikum

pada hari tersebut. Sikap beliau yang sangat mesra membuatkan kami

merasa sangat selesa untuk berkhidmat di sekolah tersebut. Selain

itu,menurut guru-guru si sekolah tersebut, beliau akan menggunakan gelaran

“kakak” bagi semua guru dan staf wanita di sekolah tersebut dan gelaran

“abang” bagi guru dan staf lelaki. Perkara ini menunjukkan bahawa guru besar

ini mahu mewujudkan suasana persekitaran yang mesra dalam kalangan

kakitangan supaya mereka dapat menerima gaya kepimpinan yang

diamalkan. Selain itu, menurut salah seorang guru di sekolah tersebut, guru

besar ini sememangnya seorang yang sangat penyayang dan mengambil

berat mengenai hal semua pihak samada kakitangan ataupun ahli keluarga

kerana beliau merupakan anak tunggal di dalam keluarga. Perkara ini

menunjukkan bahawa beliau sememangnya mempunyai tret kepimpinan yang

semulajadi seperri yang dinyatakan oleh Stodgill (1975) yang mencirikan tret

kepimpinan kepada beberapa perkara tertentu dan salah satu cirinya adalah

ciri menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan peka terhadap persekitaran

16 | P a g e

Page 9: 10 Gaya Kepimpinan

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

sosial. Sikap guru besar yang mesra ini merupakan satu sikap yang lahir

ikhlas dari dalam diri beliau sendiri dan merupakan sifat semulajadi yang tidak

dapat disingkirkan lagi. Dalam konteks yang sama sikap guru besar yang

sentiasa mengambil berat mengenai kakitangannya membuatkan mereka

lebih bermotivasi untuk bekerja. Pendekatan yang digunakan sememangnya

berjaya kerana dapat dilihat bahawa kesemua guru di sekolah ini

melaksanakan tugas dengan jayanya. Perkara ini juga seiring dengan teori

transformasi yang menyatakan bahawa pemimpin transformasi

menginspirasikan dan memberi pertimbangan secara individu, beroperasi

berasaskan nilai dan seterusnya mempengaruhi pengikutnya untuk beranjak

daripada sikap tidak ambil peduli kepada aras motivasi dan komitmen yang

lebih tinggi. Teori transformasi ini juga menunjukkan bahawa pemimpin

transformasi ini akan menjadi penggerak kepada kejelikitan pengikut untuk

mencapai objektif bersama. Perkara ini menunjukkan bahawa amalan mesra

yang diamalkan oleh guru besar ini merupakan salah satu cara untuk beliau

menggerakkan semua kakitangan sekolah dalam mencapai objektif kejayaan

sekolah.

Gaya kepimpinan berperikemanusiaan ini juga dapat dilihat di dalam

situasi tidak formal seperti semasa waktu rehat pagi dan juga tengah hari.

Pemerhatian yang telah saya lakukan menunjukkan bahawa guru besar ini

mampu untuk duduk semeja bersama guru atau staf yang lain dan berbual

tanpa ada sebarang batasan. Namun, dapat dinyatakan bahawa guru-guru

lain masih menunjukkan rasa hormat kepada beliau dan menjaga adab-adab

antara seorang ahli dan juga seorang pemimpin. Melalui cara ini, guru-guru di

sekolah tersebut dapat menyampaikan sebarang masalah berkaitan dengan

hal sekolah secara tidak formal kepada guru besar dan mereka boleh

melakukan perbincangan lanjut sekiranya perkara tersebut memerlukan

perhatian yang lebih lanjut. Gaya kepimpinan berperikemanusiaan ini

menunjukkan bahawa guru besar ini merupakan seorang pemimpin yang

disenangi dan diterima oleh guru-guru di sekolah kerana beliau sentiasa

mengambil berat berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan dengan guru-guru

