1 visi usm

5
1 Visi USM Transformasikan Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok. 2 Misi USM USM merupakan universiti perintis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka. 3 Polisi Amalan QE/5S Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan bersistematik secara berterusan bagi menjamin keselamatan, keselesaan serta mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti kepada pelanggan. 4 Objektif Amalan QE/5S a) Meningkatkan kualiti, produktiviti dan profesionalisme staf. b) Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan sistematik. c) Mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan peralatan. d) Mengoptimumkan penggunaan ruang. e) Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan melalui budaya penambahbaikan berterusan. f) Mengurus stor dan dokumen dengan lebih kemas dan berkesan. g) Memastikan keselamatan di tempat kerja untuk setiap staf. h) Menjadikan amalan QE/5S sebagai budaya kerja berterusan dan memupuk kerjasama di kalangan staf. i) Meningkatkan imej korporat organisasi dan persepsi pelanggan. MOTO 5S Amalan QE/5S Budaya Kerja Kita

Upload: ajie2409

Post on 27-Jan-2016

8 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

usm

TRANSCRIPT

Page 1: 1 Visi USM

1 Visi USM

Transformasikan Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok.

2 Misi USM

USM merupakan universiti perintis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka.

3 Polisi Amalan QE/5S

Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan bersistematik secara berterusan bagi menjamin keselamatan, keselesaan serta mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti kepada pelanggan.

4 Objektif Amalan QE/5S

a) Meningkatkan kualiti, produktiviti dan profesionalisme staf.

b) Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan sistematik.

c) Mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan peralatan.

d) Mengoptimumkan penggunaan ruang.

e) Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan melalui budaya penambahbaikan berterusan.

f) Mengurus stor dan dokumen dengan lebih kemas dan berkesan.

g) Memastikan keselamatan di tempat kerja untuk setiap staf.

h) Menjadikan amalan QE/5S sebagai budaya kerja berterusan dan memupuk kerjasama di kalangan staf.

i) Meningkatkan imej korporat organisasi dan persepsi pelanggan.

MOTO 5S

“Amalan QE/5S Budaya Kerja Kita”

 

Page 2: 1 Visi USM

 

SEIRI - SISIHMengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan

membuangkannya

SEITON - SUSUNSusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya

mudah diambil untuk digunakan

SEISO - SAPUBersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas

lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU - SERAGAMMemelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja

yang tinggi pada setiap masa.

SHITSUKE - SENTIASA AMALMelatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik

dengan sendirinya.

 

 

KETERANGAN LOGO QE/5S:

Logo USM:Logo USM sebagai institusi yang menjalankan program QE/5S Bulatan besar: Melambangkan penglibatan seluruh warga USM Kampus Kesihatan yang

menjalankan program QE/5S. Warna ungu sebagai warna identiti USM. 5 Kelopak: Terdiri daripada pelbagai warna yang ceria yang melambangkan bahawa QE/5S

ini akan menceriakan keadaan persekitaran yang terlibat.  Perkataan dalam kelopak pula bagi menerangkan QE/5S.  Penggunaan kelopak ini juga selaras dengan Universiti Dalam Taman dan juga Humaniversiti dalam program yang dilancarkan oleh pihak pengurusan universiti.

1S - SEIRI

Sunday, 04 March 2012 04:57 | Written by Administrator | | |

Sisih (Seiri)

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Page 3: 1 Visi USM

LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL UNTUK SEIRI

Gunakan Kad Notis Pembuangan

 

Pertama sekali, kenalpasti barang-barang yang kelihatan tidak diperlukan

Kemudian tampalkan Kad Notis Pembuangan (Disposal Notice Card) kepada setiap barang-barang tersebut dengan menerangkan:

1- apa barang tersebut

2- mengapa barang tersebut berada di situ

3- barang kepunyaan siapa atau berasal dari mana, dan

4- bila barang tersebut harus dihapuskan

Di penghujung masa yang ditetapkan (misalnya 1 atau 2 bulan selepas penampalan notis itu), kad tersebut diteliti semula untuk melihat samada sesiapa yang mempunyai keperluan untuk menyimpan barangan tersebut

PERTAHANAN 5S

Sunday, 04 March 2012 05:08 | Written by Administrator | | |

Amalan Seranta & Publisiti Sepanduk-sepanduk, cogan-cogan kata, poster-poster dan surat-surat yang

diedarkan kepada anggota-anggota pertubuhan (newsletter) harus digunakan dengan sepenuhnya untuk menarik perhatian semua pihak kepada program tersebut.

