1. tk2833 senibina komputer dan sistem pengoperasian ... senibina komputer dan sistem... ·...

3
1 1. TK2833 Senibina Komputer dan Sistem Pengoperasian Prasyarat : TS1913 Sinopsis Kursus ini bertujuan menerangkan tentang konsep organisasi dan senibina computer dan juga konsep sistem pengoperasian. Kursus ini dimulakan dengan membincangkan pelbagai komponen di dalam sistem computer seperti ingatan, CPU, peranti I/O dan peranti lain. Kemudian perbincangan tentang cara komponen ini diorganisasikan. Antaranya ialah organisasi berasaskan mesin Von Neumann, organisasi PC dan juga organisasi mesin selari SIMD dan MIMD. Bahagian kedua kursus ini adalah tentang senibina sistem computer. Dalam bahagian ini perbincangan kepada senibina dilakukan berasaskan kepada model senibn berstruktur yang mengandungi lapisan mesin sebenar., lapisan mikro pengaturcaraan, lapisan bahasa mesin, lapisan sistem pengoperasian dan lapisan aplikasi. Bahagian ketiga pula yang merangkumi hampir separuh daripada keseluruhan kursus ini membincangkan tentang rekabentuk sistem pengoperasian. Dalam bahagian ini, perbincangan dilakukan dengan merujuk kepada sistem pengoperasian MINIX, iaitu satu sistem ala UNIX yang telah direkabentuk khas untuk tujuan pembelajaran. Aspek pengimplementasian sistem pengoperasian akan dibincangkan dengan terperinci dengan merujuk kepada kod sumber yang disediakan. Hasil Pembelajaran Di akhir kursus ini, pelajar akan: Boleh memahami prinsip-prinsip rekabentuk untuk computer moden. Boleh memahami pelbagai cara computer direkabentuk untuk mencapai keperluan prestasi dan kos. Boleh memahami konsep asas sistem pengoperasian dan algoritma berasaskan yang digunakan dalam industri termasuk Microsoft MS-DOS, Windows and Linux.

Upload: truonglien

Post on 06-Feb-2018

282 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. TK2833 Senibina Komputer dan Sistem Pengoperasian ... Senibina Komputer dan Sistem... · membincangkan tentang rekabentuk sistem pengoperasian. Dalam bahagian ini, ... Bil Aktiviti

1

1. TK2833 Senibina Komputer dan Sistem Pengoperasian

Prasyarat : TS1913

Sinopsis

Kursus ini bertujuan menerangkan tentang konsep organisasi dan senibina computer dan

juga konsep sistem pengoperasian. Kursus ini dimulakan dengan membincangkan pelbagai

komponen di dalam sistem computer seperti ingatan, CPU, peranti I/O dan peranti lain.

Kemudian perbincangan tentang cara komponen ini diorganisasikan. Antaranya ialah

organisasi berasaskan mesin Von Neumann, organisasi PC dan juga organisasi mesin selari

SIMD dan MIMD. Bahagian kedua kursus ini adalah tentang senibina sistem computer.

Dalam bahagian ini perbincangan kepada senibina dilakukan berasaskan kepada model

senibn berstruktur yang mengandungi lapisan mesin sebenar., lapisan mikro

pengaturcaraan, lapisan bahasa mesin, lapisan sistem pengoperasian dan lapisan aplikasi.

Bahagian ketiga pula yang merangkumi hampir separuh daripada keseluruhan kursus ini

membincangkan tentang rekabentuk sistem pengoperasian. Dalam bahagian ini,

perbincangan dilakukan dengan merujuk kepada sistem pengoperasian MINIX, iaitu satu

sistem ala UNIX yang telah direkabentuk khas untuk tujuan pembelajaran. Aspek

pengimplementasian sistem pengoperasian akan dibincangkan dengan terperinci dengan

merujuk kepada kod sumber yang disediakan.

Hasil Pembelajaran

Di akhir kursus ini, pelajar akan:

Boleh memahami prinsip-prinsip rekabentuk untuk computer moden.

Boleh memahami pelbagai cara computer direkabentuk untuk mencapai keperluan

prestasi dan kos.