di sekolah. Sikap peka guru besar terhadap semua guru mampu menjadikan

tahap kejayaan sekolah lebih memberangsangkan kerana semua guru dapat

bekerja dalam keadaan yang harmoni. Perkara ini turut dinyatakan di dalam

Teori Situasi oleh Fiedler dimana menurut teori ini, seorang pemimpin yang

berkesan dijelaskan dalam tiga dimensi kritikal dan salah satu dimensi

17 | P a g e

Page 10: 10 Gaya Kepimpinan

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

tersebut adalah hubungan pemimpin-ahli (leader-member relation) iaitu sejauh

manakah pemimpin diterima dan disokong oleh ahli. Sekiranya ahli kumpulan

menerima pemimpin, pemimpin merasakan bahawa diri mereka dihormati dan

dinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap yang lebih berkesan, maka

seorang pemimpin itu dikatakan dapat memimpin dengan jayanya. Justeru itu,

dapat dinyatakan bahawa gaya kepimpinan berperikemanusiaan yang

diamalkan oleh guru besar ini sememangnya dapat mewujudkan suasana

kerja yang baik dan persahabatan mesra juga dapat dilihat dalam kalangan

kakitangan di sekolah ini. Gaya kepimpinan ini mampu merapatkan lagi

silaturrahim yang terjalin dalam kalangan warga sekolah.

Hasil dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Azizi Yahaya di dalam

artikel Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Faktor-

Faktor Kepimpinan Di Sekolah Penerima Anugerah Sekolah Cemerlang Di

Negeri Melaka menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang berteraskan

berperikemanusiaan ini jelas membantu dalam meningkatkan prestasi

sesebuah sekolah. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di dalam

Instrumen kajian Leader Behavior Description Questionnair (LBDQ) digunakan

untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar dari aspek mengarah,

bertimbang rasa, penyertaan dan berorientasikan kejayaan, dapat dilihat

bahawa aspek bertimbang rasa dan penyertaan mencapai peratusan yang

paling tinggi dan ciri-ciri ini dapat dilihat di dalam gaya kepimpinan

berperikemanusiaan yang telah diamalkan oleh guru besar. Sehubungan

dengan itu, dapat disimpulkan bahawa gaya kepimpinan berperikemanusiaan

ini memberikan impak yang positif terhadap sesuatu kejayaan organisasi

sekolah.

18 | P a g e

Page 11: 10 Gaya Kepimpinan

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR

3.4 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat dinyatakan bahawa gaya kepimpinan pelbagai

yang diamalkan oleh guru besar ini telah membawa kejayaan kepada sekolah

ini kerana beliau dapat mengurus sekolah tersebut sehingga menjadi salah

sebuah sekolah terbaik di daerah Kajang. Gaya kepimpinan pelbagai ini turut

disokong oleh teori situasi dimana berdasarkan teori ini, seseorang pemimpin

itu hendaklah bertindak berdasarkan situasi yang bersesuaian dengan

organisasi yang dipimpin olehnya. Hal ini menunjukkan bahawa guru besar

sekolah ini telah berusaha untuk bekerja mengikut keperluan kakitangan

sekolah.

Secara keselurhannya, dapat dinyatakan bahawa gaya kepimpinan

demokrasi dan juga gaya kepimpinan berperikemanusiaan ini merupakan

antara gaya kepimpinan yang memberikan impak kepada persekitaran

sekolah kerana guru-guru dapat bekerja dalam suasana yang lebih mesra.

Namun, seseorang pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan sebegini

perlulah memastikan bahawa semua guru masih menghormati kepimpinan

yang dibawa dan tidka melebihi batasan antara seorang pemimpin dan juga

seorang pekerja. Batas-batas ini dapat mewujudkan rasa hormat dalam

kalangan kakitangan dan mengekalkan peranan seorang pemimpin.

Gaya kepimpinan autokratik ini merupakan gaya kepimpinan mengarah

dimana kadangkala gaya kepimpinan ini mampu melancarkan pengurusan

sesebuah sekolah namun kadangkala membuatkan kakitangan merasa tidak

selesa dengan pimpinan yang dibawa. Sehubungan dengan itu, gaya

kepimpinan yang diamalkan pelulah bersesuaian dengan situasi tertentu dan

mengambil kira aspek kepentingan kakitangan sekolah.

Tuntasnya, dapatlah dinyatakan bahawa gaya kepimpinan yang

diamalkan oleh seseorang guru besar menjadi penentu terhadap kejayaan

sesebuah sekolah.

19 | P a g e