Buku-buku panduan dan risalah-risalah yang menerangkan “Mengapa 5S’, “Apa itu 5S” dan “Bagaimana untuk melaksanakan 5S” harus dicetak dan disebarkan oleh semua pihak.

Seorang pakar dalam bidang tersebut harus membuat kajian semula mengenai pelaksanaan 5S dari masa kesemasa untuk mendapatkan pendapat/maklumbalas dan meningkatkan lagi keadaan semasa.

Latihan asas (in-house training) dan pengalaman dari jabatan-jabatan yang telah mengamalkan 5S dapat mencapai kemahiran yang diperlukan dan juga kefahaman terhadap cara-cara agensi lain melaksanakan 5S.

Page 4: 1 Visi USM

Mengambil bahagian di dalam “Peraduan 5S dapat member bahagian-bahagian berkenaan dorongan yang lebih tinggi demi meningkatkan lagi tahap pembaikan Lawatan Audit dan Sistem Penghargaan

Setiap bulan, sekumpulan pekerja dari berbagai tanggungjawab pekerjaan dipilih dan ditugaskan melawat bahagian, menilai setiap unit berdasarkan ukuran penjagaan kebersihan tertentu.

Keputusan kajian tersebut harus ditampalkan dan anugerah-anugerah diberikan kepada para pekerja yang telah menunjukkan perubahan perubahan penting. Ini akan memupuk sikap tanggungjawab yang lebih tinggi, meningkatkan kebanggaan terhadap tempat kerja dan menganggapnya sebagai keupayaan diri sendiri.  Penilaian oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) perlu:

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) harus melawati Bahagian-bahagian dari masa ke semasa dan membuat penghargaan kepada kekuatan dan membuat teguran kepada kelemahan pelaksanaan 5S di setiap unit tempat kerja.

Menasihat Jawatankuasa pemandu 5S untuk mengambil langkah di kawasan-kawasan yang masih boleh diperbaiki.

Memeriksa kemajuan pelaksanaan tersebut. Memberi penghargaan kepada amalan-amalan yang lebih baik

Pelaksanaan Lain-lain Program Peningkatan Kualiti (Kaizen) 5S terutama sekali di tahap Seiton memerlukan prinsip dan kemahiran

Kaizen tertentu yang dapat dicapai melalui program latihan yang dianjurkan dengan baik.

Seiton memerlukan pendekatan menghuraikan masalah yang munasabah. Dalam ertika yang sedemikian, ia adalah tema yang baik untuk aktiviti-aktiviti Kumpulan Kawalan Mutu (QCC).

Seiton juga memerlukan idea-idea yang kreatif. Oleh itu ia mempunyai pertalian dengan Skim Saranan (Suggestion Scheme).

Pelaksanaan 5S yang berjaya, dengan sendirinya akan menghasilkan berbagai kesudahan yang ketara. Ia juga adalah langkah yang perlu diambil sebelum agensi melaksanakan teknologi pengurusan yang lebih maju seperti TQC, JIT dan TPM. Ini adalah kerana 5S akan membina sebuah asas yang kukuh untuk sebuah pertubuhan oleh orang yang berdisiplin melalui ShitsukeKriteria Penilaian Prestasi Tahunan

Pelaksanaan 5S boleh dijadikan asas Ketua-ketua Jabatan member penilaian prestasi tahunan kakitangannya. Oleh kerana program 5S melibatkan semua kakitangan dan mendorong ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti maka perlaksanaan program 5S sebagai salah satu asas penilaian prestasi akan mendorong kakitangan melaksanakan bersungguh-sungguh program pengamalan kebersihan ini.

Page 5: 1 Visi USM

PATIENT SAFETY GOALS

Posted on 20 August 2013 by wmfaizal

1. To implement Clinical Governance2. To implement 1st Global Patient Safety Challenge:”Clean Care is Safer Care”3. To implement the 2nd Global Patient Safety Challenge:”Safe Surgery Saves Lives”4. To implement the 3rd Global Patient Safety Challenge:”Tackling Antimicrobial

Resistance”5. To improve the accuracy of patient identification6. To ensure the safety of transfusions of blood and blood products7. To improve medication safety8. To improve clinical communication by implementing critical value program9. To reduce patient fall10. To reduce the incidence of health care associated pressure ulcer11. To reduce Catheter Related Bloodstream Infection (CRBSI)12. To reduce Ventilator Associated Pneumonia (VAP)13. To implement the Patient Safety Incident Reporting and Learning System