Boleh memahami konsep asas sistem pengoperasian dan algoritma berasaskan yang

digunakan dalam industri termasuk Microsoft MS-DOS, Windows and Linux.

Page 2: 1. TK2833 Senibina Komputer dan Sistem Pengoperasian ... Senibina Komputer dan Sistem... · membincangkan tentang rekabentuk sistem pengoperasian. Dalam bahagian ini, ... Bil Aktiviti

2

Beban Pembelajaran

Anggaran beban pembelajaran adalah seperti berikut:

Bil Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Jam

1 Kuliah

28

2 Membuat tugasan individu/kumpulan (2 tugasan)

Menjalankan mesyuarat kumpulan

Mengumpul bahan dari perpustakaan dan internet

Mengolah tugasan dan menyediakan jawapan

14

3 Membuat projek berkumpulan (1 projek)

Menjalankan mesyuarat kumpulan.

Berbincang dengan pensyaratmengumpul dan memilih maklumat dan

bahan rujukan di perpustakaan, internet dan lapangan (industri)

Melakukan analisa, sintesis dan rekabentuk

Menulis laporan projek

25

4 Pembelajaran sendirian/kumpulan

Persiapan sebelum kuliah seperti menyemak nota-nota muat-turun nota

kuliah, membaca modul pembelajaran dan lain-lain yang bersesuaian

Selepas kuliah seperti mengemaskini nota, membuat rujukan tambahan,

berbincang dengan rakan/pensyarah dan lain-lain

Ulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

52

5 Menduduki peperiksaan pertengahan semester

2

6 Menduduki peperiksaan akhir semester.

2

Jumlah JPP 123

Kredit kursus TK2833 ialah 123 jam / 40 jam = 3.01 (3 kredit)

RujukaN:

Abdullah Mohd Zin, Mohd Juzaiddin Ab Aziz dan Zulkarnain Md Ali, 2001. Organisasi

dan Senibina Sistem Komputer, Prentice Hall, Inc.

William Stallings, 2006. Computer Organization and Architecture. Designing For

Performance, 7th

Edition, Pearson Education International, Inc.

Silberschatz, Galvin and Gagne, 2002. Operating System Concepts, 6th

Edition, John

Wiley and Sons, Inc.

Tanenbaum, A.S and Woodhull A.S, 1997. Operating System Design and

Implementation, 2nd

Edition, Prentice Hall, Inc.

Hayes, J.P, 1998. Computer Architecture and Organization, Mc Graw Hill.

Page 3: 1. TK2833 Senibina Komputer dan Sistem Pengoperasian ... Senibina Komputer dan Sistem... · membincangkan tentang rekabentuk sistem pengoperasian. Dalam bahagian ini, ... Bil Aktiviti

3

Perancangan Pengajaran Mingguan / Jam

Minggu Tajuk Jam

1 1. Tugas dan peranan sistem komputer.

Sistem komputer

Perlaksanaan suruhan oleh sistem komputer

2

2 2. Tugas dan peranan sistem komputer.

CPU dan ingatan komputer

2

3 – 4 3. Organisasi Sistem Komputer

Mesin Von Neumann.

Mesin Selari SIMD dan MIMD

Sistem Bas

Ingatan Para.

4

5 4. Konsep Senibina Sistem Komputer

Senibina Mesin Sebenar – Paras Bahasa Mesin

2

6 – 7 5. Sokongan Sistem Pengoperasian

Pengenalan kepada Sistem Pengoperasian

Penjadualan

Pengurusan Memori

3

8 6. Sistem Fail

Fail

Direktori

Pengimplementasian

Keselamatan

Mekanisme perlindungan

3

9 7. Penggunaan Sistem Pengoperasian

Linux dan Windows.

Konsep Perintah.

2

10 8. Panggilan Sistem

2

11 – 12 9. Rekabentuk Sistem Pengoperasian MINIX.

4

13 10. Rekabentuk Sistem Pengoperasian Windows

2

14 11. Pengimplementasian Sistem Pengoperasian

2

Disediakan oleh Zulkarnain Md Ali